Bukan untuk Kali Kedua


Afni Sufiya – Bahagia dengan apa
yang dia lakukan walaupun sedar apa yang diimpikan tidak seperti yang
diharapkan. Walaupun sedar akan kekurangan diri, masih ada kelebihannya yang
tidak pernah disia-siakan.
Bahagia dengan apa yang ada,
namun keinginan hati tidak mampu dipandang tepi. Tidak mungkin selamanya mampu
dipendam sedangkan bahagia berhak dimiliki oleh setiap insan yang bernyawa
dalam muka bumi ini.
“Hai bumbum!” - Yusran
Yusran Adief – Sejak zaman kampus
lagi tidak pernah senang dengan kehadirannya. Saiz tubuhnya sering menjadi masalah
dalam sepasang mata redup itu. Ada sahaja rasa tidak puas hati yang terluah
tanpa menghiraukan perasaannya sebagai hamba-Nya yang sedikit istimewa. Senyum
sinisnya sudah menjadi makanan.
“Cik, boleh ke, kalau saya nak Nurul Afni Sufiya ni?” - Syed Izhar
Syed Izhar – Kehadirannya mengisi
kekosongan yang ada. Lelaki yang memberinya harapan dan angan yang tidak pernah
dibayangkan. Sungguh dialah lelaki impian seperti mana yang diimpikan. Yang
mampu menerima akan segala kekurangan, baik dan buruknya sebagai seorang
wanita.
Demi membuktikan telahan Yusran
tidak selalunya benar, huluran kasih Izhar tidak mampu ditolak. Sememangnya
peluang yang terbentang luas di hadapan mata tidak akan disia-siakan lagi. Dia
berhak mengecap bahagia seperti orang lain sungguhpun hati bersisa keraguan.
Manakan ada air laut yang
sentiasa tenang tanpa ombak yang membadai. Air laut juga ada pasang surutnya.
Hubungan yang diharapkan berakhir ke syurga-Nya diuji.
"Eh, kau belum lagi bernikah dengan dia. So, kau jangan confident sangat dia tu jodoh kau! Kau ingat, aku nak tengok aje kau bahagia. Habis aku macam mana?" -Yusran
"Kau memang dah sah gila!" - Sufiya
Mungkinkah angan yang dipasang
berakhir dengan kebahagiaan? Benarkah masih ada lagi lelaki yang benar-benar tidak
mementingkan kecantikan sebagai ukuran kebahagiaan masa hadapan?
No comments:
Post a Comment