“You memang tekad kan Wiya?
Sampai hati you buat I macam orang gila cari you. Sikit pun you tak cakap
dengan I yang you nak cuti panjang. Dahlah call tak dapat. Papa pulak saja tak
nak bagi number phone you yang lagi satu. Sampai I cari Arif sebab ingat dia
tahu you dekat mana.” Luah Danial apa yang terbuku di hatinya selama sebulan
itu.
Zawiya sengih tanpa rasa
bersalah. Dia tahu Danial cuba mencarinya seperti mana yang diberitahu Datuk
Haziq sepanjang dia bercuti.
“You ni awal-awal pagi dah masuk
ofis kenapa? You memang nak menang anugerah pekerja terbaik tahun ni ya?”
balasnya terus tukar topik sebaik kerling jam di pergelangan belum pun pukul 8
pagi. Waktu pejabat hanya bermula jam 8.30 pagi. Dia pula sudah terbiasa untuk
tiba awal demi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Dan dia tak menyangka akan
bertemu dengan Danial sebaik memijak lantai lobi pagi itu.
“You tak payahlah nak tukar
topik, Wiya. You saja tak nak jawab soalan I kan?” balas Danial sedikit geram.
“I nak cakap apa lagi? I dah ada depan
mata you ni kan? Lagi pun, I bukannya pergi bercuti tanpa pengetahuan bos I.
Bos I yang dah izinkan, so? I cuti ajelah.” Jawab Zawiya selamba seraya menukar
hala langkah ke pintu utama bangunan semula. Sudah menjadi kebiasaan dia akan
bersarapan dahulu di kafe berdekatan sebelum masuk ke pejabat.
Danial ketap bibir rapat. Cuba
menenangkan hati sendiri. Diayunkan kaki menuruti langkah Zawiya.
“You memang suka tengok I susah
hati macam ni ke? You tak kesiankan I ke Wiya? Sebulan I langsung tak dengar khabar
berita you. Bukan sehari dua tahu tak? Kalau jadi apa-apa pada you macam mana? I
tak sempat nak mintak maaf pada you.” hamburnya lagi sebaik melabuhkan duduk di
depan wanita itu.
Zawiya yang sedang membelek buku
menu, berkerut.
“Kenapa you nak mintak maaf pada
I? You ada buat salah ke?”
Danial lepas hela berat.
“I tahu you bercuti lama sebab I
dengan Arif kan? Kalau bukan sebab kita orang, you takkan sampai sanggup mintak
cuti tanpa gaji pada papa I. Betul tak?”
Zawiya pula melepaskan hela.
Diletakkan kembali buku menu dari tangannya.
“Encik Ahmad Danial. I baru masuk
kerja hari ni lepas bercuti panjang. I tengah tercari-cari lagi mood kerja.
Boleh tak kalau kita cakap pasal hal lain? Dari tadi you bercakap tak berhenti.
You tak penat ke?” Dia cuba mengelak dari menjawab walaupun itulah hakikatnya.
“Fine.” Danial lepas keluh
panjang. Mengalah. Dicapai buku menu yang ada.
Zawiya kembali meneliti buku menu
sebelum menandakan pada kertas pesanan tersedia. Habis memilih, tanpa sebarang
kata kertas tersebut diserahkan kepada pelayan yang ada.
Danial tak lepas pandang. Membulat
matanya apabila Zawiya langsung tak bertanya apa yang dia mahu.
“You, I bernafas lagi depan you
ni. You order untuk you aje?” soalnya sedikit berjauh hati.
“Manalah I tahu you nak breakfast
sekali. You mesti dah breakfast dekat rumah tadi kan?” jawab Zawiya selamba.
“You, I datang awal hari ni
semata-mata nak jumpa you tahu tak? Breakfast pun tak sempat tadi.” Balas
Danial dengan rengus tak puas hati. Sebaik tahu Zawiya akan kembali bertugas
hari itu, bergegas dia bersiap lebih awal dari papa. Hinggakan mamanya bising
kerana tak sempat bersarapan seperti selalu.
“Siapa suruh you tak breakfast.”
Sama seperti. Selamba Zawiya balas.
Danial ketap rahang. Terus
ditutup buku menu di depannya. Zawiya di depan mata terasa mahu ditelan sebagai
ganti mengisi perutnya yang kosong.
Seketika menanti, pelayan
menghampiri meja mereka dengan dua cawan berisi air teh yang masih mengeluarkan
asap nipis.
“Jemput minum. KESIANNN you tak
sempat breakfast tadi kan?” Zawiya tayang sengih lebar yang dibuat-buat sebaik
kelibat pelayan tadi menghilang.
Danial paling muka ke sisi dengan
senyum yang tertahan. Sedar yang sejak tadi Zawiya seperti sengaja mahu mempermainkannya.
“Nasib baiklah you ni pilihan
hati I.” gumamnya.
“Kalau bukan you nak buat apa?”
laju Zawiya menyoal kembali bersama sebelah kening yang terangkat.
“Kalau bukan, I tak terconggok
depan muka you ni my dear.”
Zawiya cebik.
“I ni sebenarnya kesian dekat you
aje. Nanti you mengadu dengan Datuk Haziq I buli you pulak. Tak bagi anak dia
makan. Tak pasal-pasal I kena buang kerja.”
Danial terdiam. Hatinya berdebar.
Sedikit kurang senang dengan kata-kata wanita itu. Seperti dia dapat meneka
jawapan yang bakal diterimanya kelak.
“Selama ni, you kawan dengan I
sebab kesian ke Wiya? Kesian sebab I ni anak bos you. You rasa terpaksa kawan
dengan I sebab you nak jaga kerja you.” soalnya lebih serius berbanding tadi.
“You ni… Ke situ pulak.” Zawiya
dah berkerut.
Danial lepas hela panjang.
“I tahu, I ni tak cukup layak
untuk you kan?” Luahnya perlahan.
“Habis tu,
siapa yang layak untuk I? Arif?” duga Zawiya.
“Selain Arif,
you ada calon lain?”
Zawiya tarik
senyum tepi sebelum pandangan dihalakan ke arah lain. Tak mampu dia nak balas
renungan Danial yang mula mengundang rasa debar di dalam dada.
“Dari dulu pun,
you tak pernah pandang I. Apa yang ada pada I, sikit pun tak berjaya nak gugat
kedudukan Arif dalam hati you.” Sambung Danial bersama nafas berat yang
dilepaskan. “Tu… calon yang memang sesuai untuk you.” Tambahnya bila terpandang
akan susuk tubuh yang baru melangkah masuk ke ruang kafe.
Zawiya hala
pandang ke arah yang dimaksudkan. Dia ada mengajak Arif untuk bersarapan pagi
itu tanpa pengetahuan Danial.
“I rasa, I dah
dapat jawapan yang I tunggu, Wiya.” Lanjut Danny seraya bingkas.
“You nak pergi
mana?” Laju Zawiya sambar lengan lelaki yang berkemeja biru muda itu.
“I tak nak
ganggu you.” Danial paksa bibir mencorakkan senyum. Pegangan Zawiya dileraikan.
“I masuk office dulu.” Sekeping not 50 dikeluarkan dari saku dan diletakkan ke
atas meja.
“Sorry lambat
sikit. Memang dah tak boleh elak jammed pagi-pagi macam ni.” Ujar Arif sebaik
tiba. Salam bertukar. “Kau dah habis breakfast ke?” soalnya bila Danial memberi
ruang untuk duduk.
“Aku dah. Wiya
belum. Aku ada hal penting nak buat pagi ni. Aku nak naik dulu.
Assalamualaikum.”
Danial tepuk bahu Arif beberapa kali sebelum terus membuka
langkah. Tidak lagi dia menoleh ke belakang.
“Danny marah ke
sebab abang datang lambat?” tanya Arif seraya melabuhkan duduk sebaik bayang
Danial hilang daripada pandangan.
“Belum cakap
apa-apa dah merajuk.” Jawab Zawiya bersama keluh halus.
“Merajuk?” Arif
berkerut. Tak faham. “Wiya cakap apa dengan dia?”
Zawiya diam.
Sedar yang dia dah terlepas kata. Tapi dia tak maksudkan pun. Sekadar gurauan.
Persahabatan yang pernah terjalin antara dia dan Danial sebelum ini bukanlah
atas dasar kesian ataupun terpaksa. Malah dia hormat lelaki itu seperti mana
dia hormat Datuk Haziq. Cuma soal perasaan… Dia tak mampu nak memaksa. Semuanya
hadir sendiri dengan ketulusan hati. Dia betul-betul mengharap Danial faham.
“Wiya…”
Zawiya angkat
muka daripada dua set roti bakar yang baru dihantar pelayan sebentar tadi. Set
roti bakar kegemaran Danial bila mereka berkesempatan untuk bersarapan bersama suatu
ketika dulu. Dia masih ingat lagi setiap hidangan kegemaran lelaki itu. Hidangan
yang cuma biasa-biasa menjadi pilihan dan seseorang yang tidak memilih dengan
apa saja rezeki yang terhidang.
“Nak abang yang cakap dengan
Danny?” sambung Arif.
Zawiya geleng.
“Tak payahlah. Biarkan dulu. Nanti
Wiya cari masa cakap dengan dia.” Balasnya sebelum mula menjamah roti yang
sudah pun sejuk.
“Jangan lama-lama, Wiya. Jangan
mainkan perasaan dia.”
Zawiya lepas keluh perlahan.
******
Kelmarin…
“Wiya sihat?”
Zawiya tarik senyum.
“Alhamdulillah. Abang?”
“Alhamdulillah…”
Sepi. Masing-masing mendiamkan
diri. Sungai yang cukup tenang di hadapan menjadi tatapan dua pasang mata itu.
Arif berdeham beberapa kali. Cuba
menyusun ayat dengan membuak rasa kekok selepas sebulan mereka langsung tak
berhubung. Dan dia sendiri agak terkejut bila bekas isterinya itu tiba-tiba
menghubunginya awal pagi tadi.
“Bila masuk kerja?”
“Lusa.”
Diam lagi.
“Wiya tak sangka abang ada balik
kampung.” Zawiya pula cuba mencari keselesaan.
Arif senyum nipis. Sejak
ketiadaan Zawiya, memang setiap minggu dia balik kampung. Dan dia tak pernah
terlupa untuk menjengah ke rumah keluarga bekas mentuanya. Dia selalu mengharap
Zawiya ada. Cuma hari itu, dia belum sempat menjengah kerana tiba agak lewat
malam tadi.
“Wiya bila ada dekat kampung?”
“Seminggu.”
Arif laju menoleh.
“Dah seminggu?”
Zawiya angguk bersama senyum.
“Kenapa? Mesti mak abang tak bagi
tahulah tu.” Gelak kecilnya terlepas.
Arif ketap bibir tahan geram.
Terasa dipermainkan maknya. Memang dia ada bertanya kepada maknya tempoh hari.
Tapi maknya mati-mati menafikan.
“Abang jangan salahkan mak.
Memang Wiya yang tak bagi dia cakap dengan abang.”
“Kenapa? Sebab Wiya takut abang
paksa-paksa Wiya?”
Zawiya geleng perlahan.
“Bukan macam tu. I just want to
be fair, abang.”
Arif lepas keluh perlahan.
“Abang faham. Wiya nak jaga hati
semua orang kan?”
Zawiya tarik senyum nipis.
“Abang tahu Wiya macam mana kan?
Kalau boleh, Wiya tak nak sorang pun terluka sebab Wiya. Wiya ni bukan
siapa-siapa. Tapi Wiya takde pilihan.”
“Maksud Wiya?”
Zawiya lepas keluh halus. Ditarik
nafasnya dalam-dalam seraya membuang pandang ke arah lelaki tegap di sebelah.
“Dari dulu, hati Wiya tak pernah
berubah untuk abang. Cuma buat masa ni…”
Arif berdebar dengar apa yang bakal
terluah di bibir wanita itu.
“Buat masa ni Wiya selesa sendiri.”
Luah Zawiya tenang. Itu yang terbaik buat sementara waktu. Dia masih memerlukan
masa mempersiapkan diri untuk kembali ke alam rumahtangga. Suatu keputusan yang
bukan mudah dan dia tak mahu sejarah lalu kembali berulang.
Arif lepas nafas berat. Terdiam
dia seketika.
“Habis tu, macam mana dengan
Danny? Wiya dah cakap dengan dia?”
Zawiya geleng perlahan.
“Tapi Wiya harap sangat dia
faham…”
Sepi.
“Wiya…” seru Arif lembut.
Zawiya menoleh.
“Wiya suka Danny?”
Zawiya paling muka ke depan
kembali.
“Kenapa abang tanya macam tu?”
Soalan berbalas soalan.
“Abang rasa hati Wiya tak macam
dulu lagi. Mungkin dah ada orang lain yang boleh ganti tempat abang.” Serkap
Arif. Dia sedar sejak kepulangan Danial, Zawiya nampak lebih mesra dengan
lelaki itu. Malah, Danial sendiri nampak bersungguh-sungguh mahu mengahwini
Zawiya selepas bertahun-tahun menanti. Dan disebabkan itu dia lebih bersedia
terima apa pun keputusan wanita itu.
Zawiya diam. Memilih untuk
mengunci mulut. Tidak mengiakan mahupun menolak. Soal hatinya yang belum cukup
yakin, biaralah hanya Dia yang tahu. Padanya, pilihan untuk berumahtangga kembali
bukanlah satu keputusan semudah petik jari. Tambahan pula ikatan yang terbina
di antara mereka dahulu terlerai hanya kerana ego masing-masing. Banyak perkara
yang perlu dipertimbangkan dan bukannya menurut keinginan hati semata-mata.
“Wiya… Sebenarnya abang dah sedia
untuk terima apa pun keputusan Wiya. Dan abang sedia untuk tarik diri kalau
Danny jadi pilihan Wiya.” Lanjut Arif lebih tenang berbanding tadi.
Zawiya kekal diam.
“Abang takkan salahkan Wiya kalau
Wiya tak pilih abang. Abang mintak maaf kerana selama ni abang dah banyak buang
masa. Langsung tak pedulikan perasaan Wiya. Abang rasa, ada orang yang jauh
lebih berhak dan mampu untuk bahagiakan Wiya. Wiya jangan jadi macam abang. Tak
nampak kebahagian yang dah terbentang depan mata. Danny dah terlalu lama tunggu
Wiya. Abang percaya Danny mampu untuk jaga Wiya lebih baik dari apa yang abang
pernah buat dulu.” Tambah Arif lagi cuba membuka jalan agar Zawiya dapat membuat
pilihan yang terbaik. Dalam masa dia rela mengundurkan diri demi melihat orang
yang disayangi bahagia.
“Abang…” Mata Zawiya membesar.
Kelu lidahnya. Tak terjangka luahan lelaki itu.
“Menyayangi tak semestinya
memiliki kan?” Arif ikhlas menghadiahkan senyum.
Zawiya kemam bibir yang mula
bergetar. Hati dicuit rasa sebak.
*********
Danial angkat muka sebaik sebaik
satu susuk tubuh melabuhkan duduk di depannya tanpa dipinta. Keluh dilepaskan.
Gelas teh lemon di sisinya disedut perlahan sebelum mata kembali terhala ke
arah wajah selamba Zawiya yang mula menyuap nasi yang turut sama dibawa.
“Kenapa berhenti makan?
Makanlah.” Ucap Zawiya selamba.
Danial diam. Tapi tangan kembali
mencapai sudu dan garfunya tadi. Kembali menyuap nasi ayam yang jadi pilihan
tengah hari itu. Dia terus makan tanpa mempedulikan Zawiya. Kehadiran Zawiya
yang tiba-tiba di depannya tengah hari itu cukup mengganggu ketenteraman. Jika
di pejabat, dia tak perlu nak mengelak kerana dia lebih banyak menghabiskan
masa di biliknya. Dan tuntutan kerja memang betul-betul membantu. Hampir 2
minggu tak bersua lepas apa yang berlaku, dia rasa cukup kekok.
“You sibuk tak hari ni?” ujar Zawiya
sebelum mengelap tepi bibirnya dengan tisu.
“Hari-hari I sibuk.” Jawab Danial
tak bernada tanpa mengangkat muka. Dia mahu segera mengahabiskan nasi yang
masih berbaki.
“Yeke sibuk? Atau sebenarnya you
saja nak elak dari I?” duga Zawiya.
Danial lepas nafas berat. Muka
diangkat.
“You sebenarnya nak apa sampai ke
sini you ikut I?” balasnya tahan geram. Setiap hari dia memang sengaja memilih
restoran yang agak jauh dari pejabat demi mengelak mereka bertembung.
“I nak you dengar apa yang
sepatutnya you tahu.” Zawiya mula bertegas.
“Apa lagi yang I patut tahu? You
nak bagi tahu yang you nak kahwin dengan Arif semula dalam waktu terdekat ni?
Kalau sebab tu, semua I dah tahu, Wiya. You tak cakap pun I dah tahu.” tempelak Danial selamba.
“No!” tingkah Zawiya.
“Then what?” Danial lepas rengus.
Cuba menenangkan diri sendiri kerana marah bukanlah kebiasaannya.
Zawiya sedut perlahan jus orennya
sebelum menarik nafas dalam-dalam. Mengumpul kekuatan untuk berterus terang
dengan lelaki di depannya ini. Lelaki yang tak pernah mempamerkan wajah tegang
selama ini. Dan dia tak sangka hingga begitu sekali Danial menahan rasa selepas
apa yang berlaku tempoh hari.
“Mula-mula I nak mintak maaf pada
you pasal hari tu. Demi Allah tak pernah terniat pun dalam hati I nak cakap
macam tu. Selama I kawan dengan you, I hormat you, I senang kawan dengan you.
Bukan sebab kesian atau sebab papa you bos I. Bukan…”
Danial diam. Mata tak lepas
pandang ke wajah yang sedikit keruh di depannya itu.
“Pasal I dengan Arif…” Sekali
lagi Zawiya tarik nafas dalam-dalam. Mengharap apa yang bakal diluahkan dapat
diterima Danial dengan baik.
Danial menahan debar yang
tiba-tiba menyapa walaupun hati dah dapat meneka apa yang bakal terluah.
“I takkan berbalik pada Arif.”
Lafaz Zawiya tenang.
Danial lepas senyum tepi.
“Kalau bukan Arif, you nak cakap
you pilih I?” ucapnya bila terasa Zawiya seperti mahu bergurau.
Zawiya geleng perlahan.
“Bukan untuk masa ni.” Tegasnya.
Danial berkerut. Mati senyumnya
tadi. Akal gagal memproses apa sebenarnya yang cuba dijelaskan wanita itu.
“I dah buat keputusan takkan
terima sesiapa pun buat masa ni. I serahkan semuanya pada takdir Danny. I masih
perlukan masa. You sendiri tahu yang I pernah gagal dulu. I tak nak gagal buat
kali kedua, Danny. I harap sangat ypu faham.” Sambung Zawiya.
Danial lepas keluh perlahan. Hilang
terus rasa geram yang berputik tadi bila ada rasa lega menjelma. Dia tak tahu
kenapa. Tapi penjelasan wanita itu benar-benar melapangkan dadanya.
“Lepas ni, I tak nak you mengelak
dari I lagi. Kita buat macam biasa.” Pinta Zawiya penuh mengharap.
“Boleh. Tapi dengan syarat.”
“Syarat?”
“Untuk sekali lagi… I masih ada
peluang kan?”
Zawiya senyum nipis.
“Insya-Allah. Dia sebaik-baik
perancang kan?”
Danial senyum senang.