May 17, 2013

~ehem ehem BAJP

Assalamualaikum. ~kesat air mata dulu :')

Kepada yang pernah mengikuti BIAR AKU JADI PENUNGGU ~ siap ada tanya ni citer hantu ke? hohho

Sempena ulangtahun kelahiran yang entah ke berapa.. ~ahah! BMJM bab 46, lambat sikit post hari ni ok.. hehe

Novel terbitan KAKI NOVEL ini akan keluar pada bulan hadapan. Sebarang tempahan sudah boleh dilakukan di sini.


~ni novel kena hentam jugak mula2 keluar kat blog dulu.. huuu

terima kasih pada yang mula2 support masa novel ni keluar dua tahun lalu.. TERIMA KASIH BANYAK BANYAK BANYAK! love KAMU BANYAK BANYAK BANYAK :')

...................
SILA DAPATKAN PADA YANG AMAT BERKENAN :D

May 15, 2013

~ehem ehem "BIAR AKU JADI PENUNGGU.."

Assalamualaikum sahabat sekalian. alhamdulillah BAJP akan keluar bulan hadapan. Alhamdulillah. Terima kasih atas sokongan selama ni dan tidak kurang juga atas hentaman yang diberi. terima kasih banyak-banyak sebab saya terlalu banyak kelemahan yang perlu saya baiki. semoga Allah reda dengan apa yang dah jadi. inshaAllah Aminn.

********

“Ham, kejutkan Abang Fazree tu, dia kata pagi ni ada hal.” arah Iffat kepada Afham yang baru berdiri di muka pintu bersedia untuk ke kuliah. Mereka tiba selepas azan subuh berkumandang dan abahnya yang mempelawa Fazree berehat sebentar selepas menunaikan solat subuh di rumahnya awal subuh tadi.

“Yalah kak.” Jawab Afham terus kembali semula ke dalam rumah.

“Dia drive sorang dari sana ke Hamani?” tanya Puan Hasmidah yang sedang duduk santai di pangkin kayu hadapan rumah. Ketika itu Iffat sedang menyidai pakaian yang telah siap dibasuh.

“Ha’ah mak. Hamani dengan Ita nak drive, dia tak bagi.” Jawab Hamani dengan pakaian yang terakhir disangkutkan ke penyidai. Dia tahu lelaki itu penat memandu. Dia dan Rozita pula sedap tidur sepanjang perjalanan.

“Hari tu kamu kata balik hari Ahad ni. Ni tak sampai hari Ahad lagi kamu dah balik.” Tanya Puan Hasmidah lagi. Awal pagi tadi dia terkejut menyambut kepulangan Iffat.

“Kerja habis awal mak. Tu yang balik awal. Lepas ni kena uruskan hal dekat sini pulak sebelum Iffat pindah ke sana. Lagi cepat habis lagi senang. Lagipun, Iffat ingat nak minta cuti panjang sikit hari raya nanti.” Jawab Iffat seraya duduk di sisi Puan Hasmidah. Dilihat ibunya semakin sihat dan berpuasa seperti biasa. Cuma Puan Hasmidah dilarang keras untuk melakukan kerja-kerja rumah.

“Hmm… kamu macam mana dengan Afeef?” Puan Hasmidah sengaja ingin menduga rasa hati anak tunggal perempuannya itu. Baru semalam Afeef ada datang ke rumahnya dan dia bertanya benda yang sama dengan menantunya itu. Tetapi Afeef lebih banyak mendiamkan diri.

“Err… Macam ni ajalah mak.” Balas Iffat beserta keluhan halus. Serta merta dia teringat akan nyawa baru yang bersatu di dalam tubuhnya itu. Hasil perkongsian antara dia dan Afeef. Tapi kini, dirasakan perasaan perkongsian itu kian pudar.

“Mak tak faham kamu berdua ni. Hmm…” balas Puan Hasmidah dengan keluhan panjang. Dia dan suami sudah tidak tahu bagaimana ingin membantu hal rumahtangga anak menantunya itu lagi. Kali ini masalah yang dialami lebih kepada salah diri sendiri. Masing-masing pentingkan diri sendiri. “Semalam suami kamu ada datang. Tapi dengan bekas isteri dia.” Sambung Puan Hasmidah. Sengaja ingin melihat reaksi anaknya itu.

“Dia nak apa datang sini?” tanya Iffat lemah. Dia tahu kedatangan Damia ke rumahnya itu kerana Damia sendiri menghantar SMS memberitahunya semalam. Matanya terhala jauh ke jalan raya di hadapan rumah. Rasa teruja untuk mengetahui perihal suaminya itu hilang entah ke mana. Tetapi rasa sedih datang menerpa. Mudah benar air matanya ingin keluar saat itu namun ditahan.

“Iffat, I nak gerak dah ni.” ujar Fazree yang baru sahaja keluar dari rumah belum sempat Puan Hasmidah menjawab pertanyaan Iffat. Lembap wajah itu dilihatnya mungkin baru lepas memcuci muka. Jelas keletihan di wajah rakan pejabatnya itu.

Belum pun sempat Iffat membalas, sebuah kereta yang amat di kenali membelok masuk ke halaman rumah dan berhenti tepat di hadapannya. ‘Tak kerja pula dia hari ni.’ Desis hatinya. Fazree pula telah berdiri di muka pintu keretanya selepas enjin dihidupkan. Iffat terus sahaja mendapatkan Fazree tanpa menyapa pemilik kereta yang baru sahaja berhenti di hadapannya tadi.

“Iffat, err… tu…” tunjuk Fazree ke arah Afeef yang merenungnya tajam seperti ingin ditelan hidup-hidup. Dia mengangkat tangan sedikit ke arah Afeef dan tersenyum. Namun lelaki itu seperti sengaja buat tidak nampak.

“Makcik, saya balik dulu ya. Terima kasih tumpangkan saya tidur di sini sekejap.” Ucap Fazree sopan kepada Puan Hasmidah yang turut sama datang menghampirinya. “Kirim salam dekat pakcik ya.” Sambungnya lagi lantas menyalami kedua tangan tua itu tanda hormat. Encik Abdul Rahim sudah keluar sejak awal pagi lagi.

“InshaAllah. Kamu baik-baik bawa kereta tu.” Pesan Puan Hasmidah pula.

“I balik dulu Iffat. Takut I tengok mata husband you pandang I.” ujar Fazree perlahan lantas masuk ke dalam kereta. Niat untuk bersalaman dengan Afeef terus terbantut apabila melihat wajah tegang terpamer di wajah lelaki itu. “Thanks sebab tumpangkan I tidur.” Lanjut Fazree lagi.

“Alah, bukan selalu pun you datang. Thanks juga sebab susah-susah hantar I.” balas Iffat dengan suara yang sengaja dikuatkan. Dia mahu Afeef mendengar tiap butir bicaranya. Tidak tahu atas tujuan apa dia berbuat demikian. Biar Afeef cemburu atau ianya bakal mengundang masalah lain pula di antara mereka? Entah!

“Okeylah. I balik dulu. Jumpa dekat pejabat nanti.” Ucap Fazree sebelum berlalu.

“You drive carefully.” Balas Iffat dengan senyuman kecil di bibirnya.

Di muka pintu pula sudah terjegul wajah Afham yang diam memerhati dari tadi. Adiknya itu sudah bersiap-siap untuk ke kuliah. “Kak, hari ni Ham pinjam kereta akak boleh tak? Ham balik lambat sikit hari ni.” Ujar Afham yang sedang menyarung kasut.

“Yalah. Drive elok-elok Ham. Jangan nak laju-laju aja.” Pesan Iffat tidak keberatan.

Thanks kak. Ham pergi dulu kak, mak.” Ucap Afham sebelum masuk ke dalam kereta. “Abang Afeef, saya pergi dulu.” Ucap Afham lagi kepada abang iparnya pula seraya membalas lambaian tangan Afeef kepadanya.

“Feef, tak kerja hari ni? Jom masuk.” sapa Puan Hasmidah apabila perasan wajah menantunya itu berubah tegang apabila melihat Fazree. Iffat pula hanya beriak selamba malah dia terus masuk ke dalam rumah tanpa menyapa Afeef dahulu. Dia hanya menggelengkan kepala apabila melihat perbuatan yang kurang sopan Iffat itu.

“Tak mak. Cuti hari ni. Saya baru hantar Aqil pergi klinik. Demam balik malam tadi.” Jawab Afeef seraya mengekori langkah Puan Hasmidah masuk ke dalam rumah. Dia sama tidak mahu kalah apabila dengan sengaja menekan sedikit nama Aqil. Biar isterinya itu tahu anak tunggalnya sakit kerana dirinya. Entah kenapa selepas menghantar anaknya tadi hatinya ingin datang ke rumah mertuanya itu walaupun baru semalam dia datang bersama anaknya dan Damia. Si kecil itu sudah mahukan ibunya malah mulutnya ringan memanggil Damia mama seperti yang diajarkan.

“Semalam mak tengok elok aja.” Balas Puan Hasmidah yang sudah duduk di hadapan Afeef. Dia perasan mata menantunya itu tercari-cari kelibat Iffat di dalam rumah.

“Dia macam tu lah mak. Siang dia okey, bila malam mula merengek. Lepas tu demam.” Jawab Afeef perihal anak tunggalnya itu. Semakin susut tubuh si kecil kerana kurang selera makan.

“Hmm,.. tu mummy dia dah balik, eloklah tu nanti Afeef.” Balas Puan Hasmidah cuba menarik perhatian Iffat yang duduk berkurung di dalam bilik. Rumah yang berdindingkan papan nipis itu mudah untuk mendengar apa jua butir bicara sungguhpun duduk di dalam bilik.

Afeef hanya diam tidak menjawab. Rasa panas hatinya kian tak tertanggung apabila Iffat seperti tidak memperdulikan kewujudan dirinya. Sanggup melupakan dirinya demi lelaki lain.

“Err…mak, Afeef masuk dulu jumpa Iffat kejap.” Pinta Afeef sopan.

“Ha, yalah. Kamu berdua bincang elok-elok. Mak nak pergi rumah Mak Kiah sekejap.” Balas Puan Hasmidah. Dia sengaja ingin memberi ruang kepada anak dan menantunya itu setelah hampir dua minggu tidak bersua muka. Sengaja dia beralasan untuk pergi ke rumah jiran yang tidak jauh dari rumahnya.

Sementara di dalam bilik, Iffat sengaja menyibukkan diri dengan memunggah segala isi perut beg yang dipenuhi dengan buah tangan untuk seisi keluarga. Dia tahu Afeef akan masuk ke dalam bilik itu untuk bertemu dengannya. Rasa debar memenuhi ruang dada. Tidak tahu apa yang akan berlaku antara dirinya dan Afeef selepas ini. Masing-masing menjunjung ego sendiri. Namun Iffat sedaya upaya cuba beriak selamba.

“Bukan main suka lagi layan lelaki lain dari layan suami sendiri kan.” Sindir Afeef tajam kepada Iffat yang duduk membelakangkannya ketika melangkah ke dalam bilik itu.

Iffat yang mendengar sindiran itu hanya mendiamkan diri. Kasar bahasa yang digunakan Afeef menghiris hatinya. Sakit!

“Patutlah kau pergi sana tak bagitahu aku. Ada jantan lain rupanya. Siap tumpang tidur lagi. Agaknya dekat belakang aku, entah apa lagi yang kau dah buat kan?” Tambah Afeef lagi yang berdiri menghadap tingkap kayu yang terbuka. Deru angin pagi yang menyapa wajahnya itu gagal meredakan rasa marah yang berbuku di hati.

Mendengar kata-kata itu pantas dia menoleh ke arah Afeef yang berpeluk tubuh membelakangkannya. Tuduhan yang dilemparkan mencincang halus hatinya. “Stop it!!” marah Iffat geram. Melampau sungguh tuduhan yang diberi. Seperti dia telah berlaku curang. Tidak sanggup dia mendengar tuduhan yang langsung tidak berasas itu.

“Apa tak betul apa yang aku kata!” balas Afeef yang berdiri menghampiri Iffat yang duduk di birai katil.

“Kau jangan nak tuduh aku sebarangan kalau kau tak tahu cerita sebenar.” Balas Iffat berani sambil sama berdiri melawan tujahan mata Afeef kepadanya. Dia dengan sengaja mengikut tempo lelaki itu. Alang-alang lelaki itu ingin mengamuk, biar dia hambur semuanya pada lelaki itu apa yang dirasakan. Lelaki itu merengus kasar. Dia berdiri semula di hadapan tingkap.

“Isteri apa agaknya kau ni sanggup membelakangkan suami.” Kata Afeef sinis. Nafasnya sudah turun naik menahan rasa marah yang memuncak.

“Kau tu suami apa pulak?” Balas Iffat selamba sengaja mencabar kemarahan lelaki itu. Nafasnya juga sudah turun naik menahan rasa marah. Perutnya yang senak tiba-tiba dipegang perlahan dan memaksa untuk dia duduk semula.

“Hey! Sekurang-kurangnya aku tak curang dekat belakang kau! Aku sedar lagi tanggungjawab aku!” herdik Afeef dengan nada yang sudah meninggi. Dia kembali mendapatkan Iffat yang duduk itu.

“Tak curang? Kau cakap kau tak curang. Kalau kau tak curang dengan aku dulu takdanya budak kecil tu.” Jawab Iffat berani sekaligus sengaja mengimbau kembali peristiwa lalu.

“Kau ni kan…” hampir sahaja tangan kanannya itu melayang ke pipi Iffat tetapi tidak jadi. Kata-kata Iffat memang mencabar kesabarannya.

“Agaknya lelaki ni kalau mengamuk aja, memang tak sah kalau tak angkat tangan kan.” Balas Iffat semakin berani. Senak di perutnya masih ditahan. “Apa tak teruskan aja. Biar puas hati kau tu.”

“Kau jangan cabar aku Iffat!” jerkah Afeef lagi. Afeef bergerak menjauh. Wajahnya diraup beberapa kali untuk mengurangkan rasa marah yang tidak tertanggung.

Iffat pula mendiamkan diri menerima jerkahan suaminya itu. Dia tidak pernah melihat keadaan suaminya ketika itu sebelum ini. Afeef Adwan yang dikenali bukan seorang yang pemarah.

“Kalau kau rasa aku ni isteri curang, isteri yang tak cukup baik, aku rasa ada baiknya kita berpisah. Aku ni tak tahu hormatkan kau. Tak layak jadi mummy pada anak kau kan… Aku ni tak tahu nak jaga perasaan kau kan…” Iffat bersuara perlahan selepas masing-masing mendiamkan diri. Dia memandang sekilas belakang tubuh yang kembali menghadap tingkap kayu itu. Kata-kata yang terlahir di bibirnya itu sebenarnya mengguris hatinya sendiri. “Aku rasa, takda gunanya dah aku ni. Mungkin ni yang terbaik untuk kita.”

Afeef terus melangkah keluar dari balik itu kerana tidak sanggup mendengar apa sahaja yang diungkapkan oleh isterinya itu. Perkataan berpisah yang disebut oleh Iffat begitu menyentakkan jantungnya. Sama seperti yang pernah diungkap oleh Afia. Adiknya itu sendiri ada menasihatkan dirinya agar melepaskan sahaja Iffat. Dia terus meninggalkan rumah keluarga mertuanya itu tanpa hala tuju.

Hilang sahaja kelibat Afeef, dihamburkan segala air matanya tanpa boleh dibendung lagi. Dia kecewa dengan apa yang diucapkannya tadi. Bulan mulia yang hampir tiba ke penghujung itu telah menjadi saksi segala kisah duka mereka berdua. Senak diperutnya pula seakan menjadi-jadi menambah rasa sedih di hati. ‘Sayang, tolong mummy sayang’. Ucapnya perlahan sambil menekan kuat perutnya. Dia terbaring di katil kerana rasa sakit yang semakin tidak tertanggung. Pada waktu itu dia terdengar deruman motor abahnya.

Dia memanggil abahnya sekuat hati dengan harapan bapanya itu mendengar panggilannya memandangkan abahnya mungkin sahaja terus ke kebun di belakang rumahnya.

Encik Abdul Rahim yang mendengar panggilan Iffat terus bergegas masuk dan kebetulan juga Puan Hasmidah turut sama tiba dari rumah Mak Kiah apabila melihat suaminya pulang.

“Hamani, kenapa kamu ni?” tanya Puan Hasmidah cemas.

“Jom bawa dia klinik cepat.” Gesa Encik Abdul Rahim seraya membantu Iffat bangun dan memapahnya. Puan Hasmidah tidak dapat membantu kerana bahu kirinya masih tidak boleh diangkat dengan kuat. Iffat yang masih bertudung sejak kedatangan Afeef itu menyeringai menahan sakit. Dalam hatinya hanya berdoa agar benih yang baru dikandung itu dalam keadaan selamat.

May 2, 2013

Jangan tak mungkin_part 9



“Ehem ehem.” Dahaman daripada seseorang yang amat dikenali membuatkan telefon bimbitnya yang masih di tangan hampir terlepas. Ada segera berpaling.

Mulutnya terbuka luas dengan mata yang tidak berkelip melihat susuk tubuh yang berdiri di hadapannya itu.

Azam melemparkan senyuman manis sambil membiarkan pembantu butik merapikan baju melayu berona putih yang tersarung ditubuhnya. Lengkap dengan samping songket warna sama bertekad benang perak. Songkok hitam elok terletak di atas kepalanya. Tubuhnya dipusingkan beberapa kali di hadapan dinding yang berlatarkan cermin besar untuk melihat ke seluruh tubuhnya sebelum matanya terhenti ke wajah Ada yang masih setia berdiri di sisinya. Dia perasan mata gadis itu langsung tidak berkelip sejak dia keluar dari bilik persalinan tadi.

Azam merapatkan tubuhnya ke sisi Ada yang masih khayal dalam dunianya sendiri. Pantulan dari cermin di hadapannya dipandang lama. Terasa bangga dengan panorama indah yang terhias di ruang mata. Dia dan Ada bergandingan menghasilkan satu perasaan yang cukup luar biasa di hatinya. Perlahan-lahan dia merapatkan bibirnya ke cuping telinga gadis itu.

I love you sayang..” Bisiknya lembut membuatkan Ada tersentak. Tersedar dari lamunan. Cepat dia menjarakkan diri. Wajah Azam yang sedang tersengih-sengih tidak lagi dipandang. Berdegup laju jantungnya saat itu tidak lagi mampu dikawal.

“Macam mana? Okey?” Muncul seorang lelaki yang bertanggungjawab menyediakan persalinan yang tersarung di tubuh mereka berdua.

“Cun dah ni.. I rasa tak perlu nak ubah apa-apa.” Jawab Azam sambil mengerling ke arah Ada yang sudah menundukkan wajah.

“Baju pengantin perempuan macam mana?” Soal lelaki yang sama sambil memandang ke arah Ada yang memalingkan wajah. Serba tidak kena gadis itu.

“Ada, kan Bad tanya tu. Okey ke tak baju yang awak pakai tu?” Soal Azam lembut sambil menarik lengan Ada. Tawa yang hampir terhambur terpaksa ditahan saat matanya dapat menangkap kedua-dua belah pipi Ada yang memerah. Terlalu comel gadis itu dalam persalinan kebaya moden senada warnanya dengan baju melayu yang dipakai.

Ada mengangguk laju sebelum kaki terus mengatur langkah ke bilik persalinan.

Lelaki yang bernama Badli itu hanya memandang pelik ke arah Ada. Begitu juga dengan seorang pembantu butik tadi. Tanpa sebarang kata, pembantu itu turut mengekori langkah Ada.

“Kenapa tu?” Soal Badli yang memandang pelik ke arah Ada tadi.

Period kut..” Jawab Azam selamba diiringi tawa.

Badli hanya tersengih mendengar jawapan Azam.

“Hoi.. Datang pun kau. Aku ingat tak datang.” Ujar Azam sebaik ternampak kelibat Shahimi masuk ke dalam butik.

Sorrylah bro. Ni pun aku lari dari meeting tadi. Kalau tak, memang takdanya aku nak datang sini. Nasib baik kau ada. Aku pun sekejap aje ni. Kejap lagi aku nak kena ambik Shima dekat airport pulak.” Jawab Shahimi sambil matanya meneliti baju yang tersarung di tubuh Azam.

“Kau yang nak kahwin, aku pulak yang kena test baju kau ni apa hal? Kau tak kisah ke aku rasmikan dulu baju kau ni?” Balas Azam dengan keningnya yang terjungkit memandang ke wajah Shahimi. Dia sendiri terasa bangga dapat menyarung baju yang masih belum digunakan untuk majlis besar Shahimi yang bakal berlangsung dalam masa dua minggu lagi itu.

“Tak kisahlah Zam. Aku saja nak bagi peluang kau merasa pakai baju nikah.” Balas Shahimi dengan tawa yang meletus.

“Sudahlah kau. Macamlah aku tak nak kahwin.” Jawab Azam yang sudah menjuihkan bibir sebelum terus berlalu ke bilik persalinan.

Dalam hati ada sedikit rasa tercabar dengan kata-kata sahabatnya tadi.

Sementara Ada yang berada di bilik persalinan termenung sendirian. Kedua-dua belah pipinya dipegang. Terasa hangat. Pipinya ditampar perlahan untuk mengurangkan kehangatan yang terasa.

Wake up Ada! Wake up!’ Desisnya sendiri yang masih membayangkan wajah Azam yang segak dalam persalinan baju melayu warna putih mutiara tadi.

Sejak mereka berbaik, pelbagai perasaan yang mula muncul di hatinya. Apa sahaja yang dilakukan oleh Azam mampu mengusik hati wanitanya. Malah sejak akhir-akhir itu, dilihat Azam semakin berani bermain kata-kata dan dirasakan lelaki itu seperti sengaja cuba memancing perasaannya. Sama seperti tadi. Sebaris ayat itu begitu jelas di pendengarannya membuatkan dia tersentak. Belum pernah Azam menuturkan ucapan sayang sebegitu.

“Ada sayang, awak dah siap ke belum? Lamanya dekat dalam tu.” Terdengar suara Azam memanggil dari luar bilik persalinan membuatkan dia ketap bibir geram. Azam memang suka memanggilnya dengan perkataan sayang sejak kebelakangan itu membuatkan hatinya sering terpancing.

“Kejaplah! Saya tengah siap la ni..” Balasnya geram dengan wajah yang masam mencuka. Sepantas itu dia menukar pakaian nikah milik bakal kakak iparnya yang masih berada di Sarawak.

Sebaik dia merapikan rambut yang disanggul tinggi oleh pembantu butik tadi, dia terus melangkah keluar. Baju tadi terus diserahkan kepada pembantu butik yang sedia menanti di luar pintu. Mata meliar ke sekeliling mencari kelibat Azam. Dilihat lelaki itu sedang berbual dengan abangnya di meja bulat bersama pereka fesyen baju yang dipakai tadi.

Terasa berat kaki untuk melangkah mendapatkan dua lelaki tersebut apabila Shahimi menggamitnya.

“Habislah kau Ada.. Kena bahanlah kau kejap lagi dengan dua umat tu..’ Desis hatinya sendiri sebelum menghela nafas berat. Kedua-dua kakinya diseret juga menghampiri Azam dan Shahimi.

“Dik, baju kau dah siap.” Ujar Shahimi dengan senyuman penuh makna tersungging di bibirnya.

Ada kerut dahi. Pandangan matanya dihalakan ke arah Azam pelik.

Seorang pembantu butik datang menghampiri mereka dengan sehelai baju kebaya moden warna putih susu.

“Cuba awak try pakai baju ni..” Kata Azam sambil menyambut huluran sepasang baju itu kemudiannya diserahkan kepada Ada.

“Bila masa saya tempah baju?” Balas Ada masih tidak menyambut huluran Azam. Bola matanya ralit meneliti perincian pada baju yang sedang dipegang oleh lelaki itu. Begitu menarik hati dan menepati cita rasanya.

“Saya yang tempah untuk awak.. Senang kalau tiba-tiba kita nak nikah sekali nanti..” Jawab Azam selamba.
Shahimi saat itu pula sudah bergerak menjauhi kedua-duanya. Ingin memberi ruang pada Azam dan Ada. Dia sedia maklum akan rancangan Azam untuk menyunting adiknya. Cuma hal itu masih belum dibincangkan secara serius dengan kedua-dua belah pihak.

“Awak jangan nak bergurau boleh tak?” Bentak Ada dengan suara yang tertahan. Dia tahu Azam suka benar memancing perasaannya sejak akhir-akhir itu. Kini dia diduga pula dengan sehelai baju yang sesuai untuk majlis pernikahan.

“Betu la..” Balas Azam dalam nada yang sama.

“Awak jangan nak merepeklah! Bila masa saya cakap saya nak nikah dengan awak!” Gerutunya geram. Kedua-dua lengannya sudah disilangkan ke dada. Sengaja mahu menyembunyikan debar yang tidak menentu di dalam dadanya.

“Sekarang memanglah tak.. Kan saya kata ‘kalau’ tadi..” Jawab Azam tenang. Lengan Ada ditarik agar gadis itu dapat melabuhkan duduk di hadapannya. Hampir sahaja tawanya terburai melihat wajah cemberut Ada saat itu tetapi cuba ditahan.

Ada ketap bibir geram. Ringan sahaja tangannya mahu menghadiahkan cubitan di lengan lelaki itu biar puas hatinya.

“Habis tu yang awak pandai-pandai tempah buat apa?” Balasnya masih tidak berpuas hati.

“Macam saya cakap tadi. Manalah tahu kalau tiba-tiba kita..”

“Ahh! Awak jangan merepeklah!” Pintas Ada tidak mahu mendengar perkataan nikah lagi dari mulut Azam. Hilang rentak jantungnya apabila mendengar perkataan itu.

Azam terus menghamburkan tawa. Tidak mampu lagi menahan.

Ada menjeling tajam ke arah Azam yang terkekeh mentertawakannya.

“Zam..” Shahimi muncul kembali sambil menepuk bahu sahabatnya yang sedang ketawa.

“Kau dah nak pergi airport ke?” Tanya Azam dalam sisa tawanya. Wajah Ada yang masam mencuka sempat dikerling sekilas.

“Ha’ah.. Shima dah sampai. Erm.. Bro, nanti tolong bawak sekali budak ni balik macam mana kau ambik tadi. Kalau ikut aku nanti, bosan pulak..” Balas Shahimi sambil mengangkat sebelah keningnya kepada Azam. Senyuman yang terukir di bibir pula penuh makna.

Ada menjeling pula ke arah abangnya.

“Takda hal la..” Balas Azam senang sambil mengerdipkan matanya kepada Ada.

Selepas sahaja dia keluar dari hospital bulan lalu, dia mula perasan sedikit kelainan apabila Ada memandangnya. Dia sendiri terasa kekok apabila hubungan mereka tidak sedingin dahulu. Cuma dengan melancarkan usikan dan gurauan sahaja yang boleh membuang rasa kekok yang ada. Disebabkan itu juga Ada sering sahaja bermasam muka dengannya.

“Abang tadi janji nak bawak Ada sekali..” Gerutu Ada geram. Tidak sanggup rasanya dia berdua-duaan dengan Azam. Risau andai ada perkara lain yang akan dilakukan oleh lelaki itu hingga mampu membuatkan jantungnya hampir gugur seperti tadi. Tingkah laku lelaki itu memang sukar dijangka sejak akhir-akhir ini.

“Tak payahlah kau ikut.. Kau ikut Azam balik.. Lagi pun dia macam banyak benda nak cakap dengan adik.. kan Zam?” Jawab Shahimi sambil menepuk beberapa kali bahu Azam.

Azam hanya tersengih tidak bersalah. Sememangnya ada perkara penting yang ingin diungkapkan kepada gadis cemberut di hadapannya itu.

Ada merengus halus. Geram melihat kedua-dua makhluk Allah di hadapannya saat itu.

“Okeylah. Aku pergi dulu. Thanks sebab tolong aku tadi Zam..” Sambung Shahimi seraya menghulur tangan untuk bersalaman.

“Hal kecik aje..” Jawab Azam senang sebelum salam disambut.

Ada turut menyambut huluran tangan abangnya dan dikucup sekilas mahupun ada lagi rasa geram di hati.

Shahimi terus sahaja berlalu meninggalkan pasangan itu selepas mengucap salam. Saat itu sempat juga dia memberi isyarat mata kepada pembantu butik dan Badli membuatkan kedua-duanya mengangguk faham.

“Ada, awak marah ke? Saya gurau ajelah.. Saya tahu, takkan awak nak nikah dengan jiran sendiri kan..” Sengaja Azam menguji. Dia yakin apa yang dirasakan di hatinya saat itu.

“Tahu pun..” Jawab Ada selamba dalam getar suara.

“Encik Azam, ni baju yang Encik tempah hari tu..” Muncul pembantu butik tadi dengan membawa sepasang baju melayu warna yang sama dengan baju kebaya moden yang diletakkan oleh Azam di atas meja bulat di hadapan mereka.

Ada sudah membulatkan mata saat sepasang baju melayu itu meniti ruang mata. Pelbagai persoalan mula muncul di benaknya.

“Er.. Awak nak buat apa baju melayu ni?” Soalnya dengan getar hati yang semakin hilang punca.

“Baju nikah saya la.” Jawab Azam selamba sambil mengacukan baju itu ke tubuhnya di hadapan cermin besar di hadapan mereka.

“Nikah? Awak nak nikah dengan siapa? Bila awak nikah?” Meluncur laju soalan-soalan dari bibir Ada sebelum dia memalingkan wajah. Terasa malu sendiri dengan soalan yang ditanya. Sedar yang dia tiada hak untuk mengetahui hal peribadi lelaki itu.

Azam menalakan pandangan matanya ke arah Ada yang semakin memucat dari biasan cermin di hadapannya. Bibir sembunyi senyum.

“Nikah dengan oranglah.. Baju depan awak tu, baju bakal isteri saya la tu..” Jawab Azam cukup tenang.
Ada semakin tidak senang duduk dengan jawapan yang diberi. Entah kenapa hatinya tidak lagi mampu bertenang walaupun berkali-kali dia beristighfar.

“Er.. Saya nak balik.” Ujarnya tiba-tiba dalam getar suara. Tidak mampu lagi dia melihat wajah Azam yang cukup berseri.

Azam segera berpaling apabila melihat Ada mula mengorak langkah meninggalkan ruangan itu. Laju kakinya mengejar.

“Ada.. Kejaplah.. Saya belum lagi test baju tu.” Ujarnya lembut seraya memaut lengan gadis itu dari terus berlalu.

Ada turut sama terhenti. Terpusing tubuhnya menghadap Azam.

“Awak pergi ajelah test baju tu. Saya boleh balik sendiri.” Balas Ada lemah seraya menarik lengannya semula. Tidak rela dia terus menatap wajah Azam yang sedang bahagia itu.

“Saya nak dengar pendapat awak. Please..” Pujuk Azam tidak berputus asa.

Ada kerut dahi.

“Apa kes awak nak dengar pendapat saya? Bukan saya yang nak kahwin dengan awak. Awak tanyalah bakal isteri awak. Kenapa nak tanya saya pulak.” Tiba-tiba dia membentak tidak berpuas hati.

Azam sembunyi senyum. ‘Sayang kata sayang.. Jangan sombong sangat Ada..’ Desis hatinya nakal.

“Selalunya pendapat perempuan kan sama.. Cantik kata awak, cantiklah kata dia.. Please Ada..” Rayu Azam lagi.

Ada menjeling tajam mendengar kata-kata rayuan daripada Azam itu. Tidak sampai pula hatinya untuk menghampakan. Namun, keadaan hatinya sendiri bagaimana pula?

“Cepatlah!” Katanya kemudian dengan wajah yang masa mencuka. Cuba disabarkan hatinya saat itu. Mahu atau tidak, terpaksa dia melihat keceriaan yang terlukis di wajah Azam.

“Thanks sayang!” Ucap Azam senang seraya dengan selamba menarik tangan Ada untuk kembali semula ke ruang tengah butik tadi.

“Ee.. Jangan nak jadi kasanova sangatlah!” Gerutunya geram seraya menarik semula tangannya. Tidak selesa disentuh oleh Azam sesuka hati. Tambahan pula lelaki itu bakal menjadi suami orang.

Azam hanya tersengih sambil menghulurkan sepasang baju kurung moden yang ditunjukkan tadi kepada Ada.

“Kenapa pulak ni?” Soal Ada pelik.

“Awak trylah.. Saya nak tengok.” Jawab Azam dengan sengihan lebar.

“Hah? Awak ni gila ke apa?” Balas Ada seperti tidak percaya. Takkan pula dia mahu memakai baju perempuan yang bakal dinikahi Azam. Sudahlah tadi dia menjadi model untuk baju bakal kakak iparnya.

“Apa yang gila pulak.. Betul la ni. Kalau awak tak pakai, macam mana nak nampak cantik.” Jawab Azam selamba.

“Tak naklah!” Tolak Ada seraya melabuhkan duduk di kerusi yang didudukinya tadi.

“Ada, apa kata you try dulu. Nanti senanglah kalau ada yang tak kena, I boleh betulkan.” Muncul Badli bersama pembantunya tadi.

“Bukan I yang nak kahwin dengan dia. Kenapa pulak I yang kena try.” Jawabnya tegas. Dia tetap dengan pendiriannya. Tidak mungkin dia akan mengenakan baju itu sedangkan Azam membayangkan perempuan lain. Dia tak sudi sekadar jadi model pada sepasang baju indah yang tidak tahu siapa pemiliknya yang sebenar.

“Bad!” Azam memberi isyarat tangan kepada Badli apabila lelaki itu mahu melanjutkan kata.

Badli mengangkat kedua-dua bahunya sebelum beredar dari ruangan itu. Pembantunya tadi juga turut beredar. Ingin memberi ruang kepada Azam dan Ada.

Ada merengus kasar apabila Azam melabuhkan duduk di sisinya.

“Kenapa marah-marah ni..” Lembut bicara Azam ingin memujuk.

Ada menjeling tajam.

“Dah tahu lagi mahu tanya!” Bentaknya geram.

Azam mengukir senyum paling manis. Tahu yang gadis cuba menyembunyikan rahsia hati yang sebenar.

“Tadi awak okey aje try baju Shima. Sekarang kenapa tak nak try baju ni?” Sengaja dia bertanya soalan yang jelas tiada perkaitan.

“Saya kata tak nak, tak naklah Azam.” Balas Ada tidak sedingin tadi. Entah kenapa nada suara Azam membuatkannya tidak mampu meninggi suara seperti tadi. Kini ada debaran lain pula yang memuncak di hatinya.

“Ada.. Please.. Untuk kali ni aje. Lepas ni kita tak mungkin datang sini lagi.. Please Ada..” Lembut Azam menuturkannya dengan harapan Ada akan memenuhi permintaannya itu.

“Tapi kenapa saya? Mana bakal isteri awak tu?” Balas Ada yang masih cuba mempertahankan pendiriannya yang mula terhakis gara-gara suara Azam yang begitu lembut memujuknya. Ah! Untung siapa yang jadi isteri kau Azam! Desisnya dalam hati. Entah kenapa ada rasa kecewa mula menular di hatinya kala itu saat menyebut perkataan isteri.

“Ala… Awak janganlah tanya fasal dia.. Sekarang ni, awak yang ada dekat sini dengan saya kan? So, awaklah yang tolong try baju tu.. Please sayang..” Pujuk Azam lagi yang bermulut manis.

Sekali lagi Ada menjeling tajam ke arah Azam. Cukup terusik hatinya dengan perkataan sayang yang meniti bibir lelaki itu.

“Jangan nak sayang sangatlah! Kalau tahu sayang awak tu yang saya pergi try baju dia macam mana? Tak fasal-fasal dia kejar saya dengan parang nanti.” Jawab Ada yang masih belum mahu memenuhi permintaan lelaki di hadapannya itu.

Azam tergelak kecil.

“Fasal tu awak jangan risau. Pandailah saya cover nanti okey? Sekarang ni awak pergi try baju ni dulu. Please..” Azam kembali menghulurkan baju itu ke tangan Ada.

“Ee..Awak ni!” Ada tidak punya pilihan. Entah kenapa mudah benar dia terpengaruh dengan kata-kata lelaki itu.

“Macam tu la sayang.. Now pergi tukar. Nanti saya panggil Bad. Biar assistant dia tolong awak nanti.” Ujar Azam dengan senyuman lebar. Misi memujuk Ada berjaya.

Dengan wajah yang masam mencuka, Ada mengatur langkah juga ke bilik persalinan seperti yang diminta.

“Ni last! Lepas ni jangan harap saya nak tolong awak!” Katanya kemudian sebelum masuk ke bilik persalinan.

“Okey sayang! Jangan risau! I promise ni last.” Balas Azam dengan sengihan lebar. Riang hatinya saat itu. Dan tanpa menunggu lama, dia memanggil Badli dan beberapa pembantu butik tadi sebelum dia juga turut masuk ke bilik persalinan.

Hampir satu jam berlalu..

“Azam!” Ada yang baharu keluar dari bilik persalinan terus sahaja mencari kelibat Azam.

“Gorgeous dear!” Puji Azam dengan mata sedikit pun tidak lepas memandang Ada dalam persalinan pengantin.

“Gorgeous apa ke bendanya!” Bentak Ada marah. Wajahnya turut disolek oleh juru mekap khas di butik itu.

“You look so beautiful sayang..” Puji Azam lagi tanpa menghiraukan wajah cemberut Ada.

“Dah dah.. Saya nak tukar!” Bentak Ada geram sebelum melangkah semula ke ruangan persalinan. “Bad!” Sempat dia memanggil nama Badli apabila kelibat lelaki itu tidak kelihatan. Bayang gadis yang membantunya tadi juga hilang entah ke mana.

“Ada!” Sempat Azam menyambar lengan Ada dari terus melangkah.

“Tadi awak kata nak saya try baju aje kan? Takda makeup-makeup pun!” Ada bertegas. Terasa dirinya dipermainkan apabila juru mekap tadi begitu beriya-iya merapikan wajahnya dengan solekan ringkas. Katanya biar kena dengan baju yang dipakai. Tapi untuk apa? Itu yang dia tidak faham.

“Ada..Ada.. Please..” Azam terus meraih jemari halus Ada.

“Azam.” Ada bertegas seraya menarik semula jemari halusnya semula.

“Sorry..” Azam akui keterlanjuran dirinya. Entah kenapa sukar benar dia mengawal dirinya jika berhadapan dengan gadis itu.

“Apa lagi ni Azam. Sekarang ni baju yang saya pakai cantikkan? So, dah takda apa lagi yang saya kena buat. Saya nak tukar baju sekarang.” Ujar Ada lemah. Entah kenapa ada nada penyelasan dalam kata-katanya sendiri. Terasa menyesal kerana menuruti kata-kata lelaki itu tadi.

“Please jangan tukar dulu.” Ujar Azam serba salah.

Ada menayangkan wajah cemberutnya juga. Tidak faham apa lagi yang diinginkan oleh Azam.

“Apa lagi ni..” Ujarnya malas. Dia mula rimas dengan baju yang dipakai walaupun persalinan itu cukup memikat hati. Rimas kerana baju itu bakal menjadi milik wanita lain. Yang peliknya, baju itu cukup padan dengan tubuhnya. Langsung tiada kekurangan.

Azam yang segak dalam persalinan baju Melayu itu terus mengeluarkan sebentuk cincin yang dipegang sejak tadi.

Mata Ada membulat saat kilauan cincin emas putih itu meniti ruang mata. Wajahnya mula berkerut-kerut.

“Er.. Apa ni Azam..” Tuturnya seperti tersekat-sekat. Ada debaran menggila sedang memenuhi ruang dadanya.

“Cincin? Sejak bila tak kenal cincin ni?” Balas Azam masih mahu berseloroh walaupun dalam hatinya saat itu hanya tuhan sahaja yang tahu. Gugup bukan sedikit.

Ada ketap bibir rapat-rapat. ‘Dia ni kan.. aku tahulah cincin!’ gerutunya dalam hati. Geram kerana Azam masih mahu bergurau dengannya.

“Suka hati awaklah!” Ada ingin mengorak langkah semula. Malas mahu melayan Azam jika lelaki itu memang sengaja mahu menyakitinya dengan menunjukkan cincin pernikahan pula. Dan tidak mungkin Azam mahu dia mencuba cincin itu juga.

“Ada Syuhada.” Nama penuhnya disebut membuatkan langkahnya mati. Namun dia tidak berpaling. Sudahlah hatinya berdebar bagai nak gila melihat sebentuk cincin bertatahkan berlian di hadapan matanya tadi. Tidak sanggup lagi rasanya dia mengikut rentak Azam yang banyak menduga perasaannya sepanjang hari itu.

Azam menarik nafasnya dalam-dalam. Dia amat berharap apa yang dilakukan saat itu dapat berlangsung seperti mana yang dirancangkan.

“Ada..” Panggilnya lembut seraya menarik lengan yang berlapik itu agar berhadapan dengannya.

“Awak nak cakap, cakap ajelah. Tak payahlah tangan pun sibuk nak bercakap.” Marah Ada tertahan dengan matanya mencerun ke arah lain. Tidak berani menentang lama pandangan redup Azam yang cukup berlainan saat itu.

Azam menarik nafas panjang. Sedaya upaya cuba meredakan apa yang dirasai saat itu.

“Ada..”

Ada mengangkat wajahnya. Renungan lembut Azam yang berlaga dengan matanya menggetarkan semua urat sarafnya. Hilang rentak nada yang bergema di dada.

“Jadi yang pertama dan yang terakhir dalam hidup saya..” Lancar sebaris ayat itu meniti bibir Azam. Sebentuk cincin tadi dihulurkan kepada gadis itu.

“Er..Awak…” Mata Ada membulat sebelum pandangannya tiba-tiba berbalam-balam dan akhirnya menjadi gelap-gelita. 

............
maaf klau mcm kelam kabut! huu