AWRA

Sinopsis AWRA ~edited....



“Senang aje kau cakap. Aku kena ambik risiko tinggi tahu tak? Takkan senang-senang aje aku nak terima kau.”

Jangan pandang rendah pada keupayaan seorang wanita. Bukan kerana berfikiran konservatif. Tetapi adalah kerana dia adalah wanita. Seorang wanita haruslah menjadi seorang wanita yang sebenar. Tidak kiralah setinggi mana pun kejayaan yang dimiliki. Diri itu tetap juga wanita.

Deria rasanya, memang bijak merasa. Dialah juara merasai sedap atau tidak suatu masakan. Suruh memasak, mungkin dia masih kurang kemahiran. Namun sekali bersilat di dapur, kekaguman pasti dirasai kepada mereka yang merasa. Dalam kelebihan deria rasanya, dia tetap gagal merasai ‘rasa’ suatu perasaan dalam perhubungan. Tidak tahu atau buat-buat tak tahu? Cukup andai diri diterima seadanya, terasa diri sempurna.

“Eleh.. Mulut aje kata tak nak kan? Padahal hati, berparti sakan kau suka aku kan?”

Seorang lelaki harus menjadi seorang lelaki yang sebenar. Segala-galanya harus diterajui lelaki. Membuktikan kerjaya wanita juga lelaki mampu terajui. Kerana minat, kenapa tidak direalisasikan seandainya ia mendatangkan kebaikan. Malah menjamin masa depan.

Petua memasak, dialah juaranya dalam menentukan setiap menu dan ramuannya. Perisa yang kurang, mana yang perlu ditambah, mana yang perlu dikurangkan, mana yang perlu diubah. Maaf! Tapi dialah si gagal dalam perasaan. Gagal menentukan perisa apa yang perlu ada dalam sebuah perhubungan. Disengajakan atau tidak sengaja? Bukan inginkan kesempurnaan, namun cukup buat dia rasa sempurna.


KEPADA YANG INGIN MENDAPATKAN FULL VERSION IN PDF AWRA, BOLEH EMAIL SAYA KE..

arshanew@yahoo.com

FREE JE.. SYARATNYA CUMA SERTAKAN NAMA. THANK YOU!

3 comments:

sweety said...

suke..bila nak start ni???

Ehem said...

thanks sweety.

sbnrnya dah start menulis dah. saya je tak post lagi. hee

Unknown said...

menarik dek...