TDK

Sinopsis Kerana Tirai Dosa Kelmarin



Nur Imanina – masa depannya diragut tanpa rela. Titik hitam memaksanya berubah watak menjadi pendendam dalam kelembutan. Kata orang, jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Dalam kelembutan penuh kebencian. Benteng terkuat diwujudkan agar titik hitam itu tidak berulang. Sungguhpun sudah menjadi sejarah, namun ianya kerap menghantui malah tiada lagi ketenangan yang dimiliki dalam setiap mimpi yang hadir saban malam. Hanya sakit, sedih, kecewa, benci yang menghiasi.

Orang yang diharapkan dapat melindungi dirinya telah memusnahkan segalanya. Tiada tinggal pada dirinya selain tersemat kebencian yang mendalam. Hanya kerana seorang lelaki, lelaki lain turut terkena tempiasnya.

Apakan daya untuk menolak fitrah Allah. Setiap manusia dijadikan berpasangan. Saling memerlukan. Tak boleh tidak itulah yang telah tertulis sejak kita dilahirkan. Dalam tidak mahu dan keterpaksaan, harus ditelan fitrah yang telah ditetapkan. Insan lemah bernama manusia tidak layak menolak segala ketentuan.

Iman Faliq – Dosa kelmarin banyak mengajar erti kehidupan, menghargai dan menghormati. Lebih melindungi kaum yang lebih lemah. Belajar menyayangi dan mempunyai rasa belas terhadap mereka. Wanita dijadikan sebagai amanah untuk lelaki. Amanah yang diberikan sewajarnya dilaksana sebaiknya agar tidak dipersoal kelak.

Kerana dosa kelmarin dia menjadi manusia sebenar. Tahu menilai mana baik mana buruknya. Hukum Allah tidak mengira siapa. Ditutup pintu hati dari memberi dan menerima huluran kasih insan bergelar wanita. Tapi dosa kelmarin tidak mudah untuk dilupakan selagi kemaafan tidak diterima. Hanya kemaafan yang dicari semata-mata ingin mendapatkan ketenangan hati hakiki. Itu janjinya selagi yang dicari tidak diketemui!

Iman Faliq & Nur Imanina - Apa yang dicari sebenarnya sudah lama tersedia di depan mata. Mata dijadikan untuk melihat dan adanya hati untuk menilai apa yang dilihat. Percaturan Allah itu indah, hanya kita yang buta untuk menilai. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Begitulah sebaliknya. 

Dugaan tidak pernah berhenti menguji. Di saat penyatuan hati, saat itu jugalah dugaan rindu untuk menghampiri. Hanya kesabaran, kekuatan dan ketabahan hati dapat mengatasi. 

5 comments:

Yong said...

hehe best je sinopsis ni.

Ehem said...

thanks yong :)

Atty Ismail said...

Nice...Br nak baca sinopsis...Nak buat marathon baca citer ni jap lagi...

Anonymous said...

TDK ni masih diteruskn o x?? sbb smpai 30 je~~

AmyZainudin said...
This comment has been removed by the author.