BMJM

Sinopsis_Bukan milikku,Jadi milikku_Arsha 




"dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana"

(Al-Anfal, 8:63)

Siti Shafura seorang gadis yang masih memiliki ciri-ciri kemelayuan dan pegangan agama diberikan oleh kedua ibubapanya menjadikan dia bijak mengawal apa jua yang dilakukan. Disebabkan itu juga dia menjadi lebih tabah menghadapi sebarang kesulitan. Terutamanya apabila orang yang disayangi kembali kepada Maha Pencipta tanpa sempat melihat kejayaan yang diraih. Tetapi, dengan adanya sokongan daripada rakan-rakan dan orang yang sentiasa menyayanginya menjadikan Siti Shafura teguh berdiri meneruskan apa yang dicita-citakan.

"Dengan hanya mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.." ar-rad :28

Menumpang kasih keluarga orang tetapi disisih kerana dianggap beban. Semuanya kerana kisah lalu. Dengan berbekalkan kekuatan hati dan kepercayaan bahawa Allah sentiasa ada untuk membantu hambaNya yang di dalam kesusahan, segala tomahan yang dilemparkan kepadanya langsung tidak menjadi racun serta menggugat kekuatan dalam dia meneruskan hidup. 

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya..." al-baqarah : 286

Percaya dengan apa yang telah ditentukan olehNya memang sudah tertulis di Lohmahfuz. Redha menjadi pegangan dalam menerima apa jua yang hadir dalam perjalanan hidup.

Percaya bahawa ujian dan dugaan yang Dia turunkan buat hambaNya adalah untuk menguji kekuatan iman seseorang. Dia tidak akan henti menguji kepada sesiapa yang dikehendaki.

Percaya bahawa perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik... Begitulah sebaliknya seperti yang tercatat dalam surah An-Nur ayat 26.

Sesungguhnya apa yang berlaku di luar jangkauannya. Jika Dia sudah menetapkannya, siapa dia untuk mengingkarinya. Redha masih tetap setia menjadi pegangannya. Izzat yang begitu mengharap balasan kasih darinya, merupakan seorang lelaki yang banyak memberi sokongan kepadanya. Malah, akan sentiasa hadir tatkala dia memerlukan bantuan. Namun...apalah dayanya jika yang sudah tertulis lain pula perihalnya.

Ujian yang tidak henti datang menimpa diri. Dengan tanggungjawab baru yang dipikul, ditambah pula dengan  tanggungjawab sebagai seorang anak, tidak akan sesekali diabaikan. Kini, hadir lagi suatu dugaan yang tidak pernah dijangkakan. Kekuatan diri amat dituntut dalam dia menentukan hala tuju hidup serta masa depannya sendiri.

Andai ditakdirkan dia miliknya, maka tetap juga menjadi miliknya. Mungkin tidak pernah terfikir akan berkongsi rasa yang sama. Si lelaki dengan selera bandarnya dan si wanita masih setia dengan pegangannya. Dalam berkata tidak, mahu juga menjadi pilihan. :)


11 comments:

mizz acu said...

sound interesting!!

Anonymous said...

plss sambung

RabaahJunaidi said...

look interesting... >>>> i follow...

Unknown said...

Salam mcm mana nak dpt kan buku ni huhu
N mmng tak ade bab 27 ke ada lg tak enovel tuk BMJM ni saya pun nak juga kalo ada :-) plezzzzz blz

Ehem said...

mina lia,

citer dah habis kat blog and dalam editing nak hantar ke publisher.

but, disebabkan hal2 tertentu, saya hold dulu dan sekarang memang stop edit.

insya-Allah ada rezeki, mungkin saya akan jual pada yg berminat sahaja dlm bntuk enovel. insya-Allah. semoga dipermudahkan. thanks yep. :')

Anonymous said...

assalammualaikum dik sha,

akak nak beli enovel nie...

love,
kak as

Ehem said...

WAALAIKUMUSSALAM

kak as. bmjm sedang dinilai. ada rezeki, insyaAllah terbit. jika gagal penilaian, saya akan jula enovel. maaf ya kak as. nanti saya akan inform. :)

Anonymous said...

Tak pe,, teruskan....sya berbakat....

Love,
Kak as

Ehem said...

terima kasih banyak kak as :')

Anonymous said...

Saya pun nk juga. BMJM memang terbaik. kalau tidak terpilih utk diterbitkan pun saya nk yg enovel punya. arsha beritau cara utk dapatkannya ya.

peminat tegar karya arsha.
k.mid

Ehem said...

Kak mid

Saya dah hantar penilaian.
Doakan lulus terbit kak mid.
Kalau xlulus, mmg saya akan buat ebook.
InsyaAllah.