Apr 24, 2014

AWRA again

Assalamualaikum.

Maaf ya. Saya bukan malaikat. maka, perasaan marah mudah sahaja tercuit.

Saya ulang.

SESIAPA YANG INGINKAN AWRA VERSI PDF, TOLONG EMAIL SAYA TERLEBIH DAHULU.

JANGAN TINGGALKAN EMAIL ANDA DI RUANGAN KOMEN.

JANGAN SALAHKAN SAYA KALAU PERMINTAAN ANDA TIDAK DIBALAS.

AGAIN!

SILA EMAIL SAYA TERLEBIH DAHULU SUPAYA SAYA DAPAT BALAS EMAIL ANDA.

EMAIL KEPADA arshanew@yahoo.com. MUDAH.

SILA GUNA EMAIL YANG VALID SEBAB ADA DI ANTARA EMAIL YANG ANDA HANTAR, TIDAK VALID APABILA SAYA BALAS EMAIL KALIAN. harap maklum. jangan salahkan saya jika saya tak balas email anda sebab saya dah balas, tapi failed!

SEKIAN.

arsha,

................

KEPADA YANG SUDAH PUN MENDAPATKAN AWRA, RIBUAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN. MAAF ATAS SEGALA KEKURANGAN YANG ADA.

MAAF JUGA JIKA SAYA KURANG BERBAHASA SETIAP KALI BALAS EMAIL KALIAN MEMANDANGKAN BUKAN 10 ATAU 20 EMAIL YANG SAYA TERIMA.

MAAF SEKALI LAGI.

arsha. :')

Apr 20, 2014

AWRA_full_DONE! pdf version

Assalamulaikum.

~sengeh sampai tinge ni bila berjaya siapkan Awra. ~haha Alhamdulillah atas izinNya.

Ok. Mula-mula, nak bagitau.

Ni versi PDF atau adobe reader. Sesiapa yang menginginkannya boleh dapatkan secara PERCUMA.

bagaimana?

Begitu mudah. Dengan hantar email kepada saya arshanew@yahoo.com dan SILA SERTAKAN NAMA kalian. Saya akan reply email tu secepat mungkin. NAMUN BERSERTA SYARAT. 

~ SILA JANGAN FORWARD KEPADA SESIAPA PUN! pleaseee la.. Pesan pada yang nak tu, kalau nak, meh email saya sendiri. Bukan suruh bayar pun supaya saya boleh kira jumlah yang mendapatkannya daripada saya. SENANG BUKAN? Saya percaya kalian.

DIINGATKAN, JANGAN LETAK EMAIL DI BAHAGIAN KOMEN! SILA EMAIL SAYA TERLEBIH DAHULU. SEKIAN. -berkemungkinan permintaan anda TIDAK AKAN DILAYAN. maaf.

LAGI SATU, SEBELUM TERLUPA, JANGAN PULA ADA YANG TERLEBIH KREATIF MENGGUNAKAN IDEA YANG TAK SEBERAPA ITU UNTUK KEPENTINGAN SENDIRI. harap faham.

Buat pengetahuan, ada penambahan bab di dalamnya menjadikan semua bab berjumlah 39 kesemuanya. Dan diharap dapat menerima garapan idea yang tak seberapa ni. Maafkan saya atas kelewatan sebelum ni dan maafkan saya juga andai kisah AWRA tidak menepati citarasa kalian. Maaf sekali lagi. Terima kasih kepada yang sentiasa menyokong saya selama ni. Terima kasih banyak2. :')


~kepada yang menginginkannya, boleh jumpa di
 booth Lovenovel pada 27hb April 2014, Ahad, di Dewan Merdeka, PWTC, tingkat 4, booth J32 dan J33 pada jam 11 pagi. InsyaAllah. Pastinya terhad buat yang sudi memiliki TDK. :)

Apr 10, 2014

Awra_bab 38- last post! :D

sila jangan nangis :D

....
AWRA_final 38

“Chef, ada customer nak jumpa.” Ujar Azmin yang merupakan salah seorang pembantu di ruang dapur itu.

Faiq yang sedang merasai salah satu menu baru terus menoleh. Wajahnya berkerut. Selama berkhidmat di situ, belum pernah dia dipanggil menemui pelanggan melainkan jika ada tetamu khas yang mendiami hotel lima bintang itu. “Siapa?” soalnya sepatah.

“Ada seorang perempuan muda chef. Cute.” Azmin tersengih-sengih. Dia baru sahaja bertemu dengan wanita itu tadi sebaik dimaklumkan oleh salah seorang pelayan yang bertugas.

“Ada-ada ajelah kau. Erm, dia nak apa? Ada buat appointment ke?” soal Faiq tegas.

Azmin menggeleng.

“Habis tu?”

“Er.. Pasal menu yang dia order tadi.” Azmin serba salah.

Faiq kerut dahi. Dalam sejarah, itu kali pertama dia menerima aduan mengenai menu yang disediakan di hotel itu. “Dari kitchen mana?”

“Sini.” Azmin tersengih kelat. Sini bermakna dari dapur makanan Melayu.

“Sini?” Faiq sedikit terkejut. Setahunya, sejak tadi dia berada di situ dan hanya ada beberapa pesanan sahaja daripada dapur masakan Melayu itu. Malah, dia sendiri yang menyediakannya tadi.

Azmin angguk.

Faiq cuba mengingati makanan yang dimasak sebentar tadi. “Erm, dia ada dekat mana?”

Twenty three.” Azmin terus memberitahu nombor meja.

Tanpa menunggu lama, Faiq bergegas keluar dari ruang dapur. Ada debar yang menyapa ruang dada namun cuba ditolak jauh kerana ia mengandaikan hanya bawaan perasaannya sahaja. Langkah diatur yakin. Begitu murah senyuman dibiaskan setiap kali dia berselisih dengan sesiapa pun. Saat kaki menginjak di tengah-tengah kafe, mata dihalakan ke satu sudut yang agak jauh dari pandangan mata. Ulas bibirnya senyum lagi apabila ternampak belakang susuk tubuh seorang wanita bertudung. Dan dia yakin, wanita itulah yang dimaksudkan oleh Azmin tadi.

Saat beberapa langkah lagi menghampiri, kakinya terhenti. Wajahnya berkerut. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dia kembali melangkah.

“Assalamulaikum miss. I’m Faiq Faisal. Executive chef here. May I help you miss?” Dia berlagak formal bersama senyuman manis dibiaskan.

“Waalaikumussalam. Have seat.” Wanita di hadapannya itu tersenyum manis. Cukup menggetarkan hati lelakinya.

Faiq hanya akur. Wajahnya serius. “Erm, ada apa yang boleh saya tolong cik. Ops, mungkin puan. Maaf.” Faiq senyum sinis dan wanita di hadapannya tetap juga menayangkan senyum. Bergula!

“Itu lebih baik. Kalau tak, suami saya mesti marah kalau dia tahu orang panggil saya cik walaupun saya memang lagi muda dari dia.” Balas wanita itu yang galak memandang Faiq. Langsung tidak lepas.

Faiq senyum nipis. Dia cuba tahan hati. “Erm.., back to the topic. So, ada apa yang tak kena dengan rendang ayam yang puan order ni hm?” Dia kembali serius. Ingin tahu apa sebenarnya yang tidak kena dengan makanan tersebut. Setahunya, menu tersebut antara yang sering mendapat permintaan.

“Saya tak suka pedas.” Cukup tenang wanita itu menjawab.

“Maaf puan. Setahu saya, rendang ayam yang kami sediakan sesuai dengan selera semua. Melainkan jika ada permintaan, baru kami akan ubah ikut seperti yang diminta.” Faiq cuba membela makanan yang dimasak itu kerana tidak pernah lagi ada yang mengadu tentang makanan tersebut apatah lagi dia yang memasaknya sendiri.

Wanita di hadapannya itu senyum segaris. “Kalau saya kata, rendang ni tetap tak sesuai dengan selera saya, macam mana? Agak pedas, kurang garam, kerisik kurang, ayam tak cukup lembut. Hm?” Kata-kata berbaur cabaran.

Faiq turut menarik senyum. Tajam matanya merenung sepasang mata bundar di hadapannya. Tanpa mahu membalas dia bingkas. Tubuh menghampiri wanita dan direndahkan. “Sayang memang berani. Sayang tunggulah dekat rumah nanti.” Bisiknya di tepi telinga wanita itu seraya mendaratkan bibir sekilas ke pipi insan yang baru mencabar kredibiliti masakannya. Hidangan di hadapan wanita itu dicapai selajur dia berlalu ke ruang dapur semula. Senyum cukup lebar dibiaskan.

Awra pula ketap bibir. Wajah membahang. Tidak menyangka Faiq beraksi seberani itu di tempat awam. Kehadirannya hari itu sekadar menyahut cabaran suaminya beberapa hari lepas.

“Sayang, selama saya kerja dekat hotel tu, rendang ayam saya antara yang terbaik tau. Belum pernah lagi ada customer yang complain resipi rendang ayam saya tak sedap. Belum pernah okey.” Ujar Faiq cukup yakin.

“Ia ke?” Awra meragui. Dan sememangnya dia sendiri belum pernah merasai suaminya itu memasak menu tersebut.

“Ialah. Kalau tak, tak adanya menu saya tu jadi pilihan setiap customer.” Akui lelaki itu.

“Kalau tiba-tiba ada customer complain macam mana?” Dia sengaja menduga.

“Kalau ada pun, sayang ajelah. Sayangkan pengkritik setia semua menu yang saya masak selama ni. Cuma rendang ayam special tu aje yang sayang belum rasa.” Awra merenung tajam suaminya yang tersengih-sengih.

“Okey. Kalau macam tu, nanti saya nak cubalah rendang special awak yang sedap sangat tu. Kalau saya komen, awak jangan sentap pulak. Customer is always right.” Ujarnya mencabar.

“Fine.. Kalau sayang berani, datanglah. Sayang takkan complain punya. Saya profesional okey.” Cabarannya dibalas dengan cabaran juga menyebabkan dia tekad untuk datang hari itu sempena hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga. Dan dia cukup yakin, Faiq tidak mengingatinya seperti mana dua tahun sudah. Pada masa yang sama juga, ada berita gembira yang ingin disampaikan.

………….

“Jangan menyimpang tempat lain. Terus balik. Ambil Aqiff. Jangan susahkan mak.” Pesan Faiq saat mereka beriringan ke tempat letak kereta.

“Ia. Saya terus balik. Isteri awak ni baik tau.” Awra tersenyum-senyum.

“Ialah tu. Yang ni keluar rumah tak mintak izin saya, nak kira macam mana tu? Burn aje ke hm?” Faiq pula senyum mengusik.

Awra tersengih-sengih. “Sorry awak. Kalau saya bagi tahu tadi, dah tak surprise dah.” Dia membela diri sungguh pun tahu kesalahan yang dilakukan.

“Surprise la sangat. Dari jauh aje saya dah dapat cam awak sayang. Tak boleh nak tipu dah.” Faiq melirik senyum nakal.

Awra mencebik.

“Lain kali, saya tak naklah awak pakai cantik-cantik macam ni. Semua staf saya pandang. Siap kata awak cute la. Padahal tak tahu anak dah sorang. Tinggal tak masuk yang kedua aje lagi. Sedang diusahakan cuba jaya.” Faiq tersenyum penuh makna. Sememangnya dia berhajatkan ahli keluarga baru lagi walaupun anak sulungnya baru berusia dua tahun.

“Dah bersedia ke nak tambah tanggungjawab? Saya tak nak jadi macam hari tu. Saya pergi klinik sorang-sorang, awak selalu tak ada dekat rumah.” Balas Awra yang turut memberi makna tersirat. Dia tidak mahu rasa terabai seperti mana ketika hamil anak sulung mereka.

“Saya sentiasa bersedia untuk yang kedua ni awak. Saya pun tak nak dah jadi macam hari tu. Kalau jadi apa-apa ada awak, memang saya takkan maafkan diri saya awak.” Luah Faiq seraya meraih jemari halus isterinya itu.

Awra menguntum senyum. Terharu. Berita akan kehamilannya masih belum diberitahu. Alat kawalan jauh di tangannya ditekan sebelum dia terus meloloskan diri di tempat pemandu. “Erm.., awak, ingat tak hari ni hari apa?” soalnya kemudian. Sekadar ingin menguji sedangkan dia tahu yang suaminya itu terlupa akan tarikh bahagia mereka.

“Erm.. Hari Khamis malam Jumaat, tujuh belas mei. Kenapa?” lurus Faiq menjawab seraya menyanggah tangannya di pintu kereta yang masih terbuka.

Awra menggeleng bersama keluhan. Beg kertas yang di tempat duduk belakang, dicapai dan dihulurkan kepada lelaki itu.

Faiq kerut dahi. “Apa ni?” Beg kertas bertukar tangan.

“Hadiah anniversary kita yang ke tiga.” Awra mengoyak senyum paling manis sebelum dia meraih jemari Faiq dan dibawa ke bibirnya sekilas. “Semoga rumah tangga kita kekal hingga ke syurga.” Ucapnya tulus sebelum terus menarik tubuh sasa Faiq dalam pelukan. Kedua-dua belah pipi lelaki itu menjadi sasaran bibirnya sekilas. Langsung tidak di hiraukan seorang dua pekerja hotel yang lalu di tempat parkir kala itu.

Faiq pula sedikit tergamam. Langsung tidak beraksi. Membalas pun tidak hingga pelukan mereka kembali terlerai.

“Tak tahu nak cakap apalah tu.” usik Awra yang sudah menghidupkan enjin kereta. Sedia untuk pulang.

Faiq garu kepalanya yang tidak gatal bersama sengihan kelat. Pura-pura tidak mengingati hari istimewa tersebut. Tidak seperti dua tahun sudah yang mana dia benar-benar terlupa kerana terlalu sibuk dengan kerja. Beg kertas yang dipegang, dibelek. Kotak warna perak dikeluarkan. Melihat jenama yang tertera di kotak tersebut, dia sudah dapat menjangka akan isi dalamnya.

“Kan mahal ni. Kenapa beli?” soalnya sedikit terharu akan pemberian yang diterima. Dua tahun sudah, hanya makan malam istimewa yang disediakan oleh isterinya. Berbeza untuk tahun ini.

“Apalah sangat harga jam tu, dari apa yang awak dah bagi pada saya selama ni.” tutur Awra ikhlas.

“Tapi saya tak ada hadiah untuk awak sayang.” Faiq pura-pura beriak kesal pula seraya sebelah tangannya menyeluk saku seluar.

“Tak apa. Dah macam-macam yang awak bagi saya selama ni.” Awra melebarkan senyum. “Erm, awak, malam ni balik awal sikit eyh? Saya ada hadiah lagi untuk awak. Tapi dekat rumah.” Penuh makna.

“Ala.. Sekarang tak boleh ke?” rengek Faiq kurang sabar pula. Yakin dia bakal menerima hadiah yang cukup istimewa apabila melihat riak isterinya yang cukup ceria sejak awal pagi tadi.

Awra menggeleng. “Saya tunggu dekat rumah okey? Erm.., saya dah nak balik ni. Awak hati-hati drive nanti. Thanks lunch tadi. Sorry sebab dah susahkan awak masak dua kali.” Dia menayangkan barisan giginya yang tersusun. Lucu apabila teringat apa yang berlaku tadi. Jelas yang suaminya cukup profesional dalam melaksanakan tugas.

“For my lovely wife ni, anytime sayang.” Lembut Faiq membalas seraya mencuit hujung hidung wanita itu sebelum dia merapatkan daun pintu.

Awra senyum bahagia. “Awak, tak nak ucap apa-apa ke pada saya?” ujarnya kemudian sebaik menurunkan cermin kereta.

“Dekat rumah boleh?” Ada garis nakal pada hujung senyum Faiq.

“Ala.. Dah la tak belikan orang hadiah, nak suruh wish pun kena tunggu balik rumah ke?” Awra pula pura-pura merengek. Wajahnya berubah kelat.

 Faiq tergelak. Jarang sekali isterinya begitu. “Tadi kata tak apa. Ni, mintak hadiah pulak.” Sengaja dia mengusik.

“Ala.. orang mintak wish aje. Tak mintak lain pun. Tak payah pun keluar duit.”

Faiq senyum. Tubuhnya direndahkan agar sama tinggi dengan isterinya. “Tadi bibir saya dah singgah pipi gebu awak tu kan.. Sekarang..” Dia menunjuk ke arah kedua-dua belah pipinya pula

“Eh, orang mintak wish, kena bayar dengan kiss? Tadi kan dah dapat?” Awra menolak lembut wajah Faiq yang sudah begitu hampir.

“Fine. Jangan harap saya nak wish. Tunggulah saya balik rumah.” Faiq sudah menegakkan tubuh. Menjauhi kereta arwah bapa mentuanya.

“Okey. Tak apa. Tak nak wish tak apa. Nanti, kalau salah seorang yang tak sampai rumah, jangan ada yang menangis tak berlagu.” Awra menduga. Tali pinggang keledar mula ditarik. Tidak boleh lagi berlamaan di situ memandangkan suaminya masih dalam waktu kerja dan terlalu banyak masa sudah dihabiskan melayan kerenahnya sejak tadi.

“Sayang cakap apa tu?” Wajah Faiq sedikit berubah. Kurang senang apa yang terlafaz di bibir isterinya.

Awra tersengih-sengih. “Saya main-main ajelah. Insya-Allah panjang umur, panjang jodoh kita jumpa dekat rumah nanti. Awak hati-hati drive. Saya tunggu wish awak tu dekat rumah. Susun ayat sedap-sedap sikit. Tak sedap, siap awak malam ni.” sengaja memberi amaran pula. Dan sememangnya, dia langsung tidak memaksudkan apa yang diperkatakan tadi.

Faiq memaksa bibirnya menarik senyum. Hambar. Sungguh hatinya mulai disapa risau.

“Awak, janganlah buat muka macam tu. Insya-Allah tak ada apa-apalah. Kita jumpa nanti.” Dirah jemari tangan Faiq dan dikucup sekilas. “Assalamualaikum.” Senyum sehabis manis di hadiahkan sebelum tautan terlerai. Dia mula mengundurkan kereta dari tapak pakir.

Faiq hanya memerhati. Salam isterinya dijawab dalam hati. Tidak lepas matanya memandang wajah ceria Awra yang mulai menjauh. Tangan diangkat perlahan membalas lambaian isterinya. Kotak dalam saku seluar dikeluarkan dan digenggam kemas sebaik bayang kereta yang dipandu isterinya hilang dari pandangan. Langkah diatur meninggalkan ruang parkir bersama senyuman nipis bergayutan. Membayangkan kejutan yang akan dilakukan malam nanti.

Dan baru beberapa tapak dia melangkah, kotak cincin yang dipegang tiba-tiba terlepas. Diiringi dengan bunyi dentuman kuat menyebabkan kakinya terkaku di situ. Degupan jantungnya berubah rentak serta-merta. Hilang senyum menghias wajah. “Ya Allah..” Sebelah tangannya melekap ke dada kiri seraya tubuh dipusingkan menghadap pintu pagar utama hotel. Hatinya kuat ingin melangkah ke situ untuk melihat apa yang berlaku memandangkan kemalangan memang sering sahaja terjadi di situ. Namun akalnya pula yang melarang. Bibir mula beristighfar perlahan. Cuba menenteramkan hati dan perasaan gundah dibuang jauh. Nafas ditarik dalam-dalam. Perahan-lahan dia kembali membongkok untuk mengutip kembali kotak cincin yang jatuh sebelum dia menyambung langkah. Cukup yakin bunyi dentuman yang didengari tadi langsung tiada kena mengena dengan isterinya.

“Chef, tak sihat ke?” sapaan yang tiba-tiba menyebabkan dia sedikit tersentak. Senyum cuba diukir.

“Er.. Sihat. Kenapa Reen? Nampak saya macam tak sihat ke?” Sedaya upaya dia memaniskan roman wajah di hadapan salah seorang pembantunya, sungguhpun dalam kepala mula terbayang wajah isteri kesayangan.

“Erm.., nampak pucat sikitlah chef.” Komen gadis itu lagi.

Faiq menyentuh wajahnya sekilas. “Erm.., tak ada apa-apalah. Erm.., satu lagi menu yang saya suruh masak tadi, dah siap?” wajahnya mula serius seperti selalu. Cuba menyembunyikan perasaannya yang sebenar.

“Dah chef. Kami tengah tunggu chef la ni.” Gadis itu senyum segaris.

“Ialah. Kejap lagi saya rasa.” Balas Faiq sebelum dia mengubah langkah ke bilik khasnya. Punggung dilabuhkan ke kerusi kerjanya. Entah kenapa hati kian dilambung resah tidak bertepi. Telefon bimbit dari saku terus dikeluarkan. Tanpa menunggu lama, nombor Awra didail. Hati menanti dengan sabar talian bersambut namun hampa. Kali kedua mencuba, begitu juga. Setahunya, isterinya akan sentiasa mengenakan hands free ketika memandu. Dan jarang sekali panggilannya tidak bersambut. Cubaan kali ketiga membuahkan hasil namun suara di hujung talian sudah cukup membuatkan jantungnya hampir berhenti.

“Awak siapa?” tidak sabar dia menyoal.

“Maaf encik. Saya polis.”

“Polis?” terbangun dia dari kerusi.

“Maaf encik. Hand phone ni saya jumpa salah satu daripada kereta yang terlibat dalam kemalangan.” Faiq terduduk kembali sebaik mendengar perkataan kemalangan di hujung talian.

saya sambung dalam versi pdf je la noo.. :D




Apr 8, 2014

AWRA_bab 38 ehem

“Chef, ada customer nak jumpa.” Ujar Azmin yang merupakan salah seorang pembantu di ruang dapur itu.

Faiq yang sedang merasai salah satu menu baru terus menoleh. Wajahnya berkerut. Selama berkhidmat di situ, belum pernah dia dipanggil menemui pelanggan melainkan jika ada tetamu khas yang mendiami hotel lima bintang itu. “Siapa?” soalnya sepatah.

“Ada seorang perempuan muda chef. Cute.” Azmin tersengih-sengih. Dia baru sahaja bertemu dengan wanita itu tadi sebaik dimaklumkan oleh salah seorang pelayan yang bertugas.

“Ada-ada ajelah kau. Erm, dia nak apa? Ada buat appointment ke?” soal Faiq tegas.

Azmin menggeleng.

“Habis tu?”

“Er.. Pasal menu yang dia order tadi.” Azmin serba salah.

Faiq kerut dahi. Dalam sejarah, itu kali pertama dia menerima aduan mengenai menu yang disediakan di hotel itu. “Dari kitchen mana?”

“Sini.” Azmin tersengih kelat. Sini bermakna dari dapur makanan Melayu.

“Sini?” Faiq sedikit terkejut. Setahunya, sejak tadi dia berada di situ dan hanya ada beberapa pesanan sahaja daripada dapur masakan Melayu itu. Malah, dia sendiri yang menyediakannya tadi.

Azmin angguk.

Faiq cuba mengingati makanan yang dimasak sebentar tadi. “Erm, dia ada dekat mana?”

Twenty three.” Azmin terus memberitahu nombor meja.

Tanpa menunggu lama, Faiq bergegas keluar dari ruang dapur. Ada debar yang menyapa ruang dada namun cuba ditolak jauh kerana ia mengandaikan hanya bawaan perasaannya sahaja. Langkah diatur yakin. Begitu murah senyuman dibiaskan setiap kali dia berselisih dengan sesiapa pun. Saat kaki menginjak di tengah-tengah kafe, mata dihalakan ke satu sudut yang agak jauh dari pandangan mata. Ulas bibirnya senyum lagi apabila ternampak belakang susuk tubuh seorang wanita bertudung. Dan dia yakin, wanita itulah yang dimaksudkan oleh Azmin tadi.

Saat beberapa langkah lagi menghampiri, kakinya terhenti. Wajahnya berkerut. Err.. belum siap. -__-"

Apr 7, 2014

BMJM_bab 2_edited version

BMJM 2

“Ada apa yang penting sangat you nak jumpa ni? You tahu kan I sibuk? Engagement I pun tak habis lagi. Budak-budak I tengah tunggu ni.” dingin Eshaq Hakimi bertanya sebaik dia melabuhkan duduk di hadapan wanita muda yang sudah memiliki pangkat Datin serta baru sahaja mewarisi harta peninggalan arwah suami. Mata dihalakan ke sekeliling coffee house hotel lima bintang yang menjadi pilihan wanita berada itu.

Julia tersenyum sinis sebelum menyedut perlahan jus oren yang terhidang. “You jangan nak tipu I la. Engagement you habis hari ni kan?” balasnya lambat. Dia tahu kesibukan tugas sebagai seorang external auditor. Yang terpaksa keluar masuk syarikat klien dan menuntut fokus hingga berhari-hari untuk menyelesaikan tanggungjawab yang digalas. Dan sejak akhir-akhir itu pula, Eshaq Hakimi agak dingin. Setiap kali dia menuntut untuk bertemu, ada sahaja alasan yang diciptakan. Setelah diugut dengan pelbagai macam cara, baru lelaki itu akan bersetuju.

So what? You nak apa sekarang ni?” bentak Eshaq Hakimi bersama renungan tajam.

I nak you temankan I ke Jakarta Sabtu Ahad ni.” selamba Julia mengeluarkan arahan.

“Kalau I tak nak, you nak buat apa?” cabar Eshaq Hakimi berani. Dia mula rimas dengan Julia yang sering mengganggu ketenteraman hidupnya. Semua gara-gara perjanjian yang telah dipersetujui hampir tiga tahun lalu untuk menjadi ‘escort boy’. Jika tidak kerana bayaran lumayan yang diterima, tidak mungkin dia sanggup menjadi pengiring wanita itu. Dan disebabkan terikat dengan tanggungjawab kerjaya, dia tidak mampu lagi untuk memenuhi setiap permintaan wanita itu seperti mana yang terpateri dalam surat perjanjian.

Julia senyum sinis lagi. “You tahu apa yang I akan buat kalau you berani cabar I Shaq.” jawabnya yakin.

Eshaq Hakimi merengus. Wajah bersolek tebal di hadapannya itu dipandang geram. “Tengoklah macam mana kalau semua kerja I sempat siap hari ni.” jawabnya senang.

I don’t care Shaq. Apa yang I tahu, you ada dekat airport on Saturday at 3 a.m.” putus Julia tegas.

Eshaq Hakimi merengus lagi. Terasa mahu ditelan wanita di hadapannya itu hidup-hidup. “Erm, contract I habis sampai hujung tahun ni aje kan?” soalnya kemudian. Serius. Sudah tidak sabar ingin menamatkan kontraknya kerana tidak tahan dengan perangai Julia yang sering mengugut dan mengambil kesempatan. Mujur juga dia tidak dipaksa untuk tidur sekatil. Prinsipnya melakukan kerja tersebut adalah semata-mata kerana duit. Tidak lebih dari itu.

“Kenapa? You nak sambung ke?” Julia menyoal kembali.

Lelaki yang hanya dua tahun lebih muda daripadanya itu, dicintai dalam diam. Jika tidak, mana mungkin dia sanggup membayar sejumlah wang yang cukup besar semata-mata mahu lelaki itu setia dengannya hampir tiga tahun itu.

I dah malaslah nak buat kerja ni semua. I ingat, nak mintak you tamatkan contract I tu awal. I dah penat hidup macam ni. Sebelum I kantoi dengan parent I, I rasa elok I hentikan semua ni.” balas Eshaq Hakim seraya menyarung cermin mata gelap yang sentiasa dibawa.

Begitulah tabiatnya setiap kali keluar bersama wanita-wanita kenamaan seperti Julia yang membayar khidmatnya. Jika tidak kerana bayaran yang lumayan ditawarkan oleh wanita itu, tidak mungkin dia berada di situ. Setiap kali bersama wanita-wanita yang memerlukan khidmatnya, dia akan pastikan setiap gerak-gerinya tidak disedari oleh sesiapa pun terutama yang mengenalinya.

Pada masa yang sama, dia mulai risau akan kedudukannya selama ini akan diketahui oleh keluarga memandangkan sudah beberapa kali dia terserempak dengan rakan-rakan papanya ketika pergi bercuti bersama Julia. Cukuplah hanya Suzila dan Ikmal sahaja yang mengetahui kegiatannya selama ini.

Why? You ada perempuan lain? Berapa dia bayar you?” Julia sedikit terkejut dengan permintaan lelaki itu.

“Selama I ikut you, ada you nampak I keluar dengan perempuan lain ke selain girlfriend I tu?” balas Eshaq Hakimi sedikit geram. Dia tahu, di mata wanita itu maruahnya hanya dapat dinilai dengan wang ringgit. “You jangan nak tuduh-tuduh I boleh tak?” bentaknya yang rimas dengan perangai Julia yang cemburu tidak tentu fasal.

I bukan nak tuduh. Tapi you tu yang tiba-tiba nak tamatkan contract kita kenapa? You dah ambil duit I kan? So, you kenalah buat kerja you sampai habis.” Julia mula resah. Risau lelaki itu akan meninggalkannya.

I akan pulangkan duit you tu separuh kalau you boleh tamatkan contract I sekarang ni jugak.” ucap Eshaq Hakimi yakin. Dia tidak mahu lagi terikat dengan wanita itu memandangkan dia sering juga dipaksa mengikut segala telunjuk tanpa mengira waktu. Dia juga mempunyai kerjayanya sendiri. Memang dia akui perjanjian yang diikat akan membuatkan dia bersedia mengikut apa jua kemahuan wanita tersebut. Tetapi lama kelamaan, dia sendiri terasa terkongkong dan tidak bebas seperti dulu lagi.

No! I tak nak duit I tu. I nak you habiskan contract you tu. Kalau tak, you kena pulangkan semua duit I dengan jumlah dua kali ganda. Full stop!” ugut Datin Julia berani. Bukan masalah duit yang dikisahkan dalam hal ini. Tetapi lebih kepada perasaan takut akan kehilangan Eshaq Hakimi memandangkan lelaki itu juga telah mempunyai kekasih yang sama hebat dari segala segi. Bezanya adalah status yang disandang kini. Tidak seperti kekasih lelaki itu. Bekas model yang cantik dan kini mempunyai rangkaian pusat kecantikan sendiri serta yang paling penting, tidak berstatus janda sepertinya.

What?” Eshaq Hakimi merengus. Bibir diketap rapat. Memang dia tiada pilihan selain menuruti segala kemahuan wanita itu. Untuk membayar sejumlah wang bukan sedikit nilainya itu tidak akan dapat dipenuhi. Keluhan berat terlepas. Jika dia mempunyai wang dalam jumlah yang diminta, sudah tentu akan dibayar saat itu juga. Untuk meminjam dengan papa pula ibarat menjerut lehernya sendiri. Silap perhitungan, dia boleh dibuang keluarga. Dia tidak mahu itu berlaku kerana terlalu sayangkan keluarganya. Dia pernah berjanji dengan dirinya sendiri akan berkorban apa sahaja termasuk nyawanya sendiri demi orang-orang yang disayangi.

You tak mampu kan? So, just follow okay!” balas Julia senang. Dia tahu lelaki itu tidak akan mampu membayar sejumlah wang yang hampir tiga juta apabila digandakan.

Eshaq Hakimi mengeluh panjang sebelum bingkas. Terpaksa mengalah.

See you then dear.” ucap Julia seraya tersenyum. Kemenangan mutlak berada di pihaknya.

Eshaq Hakimi segera berlalu. Membahang hatinya kala itu.

******
“Sanggup abang datang jemput Pureen semata-mata nak makan laksam? Kan Pureen boleh masakkan.” ujar Siti Shafura sebaik Izzat Fakhri memberhentikan kereta di salah satu petak kosong. Restoran makanan pantai timur menjadi pilihan lelaki itu.

Izzat Fakhri tersengih. “Bukan selalu.” selamba dia menjawab. Bukan dia tidak tahu adik sepupunya itu kurang selesa sejak tadi apabila mereka keluar berdua-duaan begitu. Selalu mereka akan ditemani oleh adiknya, Izza Farhana. Tapi hari itu, sengaja dia tidak memaklumkan kepada adik kesayangannya kerana ada hal penting yang ingin diperkatakan kepada Siti Shafura secara personal.

“Memanglah tak selalu. Tapi sekarang kan dah petang. Pureen tak boleh lambat sampai hostel.” luah Siti Shafura akan kerisauan yang ditanggung sejak tadi. Selebihnya keresahan kerana terpaksa berdua-duaan dengan lelaki bukan mahram walaupun lelaki itu sudah dianggap seperti abang kandungnya sendiri.

“Janganlah risau. Sempat punya abang hantar balik.” senang Izzat Fakhri menjawab sebelum mereka menapak keluar.

Siti Shafura melepaskan keluhan perlahan. Hatinya tetap kurang senang dengan apa yang dilakukan kini. Sudahlah keluar berdua tanpa ditemani mahramnya. Perlakuan lelaki itu juga yang kelihatan sedikit pelik sejak tadi, menambah keresahan hati. Walaupun Izzat Fakhri adalah abang sepupunya. Hubungan darah yang terjalin bukan menghalalkan pergaulan mereka.

“Kenapa abang tak ajak aje Nana temankan abang? Tak payah abang susah-susah jemput Pureen jauh-jauh.” ujarnya kemudian saat mereka mula beriringan.

“Saja.”

“Saja?”

Izzat Fakhri mengangguk manakala Siti Shafura mengerutkan dahi.

“Ala.., bukan selalu kita keluar berdua kan?” Izzat Fakhri bersama senyuman penuh makna.

“Kita bukan mahramlah bang.” Siti Shafura sekadar mengingatkan.

“Abang tahu..”

“Dah tahu tapi abang buat juga kenapa?”

“Kalau abang cakap, abang rindu nak jumpa Pureen, boleh terima ke?” soalan juga dipulangkan oleh Izzat Fakhri bersama senyuman nakal menyebabkan bertambah kerutan di wajah Siti Shafura bersama gelengan.

“Ni, kalau mama abang tahu, tak fasal-fasal kita dapat lecture.” Balas Siti Shafura kemudian. Dia sedia maklum akan perangai ibu saudaranya yang tidak suka dia begitu akrab bersama Izzat Fakhri ataupun Izza Farhana.

“Dia takkan tahu, kalau Pureen tak bagi tahu.” senang Izzat Fakhri menjawab bersama sengihan lebar.

Shafura hanya mampu menggeleng. Terpaksa akur. “Bang, ramai oranglah. Nanti mesti tunggu lama. Tak sempat abang hantar Pureen balik hostel nanti. Lain kali ajelah. Tak pun, kita bungkus.” ujarnya saat langkah kaki berhenti di hadapan restoran yang agak sesak. Sememangnya dia kurang selesa berada dalam keadaan sesak begitu. Restoran yang dikunjungi, dipenuhi dengan pelanggan.

“Cik adik manis. Kalau abang nak bungkus, tak payahlah abang susah-susah jemput Pureen tadi. Baik abang datang sendiri.” jawab Izzat Fakhri sambil matanya melingas mencari meja kosong.

“Ala.., kan abang tahu Pureen tak suka pergi tempat ramai orang ni. Nanti mesti nak kena tunggu lama. Lambatlah Pureen balik hostel nanti.” Siti Shafura masih cuba berkompromi dengan Izzat Fakhri.

“Pureen bukan selalu teman abang makan kan? Kalau takut balik lambat, Pureen jangan risaulah. Kalau lewat sangat nanti, kita terus balik rumah aje. Pagi-pagi esok abang hantarlah Pureen pergi kelas.” Mudah lelaki itu menjawab sebelum melangkah ke satu sudut apabila ternampak ada sebuah meja kosong.

Siti Shafura hanya mampu melepaskan keluhan. Dan saat kaki mahu melangkah untuk menuruti langkah abang sepupunya, S3 yang dipegang berbunyi. SMS dari Suzila. Bibir menguntum senyum sebelum kaki melangkah sambil tangannya bermain di atas skrin dan mata tertumpu ke situ.

Baru sahaja beberapa tapak melangkah dan melewati sebuah meja, serentak itu juga ada seorang lelaki tiba-tiba berdiri menyebabkan Siti Shafura yang leka membalas mesej, tubuh mereka berlanggar. Tubuh Siti Shafura terdorong ke belakang sebelum terjelepok jatuh. Manakala lelaki itu pula elok tegak berdiri namun baju kemeja putih yang dipakai sudah tercalit warna asing. Seluar hitam bertompok basah.

Hey! You jalan pakai apa!” Lelaki itu tiba-tiba bertempik. “Habis aku basah!” Rungut lelaki itu lagi seraya mencapai tisu di atas meja dan cuba membersihkan tompok-tompok yang terpalit di kemejanya.

Izzat Fakhri yang baru sahaja duduk, terus bingkas dan kembali mendapatkan Siti Shafura yang masih lagi terduduk di lantai restoran. Tempikan lelaki itu menyebabkan mereka menjadi tumpuan pelanggan yang duduk meja berhampiran.

“Abang…” Siti Shafura bersuara lirih apabila kelibat Izzat Fakhri tiba membantunya. Dia malu apabila menjadi tumpuan pelanggan lain di situ hingga tidak tahu apa yang harus diperkatakan. Masih terkejut dengan insiden yang tidak disengajakan.

Sorry bro. Dia tak perasan.” ucap Izzat Fakhri sopan kepada lelaki yang berwajah masam mencuka.

“Lain kali, berjalan tu pakai mata! Sia-sia ada mata tapi buta. Nak berangan pun, pergilah tempat lain!” sindir lelaki itu kasar sebelum berlalu meninggalkan restoran tersebut dengan bibir terkumat-kamit. Matanya tajam menikam ke wajah Siti Shafura yang menunduk.

Sorry bro. Member kita orang tu tengah hot. Hal kecik aje.” Celah seorang lelaki yang turut sama berdiri dari meja lelaki yang dilanggar Siti Shafura tadi.

Thanks. Anyway, this is my card. Sampaikan salam pada member you tu. And if dia perlukan ganti rugi, suruh dia contact I okey?” ujar Izzat Fakhri seraya bersalaman dengan lelaki itu.

“Insya-Allah..” balas lelaki itu pendek. “You okey?” lanjutnya kepada Siti Shafura pula yang menunduk dari tadi.

“Er.. I okey.. Thanks.” jawab Siti Shafura seraya memandang ke wajah lelaki yang bersuara itu sekilas.

“Jom kita balik Pureen.” ajak Izzat Fakhri selepas mengutip semula isi perut telefon bimbit Siti Shafura yang terhempas sama ketika terjatuh tadi.

“Er.. You Siti kan?” ujar lelaki itu tiba-tiba menyebabkan Siti Shafura berpaling semula.

“Er.. Ya saya.. Maaf. Kita pernah jumpa ke?” balas Siti Shafura yang cuba mengecam wajah lelaki di hadapannya itu.

“Awak course mate Suzila right? Saya Ikmal. Her fiancé.” jelas Ikmal. Dia pernah menemui Siti Shafura beberapa kali sebelum ini tetapi belum pernah berbual dengan gadis bertudung itu.

“Oh I see. Maaf. Saya tak perasan tadi.” balas Siti Shafura sopan. Izzat Fakhri di sisi hanya diam memerhati.

So, you betul-betul okey ke tak ni?” tanya Ikmal lagi apabila melihat kerutan di wajah Siti Shafura. Barangkali menahan sakit kerana jatuh tadi.

I’m okay. Sikit aje. Err.. Ikmal, saya balik dulu ya. Anyway, thanks for your concern. Jumpa lagi.” ujar Siti Shafura yang tidak betah lagi berdiri lama di situ apabila ada mata-mata nakal yang menjeling ke arah mereka.

“Okey bro. Nice to meet you. Thanks. Jangan lupa sampaikan salam I pada member you yang tengah hot tadi.” kata Izzat Fakhri pula seraya bersalaman dengan Ikmal.

Yes sure. Insya-Allah.”

………….

“Macam mana Pureen boleh tak nampak mamat tu tadi?” tanya Izzat Fakhri setelah kedua-duanya masuk ke dalam kereta.

“Pureen tak perasan.” jawab Siti Shafura yang membuang pandang ke luar tingkap. Terngiang-ngiang sindiran tajam lelaki yang dilanggarnya tadi. Wajah lelaki masam mencuka lelaki itu juga masih terbayang di ruang mata. Dia seperti pernah melihat lelaki itu sebelum ini namun tidak tahu di mana.

“Hmm.., lain kali hati-hati okey.” pesan Izzat Fakhri beriak risau sebelum mula memandu. “Kita terus balik rumah ya?” cadangnya kemudian.

“Er.., tak apalah abang. Abang hantar Pureen terus balik hostel aje. Lagipun, sempat lagi ni.” tolak Siti Shafura lembut.

“Hmm.., ialah..” jawab Izzat Fakhri dengan keluhan halus. Keputusan adik sepupunya itu memang sukar ditolak. Dia terpaksa turutkan.

“Abang.., sorry. Sebab Pureen, abang tak dapat makan laksam tadi.” Siti Shafura terasa bersalah dengan apa yang berlaku tadi.

It’s okey Pureen. Hal kecil aje. Lain kali abang boleh makan.” balas Izzat Fakhri tidak mahu gadis itu rasa bersalah atas apa yang berlaku. Padahal dia sendiri mula rasa bersalah kerana mengajak gadis itu tadi.

“Hmm.., this week Pureen balik rumah, Pureen janji Pureen masakkan untuk abang.” Siti Shafura ingin menebus kesalahan walaupun tidak dipinta.

“Betul Pureen nak masak? Yes! Dapatlah abang makan banyak-banyak nanti. Tak payah susah-susah nak tunggu lama. Kalau dari tadi Pureen offer nak masak untuk abang kan best. Tak payah susah-susah pergi tadi.” Izzat Fakhri yang sudah tersenyum lebar.

Pada awalnya memang dia teringin makan laksam yang dimasak sendiri oleh Siti Shafura. Memandangkan gadis itu liat benar untuk pulang ke rumah, hasratnya tadi terpaksa dilupakan. Namun tidak menyangka pula apa yang berlaku tadi, memberi kelebihan pada dirinya. Dan dia yakin itu hikmah Allah. Tiada siapa yang tahu apa yang dirahsiakan dari segala yang terjadi.

“Hish! Abang ni. Maknanya abang sukalah Pureen terjatuh macam tadi? Malu Pureen tadi. Sakit dapat, handphone pun habis hancur ni.” balas Siti Shafura sayu apabila melihat telefon bimbit kesayangannya terburai gara-gara pelanggaran kecil tadi.

“Nah ambik ni. Pureen gunalah handphone abang ni dulu.” Izzat Fakhri menghulurkan S5nya dari saku seluar.

“Eh, tak payahlah abang. Nanti abang nak pakai handphone apa.” Siti Shafura menolak. Abang sepupunya itu sudah terlalu banyak menabur budi kepada. Wang perbelanjaannya di kampus sering dimasukkan ke dalam akaun walaupun dia tidak pernah meminta. Biasiswa serta peninggalan dari arwah walid yang ada sudah cukup untuk menampung perbelanjaannya di kampus.

“Tak apalah. Pureen pakai ajelah handphone abang yang ni. Abang boleh pakai handphone lama abang.” pujuk Izzat Fakhri lagi seraya meletakkan S5 kesayangannya yang baru dipakai sebulan itu ke tangan Siti Shafura.

“Tapi bang…”

“Tak ada tapi-tapi lagi. Pakai aje handphone ni dulu.” putus Izzat Fakhri.

“Abangkan baru pakai phone ni.” dalih Siti Shafura lagi agar Izzat Fakhri menarik balik.

“Tak apalah. Nanti abang boleh beli yang lain.” balas Izzat Fakhri selamba.

“Ialah.., duit tu dah banyak sangat kan bang? Senang-senang aje nak beli baru. Handphone ni murah sangat ya bang..” sindir Siti Shafura yang tidak gemar satu fiil Izzat Fakhri yang suka benar membazir atas benda-benda yang bukan keperluan.

“Tak adalah murah. Tapi murahlah jugak...” jawab Izzat Fakhri bersama sengihan. Bukan dia tidak tahu Siti Shafura cukup tidak suka dia yang gemar berbelanja.

“Jangan nak membazirlah abang.. Pureen pakai handphone abang ni sementara waktu aje. Nanti Pureen beli sendiri handphone lain okey. Abang tak payah nak melabur tak tentu fasal duit abang tu. Simpan buat pergi umrah ke, haji lagi bagus.” sinis kata-kata Pureen sengaja mengusik abang sepupunya itu. Hanya itu sahaja caranya bagi mengelakkan Izzat Fakhri berbelanja secara berlebihan.

Yes dear. Tapi nanti kalau abang dah kumpul duit nak buat haji, abang nak make sure Pureen yang teman abang ke sana nanti.” balas Izzat Fakhri dengan senyuman penuh makna terukir di bibir. Hatinya cukup senang setiap kali berada dekat dengan gadis itu walaupun tahu mereka masih ada pertalian darah.

“Eh, kenapa Pureen pulak? Sepatutnya abang pergi dengan wife abanglah. Pureen pergi dengan imam Pureen.” Jawab Siti Shafura selamba. Sedikit pun tidak meletak syak wasangka kepada Izzat Fakhri yang mula menaruh perasaan terhadapnya dlam diam.

“Erm.., tapi kalau abang nak pergi dengan Pureen tak apa kan?” kata Izzat Fakhri lagi yang sedikit terusik dengan kata-kata adik sepupunya itu. Dia faham akan makna ‘imam’ yang dimaksudkan oleh Siti Shafura itu.

“Boleh. Tapi kena tunggu ummi sihat dululah.” balas Siti Shafura dengan senyuman manis.

Izzat Fakhri yang tenang memandu, menoleh sekilas. Siti Shafura sentiasa berfikiran positif walaupun mengetahui keadaan ibunya yang sebenar. Tidak pernah berputus harap agar ada sinar yang menanti di kemudian hari. Dia tahu gadis di sisinya itu tabah menghadapi segala ujian yang diberi.

Mulutnya terkunci. Tidak mahu bercakap tentang tahap kesihatan ibu saudaranya yang seorang itu. Dia yang selalu melawat pun sering tersentuh hati melihat keadaan wanita yang hampir sebaya dengan mamanya itu semakin uzur dan tahap kesihatan kian merosot.

Sepi.

“Erm.., abang, terima kasih sebab selalu abang lawat ummi.” suara Siti Shafura memecah kesunyian sambil membuang pandang ke tengah jalan, setelah masing-masing mendiamkan diri. Fikirannya jauh melayang teringatkan ummi yang terlantar sakit. Dia terasa terhutang budi dengan abang sepupunya yang telah banyak membantu selama ini.

“Tak payah terima kasih Pureen. Kalau abang ada masa, abang pergi tengok ummi. Lagipun ummi kan aunty abang jugak.” Izzat Fakhri ikhlas.

Siti Shafura mengukir senyum tawar. Dia hanya mampu berdoa agar lelaki di sisinya itu menerima pembalasan yang baik dari yang Maha Esa atas segala kebaikan yang telah dicurahkan. Dia tidak mampu untuk membalasnya. Hati mulai sebak dengan air hangat yang bertakung di tubir mata. Namun sedaya upaya cuba ditahan dari mengalir kerana dia tidak mahu kelihatan lemah sedangkan hatinya sudah meredakan apa jua ketentuan yang telah ditetapkan kepadanya selama ini. Perlahan-lahan bibir mula beristighfar untuk menenteramkan jiwanya semula.