Apr 10, 2014

Awra_bab 38- last post! :D

sila jangan nangis :D

....
AWRA_final 38

“Chef, ada customer nak jumpa.” Ujar Azmin yang merupakan salah seorang pembantu di ruang dapur itu.

Faiq yang sedang merasai salah satu menu baru terus menoleh. Wajahnya berkerut. Selama berkhidmat di situ, belum pernah dia dipanggil menemui pelanggan melainkan jika ada tetamu khas yang mendiami hotel lima bintang itu. “Siapa?” soalnya sepatah.

“Ada seorang perempuan muda chef. Cute.” Azmin tersengih-sengih. Dia baru sahaja bertemu dengan wanita itu tadi sebaik dimaklumkan oleh salah seorang pelayan yang bertugas.

“Ada-ada ajelah kau. Erm, dia nak apa? Ada buat appointment ke?” soal Faiq tegas.

Azmin menggeleng.

“Habis tu?”

“Er.. Pasal menu yang dia order tadi.” Azmin serba salah.

Faiq kerut dahi. Dalam sejarah, itu kali pertama dia menerima aduan mengenai menu yang disediakan di hotel itu. “Dari kitchen mana?”

“Sini.” Azmin tersengih kelat. Sini bermakna dari dapur makanan Melayu.

“Sini?” Faiq sedikit terkejut. Setahunya, sejak tadi dia berada di situ dan hanya ada beberapa pesanan sahaja daripada dapur masakan Melayu itu. Malah, dia sendiri yang menyediakannya tadi.

Azmin angguk.

Faiq cuba mengingati makanan yang dimasak sebentar tadi. “Erm, dia ada dekat mana?”

Twenty three.” Azmin terus memberitahu nombor meja.

Tanpa menunggu lama, Faiq bergegas keluar dari ruang dapur. Ada debar yang menyapa ruang dada namun cuba ditolak jauh kerana ia mengandaikan hanya bawaan perasaannya sahaja. Langkah diatur yakin. Begitu murah senyuman dibiaskan setiap kali dia berselisih dengan sesiapa pun. Saat kaki menginjak di tengah-tengah kafe, mata dihalakan ke satu sudut yang agak jauh dari pandangan mata. Ulas bibirnya senyum lagi apabila ternampak belakang susuk tubuh seorang wanita bertudung. Dan dia yakin, wanita itulah yang dimaksudkan oleh Azmin tadi.

Saat beberapa langkah lagi menghampiri, kakinya terhenti. Wajahnya berkerut. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dia kembali melangkah.

“Assalamulaikum miss. I’m Faiq Faisal. Executive chef here. May I help you miss?” Dia berlagak formal bersama senyuman manis dibiaskan.

“Waalaikumussalam. Have seat.” Wanita di hadapannya itu tersenyum manis. Cukup menggetarkan hati lelakinya.

Faiq hanya akur. Wajahnya serius. “Erm, ada apa yang boleh saya tolong cik. Ops, mungkin puan. Maaf.” Faiq senyum sinis dan wanita di hadapannya tetap juga menayangkan senyum. Bergula!

“Itu lebih baik. Kalau tak, suami saya mesti marah kalau dia tahu orang panggil saya cik walaupun saya memang lagi muda dari dia.” Balas wanita itu yang galak memandang Faiq. Langsung tidak lepas.

Faiq senyum nipis. Dia cuba tahan hati. “Erm.., back to the topic. So, ada apa yang tak kena dengan rendang ayam yang puan order ni hm?” Dia kembali serius. Ingin tahu apa sebenarnya yang tidak kena dengan makanan tersebut. Setahunya, menu tersebut antara yang sering mendapat permintaan.

“Saya tak suka pedas.” Cukup tenang wanita itu menjawab.

“Maaf puan. Setahu saya, rendang ayam yang kami sediakan sesuai dengan selera semua. Melainkan jika ada permintaan, baru kami akan ubah ikut seperti yang diminta.” Faiq cuba membela makanan yang dimasak itu kerana tidak pernah lagi ada yang mengadu tentang makanan tersebut apatah lagi dia yang memasaknya sendiri.

Wanita di hadapannya itu senyum segaris. “Kalau saya kata, rendang ni tetap tak sesuai dengan selera saya, macam mana? Agak pedas, kurang garam, kerisik kurang, ayam tak cukup lembut. Hm?” Kata-kata berbaur cabaran.

Faiq turut menarik senyum. Tajam matanya merenung sepasang mata bundar di hadapannya. Tanpa mahu membalas dia bingkas. Tubuh menghampiri wanita dan direndahkan. “Sayang memang berani. Sayang tunggulah dekat rumah nanti.” Bisiknya di tepi telinga wanita itu seraya mendaratkan bibir sekilas ke pipi insan yang baru mencabar kredibiliti masakannya. Hidangan di hadapan wanita itu dicapai selajur dia berlalu ke ruang dapur semula. Senyum cukup lebar dibiaskan.

Awra pula ketap bibir. Wajah membahang. Tidak menyangka Faiq beraksi seberani itu di tempat awam. Kehadirannya hari itu sekadar menyahut cabaran suaminya beberapa hari lepas.

“Sayang, selama saya kerja dekat hotel tu, rendang ayam saya antara yang terbaik tau. Belum pernah lagi ada customer yang complain resipi rendang ayam saya tak sedap. Belum pernah okey.” Ujar Faiq cukup yakin.

“Ia ke?” Awra meragui. Dan sememangnya dia sendiri belum pernah merasai suaminya itu memasak menu tersebut.

“Ialah. Kalau tak, tak adanya menu saya tu jadi pilihan setiap customer.” Akui lelaki itu.

“Kalau tiba-tiba ada customer complain macam mana?” Dia sengaja menduga.

“Kalau ada pun, sayang ajelah. Sayangkan pengkritik setia semua menu yang saya masak selama ni. Cuma rendang ayam special tu aje yang sayang belum rasa.” Awra merenung tajam suaminya yang tersengih-sengih.

“Okey. Kalau macam tu, nanti saya nak cubalah rendang special awak yang sedap sangat tu. Kalau saya komen, awak jangan sentap pulak. Customer is always right.” Ujarnya mencabar.

“Fine.. Kalau sayang berani, datanglah. Sayang takkan complain punya. Saya profesional okey.” Cabarannya dibalas dengan cabaran juga menyebabkan dia tekad untuk datang hari itu sempena hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga. Dan dia cukup yakin, Faiq tidak mengingatinya seperti mana dua tahun sudah. Pada masa yang sama juga, ada berita gembira yang ingin disampaikan.

………….

“Jangan menyimpang tempat lain. Terus balik. Ambil Aqiff. Jangan susahkan mak.” Pesan Faiq saat mereka beriringan ke tempat letak kereta.

“Ia. Saya terus balik. Isteri awak ni baik tau.” Awra tersenyum-senyum.

“Ialah tu. Yang ni keluar rumah tak mintak izin saya, nak kira macam mana tu? Burn aje ke hm?” Faiq pula senyum mengusik.

Awra tersengih-sengih. “Sorry awak. Kalau saya bagi tahu tadi, dah tak surprise dah.” Dia membela diri sungguh pun tahu kesalahan yang dilakukan.

“Surprise la sangat. Dari jauh aje saya dah dapat cam awak sayang. Tak boleh nak tipu dah.” Faiq melirik senyum nakal.

Awra mencebik.

“Lain kali, saya tak naklah awak pakai cantik-cantik macam ni. Semua staf saya pandang. Siap kata awak cute la. Padahal tak tahu anak dah sorang. Tinggal tak masuk yang kedua aje lagi. Sedang diusahakan cuba jaya.” Faiq tersenyum penuh makna. Sememangnya dia berhajatkan ahli keluarga baru lagi walaupun anak sulungnya baru berusia dua tahun.

“Dah bersedia ke nak tambah tanggungjawab? Saya tak nak jadi macam hari tu. Saya pergi klinik sorang-sorang, awak selalu tak ada dekat rumah.” Balas Awra yang turut memberi makna tersirat. Dia tidak mahu rasa terabai seperti mana ketika hamil anak sulung mereka.

“Saya sentiasa bersedia untuk yang kedua ni awak. Saya pun tak nak dah jadi macam hari tu. Kalau jadi apa-apa ada awak, memang saya takkan maafkan diri saya awak.” Luah Faiq seraya meraih jemari halus isterinya itu.

Awra menguntum senyum. Terharu. Berita akan kehamilannya masih belum diberitahu. Alat kawalan jauh di tangannya ditekan sebelum dia terus meloloskan diri di tempat pemandu. “Erm.., awak, ingat tak hari ni hari apa?” soalnya kemudian. Sekadar ingin menguji sedangkan dia tahu yang suaminya itu terlupa akan tarikh bahagia mereka.

“Erm.. Hari Khamis malam Jumaat, tujuh belas mei. Kenapa?” lurus Faiq menjawab seraya menyanggah tangannya di pintu kereta yang masih terbuka.

Awra menggeleng bersama keluhan. Beg kertas yang di tempat duduk belakang, dicapai dan dihulurkan kepada lelaki itu.

Faiq kerut dahi. “Apa ni?” Beg kertas bertukar tangan.

“Hadiah anniversary kita yang ke tiga.” Awra mengoyak senyum paling manis sebelum dia meraih jemari Faiq dan dibawa ke bibirnya sekilas. “Semoga rumah tangga kita kekal hingga ke syurga.” Ucapnya tulus sebelum terus menarik tubuh sasa Faiq dalam pelukan. Kedua-dua belah pipi lelaki itu menjadi sasaran bibirnya sekilas. Langsung tidak di hiraukan seorang dua pekerja hotel yang lalu di tempat parkir kala itu.

Faiq pula sedikit tergamam. Langsung tidak beraksi. Membalas pun tidak hingga pelukan mereka kembali terlerai.

“Tak tahu nak cakap apalah tu.” usik Awra yang sudah menghidupkan enjin kereta. Sedia untuk pulang.

Faiq garu kepalanya yang tidak gatal bersama sengihan kelat. Pura-pura tidak mengingati hari istimewa tersebut. Tidak seperti dua tahun sudah yang mana dia benar-benar terlupa kerana terlalu sibuk dengan kerja. Beg kertas yang dipegang, dibelek. Kotak warna perak dikeluarkan. Melihat jenama yang tertera di kotak tersebut, dia sudah dapat menjangka akan isi dalamnya.

“Kan mahal ni. Kenapa beli?” soalnya sedikit terharu akan pemberian yang diterima. Dua tahun sudah, hanya makan malam istimewa yang disediakan oleh isterinya. Berbeza untuk tahun ini.

“Apalah sangat harga jam tu, dari apa yang awak dah bagi pada saya selama ni.” tutur Awra ikhlas.

“Tapi saya tak ada hadiah untuk awak sayang.” Faiq pura-pura beriak kesal pula seraya sebelah tangannya menyeluk saku seluar.

“Tak apa. Dah macam-macam yang awak bagi saya selama ni.” Awra melebarkan senyum. “Erm, awak, malam ni balik awal sikit eyh? Saya ada hadiah lagi untuk awak. Tapi dekat rumah.” Penuh makna.

“Ala.. Sekarang tak boleh ke?” rengek Faiq kurang sabar pula. Yakin dia bakal menerima hadiah yang cukup istimewa apabila melihat riak isterinya yang cukup ceria sejak awal pagi tadi.

Awra menggeleng. “Saya tunggu dekat rumah okey? Erm.., saya dah nak balik ni. Awak hati-hati drive nanti. Thanks lunch tadi. Sorry sebab dah susahkan awak masak dua kali.” Dia menayangkan barisan giginya yang tersusun. Lucu apabila teringat apa yang berlaku tadi. Jelas yang suaminya cukup profesional dalam melaksanakan tugas.

“For my lovely wife ni, anytime sayang.” Lembut Faiq membalas seraya mencuit hujung hidung wanita itu sebelum dia merapatkan daun pintu.

Awra senyum bahagia. “Awak, tak nak ucap apa-apa ke pada saya?” ujarnya kemudian sebaik menurunkan cermin kereta.

“Dekat rumah boleh?” Ada garis nakal pada hujung senyum Faiq.

“Ala.. Dah la tak belikan orang hadiah, nak suruh wish pun kena tunggu balik rumah ke?” Awra pula pura-pura merengek. Wajahnya berubah kelat.

 Faiq tergelak. Jarang sekali isterinya begitu. “Tadi kata tak apa. Ni, mintak hadiah pulak.” Sengaja dia mengusik.

“Ala.. orang mintak wish aje. Tak mintak lain pun. Tak payah pun keluar duit.”

Faiq senyum. Tubuhnya direndahkan agar sama tinggi dengan isterinya. “Tadi bibir saya dah singgah pipi gebu awak tu kan.. Sekarang..” Dia menunjuk ke arah kedua-dua belah pipinya pula

“Eh, orang mintak wish, kena bayar dengan kiss? Tadi kan dah dapat?” Awra menolak lembut wajah Faiq yang sudah begitu hampir.

“Fine. Jangan harap saya nak wish. Tunggulah saya balik rumah.” Faiq sudah menegakkan tubuh. Menjauhi kereta arwah bapa mentuanya.

“Okey. Tak apa. Tak nak wish tak apa. Nanti, kalau salah seorang yang tak sampai rumah, jangan ada yang menangis tak berlagu.” Awra menduga. Tali pinggang keledar mula ditarik. Tidak boleh lagi berlamaan di situ memandangkan suaminya masih dalam waktu kerja dan terlalu banyak masa sudah dihabiskan melayan kerenahnya sejak tadi.

“Sayang cakap apa tu?” Wajah Faiq sedikit berubah. Kurang senang apa yang terlafaz di bibir isterinya.

Awra tersengih-sengih. “Saya main-main ajelah. Insya-Allah panjang umur, panjang jodoh kita jumpa dekat rumah nanti. Awak hati-hati drive. Saya tunggu wish awak tu dekat rumah. Susun ayat sedap-sedap sikit. Tak sedap, siap awak malam ni.” sengaja memberi amaran pula. Dan sememangnya, dia langsung tidak memaksudkan apa yang diperkatakan tadi.

Faiq memaksa bibirnya menarik senyum. Hambar. Sungguh hatinya mulai disapa risau.

“Awak, janganlah buat muka macam tu. Insya-Allah tak ada apa-apalah. Kita jumpa nanti.” Dirah jemari tangan Faiq dan dikucup sekilas. “Assalamualaikum.” Senyum sehabis manis di hadiahkan sebelum tautan terlerai. Dia mula mengundurkan kereta dari tapak pakir.

Faiq hanya memerhati. Salam isterinya dijawab dalam hati. Tidak lepas matanya memandang wajah ceria Awra yang mulai menjauh. Tangan diangkat perlahan membalas lambaian isterinya. Kotak dalam saku seluar dikeluarkan dan digenggam kemas sebaik bayang kereta yang dipandu isterinya hilang dari pandangan. Langkah diatur meninggalkan ruang parkir bersama senyuman nipis bergayutan. Membayangkan kejutan yang akan dilakukan malam nanti.

Dan baru beberapa tapak dia melangkah, kotak cincin yang dipegang tiba-tiba terlepas. Diiringi dengan bunyi dentuman kuat menyebabkan kakinya terkaku di situ. Degupan jantungnya berubah rentak serta-merta. Hilang senyum menghias wajah. “Ya Allah..” Sebelah tangannya melekap ke dada kiri seraya tubuh dipusingkan menghadap pintu pagar utama hotel. Hatinya kuat ingin melangkah ke situ untuk melihat apa yang berlaku memandangkan kemalangan memang sering sahaja terjadi di situ. Namun akalnya pula yang melarang. Bibir mula beristighfar perlahan. Cuba menenteramkan hati dan perasaan gundah dibuang jauh. Nafas ditarik dalam-dalam. Perahan-lahan dia kembali membongkok untuk mengutip kembali kotak cincin yang jatuh sebelum dia menyambung langkah. Cukup yakin bunyi dentuman yang didengari tadi langsung tiada kena mengena dengan isterinya.

“Chef, tak sihat ke?” sapaan yang tiba-tiba menyebabkan dia sedikit tersentak. Senyum cuba diukir.

“Er.. Sihat. Kenapa Reen? Nampak saya macam tak sihat ke?” Sedaya upaya dia memaniskan roman wajah di hadapan salah seorang pembantunya, sungguhpun dalam kepala mula terbayang wajah isteri kesayangan.

“Erm.., nampak pucat sikitlah chef.” Komen gadis itu lagi.

Faiq menyentuh wajahnya sekilas. “Erm.., tak ada apa-apalah. Erm.., satu lagi menu yang saya suruh masak tadi, dah siap?” wajahnya mula serius seperti selalu. Cuba menyembunyikan perasaannya yang sebenar.

“Dah chef. Kami tengah tunggu chef la ni.” Gadis itu senyum segaris.

“Ialah. Kejap lagi saya rasa.” Balas Faiq sebelum dia mengubah langkah ke bilik khasnya. Punggung dilabuhkan ke kerusi kerjanya. Entah kenapa hati kian dilambung resah tidak bertepi. Telefon bimbit dari saku terus dikeluarkan. Tanpa menunggu lama, nombor Awra didail. Hati menanti dengan sabar talian bersambut namun hampa. Kali kedua mencuba, begitu juga. Setahunya, isterinya akan sentiasa mengenakan hands free ketika memandu. Dan jarang sekali panggilannya tidak bersambut. Cubaan kali ketiga membuahkan hasil namun suara di hujung talian sudah cukup membuatkan jantungnya hampir berhenti.

“Awak siapa?” tidak sabar dia menyoal.

“Maaf encik. Saya polis.”

“Polis?” terbangun dia dari kerusi.

“Maaf encik. Hand phone ni saya jumpa salah satu daripada kereta yang terlibat dalam kemalangan.” Faiq terduduk kembali sebaik mendengar perkataan kemalangan di hujung talian.

saya sambung dalam versi pdf je la noo.. :D




73 comments:

Yan Chan said...

Tidakkkkkkkk..... ad smbgn lg eh versi pdf? Awra xmati kan? Kan? Kan?

Anonymous said...

arsha...nk sambungan dlm pdf...bolehkan??

*suhana Yasin

ana said...

Katakn tidak......
moga arwa n bby x apa2.....

Anonymous said...

janganlah jadi apa2 kat awra.entah2 dia pregnant lagi kot?

Dewi Mus said...

Achaaaaa.....huhuhu.....no....no...aiyarkk takmo ler lagu ni....
xnak ler depaaa pisah taww....awat ler dugaan depa lagi tu....huhuhu

Eijan said...

Arsha....tlg la jgn buat citer sedih2 lagi....harap x ada apa2 jadi pd Awra....

Kak Sue said...

janganlah ada apa-apa yang x elok terjadi pada Awra... Awra baru nak buat kejutan untuk Faiq untuk kandungan yg kedua ni....
jangan sedih sangat Arsha...
kalau dibukukan cakap ya....

Dewi Mus said...

Arsha awat kejamnya dirimu....huhuhu
Kak na, maylin cam mana tu....

sal miza said...

Akak...... ingat mza tau....... nak pdf. huhuhuhuhu....

keindahan said...

alaa..kita nak baca smpai hbisss....huhuhu...

kak na said...

mmg puuuuuunnnnnnnnn

arsha said...

Kejam sikit je. Hahaa

aqilah said...

akak nak smbgn ye. please...

fa fiq said...

saya nak jgk...sedih bila bce part nie

fa fiq said...

nak jgak..

Amal said...

ala nak baca pdf punya.
setiap week tertunggu cerita ini.

kak na said...

opkos laaaaa

Suryati Abdul Samad said...

thanks Arsha for this n3...
akk nk jugak dlm pdf version for part 36 & 37 (semestinya) dan sambungan lepas n3 part 38 nie tau!

tgh tggu nie... tak sabar nk tahu apa yg berlaku sebenarnya..

huhuhu...

fa fiq said...

Sya nk jgk...jgn la kjm cgt....sian kat dowg

Kak Yattie said...

Arsha, akak dh berdebar2x nih.. nak pdf tau.. aduhai.. :(

Syahid zulkifli said...

Hwa..... Ada sambungan lg...

Anonymous said...

arsha, macamana cara nak dapatkan novel ni. akak pun minat nak dapatkan nya juga.

naely said...

Sy nk jugak pdf kak. Boleh tak?

Dewi Mus said...

Arsha dah siap ker yang pdf tu...

arsha said...

Sikit lagi. Tadi sedap2 tgh taip, tetibe kne kuar plak. Kat luar ni dewi.

Amalina said...

assalaimulaikum..
selama ini jadi silent reader je,
erkk boleh tak saya nak minta pdf version?
seriously every week kot buka blog cik arsha sbb suka with ur writing

Anonymous said...

nak pdf ... harap arsha bagitau caranya ye...

nhaz said...

arsha, sy pun nk jugak version pdf tu

arsha said...

Waalaikumussalam

Maaf semua. Jangan risau. InsyaAllah semua bab saya bagi free nanti.

Cuma hanya, bagi saya peluang untuk siapkan final bab yang masih tergantung.

Terima kasih sebab sudi baca.

InsyaAllah, siap edit, siap convert molek2, sye inform ok. InsyaAllah. Doakan.

Terima kasih sekali lagi. :')

Anonymous said...

klau sambngan dlm pdf tu, mcm mne? sori tnye:)

Anonymous said...

I want the pdf pls....what should I do....awesome story....

Mira Amirah said...

Assalamualaikum.boleh tak saya nak pdf version?? Saya suka sangat cite nie..hari2 bukak blog nie tggu update baru..

nursya said...

Ohhh.... Tidak.....
Nape jd mcm nie...

Arsha nk gak citer niedlm pdf
Huk huk huk...

arsha said...

Waalaikumussalam.

InsyaAllah. Akan dapat nnti. Doakan saya berkesempatan untuk menyudahkan semuanya secepat mungkin. InsyaAllah.

Pada yg bertanya pdf Kenapa?

Sebenarnya saya akan delete semua bab awra yang ada untuk elak ada yang berniat tidak baik. Sungguhpun ianya karya picisan, saya mahu ia menjadi hak persendirian. Hormati karya orang lain walaupun ia bukan dalam bentuk terbitan.

Sekian. Terima kasih atas kesudian kalian.:')

Anonymous said...

adoi tergantung pulak... moga tk ada apa2 dkt awra n kandungan dia... siap pdf, kita nk juga sis

Nur Eyta...

jeejoe said...

nk jugeee..

Anonymous said...

Arsha saya nak juga...suleem

Safiah Ahmad said...

Arsha..... Saya pun nk yg dlm bentuk pdf tu. Saspen tahap gaban nih....

IVORYGINGER said...

hayaa... what happen to Awra??? Hope she fine. To writer: I want the pdf version (full stories). Dont forget ya. :D

Anonymous said...

wwannurr

arsha... akak pun nak jgak dalam pdf,, camne nak dapatkan yee

minat sangat kat awra ni, akak silent je tapi tak pernah lepas peluang tau...

Anonymous said...

kak arsha jgn pisahkn diaorang!kesian faiq n baby mereka yg sulung tu klau apa2 jadi kt awra...huhuhu...kak arsha nk tnye pdf tu apa?baca komen diaorang kt sini byk sebut pdf...sorry ya sy x tau...

Cik Atin said...

nak jugak...

shafiqa said...

nak baca juga... dlm file

kak edah said...

Arsha kak edah tak tau mcm mna buka pdf.boleh k. Edah baca ke....jgn biarkan mereka sambut aniv yg terakhir...no sad2

Anonymous said...

Salam...
Arsha, saya pun nak pdf AWRA ni

*salam kenal -diana-

arsha said...

Kak edah

PDF format kak.

Nanti siap, saya inform. :)

Kak Sue said...

Arsha ... kak sue pun nak pdf ok...
dah siap inform...
sayang Arsha....

Querida Syikin said...

akak nk jgk dlm bntk pdf..

syazwani mohammad said...

saya mahu juga sambungannya..plezzz..karya arsha sentiasa best

nieza said...

arsha sy pun nk gak.. kalu dlm pdf file leh protect...xde org nk copy paste kan...

nasylla said...

nk juga dlm pdf

Anonymous said...

Mcmana nak dpt dlm pdf file?

noorhasnizah said...

arsha sy pun silent reader gak tp sentiasa mengikuti kisah2 dlm blog ni...nk juga tahu final citer ni...arsha ada fb sy nk add jd friend?please & nak awra versi pdf...

noorhasnizah said...

Arsha nak tahu ending awra & faiq...please nk versi pdf...ada fb x nak add arsha...

arsha said...

Noorhasnizah

Meh bagi nama Facebook saya add.

noorhasnizah said...
This comment has been removed by the author.
noorhasnizah said...

fb Noor Azah da lama cr fb arsha tp xjumpa

noorhasnizah said...

fb Noor Azah da lama cr fb arsha

arsha said...

Saya dah add noor azah.

Mana nak jumpa. Akaun lama dah tutup. Eheh

arsha said...

Saya dah add noor azah.

Mana nak jumpa. Akaun lama dah tutup. Eheh

noorhasnizah said...

thanks ye arsha...

Bella Daud said...

alaaaaaaaaa.....camne niiiiiiiii

Anonymous said...

Arsha akak pun nak bentuk pdf nie. Mcm mana ya nak pdf file nie.

Kmas

Bella Daud said...

bila nak sambung niiiiiiiii....pdf tu camne ye.....???????

soffy malik said...

Post lah kat sini akak...please sy tak tau buka PDF tu,,tp akak kata Akan post kat sini kan??? Ye tak?

arsha said...

Pdf tu Adobe reader dik.. full awra dlm bntuk tu.

soffy malik said...

Akak arsha sy nak tau ending AWRA ni..please add sy lh juga ., ples

arsha said...

Meh bagi nama fb. Akak add.

soffy malik said...

Hipsta Stahp

arsha said...

Yg gmbar baby tu ke?

soffy malik said...

Akak PM bole? X tau tu mcm mna

soffy malik said...

Yup

Anonymous said...

Akak, mcm maner kalau saya nk dptkn awra yg full???