Oct 30, 2012

maaaf maaaf!

Assalamualaikum :) 

MAAF atas statement saya yang lalu yang berbunyi; 

"kepada sesiapa yang tidak boleh memiliki BMJM secara ebook...."

Begini sebenarnya...

BMJM dalam pembikinan. Maksud ayat saya di atas adalah dituju khas kepada sesiapa yang tidak boleh mendapatkan BMJM jika dibuat secara EBOOK. Means, mungkin ada yang sukar untuk memiliki, tak mampu milik, tak mahu merabunkan mata baca tanpa kelip diskrin computer mahupun laptop masing-masing, dan sebagainyalah masalah yang dihadapi. Sebarang rundingan boleh dibuat dengan menghantar email. ( jangan marah kalau saya balas sangat lambat.. huu)

Saya mintak maaf atas sebarang kesilapan yang berlaku kerana kegelojohan menaip statement. 

Saya mintak MAAF juga di atas ketidakbalasan email kalian yang menyudikan diri bertanya. Maka saya jawab sekali harung di sini ajalah walaupun hati rasa bersalah dengan apa yang dilakukan walaupun saya sudah berjanji mahu melayan segala surat2 kalian. huu :'(. Saya hanya mampu membaca email kalian bermula dari 24 oktober lagi tetapi tidak berkesempatan pun membalas memandangkan BB stil kena sita. hohoho. nak balas pakai phone, tak puas hati. huu

Makanya di sini saya akan terangkan sekali lagi. 

BMJM masih dalam pembikinan. Paling awal siap end of november. Kalau tak, maknanya bulan selepas itulah. inshaAllah. saya cuba mana yang mampu.

Terima kasih sekali lagi atas kesudian kalian yang sangat CARE dengan blog ni. :')

terima kasih yang menyuarakan hasrat hati mahu saya PRINT OUT BMJM kerana saya akan pertimbangkan dan saya akan cuba survey harga print paling mampu milik. :)

Apa juga perkembangan BMJM akan saya beritahu kemudian. 

Apa-apa pertanyaan lain, boleh tinggalkan di email saya arshanew@yahoo.com ~ walaupun saya akan jawab lambat. huu. maaf!

InshaAllah dengan izinNya andai Allah perkenan saya menyudahkan semuanya maka adalah BMJM, TDK dsb. :)

assalamualaikum. ~rindu sangat seh dengan blog sendiri. huu

Oct 16, 2012

Jangan tak mungkin_part 5

Assalamualaikum :)

Saya mintak maaf banyak banyak banyak sangat. huu..

BMJM saya akan post last bab kemudian nanti sebelum saya teruskan untuk buat ebook. Tu pun kalau ramai yang berkenan nak beli on9. Kalau tak, maybe saya nak try hantar ke publisher. :D

Kepada yang bertanya tentang BAJP. Novel tu ada rezeki Allah bagi izin nak kuar maybe dalam bulan 6 tahun hadapan. insyaAllah. :) doakan mahupun kisah tu seberapa nak ado. huu

Sekian..  apa-apa nak tanya boleh tanya terus ke email saya :) arshanew@yahoo.com

***************


Jangan tak mungkin_part 5

“Apa mimpi kau datang office aku ni? Bukan ke kau bukan main susah lagi kalau aku ajak datang sini?” ujar Shahimi mengusik sebaik terserempak dengan Azam yang sedang menanti di ruang lobi pejabatnya. Ketika itu dia baharu pulang dari bermesyuarat di luar.

Azam hanya tersengih. Ada hal penting dia datang ke situ untuk bertemu dengan Shahimi. Mereka sama-sama melangkah masuk ke perut lif yang baharu terbuka.

“Dah dekat sebulan aku rasa tak jumpa kau? Kau ke mana bro? Kau selalu outstation ke?” tanya Shahimi memandangkan hanya mereka berdua sahaja di dalam perut lif.

“Takdalah. Tapi ada jugaklah.”j Azam acuh tak acuh. Ada perkara yang lebih penting dari hal kerjanya ingin diperkatakan kepada Shahimi. Hanya lelaki itu sahajalah yang dapat membantunya. Tiada sesiapa lagi yang lebih sesuai melainkan Shahimi seorang. Teman sepermainan sejak kecil lagi.

“Aku tahulah kau ada darah keturunan campur. Tapi tak payahlah nak cakap pun main campur-campur bahasa bro.” balas Shahimi yang kurang faham dengan jawapan yang diberi oleh sahabatnya itu.

Azam tersengih lagi. Memang sejak akhir-akhir itu dia agak sibuk. Selalu benar dia naik turun pejabat klien. Tetapi hidupnya dalam hampir sebulan itu bertambah sibuk apabila kepalanya sering memikirkan seorang gadis yang sedang melancarkan perang dengannya. Wajah comel itu seperti sentiasa mengekorinya ke mana sahaja. Dan yang membuatkan kepalanya bertambah kusut apabila setiap hari dia terpaksa makan mi segera jika pulang ke rumah. Itu sahaja yang disediakan oleh abahnya walaupun dia tahu ianya merupakan salah satu tanda protes yang turut dilancarkan oleh abah dan adiknya.

“Kita dinner sama-sama hari ni nak tak? Lama sangat aku rasa tak lepak dengan kau.” kata Shahimi sebaik pintu lif terbuka. Mereka sudah pun tiba di tingkat enam bangunan pejabat.

“Bagus jugak tu. Aku naik muntah hijau dah hari-hari makan instant food dekat rumah tu. Kepala aku ni pun aku rasa tak lama lagi dekat botak asyik bedal perasa yang bukan-bukan.” balas Azam sekaligus meluahkan rasa hatinya.

Shahimi terus menghamburkan tawa sebaik Azam habis menutur kata. Dia tahu akan segala punca yang menyebabkan sahabatnya jadi begitu.

Azam menjeling geram memandang Shahimi yang sedang enak mentertawakannya. Kaki terus dihayun masuk ke ruang pejabat Shahimi dan menuruti langkah lelaki itu masuk ke dalam bilik.

“Hai Kak Sham.” dengan sebelah tangannya melambai mesra beserta secebis senyuman manis dihadiahkan sebaik tiba di hadapan meja berhampiran bilik Shahimi. Shamsiah pembantu Shahimi.

Namun sebaik tangan mencapai tombol pintu bilik Shahimi yang sudah kembali tertutup kerana Shahimi yang mendahuluinya, dia menoleh sekilas ke arah meja tadi. Matanya cuba digosok beberapa kali beserta gelengan di kepala. Seperti tidak percaya dengan apa yang dilihat membuatkan dia menampar pula kedua-dua belah pipinya sebelum terus berlalu masuk ke dalam bilik Shahimi.

Sementara Ada yang duduk di meja itu tadi hanya terkelip-kelip memandang Azam seperti kebingungan.

“Ada orang suka tampar diri sendiri ke?” katanya menyoal sendiri. Pelik dengan kelakuan Azam yang memandangnya tadi.

Hampir sebulan dia bekerja di situ, baharu hari itu dia melihat Azam datang ke pejabat abangnya. Wajah kacak lelaki itu juga sudah lama tidak dilihat. Kali terakhir sewaktu dia menghamburkan perasaan marahnya di atas apa yang berlaku.

“Malang betul siapa jadi isteri kau Tuan Azam oi..” omelnya lagi sambil menggelengkan kepala. Dia kembali menatap fail akaun yang dibuka sejak tadi.

Sementara Azam yang sudah menghenyakkan tubuh ke sofa panjang di sudut bilik Shahimi masih dalam keadaan yang sama. Kepalanya masih digelengkan beberapa kali dengan bibir terkumat-kamit menyatakan tak mungkin.

“Hoi! Engkau dah kenapa Zam tergeleng-geleng dekat situ. Sewel?” tegur Shahimi yang perasan akan tingkahlaku sahabatnya itu sebaik melangkah masuk ke biliknya.

Azam tidak menyahut. Masih melakukan perkara yang sama.

“Leher kau dah terkehel langgar pintu dekat depan tu ke? Tergeleng-geleng dari tadi aku tengok.” tambah Shahimi yang ketawa kecil melihat tingkah laku Azam. Dia yang sedang mencari fail untuk disemak sebelum keluar tadi terus tidak jadi apabila melihat Azam begitu.

“Aku rasa aku macam dah kena badi adik kaulah Shah. Dekat mana-mana pun aku nampak muka dia. Sampai muka Kak Sham pun boleh tukar jadi muka adik kau.” luah Azam dengan wajah yang berkerut memikirkan masalah yang dihadapi.

Manakala Shahimi pula sudah menghamburkan tawanya bertambah besar. Lucu dengan penyataan yang dikeluarkan Azam.

‘Bukan badi, tapi kau tu yang dah angau dengan adik aku tu!’ kutuknya dalam hati.

“Siapa yang sewel sekarang ni? Kau ke aku?” soal Azam dengan wajah yang semakin berkerut dan kelat apabila Shahimi tidak henti mentertawakannya dari tadi.

“Sis, teh O dua please.” kata Shahimi dalam sisa tawanya pada intercom sebelum memandang ke wajah sahabatnya yang masam mencuka.

“Okey okey.. Sorry bro..” lanjutnya sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya.

Azam menyandarkan tubuh ke sofa dengan mata terpejam. Malas mahu melayan Shahimi yang memang suka menyakatnya jika ada peluang.

“Sekarang ni cuba kau cerita dengan aku apa sebenarnya tujuan utama kau datang office aku ni?” kata Shahimi yang mula menukar tempo suaranya agar menjadi lebih serius. Tetapi bibirnya tetap juga sembunyi senyum kerana sudah mula dapat meneka apa sebenarnya tujuan lelaki itu datang ke pejabatnya.

“Aku nak mintak phone number adik kau.” jawab Azam jujur.

“Tu aja?”

“Aku nak mintak tolong, kau tolong pujukkan Ada. Abah dengan adik aku tengah boikot aku sekarang bro selagi aku tak dapat pujuk Ada untuk masak untuk kita orang macam sebelum ni.” jelas Azam akan perkara yang sememangnya menambah kekusutan hati dan kepalanya.

“Erm.. phone number aku boleh bagi, bab pujuk aku tak boleh nak tolong.” Jawab Shahimi dengan sengihan lebar menghampiri Azam di sudut bilik.

“Alah kau ni.. Apasal pulak tak boleh? Takkan member sendiri pun nak berkira..” kata Azam dengan suara yang mengendur. Dalam masa yang sama terdengar daun pintu diketuk.

“Masuk.” Segera Shahimi memberi kebenaran. Kali ini dia mahu melihat apa pula reaksi Azam dengan kehadiran Kak Sham yang menyerupai adiknya tadi.

Azam pula menoleh ke arah gerangan yang masuk dan kemudiannya segera melarikan pandangan mata ke arah lain.

“Kak Sham, cepatlah keluar Kak Sham. Comel sangatlah Kak Sham hari ni.” kata Azam dengan wajah yang dipalingkan. Sekali lagi dia melihat Shamsiah berubah wajah menjadi wajah Ada. Gadis yang mengantuinya ke mana sahaja dia pergi kini.

Ada yang melihat Azam serba tidak kena sudah mengerutkan dahi sebelum meletakkan dua cawan air teh seperti yang diminta oleh abangnya tadi.

“Awak ni kenapa Tuan Azam. Gila ke apa? Ke mata awak tu dah rabun.” lancar sahaja Ada membuat serangan.

Azam yang mendengar suara Ada seperti terngiang-ngiang di telinganya terus menekup dengan kedua-dua belah tapak tangan. Kepalanya sudah digelengkan lagi dengan bibir menyatakan tak mungkin.

“Apa dah jadi dengan aku Shah? Tolonglah aku Shah. Aku dah tak tahan dah jadi macam ni. Suara Kak Sham pun dah macam Ada. Boleh sewel betul-betul aku macam ni.” kata Azam sambil memandang ke wajah Shahimi yang sudah mengekek gelak.

“Hm.. Tak payah sewel betul-betul. Awak memang dah sewel pun!” sahut Ada selamba yang masih tidak faham apa sebenarnya yang berlaku kepada Azam. Lelaki itu sejak tadi kelihatan pelik sebaik melihat wajahnya.

“Alah Shah… tengok, aku macam terdengar-dengar aja dia kutuk-kutuk aku ni.. Adik kau ada bela saka ke apa sampai teruk macam ni aku kena. Dekat mana-mana aku asyik dengar suara dia aja. Saka dia dah melekat dekat aku ke apa bro..” kata Azam lagi sambil memejam mata pula.

‘Saka? Dia boleh kata aku bela saka.. dia ni buta ke apa sampai tak nampak aku dekat sini. Selamba dia aja nak kutuk-kutuk aku!’ desis Ada sendiri dengan bibir dikertap rapat. Geram dengan apa yang didengarinya.
Dengan dulang plastik yang masih ada ditangan, cepat sahaja dihentakkan ke meja kopi hadapan dua lelaki itu. Mujur meja kayu! Tersentak Azam yang sedang menutup telinga dan matanya. Saat itu jugalah mata mereka bersabung.

“Tuan Azam Ashraff! Awak cakap saya apa? Saya bela saka? Saka apa saya bela? Saka awak?! Memang patut pun la awak sewel! Biar saka saya sewel-sewelkan awak lagi!” bentaknya geram sebelum laju meninggalkan bilik abangnya itu.

Shahimi yang turut terhenti gelak dek kerana hentakan dulang plastik yang dibawa adiknya tadi menyambung tawa semula.

Azam pula kali ini terkulat-kulat sendiri. Hanya pandangan matanya sahaja menghantar kelibat Ada hilang disebalik pintu yang kembali tertutup rapat.

“Nasib baik dulang ni tak singgah atas kepala kau. Kalau singgah tadi, memang sah sewel kawan aku sorang.” kata Shahimi dalam sisa tawanya.

Azam tidak pun menjawab. Dia masih dalam keadaan yang sama tidak lepas memandang daun pintu yang kaku tidak bergerak.

“Hoi! Kau dengar tak apa aku cakap?” Shahimi menepuk kuat bahu Azam apabila lelaki itu masih tidak lepas memandang ke arah pintu.

“Aku rasa..mm.. Aku asa macam nampak adik kaulah bro. Dia marah aku.” tutur Azam bernada pelik. Terkelip-kelip matanya memandang ke wajah Shahimi.

“Astaghfirullahal’azim… Zam.. Kau ni tak sihat ke?” kata Shahimi sambil meletakkan tapak tangannya ke dahi Azam. Dirasakan kronik benar masalah Azam dan adiknya.

“Adik kaulah yang buat aku tak sihat macam ni. Kusut dah kepala aku ni.” balas Azam yang kembali menyandarkan tubuhnya. Seperti masih terngiang-ngiang lagi suara Ada memarahinya tadi.

Shahimi sudah menggelengkan kepala dengan senyuman penuh makna di bibirnya.

“Bro, kau terus terang ajalah dengan aku. Kau sebenarnya suka adik aku kan?” terus sahaja Shahimi bertanya tanpa perlu berselindung lagi.

Azam menalakan pandangan matanya ke wajah Shahimi sekilas. Bibir menarik senyum tepi sebelum menjawab pertanyaan sahabatnya itu.

“Kenapa kau tanya macam tu? Kau nak ke aku jadi adik ipar kau?” sengaja Azam bermain dengan kata-katanya sendiri sedangkan tidak pernah pun dia fikir sejauh itu. Masalah besarnya kini ingin meminta maaf apa yang telah berlaku antara dia dan Ada.

“Apa salahnya kalau kau sudi bro.” balas Shahimi dengan keningnya terjungkit. Sengaja menjawab begitu kerana mahu melihat reaksi lelaki di hadapannya itu.

Azam tersengih. Tidak pernah dia membayangkan perkara seperti akan berlaku dalam hidupnya. Dan sebelum ini dia sendiri pernah menyatakan kepada abahnya yang dia tidak mungkin akan berkahwin dengan salah seorang anak jirannya. Tambahan pula hubungannya dengan Ada kini terlalu dingin. Tetapi tidak dinafikan yang hatinya akan bergetar tiap kali wajah comel itu memenuhi ruang mata.

“Kenapa kau tersengih? Kau ingat aku main-main ke?” lanjut Shahimi yang perasan dengan reaksi Azam.

“Kau jangan bro. Nanti masin mulut kau tu, kau jangan menyesal pulak aku panggil kau brother in-law.” seloroh Azam pula.

Why not? Kalau kau sudi, aku boleh tolong settlekan problem kau dengan Ada.” Shahimi menawarkan bantuan jika benar Azam punya hati terhadap adiknya. Dia sendiri senang andai Azam menjadi suami kepada Ada kerana tahu hati budi Azam sejak kecil lagi. Lelaki itu belum pernah kenal rapat dengan mana-mana perempuan selama ini. Bukan dia tidak tahu kriteria wanita yang dicari oleh Azam untuk dijadikan sebagai isteri. Dirasakan adiknya punya ciri-ciri yang diinginkan. Bezanya perwatakan Ada lebih tegas walaupun kelembutannya terserlah.

“Ah! Sudahlah kau. Tadi kau kata tak boleh, sekarang boleh pulak.” balas Azam yang yakin Shahimi sengaja mengusiknya.

“Tak nak sudah.” jawab Shahimi dengan sengihan meleret.

Azam menjuihkan bibir.

“Sudahlah kau. Erm..Tadi kau kata nak bagi phone number Ada? Bagi sini cepat. Makin lama aku dekat sini, boleh sewel terus ni.” katanya sambil menghulurkan telefon bimbitnya kepada Shahimi.

Shahimi yang tidak keberatan, terus sahaja menaip nombor-nombor di atas skrin nipis itu.

“Aku nak balik officelah Shah. Nanti kita jumpa dekat tempat biasa.” ujar Azam sebelum bangun.

“Bro.. relax la dulu. Ni adik aku penat-penat buat air, kau tak minum pun lagi.” halang Shahimi sambil menunjuk ke arah cawan yang tersedia.

“Banyaklah kau punya adik.” balas Azam yang kembali duduk.

Shahimi ketawa lagi.

“Kau ni.. kau ingat aku cakap main-main ke? Nasib baik adik aku tak hempuk kepala kau dengan dulang ni tadi bila kau cakap dia bela saka.” Shahimi cuba menerangkan apa yang berlaku tadi.

Azam kerut dahi.

“Apa kena mengena dengan adik kau pulak ni?” jawab Azam tidak faham sebelum membawa cawan ke bibirnya.

“Parah dah aku rasa kau ni Zam. Yang bawak air ni tadi memang adik akulah bro. Dia gantikan Kak Sham. Dah dekat sebulan dia kerja dekat sini. Kau sendiri dengar dia marah kau pasal saka tadi kan? Adik akulah tu. Bukannya bayang-bayang adik aku.” jelas Shahimi.

Azam terus meletakkan semula cawan yang dipegang. Kening hampir bercantum memikirkan kata-kata Shahimi.

“Kau ni agak-agaklah nak bergurau pun Shah. Tahulah aku ni dah kena tulah adik kau sebab aku tinggalkan dia dalam hujan hari tu.” balas Azam yang mula berasa tidak senang di hatinya. Melihat dari riak wajah Shahimi yang serius, tidak mungkin sahabatnya itu bergurau. Tetapi tadi dia memang dengar dengan jelas suara Ada memarahinya.

Shahimi tersenyum.

“Kau tak percaya. Kau tunggu kejap aku panggil dia.” kata Shahimi sebelum berlalu ke pintu untuk memanggil Ada.

Tidak sampai seminit, wajah masam mencuka Ada terjegul di muka pintu.

“Apa abang nak ni?” soalnya tiada hati untuk masuk ke bilik itu kerana kehadiran Azam di situ.

“Masuklah kejap.” kata Shahimi seraya menarik tangan Ada agar masuk ke dalam biliknya.

Azam yang melihat dari tadi sudah membulat mata. Seperti tidak percaya dengan apa yang dilihat. Bayang Ada yang dilihatnya tadi sama dengan apa yang terbias di mata. Liur yang ditelan mula terasa kesat. Tahu yang dia sudah terlepas cakap dan mungkin menambah kebencian gadis itu kepadanya.

‘Habislah kau Zam. Dah ada penyakit, kau tambah lagi penyakit.’ desis satu suara dalam hatinya.

“Er..Ada.. Sor..”

“Orang sewel tahu mintak maaf ke? Huh!” rengus Ada sebelum terus berpusing kembali ke luar bilik. Sakit hatinya dengan Azam tidak pernah surut pun walau sedikit dengan apa yang telah berlaku di antara mereka.

Shahimi hanya angkat kedua-dua bahunya tanda tidak tahu.

Azam pula sudah melepaskan keluhan panjang. Semakin sukarlah untuk dia memujuk gadis itu agar dapat memasak semula buat keluarganya.

Sorrylah bro. Kes kau dah berat sangat dah ni. Susah sikit aku nak tolong ni.” kata Shahimi yang sudah kembali ke sofa semula.

Hanya keluhan demi keluhan sahaja yang keluar dari bibir Azam.

“Kau nak tahu kenapa adik aku marah sangat dekat kau pasal kau tinggalkan dia tu?” Shahimi ingin menjelaskan apa sebenarnya yang membuatkan Ada membenci lelaki itu.

“Kenapa?” soal Azam lurus. Sememangnya dia ingin tahu apa sebenarnya yang sudah berlaku selepas peristiwa itu kerana abah dan adiknya langsung tidak mahu membuka mulut.

“Adik aku demam hari tu dekat dua minggu. Tiga hari masuk wad sebab panas sangat.” jelas Shahimi tenang.

Pada mulanya dia sendiri tidak suka dengan apa yang dilakukan oleh Azam. Tetapi apabila memikirkan yang Ada dan Azam punya persamaan iaitu sikap ego dan degil dalam diri masing-masing, dia tahu buku sudah bertemu dengan ruasnya.

“Takkan teruk sampai macam tu?” tanya Azam lagi dengan perasaan bersalahnya terus memuncak di dalam hati.

“Yang buatkan dia teruk sebab rasa fobia dia bro. Dulu masa arwah atuk aku ada, dia nampak sendiri dengan mata kepala dia atuk aku kena panah petir masa nak ambik dia balik dari sekolah.” sambung Shahimi dengan suara yang mengendur.

Dia sendiri tidak dapat membayangkan bagaimana perasaan yang dialami oleh adiknya apabila orang yang disayangi pergi di hadapan mata. Sememangnya Ada rapat dengan arwah atuk dan neneknya kerana sejak kecil lagi dia dibesarkan di kampung. Kerana itu juga membuatkan Ada seorang gadis yang mampu melakukan semua kerja-kerja rumah dengan baik. Semuanya hasil dari tunjuk ajar dan asuhan arwah neneknya.

Azam terdiam. Tidak mampu berkata apa. Tidak tertanggung rasa bersalahnya kepada gadis itu.

“Tu pasal aku kata tadi, susah sikit aku nak tolong kau. Kau kena usaha sendiri nak pujuk dia balik.” lanjut Shahimi lagi.

Azam melepaskan nafas berat.

Thanks bro sebab cerita dengan aku. Kalau tak, sampai bila-bila pun aku tak tahu.” kata Azam dengan perasaan bersalah yang memenuhi ruang dada.

“Takda hal la. Aku cuma nak tolong kau aja. Kan kau nak jadi adik ipar aku.” Shahimi cuba berseloroh walaupun dia maksudkan apa yang terucap di bibirnya. Dia yakin Azam cukup sesuai buat adiknya itu.

Azam tersenyum kelat. Tidak terusik hatinya dengan gurauan Azam. Hatinya lebih terusik dengan apa yang diceritakan oleh lelaki itu tadi mengenai Ada.

“Erm.. Shah, aku balik office dululah. Kita jumpa nanti.” ujar Azam sebelum bangun. Kerja di pejabat sedang menantinya.

“Okey.” Shahimi mengiringi sahabatnya itu hingga ke muka pintu.

Tiba sahaja di muka pintu, Azam sempat mengerling ke arah tempat duduk Ada. Gadis itu hanya menunduk sedang meneliti sebuah fail. Langsung tidak menegakkan wajah memandang ke arahnya. Terasa kakinya ingin dihalakan ke situ untuk bercakap dengan gadis itu. Namun apabila memikirkan keadaan tempat dan masa yang tidak sesuai, dimatikan niatnya. Dia akan cuba mencari ruang dan waktu yang sesuai nanti. Kedua-dua kakinya terus dihayun melangkah ke pintu utama meninggalkan ruang pejabat.

************

+ Assalamualaikum awak. Kenapa tak angkat telafon? Banyak kali saya call. Satu pun awak tak angkat.

Ada kerut dahi menerima SMS dari nombor yang tidak dikenali. Memang sudah menjadi kebiasaan baginya yang dia tidak akan mengangkat mahupun melayan sebarang nombor asing yang muncul di skrin telefon bimbitnya.

+ Siapa awak? Apa awak nak? Mana awak dapat nombor saya ni?

Balasnya terus mengajukan soalan-soalan yang dirasakan begitu penting.

+ Saya Azamuddin Ashraf. Saya nak cakap dengan awak (tapi kalau dapat jumpa lagi bagus :P). Abang yang amat awak kasihi yang bagi phone number awak ni. J

Ada kertap bibir geram membaca SMS yang diterima. Melihat sebaris nama itu sahaja membuatkan darah panasnya menyerbu naik ke kepala.

+ Apa awak nak dari saya? Saya takda hutang apa-apa dengan awak!

Taipnya segera sebelum menekan butang hantar.

+ Ada. Awak ada hutang saya. Awak hutang maaf dengan saya. Saya dah banyak kali kata maaf pada awak, tapi awak tak balas lagi :D

Ada menjuihkan bibir membaca SMS yang diterima.

+ eh, SAKA saya belum maafkan awak ke? Kan SAKA saya ke hulu ke hilir ikut awak. Takkanlah SAKA saya tu tak cakap apa-apa dengan awak.

Kali ini Ada dengan sengihan lebar menekan butang hantar. Padan muka!

+ SAKA awak tu mestilah ikut cakap awak. Sebab tu SAKA awak tak maafkan saya pun. Kalau dah maafkan, tak payah saya susah-susah SMS dengan TUAN SAKA. Sebab tu saya kena cakap dengan TUAN SAKA sendiri. :D

Ada mengecilkan matanya. Geram melihat perkataan yang ditaip dengan huruf besar oleh Azam.

+ Memang patut pun SAKA sayang tak maafkan awak Tuan Azamuddin Ashraf yang gila!

Dengan hati yang berbahang Ada menaip dan terus menekan butang hantar.

+ SAKA sayang? Awak SAYANG SAYA ke, awak SAYANG SAKA awak? :P

Sekali lagi darah menyerbu naik ke kepala. Dan kali ini wajahnya sekali terasa berbahang.

“Saka Sayang? Bila masa pulak aku bersayang-sayang ni?” bebelnya sendirian sambil jemari halusnya bermain di atas skrin nipis itu untuk melihat kembali SMS yang dihantar tadi. Kemudian serentak itu tangannya menepuk dahi sendiri.

“Macam mana boleh terlajak taip ni Ada? Buat malu aja!” kutuknya pula. Secepat itu dia menaip untuk membalas SMS tadi.

+ Typo error hokey! Awak jangan nak perasan sangat Tuan Azamuddin Ashraf. Perempuan gila aja yang sayangkan lelaki cerewet gila, kejam gila (sebab tinggalkan awek comel macam saya dalam hujan sorang-sorang), perasan hensem gila macam awak! Huh! Bluwerk! (muntah hijau!)

Kali ini dia memastikan segala patah perkataan yang ditaip tiada kesilapan, baharu dia menekan butang hantar.

Sementara Azam yang membaca SMS balasan daripada Ada sudah mengekek gelak di atas katil. Dia tahu Ada begitu memarahinya kerana peristiwa lalu. Namun dalam kemarahan yang dihamburkan memang mencuit hatinya. Lebih senang begitu daripada gadis itu langsung tidak mahu membalas SMS daripadanya.
Sebaik tawanya reda, baharulah dia membalas SMS yang diterima.

+ Okey okey.. Saya mintak maaf pasal hari tu Cik Ada Syuhada Adlia binti Mohd Shukri (panjangnya nama dia ni. Boleh tergeliat lidah depan tok kadi. Agak-agak cukup ke senafas nak sebut ni eh? :P). Saya tak tahu awak fobia. Tapi awak yang cabar saya suruh berhenti kan? Saya berhentilah. Tapi saya tak sangka pulak awak betul-betul turun.

Azam balas apa yang dirasakan betul. Pada pendapatnya Ada tidak boleh menyalahkan dia sahaja sedangkan dia sendiri tidak tahu yang gadis itu fobia berada dalam hujan. Malah gadis itu sendiri yang mencabarnya untuk memberhentikan kereta.

+ Awak tu yang jahat sebenarnya saja nak kenakan saya kan kan?! Memang malang betul siapa yang kahwin dengan lelaki macam awak ni Tuan Azamuddin Ashraf yang gila! Jangan harap saya maafkan awak! Huh!

Azam kertap bibir. Rasa tercabar lagi egonya dengan kekerasan dan ketegasan Ada. Mahu atau tidak, dia tetap mahukan kemaafan gadis itu agar abah dan adiknya tidak melancarkan boikot terhadapnya lagi. Dan dia sendiri tidak perlu makan mi segera setiap malam.

+ Okey okey. Saya mintak maaf. Saya tahu saya salah sebab tinggalkan awak. I’m really sorry Ada. Please forgive me. I’m begging you. Please.. Abah dengan adik saya boikot saya sekarang ni sebab awak tak masakkan lagi lauk-lauk untuk kita orang macam sebelum ni. Please Ada. Saya pun dah tak lalu nak makan instant mee hari-hari. Botaklah kepala saya ni kalau selalu makan banyak MSG everyday okey! Hilang pulak rasa PERASAN HENSEM GILA saya kalau dah takda rambut. Please Ada… (mata terkelip-kelip yang berkaca-kaca :’()

Azam tersenyum sendiri selepas membaca SMS yang ditaip agak panjang sebelum dihantar kepada Ada. Dia terpaksa merendahkan sedikit egonya semata-mata kerana abah dan adiknya. Sebenarnya dia sendiri tidak mahu abahnya membeli makanan di luar yang belum tentu terjamin kebersihannya. Dengan tahap kesihatan abahnya yang kadang-kadang terganggu, dia mahu segala makanan yang dimakan bersih dan lebih berkhasiat.

Sudah lebih lima minit berlalu, SMS yang dihantar tadi masih tidak berbalas. Berkali-kali dia melihat skrin telefon bimbitnya. Namun tetap juga tiada. Azam menegakkan tubuh dan duduk bersila di tengah katil. Berkira-kira mahu menghubungi terus Ada kerana resah dia menanti SMS yang tidak berbalas. Matanya saat itu sempat mengerling ke arah jam. Hampir sebelas malam. Disebabkan esok merupakan hari Ahad, dia yakin Ada tidak mungkin sudah terlena.

Sudah seminggu dia memiliki nombor telefon itu, baharu malam itu dia punya keberanian untuk menghubungi dan menghantar SMS. Disebabkan panggilannya langsung tidak bersambung membuatkan kini dia hanya mampu berbalas SMS dengan gadis itu sedangkan banyak perkara yang ingin diperkatakan. Dia mahu Ada memaafkannya dalam kata yang sebenar kerana dia tidak begitu senang melalui hari-harinya kerana kesalahannya kepada gadis itu sentiasa mengganggunya.

Dia kembali menatap skrin nipis di tapak tangannya. Membatalkan niat untuk menghubungi gadis itu kerana yakin yang Ada tidak akan menjawab panggilannya. Jemari kasarnya menari lagi di atas skrin untuk menyusun ayat.

+ Kenapa awak tak reply SMS saya? Erm.. Ada, kita jumpa sekarang boleh? Sekejap aja. Kalau awak takut Aunty dengan Uncle marah, biar saya jumpa mama dengan ayah awak. Please…

Ada yang leka memikirkan ayat yang harus dibalas kepada Azam sedikit terkejut apabila telefon bimbitnya berbunyi lagi tanda SMS diterima. Matanya membulat apabila membaca SMS yang diterima.

“Gila ke apa dia ni?” omelnya sendiri apabila dirasakan permintaan Azam tidak masuk akal. Dia yakin yang mama dan ayahnya tidak akan membenarkan dia keluar lewat malam begitu. Tambahan pula untuk berjumpa dengan lelaki yang bukan mahramnya. Dia sendiri tidak rasa mahu keluar bertemu dengan Azam kerana sudah dapat meneka apa yang ingin diperkatakan. Serentak itu jemarinya menaip patah perkataan untuk membalas.

+ Awak ni, belajar aja tinggi-tinggi kan? Saya kata gila nanti awak bangga sangat! Dekat rumah awak takda jam eh? Awak ingat mama and ayah saya nak bagi ke saya keluar lewat-lewat macam ni? Jangan merepeklah.

+ Habis tu, kenapa tak balas SMS saya?

Ada kertap bibir. Tiada jawapan daripada pertanyaan Azam. Sebenarnya dia masih berkira-kira mahu memaafkan lelaki itu. Tetapi apabila Azam melibatkan nama Uncle Zakuan, dia menjadi tidak senang. Sebenarnya dia tidak sampai hati melihat lelaki yang sudah dianggap seperti ayahnya sendiri terpaksa bergantung dengan makanan yang dimasak di kedai setiap hari. Bukan dia tidak tahu akan tahap kesihatan Uncle Zakuan yang terganggu sejak akhir-akhir ini. Baharu semalam dia bertemu dengan Uncle Zakuan ketika sedang menyiram pokok bunganya. Lelaki itu sendiri ada mengadu dengannya sering sempit dada.

Telefon bimbit yang masih di tangan hanya dipandang sepi. Tidak tahu jawapan apa yang harus diberikan. Jika teringat kembali apa yang pernah dilakukan oleh Azam terhadapnya, memang tidak mampu dilupakan.

+ Awak nak saya masak untuk family awak macam before ni kan? Itu yang awak nak saya buat sebenarnya kan? Okey. Saya boleh masak. But only for them! Not for you! Saya masak semata-mata sebab Uncle. Jangan ganggu saya lagi lepas ni. Saya nak tidur. Sekian!

Itu sahaja yang terlintas di fikirannya. Dia amat berharap yang selepas ini Azam tidak akan mengganggu hidupnya. Cukup dengan apa yang berlaku di antara mereka sebelum ini. Itu sudah cukup membuatkan dia mengenali siapa Azamuddin Ashraf Zakuan.

Gajet nipis yang masih dipegang terus dipadamkan walaupun yakin yang Azam pasti akan membalas SMSnya. Tidak dinafikan separuh hatinya sudah pun memaafkan lelaki itu. SMS Azam tadi seperti ikhlas mahu memohon maaf darinya atas apa yang berlaku. Akui yang dia sendiri tidak boleh menyalahkan lelaki itu sepenuhnya. Semuanya kerana ego yang ada dalam diri masing-masing. Tiada yang mahu mengalah di antara mereka menyebabkan hal itu berlaku.

Bibir melepaskan nafas berat tiba-tiba. Kini dia berperang dengan perasaannya sendiri.

_______________

semoga jumpa lagi dengan izinNya :)

Oct 1, 2012

Jangan tak mungkin_part 4



“Assalamualaikum..” dengan getaran di dada yang tidak lagi tenang apabila berhadapan dengan Ada. Sudah dua minggu matanya tidak menjamu wajah comel itu.

“Hm.. nak apa?” dingin Ada membalas. Salam lelaki itu hanya dijawab di dalam hati. Sudah dua minggu dia tidak melihat wajah Azam. Baharu malam tadi dia termimpi wajah lelaki itu dan hari ini memunculkan diri tiba-tiba. Membuak perasaan marahnya bertandang semula.

Azam tersenyum sinis. Sudah dijangkakan layanan Ada kepadanya.

‘Jangan berlagak sangat Ada Syuhada Adlia. Nanti lelaki ni la yang kau tergila-gilakan nanti.’ Omel Azam dalam hati sebelum tangannya naik mengetuk kepala sendiri. Sedar dia mula merepek. Kepalanya sudah memikirkan yang bukan-bukan.

“Dah kenapa pulak ketuk kepala sendiri. Tak betul ke?” laju mulut Ada mengutuk perbuatan Azam. Dia yang sedang mencabut anak-anak rumput yang tumbuh di dalam pasu bunganya, sedikit terganggu dengan kedatangan Azam tanpa disangka petang Sabtu itu.

Hampir dua minggu dia demam dan baharu hari itu dia berkesempatan untuk melihat bunga-bunganya yang tidak berjaga. Semuanya kerana Tuan Azam si cerewet!

Azam tarik senyum tepi. Nafas ditarik panjang cuba menenangkan hatinya sendiri. Dipupuk perasaan sabarnya.

“Saya nak hantar ni Cik Ada Syuhada Adlia.” Kata Azam melembutkan suaranya sambil menunjukkan beg plastik hitam yang dibawa. Sengaja dia membawa sama baju kemejanya yang masih belum berbasuh semata-mata mahu dijadikan alasan dia ke situ. Padahal, ada hal lain yang lebih penting membuatkan dia datang ke rumah jirannya petang Sabtu itu.

“Saya dah resign. Tuan Azam lupa ke?” balas Ada selamba. Sinis.

Rasa sakit hatinya tidak pun surut hanya kerana peristiwa dua minggu lalu. Sudah dibulatkan keputusannya. Dia tidak akan memasak mahupun mencuci pakaian Azam lagi walaupun dia bersimpati dengan Uncle Zakuan. Dia tahu Uncle Zakuan terpaksa kembali makan makanan dari kedai. Tetapi disebabkan Azam, dikeraskan juga hatinya. Hilang rasa simpati yang ada sebelum ini.

“Entah. Saya tak ingat pulak bila awak kata awak dah resign.” Balas Azam sengaja cuba bermain tarik tali dengan Ada. Padahal, cukup jelas apa yang dituturkan oleh gadis itu tempoh hari. Malah, abah dan adiknya sendiri kini melancarkan boikot tidak mahu bercakap dengannya selagi dia tidak dapat memujuk Ada kembali untuk memasak untuk mereka.

“Kesian. Harap muka aja hensem. Tapi pekak. Lupa ingatan pulak tu.” Jawab Ada masih dalam nada yang sama. Langsung tiada hati sebenarnya mahu berbual dengan lelaki seperti Azam. Dia lebih sanggup berbual dengan pokok-pokok bunganya.

Azam senyum nipis. Dia perlu bersabar untuk berhadapan dengan Ada. Tahu semua yang berlaku berpunca darinya. Mahu atau tidak, harus ditelan apa juga kata-kata Ada hanya kerana abah dan adiknya. Paling utama perasaan bersalah yang muncul di dalam hati sejak dia berada di Johor. Wajah itu sering bermain di fikirannya hingga dia tidak mampu fokus melakukan kerja-kerja di sana.

“Awak cakaplah apa-apa pun Cik Ada Syuhada Adlia. Saya sanggup dengar.” Balas Azam tenang. Matanya sempat mengerling ke arah tangan Ada yang sedang mencabut anak-anak rumput dalam pasu denga sedikit kasar. Dia tahu gadis itu memang memarahi dan mungkin juga sedang membencinya.

Ada merengus kasar dengan jelingan tajam dihadiahkan buat Azam. Dia menegakkan tubuh seraya berdiri rapat di pintu pagar yang sengaja tidak dibuka. Bertentangan dengan tempat Azam berdiri.

“Awak dengar sini baik-baik Tuan Azam. Saya takkan maafkan apa yang awak dah buat pada saya sampai bila-bila. Saya tak pernah jumpa lagi lelaki kejam macam awak ni yang sanggup tinggalkan perempuan tepi jalan dalam hujan macam tu sorang-sorang. Kalau jadi apa-apa pada saya, awak nak bertanggungjawab ke? Tak kan?” kata Ada sinis. Tajam mata bulatnya menikam ke dalam mata Azam yang sedang tersenyum. Meluat hatinya dengan senyuman yang dilemparkan oleh Azam.

“Sihat wal afiat aja saya tengok awak sekarang ni. Maknanya takda apalah yang dah jadi kan?” balas Azam selamba tanpa memikirkan kesan dari kata-katanya itu. Bibir semakin melebarkan senyuman. Wajah Ada yang mula merah dan bermata bulat itu memang mencuit hatinya.

Memang dia langsung tidak tahu apa sebenarnya yang sudah berlaku ke atas diri gadis itu. Abah dan adiknya langsung tidak bercerita dan dia pun tidak bertanya. Tambahan pula selepas tiba di rumah ketika itu, dia terpaksa bergegas ke Johor kerana ada masalah di syarikat klien. Tidak sempat bertemu dengan abahnya yang masih belum pulang dari kampus adiknya. Hanya sewaktu tiba awal pagi tadi abahnya terus menyatakan yang dia perlu memujuk gadis itu agar dapat memasak kembali untuk mereka sekeluarga semula.

Ada kertap bibir rapat. Terasa ringan sahaja tangannya saat itu mahu dilayangkan ke wajah Azam. Darah panasnya sudah naik ke kepala.

“Awak lelaki paling ego, paling berlagak, paling jahat yang saya pernah jumpa!! Awak jahat!” hambur Ada yang mula bergenang airmata. “Saya benci awak Azamuddin Ashraf!” tambah Ada geram sebelum terus berlalu masuk ke dalam rumah. Tidak mampu ditahan airmata yang gugur saat itu kerana Azam langsung tidak risau akan keselamatannya tempoh hari.

Azam tergamam. Matanya terkelip-kelip melihat kelibat Ada yang menghilang ke dalam rumah. Bukan dia tidak nampak mata bulat itu sudah berkaca-kaca tadi.

“Apahal minah ni..” soalnya sendiri masih tidak faham apa sebenarnya yang sudah berlaku.

************

“Awak ni jalan dari tadi, tak penat ke? Saya dah penatlah. Troli ni tak jugak berisi. Dah dua tiga kali kita lalu tempat yang sama. Apa sebenarnya yang awak cari ni?” Azam menghamburkan rasa geram yang ditahan sejak tadi. Kakinya sudah terasa lenguh kerana lebih dua jam mereka berjalan.

Dari rumah hinggalah ke pasaraya besar itu, tiada satu patah perkataan pun yang keluar dari mulutnya. Begitu juga dengan gadis yang berjalan di hadapannya itu. Pada awalnya dia sengaja mendiamkan diri kerana mahu membiarkan gadis itu yang memulakan kata. Tetapi hampa! Malah kesabarannya sendiri yang semakin menipis menanti patah perkataan yang keluar dari bibir munggil itu. Bukan dia tidak perasan wajah kelat masin Ada sejak masuk ke dalam keretanya tadi.

Ada berpaling mengadap Azam yang sedang merenungnya. Tajam matanya membalas pandangan Azam.

“Siapa yang nak makan? Awak kan? Siapa yang buat jadual masak saya setiap minggu? Awak kan? Siapa yang keluar duit? Awak kan? Siapa yang bayar gaji saya suruh masak? Awak jugak kan? Siapa yang ajak saya teman? Awak jugakkan? So? Salah saya ke kalau troli ni kosong? Huh!” laju setiap patah perkataan itu keluar dari bibirnya sebelum berpusing kembali. Terus sahaja dia mengatur langkah menyusuri peti sejuk yang menempatkan bahan masak sejuk beku tanpa mempedulikan wajah Azam yang tidak berpuas hati dengannya.

Azam kertap bibir geram.

‘Aku pulak yang salah. Gila ke apa minah ni. Sayang betul. Muka aja comel. Tapi pelik!’ kutuknya dalam hati. Mahu atau tidak terpaksa juga dia menolak troli yang dibawa tadi mengikut langkah Ada yang semakin jauh meninggalkannya.

Sorry okay. Manalah saya tahu nak pilih semua-semua ni.” Ujar Azam terpaksa mengalah. Buat sementara!

“Lain kali kalau tak tahu, tanya. Mulut ada kan? Ke.. dalam mulut tu ada berlian sampai tak boleh nak bukak. Takut saya curi berlianlah tu.” Jawab Ada selamba sambil tangannya membelek sebungkus tomato ceri yang dicapai dari rak berhadapan peti sejuk beku.

Sekali lagi Azam kertap rapat bibirnya. Cuba bersabar dengan kata-kata sindiran dari Ada.

‘Amboi minah ni. Mulut boleh tahan laser.’ berbuku perasaan geramnya di dalam dada. Dalam situasi itu memang dia terpaksa mengalah. Dia memang tidak tahu langsung tentang barang-barang masakan. Dia hanya pandai makan dan komen! Itu yang biasa dilakukan sebelum ini.

Sorry..” ucapnya perlahan dengan senyuman kelat.

Sorry sorry.. bukan boleh gadai pun sorry tu.” Getus Ada perlahan tanpa Azam sedari. Dalam pada masa yang sama, bibirnya sudah sembunyi senyum. Puas hatinya dapat ‘kuasa pembuli’ hari itu. Dia mahu melihat sejauh mana Azam dengan kuasa pembuli yang ada sebelum ini.

Sorry?” Azam perasan yang bibir Ada seperti terkumat-kamit berkata sesuatu. Namun tiada satu perkataan pun berjaya menerobos ke gegendang telinganya.

‘Mengutuk aku la tu!’ desisnya sendiri.

Sorry sorry.. awak ni tak penat ke asyik sorry aja dari tadi.” Balas Ada selamba. “Cepatlah pilih apa yang awak nak makan. Nanti kalau lambat siap, marah pulak Tuan Azam saya dekat rumah tu.” Tajam sindiran yang meniti di bibir Ada sengaja mahu menguji Azam. Sengaja juga dia menekan nama panggilan Azam sebelum ini.

‘Bibik ni kan… takpa takpa.. sabar Tuan Azam.. sabar.’ hamburnya dalam hati. Azam kertap bibir kuat. Semakin membuak-buak perasaan geramnya ingin membalas tiap patah kata gadis di hadapannya itu. Nafas ditarik panjang dan dilepaskan perlahan untuk meredakan perasaan marah yang mula bertapak di hati.

“Ada Syuhada Adlia.” Nama penuh Ada disebut dalam nada yang paling lembut membuatkan gadis yang sedang meneliti bungkusan baby carrot berpaling memandangnya.

Ada mengerutkan dahi hingga hampir bercantum kedua-dua kening cantik terbentuknya.

“Kan saya cakap tadi saya tak tahu dengan semua ni. Kalau saya tahu, saya takdalah ajak awak kan? Tak perlulah saya susah-susah mengadap muka awak yang masam macam cencalok pahit expired date tu.” Tambah Azam tenang. Dia mula melancarkan serangan balas dalam kelembutan.

‘Ambik kau!’ ejek Azam dalam hati apabila melihat mata bulat bersinar milik Ada semakin mengecil. Tahu yang gadis itu mula tidak berpuas hati dengannya.

Giliran Ada menggertap bibirnya kuat.

‘Cencalok pahit expired date dia kata muka aku! Takpa Ada.. takpa.. tempat awam ni..’ getusnya geram seraya cuba menyabarkan hatinya berhadapan dengan Azam yang mula tunjuk kuasa pembulinya.

“Jadual masak saya minggu depan awak tak bagi lagi. So, sekarang saya tak tahu nak beli apa.” ujarnya lembut seraya memalingkan wajah. Pelbagai mimik muka dibuat tanpa Azam sedari.

Azam tersenyum nipis. Mula berasakan kemenangan berada di pihaknya.

“Erm.. Hari ni saya rasa nak makan ketam. Cari ketamlah.” Ujarnya selamba sambil memusingkan troli dan kembali ke bahagian makanan laut.

Ada tidak menjawab. Hanya menurut langkah lelaki itu. Selamba tangannya memilih ketam-ketam yang segar.

“Lagi?”

“Erm.. beli udang sekali.” Jawab Azam lagi cuba memikirkan menu-menu yang sesuai untuk minggu hadapan.

Ada memilih pula udang-udang sederhana besar. Sesuai untuk dimasak sambal ataupun rendang.

“Lagi?”

“Erm…Abah suka makan ikan. Erm… Awak pilih ajalah ikan yang biasa abah saya beli.” Mudah Azam menyerahkan semua tugas memilih kepada Ada.

“Nana suka makan apa?” soal Ada mendatar apabila teringat seorang gadis yang terlebih mesra apabila berbual dengan mamanya.

“Macam mana awak tahu nama adik saya Nana?” Azam bertanya kembali dengan kerutan di wajah.

“Penting ke dari mana saya tahu?” Ada mengembalikan soalan juga sambil tangannya memasukkan udang-udang yang sudah dipilih ke dalam plastik yang disediakan.

Azam mencebikkan wajah. ‘Kedekut!’ sempat hatinya mengutuk.

“Beli ajalah ayam..” ujarnya yang tahu akan kegemaran satu-satunya adik yang dia miliki.

Sebaik menimbang ketam dan udang, Ada terus pula berlaku ke bahagian ayam dan daging. Azam hanya mengikut.

“Bang, bagi ayam ni seekor, daging dua kilo.” Tutur Ada lembut beserta senyuman manis kepada pekerja yang menjaga bahagian daging dan ayam itu. Teringat yang Uncle Zakuan pernah memberitahu kepadanya teringin makan rendang daging. Tetapi tidak sempat membeli daging dan risau dia tidak tahu memasak rendang.

‘Amboi kau. Kalau dengan aku bukan main kedekut lagi nak senyum. Dengan orang lain, bukan main lemak berkrim disukai ramai senyum kau tu kan..’ omel Azam dalam hati apabila melihat wajah manis Ada yang sedang tersenyum. Ramah sahaja bibir comel itu bercakap itu ini dengan lelaki muda yang menjaga ayam dan daging di situ.

Sebaik menimbang dan mendapatkan tanda harga kedua-duanya, terus diletakkan di dalam troli tanpa menoleh pun ke wajah Azam yang memandangnya sejak tadi. Namun dari ekor mata, dia tahu Azam memang tidak senang dengan apa yang dilakukan.

“Sayur apa awak makan?” soalnya tidak berperasaan sambil membelek beberapa ikat sayur kangkung dan bayam.

“Apa-apa ajalah. Semua sayur saya makan except tempe.” Jawab Azam selamba sambil mengeluarkan telefon bimbitnya yang berbunyi dari dalam poket seluar.

‘Hish! Malanglah siapa yang kahwin dengan kau Azam. Telefon letak dalam poket seluar. Tak tahu fakta ke yang kau kau tu berisiko tak subur.’ Bebelnya dalam hati. Perasan dengan apa yang dilakukan oleh Azam.

“Mana ada nama sayur apa-apa dekat sini.” Balasnya lambat setelah lelaki itu menyimpan semula telefon bimbit tadi.

“Kan saya cakap tadi yang saya ni tak tahu semua nama-nama barang masak. Tempe aja saya tahu, tempelah awak jangan ambik.” Kata Azam geram kerana Ada seperti ingin mempermainkannya sahaja sejak tadi.

Ada sembunyi senyum.

‘Nasiblah orang dah putih… tak payah nak susah-susah makan tempe nak cantikkan kulit.’ Bebel hatinya lagi dengan kehendak Azam.

Tangannya kini membelek pula seikat sayur kailan. Agak berpuas hati, dia terus memasukkan ke dalam troli.

“Ni sayur apa ni?” ringan pula mulut Azam ingin bertanya.

“Kailan.” Jawab Ada sepatah dengan matanya terhala ke arah rak yang menempatkan sayur-sayur lain pula. Dia tidak mahu membeli sayur-sayur hijau lebih banyak kerana tahu sayuran berdaun tidak akan dapat bertahan lama di simpan dalam peti sejuk.

“Oh.. ni la yang selalu buat masak kailan ikan masin tu?” tanya Azam lagi buat-buat berminat ingin tahu. Sebenarnya dia sengaja mahu mendengar suara gadis itu bercakap walaupun dalam nada tidak berperasaan. Itu lebih baik berbanding bersama patung cendana.

“Iya..” jawab Ada malas.

“Ni sayur apa?” tanya Azam lagi apabila datang idea nakalnya. Tangannya turut membelek beberapa bungkusan yang dia tahu namanya namun sengaja mahu bertanya kepada Ada.

‘Lagak macam hebat sangat kau kan.. Try test tengok sikit…’ bisik nakal hatinya.

“Baby corn.”

“Ni?”

“Culieflower.” Dalam waktu yang sama, matanya tidak lepas membelek sayur kubis dan lobak merah yang ingin diambil. Sayur begitu lebih tahan lama berbanding sayuran berdaun hijau.

“Erm… ni?”

“Spring onion.”

“Eh, ni pun spring onion jugak eh? Color dah sama.. tapi apasal satu kurus sikit, satu gebu ni.. orang kebun ni mesti lupa nak bagi baja dekat yang satu ni..” komen Azam apabila melihat dua jenis sayuran yang hampir sama rupa dan bentuknya.

Ada menoleh ke wajah Azam sekilas sebelum matanya terhala ke arah dua sayuran hijau yang sedang dipegang oleh Azam. Tanpa sedar bibir menarik senyum kecil mendengar omelan Azam.

“Yang gebu tu spring onion. Yang satu lagi tu daun kucai.” Jawab Ada terus memalingkan wajah apabila mata Azam turut terhala ke arahnya.

Azam tarik senyum penuh makna.

“Oh…” sengaja dia menjawab begitu.

“Erm.. ni pulak?” katanya lagi sengaja.

“Coriander leaves.”

Azam senyum. Sedikit kagum dengan kebolehan Ada. Dari jauh pun dia boleh kenal nama sayuran yang dipegang.

“Ni saya tahu. Mak spring onion kan..?” kata Adam sambil tangannya mencapai sayuran persis batang bawang.

“Suka hati awak aja tu mak spring onion. Tu Leek leaves la..” balas Ada yang hampir menghamburkan tawa mendengar kata-kata Azam.

“Manalah saya tahu. Dah rupa dekat-dekat sama. Kira anak-beranaklah tu.” Jawab Azam selamba.

Ada menggelengkan kepala.

“Apa pulak ni? Adik-beradik caulieflower ke apa..” kata Azam lagi. Kali ini dia memang sengaja mahu mengusik Ada.

“Brocolli pun tak tahu.” Balas Ada selamba.

“Ni?”

“Bayam.”

“Ni?”

“Sawi.”

“Ni?”

“Carrot.”

“Ni?”

“Kobis.” Wajah Ada mula berkerut. Pandangan mata dibuang ke dalam troli di hadapan Azam. Bibir dikertap rapat.

Azam sudah mengoyak senyum tanpa Ada sedari.

“Ni?” tanya Azam lagi tanpa berpaling ke arah Ada. Tidak sedar yang gadis itu sudah menghampirinya.

“Awak ni hidup dalam gua mana?” serang Ada terus. Menegang wajahnya apabila baharu tersedar yang dia sebenarnya sedang dipermainkan oleh Azam.

Azam menghamburkan tawa hingga pelanggan yang turut sama ada di bahagian sayur-sayuran itu memadang ke arah mereka.

Ada yang geram dengan Azam terus sahaja mencapai sebiji lobak merah lalu dilemparkan ke arah Azam.

Azam yang perasan tindakan Ada pula sempat menangkap lobak merah yang hampir mengenai wajahnya.

“Apa lagi sayur yang awak nak?! Saya dah tak tahu nak pilih apa dah ni?!” kata Ada kasar kemudiannya. Malas mahu berlamaan lagi dengan Azam.

“Pilih ajalah apa-apa sayur pun. Macam yang saya cakap tadi kecuali tempe. Awak jangan nak pandai-pandai ambik tempe pulak.” Sekali lagi Azam memberi peringatan dalam sisa tawanya. Dia perasan wajah Ada yang mula merah padam.

Ada menjuihkan bibir. Pelik dengan selera Azam yang begitu anti dengan hasil kacang soya itu. Tetapi sebaliknya pula bagi dia. Dialah paling obses dengan segala makanan yang berkaitan dengan kacang soya.

“Kalau awak dah takda apa-apa nak beli, jomlah balik. Dah dekat pukul satu dah ni. Risau saya Tuan Azam marah kalau lambat makan.” Kata Ada selepas mengerling jam di pergelangan tangannya. Dan dengan sengaja melancarkan sekali lagi sindiran buat Azam.

“Hari ni Tuan Azam tak makan dekat rumah. Makan dekat luar hari ni dengan Bibik dia kot.” Azam menyerang balas.

Tajam mata Ada memandang ke arah Azam. Kurang bersetuju dengan apa yang didengarinya. Faham akan perkataan Bibik yang digunakan oleh lelaki itu. Sudah tentu ia memang dituju khas kepadanya.

“Saya nak balik. Kalau awak  nak makan dekat sini, ikut suka awaklah.” Balasnya selamba seraya meninggalkan Azam di situ.

Keluar bersama dia mampu terima lagi. Tetapi untuk makan bersama-sama dengan lelaki itu bukanlah tujuan awalnya keluar hari itu. Semuanya semata-mata memenuhi permintaan Uncle Zakuan. Tidak lebih dari itu.

“Eh minah ni. Selamba aja dia tinggalkan aku dekat sini..” desis Azam sendiri. Cepat-cepat dia ke kaunter pembayaran untuk membayar semua barangan yang dipilih tadi. Saat itu matanya tidak lepas memandang ke arah Ada yang sudah berada di luar. Dilihat gadis itu sedang leka melihat barang perhiasan wanita yang dipamerkan oleh kedai di sebelah.

“Berkenan ke? Kalau nak saya boleh belikan.” Azam sengaja mengambil peluang mengusik ketika melewati Ada selepas segala barangan yang dipilih tadi siap dibayar.

Ada membuat muka tidak berperasaannya. Tetapi di dalam hati sebenarnya memang begitu teruja melihat barang perhiasan yang dipamerkan. Terutamanya set cincin beserta subang dan kalung. Rekaan yang cukup ringkas memang menarik perhatiannya.

Azam terus berlalu ke tempat letak kereta dengan troli yang membawa segala jenis barang yang dibeli.

“Cik Ada Syuhada Adlia. Sudah-sudahlah tu nak berangan pakai barang mahal macam tu. Sedar sikit yang awak tu kerja jadi Bibik saya aja. Tak payah nak pakai cantik-cantik sangat. Pakai topi kebun awak tu pun dah cukup.” Giat Azam lagi sengaja ingin menyakiti hati.

Ada buat-buat tak dengar akan kata-kata sindiran Azam. Dia masih mampu untuk membeli segala barang perhiasan yang terpamer itu. Tetapi dia bukan bodoh nak membeli suatu barangan yang bukan kepentingan. Dia hanya akan membelanjakan duitnya kepada benda-benda keperluan sahaja berbanding kehendak.

“Awak nak balik ke tak ni? Kalau tak nak, saya balik dulu.” panggil Azam lagi yang siap memasukkan semua barang ke dalam kereta.

Ada menoleh. Jelingan tajam dihadiahkan. Terus sahaja kaki dihayun laju merapati kereta Azam. Masing-masing terus masuk ke dalam kereta tanpa sebarang kata.

“Kita pergi makan dululah baru balik.” Kata Azam selepas sepuluh minit perjalanan.

“Saya nak terus balik rumah.” Jawab Ada mendatar namun tegas. Wajahnya kelat tanpa memandang ke wajah Azam.

“Awak tak lapar ke? Saya dah laparlah. Tadi dahlah tak sempat breakfast.” Balas Azam sambil matanya mengerling ke sisi. Wajah gadis di sisinya itu masam mencuka.

“Ada saya kisah awak lapar. Itu masalah awak. Bukan masalah saya.” Jawab Ada selamba. Memang sengaja ingin menduga tahap kesabaran Azam.

Azam menjeling geram.

‘Dia ni ada aja nak menjawab.’ Bebel hatinya.

“Kalau saya bawak awak pergi makan jugak, apa awak nak buat?” uji Azam. Tahu yang gadis itu tidak akan mampu berbuat apa kerana dia yang memandu kereta.

“Berhentikan saya dekat sini. Saya boleh balik sendiri!”  cabar Ada berani. Rasa sakit hatinya masih berbuku di dalam dada kerana menjadi mangsa usikan Azam dari tadi. Dalam pada masa yang sama dia yakin yang Azam tidak akan berani buat seperti yang diungkapkan.

“Okey.” Balas Azam selamba seraya mencari tempat yang sesuai untuk memberhentikan kereta di tepi jalan. Lampu isyarat sisi diberi sebelum dia memberhentikan kereta. Sengaja mahu melihat sejauh mana keberanian Ada yang mencabarnya tadi.

Ada pula sudah membulatkan mata apabila Azam benar-benar memberhentikan kereta. Telahannya meleset sama sekali.

“Awak ni..” Ada kertap bibir geram. Tidak jadi mahu meneruskan kata. Dengan dada yang mula berombak dek kerana menahan perasaan marah, dengan kasar tangannya menolak daun pintu kereta tanpa lagi berpaling. Tidak mahu dikatakan hanya pandai bercakap sahaja, tetapi tidak mampu buat. Tetapi pada masa yang sama, dia amat berharap agar Azam dapat menghalangnya.

“Awak pandai-pandailah balik ya? Saya nak pergi makan dulu. Tapi kalau awak sanggup nak teman saya makan, jom ikut saya sekali. Kalau tak nak, terpulang.” Azam cuba mengugut pula walaupun hatinya sedikit tidak senang apabila melihat tindakan Ada yang terus keluar dari keretanya.

“Saya boleh balik sendiri!” bentak Ada geram tanpa memalingkan wajah. Dengan cuaca yang mula mendung itu agak merisaukannya. Tambahan pula dia sudah agak jauh dari perhentian bas. Terpaksa berpatah semula ke pasaraya tadi.

Azam menghamburkan tawa. Cuba menyembunyikan perasaan risau yang mula bertandang di hatinya saat itu. Risau kerana gurauannya benar-benar diambil serius oleh Ada. Mata hanya memerhati Ada yang mula meninggalkan keretanya. Dalam hati mula mengira dari kiraan sepuluh dengan harapan Ada akan menoleh semula dan kembali ke kereta.

‘Ah.. sudah minah ni.. Kang apa pulak aku nak jawab dengan Aunty Shima ni…’ desis hatinya yang mula risau apabila Ada tetap juga melangkah walaupun kiraannya tadi sudah tamat. Terburu-buru dia keluar dari kereta.

“Er..Awak.. awak.. saya gurau ajalah. Takkan sentap kot.. Jom kita balik. Kita terus balik rumah. Takda singgah mana-mana.” Terkejar-kejar Azam mendapatkan Ada yang mula menjauh meninggalkan kereta. Terpaksa pula dia membuat adegan kejar-mengejar di tepi jalan itu. Jika ditambah dengan elemen hujan, pastinya mereka seperti dalam salah satu babak dalam drama. Adegan pujuk memujuk antara pasangan kekasih. Malu oi!

Ada mematikan langkah serta merta. Kembali mengadap Azam yang turut sama berhenti. Kereta yang sedang bertali arus di situ langsung tidak dihiraukan.

“Awak anggap ajalah awak tak pernah kenal saya Tuan Azam. Mulai hari, saya takkan jadi Bibik lagi untuk family awak. Sekian terima kasih!” kata Ada lancar dengan wajah tegangnya. Dia terus melangkah semula untuk mendapatkan perhentian bas yang masih jauh.

Azam pula saat itu langsung tidak mampu berkata apa. Hanya matanya terkelip-kelip memandang Ada yang semakin menjauh. Hujan renyai-renyai yang mula menyimbah bumi membuatkan dia terus kembali semula ke kereta.

‘Masaklah kau Azam..’ kutuk hatinya sendiri sebaik dia masuk ke dalam kereta. Kepala menoleh semula ke belakang untuk melihat kelibat Ada. Namun susuk tubuh gadis itu tidak lagi kelihatan memandangkan hujan yang turun bertukar lebat.

“Ah.. lantaklah. Kau yang tak nak naik. Aku dah pujuk tadi.” Katanya sendirian masih mahu mempertahankan ego sendiri. Padahal hatinya sedang bergolak hebat dek kata-kata terakhir gadis itu tadi. Tanpa menunggu lama, terus sahaja dia kembali memandu dan meninggalkan kawasan itu segera. Tidak dihiraukan lagi gadis tadi.

Sementara Ada pula yang sudah lencun baju kurung yang dipakai kerana ditimpa hujan terpaksa menahan kesejukan. Hujan semakin melebat ditambah pula dengan tiupan angin yang agak kuat. Perasaan marah di dalam hatinya hilang sekelip mata tetapi diganti pula dengan perasaan takut kerana dia memang agak fobia berada dalam hujan lebat begitu. Tambahan pula keseorangan di perhentian bas di kawasan yang agak asing padanya membuatkan dia bertambah takut. Sebelum ini, segala kelengkapan masak akan dibeli oleh mamanya. Dia tidak pernah ikut sama jika mama dan papanya ke pasaraya.

Dalam kesejukan itulah terkial-kial dia mencari telefon bimbit dalam beg tangan yang dibawa sama tadi. Baharu beberapa saat dia memainkan jemarinya di atas skrin nipis itu, tiba skrin menjadi gelap-gelita. Bibir mengeluh berat apabila teringat yang dia terlupa caj bateri gajet tersebut. Hatinya saat itu semakin tidak tentu hala apabila merasakan sejak tadi dia tidak nampak satu pun pengangkutan awam melewati kawasan itu.

Kepalanya cuba dipanjangkan dan menajamkan pandangan mata dengan mengharap ada bas mahupun teksi melewati jalan itu. Tiada apa yang mampu dilakukan melainkan berdoa dan bertawakal agar Allah membantunya dalam saat genting begitu. Hampir sepuluh minit menanti, tetap tiada satu pun bas ataupun teksi yang lalu. Hujan semakin melebat seperti tidak mahu lagi berhenti. Dia memencilkan diri di tengah perhentian bas untuk mengelak daripada terkena tempias hujan walaupun pakaiannya saat itu sudah pun basah kuyup. Ditambah pula dengan petir yang mula kelihatan menyebabkan dia semakin kecut perut. Amat berharap ada hamba Allah yang sudi membantunya.

Mata mengerling sekilas ke arah jam dipergelangan tangan. Hampir setengah jam berada di situ. Keadaan masih tetap sama. Tubuhnya pula dirasakan mula menggigil menahan kesejukan yang terasa hingga ke tulang. Tangan sudah memeluk tubuh serapat-rapatnya.

“Ya Allah.. bantulah aku ya Allah..” ucapnya perlahan dengan airmata yang mula menuruni pipi. Dan saat itu jugalah berhenti sebuah kereta di hadapannya. Cuba mengenalpasti hamba Allah yang ingin membantunya saat itu. Kereta vios warna kelabu seperti dikenali. Namun otaknya gagal untuk memproses maklumat kerana keadaan tubuh yang sejuk dan menggigil melebihi segala-galanya.

Keluar seorang gadis bertudung bersama sekaki payung dari kereta.

“Kak, cepat masuk.” Nana segera mendapatkan Ada dan menarik tangan gadis itu agar sama-sama di bawah satu payung.

Tanpa berfikir panjang lagi Ada hanya menurut. Airmata yang menuruni pipi semakin mencurah-curah keluar saat itu apabila doanya diperkenankan oleh Allah.