Dec 19, 2011

Tertulisnya begitu_part 2 - short story :D

Hampir setiap masa telefon bimbit kesayangannya sentiasa ada di tangan sehingga semua ahli keluarga perasan. Selama ini, dialah yang paling payah benar untuk membalas mahupun mengangkat telefon apabila berbunyi.

“Angah dah ada pengganti Amar ke?” sapa Haji Ahmad Fuad ketika semua ahli keluarga menonton tv. Mata masing-masing terarah kepada Raiqah yang ralit membelek telefon bimbitnya yang diam membisu.
Raiqah serba tidak kena. Memandang ke satu-satu wajah ahli keluarga yang menanti jawapan daripadanya. 

“Mana ada ayah.” Jawab Raiqah dengan mata yang dihalakan ke kaca tv kerana tidak berani menentang wajah ayahnya.

“Dah tu. Sejak bila pulak telefon tu langsung tak boleh berenggang dengan kamu?” tanya Haji Ahmad Fuad lagi.

“Dah adalah tu bang. Tu yang satu hari ni ke hulu ke hilir dibawaknya telefon tu. Nasib baik bukan telefon rumah diusung ke sana ke mari.” Sindir Hajah Ramlah pula.

“Ala…mana ada ibu ni. Pandai-pandai aja buat cerita dongeng.” Sahut Raiqah dengan wajah yang mula memuncung. Razi dan adik bongsunya sudah mengekek ketawa.

Semenjak pertunangannya putus, ibu dan ayahnya tidak henti mengusik. Ada sahaja akan dijadikan bahan ketawa. Dan yang paling galak ketawa, dua lelaki itulah. Bukan main seronok lagi mentertawakannya. Tiba-tiba telefonnya berbunyi tanda SMS masuk. Mata ahli keluarga lain sekali lagi tertumpu kepadanya.

“Ha, boyfriendlah tu.” Usik Raqif, adik bongsunya. Raiqah membaling bantal kecil ke arah adik bongsunya dan tepat mengenai muka. Dia terus bangun meninggalkan ruang tamu itu dan masuk ke bilik.

“Ha, kalau dah ada, suruh cepat masuk minang. Boleh ayah satukan sekali dengan abang kamu ni.” Kata ayah sayup-sayup di pendengarannya.

Apalah ayah ni. Hujung tahun ni, lagi sebulan kot. Dah la aku baru belajar. Ni nak suruh kahwin pulak. 
Rungutnya sendirian. Mengikut perancangan awal pun, dia bakal disatukan dengan abangnya sekali nanti hujung tahun itu. Tetapi, hanya abangnya sahaja yang akan naik pelamin. Dia menolak untuk melaksanakan perkahwinan yang hanya menurut kehendak adat semata. Baginya, cukuplah dengan majlis yang sederhana seperti majlis kesyukuran dan tidak disertai dengan adat-adat lain pula. SMS yang diterima dibaca. Sedikit hampa apabila melihat SMS itu adalah promosi ‘caller ringtone’ yang ditawarkan dari syarikat telekomunikasi.

Raiqah terbaring telentang di atas katil empuknya. Mata terkelip-kelip memandang kipas yang berputar. Masih sabar menanti SMS daripada ‘Kakashi’ seperti yang dijanjikan. Dia tidak menipu dirinya sendiri apabila rasa suka terhadap lelaki itu semakin mendalam. Dalam masa yang sama dia risau seandainya diri tidak dapat menyembunyikan perasaan suka itu sehingga dapat dikesan oleh ‘Kakashi’. Lelaki itu kerap benar buat serkap jarang kepadanya. Akhir-akhir nanti, dia juga yang terjerat. Lelaki itu seperti ada keistimewaan kerana mudah menelah perangai seseorang.

Lama menanti. Jam di dinding dipandang sekilas. Hampir satu pagi. Matanya sudah semakin kuyu. Untuk menonton tv, dia malas kerana masih lagi dengar suara abang dan adiknya di luar yang masih belum tidur. Jika menyertai dua lelaki itu, pasti dia yang akan menjadi topik utama. Maklumlah. Anak perempuan tunggal seorang dan yang paling berani mengingkari kata ayahnya.

Sehari selepas urusan pemutusan ikatan pertunangannya, ayah dan ibu langsung tidak mahu bercakap dengannya. Boikot! Tapi, lama kelamaan, keduanya dapat menerima. Namun, kini dia pula harus redhalah walau apa jua sindirian daripada kedua ibubapanya itu. Keduanya memang sentiasa inginkan dia berkahwin awal. Katanya kurang fitnah orang. Selepas tali pertunangannya putus dalam tempoh sebulan ini pun, ada saja jiran tetangga yang mengata tentang dirinya. Kata ayah, jangan sampai tahap kesabarannya hilang. Waktu itu, dia harus terima sahaja siapa pilihan ayah agar tiada lagi umpat keji dirinya dan keluarga. Buat masa ini, bertahan selagi boleh bak kata Abang Razi.

Bunyi telefon yang rapat di telinga mengejutkan Raiqah yang baru ingin terlelap. Sengaja meletakkan telefon itu berhampiran agar mudah didengari. Padahal, bukan dia tidak tahu ada kajian yang menyatakan telefon bimbit yang diletakkan hampir di kepala boleh merosakkan saraf. Ahh.. peduli apa dia. Ini semua kerana ‘Kakashi’lah.

SMS dibuka. Nyata ‘Kakashi’ pengirimnya. Eee…dia ni. Orang dah tidur barulah sibuk nak hantar mesej. Rungut Raiqah sendiri.

=Oit! Salam beb. Dah tidur ke? :D

Jam dipandang sekilas. Pukul 2 kot! Tak mengantuk ke orang tua ni. Jari jemari ligat membalas walaupun mata masih kabur dek kerana terjaga dari tidur.

-waalaikumussalam beb. Awal betul ko mesej ni.

Ayat perli. Padan muka dia.

=Ahaha. Sorrylah beb. Aku baru balik. Lepas tu pergi makan kat mamak jap. :P

Siap lepak kat mamak orang tua ni.

-dah tu, ko tak reti tidur ke apa? Esok tak keja ke?

=keja. Tapi masuk lambat. Tidur lambatlah sikit malam ni. Hee.

-ko tidur lambat, aku siap terjaga dari tidur dah. Tunggu ko lama sangat.

=ala.. relax la. Awal lagi kot. Esok bukan ko keje pun. :P

-ciss. Memanglah tak keja. Tapi takkan aku nak bangun lewat macam ko pulak.

=haha. Entah2 ko memang selalu bangun lambat. Ahah. Weh, apa cerita ko? Camne ko boleh tetiba jadi tunang orang sampai aku tak tahu. Lama pulak tu. Sekarang siap dah putus, apahal? Jangan kata sebab aku dah ler… :P

Lama Raiqah membaca SMS ‘Kakashi’. Menimbang sama ada ingin bercerita atau tak perihal pertunangan dia dahulu.

-errm, tak payah tahulah beb. Dah takda jodoh agaknya. Nak buat macam mana.

Putus Raiqah akhirnya. Malas taip panjang-panjang.

=heeleh..  suma hal aku ko tahu. Takkan hal ko, tak nak cerita pulak.

-lain kali ajalah beb. Malas aku nak fikir malam2 buta ni.

Raiqah tetap mengelak. Padanya cukuplah perkara yang telah pun berlalu. Tidak mahu diungkit lagi. Pertunangannya dulu memang satu kesilapan.

=suka hati ko la. Aku malas nak paksa. Ko dah besar kan.kalau ko rasa ko nak cerita dengan aku, anytime beb. :D

-iyalah. Kalau aku rasa aku nak cerita, aku carilah ko. Hehe. So, ko sekarang apa cerita? Dah cari pengganti?

=aku ok je beb. Sekarang ni aku memang menyibukkan diri dengan kerja aku. Aku redha beb apa yang Allah bagi pada aku. Memang dah bukan jodoh aku. Apa aku boleh buat. Redha ajalah. Dan aku ingat aku pun nak sambung belajarlah beb. Nak jadi cam ko gak. Hee

Raiqah tersenyum sendiri. Dia tahu ‘Kakashi’ seorang yang cukup kuat untuk hadapi semua kenyataan.

-bagus gak tu beb. Sama2lah kita belajar. Macam ko kata. Proses pembelajaran akan sentiasa berterusan sampai kita tutup mata kan? Hehe. Kaw sekarang bukan dah ada masters ke? Nak buat PHD ke oi? Takut aku… uhuu

=betul. Beb, minggu depan aku dah kena pergi Penang. Seminggu. Aku macam dah tak tahan beb dengan kerja aku ni. Penat. Tu yang aku ingat nak sambung ajalah belajar. At least boleh jugak ikut jejak langkah mama aku. :D

-alah.. takpalah penat sikit. Kata nak tamatkan zaman bujang hujung tahun ni. Kenalah kerja keras sikit. Ahah.

Sempat Raiqah memerli. Ikut perancangan awal, hujung tahun itu ‘Kakashi’ akan menamatkan zaman bujangnya. Namun, tidak kesampaian apabila kekasih hati memilih orang lain untuk dijadikan pasangan.

=eleh. Cakap aku. Yang ko tu bila lagi. Bukan ke ko kata mak ayah ko dah bebel suruh kahwin. Ahah

Raiqah kertap bibir. ‘Kakashi’ menyerang balas.

-sudahlah ko. Aku nak tidur. Esok2 ajalah mesej lagi. Salam beb.

Raiqah mengelak. Malas bersoal tentang masa depannya. Jika ‘Kakashi’ tahu yang dia sebenarnya sudah menaruh hati padanya… hmm..

=Pandai ko nak elak kan. Ok la beb. Aku pun belum mandi ni. Nak mandu dulu. Bye. Salam.

Tak senonoh betul orang tua ni. Nak mandi pun perlu beritahu ke? Bebel Raiqah sendirian.
……………

Seperti hari-hari lepas, ‘Kakashi’ semakin kerap menghantar mesej kepadanya tidak kira masa. Dalam mesyuarat pun dia boleh. Sehingga Raiqah yang tidak sampai hati. Takut mengganggu. Ibu dan ayah pula sudah mula bising bila semakin dekat tarikh perkahwinan abang. Sudah beberapa kali memujuk agar menerima seorang lagi calon pilihan ayah. Namun, dia masih tidak memberikan jawapan. Hari ini sekali lagi ayah mengingatkannya kerana orang di surau asyik bercakap tentang keluarga mereka terutamanya dirinya. Telefon yang memang sentiasa berhampiran berbunyi.

=salam. Beb. Buat apa? Sibuk ke?

Raiqah tersenyum sendiri. Semenjak ‘Kakashi’ kerap menghantar SMS kepadanya, dia pula yang sentiasa ternanti-nanti. Untuk menghantar dulu, dia malu. Maka, setiap kali hanya ‘Kakashi’ yang akan menghantar SMS dahulu.

-waalaikumussalam. Tak buat apa pun. Nape beb? Ko tak busy ke ni?

=taklah. Rindu pulak tetiba dengan ko. Ahaha

Raiqah telan liur. Pelik benar dengan ‘Kakashi’ sejak akhir ini. Gurau dia lain macam.

-Ko ni nak gurau agak2 la beb. Saja buat aku perasan. :P

=ko kan memang selalu perasan. Ahaha. Aku saja la nak mesej ko. Tak boleh ke? Aku bosan dengan meeting ni.

-uit! Ko ni asal meeting je mesej aku. Bos ko tak nampak ke?

=kalau nampak takdalah aku mesej ko dol.

Amboi orang tua ni. Suka hati nak meng’dol’kan aku.

-oi, kasi habislah meeting ko dulu. nanti baru mesej. Kata nak jadi pekerja cemerlang. Fokus-fokus! :P

Raiqah tersenyum lagi. Sungguh dia semakin jatuh kasih dengan ‘Kakashi’ ni. Kronik sudah…
…………

“Beb, aku tengok bukan main lagi kau main handphone time meeting tadi. Siap senyum-senyum sendiri. Apa cer beb? Ada calon baru ke?” usik Irfan ketika makan tengah hari bersama Qaid.

“Calon apa nya. Aku mesej dengan ‘Rnaf’ tu la. Budak yang dalam YM tu.” Jelas Qaid sambil tersenyum. Dia semakin selesa berkawan dengan ‘Rnaf’ walaupun ‘Rnaf’ tidaklah selembut Zahrah. Jauh beza dua orang gadis itu.

“Kau ada apa-apa ke dengan dia? Lain macam aja aku tengok kau sekarang. Telefon dah tak pernah berenggang dah. Dalam toilet pun kau bawak.” Tambah Irfan lagi sambil menyedut jus tembikai di hadapannya. Pinggannya sudah pun kosong. Hanya Qaid sahaja yang lambat. Tak habis-habis dari tadi nasi dalam pinggan tu.

Belum pun sempat Qaid menjawab, Samsung Galaxy S II berbunyi.

“Aku baru tanya, dia dah mesej kau.” Kata Irfan sambil ketawa kecil. Dia senang melihat sahabatnya yang lebih ceria kini.

“Diamlah kau.” Kata Qaid sambil membaca SMS yang diterima. Dia tersenyum malu.

-beb, salam. Sorry ganggu ko. Beb, aku nak bagitahu, ayah aku dah desak aku nikah hujung bulan ni jugak serentak dengan abang aku la. Macam mana eh weh. Aku tak ready pun lagi. Orang yang nak aku tu pun aku tak kenal beb. Macam mana ni. :’(

Qaid memandang wajah Irfan di hadapannya. Terus mati senyuman di bibirnya. Cermin mata dilurutkan dan diletak di atas meja.

“Weh, ‘Rnaf’ kena paksa kahwin hujung bulan ni. Apa aku nak cakap eh” kata Qaid yang mati kata-kata. Tidak tahu untuk membalas apa SMS yang diterima. Masih memikirkan ayat yang sesuai. Di hatinya pula, lain benar yang dirasa. Kecewa kot dengan berita yang disampaikan oleh ‘Rnaf’.

“Kahwin ajalah. Apa masalahnya.” Jawab Irfan mudah sambil ketawa.

“Hah? Senangnya kau cakap…” balas Qaid. Berkerut dia memikirkan ayat yang sesuai untuk dikatakan kepada ‘Rnaf’.

“Yalah. Bukan ke kau cakap sebelum ni dia dah pernah putus tunang. Nak tunggu apa lagi. Kahwin ajalah. Pilihan mak ayah ni selalunya berkat beb.” Ujar Irfan.

“Hmm.. lagi tiga minggu kot beb. Dah la dia tak kenal bakal suami dia.” Balas Qaid seperti tidak menyetujui pendapat Irfan.

“La.. kan masalah dia. Yang kau pulak panic semacam ni kenapa?” tanya Irfan yang perasan sejak akhir-akhir ini perangai sahabatnya itu telah banyak berubah. Kerap benar bercerita tentang ‘Rnaf’ kepadanya.

“Aku rasa… awal sangatlah beb. Kan lebih elok kalau dia kenal-kenal dulu dengan bakal suami dia. Lepas tu, barulah decide nak kahwin ke tak.” Luah Qaid yakin. Padahal sebenarnya dia takut kehilangan ‘Rnaf’. Jika ‘Rnaf’ menjadi isteri orang pada waktu terdekat ini, nampaknya memang takda siapalah lagi yang akan disakatnya. Hanya gadis itu sahaja yang tahan gurau kasarnya. Siapa pula yang hendak dengar bebelannya seperti selalu kalau bukan ‘Rnaf’. Qaid mengeluh perlahan. Membuang keresahan hati yang mula bertapak. 
Tiba-tiba telefonnya berbunyi lagi.

-weh, busy ya. Sorry la ganggu. Ok beb. Bye. Salam.

SMS dari ‘Rnaf’ dibaca sepintas lalu. Kemudian cepat dia menaip.

=weh, nanti malam aku call ko ya?

Lama menunggu balasan daripada gadis itu sampai berkerut-kerut dahinya. Mana dia ni…

-beb, ko kan tak pernah call aku. Kenapa tiba2 nak call?

=ada benda penting aku nak cakap. Nanti malam aku call ya. Aku nak balik office ni. Kau take care beb. Salam.

“So, macam mana?” tanya Irfan yang diam memerhati dari tadi. Parah dah kawan aku sorang ni. Orang lain yang nak kahwin, dia pulak yang gelabah kenapa…

“Nanti malamlah aku call dia.” Jawab Qaid seraya bangun untuk mencuci tangan.

“Kau okay tak ni weh?”

“Aku okay..” balas Qaid lemah. Sah memang dia risau kalau ‘Rnaf’ terima pilihan mak ayah dia. Tapi aku? Apahal pulak nak sibuk hal dia ni? Qaid menggelengkan kepalanya sendiri. Pening!

“Bro, aku rasa kau ni macam tak okay aja aku tengok.” Ujar Irfan setelah Qaid duduk semula ke kerusinya tadi. Qaid memandang ke wajah sahabatnya itu dengan kening yang terjungkit sebelah. Tidak faham dengan telahan sahabatnya itu.

“Rasanya tak keterlaluan kalau aku kata yang kau dah jatuh suka pada ‘Rnaf’ eh?” serkap Irfan dengan senyuman mengusik.

“Mana ada?” balas Qaid cepat seraya menyedut  jus oren yang masih berbaki. Habis disedut sehingga kosong gelas di hadapannya itu. Kalut dia seketika bila ditebak begitu oleh Irfan. Aku suka ‘Rnaf’? Macam mustahil je…

“Kau jangan nak tipulah beb. Kalau kau tak suka, tapi kau yang menggelabah dia nak kahwin apa cer bro? Biar ajalah dia kahwin.” Tebak Irfan lagi untuk melihat sejauh mana Qaid dapat menafikan rasa hatinya sendiri.

“Err.. yalah. Dia kan nak sambung belajar.. Err.. aku risaulah nanti bila dia dah kahwin, dia tak dapat nak fokus dengan study dia…” Qaid mencipta alasan yang terlayar di fikirannya saat itu. Entah releven atau tidak alasannya itu. Lantaklah…

“Oo… sebab tu ajalah yang kau macam cacing kepanasan macam ni. Hmm.. Aku rasalah kan… Macam takda kena mengenanya aja dengan kau. Biarlah dia nak sambung belajar ke, nak berhenti ke lepas kahwin nanti, nak fokus ke tak… Kan tu diri dia. Masa depan dia. Aku rasa takda satu pun ada kene mengena dengan kaw…” kata Irfan lagi tidak mahu mengalah. Sahabatnya itu memang susah untuk mengakui perasaannya sendiri. Sama ketika dia menaruh hati terhadap Siti Zahrah.

“Err.. dah la Fan. Jomlah kita balik office. Nanti lambat pulak. Nanti ada meeting lain pulak.” Balas Qaid yang ingin bangun. Tak tahan ditekan oleh sahabatnya itu lagi. Kata-kata yang pernah diungkap kepada 'Rnaf' dulu memakan dirinya sendiri. Jangan jatuh suka konon. Sekarang kau yang suka dia...

“Oi… ahaha..” galak Irfan mentertawakannya apabila melihat wajah sahabatnya yang sudah merah padam. Padan muka. Susah sangat nak mengaku!
………….

Satu hari itu Raiqah berkurung di dalam bilik. Ibu dan ayahnya juga tidak pula berleter bila satu hari suntuk dia terpengap di dalam bilik. Mungkin memberi ruang kepadanya untuk berfikir. Ayahnya memberi tempoh sehingga seminggu sahaja untuk berfikit kerana majlis pekahwinan abangnya lagi tiga minggu. Dia menunggu dengan debar panggilan telefon dari ‘Kakashi’. Manalah dia ni. Kata nak call. Tapi tak call pulak. Dia merungut sendiri. Muka jam sudah beberapa kali dia toleh. Sekarang hampir 12 malam. Lelaki itu masuh juga tidak muncul-muncul.

Ini semua gara-gara mulut orang kampung yang begitu tajam sehingga abah membuat keputusan untuk mengahwinkannya. Geram! Ibunya pula hanya menyokong kata-kata ayah.

Raiqah menarik selimut menutup seluruh badan apabila merasakan matanya mula memberat. Bilik hanya diterangi lampu tidur di sudut bilik. Lebih selesa begitu. Baru sahaja dia menutup mata, telefon di sisi berbunyi dan melihat nama yang tertera di skrin kecil itu, debar bertandang lagi. Rasa takut untuk menjawab panggilan yang dinanti sejak tadi. Akhirnya dia menekan juga butang hijau.

“Waalaikumussalam..” jawab Raiqah dengan rasa gugup. Suara garau di sana sungguh selesa di pendengarannya. Kali pertama dia mendengar suara ‘Kakashi’.

“Kau okay ke?” tanya suara itu apabila dia hanya mendiamkan diri. Tidak tahu untuk bercakap apa. Dirasakan lelaki itu lebih bersahaja berbanding dirinya yang kalut semacam.

“Err.., okay.. Erm, kau baru balik kerja ke?” tanya Raiqah sengaja berbasa-basi. Risau pula kalau keduanya hanya mendiamkan diri. Kalau bermesej, bukan main lagi rancak. Bila dah bercakap, sampai tak tahu pula apa yang ingin dicakapkan. Masing-masing menahan gugup.

“Ha’ah. Sorrylah beb lambat call kau. So, kau macam mana? Dah ada jawapan.” Tenang suara dihujung sana bertanya.

“Errm… entahlah. Aku tak sedia sebenarnya. Kau tahu kan aku. Hmm..” keluh Raiqah perlahan. Mula selesa berbual apabila mendengar suara ‘Kakashi’ yang cukup tenang.

“hmm… Aku pun tak boleh tolong kau weh. Semuanya kat tangan kau. Sebab ni semua libatkan masa depan kau. Kalau kau jadi nikah, study kau macam mana?” tanya suara itu lagi.

“Hmm.. kata ayah, tu aku kena bincanglah dengan bakal suami aku tu. Hmm..”

“Kau dah buat solah istikharah?”

“Hmm.. dah.. tapi..” ayatnya tergantung. Menimbang kewajaran untuk dia memberitahu jawapan daripada solatnya itu.

“Ada tapi pulak. Apa tapi?”

“Dia bukan pilihan aku…” terang Raiqah.

“Kau pasti ke? Err… kau dah ada pilihan lain ke?” tanya suara itu sedikit terkejut.

“Err… entah.. aku tak pasti lagi. Tapi apa yang pasti, dia bukan pilihan aku. Macam mana eh weh..?” Raiqah takut andai ‘Kakashi’ perasan akan rasa hatinya yang sebenar.

“Rnaf, aku sendiri tak dapat nak tolong.. Sekarang ni semua terpulang pada kau. Cuma aku harap, kau fikirlah betul-betul. Jangan salah buat keputusan. Banyakkan berdoa lagi. InshaAllah Dia akan bantu…” Balas suara itu lembut membuatkan Raiqah tenang mendengar.

“Hmm..”Raiqah mengeluh perlahan.

“Rnaf, kejap. Nama penuh kau apa? Sedap sikit aku nak panggil.” Ujar suara itu tiba-tiba dan terdengar dia tergelak kecil.

“Panggil aja Nur.” Balas Raiqah.

“Nur Raiqah ke?” tanya Ilman.

“Raiqah Nur.” jawab Raiqah.

“Kau banyak kali mengeluh aku dengar. Jangan banyak mengeluh beb. Tak elok. Kita kena redha dengan apa yang dah Dia tentukan untuk kita. Kau mengeluh macam tu, macam kau tak redha dengan apa yang dah Dia tetapkan…” nasihat suara itu.

“Iya.. aku tahu. Tapi sekarang ni, macam mana…” rengek Raiqah tanpa sedar. Terlupa sebentar dengan gerangan si pemanggil. Dia tepuk dahinya sendiri kerana keterlanjuran kata.

“Erm, bila ayah kau nak tahu keputusan?”

“Dia bagi seminggu je. Lagi cepat lagi bagus katanya. Kalau takda siapa masuk minang dalam masa seminggu ni, dia nak aku terima aja pilihan mereka.” Jelas Raiqah resah.

“Err..aku…”

“Kenapa? Kau dah nak tidur ye..?” celah Raiqah tidak sabar apabila Ilman tidak menghabiskan kata-katanya.

“Err.. tiba-tiba aku rasa macam tak percaya pulak kau dah nak nikah nanti. Payahlah lepas ni kita nak mesej ke apa ke...” luah suara itu perlahan.  

Raiqah pula telan liur mendengar jawapan ‘Kakashi’.

“Kalau suka cakap suka oi!” terdengar satu suara di hujung talian. Agaknya kawan ‘Kakashi’ yang sengaja mengusik.

“Kawan kau cakap apa tu?” tanya Raiqah inginkan kepastian.

“Err.. takda apa. Dia memang suka merepek.” Kata suara itu lagi.

“Nur… aku rasa macam…” tergagap-gagap suara itu menutur.

“Rasa apa...?”

“Aku macam dah… err...” Balas lelaki itu lambat-lambat.

“Kau ni sejak bila jadi pak gagap pulak ni?” tebak Raiqah.

“Aku…err…”

‘Cakap ajalah suka…’ terdengar lagi sayup-sayup suara asing di belakang lelaki itu.

“Kawan kau cakap apa tu? Suka.. suka.. dari tadi. Suka apa?” tanya Raiqah beserta kerutan di dahi. Tidak dapat dapat menangkap dengan jelas apa yang diperkatakan oleh teman serumah Ilman.

“Aku suka kau!” balas lelaki itu pantas.

Raiqah yang terkejut, terus tertekan butang merah. Kalut sungguh perasaannya saat itu. Panggilan terputus.

4 comments:

ain79 said...

ala2..da org ske wt la slt mntak pntjuk..tp hope dgn kakashi la..

Wawa said...

eh eh...tak sangka ada citer baru, suka!!! :D

Anonymous said...

comelnya kakashi ni...

MaY_LiN said...

uh..
direct tuh..
hihihi..
nak lg