Sep 24, 2016

Biar aku jadi penunggu - ADAPTASI KE DRAMA

Assalamualaikum

Satu lagi berita yang saya mahu kongsikan. 

Karya sulung, BIAR AKU JADI PENUNGGU akan diadaptasi ke drama di SLOT AKASIA TV3. 

Alhamdulillah.

Rezeki yang tak pernah saya bayangkan.

Kepada yang belum dapatkan BAJP, boleh dapatkan di penerbitan KAKI NOVEL.

Kepada yang berminat dapatkan melalui saya, boleh pm fb dan whatsapp 0126385574 ok!


Buat pengetahuan, tu lerrr watak AFEEF ADWAN & IFFAT HAMANI
:D

DAMBAAN BAHAGIA comingg soonn!

Assalamualaikum.

Saya ada berita baik!

Untuk pengetahuan, saya akan sambung semula DAMBAAN BAHAGIA dan akan dihasilkan dalam bentuk EBOOK.

Diharap, ada lagi yang setia menanti sambungan kisah TIYA-SHAH-ALAN.

Nantikan!


JANJI KITA BAHAGIA



Assalamualaikum

Lagi satu berita yang agak terlambat saya sharekan di sini...


Assalamualaikum

Lagi satu berita yang agak terlambat saya sharekan di sini...

Kisah MAT dan SENAH sudah pun berada di pasaran bermula bulan OGOS dengan harga RM20 sahaja.

Tajuk asal KITA PUNYA BAHAGIA telah ditukar kepada JANJI KITA BAHAGIA.

Anda boleh dapatkan di kedai-kedai buku dan boleh juga beli di KAKI NOVEL.

Kepada yang berminat untuk dapatkan TT saya, boleh juga beli melalui saya dengan harga RM25 termasuk pos.

Boleh whatsapp 0126385574 atau pun pm facebook.

Untuk pengetahuan, stok yang ada pada saya sangat-sangatlah TERHAD.

Sekian.


ebook BUKAN UNTUK KALI KEDUA

Assalamualaikum.

Maaf atas kelewatan meng'update' blog ni huuu..

Untuk makluman, EBOOK BUKAN UNTUK KALI KEDUA boleh dibeli dengan terus whatsapp/pm fb saya. (0126385574) untuk details pembayaran.

Harga : RM 10

setiap pembelian ebook BUKK ini akan disertai dengan MINI NOVEL - DIA YANG DIPILIH. PERCUMA!



Buat pengetahuan semua. BUKAN UNTUK KALI KEDUA merupakan tajuk baru bagi YANG TAK PERNAH KU HARAPKAN.

.............

SINOPSIS

Afni Sufiya – Bahagia dengan apa yang dia lakukan walaupun sedar apa yang diimpikan tidak seperti yang diharapkan. Walaupun sedar akan kekurangan diri, masih ada kelebihannya yang tidak pernah disia-siakan.

Bahagia dengan apa yang ada, namun keinginan hati tidak mampu dipandang tepi. Tidak mungkin selamanya mampu dipendam sedangkan bahagia berhak dimiliki oleh setiap insan yang bernyawa dalam muka bumi ini.
“Hai bumbum!”

Yusran Adief – Sejak zaman kampus lagi tidak pernah senang dengan kehadirannya. Saiz tubuhnya sering menjadi masalah dalam sepasang mata redup itu. Ada sahaja rasa tidak puas hati yang terluah tanpa menghiraukan perasaannya sebagai hamba-Nya yang sedikit istimewa. Senyum sinisnya sudah menjadi makanan.
“Cik, boleh ke, kalau saya nak Nurul Afni Sufiya ni?”

Syed Izhar – Kehadirannya mengisi kekosongan yang tidak pernah terisi. Lelaki yang memberinya harapan dan angan yang tidak pernah dibayangkan. Sungguh dialah lelaki impian seperti mana yang diimpikan. Yang mampu menerima akan segala kekurangan, baik dan buruknya sebagai seorang wanita.

Demi membuktikan telahan Yusran tidak selalunya benar, huluran kasih Izhar tidak mampu ditolak. Sememangnya peluang yang terbentang luas di hadapan mata tidak akan disia-siakan lagi. Dia berhak mengecap bahagia seperti orang lain sungguhpun hati bersisa keraguan.


Manakan ada air laut yang sentiasa tenang tanpa ombak yang membadai. Air laut juga ada pasang surutnya. Mungkinkah angan yang dipasang berakhir dengan kebahagiaan? Benarkah masih ada lagi lelaki yang benar-benar tidak mementingkan kecantikan sebagai ukuran kebahagiaan masa hadapan?