Sep 24, 2016

ebook BUKAN UNTUK KALI KEDUA

Assalamualaikum.

Maaf atas kelewatan meng'update' blog ni huuu..

Untuk makluman, EBOOK BUKAN UNTUK KALI KEDUA boleh dibeli dengan terus whatsapp/pm fb saya. (0126385574) untuk details pembayaran.

Harga : RM 10

setiap pembelian ebook BUKK ini akan disertai dengan MINI NOVEL - DIA YANG DIPILIH. PERCUMA!



Buat pengetahuan semua. BUKAN UNTUK KALI KEDUA merupakan tajuk baru bagi YANG TAK PERNAH KU HARAPKAN.

.............

SINOPSIS

Afni Sufiya – Bahagia dengan apa yang dia lakukan walaupun sedar apa yang diimpikan tidak seperti yang diharapkan. Walaupun sedar akan kekurangan diri, masih ada kelebihannya yang tidak pernah disia-siakan.

Bahagia dengan apa yang ada, namun keinginan hati tidak mampu dipandang tepi. Tidak mungkin selamanya mampu dipendam sedangkan bahagia berhak dimiliki oleh setiap insan yang bernyawa dalam muka bumi ini.
“Hai bumbum!”

Yusran Adief – Sejak zaman kampus lagi tidak pernah senang dengan kehadirannya. Saiz tubuhnya sering menjadi masalah dalam sepasang mata redup itu. Ada sahaja rasa tidak puas hati yang terluah tanpa menghiraukan perasaannya sebagai hamba-Nya yang sedikit istimewa. Senyum sinisnya sudah menjadi makanan.
“Cik, boleh ke, kalau saya nak Nurul Afni Sufiya ni?”

Syed Izhar – Kehadirannya mengisi kekosongan yang tidak pernah terisi. Lelaki yang memberinya harapan dan angan yang tidak pernah dibayangkan. Sungguh dialah lelaki impian seperti mana yang diimpikan. Yang mampu menerima akan segala kekurangan, baik dan buruknya sebagai seorang wanita.

Demi membuktikan telahan Yusran tidak selalunya benar, huluran kasih Izhar tidak mampu ditolak. Sememangnya peluang yang terbentang luas di hadapan mata tidak akan disia-siakan lagi. Dia berhak mengecap bahagia seperti orang lain sungguhpun hati bersisa keraguan.


Manakan ada air laut yang sentiasa tenang tanpa ombak yang membadai. Air laut juga ada pasang surutnya. Mungkinkah angan yang dipasang berakhir dengan kebahagiaan? Benarkah masih ada lagi lelaki yang benar-benar tidak mementingkan kecantikan sebagai ukuran kebahagiaan masa hadapan?

No comments: