“Hoi! Kau ni kenapa? Busy sangat ke sampai kusut macam ni aku
tengok rupa kau. Dengan rambut dah panjang. Style
baru ke apa rambut kau tu?” kata Shahimi sambil menepuk bahu Azam. Lelaki itu
seperti khayal dalam dunianya sendiri hingga dia yang sudah tiba di situ hampir
lima minit langsung tidak hiraukan.
“Takdalah busy sangat. Tapi aku baru balik dari Labuan. Dua minggu dekat
sana.” jawab Azam dengan keluhan panjang.
Sebenarnya ada perkara lain yang
merunsingkan kepala selain dari hal kerja. Hatinya tidak pernah tenteram hampir
dua bulan itu.
“Aku rasa dah sebulan lebih aku
tak jumpa kau.” kata Shahimi lagi selepas menyisip perlahan air teh yang baharu
tiba.
Entah apa mimpi sahabatnya itu
menghubunginya lewat petang tadi untuk berjumpa di restoren 24 jam yang sudah
menjadi tempat mereka menghabiskan masa bersama jika berpeluang bertemu.
Azam tidak menjawab. Hanya
keluhan berat sahaja yang terlepas di bibirnya. Dua belah tangannya meraup
wajah yang tidak bermaya sekali.
“Kau ni kenapa sebenarnya Zam?
Kau tak sihat ke?” soal Shahimi serius. Tidak senang melihat keadaan sahabatnya
begitu. Seperti sedang menanggung masalah berat.
“Taklah..” jawab Azam sepatah.
Jus tembikai yang dipesan tadi disedut perlahan.
“Habis tu?”
Azam diam lagi.
“Cuba kau cerita dengan aku apa
sebenarnya dah jadi dengan kau ni? Nak kata kau tak makan, aku rasa adik aku
dah jadi tukang masak tak rasmi kau balik. Kau takda makan mi segera hari-hari
lagi kan?” ujar Shahimi cuba meneka masalah yang dihadapi oleh Azam.
Azam tersenyum kelat.
Sesungguhnya dia begitu merindui akan masakan dari air tangan adik sahabatnya
itu. Namun, apabila teringat kembali akan syarat yang diletakkan oleh gadis itu
sebelum bersetuju kembali memasak makanan buat keluarganya membuatkan dia tidak
bersemangat begitu. Setiap hari bayang gadis itu hadir dalam hidupnya.
“Aku still makan instant mi
yang lemak berperisa dan disukai ramai tu lagi bro..” jawabnya lambat.
Shahimi kerut wajah. Kurang faham
dengan apa yang diperkatakan.
“Apasal? Dah tak sedap ke adik
aku masak?” soalnya pelik.
“Taklah. Semua yang adik kau
masak, sama rasanya dengan arwah mama aku masak.” Jawab Azam lemah.
“Habis tu? Kenapa pulak kau makan
mi yang disukai ramai tu?” tanya Shahimi lagi.
“Kan adik kau masak untuk abah
dengan adik aku aja..” jawab Azam jujur. Baharu hari itu dia berkesempatan
untuk bertemu dengan Shahimi kerana terlalu sibuk bekerja di luar kawasan. Dan
masalah yang dihadapi juga baharu waktu itu diceritakan.
“Bila masanya pulak? Aku rasa dia
masak macam biasa aja. Hantar lauk still
dalam mangkuk tingkat yang sama. Aku rasa cukup untuk kau dengan family kau. Takkan tak cukup pulak.”
Balas Shahimi.
“Mana ada aku makan lauk yang Ada
masak. Kan aku kata tadi dia masak untuk adik dengan abah aku aja. Bukan untuk
aku..” jelas Azam lagi.
Wajah Shahimi bertambah kerutan.
Semakin tidak faham dengan apa yang diperkatakan oleh Azam.
“Aku tak faham apa yang kau cakap
sebenarnya Zam.” Katanya lambat.
“Adik kau kan setuju masak untuk family aku balik semata-mata sebab abah
aku. Apa yang dia masak pun memang untuk abah aku ajalah. Dia yang cakap dengan
aku macam tu. Takkan aku nak makan jugak apa yang dia masak kalau dia tak
halalkan.” Terang Azam beserta keluhan.
Entah kenapa dirasakan
semangatnya benar-benar hilang selepas apa yang berlaku di antara dia dan Ada.
Bukan abahnya tidak mengajak makan bersama setiap kali dia pulang dari kerja.
Malah setiap lauk yang dihantar oleh Ada lebih dari cukup. Cuma apabila dia
teringat kembali akan kata-kata Ada kepadanya sebelum ini, terpaksa dia matikan
seleranya walaupun dia begitu rindu akan masakan gadis itu yang akan
mengingatkannya pada arwah mama. Dia tahu gadis itu masih tidak memaafkannya
lagi membuatkan dia tidak akan menyentuh apatah lagi merasai makanan yang
dimasak. Dia tetap akan berpegang kepada kata-kata gadis itu sehingga dia
benar-benar dimaafkan.
“Ada pulak macam tu.. Taklah
bro.. Memang dia masak untuk kau dengan family
kau. Kalau tak, takdalah dia selalu masak banyak-banyak hantar ke rumah kau.”
Balas Shahimi seperti tidak percaya dengan apa yang didengarinya.
Azam hanya tersenyum tawar. Apa
pun, dia tetap akan berpegang dengan kata-kata Ada kepadanya.
“Kau janganlah ambik hati sangat
dengan apa yang Ada cakap. Dia memang macam tu bro. Kalau tengah marah, kau
faham-faham ajalah. Lagi satu, mulut dia memang cakap pakai lepas aja. Tak tahu
nak lapik-lapik sikit. Macamlah kau tak tahu..” Shahimi cuba membuang rasa
tidak senang di hati sahabatnya itu tentang adiknya. Fahamlah kini kenapa
sahabatnya itu kelihatan kusut sebegitu. Semua gara-gara adiknya.
Azam diam lagi.
“Erm.. Kau ni dah makan ke belum?
Kalau belum jom ikut aku balik rumah nak? Aku tadi pun tak dinner lagi.” Ujar Shahimi cuba memujuk.
“Tak naklah. Nanti apa kata mama
dengan ayah kau. Ada kan dah hantar lauk dekat rumah aku. Takkan pulak aku nak
makan dekat rumah kau.” Balas Azam sambil membuang pandang ke luar restoren
yang agak lengang.
“Alah.. kau tak payahlah risau.
Hari ni pun bukan Ada yang masak semua lauk dekat rumah aku. Semenjak dia
kerja, dia masak untuk family kau
aja. Yang dekat rumah, semua mama aku yang masak. Jomlah. Kau pun dah lama tak
datang rumah aku kan?” balas Shahimi yang tidak sampai hati melihat sahabatnya
itu berterusan murung begitu. Dia terasa bersalah pula dengan apa yang
dilakukan oleh adiknya.
“Jom.” kata Shahimi lagi apabila
sahabatnya itu tidak membalas. Sekeping not lima ringgit dikeluarkan dari saku
seluar dan diletakkan di atas meja sebelum dia bingkas bangun.
Azam terpaksa akur. Dia turut
bangun dan terus membuntuti langkah Shahimi ke tempat letak kereta.
“Shah, tak payahlah.” Katanya
sebaik mereka tiba di sisi kereta masing-masing yang diletak bersebelahan.
“Kau jangan nak mengada-ngadalah
Zam. Macam tak biasa pulak kau datang rumah aku kan.. Dah tu. Cepat! Aku tahu
kau sampai rumah aku. Kalau tak, aku bagitahu Ada yang kau..” balas Shahimi
yang sengaja membiarkan ayatnya tergantung sebelum meloloskan diri ke dalam
kereta. Dia tahu dengan ‘menjual’ nama adiknya sahaja Azam akan menurut segala
kata-katanya.
Azam mengeluh berat. Terpaksa
menurut hanya kerana ugutan yang tidak pasti sahabatnya itu. Namun dalam masa
yang sama, dia yakin yang Shahimi akan bercerita tentang dirinya kepada Ada.
Gadis yang berjaya membuatkan jiwanya kacau sejak kali pertama lagi mereka
bertemu.
……………………..
“Apa abang buat ni! Kenapa abang
ajak dia datang sini?!” marah Ada dengan suara tertahan kerana takut didengari
Azam yang duduk di ruang tamu. Manakala saat itu dia berada di dapur kerana
dipaksa oleh Shahimi untuk menyediakan makan malam lewat begitu. Mujur esok hari
Ahad. Jika tidak, waktu begitu dia sudah berselimut di atas katil. Ayah dan
mamanya pula sudah lebih awal masuk tidur kerana awal pagi esok akan bertolak
ke Taiping untuk menghadiri majlis perkahwinan anak sahabat mereka di sana.
“Kenapa? Tak boleh ke dia datang
sini?” sengaja Shahimi bertanya kembali.
“Bukanlah tak boleh. Dah takda
hari siang ke abang nak ajak dia datang sini? Perlu ke malam-malam macam ni
datang rumah orang? Tak tahu ke orang nak tidur ke apa ke.. Siap ajak makan
lagi. Kan tadi Ada dah hantar lauk dekat rumah dia. Takkan tak cukup.” balas
Ada bernada geram. Namun tangannya tetap menjalankan kerja-kerja yang diminta
oleh abangnya. Seteko air kopi panas siap dibancuh. Makanan juga sudah siap
tersedia di atas meja makan di ruang dapur.
“Hish! Mulut tu kalau abang sumbat dengan cili
yang Ada tanam dekat belakang tu, tahulah..” kata Shahimi yang turut sama
mengawal suaranya. Dia tidak senang dengan apa yang terucap di bibir adiknya
saat itu. Seperti benci benar dengan kehadiran Azam.
Ada hanya menjuihkan bibir.
Sedikit pun tidak risau dengan ugutan abangnya.
“Kalau Ada tak nak tolong abang,
tak payah tolong tadi. Ingat abang tak boleh buat sendiri ke semua kerja-kerja
dapur ni? Dah pergilah naik. Abang tak sukalah kerja dengan orang yang suka
berungut ni. Rahmat yang tetamu bawak pun boleh lari kalau macam ni la perangai
tuan rumah.” tambah Shahimi penuh makna seraya mengambil pinggan-pinggan dari
tangan adiknya.
Ada sedikit terkejut apabila
pinggan yang dipegang sudah bertukar tangan. Dari nada kata-kata Shahimi, dia
tahu yang abangnya itu seperti berjauh hati dengan kata-katanya tadi.
“Kalau dah Ada benci sangat nak jumpa dia, Ada
pergi naik terus. Tak payah turun-turun lagi. Abang boleh kemas semuanya
nanti.” lanjut Shahimi sebelum dia kelaur dari ruang dapur itu untuk memanggil Azam
yang menanti keseorangan di ruang tamu.
Ada pula saat itu masih tetap
diam. Melihat wajah abangnya yang sedikit tegang keluar dari ruang dapur itu
membuatkan dia tidak berani menjawab apa.
“Hah. Kenapa tak naik lagi ni?
Tadi bukan main tak sabar lagi nak naik bilik.” kata Shahimi yang kembali
semula ke ruang dapur. Dan diikuti oleh Azam di belakangnya.
“Er..nak naiklah ni.” jawab Ada
sedikit gagap apabila matanya singgah ke wajah Azam yang tersenyum tawar.
Jika tadi dia hanya ternampak
bahagian belakang Azam sahaja yang duduk di ruang tamu. Kini dia sedikit
terkejut melihat wajah lelaki itu. Jauh berbeza pada kali terakhir mereka
bertemu. Wajah yang sememangnya kacak itu kelihatan sedikit cengkung seperti tidak
terurus dan agak kusut. Dengan rambut yang panjang membuatkan matanya tidak
senang melihat perubahan yang berlaku. Seperti bukan Azam yang dia kenali
sebelum ini.
“Tunggu apa lagi tu? Nak teman
kita orang makan ke?” kata Shahimi lagi yang perasan adiknya memandang ke arah
Azam yang beriak selamba.
Ada terus mengatur langkah
meninggalkan ruang dapur sebaik ditegur Shahimi begitu. Matanya sempat
menjeling tajam ke arah abangnya yang tersenyum mengejek.
Tiba di bilik, tubuhnya terus
dihempas ke tengah katil. Matanya terhala ke arah kipas siling berputar ligat.
Entah kenapa hatinya kuat menyatakan yang Azam berubah sedemikian rupa ada
kaitan dengan dirinya. Tubuh kemudiannya diiringkan ke tepi pula. Telefon
bimbit dicapai. Walaupun hatinya masih bersisa marah kerana perbuatan lelaki
itu terhadapnya beberapa bulan lalu, dalam diam dia masih menyimpan lagi semua
SMS yang dihantar oleh lelaki itu. Termasuklah SMS terakhir yang diterima
selepas dia mengaktifkan semula telefon bimbitnya pada malam dia menyatakan
persetujuan untuk memasak semula buat keluarga lelaki itu.
+ Terima kasih sebab sudi
masakkan untuk family saya balik. Takpa kalau awak bukan masak untuk saya. Dah
cukup baik awak sudi masak untuk abah saya. Saya mintak maaf sekali lagi dengan
awak atas apa yang dah jadi sebelum ni. Dan saya tahu awak takkan maafkan saya
kan? It’s okey. Itu hak awak kan? Ni SMS last dari saya. Saya janji lepas ni
saya takkan ganggu awak lagi. Sorry again sebab ganggu awak malam-malam ni.
Assalamualaikum.
Ada melepaskan keluhan berat.
Kini hatinya benar-benar yakin dengan perubahan yang berlaku ke atas diri Azam
memang ada kaitan dengan dirinya. Jika tidak, masakan lelaki itu boleh
bersetuju untuk makan malam bersama abangnya lewat begitu sedangkan lauk yang
dihantar ke rumahnya petang tadi lebih dari cukup.
“Takkanlah selama ni dia tak
makan apa yang aku masak..?” katanya sendirian dengan kerutan di dahi.
“Tapi apasal teruk sangat aku
tengok muka dia tadi? Macam orang tak makan aja..” omel Ada lagi yang pelik
dengan apa yang dilihat sebentar tadi.
Tubuh diiringkan ke tengah semula
mengadap siling. Matanya terkelip-kelip memandang siling kosong tidak bercorak
itu.
“Entah-entah frust dengan girlfriend kut..”
katanya lagi demi menyedapkan hati sendiri. Perasaan bersalah mula meular di
hatinya jika apa yang berlaku itu sememangnya berkaitan dengan dirinya.
Telefon bimbitnya tadi dicapai
semula. Entah kenapa dia terasa ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku ke atas
diri lelaki itu. Jemarinya sudah berkira-kira mahu menaip sesuatu di atas skrin
nipis itu untuk bertanya sendiri kepada empunya badan. Itu sahaja cara yang ada
untuk dia mengetahui akan keadaan Azam yang sebenar kerana dia tidak mahu
menjadi bahan usikan jika dia bertanya kepada abangnya.
“Ahh. Lantaklah. Tanya ajalah.”
Putus Ada akhirnya tidak bertangguh. Dia tidak mahu menanggung rasa serba salah
seumur hidup jika betul apa yang disangka.
+ Assalamualaikum Tuan Azam.
Teruk sangat ke apa yang saya masak sampai awak tak lalu nak makan? Awak jangan
cakap dengan saya, yang rupa awak buruk macam tu sebab masakan saya tak sedap
pulak.
Ada tersengih sendiri selepas
membaca apa yang ditaip. Agak kasar bahasanya, namun begitu sahaja caranya agar
Azam membalas. Dan dia cukup yakin yang Azam akan membalas SMSnya walaupun
dirasakan tindakannya saat itu seperti ‘menjaga tepi kain orang’.
Sementara Azam yang sedang
berselera makan bersama Shahimi seperti tidak mengendahkan telefon bimbitnya
yang berbunyi dari dalam saku seluar.
“Bro.. tak nak tengok ke handphone kau?” tanya Shahimi yang sedar
akan bunyi yang didengari.
“Nanti-nantilah aku tengok.”
Balas Azam selamba sambil menambah sambal udang masuk ke dalam pinggannya. Apa
yang terhidang di hadapannya saat itu benar-benar membuka selera. Terasa terlalu
lama dia tidak makan masakan rumah seperti itu.
“Entah-entah abah kau cari.” Shahimi
membuat telahan.
“Taklah. Abah aku tahu aku datang
sini tadi.” Jawab Azam yang masih tidak hiraukan akan telefon bimbitnya.
“Kalau bukan abah kau, orang
lainlah agaknya bro.. Kau ni.. manalah tahu urgent
ke..” kata Shahimi lagi.
“Urgent urgent yang aku malas nak
dengar tu..” balas Azam yang terpaksa juga mengeluarkan telefon bimbitnya dari
dalam saku seluar. Risau jika benar seperti apa yang diperkatakan oleh
sahabatnya.
Sebelah tangannya menyeluk saku
seluar selepas meneguk air kosong yang dihulurkan oleh Shahimi tadi.
Namun, saat mata terhala ke arah
skrin gajet yang sedang dipegang, air kosong yang belum habis ditelan,
terhambur semula keluar.
“Hoi! Apahal kau!” Shahimi
terkejut apabila dia yang sedang menyuap nasi, terasa percikan air. Mujur tidak
banyak hingga masuk ke pinggan.
Azam tersengih kelat. Segera
telefon bimbitnya diletak ke sisi. Kertas tisu ditarik dan dihulurkan kepada
Shahimi.
“Sorry beb. Aku tersedak.” kata Azam yang sedikit terbatuk-batuk
kerana air yang ditelan tadi bukannya masuk ke perut. Tetapi termasuk pula ke
rongga pernafasannya membuatkan hidungnya kini terasa perit.
“Siapa orang yang bertuah sangat
SMS kau sampai kau tersedak?” tanya Shahimi sebelum sambung menyuap nasi.
“Er.. takda siapa.” Dalih Azam
yang masih dengan senyuman tidak siapnya.
“Meh sini aku tengok handphone kau tu. Nak makan pun tak
senang.” Kata Shahimi lagi yang ingin mencapai gajet di sebelah Azam. Namun
sahabatnya itu pantas pula mencapai dahulu.
“Takda siapa la. Member office aku main-mainkan aku.”
Bohong Azam yang terus menyimpan semula telefon bimbitnya ke dalam saku seluar.
Shahimi sudah kerut dahi. Tidak
faham dengan Azam. Dirasakan seperti ada sesuatu yang disembunyikan oleh
sahabatnya itu dari pengetahuannya.
“Kau dah ada girlfriend ke bro?” soalan itu terpacul di bibirnya membuatkan Azam
sekali lagi tersedak.
Dia menghamburkan tawa seraya
menuangkan air kosong ke dalam gelas Azam yang sedia kosong.
“Kau ni memang suka aku tersedak
ke apa…” kata Azam yang sudah terbatuk-batuk kembali. Kali ini tekak dan rongga
pernafasannya mula terasa perit dek kerana nasi yang dimakan agak pedas.
“Sorry sorry.. Tak sengaja.” Jawab Shahimi dalam sisa tawa.
“Kau tu tengok handphone boleh tersedak. Agaknya girilfriend la mesej sampai boleh
tersedak-sedak macam tu.” Shahimi mereka cerita.
“Kau jangan nak merepeklah.”
Bidas Azam yang cuba mengawal suaranya. Tidak akan pula dia mahu memberitahu
hal yang sebenar kepada lelaki itu.
“Suka hati kaulah Azam. Esok-esok
dah ada girlfriend jangan nak main
sorok-sorok pulak.” Shahimi mengalah. Tidak mahu memaksa sahabatnya itu
bercerita.
Azam terus diam. Dia kembali
semula menghabiskan nasi yang masih berbaki di dalam pinggan. Fikirannya saat
itu pula sudah membayangkan wajah Ada. Terasa dia mahu segera meninggalkan
rumah sahabatnya semata-mata mahu membalas SMS daripada gadis itu.
…………………….
“Boleh dia buat tak tahu aja SMS
aku. Hish! Menyesal aku hantar mesej. Entah-entah sekarang dia sibuk tengah
gelakkan aku sebab aku yang terhegeh-hegeh nak tahu hal dia.” Terkumat-kamit
bibir Ada berprasangka buruk kepada Azam.
Dia yang sejak tadi menanti
SMSnya berbalas, sudah tidak senang duduk. Hinggalah dia sanggup curi-curi
dengar jika abangnya sudah masuk ke bilik. Jika Shahimi sudah masuk ke bilik,
bermakna Azam pasti sudah pulang ke rumah.
Hampir setengah jam dia duduk
bersila di belakang daun pintu biliknya semata-mata mahu memastikan yang
abangnya sudah masuk ke bilik.
“Lamanya.. apa dia orang buat
ni.” Bebelnya lagi tidak puas hati apabila dirasakan terlalu lama Azam
mengambil masa untuk membalas SMSnya. Dia tahu yang lelaki itu tidak akan membalas
SMSnya di hadapan Shahimi menyebabkan dia perlu bersabar menanti sehingga Azam
pulang ke rumah.
“Hish! Penat aku bertapa depan
pintu ni!” gerutunya lalu bingkas berdiri untuk naik ke katil.
Baharu sahaja dia meluruskan
tangan dan kakinya yang terasa lenguh kerana duduk lama di situ, dia terdengar
pintu bilik tertutup. Serentak itu dia membuka pintu biliknya untuk memastikan
yang abangnya sudah masuk ke bilik. Melihat akan cahaya yang keluar dari bawah
pintu bilik Shahimi, yakin yang abangnya itu sudah selamat di dalam bilik.
Kemudian dia berlari-lari masuk semula ke dalam bilik untuk mengintai kelibat
Azam kerana tahu yang lelaki itu juga pasti sudah pulang ke rumah.
Matanya membulat, bibirnya
dikertap rapat saat matanya dapat menangkap kelibat Azam yang berdiri di
hadapan pintu pagar rumah seberang jalan sedang melambaikan tangan kepadanya.
“Ciss! Aku yang terkena balik!”
bebelnya sendirian. Dan saat itu jugalah telefon bimbitnya dari atas katil
berbunyi apabila dia perasan yang Azam sedang melekapkan telefon ke cuping
telinga.
Dalam tidak mahu dia terpaksa
juga menyambungkan talian daripada Azam sebelum kembali semula ke tepi tingkap.
Lelaki itu dilihatnya sudah duduk di tepi tembok hadapan rumah sambil memandang
ke arahnya.
“Assalamualaikum Cik Ada Syuhada
Adlia.” Sapa suara garau di hujung talian sebaik talian disambungkan. Dia
mengertap bibir geram. Terasa mahu diputuskan terus talian itu apabila
dirasakan nada Azam penuh sindiran.
“Tak jawab dosa.” Kata suara itu
seperti sengaja menyakitkan hati apabila dia hanya menjawab salam lelaki itu di
dalam hati.
“Waalaikumussalam Tuan Azamuddin
Ashraf!” jawabnya geram. Sengaja dia menekankan nada suaranya.
“So, apa sebenarnya tujuan awak
hantar SMS pada saya?” soal suara itu membuatkan dia gigit bibirnya sendiri.
Terasa menyesal dengan tindakannya tadi.
“Saja.” Itu sahaja yang berjaya
dijawab sebelum tangan menepuk dahinya sendiri. Jawapan yang diberi dirasakan
kurang bijak untuk menipu lelaki itu.
“Saja? Saja ke rindu..”
mendayu-dayu suara itu menyapa gegendang telinganya membuatkan tidak
semena-mena darah menyerbu ke muka. Saat itu terus dia menarik kain langsir
tingkapnya. Tidak sanggup memandang ke arah Azam walaupun lelaki itu tidak
mampu melihat wajahnya.
“Er..Awak jangan nak perasan eh?
Takda masa saya nak rindu awak.” Balasnya yang cuba mengawal suara agar tidak
kedengaran kalut.
“Takpa. Kalau awak tak nak
mengaku pun takpa. Saya faham. Siapalah saya. Okeylah. Sorry ganggu awak malam-malam ni. Assa....”
“Er..awak!” cepat dia menghalang
apabila kedengaran suara Azam seperti berjauh hati dengannya.
“Kenapa? Ada apa-apa awak nak
cakap ke?” soal suara itu serius membuatkan dia bertambah kalut. Hati memarahi
mulutnya sendiri yang terlepas kata.
“Er.. saya mintak maaf kalau apa
yang jadi pada awak ada kaitan dengan saya.” lambat dia bersuara dengan wajah
yang terasa berbahang. Nada suaranya juga tidak setegang tadi.
Terdengar pula helaan berat di
hujung talian membuatkan perasaan bersalahnya muncul kembali.
“Kenapa awak cakap macam tu? Awak
terasa ke apa yang jadi pada saya ada kaitan dengan awak?” soal suara itu lagi
membuatkan dia kematian kata.
“Awak?” suara garau itu menyapa
lagi.
“Er.. ya..” jawabnya lambat.
“Okey ke?”
“Er..okey. Saya okey.” Jawab Ada
yang cuba menenangkan dirinya sendiri. Entah kenapa dia tetap juga kalut
walaupun lelaki itu tidak pun berbuat apa.
“Erm.. awak tak jawab lagi soalan
saya.” kata suara itu membuatkan dia menggaru kepalanya sendiri. Cuba
memikirkan semula soalan-soalan yang ditanya lelaki itu tadi.
“Er.. awak ada ke tanya soalan?”
dia membalas dengan soalan juga.
Terdengar tawa halus di hujung
talian menyebabkan dia gigit bibirnya sendiri menahan malu.
“Kan saya tanya tadi, awak terasa
ke apa yang jadi dengan saya ada kena mengena dengan awak..” tutur lelaki itu
dalam nada yang cukup tenang.
“Iyalah.. Dah muka awak tu buruk
semacam aja saya tengok tadi. Macam orang tak makan sebulan. Padahal saya masak
hari-hari untuk family awak. Sebelum
ni awak takda pun jadi macam tu. Boboi awak lagi hensem dekat rumah tu.” Hamburnya
berterus terang dengan lagak seperti biasa walaupun perasaan malu tidak lagi
hilang.
“Padahal saya masak hari-hari
untuk family awak.” Terdengar salah
satu ayatnya diulang oleh lelaki itu dengan nada tanda tanya.
“Iyalah. Kan saya yang masak apa
yang awak makan. Dah tak sedap ke saya masak? Atau awak yang tak makan?”
soalnya lagi masih tidak berpuas hati selagi lelaki itu tidak berterus-terang
dengannya. Dalam pada masa yang sama, hatinya sempat berdoa agar apa yang
berlaku pada lelaki itu memang tiada kena mengena dengan dirinya langsung.
“Memang saya tak makan pun apa
yang awak masak.”jawab suara itu dalam nada yang mengendur.
Ada berkerut dahi. Sedikit keliru
dengan jawapan yang diberi oleh Azam. Hatinya mula rasa tidak senang.
“What do you mean?” soalnya.
“Kan awak setuju masak sebab abah
saya aja. Semata-mata untuk abah saya. Takkanlah saya nak makan makanan yang
tak dihalalkan untuk saya makan.” jawab suara itu dalam nada yang sama
membuatkan jantungnya hilang rentak. Bibir dikertap rapat dengan perasaan yang
bercampur-campur di dalam hatinya.
“Er.. Habis tu, yang saya masak
banyak-banyak setiap hari, awak hantar ke mana?” soalnya dengan suara yang mula
bergetar.
“Entah. Saya dah tak pernah nampak
mangkuk tingkat awak yang colorful tu
ada dekat rumah kalau saya balik kerja.” Jawab suara itu yang kedengaran jujur.
Kini gilirannya pula yang
menghempaskan helaan berat. Perasaan bersalahnya kian sarat di dada dengan apa
yang pernah terucap sebelum ini kepada lelaki itu.
“Erm.. habis tu, awak selalu
makan apa?” soalnya perlahan.
“Instant mi.” balas suara itu ringkas.
“Hari-hari?”
“Takdalah hari-hari.
Kadang-kadang kalau saya malas masak, saya takdalah makan. Sebab dah sampai rumah
lambat.” jawab suara garau itu tetap tenang.
“Erm.. Uncle takda ajak awak
makan ke?” soalnya lagi sekadar ingin tahu.
“Ada. Tapi sebab saya dah pegang
janji saya dengan kata-kata awak hari tu. Saya tak makanlah.” Balas lelaki itu
membuatkan pelupuk matanya terasa hangat. Tidak menyangka hingga begitu sekali
Azam memandang serius akan kata-katanya yang lalu.
“Maknanya, memang sebab sayalah
awak jadi macam tu?” soalnya dalam getar suara.
“Er.. takdalah. Saya sebenarnya
sibuk sikit dengan kerja. Tu yang kadang-kadang tak sempat nak makan.” jawab
suara itu seperti cuba menafikan kata-katanya.
“Tuan Azamuddin Ashraf, boleh tak
awak jangan nak tipu saya. Just admit.
Susah sangat ke? Awak tak payah nak sedapkan hati saya. Awak mengaku aja apa
yang jadi pada awak ada kena mengena dengan saya!” balasnya yang mula geram
kerana tidak mampu menerima alasan yang diberi. Dari kata-kata lelaki itu tadi
sudah jelas menunjukkan yang dia penyebab lelaki itu menjadi kusut begitu.
“Er.. saya..” tergagap-gagap pula
suara di hujung talian membuatkan dia terus memutuskan talian. Telefon
bimbitnya dilempar ke tengah katil sebelum langkah diatur ke luar bilik. Dia
mahu bertanya sendiri kepada sahabat baik lelaki itu untuk mendapatkan
kepastian.
Sementara Azam yang masih duduk
di atas tembok hadapan rumahnya sedikit terpinga-pinga apabila talian tiba-tiba
putus. Pandangan mata dibuang ke arah tingkap rumah gadis yang dihubunginya
tadi. Tidak faham apa sebenarnya yang berlaku menyebabkan gadis itu memutuskan
talian.
“Dia pulak yang merajuk ke? Bukan
ke sepatutnya aku yang merajuk?” dia menyoal dirinya sendiri yang masih keliru
dengan apa yang berlaku. Dengan wajah yang berkerut, dia bingkas bangun dan
menapak masuk ke dalam rumah. Tidak lagi dia mahu cuba menghubungi Ada kerana
tidak mahu menambah kedinginan yang ada.
10 comments:
errr..?? haih mcm2 la korang dua ni.. patut la ngammm setiap kali jumpa!! :P
hahaha.... macam ngam ja Azam dan Ada ni kerana saling memahami ..... Ada tengok ja dah tahu Azam jadi x karuan sebab dia kan... hehehe...
Azam pun sekarang dah pandai nak jaga hati Ada ya.... kalau x cakap main lepas ja......
cepat sambingggg....
amboi2.. ada mengada ye ko..heheheheh
hhmmmm azam merajuk pada yang sayang la ni yea...dasat ekkk merajuk smpai kuruih kering...pujuk Ada jangan tak pujuk...kang tinggal tulang jek tuan azam tuh...eheheheeeee...
ada buat strategik untuk pujuk azam...
hai azam jangan la lama2 merajuk takut ada dikebas orang pulak nanti..
lme nye tgu en3 bru,.cpt2 post new en3 ye keke,.
hmm.. rindu plak kt pureen n kimi..
bile ler nk update BMJM.. tnanti2 dh nie...
ade ke patut ada ni rsa nak nangis dngr pengkuan Azam...sebijik sama ngan apa yg saya alami..hikhikhik...
nak update BMJM plis
>>k<<
uish..
memang le ala2 bercintun dorang ni..
berungut ke bersungut??
kelaur~keluar
Takap??pe tu..ke Cakap??
Mak ai....Garangnye si Ada ni...
Post a Comment