....
AWRA_final 38
“Chef, ada customer nak jumpa.”
Ujar Azmin yang merupakan salah seorang pembantu di ruang dapur itu.
Faiq yang sedang merasai salah
satu menu baru terus menoleh. Wajahnya berkerut. Selama berkhidmat di situ,
belum pernah dia dipanggil menemui pelanggan melainkan jika ada tetamu khas
yang mendiami hotel lima bintang itu. “Siapa?” soalnya sepatah.
“Ada seorang perempuan muda chef.
Cute.” Azmin tersengih-sengih. Dia baru sahaja bertemu dengan wanita itu tadi
sebaik dimaklumkan oleh salah seorang pelayan yang bertugas.
“Ada-ada ajelah kau. Erm, dia nak
apa? Ada buat appointment ke?” soal Faiq tegas.
Azmin menggeleng.
“Habis tu?”
“Er.. Pasal menu yang dia order tadi.” Azmin serba salah.
Faiq kerut dahi. Dalam sejarah,
itu kali pertama dia menerima aduan mengenai menu yang disediakan di hotel itu.
“Dari kitchen mana?”
“Sini.” Azmin tersengih kelat.
Sini bermakna dari dapur makanan Melayu.
“Sini?” Faiq sedikit terkejut.
Setahunya, sejak tadi dia berada di situ dan hanya ada beberapa pesanan sahaja
daripada dapur masakan Melayu itu. Malah, dia sendiri yang menyediakannya tadi.
Azmin angguk.
Faiq cuba mengingati makanan yang
dimasak sebentar tadi. “Erm, dia ada dekat mana?”
“Twenty three.” Azmin terus memberitahu nombor meja.
Tanpa menunggu lama, Faiq
bergegas keluar dari ruang dapur. Ada debar yang menyapa ruang dada namun cuba
ditolak jauh kerana ia mengandaikan hanya bawaan perasaannya sahaja. Langkah
diatur yakin. Begitu murah senyuman dibiaskan setiap kali dia berselisih dengan
sesiapa pun. Saat kaki menginjak di tengah-tengah kafe, mata dihalakan ke satu
sudut yang agak jauh dari pandangan mata. Ulas bibirnya senyum lagi apabila
ternampak belakang susuk tubuh seorang wanita bertudung. Dan dia yakin, wanita
itulah yang dimaksudkan oleh Azmin tadi.
Saat beberapa langkah lagi
menghampiri, kakinya terhenti. Wajahnya berkerut. Nafas ditarik dalam-dalam
sebelum dia kembali melangkah.
“Assalamulaikum miss. I’m Faiq
Faisal. Executive chef here. May I help you miss?” Dia berlagak formal bersama
senyuman manis dibiaskan.
“Waalaikumussalam. Have seat.” Wanita
di hadapannya itu tersenyum manis. Cukup menggetarkan hati lelakinya.
Faiq hanya akur. Wajahnya serius.
“Erm, ada apa yang boleh saya tolong cik. Ops, mungkin puan. Maaf.” Faiq senyum
sinis dan wanita di hadapannya tetap juga menayangkan senyum. Bergula!
“Itu lebih baik. Kalau tak, suami
saya mesti marah kalau dia tahu orang panggil saya cik walaupun saya memang
lagi muda dari dia.” Balas wanita itu yang galak memandang Faiq. Langsung tidak
lepas.
Faiq senyum nipis. Dia cuba tahan
hati. “Erm.., back to the topic. So, ada apa yang tak kena dengan rendang ayam yang
puan order ni hm?” Dia kembali
serius. Ingin tahu apa sebenarnya yang tidak kena dengan makanan tersebut.
Setahunya, menu tersebut antara yang sering mendapat permintaan.
“Saya tak suka pedas.” Cukup
tenang wanita itu menjawab.
“Maaf puan. Setahu saya, rendang
ayam yang kami sediakan sesuai dengan selera semua. Melainkan jika ada
permintaan, baru kami akan ubah ikut seperti yang diminta.” Faiq cuba membela
makanan yang dimasak itu kerana tidak pernah lagi ada yang mengadu tentang
makanan tersebut apatah lagi dia yang memasaknya sendiri.
Wanita di hadapannya itu senyum
segaris. “Kalau saya kata, rendang ni tetap tak sesuai dengan selera saya, macam
mana? Agak pedas, kurang garam, kerisik kurang, ayam tak cukup lembut. Hm?”
Kata-kata berbaur cabaran.
Faiq turut menarik senyum. Tajam
matanya merenung sepasang mata bundar di hadapannya. Tanpa mahu membalas dia
bingkas. Tubuh menghampiri wanita dan direndahkan. “Sayang memang berani.
Sayang tunggulah dekat rumah nanti.” Bisiknya di tepi telinga wanita itu seraya
mendaratkan bibir sekilas ke pipi insan yang baru mencabar kredibiliti
masakannya. Hidangan di hadapan wanita itu dicapai selajur dia berlalu ke ruang
dapur semula. Senyum cukup lebar dibiaskan.
Awra pula ketap bibir. Wajah
membahang. Tidak menyangka Faiq beraksi seberani itu di tempat awam.
Kehadirannya hari itu sekadar menyahut cabaran suaminya beberapa hari lepas.
“Sayang, selama saya kerja dekat
hotel tu, rendang ayam saya antara yang terbaik tau. Belum pernah lagi ada
customer yang complain resipi rendang ayam saya tak sedap. Belum pernah okey.”
Ujar Faiq cukup yakin.
“Ia ke?” Awra meragui. Dan
sememangnya dia sendiri belum pernah merasai suaminya itu memasak menu
tersebut.
“Ialah. Kalau tak, tak adanya
menu saya tu jadi pilihan setiap customer.” Akui lelaki itu.
“Kalau tiba-tiba ada customer
complain macam mana?” Dia sengaja menduga.
“Kalau ada pun, sayang ajelah.
Sayangkan pengkritik setia semua menu yang saya masak selama ni. Cuma rendang
ayam special tu aje yang sayang belum rasa.” Awra merenung tajam suaminya yang
tersengih-sengih.
“Okey. Kalau macam tu, nanti saya
nak cubalah rendang special awak yang sedap sangat tu. Kalau saya komen, awak
jangan sentap pulak. Customer is always right.” Ujarnya mencabar.
“Fine.. Kalau sayang berani,
datanglah. Sayang takkan complain punya. Saya profesional okey.” Cabarannya
dibalas dengan cabaran juga menyebabkan dia tekad untuk datang hari itu sempena
hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga. Dan dia cukup yakin, Faiq
tidak mengingatinya seperti mana dua tahun sudah. Pada masa yang sama juga, ada
berita gembira yang ingin disampaikan.
………….
“Jangan menyimpang tempat lain.
Terus balik. Ambil Aqiff. Jangan susahkan mak.” Pesan Faiq saat mereka
beriringan ke tempat letak kereta.
“Ia. Saya terus balik. Isteri
awak ni baik tau.” Awra tersenyum-senyum.
“Ialah tu. Yang ni keluar rumah
tak mintak izin saya, nak kira macam mana tu? Burn aje ke hm?” Faiq pula senyum
mengusik.
Awra tersengih-sengih. “Sorry
awak. Kalau saya bagi tahu tadi, dah tak surprise dah.” Dia membela diri
sungguh pun tahu kesalahan yang dilakukan.
“Surprise la sangat. Dari jauh
aje saya dah dapat cam awak sayang. Tak boleh nak tipu dah.” Faiq melirik
senyum nakal.
Awra mencebik.
“Lain kali, saya tak naklah awak
pakai cantik-cantik macam ni. Semua staf saya pandang. Siap kata awak cute la.
Padahal tak tahu anak dah sorang. Tinggal tak masuk yang kedua aje lagi. Sedang
diusahakan cuba jaya.” Faiq tersenyum penuh makna. Sememangnya dia berhajatkan
ahli keluarga baru lagi walaupun anak sulungnya baru berusia dua tahun.
“Dah bersedia ke nak tambah
tanggungjawab? Saya tak nak jadi macam hari tu. Saya pergi klinik
sorang-sorang, awak selalu tak ada dekat rumah.” Balas Awra yang turut memberi
makna tersirat. Dia tidak mahu rasa terabai seperti mana ketika hamil anak
sulung mereka.
“Saya sentiasa bersedia untuk
yang kedua ni awak. Saya pun tak nak dah jadi macam hari tu. Kalau jadi apa-apa
ada awak, memang saya takkan maafkan diri saya awak.” Luah Faiq seraya meraih
jemari halus isterinya itu.
Awra menguntum senyum. Terharu. Berita
akan kehamilannya masih belum diberitahu. Alat kawalan jauh di tangannya
ditekan sebelum dia terus meloloskan diri di tempat pemandu. “Erm.., awak,
ingat tak hari ni hari apa?” soalnya kemudian. Sekadar ingin menguji sedangkan
dia tahu yang suaminya itu terlupa akan tarikh bahagia mereka.
“Erm.. Hari Khamis malam Jumaat,
tujuh belas mei. Kenapa?” lurus Faiq menjawab seraya menyanggah tangannya di
pintu kereta yang masih terbuka.
Awra menggeleng bersama keluhan.
Beg kertas yang di tempat duduk belakang, dicapai dan dihulurkan kepada lelaki
itu.
Faiq kerut dahi. “Apa ni?” Beg
kertas bertukar tangan.
“Hadiah anniversary kita yang ke
tiga.” Awra mengoyak senyum paling manis sebelum dia meraih jemari Faiq dan
dibawa ke bibirnya sekilas. “Semoga rumah tangga kita kekal hingga ke syurga.”
Ucapnya tulus sebelum terus menarik tubuh sasa Faiq dalam pelukan. Kedua-dua
belah pipi lelaki itu menjadi sasaran bibirnya sekilas. Langsung tidak di
hiraukan seorang dua pekerja hotel yang lalu di tempat parkir kala itu.
Faiq pula sedikit tergamam.
Langsung tidak beraksi. Membalas pun tidak hingga pelukan mereka kembali
terlerai.
“Tak tahu nak cakap apalah tu.”
usik Awra yang sudah menghidupkan enjin kereta. Sedia untuk pulang.
Faiq garu kepalanya yang tidak
gatal bersama sengihan kelat. Pura-pura tidak mengingati hari istimewa tersebut.
Tidak seperti dua tahun sudah yang mana dia benar-benar terlupa kerana terlalu
sibuk dengan kerja. Beg kertas yang dipegang, dibelek. Kotak warna perak
dikeluarkan. Melihat jenama yang tertera di kotak tersebut, dia sudah dapat
menjangka akan isi dalamnya.
“Kan mahal ni. Kenapa beli?”
soalnya sedikit terharu akan pemberian yang diterima. Dua tahun sudah, hanya
makan malam istimewa yang disediakan oleh isterinya. Berbeza untuk tahun ini.
“Apalah sangat harga jam tu, dari
apa yang awak dah bagi pada saya selama ni.” tutur Awra ikhlas.
“Tapi saya tak ada hadiah untuk awak
sayang.” Faiq pura-pura beriak kesal pula seraya sebelah tangannya menyeluk
saku seluar.
“Tak apa. Dah macam-macam yang
awak bagi saya selama ni.” Awra melebarkan senyum. “Erm, awak, malam ni balik
awal sikit eyh? Saya ada hadiah lagi untuk awak. Tapi dekat rumah.” Penuh
makna.
“Ala.. Sekarang tak boleh ke?”
rengek Faiq kurang sabar pula. Yakin dia bakal menerima hadiah yang cukup
istimewa apabila melihat riak isterinya yang cukup ceria sejak awal pagi tadi.
Awra menggeleng. “Saya tunggu
dekat rumah okey? Erm.., saya dah nak balik ni. Awak hati-hati drive nanti. Thanks
lunch tadi. Sorry sebab dah susahkan awak masak dua kali.” Dia menayangkan
barisan giginya yang tersusun. Lucu apabila teringat apa yang berlaku tadi.
Jelas yang suaminya cukup profesional dalam melaksanakan tugas.
“For my lovely wife ni, anytime
sayang.” Lembut Faiq membalas seraya mencuit hujung hidung wanita itu sebelum
dia merapatkan daun pintu.
Awra senyum bahagia. “Awak, tak
nak ucap apa-apa ke pada saya?” ujarnya kemudian sebaik menurunkan cermin
kereta.
“Dekat rumah boleh?” Ada garis
nakal pada hujung senyum Faiq.
“Ala.. Dah la tak belikan orang
hadiah, nak suruh wish pun kena tunggu balik rumah ke?” Awra pula pura-pura
merengek. Wajahnya berubah kelat.
Faiq tergelak. Jarang sekali isterinya begitu.
“Tadi kata tak apa. Ni, mintak hadiah pulak.” Sengaja dia mengusik.
“Ala.. orang mintak wish aje. Tak
mintak lain pun. Tak payah pun keluar duit.”
Faiq senyum. Tubuhnya direndahkan
agar sama tinggi dengan isterinya. “Tadi bibir saya dah singgah pipi gebu awak
tu kan.. Sekarang..” Dia menunjuk ke arah kedua-dua belah pipinya pula
“Eh, orang mintak wish, kena
bayar dengan kiss? Tadi kan dah dapat?” Awra menolak lembut wajah Faiq yang
sudah begitu hampir.
“Fine. Jangan harap saya nak wish.
Tunggulah saya balik rumah.” Faiq sudah menegakkan tubuh. Menjauhi kereta arwah
bapa mentuanya.
“Okey. Tak apa. Tak nak wish tak
apa. Nanti, kalau salah seorang yang tak sampai rumah, jangan ada yang menangis
tak berlagu.” Awra menduga. Tali pinggang keledar mula ditarik. Tidak boleh
lagi berlamaan di situ memandangkan suaminya masih dalam waktu kerja dan
terlalu banyak masa sudah dihabiskan melayan kerenahnya sejak tadi.
“Sayang cakap apa tu?” Wajah Faiq
sedikit berubah. Kurang senang apa yang terlafaz di bibir isterinya.
Awra tersengih-sengih. “Saya
main-main ajelah. Insya-Allah panjang umur, panjang jodoh kita jumpa dekat
rumah nanti. Awak hati-hati drive. Saya tunggu wish awak tu dekat rumah. Susun
ayat sedap-sedap sikit. Tak sedap, siap awak malam ni.” sengaja memberi amaran
pula. Dan sememangnya, dia langsung tidak memaksudkan apa yang diperkatakan
tadi.
Faiq memaksa bibirnya menarik
senyum. Hambar. Sungguh hatinya mulai disapa risau.
“Awak, janganlah buat muka macam
tu. Insya-Allah tak ada apa-apalah. Kita jumpa nanti.” Dirah jemari tangan Faiq
dan dikucup sekilas. “Assalamualaikum.” Senyum sehabis manis di hadiahkan
sebelum tautan terlerai. Dia mula mengundurkan kereta dari tapak pakir.
Faiq hanya memerhati. Salam
isterinya dijawab dalam hati. Tidak lepas matanya memandang wajah ceria Awra
yang mulai menjauh. Tangan diangkat perlahan membalas lambaian isterinya. Kotak
dalam saku seluar dikeluarkan dan digenggam kemas sebaik bayang kereta yang
dipandu isterinya hilang dari pandangan. Langkah diatur meninggalkan ruang
parkir bersama senyuman nipis bergayutan. Membayangkan kejutan yang akan
dilakukan malam nanti.
Dan baru beberapa tapak dia
melangkah, kotak cincin yang dipegang tiba-tiba terlepas. Diiringi dengan bunyi
dentuman kuat menyebabkan kakinya terkaku di situ. Degupan jantungnya berubah
rentak serta-merta. Hilang senyum menghias wajah. “Ya Allah..” Sebelah tangannya
melekap ke dada kiri seraya tubuh dipusingkan menghadap pintu pagar utama hotel.
Hatinya kuat ingin melangkah ke situ untuk melihat apa yang berlaku
memandangkan kemalangan memang sering sahaja terjadi di situ. Namun akalnya
pula yang melarang. Bibir mula beristighfar perlahan. Cuba menenteramkan hati
dan perasaan gundah dibuang jauh. Nafas ditarik dalam-dalam. Perahan-lahan dia
kembali membongkok untuk mengutip kembali kotak cincin yang jatuh sebelum dia menyambung
langkah. Cukup yakin bunyi dentuman yang didengari tadi langsung tiada kena
mengena dengan isterinya.
“Chef, tak sihat ke?” sapaan yang
tiba-tiba menyebabkan dia sedikit tersentak. Senyum cuba diukir.
“Er.. Sihat. Kenapa Reen? Nampak
saya macam tak sihat ke?” Sedaya upaya dia memaniskan roman wajah di hadapan
salah seorang pembantunya, sungguhpun dalam kepala mula terbayang wajah isteri
kesayangan.
“Erm.., nampak pucat sikitlah
chef.” Komen gadis itu lagi.
Faiq menyentuh wajahnya sekilas. “Erm..,
tak ada apa-apalah. Erm.., satu lagi menu yang saya suruh masak tadi, dah siap?”
wajahnya mula serius seperti selalu. Cuba menyembunyikan perasaannya yang
sebenar.
“Dah chef. Kami tengah tunggu
chef la ni.” Gadis itu senyum segaris.
“Ialah. Kejap lagi saya rasa.” Balas
Faiq sebelum dia mengubah langkah ke bilik khasnya. Punggung dilabuhkan ke
kerusi kerjanya. Entah kenapa hati kian dilambung resah tidak bertepi. Telefon bimbit
dari saku terus dikeluarkan. Tanpa menunggu lama, nombor Awra didail. Hati
menanti dengan sabar talian bersambut namun hampa. Kali kedua mencuba, begitu
juga. Setahunya, isterinya akan sentiasa mengenakan hands free ketika memandu.
Dan jarang sekali panggilannya tidak bersambut. Cubaan kali ketiga membuahkan
hasil namun suara di hujung talian sudah cukup membuatkan jantungnya hampir
berhenti.
“Awak siapa?” tidak sabar dia
menyoal.
“Maaf encik. Saya polis.”
“Polis?” terbangun dia dari
kerusi.
“Maaf encik. Hand phone ni saya
jumpa salah satu daripada kereta yang terlibat dalam kemalangan.” Faiq terduduk
kembali sebaik mendengar perkataan kemalangan di hujung talian.
saya sambung dalam versi pdf je la noo.. :D
73 comments:
Tidakkkkkkkk..... ad smbgn lg eh versi pdf? Awra xmati kan? Kan? Kan?
arsha...nk sambungan dlm pdf...bolehkan??
*suhana Yasin
Katakn tidak......
moga arwa n bby x apa2.....
janganlah jadi apa2 kat awra.entah2 dia pregnant lagi kot?
Achaaaaa.....huhuhu.....no....no...aiyarkk takmo ler lagu ni....
xnak ler depaaa pisah taww....awat ler dugaan depa lagi tu....huhuhu
Arsha....tlg la jgn buat citer sedih2 lagi....harap x ada apa2 jadi pd Awra....
janganlah ada apa-apa yang x elok terjadi pada Awra... Awra baru nak buat kejutan untuk Faiq untuk kandungan yg kedua ni....
jangan sedih sangat Arsha...
kalau dibukukan cakap ya....
Arsha awat kejamnya dirimu....huhuhu
Kak na, maylin cam mana tu....
Akak...... ingat mza tau....... nak pdf. huhuhuhuhu....
alaa..kita nak baca smpai hbisss....huhuhu...
mmg puuuuuunnnnnnnnn
Kejam sikit je. Hahaa
akak nak smbgn ye. please...
saya nak jgk...sedih bila bce part nie
nak jgak..
ala nak baca pdf punya.
setiap week tertunggu cerita ini.
opkos laaaaa
thanks Arsha for this n3...
akk nk jugak dlm pdf version for part 36 & 37 (semestinya) dan sambungan lepas n3 part 38 nie tau!
tgh tggu nie... tak sabar nk tahu apa yg berlaku sebenarnya..
huhuhu...
Sya nk jgk...jgn la kjm cgt....sian kat dowg
Arsha, akak dh berdebar2x nih.. nak pdf tau.. aduhai.. :(
Hwa..... Ada sambungan lg...
arsha, macamana cara nak dapatkan novel ni. akak pun minat nak dapatkan nya juga.
Sy nk jugak pdf kak. Boleh tak?
Arsha dah siap ker yang pdf tu...
Sikit lagi. Tadi sedap2 tgh taip, tetibe kne kuar plak. Kat luar ni dewi.
assalaimulaikum..
selama ini jadi silent reader je,
erkk boleh tak saya nak minta pdf version?
seriously every week kot buka blog cik arsha sbb suka with ur writing
nak pdf ... harap arsha bagitau caranya ye...
arsha, sy pun nk jugak version pdf tu
Waalaikumussalam
Maaf semua. Jangan risau. InsyaAllah semua bab saya bagi free nanti.
Cuma hanya, bagi saya peluang untuk siapkan final bab yang masih tergantung.
Terima kasih sebab sudi baca.
InsyaAllah, siap edit, siap convert molek2, sye inform ok. InsyaAllah. Doakan.
Terima kasih sekali lagi. :')
klau sambngan dlm pdf tu, mcm mne? sori tnye:)
I want the pdf pls....what should I do....awesome story....
Assalamualaikum.boleh tak saya nak pdf version?? Saya suka sangat cite nie..hari2 bukak blog nie tggu update baru..
Ohhh.... Tidak.....
Nape jd mcm nie...
Arsha nk gak citer niedlm pdf
Huk huk huk...
Waalaikumussalam.
InsyaAllah. Akan dapat nnti. Doakan saya berkesempatan untuk menyudahkan semuanya secepat mungkin. InsyaAllah.
Pada yg bertanya pdf Kenapa?
Sebenarnya saya akan delete semua bab awra yang ada untuk elak ada yang berniat tidak baik. Sungguhpun ianya karya picisan, saya mahu ia menjadi hak persendirian. Hormati karya orang lain walaupun ia bukan dalam bentuk terbitan.
Sekian. Terima kasih atas kesudian kalian.:')
adoi tergantung pulak... moga tk ada apa2 dkt awra n kandungan dia... siap pdf, kita nk juga sis
Nur Eyta...
nk jugeee..
Arsha saya nak juga...suleem
Arsha..... Saya pun nk yg dlm bentuk pdf tu. Saspen tahap gaban nih....
hayaa... what happen to Awra??? Hope she fine. To writer: I want the pdf version (full stories). Dont forget ya. :D
wwannurr
arsha... akak pun nak jgak dalam pdf,, camne nak dapatkan yee
minat sangat kat awra ni, akak silent je tapi tak pernah lepas peluang tau...
kak arsha jgn pisahkn diaorang!kesian faiq n baby mereka yg sulung tu klau apa2 jadi kt awra...huhuhu...kak arsha nk tnye pdf tu apa?baca komen diaorang kt sini byk sebut pdf...sorry ya sy x tau...
nak jugak...
nak baca juga... dlm file
Arsha kak edah tak tau mcm mna buka pdf.boleh k. Edah baca ke....jgn biarkan mereka sambut aniv yg terakhir...no sad2
Salam...
Arsha, saya pun nak pdf AWRA ni
*salam kenal -diana-
Kak edah
PDF format kak.
Nanti siap, saya inform. :)
Arsha ... kak sue pun nak pdf ok...
dah siap inform...
sayang Arsha....
akak nk jgk dlm bntk pdf..
saya mahu juga sambungannya..plezzz..karya arsha sentiasa best
arsha sy pun nk gak.. kalu dlm pdf file leh protect...xde org nk copy paste kan...
nk juga dlm pdf
Mcmana nak dpt dlm pdf file?
arsha sy pun silent reader gak tp sentiasa mengikuti kisah2 dlm blog ni...nk juga tahu final citer ni...arsha ada fb sy nk add jd friend?please & nak awra versi pdf...
Arsha nak tahu ending awra & faiq...please nk versi pdf...ada fb x nak add arsha...
Noorhasnizah
Meh bagi nama Facebook saya add.
fb Noor Azah da lama cr fb arsha tp xjumpa
fb Noor Azah da lama cr fb arsha
Saya dah add noor azah.
Mana nak jumpa. Akaun lama dah tutup. Eheh
Saya dah add noor azah.
Mana nak jumpa. Akaun lama dah tutup. Eheh
thanks ye arsha...
alaaaaaaaaa.....camne niiiiiiiii
Arsha akak pun nak bentuk pdf nie. Mcm mana ya nak pdf file nie.
Kmas
bila nak sambung niiiiiiiii....pdf tu camne ye.....???????
Post lah kat sini akak...please sy tak tau buka PDF tu,,tp akak kata Akan post kat sini kan??? Ye tak?
Pdf tu Adobe reader dik.. full awra dlm bntuk tu.
Akak arsha sy nak tau ending AWRA ni..please add sy lh juga ., ples
Meh bagi nama fb. Akak add.
Hipsta Stahp
Yg gmbar baby tu ke?
Akak PM bole? X tau tu mcm mna
Yup
Akak, mcm maner kalau saya nk dptkn awra yg full???
Post a Comment