Aug 25, 2017

Mungkin untuk sekali lagi_part 10


“You know what Wiya… Kalau I tahu dari awal yang Arif tinggalkan you, awal-awal I dah balik sini kahwin dengan you. Agaknya sekarang dah anak dua.” Danial sengih nakal.

Zawiya cuma senyum hambar.

“Kalau I setuju pun, parent you belum tentu setuju Danny.” Luahnya. Itu adalah hakikat yang tak mampu dinafikan sejak dulu lagi. Dia cuma pekerja dan lelaki itu anak majikannya.

“Papa mama I tak pernah halang apa yang I nak buat selama ni, takkan dia orang nak halang pilihan hati I?”

“Itu kata you. You dah tanya pendapat parent you? Tak pernah kan? Sedangkan calon suami adik you pun kena tapis dengan Datuk. I ni… Dah semestinya terkeluar dari calon menantu pilihan mama you.” Tingkah Zawiya sebelum sedut perlahan jus kiwi di hadapannya.

Danial geleng.

“Papa cukup sayang pada you tahu tak? Mama pun suka you. Takkanlah dia orang nak tolak you? Bukan baru sehari mama papa I kenal you.”

“Sayang sebagai pekerja Danny.”

“Mana you tahu?”

Zawiya lepas hela panjang. Bercakap dengan Ahmad Danial memang dia akan kalah.

“I rasa you saja tak faham apa yang maksudkan.” Balasnya lambat.

“Memang I tak faham. Cuba you bagi I faham.” Jawab Danial selamba.

Sekali lagi Zawiya lepas hela panjang.

“Danny, kalau dulu I belum kahwin dengan Arif. Tapi sekarang… I bukan macam dulu lagi, Danny. You faham tak?” jelasnya bersama keluh.

“Tu yang risaukan you?” Danial tarik senyum.

“Danny, tolong jangan buang masa you. Ramai lagi perempuan yang jauh lagi cantik dekat luar tu. Yang penting bukan berstatus J macam I.” Zawiya cuba memujuk walaupun dia tahu Danial bukanlah lelaki yang mudah berputus asa.

“Masalahnya sekarang ni, I tak nak perempuan yang ada dekat luar tu. I nak you Wiya. Peduli apa you ada J ke, K, L, M, N, Z sekalipun. You lupa apa yang pernah I pernah cakap sebelum you kahwin dulu?”

Zawiya kemam bibir. Akal mengimbau kembali kenangan hampir 10 tahun lalu. Sehari sebelum majlis pernikahannya.

“Walaupun you dah kahwin dengan Arif, satu perkara yang I nak you tahu Wiya. I takkan pernah lupakan you. You akan sentiasa dalam hati I sampai bila-bila. Dan kalau satu hari nanti Arif dah tak nak you, dan I tak jumpa pengganti you, I takkan teragak-agak untuk ambil you jadi isteri I…”

“You nak I ulang semula apa yang I pernah cakap dengan you dulu?” sambung Danial dengan senyum tak lekang daripada bibirnya.

“Danny…”

“Dah lima tahun Wiya. Bagi I peluang. Bagi I peluang ganti tempat Arif dalam hati you…” Penuh mengharap. Dia dah tak mahu buang masa lagi. Kalau dia tahu lebih awal yang Zawiya telah kembali bersendiri, pastinya dia takkan buang masa sampai lima tahun itu. Dan kali ini dia tekad untuk terus menetap di tanah air demi Zawiya. Peluang yang ada kini takkan mungkin dipersia.

“Danny… Tak semudah tu..”

“Tak mudah sebab you masih mengharap pada Arif. Lima tahun Wiya, lima tahun. Kalau dia sayang you, dia takkan buang masa sampai lama macam ni.”

Zawiya terus lepas hela berat. Tak tahu apa yang perlu diucapkan memandangkan memang itulah hakikatnya selama ini. Dan dia sedar kini harapannya cuma tinggal harapan. Tak sepatutnya dia menoleh ke belakang lagi.

“Wiya… You kenal I kan?” sambung Danial serius. Tajam matanya merenung seraut wajah mendung di hadapannya itu.

“Apa maksud you?” Zawiya menahan debar. Dia cukup kenal dengan Danial. Kalau dulu Danial pernah datang sendiri bertemu dengan ahli keluarganya semata-mata mahu meminta izin untuk berkahwin dengannya. Dan dia takkan terkejut kalau Danial ulang sekali lagi perkara yang sama.

“I akan pastikan mama dengan papa I setuju dengan pilihan hati I.” jawab Danial dengan senyum yang melebar. Penuh makna. “Tu yang merisaukan you kan?”

“Danny…”

“Trust me, Wiya. I cukup serius kali ni. I akan pastikan you lebih bahagia dengan I dari apa yang Arif pernah buat dulu.” Tekad Danial.

Zawiya kematian kata.

********

“Abang…”

Arif menoleh ke sebelah sekilas.

“Kenapa Su?” Bibir dipaksa mengoyak senyum.

“Kalau abang tak sihat, tak payahlah temankan Su hari ni. Su boleh ambil sendiri baju yang Su tempah tu.” Ujar Suraya serba salah bila sejak bertolak tadi Arif lebih banyak mendiamkan diri.

“Abang okey.” Tipu Arif. Padahal kacau bilau hatinya dibuat Zawiya. Tiada satu pun panggilan mahu pun pesanannya berbalas.

“Tak. Abang tak okey pun sebenarnya kan?” tebak Suraya terus. Dia sedia maklum yang lelaki itu sedang menyembunyikan sesuatu. Ada teman pejabatnya memberitahu yang Arif ada datang beberapa hari lepas. Tapi berjumpa dengan Zawiya.

Arif lepas hela berat.

“Sorry Su.”

“It’s okay. Tapi boleh tak terus terang dengan Su apa yang jadi sebenarnya? Kan kita dah janji tak nak sembunyi apa-apa. Anything yang tak kena, abang boleh terus cakap dengan Su. Kalau ada apa-apa yang tak puas hati pun, abang boleh cakap dengan Su. Su boleh terima.” Balas Suraya lembut. Dia tak nak ada salah faham di kemudian hari memandangkan Zawiya juga merupakan teman baiknya. Dan dia tak dapat nafikan hubungan yang pernah ada di antara kedua-duanya sebelum ini.

“Sebab Wiya.” Jawab Arif jujur. Dikerling wajah Suraya. Mahu melihat reaksi gadis itu.

Suraya senyum. Tenang.

“Kan senang terus terang macam tu dari Su dengar dari mulut orang lain.”

Arif berkerut.

“Abang jangan risaulah. Su tak marah. Mesti ada sebab abang datang jumpa Wiya kan?” Sambung Suraya bila perasan akan kerutan yang terlakar.

“Wiya dah tak nak cakap dengan abang. Semua call, whatsapp abang langsung dia tak balas.” Luah Arif tanpa berselindung lagi.

“Abang sebenarnya tak pernah lupakan Wiya kan?” luah Suraya apa yang terpendam dalam hatinya.
Arif menoleh sekilas bersama hela berat yang terlepas.

“Abang, Su faham. Selama ni pun, Su dapat rasa Wiya pun sama dengan abang. Sebab tu sampai sekarang dia tak kahwin. Bukan takde lelaki yang cuba dekat dengan dia.” Tambah Suraya.

Arif lepas hela berat lagi.

“Selama ni abang tak sedar pun semua tu, Su. Bila abang rapat dengan Su, baru abang nampak yang selama ni Wiya pun…” keluh dilepaskan. “Abang mintak maaf, Su…”

“Su tak marahkan abang pun. Cuma Su tak suka abang macam ni. Abang kawan dengan Su. Tapi hati hati abang pada orang lain.” Balas Suraya perlahan seraya membawa wajahnya ke tepi tingkap. Hati sedikit terusik meskipun sejak awal dia sedar akan hakikat itu. Dia yang sengaja mimilih risiko itu.

“Su, abang betul-betul mintak maaf.” Ucap Arif lagi dengan rasa bersalah yang mula menebal.

Suraya geleng. Bibir mencorakkan senyum semanis mungkin.

“Abang baliklah pada Wiya. Dah lama sangat dia tunggu abang…” ucapnya cuba mengikhlaskan hati.

Arif menoleh dengan rasa tak percaya dengan apa yang terluah di bibir gadis itu.

Zawiya lebarkan senyum.

“Demi Allah Su dah mula sayang abang, keluarga abang. Tapi Su lagi sayang Wiya.” Akuinya jujur. Dia banyak terhutang budi pada Zawiya. Kalau bukan sebab Zawiya, pasti kini dia masih bekerja sebagai pelayan di sebuah hotel meskipun punya kelulusan.


“Su… Abang…” Arif hempas nafas berat. Sama berat dengan apa yang bersarang di dalam hatinya kini. Kelu lidahnya untuk meneruskan kata. 

No comments: