Thanks kepada yang masih sudi mengikuti segala tok nenek kesah dalam blog kurang kasih sayang ni. ~haha
thanks juga kepada pengomen2 tegar dan ikhlas.
Moh, ni hadiah kepada yang sudi dapatkan novel kedua saya TIRAI DOSA KELMARIN.
Kenapa tajuknya TDK_se_SWC?
SWC stands for SPECIAL WORLD CUP. ~haha
happy reading! :D
.................
Tirai Dosa Kelmarin_special WC
“Papa, malam ni jangan lupa
kejutkan kakak tau?” bisik si kecil Nur Imani Humairah di tepi telinga Iman
Faliq menyebabkan lelaki itu tertawa lucu.
“Beres
sayang!” Dikucup pipi mungil si genit yang tersengih comel.
“Hah! Apa yang
gelak-gelak, bisik-bisik tu?” tegur Nur Imanina yang muncul dari ruang dapur
bersama semangkuk mi goreng dan diikuti Zarif Iman di belakangnya bersama
sepinggan roti.
“Eleh.. Kakak
suruh papa kejut tengok bola malam nantilah tu mama.” celah Zarif Aimin sebelum
si kecil itu melabuhkan duduk di sisi adik kembarnya yang sudah mencebik.
“Biarlah!
Sibuk abang ni! Jealouslah tu sebab
takda jersi bola!” gerutu Nur Imani Humairah dengan mulut yang memuncung.
Nur
Imanina sudah menggeleng. Jelingan tajam dihadiahkan buat si suami yang
tersenyum senang. “Abang jangan nak senyum-senyum. Hari ni, budak-budak dah
masuk sekolah. Cuti sekolah dah habis ya..” Katanya berbaur amaran.
Sejak World
Cup bermula, hampir setiap malam si kecil Imani menemani suaminya itu menonton
bola sepak dan bukannya si sulung. Zarif kurang berminat dengan sukan bola
sepak. Sejak berumur lima tahun, si kecil itu lebih cenderung dengan aktiviti
seni mempertahankan diri selepas bapa mentuanya memperkenalkan tekwando dan
silat. Datuk Hamzah yang mahu si kecil itu menyertai kelas seni mempertahankan
diri seawal umur lima tahun lagi. Dan kini, sejak masuk ke tahun satu, si kecil
itu seperti tidak hairan dengan sukan bola sepak.
Tidak seperti
Imani. Si genit itu cenderung dengan aktiviti sukan. Termasuklah bola sepak
kerana terikut-ikut dengan minat suaminya. Hampir semua pasukan pilihan lelaki
itu, turut sama diminati.
“Ia..
Abang tahulah sayang..” Iman Faliq tersengih. Dikerdipkan matanya beberapa kali
ingin mengusik Nur Imanina.
“Nur
Imani Humairah binti Iman Faliq. Dengar sini mama nak cakap. No ball, no World
Cup anymore. Lepas ni ada mid-term kan? So, jangan sampai mama tahu ada yang
tak cukup tidur, tak cukup study.” Nur Imanina bersuara tegas memberi
peringatan kepada si genit yang lincah itu.
“Aloh
mama..” Nur Imani Humairah tarik muncung. “Papa boleh tengok. Kenapa kakak tak
boleh?” Si kecil itu mula menyuarakan rasa tidak puas hati.
“Papa
is papa. Nur Imani Humairah is Nur Imani Humairah. You just seven years old my
dear.” Sekali lagi Nur Imanina menghadiahkan jelingan kepada suaminya apabila
perasan lelaki itu menahan tawa.
“Papa..”
Nur Imani mula merengek pada papanya.
“Hish!
Mama kata no, so means no la kakak.
Cuba kakak dengar cakap mama.” Zarif mencelah sambil mengunyah roti bakar yang
dihulurkan oleh Nur Imanina sebentar tadi.
“Dengar
tu apa abang cakap?” tambah Nur Imanina puas hati kerana mendapat sokongan anak
sulungnya berbanding suami sendiri yang sejak tadi tersenyum-senyum melihat
telatahnya melayan anak-anak.
“Ee..
Mama ni tak bestlah! Bukan every year ada Wolrd Cup kan papa?” rungut Nur Imani
Humairah tetap tidak berpuas hati.
“Betul!”
sahut Iman Faliq selamba sebelum dia menekup mulutnya sendiri apabila terasa
dia sudah terlepas cakap. Wajah garang isterinya dipandang. “Alah sayang..
Sorry..” Dia tersengih kelat sebelum cepat-cepat menghabiskan mi goreng yang
disendukkan si isteri tadi.
“Abang
ni kan..” Nur Imanina ketap bibir rapat. Faham benar dengan perangai Iman Faliq
yang suka memanjakan anak-anak.
“Kenapa
ni Iman? Dari luar lagi dengar dah bising-bising? Sampai Mak Som bagi salam pun
tak dengar.” Mak Som baru sahaja tiba.
“Nek
Som, mama tak bagi tengok bola Mak Som.” adu Nur Imani Humairah terus belum
sempat Nur Imanina menjawab.
“Baguslah
tu. Kan hari ni dah mula sekolah? Takkan nak tidur lewat-lewat lagi.” balas Mak
Som sebelum melabuhkan duduk di sisi menantu majikannya.
“Alah
Nek Som ni.. Sama macam mama.” Nur Imani Humairah memuncung lagi dan kali ini
Iman Faliq melepaskan tawa.
Semua
pasang mata sudah menumpukan perhatian kepada Iman Faliq.
“Kenapa
abang ni? Apa yang kelakarnya?” tanya Nur Imanina pelik.
“Nak
tahu tak satu benda sayang? Walaupun kakak ni lebih ikut abang, tapi muka dia,
muncung angsa dia tu, sebijik macam sayang. Kalau nak tahu muka sayang merajuk
macam mana, macam Imani tu la.. Kan Mak Som?” jelas Iman Faliq dalam sisa tawa
menyebabkan bergema ruang makan itu dengan tawa mereka kecuali Nur Imanina. Terus
dicubit lengan Iman Faliq yang enak sahaja menjadikan dia sebagai bahan
gurauan.
“Amboi..
Seronoknya. Ada cerita best ke
pagi-pagi ni?” tegur Datuk Hamzah yang baru turun diiringi Datin Farah sambil
mendukung si kecil Zairil Aimin hampir berusia tiga tahun.
“Papa
kata, mulut mama macam muncung angsa tok pa. Sama dengan kakak.” sahut si kecil
Zarif diiringi tawa menyebabkan Nur Imanina menahan geram. Manakala si kecil
Imani sudah menghadiahkan cubitan halus pada lengan pasangan kembarnya.
“Ada-ada
ajelah cucu-cucu tokpa ni.” Menggeleng Datuk Hamzah mendengar celoteh anak
cucunya pagi itu. Dan begitulah selalunya di meja makan. Tidak lekang dengan
senda gurau.
………………
“Lepas minum susu ni, semua masuk
tidur okey? Dah lewat ni.” Nur Imanina memberi peringatan sebaik dia meletakkan
dua gelas susu di hadapan si kembarnya. Dan peringatan itu sebenarnya khas
ditujukan buat Nur Imani Humairah yang sejak tadi berkepit dengan suaminya.
“Alright
mama!” sahut Zarif patuh. Namun tidak buat anak keduanya. Si kecil itu sudah
mempamerkan riak yang pelbagai sambil berbalas pandang ke arah suaminya.
“Abang
jangan nak macam-macam.” Sekali lagi Nur Imanina memberi peringatan dan Iman
Faliq hanya tersengih-sengih.
“Okey.
Habis susu, semua naik bilik. Dengar cakap mama tu Imani.” Dipandang anak
keduanya penuh makna apabila si kecil itu hanya menaikkan ibu jari.
Nur
Imanina pula sudah melemparkan riak curiga ke arah kedua-duanya.
“Mama,
abang naik dulu.” ucap Zarif sebaik menghabiskan segelas susunya. Tangan Nur
Imanina dicapai dan dikucup sebelum bibirnya singgah di kedua-dua belah pipi
wanita itu pula. Kemudian perkara yang sama dilakukan terhadap Iman Faliq.
“Assalamulaikum.”
lembut si kecil itu mengucapkan sebelum naik ke atas rumah. Namun tidak buat
Nur Imani Humairah. Si kecil itu seperti sengaja berlambat-lambat menghabiskan
susunya.
“Kakak.”
Iman Faliq bersuara sedikit tegas.
“Ialah-ialah.”
Nur Imani Humairah terpaksa akur. Cepat-cepat dihabiskan susu yang masih
berbaki.
“Good!
Macam tu la anak papa.” Iman Faliq menarik senyum manis. Si kecil itu dirangkul
erat dalam pelukan sebaik mereka bersalaman.
“Mama..”
Nur Imani Humairah sudah berpindah ke arah Nur Imanina pula. Diusap lembut
wajah mamanya.
“Ada
apa ni?” Nur Imanina menjongketkan keningnya sebelah. Seperti dapat meneka akan
kemahuan si genit itu.
“Mama,
boleh tak kakak teman papa malam ni. Sekejap aje mama.” Nur Imani Humairah
meleretkan kata. Cukup mendayu nadanya demi memujuk mamanya.
“No.”
Nur Imanina bertegas.
“Alah…”
“I
said no sayang.. Mama tak nak kakak mengantuk pergi sekolah esok. Weekend kan
boleh tengok. Nanti mama suruh papa rekod okey?”
Nur
Imani Humairah sudah memuncung.
“Kakak..
Dengarlah cakap mama ni. Kan kakak kata nak jadi kakak yang baik pada adik
Zairil. Kakak yang baik, kena dengar cakap mama, cakap papa.” Nur Imanina cuba
memujuk.
“Okeylah..”
jawab si kecil itu malas. Terus sahaja dikucup kedua-dua belah pipi Nur Imanina
sebelum terus memanjat tangga malas.
Iman
Faliq yang memerhati menguntum senyum. Walaupun anak keduanya itu sedikit nakal,
tapi hanya isterinya yang mampu memujuk.
“Mana
tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi..” Dia bersuara sebaik kelibat anak
keduanya itu hilang.
Nur
Imanina menoleh. “Ikut perangai abanglah tu!” balas Nur Imanina sebelum bingkas
namun dia terduduk kembali apabila lengannya ditarik kuat hingga terduduk
kembali ke sisi suaminya itu dan tubuhnya terus didakap erat.
“Apa
ni?” Matanya membulat apabila wajah Iman Faliq terlalu hampir.
Iman
Faliq melorek senyum nakal.
“Takkan
merajuk pasal pagi tadi tak habis
lagi sayang hmm?” ucapnya lembut.
“Mana
ada!” Nur Imanina memaling wajah ke sisi. Tidak mampu menatap renungan yang
mampu menggoyahkan hati wanitanya.
“Kalau
tak merajuk, cuba pandang sini.” Iman Faliq menarik hujung dagu Nur Imanina.
“Abang
janganlah.. Malulah kalau mama dengan papa tengok. Iman nak cepat naik ni. Nak
tengok Zairil. Kesian dia tidur sorang-sorang dekat atas tu.” Nur Imanina
berusaha menolak tubuh Iman Faliq yang menghimpit tubuhnya.
“Sorry pasal pagi tadi.. Abang gurau ajelah.” Iman Faliq tidak menghiraukan
kata-kata isterinya. Sebaliknya makin kejap tubuh itu diraih dalam pelukan.
“Suka
aje cakap mulut orang macam mulut angsa! Habis dia tu apa? Kalau merajuk lagi
buruk!” hambur Nur Imanina tidak puas hati apa yang berlaku pagi tadi. Entah
kenapa dia terasa hati hingga begitu sekali.
“Sayang
kenapa ni.. Lately ni cepat aje nak
marah. Gurau pun dah tak boleh hm?”
“Abang
tu! Suka kenakan Iman!”
“Alah..
Sebelum ni elok aje. Sayang tak macam ni pun. Selalu sayang sekejap aje okey.
Ni, sampai malam macam nak tak nak aje cakap dengan abang..” Iman Faliq perasan
akan perubahan yang berlaku sejak akhir-akhir itu. Mudah benar isterinya
merajuk jika diusik berlebihan.
“Tak
ada apalah! Iman penat kut.” balas Nur Imanina mengendur.
“Zairil
nak dapat adik agaknya.” Iman Faliq sudah tersenyum nakal.
“Jangan
nak merepek eyh? Sudahlah abang. Iman
nak cuci gelas tu cepat. Nak naik bilik. Mengantuk ni.” Nur Imanina segera
menafikannya walaupun hati sudah terdetik perkara yang sama sejak semalam lagi.
Iman
Faliq meleraikan pelukan. Wajah isterinya itu dipandang dalam-dalam.
“Kalau
ada, Iman okey kan?” duganya.
“Insya-Allah
selagi Dia nak bagi kita rezeki.” Nur Imanina menarik senyum nipis. Bersyukur
jika ada rezeki mereka.
“But
I hope, kali ni girl.” Terangkat-angkat kening Iman Faliq. Penuh mengharap.
“Ia
ke? Erm... Kita tengoklah macam mana nanti hm?” Nur Imanina pula mengangkat
keningnya bersama senyuman mengusik.
“Sayang
tak suka baby girl ke?” Wajah Iman Faliq sudah berkerut.
“Suka.
Iman tak kisah pun lelaki ke perempuan. Cuma abang tu la.. Bukan-bukan aje ajar
Imani. Tak fasal-fasal dia suka bola.” balas Nur Imanina sedikit geram apabila
memikirkan minat anak perempuan tunggalnya itu.
Iman
Faliq tergelak.
“Abang
jangan nak kejutkan dia malam ni eyh?” tambah Nur Imanina sebagai amaran.
“Ialah-ialah..
maknanya takda orang teman abanglah malam ni kan..” Iman Faliq terpaksa
mengalah.
Selama dia
menonton bola hingga lewat malam pun, si kecil Imani tidak pernah benar-benar
menemaninya kerana si kecil itu hanya akan dapat bertahan dalam tiga puluh
minit terawal sahaja. Itu pun hanya kerana semangkuk ais krim yang ada
bersama-sama mereka. Selebihnya, si kecil itu akan kembali lena di sisinya.
Kalaulah isterinya tahu, si kecil itu sanggup berjaga lewat kerana aiskrim..
“Alah..
Selama ni, macamlah Iman tak pernah teman abang. Cuma ialah.. semenjak ada
anak-anak ni, orang tu mana ada pandang kita lagi. Sikit-sikit Zarif,
sikit-sikit Imani. Tengok bola, dengan anak-anak, makan aiskrim dengan
anak-anak.. Siapalah kita ni..” Nur Imanina sengaja ingin menduga.
Iman
Faliq tersenyum-senyum. Diraih kembali tubuh isterinya dalam pelukan. Dilabuhkan
dagunya ke bahu wanita itu. “Jealous
dengan anak-anak ke hmm?” bisiknya.
“Sikitlah..”
jawab Nur Imanina mengusik.
“Alahai..
Kesiannya dia.. Takpa, malam ni, sayang teman abang okey? Jangan ada orang tu
merungut mengantuk pulak. Siaplah dia
nanti..” Iman Faliq pula memberi amaran menyebabkan Nur Imanina meledakkan tawa
sebelum cepat-cepat meloloskan diri. Itulah yang akan berlaku setiap kali dia
cuba menyokong minat si suami. Sudahnya dia lena di bahu lelaki itu hingga
perlawanan tamat.
18 comments:
Football fever ya. Kita dah dakap bukul novel anda.
Sekarang nie terlebih excited nak baca kisah selanjutnya Abang Kimi dan Adik Siti
Kak Siti>
hahaha. saya tak demam kak. saya ok je. dorang yang demam. haha. thanks kak sudi dptkan. huu
Kimi Siti insya-Allah. malam esok saya up. :D
arsha...nk lg boleh?
mcm tahu je,akak baru nk request da ada,tq
Mza sangat sukakan novel TDK. Sanggup round 1 book fair kat PWTC dulu sbb nak dptkan buku ni, sbb xingat keluaran apa time tu. Rezki sbb dpt jumpa sis sekali time tu. Dpt signature and gift skali time tu. Sampai sekarang novel TDK ni peneman tdo tepi bantal. Xtau da baca bape kali da.. dan sgt2 sukakan karya sis. Hopefully next novel akan dapat signature dari sis jugak. Teruskan berkarya...dan mza akan sentiasa sokong sis.
Kakna
Adehh.. nak lagi ke? Cukup laa.. Hahaha.. sama2.. :)
Alahaii miza..
Thanks a lot dear. Touching ni.. Huuu..
InsyaAllah. Terima kasih banyak2.. moga Allah reda. :)
Yeay...terubat rindu dgn iman kuasa dua n junior2 iman....fifa plak dah ikut demam bola jugak ker....
nak lagi ler cam pendek jer...hikhikhik. ...
So sweeeeeeeeeeet...... bestlah akak...
nak lg acha
:)
thanking u in advance. so far kita ada 2 buku Iaitu TDK n Biar Aku Jadi Penunggu without signature sebab masih balik KL singgah Masjid India itu yg dapat terus post laju. i hope to get yg signature for future novel.
DeWi >
Hahaha tak pun.. :P
Anonymous>
Thanks!
Maylin>
Adehh cukup laa. Haha
Kak Siti>
Huu.. thanks a lot akak. InsyaAllah kak. Kalau ada rezeki. :)
emmm...hilang rasa rindu kat couple iman nih.....nak lagi boleh takkkkk????....
Hikhik.. thanks kak!
ble nk sambung lg arsha...
Doakan ada version puasa, pastu raya pulak. Hikhik. InsyaAllah. Kalau panjang umoq. 😁 :)
Aduh kak edah ketinggalan se ni baru terbaca sbb tak ckup entry bmjm tadi....best thanks arsha
Terlewat baca se ni thanks terubat rindu tdk rasa nak ulang baca novel ni he....sebenarnya kak edah just scroll sbb tak cukup baca entry bmjm.....amin moga ada versi puasa n raya...
Post a Comment