DB 8
“Tiya…” Meleret Shah memanggil
nama gadis di sisinya itu.
“Kau boleh tak
jangan nak panggil aku macam tu. Kau saja nak test aku kan?” Fatiyah menjeling geram.
Shah tergelak.
“Habis tu, yang kau diam aje dari tadi kenapa? Macam aku drive sorang-sorang. Mengantuk tahu tak?” Balasnya dengan sengihan
lebar. Berjaya membuatkan gadis itu bersuara.
Fathiyah mencebik.
Faham benar dengan perangai Shah yang tidak akan senang jika dia hanya berdiam
diri. “Habis tu, sebelum ni kau drive
sorang-sorang tu okey pulak?”
Sindirnya selamba.
Time tu, memang dah takda siapa nak
teman aku. Sekarang ni, ada teman. Orang ada teman, buat macam orang ada
temanlah.” Selamba Shah menjawab.
“Mengadalah! Aku mengantuk tahu tak.
Sibuk ajak balik pagi-pagi kenapa? Macamlah nak balik rumah dia.” Rungut
Fathiyah yang tidak puas hati kerana lelaki itu seawal tujuh pagi sudah terpacak
di pintu pagar hostelnya.
Shah tersengih
lagi. “Aku terjaga awal. Dah tak tahu nak buat apa, aku terus ajelah siap.”
Jawabnya sama seperti tadi. Bukan main senang lagi hatinya saat itu.
“Kau sedaplah
bangun-bangun aje breakfast dah siap
atas meja. Dah la malam tadi aku tak makan. Ni pagi-pagi dah suruh aku siap
cepat.” Kelat wajah Fathiyah menghamburkan rasa tidak puas hatinya. Tambahan
pula perutnya memang minta diisi sejak tadi.
“Alololo… Siannya dia..” Sengaja Shah
mengusik sebelum perutnya terasa senak apabila Fathiyah sudah melayangkan
tangan ke perutnya. “Hish! Kau ni kan.. Tangan kau tu memang tak reti duduk
diam eyh..” Shah menggosok perutnya
perlahan.
“Padan muka!”
“Alah.. Nak
gurau sikit pun tak boleh. Tu ha… Umi siap tapaukan
sandwich telur dekat belakang tu
untuk kau.” Ujar sambil menunjuk ke arah beg kertas yang dibawa dari rumah
tadi.
Mata Fathiyah
terus membulat. Senyuman di bibirnya mekar. Tanpa menunggu lama beg kertas di
tempat duduk belakang dicapai. “Ni yang aku sayang sangat dengan umi ni.”
Ucapnya dengan wajah teruja. Penutup bekas terus sahaja dibuka sambil menjeling
ke sisi. “Ummi sayang aku lebihlah. Jangan jealous!”
Katanya sengaja mengusik.
Shah menjeling
sekilas. “Aku cakap aje nak keluar pagi, umilah yang paling sibuk pasal kau tahu? Sebab dia tahu kau mesti
takkan sempat nak breakfast punya.”
Beritahunya perihal umi.
“Waa.. Umi ni
suka buat aku touching tau. Siap
sekali dengan Neslo.” Kata Fathiyah tanpa menghiraukan kata-kata Shah.
“See? Memang betullah dia sayang kau.
Pantang aku sebut nama kau, mesti dia yang paling sibuklah.” Tambah Shah lagi.
Hatinya senang melihat gadis di sisinya itu begitu ceria melihat sandwich telur
yang dibawa.
“Haruslah!
Sebab kau kan anak angkat ummi aje..” Selamba Fathiyah menjawab diiringi tawa
sebelum mula menyuap sandwich ke mulutnya.
Shah tersengih
kelat. Terusik hatinya namun ia tidak akan menggugat sedikit pun rasa bahagia
yang sementara itu. Dia tahu Fathiyah sekadar bergurau.
“Orang, sebelum
makan baca bismillah. Kau makan dengan syaitannirhojimm Tiya.” ujarnya tidak
mahu mengalah menyebabkan gadis itu terus tersedak-sedak. Dan serentak itu juga
dia memberhentikan keretanya ke tepi.
“Kau ni, lain
kali boleh tak makan tu jangan gelojoh sangat.” Dia segera mencapai botol air
mineral yang turut sedia dibawa. Tangannya tanpa disuruh terus menggosok lembut
belakang tubuh gadis itu.
“Shah…” Dalam
terbatuk-batuk Fathiyah cuba menolak tangan Shah. Tidak selesa lelaki itu
menyentuhnya begitu.
“Er.. Sorry.” Shah serba salah. “Kau tu lain
kali makanlah elok-elok.” Dia risau melihat wajah Fathiyah yang merah padam.
“Kaulah..
Syaitannirhojimm bagai.” Fathiyah menyerahkan kembali botol air mineral tadi.
Tisu dari tangan lelaki itu pula dicapai.
Shah tergelak
kecil. “Tu.. Lap dashboard aku sakali
tu.” Arahnya sebelum kembali memandu.
Fathiyah
sempat menghadiahkan jelingan sambil mengelap mulutnya yang sedikit comot
kemudian berpindah ke arah dashboard
kereta yang dimaksudkan. “Shah, nanti sampai rumah, kalau ibu tanya pasal kita, kau pandai-pandailah jawab.
Aku tak nak jawab.” ucapnya sebaik mengelap mulut.
“Eh, aku sorang kena jawab?”
“Hello dear! Siapa yang nak sangat kita
baik? Kau ke aku?” Fathiyah menjongketkan keningnya sebelah.
Shah menarik
senyum tepi. Terusik lagi hatinya. Sedar yang hubungan mereka kini hanyalah
sementara. Dan dia tahu gadis itu rasa terpaksa untuk berbaik dengannya. “Ialah..
Nanti aku explain dengan ibu. Jangan
risau.” Mengalah. Mata mengerling sekilas. “Beb,
tepi bibir kau.” Ringan sahaja tangannya ingin mengelap tepi bibir Fathiyah
namun gadis itu segera menolak.
“Shah.. Lepas
ni, boleh tak kau jangan suka-suka nak pegang-pegang aku. Rugilah husband aku nanti.” Fathiyah cepat-cepat
mengelap tepi bibirnya yang comot.
“Eh, yang kau
pukul aku tadi takpa? Kau ingat wife
aku tak rugi?” Balas Shah yang sengaja mempersoalkan peringatan gadis itu.
Fathiyah
menjeling. Hati sedikit terkesan namun sedaya upaya dia beriak tenang. Tanpa
mahu melanjutkan bicara, dia leka menikmati sandwich telur yang masih berbaki.
…………………
“Ibu!!” Agak kuat dia menjerit
apabila melihat sangkar besi di belakang rumahnya itu kosong. Penghuninya
tiada.
“Kenapa ni
Tiya?” Sahut Zainab dari muka pintu dapur.
“Gina mana?
Along keluarkan ke?” Soal Fathiyah masih tidak berganjak di hadapan sangkar tersebut.
“Ha’ah...”
Ringkas Zainab menjawab dengan perasaan serba salah.
Fathiyah terus
mendapatkan ibunya di muka pintu itu. “Ada atas siling? Bila Along keluarkan?”
Dia terus memanjangkan leher ke salah satu sudut siling dapur. Petak siling
yang kebiasaannya terbuka jika ular sawa kesayangannya dilepaskan, bertutup.
Wajahnya berkerut. “Kenapa Along tak buka siling tu?” Soalnya sedikit pelik.
Wajah ibunya itu dipandang.
“Along dah
lepaskan Gina minggu lepas…” Perlahan Zainab menjelaskan keadaan yang sebenar.
Fathiyah
tergamam. Wajah ibunya itu dipandang tanpa berkelip. “Along buang Gina ke bu…”
Ada getaran dalam nada suaranya.
Zainab
melepaskan keluhan. “Tiya…” Dia cuba meraih bahu anak bongsunya itu namun
tangannya ditolak.
“Bila Along
buang Gina?” Soalan pula meniti bibir Fathiyah.
“Kelmarin…”
Zainab terpaksa mengakui.
Dua hari
lepas, dia sudah melarang Amrizan dari melepaskan ular sawa kesayangan anak
bongsunya. Namun anak sulungnya itu tetap berdegil atas alasan perikemanusiaan.
Ular sawa betina itu berhak hidup bebas.
“Kenapa ibu
tak bagi tahu Tiya, Along nak buang Gina…” Lemah Fathiyah bersuara dengan mata
yang mula berkaca-kaca. Kecewa benar hatinya saat itu kerana haiwan kesayangan
yang sudah hampir sepuluh tahun membesar bersamanya dibuang tanpa
pengetahuannya.
“Ibu dah cakap
dengan Along tunggu Tiya balik… Tapi…”
“Along memang
dah tak sayangkan Tiya! Sampai hati Along buang Gina!” Fathiyah sudah
mengalirkan air mata. Dua ekor ayam yang dibeli khas buat haiwan eksotiknya itu
terus diserahkan kepada ibunya sebelum dia terus berlalu masuk ke dalam bilik.
“Tiya…” Zainab
tidak tahu apa yang harus diucapkan. Hubungan dingin yang baru sahaja beransur
pulih, kini keruh kembali.
“Bu… Kenapa
tu?” Muncul Shah di ruang dapur itu. Tubuhnya tanpa sengaja dilanggar oleh Fathiyah
saat mereka berselisih tadi.
“Hm… Dua hari
lepas Amrizan lepaskan Gina dekat belakang tu ha…” Jawab Zainab bersama
keluhan. Dua ekor ayam tadi terus sahaja dimasukkan ke dalam peti sejuk.
“Oh… Ia ke…” Shah
berdiri di muka sambil melihat kawasan belakang rumah itu. Ada ladang kelapa
sawit di belakang perumahan tanah persendirian itu. “Bu… Boleh ke lepaskan Gina
dalam ladang tu? Tak bahaya ke?” Ujarnya lanjut.
“Bukan dalam
ladang tu. Amrizan buang dekat belukar kecil sebelah ladang tu.” Jelas Zainab
yang turut sama berdiri di sisi anak muda itu.
Dia yang
sebenarnya masih terkejut dengan kepulangan kedua-duanya tadi, memandang ke
wajah Shah dengan penuh tanda tanya.
“Bu…” Shah
kerut dahi saat matanya berlaga dengan mata Zainab. Ada sedikit kelainan pada
riak wajah sahabat uminya itu. “Er… Ada apa-apa ke dekat muka Shah?” Tangan mula
meraba-raba mukanya sendiri.
Zainab senyum
segaris. “Taklah… Erm… Boleh ibu tanya sikit?” Tuturnya lembut. Dia sudah sedia
maklum akan apa yang sedang berlaku. Namun, ada sesuatu yang dia ingin tahu
dari mulut lelaki muda itu sendiri.
“Ibu ni… Nak mintak izin pulak. Tanya ajelah apa yang ibu nak tanya. Apa yang Shah boleh
jawab, Shah jawab.” Balas Shah senang bersama senyuman.
“Shah memang
langsung tak boleh terima Tiya lagi ke?”
Senyum di bibir
Shah terus mengendur. Tersentak dengan soalan yang diajukan. Nafas berat
terhela dari mulutnya. “Ibu.., ibu tahukan siapa Shah? Keluarga ibu ni keluarga
baik-baik bu… Ada ramai lagi lelaki baik untuk Tiya. Shah ni cuma boleh jadi
abang dia aje bu…” Jawabnya lambat bersama keluhan panjang.
“Shah…”
“Bu, Tiya nak
jumpa Alan kejap.” Muncul Fathiyah di situ, belum pun sempat Zainab menyambung
kata. Tangannya dicapai sekilas sebelum gadis itu terus berlalu.
“Bu, Shah ikut
dialah. Shah pergi dulu bu. Ibu jangan risau pasal Tiya tu okey?” Shah pula tergesa-gesa mencapai tangan tua
Zainab sebelum dia laju menuruti langkah Fathiyah laju ke muka pintu. Tidak
senang hatinya saat nama lelaki lain meniti bibir gadis itu.
Zainab hanya
mampu memandang kelibat kedua-duanya hilang daripada pandangan.
………………
“Korang ni ada apa-apa ke?” Soal Azlan sebaik meletakkan segelas
Neslo kegemaran Fathiyah dan jus oren seperti yang dipesan oleh Shah sebentar
tadi.
Fathiyah
menghadiahkan jelingan ke sisinya apabila melihat Shah tersengih-sengih tanpa
rasa bersalah kerana menurutinya ke situ. “Kau rasa?” Sengaja dia mengajukan
soalan juga kepada lelaki berwajah manis di hadapannya itu.
Azlan
tergelak. “Entah. Tapi aku harap, aku ada peluang lagi la.” Balasnya penuh makna.
Sempat keningnya dijongketkan kepada Shah. Bukan dia tidak nampak api cemburu
yang sedang menyala di mata lelaki itu.
Shah pula ketap
bibir. Terpaksa tahan hati.
“Tiya, kenapa
ni? Kau okey ke?” Azlan memberi tumpuan kembali ke arah gadis yang pernah menjadi
pilihan hatinya sebelum ini.
“Aku takda mood la Alan..” jawab Fathiyah malas.
Disedut perlahan Neslo ais di hadapannya.
“Alah…
Janganlah macam tu. Kau dah lama tak datang kedai aku ni. Tiba-tiba datang, kau
takda mood. Story la dengan aku kalau ada apa-apa. Macam tak biasa.” Balas
Azlan prihatin.
Sememangnya
walaupun mereka sudah jarang bertemu, agak kerap juga gadis itu menghubunginya
semata-mata mahu meluahkan perasaan. Dan dia sendiri maklum akan apa yang
sedang berlaku di antara Shah dengan gadis itu.
“Erm… Makde
mana? Tak nampak pun?” Fathiyah terus mengajukan soalan lain tanpa menjawab
soalan Azlan tadi. Tiada kepentingan yang ingin dikongsi tentang haiwan
kesayangannya yang telah dibuang.
“Mak aku pergi
cari barang kejap. Tu yang aku ada dekat kedai ni.” Balas Azlan bersama kerutan
di wajah. Matanya sempat mengerling ke arah Shah. Mahu lelaki itu bersuara dan
memberitahu apa sebenarnya yang sedang berlaku.
“Abang Am dah
buang Gina.” Shah bersuara malas. Walaupun hubungannya bersama Azlan tidak
begitu baik, tetapi mereka sudah kenal sejak di bangku sekolah lagi.
“Oh.. Sebab tu
la muka kau kelat semacam ni?” Lanjut Azlan dengan sengihan. Lucu melihat wajah
Fathiyah memuncung begitu.
“Tu la.. Along
aku la ni. Suka hati aje dia buang Gina. Dah la abah aku yang bagi dulu.” Balas
Fathiyah bersama keluhan. “Erm.. Alan, jom temankan aku cari Gina nak?”
Sambungnya penuh mengharap.
“Nak buat
apa?!” Serentak pula Shah dan Azlan menjawab.
Fathiyah
memandang kedua-dua lelaki itu bersilih ganti. “Sudahlah korang. Bukan aku tak tahu korang
takut ular. Nama aje lelaki! Dah tak payah! Biar aku aje yang cari!” Bentak
Fathiyah sebelum bingkas.
Azlan sudah
menggaru kepalanya yang tidak gatal. Manakala Shah pula terkocoh-kocoh bangun
sambil mengeluarkan not sepuluh sebelum dia terus mengejar Fathiyah yang
melangkah laju.
“Tiya!” Shah
cuba menyaingi langkah Fathiyah yang kian menghampiri kereta. “Tiya! Kau boleh
tak relax dulu?!” Dia sudah memintas
gadis itu.
“Dah la Shah.
Kalau aku lambat cari Gina, lagi jauh dia dah pergi.” Ujar Fathiyah seraya cuba
menolak tubuh Shah yang menghalang pintu kereta.
“Tiya! Kau ni
kenapa? Ular aje pun!” Shah masih mahu menghalang.
“Memanglah
ular aje pun! Tapi, sebab dia ularlah aku nak cari dia balik! Sebab Gina tak
pernah pun tahu nak sakitkan hati aku! Apatah lagi nak tinggalkan aku melainkan
dia mati!” Fathiyah membalas geram. Sakit hati kerana Shah langsung tidak peka
dengan perasaannya. Bukan tidak tahu begitu lama dia membela dan menyayangi
haiwan eksotiknya itu.
Shah terkedu.
“Tepilah kau!”
Fathiyah terus sahaja menolak tubuh Shah yang tegak berdiri di hadapannya.
Terus sahaja dia meloloskan diri ke tempat pemandu. Tanpa menghiraukan Shah yang
masih tidak bergerak di situ, terus sahaja dia memandu.
“Shah.” Azlan
datang menghampiri.
“Sampai mati
pun Lan dia takkan lupa apa yang pernah aku buat.” Luah Shah perlahan.
Azlan menepuk
beberapa kali bahu lelaki itu. “Jom kita duduk borak dulu. Kau pun dah lama
sangat tak lepak dekat kedai aku. Lepas mak aku sampai nanti, aku hantar kau balik.
Jom.” Mesra dia mengajak.
Shah pula
tidak menolak. Hanya menuruti langkah Azlan masuk ke kedai semula.
“Apa
sebenarnya tujuan kau baik dengan dia balik Shah?” Azlan bertanya sebaik mereka
melabuhkan duduk di kerusi tadi. Dia ingin penjelasan dari bibir Shah sendiri walaupun
dia sedia tahu dari pihak Fathiyah.
Shah menghela
nafas panjang sebelum matanya terhala ke arah lelaki di hadapannya itu. “Kenapa
kau nak tahu?” Ada keraguan dengan soalan yang diajukan.
Azlan senyum
segaris. “Kau tak rasa ke, kau sebenarnya akan sakitkan hati dia lagi?” Dia
berkias.
“Dah dua tahun
Lan dia langsung tak nak jumpa aku, tak bercakap dengan aku. Kau ingat, aku
boleh senang hati ke hidup dalam kemarahan dengan kebencian orang? Lagi-lagi
Tiya.” Luah Shah jujur.
“Dah tahu
macam tu, yang hari tu kau pergi cancelkan
majlis tunang kau kenapa? Siapa yang salah sekarang ni? Kau tahu tak, Tiya
sayang kau gila-gila sampai dia tak pandang pun aku yang kurang kacak sikit aje
dari kau. Dah la kau yang beria-ia ajak dia bertunang bagai. Lepas tu, kau
boleh cancel macam tu aje.” Azlan
tidak puas hati dengan tindakan yang dilakukan oleh lelaki itu dua tahun lalu.
Shah
melepaskan nafas berat. Sama berat apa yang disimpan kemas di dalam hatinya. “Kau
ingat, aku suka-suka buat keputusan tu ke? Aku, kalau boleh sekarang jugak nak nikah dengan dia.” jawabnya
perlahan.
“Habis tu, apasal kau tak buat?” Selamba Azlan
menyoal.
“Sebab aku tak
bolehlah, aku tak buat. Kalau tak, dari dulu lagi aku buat Lan.” Tingkah Shah
mula sakit hati dengan setiap pertanyaan lelaki di hadapannya itu.
Azlan
melemparkan senyum sinis. “Aku tak fahamlah kau ni Shah. Suka, tapi kau tak nak
dia. Apa tu? Kau ni ada masalah apa sebenarnya? Ada masalah hati ke, masalah
otak? Aku kesian dengan Tiya tu tahu tak? Dah la comel, cute, caring. Cuma dia
tak tahu masak dengan childish sikit aje.
Tapi lepas korang break, aku dah tak nampak
manja dia tu. Jadi degil semacam. Hati kering. Tu yang aku pelik sekarang ni,
macam mana dia boleh terima kau balik? Kalau tak, aku sebut nama kau aje,
tangan dia cepat aje nak melayang.” Panjang dia membebel.
Shah mengeluh
lagi. Tidak mungkin dia akan menerangkan keadaannya yang sebenar. Cukup hanya
dia bersama ahli keluarga terdekat sahaja yang tahu.
“Bro, kalau kau tak nak dia, lepaskan
dia. Bagi peluang pada orang lain yang boleh jaga dia.” Kata Azlan lagi sekadar
menasihati walaupun dia yakin lelaki itu masih menaruh perasaan terhadap
Fathiyah.
Keluhan lagi
terlepas di bibir Shah. Berat benar kenyataan Azlan untuk diterima walaupun dia
sedar akan hakikat yang satu itu. Dia langsung tidak punya hak ke atas diri
Fathiyah. “Kau ada hati dengan dia lagi?” Soalan itu yang terpacul di bibirnya.
“Kenapa kau
tanya?” Azlan mengajukan soalan juga dengan senyuman penuh makna tergaris di
bibirnya.
“Aku cuma nak make sure yang dia tak tersalah pilih.
Tu aje.” Shah cuba menenangkan dirinya sendiri.
Azlan
melebarkan senyuman seraya menepuk beberapa kali bahu Shah sebelum bingkas.
“Jomlah aku hantar kau balik. Mak aku dah sampai tu.” Sengaja dibiarkan
pertanyaan Shah tidak berjawab. Dia mahu lelaki itu menilai sendiri dengan
pancaindera yang dikurniakan tuhan.
No comments:
Post a Comment