Jun 15, 2014

TIRAI DOSA KELMARIN_se_SWC

Assalamualaikum

Thanks kepada yang masih sudi mengikuti segala tok nenek kesah dalam blog kurang kasih sayang ni. ~haha
 thanks juga kepada pengomen2 tegar dan ikhlas. 

Moh, ni hadiah kepada yang sudi dapatkan novel kedua saya TIRAI DOSA KELMARIN.

Kenapa tajuknya TDK_se_SWC?

SWC stands for SPECIAL WORLD CUP. ~haha

happy reading! :D

.................


Tirai Dosa Kelmarin_special WC

“Papa, malam ni jangan lupa kejutkan kakak tau?” bisik si kecil Nur Imani Humairah di tepi telinga Iman Faliq menyebabkan lelaki itu tertawa lucu.

“Beres sayang!” Dikucup pipi mungil si genit yang tersengih comel.

“Hah! Apa yang gelak-gelak, bisik-bisik tu?” tegur Nur Imanina yang muncul dari ruang dapur bersama semangkuk mi goreng dan diikuti Zarif Iman di belakangnya bersama sepinggan roti.

“Eleh.. Kakak suruh papa kejut tengok bola malam nantilah tu mama.” celah Zarif Aimin sebelum si kecil itu melabuhkan duduk di sisi adik kembarnya yang sudah mencebik.

“Biarlah! Sibuk abang ni! Jealouslah tu sebab takda jersi bola!” gerutu Nur Imani Humairah dengan mulut yang memuncung.

         Nur Imanina sudah menggeleng. Jelingan tajam dihadiahkan buat si suami yang tersenyum senang. “Abang jangan nak senyum-senyum. Hari ni, budak-budak dah masuk sekolah. Cuti sekolah dah habis ya..” Katanya berbaur amaran.

Sejak World Cup bermula, hampir setiap malam si kecil Imani menemani suaminya itu menonton bola sepak dan bukannya si sulung. Zarif kurang berminat dengan sukan bola sepak. Sejak berumur lima tahun, si kecil itu lebih cenderung dengan aktiviti seni mempertahankan diri selepas bapa mentuanya memperkenalkan tekwando dan silat. Datuk Hamzah yang mahu si kecil itu menyertai kelas seni mempertahankan diri seawal umur lima tahun lagi. Dan kini, sejak masuk ke tahun satu, si kecil itu seperti tidak hairan dengan sukan bola sepak.

Tidak seperti Imani. Si genit itu cenderung dengan aktiviti sukan. Termasuklah bola sepak kerana terikut-ikut dengan minat suaminya. Hampir semua pasukan pilihan lelaki itu, turut sama diminati.

         “Ia.. Abang tahulah sayang..” Iman Faliq tersengih. Dikerdipkan matanya beberapa kali ingin mengusik Nur Imanina.

                “Nur Imani Humairah binti Iman Faliq. Dengar sini mama nak cakap. No ball, no World Cup anymore. Lepas ni ada mid-term kan? So, jangan sampai mama tahu ada yang tak cukup tidur, tak cukup study.” Nur Imanina bersuara tegas memberi peringatan kepada si genit yang lincah itu.

                “Aloh mama..” Nur Imani Humairah tarik muncung. “Papa boleh tengok. Kenapa kakak tak boleh?” Si kecil itu mula menyuarakan rasa tidak puas hati.

                “Papa is papa. Nur Imani Humairah is Nur Imani Humairah. You just seven years old my dear.” Sekali lagi Nur Imanina menghadiahkan jelingan kepada suaminya apabila perasan lelaki itu menahan tawa.

                “Papa..” Nur Imani mula merengek pada papanya.

                “Hish! Mama kata no, so means no la kakak. Cuba kakak dengar cakap mama.” Zarif mencelah sambil mengunyah roti bakar yang dihulurkan oleh Nur Imanina sebentar tadi.

                “Dengar tu apa abang cakap?” tambah Nur Imanina puas hati kerana mendapat sokongan anak sulungnya berbanding suami sendiri yang sejak tadi tersenyum-senyum melihat telatahnya melayan anak-anak.

                “Ee.. Mama ni tak bestlah! Bukan every year ada Wolrd Cup kan papa?” rungut Nur Imani Humairah tetap tidak berpuas hati.

                “Betul!” sahut Iman Faliq selamba sebelum dia menekup mulutnya sendiri apabila terasa dia sudah terlepas cakap. Wajah garang isterinya dipandang. “Alah sayang.. Sorry..” Dia tersengih kelat sebelum cepat-cepat menghabiskan mi goreng yang disendukkan si isteri tadi.

                “Abang ni kan..” Nur Imanina ketap bibir rapat. Faham benar dengan perangai Iman Faliq yang suka memanjakan anak-anak.

                “Kenapa ni Iman? Dari luar lagi dengar dah bising-bising? Sampai Mak Som bagi salam pun tak dengar.” Mak Som baru sahaja tiba.

                “Nek Som, mama tak bagi tengok bola Mak Som.” adu Nur Imani Humairah terus belum sempat Nur Imanina menjawab.

                “Baguslah tu. Kan hari ni dah mula sekolah? Takkan nak tidur lewat-lewat lagi.” balas Mak Som sebelum melabuhkan duduk di sisi menantu majikannya.

                “Alah Nek Som ni.. Sama macam mama.” Nur Imani Humairah memuncung lagi dan kali ini Iman Faliq melepaskan tawa.

                Semua pasang mata sudah menumpukan perhatian kepada Iman Faliq.

                “Kenapa abang ni? Apa yang kelakarnya?” tanya Nur Imanina pelik.

                “Nak tahu tak satu benda sayang? Walaupun kakak ni lebih ikut abang, tapi muka dia, muncung angsa dia tu, sebijik macam sayang. Kalau nak tahu muka sayang merajuk macam mana, macam Imani tu la.. Kan Mak Som?” jelas Iman Faliq dalam sisa tawa menyebabkan bergema ruang makan itu dengan tawa mereka kecuali Nur Imanina. Terus dicubit lengan Iman Faliq yang enak sahaja menjadikan dia sebagai bahan gurauan.

                “Amboi.. Seronoknya. Ada cerita best ke pagi-pagi ni?” tegur Datuk Hamzah yang baru turun diiringi Datin Farah sambil mendukung si kecil Zairil Aimin hampir berusia tiga tahun.

                “Papa kata, mulut mama macam muncung angsa tok pa. Sama dengan kakak.” sahut si kecil Zarif diiringi tawa menyebabkan Nur Imanina menahan geram. Manakala si kecil Imani sudah menghadiahkan cubitan halus pada lengan pasangan kembarnya.

                “Ada-ada ajelah cucu-cucu tokpa ni.” Menggeleng Datuk Hamzah mendengar celoteh anak cucunya pagi itu. Dan begitulah selalunya di meja makan. Tidak lekang dengan senda gurau.

………………

“Lepas minum susu ni, semua masuk tidur okey? Dah lewat ni.” Nur Imanina memberi peringatan sebaik dia meletakkan dua gelas susu di hadapan si kembarnya. Dan peringatan itu sebenarnya khas ditujukan buat Nur Imani Humairah yang sejak tadi berkepit dengan suaminya.

                “Alright mama!” sahut Zarif patuh. Namun tidak buat anak keduanya. Si kecil itu sudah mempamerkan riak yang pelbagai sambil berbalas pandang ke arah suaminya.

                “Abang jangan nak macam-macam.” Sekali lagi Nur Imanina memberi peringatan dan Iman Faliq hanya tersengih-sengih.

                “Okey. Habis susu, semua naik bilik. Dengar cakap mama tu Imani.” Dipandang anak keduanya penuh makna apabila si kecil itu hanya menaikkan ibu jari.

                Nur Imanina pula sudah melemparkan riak curiga ke arah kedua-duanya.

                “Mama, abang naik dulu.” ucap Zarif sebaik menghabiskan segelas susunya. Tangan Nur Imanina dicapai dan dikucup sebelum bibirnya singgah di kedua-dua belah pipi wanita itu pula. Kemudian perkara yang sama dilakukan terhadap Iman Faliq.

                “Assalamulaikum.” lembut si kecil itu mengucapkan sebelum naik ke atas rumah. Namun tidak buat Nur Imani Humairah. Si kecil itu seperti sengaja berlambat-lambat menghabiskan susunya.

                “Kakak.” Iman Faliq bersuara sedikit tegas.

                “Ialah-ialah.” Nur Imani Humairah terpaksa akur. Cepat-cepat dihabiskan susu yang masih berbaki.

                “Good! Macam tu la anak papa.” Iman Faliq menarik senyum manis. Si kecil itu dirangkul erat dalam pelukan sebaik mereka bersalaman.

                “Mama..” Nur Imani Humairah sudah berpindah ke arah Nur Imanina pula. Diusap lembut wajah mamanya.

                “Ada apa ni?” Nur Imanina menjongketkan keningnya sebelah. Seperti dapat meneka akan kemahuan si genit itu.

                “Mama, boleh tak kakak teman papa malam ni. Sekejap aje mama.” Nur Imani Humairah meleretkan kata. Cukup mendayu nadanya demi memujuk mamanya.

                “No.” Nur Imanina bertegas.

                “Alah…”

                “I said no sayang.. Mama tak nak kakak mengantuk pergi sekolah esok. Weekend kan boleh tengok. Nanti mama suruh papa rekod okey?”

                Nur Imani Humairah sudah memuncung.

                “Kakak.. Dengarlah cakap mama ni. Kan kakak kata nak jadi kakak yang baik pada adik Zairil. Kakak yang baik, kena dengar cakap mama, cakap papa.” Nur Imanina cuba memujuk.

                “Okeylah..” jawab si kecil itu malas. Terus sahaja dikucup kedua-dua belah pipi Nur Imanina sebelum terus memanjat tangga malas.

                Iman Faliq yang memerhati menguntum senyum. Walaupun anak keduanya itu sedikit nakal, tapi hanya isterinya yang mampu memujuk.

                “Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi..” Dia bersuara sebaik kelibat anak keduanya itu hilang.

                Nur Imanina menoleh. “Ikut perangai abanglah tu!” balas Nur Imanina sebelum bingkas namun dia terduduk kembali apabila lengannya ditarik kuat hingga terduduk kembali ke sisi suaminya itu dan tubuhnya terus didakap erat.

                “Apa ni?” Matanya membulat apabila wajah Iman Faliq terlalu hampir.

                Iman Faliq melorek senyum nakal.

                “Takkan merajuk pasal pagi tadi tak habis lagi sayang hmm?” ucapnya lembut.

                “Mana ada!” Nur Imanina memaling wajah ke sisi. Tidak mampu menatap renungan yang mampu menggoyahkan hati wanitanya.

                “Kalau tak merajuk, cuba pandang sini.” Iman Faliq menarik hujung dagu Nur Imanina.

                “Abang janganlah.. Malulah kalau mama dengan papa tengok. Iman nak cepat naik ni. Nak tengok Zairil. Kesian dia tidur sorang-sorang dekat atas tu.” Nur Imanina berusaha menolak tubuh Iman Faliq yang menghimpit tubuhnya.

                “Sorry pasal pagi tadi.. Abang gurau ajelah.” Iman Faliq tidak menghiraukan kata-kata isterinya. Sebaliknya makin kejap tubuh itu diraih dalam pelukan.

                “Suka aje cakap mulut orang macam mulut angsa! Habis dia tu apa? Kalau merajuk lagi buruk!” hambur Nur Imanina tidak puas hati apa yang berlaku pagi tadi. Entah kenapa dia terasa hati hingga begitu sekali.

                “Sayang kenapa ni.. Lately ni cepat aje nak marah. Gurau pun dah tak boleh hm?”

                “Abang tu! Suka kenakan Iman!”

                “Alah.. Sebelum ni elok aje. Sayang tak macam ni pun. Selalu sayang sekejap aje okey. Ni, sampai malam macam nak tak nak aje cakap dengan abang..” Iman Faliq perasan akan perubahan yang berlaku sejak akhir-akhir itu. Mudah benar isterinya merajuk jika diusik berlebihan.

                “Tak ada apalah! Iman penat kut.” balas Nur Imanina mengendur.

                “Zairil nak dapat adik agaknya.” Iman Faliq sudah tersenyum nakal.

                “Jangan nak merepek eyh? Sudahlah abang. Iman nak cuci gelas tu cepat. Nak naik bilik. Mengantuk ni.” Nur Imanina segera menafikannya walaupun hati sudah terdetik perkara yang sama sejak semalam lagi.

                Iman Faliq meleraikan pelukan. Wajah isterinya itu dipandang dalam-dalam.

                “Kalau ada, Iman okey kan?” duganya.

                “Insya-Allah selagi Dia nak bagi kita rezeki.” Nur Imanina menarik senyum nipis. Bersyukur jika ada rezeki mereka.

                “But I hope, kali ni girl.” Terangkat-angkat kening Iman Faliq. Penuh mengharap.

                “Ia ke? Erm... Kita tengoklah macam mana nanti hm?” Nur Imanina pula mengangkat keningnya bersama senyuman mengusik.

                “Sayang tak suka baby girl ke?” Wajah Iman Faliq sudah berkerut.

                “Suka. Iman tak kisah pun lelaki ke perempuan. Cuma abang tu la.. Bukan-bukan aje ajar Imani. Tak fasal-fasal dia suka bola.” balas Nur Imanina sedikit geram apabila memikirkan minat anak perempuan tunggalnya itu.

                Iman Faliq tergelak.

                “Abang jangan nak kejutkan dia malam ni eyh?” tambah Nur Imanina sebagai amaran.

                “Ialah-ialah.. maknanya takda orang teman abanglah malam ni kan..” Iman Faliq terpaksa mengalah.

Selama dia menonton bola hingga lewat malam pun, si kecil Imani tidak pernah benar-benar menemaninya kerana si kecil itu hanya akan dapat bertahan dalam tiga puluh minit terawal sahaja. Itu pun hanya kerana semangkuk ais krim yang ada bersama-sama mereka. Selebihnya, si kecil itu akan kembali lena di sisinya. Kalaulah isterinya tahu, si kecil itu sanggup berjaga lewat kerana aiskrim..

                “Alah.. Selama ni, macamlah Iman tak pernah teman abang. Cuma ialah.. semenjak ada anak-anak ni, orang tu mana ada pandang kita lagi. Sikit-sikit Zarif, sikit-sikit Imani. Tengok bola, dengan anak-anak, makan aiskrim dengan anak-anak.. Siapalah kita ni..” Nur Imanina sengaja ingin menduga.

                Iman Faliq tersenyum-senyum. Diraih kembali tubuh isterinya dalam pelukan. Dilabuhkan dagunya ke bahu wanita itu. “Jealous dengan anak-anak ke hmm?” bisiknya.

                “Sikitlah..” jawab Nur Imanina mengusik.

                “Alahai.. Kesiannya dia.. Takpa, malam ni, sayang teman abang okey? Jangan ada orang tu merungut mengantuk pulak. Siaplah dia nanti..” Iman Faliq pula memberi amaran menyebabkan Nur Imanina meledakkan tawa sebelum cepat-cepat meloloskan diri. Itulah yang akan berlaku setiap kali dia cuba menyokong minat si suami. Sudahnya dia lena di bahu lelaki itu hingga perlawanan tamat.
                

18 comments:

Siti Klinkner said...

Football fever ya. Kita dah dakap bukul novel anda.

Siti Klinkner said...

Sekarang nie terlebih excited nak baca kisah selanjutnya Abang Kimi dan Adik Siti

arsha said...

Kak Siti>

hahaha. saya tak demam kak. saya ok je. dorang yang demam. haha. thanks kak sudi dptkan. huu

Kimi Siti insya-Allah. malam esok saya up. :D

kak na said...

arsha...nk lg boleh?
mcm tahu je,akak baru nk request da ada,tq

sal miza said...

Mza sangat sukakan novel TDK. Sanggup round 1 book fair kat PWTC dulu sbb nak dptkan buku ni, sbb xingat keluaran apa time tu. Rezki sbb dpt jumpa sis sekali time tu. Dpt signature and gift skali time tu. Sampai sekarang novel TDK ni peneman tdo tepi bantal. Xtau da baca bape kali da.. dan sgt2 sukakan karya sis. Hopefully next novel akan dapat signature dari sis jugak. Teruskan berkarya...dan mza akan sentiasa sokong sis.

arsha said...

Kakna

Adehh.. nak lagi ke? Cukup laa.. Hahaha.. sama2.. :)

arsha said...

Alahaii miza..

Thanks a lot dear. Touching ni.. Huuu..

InsyaAllah. Terima kasih banyak2.. moga Allah reda. :)

Dewi Mus said...

Yeay...terubat rindu dgn iman kuasa dua n junior2 iman....fifa plak dah ikut demam bola jugak ker....
nak lagi ler cam pendek jer...hikhikhik. ...

Anonymous said...

So sweeeeeeeeeeet...... bestlah akak...

MaY_LiN said...

nak lg acha
:)

Siti Klinkner said...

thanking u in advance. so far kita ada 2 buku Iaitu TDK n Biar Aku Jadi Penunggu without signature sebab masih balik KL singgah Masjid India itu yg dapat terus post laju. i hope to get yg signature for future novel.

arsha said...

DeWi >

Hahaha tak pun.. :P

Anonymous>

Thanks!

Maylin>

Adehh cukup laa. Haha

Kak Siti>

Huu.. thanks a lot akak. InsyaAllah kak. Kalau ada rezeki. :)

Bella Daud said...

emmm...hilang rasa rindu kat couple iman nih.....nak lagi boleh takkkkk????....

arsha said...

Hikhik.. thanks kak!

Anonymous said...

ble nk sambung lg arsha...

arsha said...

Doakan ada version puasa, pastu raya pulak. Hikhik. InsyaAllah. Kalau panjang umoq. 😁 :)

kak edah said...

Aduh kak edah ketinggalan se ni baru terbaca sbb tak ckup entry bmjm tadi....best thanks arsha

kak edah said...

Terlewat baca se ni thanks terubat rindu tdk rasa nak ulang baca novel ni he....sebenarnya kak edah just scroll sbb tak cukup baca entry bmjm.....amin moga ada versi puasa n raya...