DB 6
“Tiya..”
Langkah
Fathiyah terhenti. Dia menoleh dengan wajah tidak berperasaan.
“Minggu ni
balik rumah?” Tanya Zainab yang cuba mencorakkan senyum manis buat anak
bongsunya itu.
“Tak tahu lagi
bu. Minggu depan Tiya dah nak exam.”
Jawab Fathiyah sambil memandang ke arah keluarga Shah yang beransur pulang
sebaik sebutan semula kes mereka selesai tadi.
“Tiya dah lama
tak balik rumah..” Kedengaran sedikit kecewa suara Zainab menuturkannya.
Sejak
peristiwa sebulan lalu, anak bongsunya itu tidak lagi pulang ke rumah. Lebih
banyak menghabiskan masa di kampus. Puas dia memujuk, namun pelbagai alasan
yang diberi.
“Tiya sibuk
sekarang bu..” Dia masih lagi mencipta alasan. Mengelak untuk pulang ke rumah
dan bertemu dengan abang-abangnya. Hatinya benar-benar merajuk dengan apa yang
berlaku.
“Hm..
Takpalah.. Nanti senang-senang Tiya bagi tahu Angah. Nanti dia boleh datang ambik Tiya.” Zinab mengalah. Dia tidak
mahu lagi memaksa.
“Ialah..”
Hendak tak hendak sahaja dia menjawab.
“Buat apa ajak
orang tak sudi bu..”
Muncul Amir
bersama lelaki yang amat dibencinya. Wajah terus dipalingkan ke arah lain. Dia
tercari-cari sebuah kereta yang menghantarnya ke mahkamah syariah itu awal pagi
tadi.
“Tak payahlah
nak sindir-sindir orang!” Jelingan tajam dihadiahkan.
“Sudahlah tu..
Jomlah kita balik.” Zainab mencelah kerana tidak mahu ada pertengkaran di situ.
“Angah dengan ibu hantar Tiya ya?” Sambungnya apabila perasan ketiadaan kereta
yang menghantar anaknya ke situ tadi.
“Takpalah bu..
Tiya tunggu kawan Tiya. Tadi dia dah janji nak ambik Tiya.” Balas Fathiyah sambil mengeluarkan telefon bimbitnya. Shah
yang turut sama ada di situ langsung tidak dihiraukan.
“Hm.. Ikut
Tiyalah.. Ibu dah nak balik ni.. Tiya jaga diri baik-baik.”
Fathiyah terus
menghulurkan tangan dan memeluk erat tubuh ibunya. Sungguh sebenarnya dia
begitu merindui wanita itu. Namun hanya kerana dia masih berjauh hati akan
keputusan yang terpaksa dituruti, rasa rindunya hanya mampu dipendam. “Ibu jaga
diri baik-baik. Tiya sayang ibu.” Dikucup wajah yang mula keruh itu penuh
kasih.
Zainab cuba
memaniskan wajah sebelum dia turut menghadiahkan kucupan yang sama buat anak
kesayangannya itu.
“Angah?” Amir
sudah menghulurkan pipinya. Cuba bergurau.
“Jangan nak mengadalah!” Dingin Fathiyah menjawab.
Tangan lelaki itu juga disambut dingin. Tidak seperti selalu.
“Ialah..
Sebelum ni elok aje cium Angah.. Tak suruh pun dia cium..” Amir pura-pura
berjauh hati walaupun sebenarnya dia tahu adiknya itu masih merajuk dengannya.
Fathiyah mencebik.
“Sudahlah
tu..” Zainab menarik lengan anak keduanya agar beredar. Tidak mahu lagi
berlamaan di situ.
“Shah, kau pun
nak balik kampus kan?” Amir memandang ke wajah sahabatnya yang sejak tadi hanya
diam memerhati.
“Haah.” Pendek
Shah menjawab diiringi senyuman tawar.
“Tiya kalau
kawan Tiya tu tak ambik, tumpang aje
Shah.” Arah Amir saat mereka beriringan ke tempat kereta.
Fathiyah
berkerut. “Angah nak Tiya kena tangkap basah lagi ke?” Dia bersuara tidak puas
hati akan arahan yang diberi.
“Ish! Takdanya
siang-siang hari orang nak tangkap.” Sahut Zainab sedikit kurang senang. Bukan
dia tidak perasan akan perubahan pada wajah Shah.
“Entah Tiya
ni..” Tambah Amir menyebabkan Fathiyah menjeling tajam.
“Malang tak
berbau. Sampaikan orang yang tak bersalah pun dipaksa mengaku salah.” Selamba
dia menyindir.
“Hm.. Sudahlah
tu.. Jom kita balik Amir.” Zainab menyampuk. Mahu menamatkan sahaja perbualan
yang bakal mencetuskan perbalahan.
Shah dan Amir
saat itu hanya mampu tahan hati. Sedar
akan sindiran yang meniti bibir Fathiyah.
“Tiya jaga
diri baik-baik.” Sempat Zainab berpesan sebelum dia masuk ke dalam kereta.
“Insya-Allah
bu selagi Tiya tak jumpa dengan orang yang salah.” Kata-katanya tetap berbaur
sindiran.
Zainab
menggeleng perlahan.
Amir
bersalaman dengan Shah sebelum dia juga turut masuk ke dalam kereta. “Sabar
ajelah bro. Budak tengah hot.” ucapnya penuh makna.
Shah hanya
mampu melemparkan senyuman tawar. “Er.., lama lagi ke kawan awak sampai?”
Soalnya sebaik kelibat kereta Amir hilang dari pandangan.
Fathiyah tidak
menjawab. Sebaliknya dia terus beredar dari tempat parkir itu. Mahu menanti di
tepi pintu pagar.
“Tiya!”
“Lepaslah!”
Fathiyah menepis kasar tangan Shah yang cuba menarik lengannya. “Kau nak apa
lagi?!” Marahnya tidak tertahan. Wajah tenang lelaki itu ditenung tajam.
Shah menarik
tangannya semula.
Fathiyah merengus.
Wajah dipalingkan.
“Sementara
tunggu kawan kau, boleh tak kita cakap sekejap?”
“Kau nak cakap
apa lagi? Kes kita dah nak settle.
Tunggu ajelah!” Balas Fathiyah kasar.
“Tiya.. Aku
tak nak kita terus macam ni..” ucap Shah penuh mengharap.
“Kau memang
tak nak, tapi aku nak!” Selamba Fathiyah menjawab.
“Tiya.. Please..” Tanpa segan Shah
mengucapkannya.
“Kau nak cakap
apa lagi?” Fathiyah mula rimas. Mahu atau tidak dia terpaksa juga berhadapan
dengan lelaki itu memandangkan sahabat yang menghantarnya ke situ tadi masih
belum kelihatan.
“Tiya.. Aku
tahu aku, dah banyak buat salah dengan kau. Dengan family kau.. Aku mintak
maaf banyak-banyak Tiya..” Penuh perasaan Shah mengucapkannya.
Fathiyah tarik
senyum sinis. Tiada hati mahu menambah.
“Kalau boleh..
Aku nak kita terus kawan.. Kawan macam dulu. Sebelum kita..”
“Kawan macam
dulu kau kata? Kau ingat tak macam mana kita kawan dulu?” Laju Fathiyah
memintas.
Shah
mengangguk perlahan. Betapa bahagia dan senang hatinya dahulu saat bersahabat
dengan gadis itu. Hari-hari yang mendatang begitu indah.
“Kau tak rasa
apa yang aku rasa Shah.. Kau tak duduk dekat tempat aku.. Orang yang aku sayang
tiba-tiba nak batalkan pertunangan atas alasan tak sedia. Alasan tak sedia tahu
tak Shah? Tak sedia?” Sengaja dia menyebut lambat-lambat dua perkataan yang
terakhir. “Lagi seminggu kita orang nak bertunang, tiba-tiba datang jumpa aku
dia cakap tak sedia? Kau tak rasa pelik ke Shah sebab dia yang beria-ia sangat
nak kita orang bertunang, lepas tu dia jugak
yang batalkan. Kau rasa Shah, patut ke, aku setia dengan orang yang tak tetap
pendirian macam tu? Patut ke, aku baik-baik dengan dia lagi?” Sambung Fathiyah sinis.
Air mata yang mula bertakung cuba ditahan dari tumpah.
“Tiya.. Aku
tahu kau boleh dapat lelaki yang lagi baik dari aku Tiya.. Cuma aku..” Shah
mematikan kata apabila Fathiyah menggawangkan tapak tangan di hadapan wajahnya
agar dia berhenti.
“Kau sendiri
cakap yang aku boleh dapat lelaki yang lagi baik kan?” Fathiyah merenung tajam
wajah keruh di hadapannya itu. “Habis tu, buat apa lagi kau nak kita berkawan?
Sebab senang kau nak sakitkan hati aku lagi? Tak cukup ke, apa yang kau dah
buat sekarang ni Shah.. Maruah aku, maruah family
aku macam tak bermakna langsung pada kau kan? Aku kena paksa mengaku benda yang
aku tak pernah buat.. Kau ingat aku perempuan apa? Perempuan murahan? Macam tu
ke Shah..” Lirih dia meluahkan dengan dada yang sedikit berombak. Menahan
pelbagai rasa yang bergumpal dalam hati.
“Tiya.. I’m really sorry sayang..” Shah meraih
jemari halus gadis itu.
Fathiyah
menggeleng beberapa kali seraya menarik semula jemarinya. Tidak sudi disentuh
begitu. “Kalau kau sayang aku, kenapa kau buat aku macam ni.. Sampai hati kau
Shah..” Tidak mampu lagi menahan, air matanya sudah laju menuruni pipi.
“Tiya.. Aku tak
mintak semua ni jadi pada kita Tiya..
Sumpah aku cintakan kau.. Tapi keadaan tak mengizinkan kita bersama Tiya.. Aku
tak layak untuk kau.. Ada lelaki lain yang lagi sesuai, lagi baik, yang boleh
cintakan kau lebih dari aku. Cuma aku.. Aku tak sanggup kau pergi jauh dari aku
selagi kau belum jadi milik orang lain.. Kalau boleh.. Aku nak pastikan kau
jumpa dengan orang yang betul-betul boleh jaga, boleh sayang kau lebih dari aku
sayang kau selama ni.. Please Tiya..”
Sepenuh hati Shah merayu walaupun sebenarnya kata-kata itu memakan dirinya
sendiri.
Fathiyah
menggeleng lagi. Air mata yang mengalir diseka kasar. “Aku tak faham Shah.. Aku
tak faham apa yang kau cakap. Kau sayang aku tapi kau tak boleh sama dengan
aku? Kau suruh aku cari lelaki lain tapi kau still nak baik dengan aku.. Apa semua ni?” Dia cukup keliru apa
yang diucapkan oleh lelaki itu.
“Kau tak perlu
faham Tiya.. Cukup kau faham yang aku tak nak kau jauh dari aku selagi kau belum
lagi jadi hak milik orang lain.” Dia bertegas.
Fathiyah tarik
senyum tepi. “Aku tak perlu faham? Baik. Selagi aku belum jadi hak milik orang
lain, selagi tu kau akan ada dalam hidup aku kan? Takpa.. Aku akan pastikan kau
jauh dari hidup aku secepat mungkin Shah..” Air mata yang masih bersisa tidak lagi
diendahkan. Hati mula menanam tekad.
“Fathiyah..”
Muncul seorang
lelaki muda dari salam sebuah kereta yang berhenti tidak jauh dari mereka.
“Tiya..” Shah cuba
menghalang apabila Fathiya mula melangkah untuk mendapatkan lelaki yang sedia
menanti itu.
“Aku boleh
jadi kawan kau, macam dulu Shah.. Aku akan layan kau macam mana aku layan kau
dulu sampai aku jumpa orang betul-betul boleh sayangkan aku. Tapi sekarang ni,
kau tolong lepaskan tangan aku. Aku nak balik. Kejap lagi aku ada kelas.” pinta
Fathiyah dengan suara tertahan. Tidak lagi berkasar dan sedingin tadi. Itu buat
permulaan ikatan ‘persahabatan’ yang akan terjalin semula.
“Thanks sebab sudi nak jadi kawan aku
macam dulu lagi..” balas Shah walaupun terasa payah. Keputusan yang sudah
dibuat kini terasa mula memakan dirinya sendiri. Adakah dia mampu melihat orang
yang disayangi bahagia dengan orang lain sedangkan hatinya hancur berkecai.
Tanpa menanti
lama, Fathiyah terus berlalu membawa hati yang cukup pilu. Keputusan yang
dibuat demi memuaskan hati yang terluka. Biar lukanya kian parah agar tidak
terubat lagi.
*****
“Tadi macam mana? Okey?” Soal
Anuar sebaik menyambut tuala yang dihulurkan. Wajah tidak ceria sahabatnya itu
dipandang.
“Okey aje.”
Ringkas dan tidak bersemangat Shah menjawab. Wajah ditalakan ke arah
sahabat-sahabatnya yang sedang giat berlatih di tengah padang. Sudah lama dia
tidak menyertai mereka walaupun tempoh rehat yang diberi hampir tiba ke
penghujung. Buat sementara waktu, dia tekad untuk berhenti dan akan memberi
tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran.
“Kau kalau ada
apa-apa nak aku tolong, kau bagi tahu aje. Jangan simpan sendiri bro. Insya- Allah, apa yang aku boleh
tolong, aku cuba tolong.” Anuar serba salah. Sewajarnya dia menemani sahabatnya
itu ke mahkamah pagi tadi. Namun, lelaki itu yang melarangnya.
“Takda apalah.
Semua dah nak settle.” Masih dalam
nada yang sama namun kali ini ada keluhan berat yang terlepas dari bibir Shah.
“Kalau dah nak
settle, yang muka kau macam orang
kena paksa nikah kenapa? Kau kena paksa nikah dengan Tiya ke?” Anuar cuba
berseloroh. Tidak mahu sahabatnya itu berterusan murung begitu.
Shah
tersengih. Namun hanya seketika apabila wajah sendu gadis yang disayangi
terbayang di ruang mata. “Dia dah boleh terima aku.” Ayat itu yang meluncur di
bibirnya.
Anuar yang
sedang meneguk air terus tersedak. Terbatuk-batuk dia menahan perit apabila air
yang diminum keluar dari rongga hidung. “Kau kalau nak buat lawak, tunggulah
aku habis minum.” Marahnya sambil terbatuk-batuk.
Shah tersengih
lagi sambil menggosok perlahan belakang tubuh Anuar yang masih terbatuk-batuk.
“Sorrylah bro. Punch line aku
kelakar sangat eyh..” Terlepas tawa
kecil di bibirnya.
“Hotak kau punch line! Tu mintak
penampar namanya.” Anuar geram kerana Shah masih mahu bergurau.
“Alah kau ni..
Nak gurau sikit pun tak boleh.. Kata rindu nak jumpa aku tadi..” Shah memujuk.
Anuar
menjuihkan bibir. Tuala yang digunakan untuk mengelap peluhnya tadi dibaling ke
wajah sahabatnya itu. “Tak payah nak rindu sangatlah!” Dia menyangkal. “Bro, sekarang serius. Tadi kau saja
cakap macam tu sebab kau nak usik aku kan?” Soalnya bersama sengihan paksa.
Shah
menggeleng. Senyum paksa juga dilemparkan.
Wajah Anuar
berkerut. “Kau dah baik dengan Tiya? Biar betul? Bukan kau dengan dia..”
“Dia dah janji
nak jadi kawan aku selagi dia belum jadi hak milik orang lain.” Sambung Shah bersama
helaan nafas panjang.
Mata Anuar
membulat. “Kau jangan cakap dengan aku, kau yang mintak dia buat macam tu?” Tebaknya dengan rasa tidak percaya.
“Aku yang mintak.” Tenang Shah menjawab.
Bertambah
kerutan di wajah Anuar menyebabkan dua keningnya hampir bertaut. “Kau ni, ada
hati ke tak bro? Kau lagi sanggup
sakitkan hati sendiri sebab dia kan?” Dia merengus. Kurang setuju dengan apa
yang dilakukan oleh sahabatnya itu.
“Tu aje cara
yang terbaik dari dia langsung tak nak cakap, tak nak jumpa dengan aku. At least, kalau Suhana dengan Amir
takda, dia selamat dengan aku. Takdalah aku susah-susah macam hari tu.” balas
Shah selamba.
“Weh. Kau sedar tak apa yang kau buat
sekarang ni?” Anuar tetap mahu mempersoalkan keputusan lelaki itu.
Shah diam.
“Kau cuma
tambah sakit hati dia bro. Kau ingat,
dia setuju nak baik semula dengan kau, hati dia pun sama baik la? At the same time kau suruh pulak dia cari orang lain yang boleh jaga
dia. Apa yang kau fikir ni Shah? Aku rasa dia makin benci kau ada la..” Anuar
cuba mengingatkan.
“Dia nak benci
aku, tu hak dia. Aku tak boleh nak buat apa Nuar.” Shah tetap tenang.
“Kau memang
nak lepaskan diri kau aje kan? Aku tak tahulah apa yang kau fikir sekarang ni.
Dan, aku tak faham apa sebenarnya tujuan kau buat macam tu. Hish! Aku tak boleh
bayangkanlah apa yang akan jadi dengan korang
nanti. Korang kena buat-buat baik
lepas apa yang dah jadi sebelum ni, bukan satu keputusan yang bijak bro. Sorry
to say la. Aku rasa kau dah macam orang bodoh. Semata-mata sebab kau sayang
dia, kau tak nak dia jauh dari kau, kau buat macam ni. Apa yang kau dapat?
Lepas dia jumpa dengan lelaki yang lagi bagus, lagi bijak dari kau, kau tetap
kena jauh dari dia kan? Apa bezanya dengan sekarang ni? Sama aje aku rasa. Hati
sakit jugak. Tapi kalau korang buat macam tu.. Huh! Hancur lebur
aku rasa hati korang..” Hambur Anuar
panjang lebar. Geram dengan tindakan yang akan dilakukan oleh sahabatnya itu.
“Habis tu kau
nak aku buat apa? Kau lagi suka tengok aku dengan dia terus macam ni? Tak
bertegur, tak bercakap? Nak tengok muka aku pun dia tak sudi. Macam tu kau rasa
lagi bagus ke? Hati aku lagi sakit tahu tak?” Tingkah Shah masih mempertahankan
keputusan yang dibuat walaupun sedar yang dia sebenarnya menambah luka di hati
gadis yang amat disayanginya itu.
Anuar
menggelengkan kepala bersama keluhan berat. “Ikut suka kaulah Shah.. Aku dah tak
tahu nak cakap macam mana. Cuma yang aku tahu, korang akan tambah sakit hati lagi lepas ni.” balasnya sebelum bingkas.
Ada nada kecewa dalam nada suaranya.
“Nuar..”
“Ikut suka
kaulah kau nak buat apa pun. Aku takda hak nak campur masalah korang berdua. Sendiri buat, sendiri
tanggung ya tak? As a friend, aku dah
ingatkan apa yang patut. Aku sayang kau Shah.” ucap Anuar sebelum kembali ke
tengah padang menyertai rakan-rakan yang lain. Putus asa untuk mengubah
pendirian sahabatnya itu.
Shah terdiam.
Terkesan apa yang diucapkan oleh sahabatnya itu hingga mengundang air jernih di
hujung mata. Sedar akan tindakan yang diambil kini akan menambah kekeruhan yang
ada. Dia tahu itu. Cuma, keinginan hatinya tidak mampu ditolak. Dia mahu
berbaik semula dengan gadis itu seperti dahulu walaupun mereka tidak
ditakdirkan bersama. Itu lebih baik dari dia terus makan hati dengan layanan
dingin Fathiyah seumur hidupnya. Sekurang-kurangnya kini dia masih diberi
peluang untuk melalui hari-hari ceria seperti dulu dengan kehadiran Fathiyah
yang sering menghiburkan hati.
******
“Beb, kau dah habis kelaskan? Jom keluar. Esok pun kau takda kelas
kan?” Emma yang baru sahaja mandi, masuk ke dalam bilik yang dikongsi bersama
sejak sebulan lalu.
“Malas beb.. Aku takda mood la.” jawab Fathiyah malas. Rambutnya yang agak kusut dilurut
perlahan sebelum diikat satu.
“Alah..
Janganlah macam tu. Jomlah. Selalunya pantang aku ajak keluar, laju aje kau.
Jomlah beb..” Emma masih memujuk.
Fathiyah tidak
membalas. Hanya nafas berat sahaja yang kedengaran.
“Tiya..”
“Kau rasa,
betul ke apa yang aku buat ni?” Pintas Fathiyah meluahkan apa yang terbuku di
hatinya sejak siang tadi.
“Buat apa? Kau
nak baik semula dengan ex-boyfriend
kau tu?” Emma memulangkan soalan juga sambil mengeringkan rambutnya. Wajah
sahabatnya itu dipandang dari pantulan cermin di hadapannya.
Fathiyah
mengangguk perlahan. Matanya ralit memandang Emma yang berdiri di hadapan
cermin besar. Walaupun mereka bukan dalam bidang yang sama, sikap Emma yang
lebih terbuka dan cukup memahami memang menyenangkannya. Tidak salah dia
membuat keputusan untuk tinggal di hostel sebulan yang lalu.
“Tiya.. Aku tak
tahu nak cakap macam mana Tiya. Sekarang ni terpulang dekat hati kau.. Kalau
kau rasa kuat nak layan dia macam mana yang pernah kau layan dia dulu, why not. Lagipun, tak elok kita
berdendam lama-lama kan? Kita tak dapat apa pun.” Emma meluahkan pendapatnya.
Fathiyah diam.
Memang sejak dia dan Shah tidak jadi bertunang, perasaan benci dalam hatinya
bukan sedikit. Malah seperti sudah sebati dalam dirinya. Kemudian ditambah pula
dengan kejadian sebulan lalu. Itu sudah cukup menambah kelukaan yang sedia ada.
“Sudah la tu
Tiya. Siaplah. Tadi aku dah janji dengan Zahril kau nak join sekali.” Emma mahu menamatkan sahaja perbualan mereka.
“Eh, aku tak
kata pun nak ikut. Kau selamba aje janji dengan dia eyh..” Fathiyah sempat melemparkan bantal kecil ke arah Emma yang
sudah tersengih-sengih.
“Hello Cik. Kau lupa siapa yang hantar,
siapa yang ambik kau tadi?” Emma
mengingatkan. Sahabatnya, Aminuddin Zahril mula menaruh perasaan terhadap teman
sebiliknya itu.
“Alah.. Kau
sebenarnya yang suruh dia hantar aku pagi tadi kan? Kau ingat aku tak tahu. Kau
bukannya ada kelas pagi tadi. Saja kau nak kenakan aku dengan dia kan?” Balas
Fathiyah sedikit geram. Lelaki yang menjemputnya di mahkamah tadi cukup baik
budi pekertinya. Senang dia berkawan dengan lelaki itu.
Emma tersengih-sengih.
“Kau ikut eyh? Please..” Pujuknya lagi dengan wajah minta simpati. Dia tahu Fathiyah
tidak akan menghampakannya.
“Ialah!”
Fathiyah terpaksa mengalah. Jelingan dilemparkan kepada sahabatnya itu sebelum
dia bingkas dari katil.
1 comment:
Tiya dan Shah memang cari penyakit tau..
kalau sayang berterus teranglah Shah..
jangan sampai Tiya dah disambar org baru nak menyesal...
Post a Comment