DB 2
“Boleh tahan jugak budak-budak baru sem ni kan bro.” ulas Anuar dengan sengihan apabila ada sekumpulan pelajar
perempuan turun dari bas dan terus masuk ke kafeteria itu.
“Berdosa
pandang lama-lama weh..” Balas Shah tanpa menoleh. Dia leka dengan nasi dalam
pinggannya yang masih berbaki.
“Dua kali baru
berdosa bro. Aku pandang sekali aje
ni.” Anuar tersengih namun mata masih tidak lepas memandang seorang demi
seorang pelajar perempuan yang melewati meja mereka.
“Aku salah
pandang ke, mata aku yang rabun ni..” omelnya kepada diri sendiri apabila mata
dapat menangkap kelibat seseorang yang cukup dikenali.
Amirudin
mengangkat wajahnya berserta kerutan. “Kau apasal?”
Soalnya sebelum mencapai air sirap bandung di sisinya.
“Aku rasa, aku
nampak Tiya bro.”
Serentak itu
air sirap bandung yang baru sahaja disedut oleh Shah tersembur ke wajah Anuar.
Terbatuk-batuk dia seketika kerana air yang diminum masuk ke saluran
pernafasannya.
“Hoi! Kau ni apasal?” Anuar turut sama terkejut
apabila wajahnya tiba-tiba lencun dibasahi sirap bandung.
“Yang kau
pergi sebut nama yang bukan-bukan dekat sini kenapa?” Tingkah Shah diselangi
batuk. Ada debar yang bertandang sebaik sebaris nama itu meniti bibir Anuar
tadi.
“Ngok! Kau ingat aku main-main ke? Tu!
Kau tengok tu siapa. Tiya si kekasih hati kau tu.” balas Anuar sambil menunjuk
ke arah salah satu penjuru kafe.
“Kau jangan
buat hal Nuar. Aku takda masa nak gurau-gurau ni. Banyak lagi kerja yang aku
boleh buat.” Shah tidak menoleh. Gusar jika Anuar benar-benar serius dengan apa
yang diperkatakan.
“Kau ingat aku
ada masa nak gurau la? Muka aku kau dah sembur. Tak percaya, kau tengok sana
tu. Cinta hati dunia akhirat kau tu.” Dua tapak tangannya melekap ke wajah Shah
sebelum ditolak ke arah yang dimaksudkan. “Tu! Nampa? Puas hati?” katanya
sebaik melepaskan wajah Shah. Tangan terus mencapai tisu untuk mengelap wajah
dan baju yang mula terasa melekit dek semburan percuma sahabatnya itu.
Shah terpanar.
Matanya tidak berkelip memandang kelibat seseorang yang cukup sebati dalam
hatinya. Seraut wajah yang sudah lama tidak bertamu di ruang matanya.
“Weh.. Tak
payah nak tenung Si Tiya tu macam kau boleh dapat sekarang. Kau habiskan nasi
kau tu cepat sikit. Lepas aku hantar kau ke fakulti, aku nak terus balik. Kejap
lagi, corak free dekat baju aku ni
terus tak boleh hilang kalau biar lama.” tegur Anuar seraya menepuk bahu
sahabatnya itu. Terasa segan untuk berlamaan di situ lagi kerana sejak tadi
mereka sudah menjadi tumpuan. Ramai yang mengenali mereka di situ dan pastinya
Shah lebih menjadi tumpuan mata yang memandang.
Shah mengeluh
perlahan sebelum kembali berpaling. “Kau kata nak teman aku sampai aku settle kan semua register aku?” balasnya lambat. Cuba melupakan seraut wajah yang
baru sahaja meniti ruang matanya.
“Ah! Malas
aku. Dengan baju aku dah ada corak ni, tak kuasa aku ikut kau. Aku baru nak usha freshie
kalau-kalau boleh buat calon. Ni belum lagi aku usha, kau dah potong.” rengus Anuar terus hilang mood.
Shah tersenyum
tawar. Terlupa sebentar akan hal Fathiyah tadi apabila bertingkah dengan
sahabatnya itu. “Ialah.., aku tahulah, aku ni student repeat. Kawan
semua dah menyombong. Maklumlah nak temankan budak repeat macam aku ni, manalah ada standard kan?” Ujarnya kemudian pura-pura berjauh hati. Dia tahu
sahabatnya itu tidak akan sampai hati jika dia sudah mengeluarkan ayat minta
simpati begitu.
“Kau tak
payahlah nak buat ayat kesian macam tu. Macamlah aku nak kesian. Takda, takda.
Kali ni, jangan haraplah aku tergoda dengan ayat kesian kau tu. Aku nak terus
balik lepas ni.” Anuar bertegas walaupun hatinya tetap terpancing dengan
kata-kata Shah. Dia sudah berjanji dengan lelaki itu semalam.
“Kalau macam
tu, kau baliklah sekarang. Aku boleh pergi sendiri.” jawab Shah benar-benar
berjauh hati apabila melihat ketegasan sahabatnya itu.
“Ahh! kau ni!
Nak buat ayat touching pulak dekat sini. Entah macam mana la
kalau dah kahwin nanti kalau sikit-sikit nak merajuk. Nak ke si Tiya tu selalu
pujuk kau?” Balas Anuar yang cukup faham akan perangai Shah yang bijak menyusun
ayat memujuk.
“Hoi! Kau cakap
baik sikit! Siapa yang nak kahwin dengan si Tiya tu? Kalau nak kahwin, dari
hari tu aku dah kahwin bro. Macam confirm aje jodoh aku dengan dia kan?”
Tingkah Shah kurang senang dengan apa yang diucapkan oleh Anuar menyebabkan
debarnya tadi kembali bertandang malah semakin hebat. Akalnya kembali memberi
tumpuan akan hal Tiya yang turut sama ada di kampusnya itu. Bukan dia tidak
perasan dengan siapa gadis itu tadi. Bersama bakal isteri sahabat baiknya
sendiri.
Anuar terdiam.
Bola mata terhenti pada satu arah.
“Kau kenapa
ni?” Shah memandang pelik ke wajah Anuar yang tertegak duduk tidak bergerak
dengan pandangan mata lurus ke arahnya. “Hoi!” Dia menampar perlahan pipi
Anuar.
“Er.. Tu..”
Ujar Anuar dengan bibir yang dimuncungkan.
“Apa tu?”
“Belakang kau
tu.” Kata Anuar sambil melekapkan dua tapak tangannya ke wajah Shah dan ditolak
ke arah yang dimaksudkan.
Sekali lagi
Shah terpanar. Liur yang ditelan terasa kesat. Wajah dingin Fathiyah melatari
ruang mata sedekat itu. Begitu tajam sepasang mata bundar itu merenungnya.
“Aku pun tak hinginlah kahwin dengan lelaki yang repeat otak senteng macam kau!” Senafas
gadis itu meluahkan sebelum terus berlalu.
“Perghh.. Kejamnya ayat..” ulas Anuar
sebaik kelibat Fathiyah hilang dari pandangan.
Shah melepas
keluhan panjang. Dia yakin Fathiyah terdengar apa yang diucapkannya tadi.
Perasaannya mula berperang sesama sendiri.
“Sabarlah
sahabat..” Anuar menepuk beberapa kali bahu Shah. Dia tahu sahabatnya itu
memendam rasa. Ada sesuatu yang disimpan dan dipendam yang telah menjadi
penyebab utama terputusnya hubungan kasih yang terbina sebelum ini.
*****
“Tiya..” Lembut Suhana memanggil
apabila bakal adik iparnya itu hanya mendiamkan diri sebaik masuk ke dalam
kereta.
“Kenapa mesti
Tiya jumpa dia kak..” Itu yang terluah di bibir Fathiyah dengan air mata yang
bergenang. Hatinya terasa sakit apabila teringat kembali kata-kata Shah tadi.
Dan dia tidak menyangka akan bertemu dengan lelaki itu setelah lebih seminggu
dia di situ.
“Dah nama pun
sama kampus. Mesti jumpalah..” jawab Suhana sedikit berhati-hati kerana tahu
apabila hal Shah diungkitkan, Fathiyah akan menjadi seorang yang cukup
sensitif.
“Ni semua
Angah punya pasal! Tak jumpa konon.
Yang tadi tu siapa kalau bukan Shah. Roh Shah?!” Hambur Fathiyah geram. Peta
kampus yang menjadi peneman setia ke mana sahaja dia pergi satu hari itu
menjadi tempat melepaskan marah. Habis renyuk dikerjakan. Mulutnya pula terus
menerus terkumat-kamit memarahi.
“Sudahlah tu Tiya. Kesian peta tu. Akak dah
takda copy nak bagi nanti kalau dah
lunyai Tiya kerjakan..” Suhana cuba memujuk. Dia sedia maklum akan perangai
bakal adik iparnya yang seorang itu.
“Tiya benci
dia kak! Tak nak kahwin konon. Macamlah Tiya ni yang tergila-gilakan sangat nak
kahwin dengan dia!” Lepas Fathiyah lagi dengan hati yang membuak panas. Dia
belum puas lagi menghamburkan amarah yang terkepung.
Suhana yang
tekun memandu, menggeleng beberapa kali. “Apa yang Shah dah cakap pada Tiya ni,
sampai Tiya marah macam ni? Sampai masuk bab kahwin sekali?”
Fathiyah
merengus. Pandangan mata terus dihalakan keluar tingkap. “Lelaki bajet handsome! Macamlah Tiya hadap sangat dengan dia!” Luah Fathiyah lagi
tanpa menjawab pertanyaan wanita di sisinya itu.
Suhana
menghela nafas panjang. Tidak tahu apa yang harus diperkatakan lagi. “Sudahlah
tu Tiya. Tiya tak payahlah ingatkan dia lagi. Tiya masuk sini sebab nak belajar
kan? Tiya fokus aje dengan study
Tiya. Tak payah nak sibukkan hal dia. Lagipun, bukannya hari-hari Tiya akan
jumpa dia. Korang lain fakulti pun
kan? Tiya pun bukannya hari-hari ada kelas.” ujarnya mahu menamatkan sahaja
topik yang menghangatkan hati Fathiyah saat itu.
“Memanglah tak
sama. Tapi Tiya tetap tak sukalah. Hish! Angah la punya pasal ni.. Tiya geram betul dengan dia. Saja aje nak kenakan Tiya
sebenarnya. Macamlah course Tiya ni dekat
U lain takda..” Fathiyah tidak henti
menyalahkan Amir. Dia yang menyambung pengajian dalam bidang kerja sosial terpaksa
menurut akan segala pilihan abangnya.
“Bukan macam
tu la Tiya.. Abang Tiya pilih U ni, sebab
nanti ada orang boleh tengokkan Tiya..” Suhana cuba menjelaskan keadaan sebenar
namun belum pun sempat dia menyambung kata, Fathiyah sudah mencelah.
“Angah nak
suruh budak senget tu yang tengokkan Tiya? Huh! Terima kasih ajelah. Tiya dah
besar okey! Tak payah nak orang tengok-tengok. Baik dia jaga diri dia sendiri!”
Masam mencuka wajah Fathiyah saat itu.
Suhana
melepaskan tawa kecil lagi. “Tiya ni.. Akak belum lagi habis cakap..” ujarnya
dengan gelengan. “Ibu Tiya dekat rumah tu risau sangat pada Tiya tau. Sebab tu,
dia nak Tiya sambung belajar dekat sini. Angah dengan akak boleh
tengok-tengokkan Tiya. Dari Tiya keluar dengan kawan-kawan Tiya tu… Selalu
balik lewat sampai ke pagi. Dari Tiya buang masa macam tu, kan lagi bagus Tiya
sambung belajar. Ibu Tiya pun tak risau sebab dah ada orang jaga Tiya.”
Jelasnya panjang lebar.
Fathiyah
terdiam. Dia terlupa akan ibunya. Memang ibunya yang begitu beria-ia mahu dia
menyambung pengajiannya.
“Tiya.. Dengar
tak apa akak cakap ni?” Soal Suhana apabila gadis di sisinya itu hanya
mendiamkan diri.
“Dengar..” jawab
Fathiyah perlahan. Terasa rindu pula pada ibunya di rumah. Lebih seminggu tidak
pulang ke rumah kerana sibuk dengan jadual kelas yang masih belum tersusun
dengan betul. Tambahan pula dia dalam proses untuk mengingati selok-belok jalan
di dalam kampus kerana dia seorang yang begitu susah untuk mengingati jalan
walaupun sudah berkali-kali memalui jalan yang sama.
“Erm.. Tiya janji
dengan supervisor Tiya pukul berapa
ni?” Suhana terus menukar topik perbualan apabila teringat akan tujuan utama gadis
itu bertemu dengannya. Kereta yang dipandu sudah pun masuk ke Fakuliti Sains
Sosial dan Kemanusiaan.
“Erm.. Pukul
dua kak..” jawab Fathiyah selepas mengerling jam di pergelangan tangannya. “Erm.. Kak, Dr. Kamarulzaman ni muda ke tua
kak?” Lanjutnya yang sedikit risau dengan siapa dia akan berurusan sepanjang
tempoh pengajian selama dua tahun itu.
“Tiya rasa?”
Suhana mengajukan soalan juga berserta sengihan penuh makna. Dalam pada itu,
kereta yang dipandu sudah pun berhenti di salah sebuah petak khas buat tenaga
akademik.
“Entah.. Tapi
kalau muda pun, mesti dah tak single.”
Balas Fathiyah senang. Tidak berminat mahu meneka.
“Kita
tengoklah macam mana. Jom masuk bilik akak dulu. Solat. Lepas tu nanti Tiya
boleh terus pergi jumpa dia.” Ujar Suhana selepas mematikan enjin kereta. Dia
berkongsi bangunan pejabat dengan Kamarulzaman yang bertindak sebagai pensyarah
kanan di Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan. Manakala dia di Jabatan
Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan.
******
“Kau tak cakap pun dengan aku
Tiya nak sambung study?” ujar Shah
sebaik sahabatnya itu melabuhkan duduk. Suasana yang agak bising di restoran 24
jam itu langsung tidak mengganggunya.
Amir tersenyum
kecil. “Kenapa? Kau ada jumpa dia ke?” Dia mengajukan soalan juga.
“Kalau tak jumpa
takpa bro. Sebab aku terjumpa dialah
aku datang jumpa kau ni. Apasal
sebelum ni kau tak cakap pun dengan aku dia nak sambung study? Nak sambung study
tu takpalah. Ni, dia sambung dekat tempat yang sama dengan aku kenapa? Memang
dia mintak ke, atau dia saja-saja mintak?” Bertalu-talu Shah meluahkan
yang terpendam sejak bertemu secara tidak sengaja dengan bekas cinta hatinya.
Amir
tersengih. “Kau ingat, dia nak sangat pilih sama tempat dengan kau? Jangan
haraplah. Aku yang uruskan semua borang dia hari tu. Memang sengaja aku pilih
sama tempat dengan kau bro. Kalau aku
takda, aku boleh harapkan kau tengokkan dia.” jawabnya mengakui apa yang telah
dilakukan. Puas dia memujuk Fathiyah minggu lalu supaya bersetuju dengan
pilihan yang telah dibuat.
Shah menarik
senyum payau. Hati terasa ngilu. “Kau nak harapkan aku tengokkan dia? Aku rasa
kau salah oranglah. Tengok muka aku pun dia tak nak, ni kau nak aku tolong
tengokkan dia? Untunglah kalau dia nak bro.”
balasnya sinis.
“Aku takda
siapa yang nak harapkan lagilah Shah. Kau pun tahu, yang Ana kadang-kadang kena
pergi kursus jauh-jauh. Pergi seminarlah, apalah.. Tu yang kalau boleh, ada
orang tengokkan dia dalam U tu.. Aku ni memanglah ada. Tapi time dia dekat rumah ajelah.” terang
Amir lanjut yang tidak mahu sahabatnya itu tersalah faham.
“Kejap-kejap!
Kau nak bagi aku wasiat ke apa ni?” Shah menaikkan tapak tangannya di hadapan
wajah Amir. Dia risau jika Amir benar-benar mahu dia sentiasa memerhatikan
Fathiyah sepanjang berada di kampus.
“Bagi wasiat
la ni. Kau tak kisah kan? Lagipun, bukan aku tak tahu kau syok lagi dekat adik
aku tu kan?” Kening Amir terjongket. Dia cukup kenal dengan hati budi Shah
walaupun kadang-kadang tindakan lelaki itu sukar diramal.
Shah tersenyum
nipis. Memang dia tidak mampu membohongi sahabatnya itu. Hatinya tidak pernah
memadamkan sebaris nama yang terpahat sejak dulu lagi. “Dia bukan macam Tiya
yang aku kenal dulu Mer..” ucapnya lambat disertai helaan berat.
“Dia jadi
macam tu pun, kau tahu sebab apa kan?” balas Amir mengendur. Tumpang simpati
dengan apa yang telah berlaku.
“Aku ni takda
pilihan Mer..”
“Kau bukan
takda pilihan. Tapi kau yang takut nak pilih.”
“Pilihan apa
yang aku ada?” Shah mengeluh lagi.
“Shah.. Kau
tak percaya ke pada takdir?” Amir mengajukan soalan juga.
Shah tidak
mampu menjawab. Sememangnya dia sedar akan takdir yang telah ditentukan buatnya
sejak lahir lagi.
“Kau kena
ingat Shah, kalau ikutkan hati aku, jangan haraplah aku nak baik-baik dengan
kau lagi. Kalau ikut Along lagi la.. Silap-silap, kau dah tak boleh main hoki
lagi bro..” lanjut Amir apabila
teringat kembali apa yang telah dilakukan oleh Shah kepada satu-satunya adik
yang dia ada. “Tapi disebabkan aku dengan Along percaya pada takdir, percaya
pada qadak dengan qadar Dia.. Aku tahu mesti ada sebab Dia gerakkan hati kau
untuk cancel majlis bertunang kau
dulu.” tambahnya apabila teringat peristiwa dua tahu lalu.
“Sorry Mer.. Aku..” Keluhan lagi yang
terlepas di bibir Shah. Perasaan bersalahnya sehingga ke hari ini tidak pernah
surut terhadap keluarga Fathiyah. Sedar banyak hati yang telah terluka di atas
perbuatannya.
Amir menepuk
beberapa kali bahu sahabatnya itu persis memberi sedikit semangat. “Sudahlah
Shah.. Aku tahu, tak senang ada dekat tempat kau. Tetapi kadang-kadang, baik
kita hargai orang yang ada depan mata kita, dari kita tercari-cari benda yang
tak pasti. Bersyukur dengan apa yang ada Shah.. Hargai orang yang dah
bersusah-payah jadikan Amirudin Zulkarnain Shah hari ni.” Nasihatnya ikhlas
sebagai seorang sahabat.
“Tapi Tiya..”
“Pasal Tiya kau janganlah risau. Dia tu
mulut aje kata benci.” Pintas Amir yang faham apa yang dirasai oleh lelaki itu.
Shah tersenyum
nipis. “Erm.. Mer, kalau pasal kau
nak suruh aku tengok-tengokkan dia, aku tak rasa aku bolehlah bro. Kau tahukan, dia kalau boleh memang
dah tak nak langsung tengok muka aku ni.” luahnya serba salah untuk menerima
tanggungjawab yang diberikan kepadanya.
“Aku tak suruh
pun kau tengok dia dua puluh empat jam. Kalau ternampak atau terserempak dengan
dia, kau tolonglah tengok-tengokkan. Kau tahukan, dia macam mana. Aku rasa
kawannya ada dekat mana-mana aje. Pantang orang ajak, cepat aje dia melangkah.
Tu, yang aku risau dia tu. Ni, dia dah merengek nak drive kereta arwah ayah aku. Aku aje yang tak bagi. Biar dia susah
sikit nak ke mana-mana. Kalau tak, panjang langkahnya.” Amir mula meluahkan
kerisauan hatinya pula.
“Aku tak boleh
nak janji dengan kau Mer.. Kau tahu, aku pun busy dengan game aku, training aku. Aku tak tahu bila masanya
aku dapat jumpa dia. Budak master ni, kelas bukannya hari-hari.. Fakulti pun
tak sama. Susah sikitlah..” balas Shah sebelum mencapai cawan teh tarik yang
belum berusik sejak tadi.
“Tu, kau tak
payah risaulah. Nanti aku bagi jadual kelas dia pada kau. Senang sikit nanti.”
Amir menjongketkan dua keningnya bersama senyum penuh makna. Sedaya upaya dia
akan cuba menjernihkan kembali hubungan yang telah keruh dan itu juga telah
menjadi sebab utama dia memilih universiti yang sama buat adiknya.
Shah
menggeleng perlahan. Tidak menyangka sahabatnya itu begitu beria-ia mahu dia
berbaik kembali bersama Fathiyah setelah apa yang dilakukan. Namun begitu,
yakin dia tidak mampu menjadi yang terbaik buat Fathiyah dan gadis itu tidak
akan sewenang-wenangnya dapat menerima dirinya kembali seperti dulu. Sepasang
mata bundar yang merenungnya siang tadi penuh dengan api kebencian yang begitu
mendalam dan tidak mampu untuk dipadamkan walaupun dia berterus terang akan penyebab
di sebalik kejadian.
2 comments:
Rasa hati macam nak klik je episod 10 tu terus. Tapi, akal suruh baca dari awal semula... tak sabar tul... hehehe... tq sis. at least ada gak update pengubat rindu.
Haha
Thanks yep. :)
Post a Comment