DB 13
“Shah.”
Kepala
diangkat memandang wajah umi yang melabuhkan duduk di sisinya.
“Lambat Shah
balik hari ni? Kelas lambat habis ke?” tanya Hajah Aznah lembut.
Melihat wajah
murung anak keduanya itu, hati tuanya dipagut sayu. Dia sedia maklum apa yang berlaku
sejak Fathiyah bermalam di rumahnya. Tiada lagi kemesraan di antara
kedua-duanya. Wajah anak tunggal lelakinya itu tidak lagi seceria mana.
“Ada discussion tadi..” jelas Shah jujur.
Jeda
seketika. Hajah Aznah merenung sisi wajah anak keduanya tanpa lepas. Jelas
emosi Shah tidak dalam keadaan baik apabila dilihat lelaki itu termenung jauh.
Seperti jasadnya sahaja yang ada di sisinya kini.
“Shah..”
Dicapai jemari kasar Shah dan dibawa ke riba menyebabkan lelaki itu sedikit
tersentak.
“Ada apa
umi..” Shah berusaha memaniskan roman wajah.
“Ada apa-apa
Shah nak cerita dengan umi?” Dielus lembut jemari kasar dalam genggaman.
Shah
melepaskan nafas berat. Rambutnya dilurut ke belakang.
“Tak ada
apalah umi..” dalihnya cuba menyembunyikan perasaannya yang sebenar.
Gelak tawa
Fathiyah bersama Azlan tempoh hari, bermain di ruang matanya tanpa dipaksa.
Terlalu sukar untuk dilupakan.
Sepi lagi.
“Shah..”
“Hm..”
“Esok hari
jadi Tiya kan?”
Shah terus
menoleh.
“Umi ingat birthday Tiya?” soalnya sedikit kagum.
“Mana boleh
umi lupa. Shah lupa, tarikh Shah tak jadi bertunang dulu sama dengan birthday dia?” Hajah Aznah membalas
pandangan.
Shah menghela
nafas panjang. Dia hampir terlupa tentang itu.
“Umi ingat
nak ajak family dia makan-makan dekat
rumah kita. Umi pun dah lama tak jumpa ibu dia. Macam mana?” usul Hajah Aznah.
Shah menarik
senyum payau. “Dia jumpa Shah pun tak nak umi. Inikan pula nak bercakap.”
keluhnya perlahan.
“Umi tak
suruh Shah cakap dengan dia. Tak apa, nanti umi call dia sendiri.” Hajah Aznah sudah menguntum senyum. Cuba
merancang sesuatu yang boleh bantu memulihkan hubungan kedua-duanya. Dia reda
andai Fathiyah tidak ditakdirkan jadi menantunya. Namun sekurang-kurangnya, dia
mahu hubungan kedua-duanya baik.
“Nak ke dia
ummi?” Dia tidak mahu meletakkan harapan.
“Insya-Allah.
Tak cuba tak tahu kan?” Uminya memberi harapan dan dia hanya mampu tersenyum
hambar. Namun jauh di sudut, ada secebis doa yang dipanjatkan agar apa yang
dirancangkan oleh uminya berhasil.
*******
“Kau memang kedekut kan Alan?”
Fathiyah menghadiahkan jelingan kepada Azlan yang tersengih-sengih di
hadapannya.
“Cukup bagus
aku belanja makan ni. Sedap apa burger
tiga rasa ni.” Azlan tergelak sendiri.
Fathiyah
mencebik. Terasa mahu diketuk kepala Azlan kerana mengajaknya keluar semata-mata
mahu meraikan ulang tahun kelahirannya lewat malam itu. Di kafeteria kolej
kediamannya, paling dia tidak boleh terima!
“Setakat burger ni, hari-hari aku boleh beli
sendiri! Tak payah kau susah-susah datang jauh-jauh macam ni nak jumpa aku!” Bebelnya
geram menyebabkan meledak lagi tawa Azlan hingga menarik perhatian mata-mata
yang memandang.
“Ee… kau ni
kan..” Tapak tangannya terus hinggap ke lengan Azlan. Geram!
“Cuba kau
bersyukur sikit Tiya. Penat-penat aku datang jauh-jauh ni tau. Bukan nak appreciate. Lagi nak marah-marah aku.”
balas Azlan pura-pura berjauh hati. Burger
yang masih tinggal setengah, ditolak ke hadapan. Air sirap limau di sisi
disedut perlahan.
“Kau tu!
Bagilah hadiah ke apa. Ni burger yang
hari-hari aku dah makan.” Fathiyah memuncung.
“Alah! Selama
ni, aku belanja makan jugak. Kau tak
bising-bising pun. Cuma malam ni, special
sikit. Birthday kau pun belum kan?
Ada lagi…” Azlan mengerling jam di pergelangan tangan. “Lagi tiga puluh minit
sebelum pukul dua belas.” Dia sumbang senyum bergula.
“Masalahnya
sekarang ni.. ni B-U-R-G-E-R. Burger
Cik Abang oi..” Fathiyah tetap tarik muka bengang dan Azlan tergelak lagi.
“Tapi, burger ni special tahu tak? Tiga rasa. Mana ada dekat kedai aku. Dekat sini
aje ada.” balasnya membela diri menyebabkan sekali lagi lengannya menjadi
mangsa.
“Kalau kau
nak, aku pun boleh masaklah!” gerutu Fathiyah masih tidak berpuas hati.
Sudahlah dia agak letih hari itu. Esok pula dia ada temu janji dengan penyelia
tesisnya.
Azlan
mematikan tawa. Senyum nakalnya terbentuk. “Serius?”
Fathiyah
menjeling. “Jangan nak perasan! Tak hingin
aku masakkan untuk kau!” Dia berpeluk tubuh.
Azlan
mencebik. “Ialah.. tak nak sudah. Siapalah aku kan..” Dicapai semula burgernya yang masih berbaki tadi.
Selamba menghabiskan baki yang ada memandangkan hari semakin lewat. Kerja
sebagai guru, sudah pasti rutinnya akan bermula lebih awal esok.
Fathiyah
hanya memandang. Burger yang berlapis
daging ayam, lembu dan telur bersama kepingan keju di hadapannya itu hanya
dipandang. Dipandang pula wajah Azlan yang leka menikmati makanan segera itu
hingga habis.
“Kau nak
makan ke tak tu? Aku dah nak balik ni.”
Nadanya seperti berjauh hati. Sengaja menduga gadis itu.
“Tak naklah!”
Fathiya menolak burger tersebut ke
hadapan lelaki itu.
Azlan
menggeleng. “Penat-penat aku datang sini nak belanja burger ni, kau langsung tak sudi nak makan kan?” ujarnya
benar-benar terusik hati.
“Perut aku
dah kenyanglah. Takkan nak paksa pulak..”
jawab Fathiyah malas. Langsung tidak perasan akan perubahan pada wajah lelaki
itu.
“Kalau tak
nak, simpan, boleh makan breakfast
esok.” Dicapai makanan segera tersebut dan dibungkus kemas dengan kertas kalis
air tersedia. “Kalau kau betul tak sudi, bagi aje roommate kau. Tak baik membazir.” sambung Azlan sebelum bingkas
untuk ke stall burger di belakangnya.
Plastik warna kuning diminta sebelum memasukkan burger yang sudah dibungkus tadi.
Bungkusan
plastik terus diserahkan kepada gadis itu.
“Jom. Aku
hantar kau sampai pintu pagar.” ujarnya kemudian.
Fathiyah
lambat-lambat bingkas. Langkah diatur menuruti langkah Azlan yang sudah
mendahului. Belakang tubuh lelaki itu dipandang kosong. Kalaulah Shah yang..
Cepat-cepat dia menggeleng kepala apabila seraut wajah itu yang mula
dibayangkan. Beberapa kali pipinya ditampar sendiri bagi melupakan bayangan
lelaki itu hingga tiba-tiba..
Ouch!
Dahi
terhantuk pada suatu objek di hadapan. Hampir sahaja tubuhnya menyembah jalan
tetapi sempat dia berpaut pada objek tersebut. Kepala diangkat. Renungan redup
Azlan bertamu di ruang mata sebelum dia segera menjarakkan diri. Pautan pada
lengan lelaki itu terlepas.
“Berangan
lagi!” Selar Azlan dengan wajah serius.
Sudah lama
dia berdiri tegak menghalangi jalan semata-mata mahu menanti Fathiyah yang
tertinggal di belakang. Namun dia tidak menyangka gadis itu khayal hingga
melanggar tubuhnya yang dua kali ganda lebih besar itu.
Fathiyah
terkebil-kebil. Sedaya upaya menahan debar yang mengetuk ruang dada tidak
semena-mena.
“Macam
manalah kau tak selalu jatuh. Badan aku yang besar ni pun kau nak langgar. Kau
teringat pada siapa? Shah lagi?” sambung Azlan bersama helaan berat.
“Er.. sorry..” Fathiya tersenyum pahit.
Azlan
menggeleng. “Dah la! Kau pun dah sampai. Sekarang aku nak balik.” ucapnya
sebelum beredar ke ruang tempat letak motosikal. Dia tidak memandu malam itu.
Kawasaki Z1000 kesayangannya menjadi pilihan demi mengelakkan kesesakan dan
pergerakannya lebih pantas.
“Er.. Shah!”
Gulp!
Fathiyah
tekup mulut. Terasa mahu ditampar mulutnya saat itu apabila nama orang lain
yang meluncur dari bibirnya.
Azlan yang sedang
menyarung jaket kulit hitamnya terhenti. Wajah Fathiyah dipandang tajam.
Sumpah! Kali ini hatinya betul-betul tergores.
“Kalau kau
rindu sangat dia, pergi cari dia.” ucapnya bergetar seraya membuang pandang ke
arah lain. Merajuk!
Fathiyah
datang mendekat.
“Alah… Alan..
tersasul la..” Fathiyah serba salah.
“Pergilah
cari Shah tu. Aku tahu kau rindu dia.” balas Azlan tidak bernada tanpa
memandang. Glove hitam dicapai dan
disarung.
“Mana ada!”
Tingkah Fathiyah cepat.
Azlan
menoleh. “Jangan tipu diri sendirilah Tiya.” Sepasang mata bulat itu dipandang
dalam-dalam. Mencari sesuatu yang lebih pasti.
“Sudahlah!
Aku nak balik. Selamat ulang tahun kelahiran yang ke dua puluh enam. Moga Allah
panjangkan lagi umur, murahkan lagi rezeki kau. Berjaya di dunia dan akhirat
hendaknya. Cepat-cepat dapat jodoh. Ameen.. insya-Allah.” Ikhlas mendoakan
kesejahteraan gadis itu.
Fathiyah
terkedu. Tidak lepas memandang Azlan yang sudah bersiap sedia ingin pulang.
“Kau tak ada
apa-apa nak cakap kan? Aku balik dulu.” Azlan ingin menyarung helmet hitamnya
namun terhenti apabila tangan gadis itu melekap ke lengannya.
“Apa?”
“Thanks.” Dicorakkan senyum manis khas
buat lelaki yang sering ada saat dia sedang berduka.
“No hal!” Terus sahaja Azlan menyarung
helmet hitamnya.
“Alan..”
Baru sahaja
dia menghidupkan enjin motonya, gerakannya terhenti. Wajah gadis itu dipandang
lagi.
“Hati-hati.
Nanti sampai call aku.” ucap Fathiyah
perlahan. Entah kenapa itu yang terluncur di bibirnya.
Azlan hanya
mengangguk kecil sebelum terus berlalu.
Fathiyah
melepaskan helaan panjang sebaik kelibat lelaki itu hilang dari jangkauan
penglihatan. Bungkusan burger di
tangan dipandang. Alan.. Ada perasaan bersalah terbit di celah hati. Bibir
disentuh. Tidak tahu kenapa nama Shah yang terbit di situ tadi saat memanggil
lelaki itu.
“Spoiled la kau ni Tiya!” omelnya
sendirian sebelum perlahan-lahan berjalan masuk ke kawasan hostel.
*******
“Best gila bunga kau ni! Untunglah orang ada kekasih ni kan.. Dua
puluh enam kuntum okey! Lain daripada yang lain. Orang selalu bagi roses. Kali ni, red daisy. Merah menyala. Siap dengan dua ekor ikan biru merah yang
kau nak cari hari tu. Dengan shawl ni
lagi..”
Kata-kata
usikan Emma bergema lagi di gegendang telinganya hingga ke saat itu. iPhone 4s
yang dipegang, dibelek lagi. Sejak malam tadi, hinggalah kini, Azlan langsung
tidak menghubunginya. Berpuluh kali dia cuba menghubungi dan berpuluh pesanan
juga telah dihantar. Namun tiada satu pun yang berbalas.
Dia
benar-benar terkejut dengan penghantaran jambangan bunga itu pagi tadi. Pada
awalnya, dia menyangka bunga tersebut daripada Shah. Tetapi telahannya meleset
apabila melihat nama si pengirim pada sekeping kad yang disertakan.
Anytime, anywhere..
I’m always by your side. Insya-Allah.
selamat ulang tahun babe!
Kenang ku dalam doa mu!
~yang kacak, MNLee
“Ehem..”
Fathiyah
menoleh. Kembali dari khayalannya. Wajah Shah terbias di ruang mata menyebabkan
dia segera memaniskan roman wajah dalam serba tidak kena.
Jika tidak
kerana mengenangkan kebaikan yang ditabur oleh Hajah Aznah saat kakinya
terseliuh bulan lepas, pasti dia tidak berada di hadapan Shah saat itu. Sungguh
dia tidak mampu menolak pelawaan wanita yang sudah dianggap seperti ibunya
sendiri itu.
“Kau okey
ke?” Lembut Shah bertanya.
“Okey.” Hanya
sepatah. Senyum nipis dilayarkan. Menutup getar yang terasa.
“Tiya.. aku mintak maaf pasal hari tu..” ucap Shah perlahan. Berharap gadis itu faham yang
dia tidak mampu hidup dengan tenteram dalam keadaan mereka yang tidak bertegur
sapa itu.
“Aku yang
patut mintak maaf pada kau..” balas
Fathiyah dalam nada yang sama.
“Kenapa?”
“Aku mengata
kau macam-macam sebelum aku jatuh hari tu.” Fathiyah membuang pandang ke arah
kolam ikan di hadapannya.
“Aku dah lama
lupakan Tiya..” Ikhlas. Tunak Shah memandang gadis yang manis berbaju kurung
biru firus itu.
“Thanks.” ucap Fathiyah bersama senyuman
yang dimaniskan.
Sepi
seketika. Masing-masing cuba menyesuaikan diri setelah lebih sebulan tidak
bercakap.
“Tiya..”
Fathiyah
mengangkat wajah. Menanti lelaki melanjutkan bicara.
“Tiya, boleh
tak lepas ni, kita buat macam biasa? Aku tak nak, kau lari-lari bila jumpa aku.
Sampai tak nak cakap dengan aku.. please..”
ucap Shah penuh mengharap.
Fathiyah
menghela nafas panjang. Sudah dijangka akan permintaan lelaki itu sejak dari
awal lagi. Disebabkan hal itu juga dia mengelakkan diri. Risau dia berpaling
dengan perasaannya sendiri selepas tekad baru yang ditanamkan.
“Boleh.. tapi
dengan satu syarat.” balasnya selepas diam beberapa ketika. Memikirkan baik
buruk keputusan yang dibuat.
“Apa saja
Tiya. Aku janji.” Laju Shah bersetuju.
“Jangan masuk
campur urusan peribadi aku lagi lepas ni? Dulu, kau pernah janji nak bagi aku
peluang cari orang yang betul-betul boleh jaga aku kan? Kita boleh kawan macam
biasa seperti mana yang kau pernah mintak
sebelum ni..” Fathiyah cuba membaca riak wajah lelaki itu. Jelas terkejut
dengan syarat yang diletak.
Shah terdiam.
Cahaya kebahagiaan yang baru sahaja kembali bersinar dirasakan terus malap
serta-merta. Pandangan terus dibuang ke arah kolam ikan buatan abahnya di hadapan.
“Shah..”
Dia menoleh.
“Boleh tak?”
Fathiyah inginkan kepastian.
Shah
mengangguk berat. “Itu dah cukup baik dari kau langsung tak nak cakap dengan
aku..” balasnya lambat dengan berat hati. Selebihnya, terpaksa kerana dia tidak
punya pilihan walaupun syarat tersebut terlalu berat untuk diterima.
“Tiya! Shah!”
Aqilah muncul di muka pintu.
Kedua-duanya
menoleh.
“Masuk makan!
Semua dah siap!” Laung wanita itu.
“Jom!” Pelawa
Shah pula bersama secebis senyuman.
Fathiyah
hanya mengangguk sebelum mereka sama-sama beredar dari tepi kolam ikan hiasan
tersebut.
……………….
“Haaiii.. takkan baru balik dari
rumah kekasih hati, muka monyok..”
usik Emma yang kembali dari bilik air.
“Banyaklah kekasih hati!” Balas
Fathiyah malas. Seutas jam tangan berjenama pemberian Shah, disimpan semula
dalam kotak hitam beriben putih yang baru sahaja dibuka sebentar tadi.
“Kan cinta
mati kau tu?” giat Emma lagi menyebabkan Fathiyah menghadiahkan jelingan tajam.
“Tu dulu eyh..” balasnya sedikit geram.
Emma
tergelak. Dari duduk di atas katilnya, dia berpindah duduk di sebelah
sahabatnya itu.
“Kau ni
kenapa? Dari lepas kau jumpa si Chinese
look tu malam tadi, kau jadi macam ni. Nak kata merajuk, pagi-pagi lagi dah
hantar bunga. Nak kata bergaduh dengan kekasih cinta mati kau tu, tadi dah pergi
dinner dekat rumah dia. Apa hal
sebenarnya kau ni?” Tawanya reda. Sedikit risau melihat teman sebiliknya resah
sejak semalam lagi.
“Tak ada
apalah.” Fathiyah mencapai telefonnya dari dalam beg tangan. Tidak bersedia
untuk berkongsi kegusaran hati yang ditanggung sejak semalam.
Sepi
seketika.
“Beb, hadiah dari Zahril kau dah buka?”
tanya Emma yang tidak lepas memandang kelakuan Fathiyah yang begitu leka
membelek telefon. Sejak semalam lagi sahabatnya begitu.
“Dah..” jawab
Fathiyah sepatah. Fokusnya tidak pun pada Emma. Hati dan akalnya kini hanya
buat Azlan. Resah kerana Azlan belum pernah pun tidak membalas setiap panggilan
dan pesanannya selama ini.
“Beb..”
“Hm..”
“Kau okey ke
ni? Kau ada tunggu call dari sesiapa
ke?”
Fathiyah
melepaskan keluhan sebelum dia bingkas.
“Kau nak ke
mana?” Soal Emma pelik.
“Aku nak call member aku kejap. Kalau ada
siapa-siapa cari, cakap aku dekat anjung sana tu eyh?” Fathiyah capai shawl
pemberian Azlan dan disangkutkan ke kepala sebelum dia menapak keluar.
Emma
berkerut. Cukup pelik melihat tingkah Fathiyah yang serba tidak kena.
Sementara
Fathiyah, sudah berkali-kali mendail nombor telefon Azlan namun masih tetap
tidak bersambung. Punggung dilabuhkan pada anak tangga yang menghubungkan
tingkat empat dan lima. Angin malam yang menyapa tubuh terasa dingin
menyebabkan shawl yang tersangkut di leher terus dibelit ke tubuh.
“Alan
angkatlah..” omelnya sendiri apabila sekali lagi nombor yang didail tidak
bersambung.
“Takkan dah
tidur..” Mata mengerling jam pada skrin telefon. Hampir dua belas malam. Dia
tahu, Azlan bukanlah yang jenis tidur awal.
Sebelum
menyambung pengajiannya, hampir setiap malam dia menghabiskan masa di restoran
ibu lelaki itu. Dan Azlan tidak pernah jemu melayannya hingga dua atau tiga
pagi walaupun lelaki akan bangun awal untuk memulakan rutinnya sebagai seorang
guru.
Teringat akan
restoran ibu lelaki itu, datang idea dalam kepalanya. Nombor telefon restoran
pantas dicari. Yakin Azlan ada restoran kerana di situ sahajalah lelaki itu
akan menghabiskan masa pada setiap malam untuk menggantikan tempat ibunya.
“Hello!”
Pantas sahaja dia bersuara sebaik talian bersambung. Mendengar suara garau yang
cukup dikenali di hujung talian, bibir mengukir senyum lebar.
“Alan! Kenapa
tak angkat phone? Semalam janji nak call aku, tapi kau tak call pun.” luahnya terus tanpa sempat
ditahan.
“Aku
sibuklah.”
“Alan..” Suaranya
mengendur apabila mendengar dua patah perkataan itu. Dingin.
“Ramai oranglah sekarang Tiya. Aku sibuk ni. Nanti aku telefon kau
balik. Bye!”
Bibir dikemam
kuat. Rasa terkilan menular sebaik talian terputus tanpa sempat dia mengucap
kata.
Tanpa mahu
berlamaan di situ lagi, dia bingkas masuk ke bilik. Terasa mahu menangis tetapi
ditahan.
“Sekejap
aje?” tegur Emma yang sedang menghadap komputer riba.
Fathiyah melepaskan
keluhan panjang. Shawl yang terlilit di tubuh diletakkan ke tepi sebelum dia
terus merebahkan tubuh. Ada sebak yang bertandang tidak semena-mena.
“Tiya..”
“Alan kenapa
macam marah aku eyh Emma?” Soalan itu
yang terlepas di bibirnya. Sungguh dia risau apabila lelaki itu seperti sengaja
mahu mengelakkan diri.
“Korang gaduh ke?” Soalan juga Emma
ajukan.
Fathiyah
mengeluh lagi. Dia keliru. Keliru dengan perasaannya sendiri yang terlalu risau
akan keadaan Azlan.
“Semalam dia
elok aje. Cuma..” Bibir digigit lembut. Ada perasaan bersalah menjengah.
“Apa yang kau
dah buat semalam?” celah Emma ingin tahu.
Fathiyah
terus menceritakan semua yang berlaku hinggalah hal burger yang dibawa pulang ke bilik semalam. Sudahnya ke tong sampah
apabila Emma juga menolak kerana kekenyangan. Kalaulah Azlan tahu makanan
segera itu sudah ke tong sampah…
“Kecil hati
dia Tiya..” ulas Emma yang sudah melabuhkan duduk di sisi sahabatnya itu.
Sama-sama duduk bersandar.
“Tapi sebelum
ni, kita orang gurau-gurau elok aje..” keluh Fathiyah perlahan.
“Kan kau tahu
dia suka kau. Kau tak nampak apa yang dia hantar pada kau pagi tadi? Terconggok
bunga atas meja kau tu, ikan kau tu ha.. ni, shawl ni lagi.. banyak makna ni Tiya. Kau kata dia tak pernah bagi
semua ni sebelum ni kan?” tambah Emma tumpang simpati.
Fathiyah
mencapai shawl dari tangan Emma.
Diramas lembut. Teringat akan kata-kata lelaki itu mengenai auratnya. Menjalar
lagi perasaan halus yang tidak tergambar menyebabkan dia menahan sebak
tiba-tiba. Mungkin sudah tiba masanya dia melangkah setapak ke hadapan
meninggalkan apa yang tidak sepatutnya. Dia mahu berubah…
10 comments:
hd : Simpati kat shah... sebakk bila perasaan shah dilukiskan..derita hati shah mencintai dan berharap tapi ada sekatan kisah silam yg menghalang......ingin melepaskan tapi terlalu melukakan hati.Bestttt
Best....nak lagi....:)
buat apa nak harap kpd Shah lagi lepas apa yg Shah buat kat Tiya... yg lepas tu biarlah lepas.. shah yg penting kan diri dulu... hargai lah Alan tu..
acha...
nak lagi
:)
acha...
nak lagi
:)
ok..skrg turn Alan plak..
#voteforAlan
>>k<<
Haha.. pun boleh K. Hikhik
Arsh thanks mmg hati sebak moga yg terbaik buat tiya
Saya lbh suka shah tu jdi hero
Tiya kasihan pada Alan ... dari jauh kirim barang..
Shah kalau betul masih sayang dgn Tiya berusaha dengan lebih lagi dan ikhlas berterus terang...
kalau x lepaskan Tiya pada ynag sayangkan Tiya ... terutama Alan yg setia..
Post a Comment