DB 11
“Umi, boleh tak jangan bagi tahu
ibu apa yang jadi?” pinta Fathiyah saat mereka duduk di ruangan menunggu.
Kakinya masih lagi bengkak walaupun sudah berbalut. Mujur selepas melakukan
x-ray tadi, doktor mengesahkan tiada apa-apa kecederaan teruk. Cuma terseliuh.
Namun begitu, terjerit juga dia apabila doktor cuba menekan sedikit kakinya
yang bengkak.
Hajah
Aznah menghela nafas panjang. Bahu gadis itu diraih dan diusap lembut. “Ibu
mana yang tak risau kalau tengok anak dia sakit Tiya?”
“Sebab
Tiya tak nak ibu risaulah, Tiya tak nak ibu tahu Tiya macam ni.” keluh Fathiyah
perlahan.
Kini dia
terpaksa menyusahkan keluarga Shah semata-mata kerana kakinya yang sakit. Shah
yang duduk selang beberapa kerusi dari mereka dipandang kosong. Sungguh dia
terasa hati walaupun dia sendiri turut melukakan hati lelaki itu.
“Umi risau tau
tengok Tiya macam ni.. Nasib takda apa yang teruk. Kalau tak, apa umi nak jawab
pada ibu Tiya nanti..”
“Bukan salah
umi Tiya macam ni.. Tiya yang careless
umi. Tak hati-hati masa naik tangga.” jawab Fathiyah menahan sebak. Kalaulah
umi tahu apa yang terjadi, pasti wanita itu akan kecewa dengannya.
“Nur Fathiyah
Abdul Rahman.” Terdengar namanya dipanggil menyebabkan Hajah Aznah terus
bingkas. Namun, Shah yang mendahului. Tanpa riak, lelaki itu melangkah ke
kaunter untuk menjelaskan segala bayaran rawatan yang diterima.
“Dah. Jom
balik.” ujar Shah sebaik kembali semula bersama bungkusan ubat.
“Jom, kita
balik.” Hajah Aznah menarik kerusi roda yang diduduki oleh Fathiyah sebelum
Shah pula yang mengambil tugas tersebut.
Fathiyah tidak
berbunyi. Terpaksa akur. Lelaki yang dilukai siang tadi yang membantunya kini.
“Umi, Tiya nak
balik hostel.” kata Fathiyah saat mereka tiba di tempat parkir. Kata-kata yang
lebih ditujukan kepada Shah sebenarnya kerana lelaki itu yang membawanya ke
klinik 24 jam tersebut.
Shah yang
sedang membuka pintu kereta di tempat penumpang, memandang tajam.
“Kau tak payah
nak degil sangat boleh tak? Kau tak nampak sekarang pukul berapa? Tak pasal-pasal aku nak hantar balik hostel pulak!” ujarnya dingin.
“Shah..” Hajah
Aznah sudah menggelengkan kepala.
Fathiyah
menahan rasa. Terasa mahu menangis apabila dimarahi di hadapan Hajah Aznah
begitu.
“Esok aje aku
hantar kau balik!” kata Shah lagi sebelum terus sahaja mencampung tubuh kurus
Fathiyah dan diletakkan ke dalam kereta. Kerusi roda milik klinik 24 jam itu,
dipulangkan semula.
Hajah Aznah
hanya mampu menggeleng lagi melihat kedinginan yang berlaku.
“Shah tak
boleh cakap elok-elok ke dengan Tiya? Shah suka tengok Tiya macam tu?” tegurnya
sebaik anak lelakinya itu kembali.
“Mengada-ada
sangat dia tu umi!” balas Shah selamba sebelum mengambil tempat pemandu.
Hajah Aznah
melepaskan nafas panjang sebelum dia turut sama masuk ke dalam kereta.
Sebaik tiba di
rumah, Aween dan Haji Ridhuan sudah pun menanti di muka pintu. Dua lagi anaknya
pula, masing-masing bekerja di luar kawasan.
“Akak, boleh
ke?” Aween terus membuka pintu di sebelah Fathiyah. Manakala Hajah Aznah
menanti dengan sebatang tongkat yang dibeli tadi bagi memudahkan gadis itu
berjalan. Shah pula terus berlalu masuk tanpa sebarang kata.
“Thanks Aween.” ucap Fathiyah terharu.
Perlahan-lahan dia berjalan masuk ke dalam rumah sambil diperhatikan oleh Haji
Ridhuan dan Hajah Aznah. Gadis itu pula setia mengiringinya hinggalah tiba ke
sebuah bilik di tepi tangga. Dengan lebih jelas lagi, dia terpaksa bermalam di
situ.
“Tiya makan
ubat, lepas tu boleh tidur.” ujar Hajah Aznah yang terus ke ruang dapur untuk
mengambil segelas air.
Fathiyah
melabuhkan duduk di birai katil sementara menanti Hajah Aznah.
“Akak, okey
ke?” Soal Aween yang turut sama melabuhkan duduk di sisi.
Fathiyah
mengoyak senyum tawar. Tidak tahu apa yang harus dijawab.
“Akak, apa
sebenarnya yang jadi ni?” Cukup perlahan Aween bertanya. Simpati dengan apa
yang menimpa gadis itu.
“Takda apalah
Aween..” jawab Fathiyah lambat.
“Akak
janganlah tipu Aween. Tengok akak dengan abang macam tu, ingat Aween nak
percaya ke, takda apa-apa jadi?”
Sekali lagi
Fathiyah melemparkan senyum tawar.
“Tiya..” Hajah
Aznah muncul dengan segelas air dan ubat. Kedua-duanya dihulurkan sebelum Tiya
menelan dengan sedikit payah kerana sejak kecil dia agak sukar untuk makan
ubat. Jika tidak kerana memikirkan keprihatinan Hajah Aznah membawanya ke
klinik, terpaksa juga dia menelan.
“Terima kasih
umi. Sorry sebab dah susahkan umi dan
abah sekeluarga.” ucap Fathiyah lirih sebaik gelas kembali bertukar tangan.
Terasa mahu luruh air matanya saat itu kerana menerima layanan yang cukup baik.
Aween yang
masih duduk di sisi, menggenggam kemas jemarinya.
“Jangan cakap
macam tu Tiya. Tiya dah macam anak ummi dan abah.” sahut Haji Ridhuan yang
sejak tadi, menanti di muka pintu.
“Tiya dah
macam darah daging kami sendiri. Sudah tu, jangan cakap macam tu lagi. Tiya
tidur dulu. Rehat.” tambah Hajah Aznah pula sebelum berlalu bersama suaminya.
Fathiyah
dilambung rasa sebak. Wajah Aween di sisi, dipandang.
“Akak
janganlah sedih-sedih. Akak dah macam kakak Aween sendiri. Hari ni, hari akak.
Esok lusa, mana tahu. Mungkin hari kami pulak.”
Aween menenangkan. “Sudahlah tu. Aween teman akak tidur dekat sini ya? Senang
sikit. Nanti, kalau akak nak apa-apa, akak cakap dengan Aween.” ujarnya sebelum
bingkas. Membantu Fathiyah untuk merebahkan diri.
Sementara di
tingkat atas, Shah sudah berkali-kali melepaskan keluhan berat. Sungguh dia
terasa bersalah dengan layanan kasarnya terhadap Fathiyah sejak membawa gadis
itu pulang tadi. Dia yang membawa pulang Fathiyah ke situ, dia pula yang marah
apabila gadis itu ingin pula ke hostel.
“Sorry Tiya..” ucapnya perlahan dengan
perasaan bersalah yang bermukim. Helaan berat meniti bibirnya lagi.
……………
Dari satu siaran, ke satu siaran
ditukar namun tiada satu pun yang mampu menarik perhatian. Dari duduk tegak,
dia merebahkan tubuh di sofa itu demi mencari keselesaan. Mata yang segar
menunjukkan tiada langsung tanda-tanda mahu terlelap. Puas dia mencari
keselesaan di bilik tadi. Tetapi percubaannya tetap gagal.
Keluhan
berat terlepas lagi di bibir sebelum dia kembali menegakkan tubuh. Skrin 52
inci di hadapannya dipadamkan. Berkira-kira ingin naik ke bilik semula namun
terhenti apabila ternampak pintu bilik di sebelah tangga terbuka. Dahinya
berkerut. Dari situ, matanya dapat menangkap satu susuk tubuh yang begitu
dikenali. Terhincut-hincut berjalan.
“Nak
ke mana pulak tu?” desisnya sendiri sambil
mengerling jam pada decoder Astro.
Hampir tiga pagi. Mata tidak lepas memerhati hingga bayang gadis itu hilang ke
ruang dapur. Perlahan-lahan dia bingkas untuk mengawasi apa yang ingin dilakukan
oleh Fathiyah selewat itu.
“Tongkat
kau mana?”
Teguran
yang tiba-tiba menyebabkan langkah Fathiyah terhenti sebelum terus berpaling.
Hampir gugur jantungnya apabila disapa dalam sunyi begitu.
“Kau
nak apa? Biar aku buat. Kau duduk.” kata Shah sebaik menarik salah satu kerusi
di meja makan.
“Aku
nak air kosong.” jawab Fathiyah tidak bernada sebaik melabuhkan duduk.
“Aween mana?
Kan kau boleh suruh dia ambilkan kau air? Kalau kau jatuh tadi macam mana?”
Shah mula membebel walaupun tangannya sedang menuang air suam ke dalam gelas.
“Tapi sekarang
aku tak jatuh kan?” selamba Fathiyah menjawab menyebabkan Shah menghadiahkan
jelingan tajam kepadanya.
“Menjawab aje
kerja kau kan? Tak padan dengan sakit!” getus Shah geram seraya meletakkan
gelas air suam di hadapan gadis itu sebelum dia berlalu ke peti sejuk. Terasa
lapar pula perutnya memandangkan mata tidak lagi mengantuk.
Fathiyah
mencebik sebelum terus sahaja meneguk air suam tersebut. Sebaik sahaja habis,
dia terus bingkas. Tidak mampu berlamaan di situ memandangkan dia masih lagi
terasa hati apa yang berlaku dan dalam masa yang sama dia belum bersedia untuk meminta
maaf atas kesalahan yang dilakukan
“Kau nak ke
mana?” Teguran Shah yang tiba-tiba menyebabkan Fathiyah yang baru melangkah
setapak, terhenti.
“Takkanlah aku
nak tidur dekat sini pulak!” balas
Fathiyah sedikit geram. Wajah Shah yang berdiri di hadapannya dipandang geram.
“Kau duduk
dulu. Aku ada hal nak cakap dengan kau.” arah Shah tegas.
“Aku
mengantuklah! Cakap esok ajelah!” Fathiyah menyambung langkah walaupun terasa
payah. Namun disebabkan kepayahan itulah dia terpaksa akur apabila tubuh Shah
sudah pun menghalang laluannya.
“Amiruddin
Zulkarnain Shah!” Fathiyah ketap bibir kuat.
“Nur Fathiyah
Abdul Rahman!” balas Shah seraya mendekatkan tubuh. Tidak mahu mengalah.
Renungan
bersatu seketika sebelum Fathiyah membuang pandangan ke sisi. Mengalah!
Shah menarik
senyum tepi. Meraikan kemenangan. Fathiyah yang dikenali, sedikit pun tidak
berubah. Gadis itu tidak pernah akan berjaya melawan renungannya.
“Tolong cepat
sikit! Aku mengantuk ni!” bentak Fathiyah tertahan, tidak puas hati. Dia
kembali ke kerusi yang diduduki sebelum mengaduh sendiri apabila tidak perasan
kaki yang sakit terlanggar kaki kerusi.
“Haa.. Tulah.
Tu padahnya bila orang tak nak dengar kata!” kutuk Shah sebelum dia merendahkan
tubuh untuk melihat kaki gadis itu walaupun tanpa dipinta.
Fathiyah
menahan sakit. Walaupun bengkak kakinya kian menyusut, sakitnya tetap terasa.
“Nasib takda
apa-apa kaki kau ni. Kalau tak, siapa yang susah? Aku jugak. Nasib Abang Am dengan Amir tak tahu. Kalau tak? Tak pasal-pasal bertelur dahi aku ni.” ulas Shah sebelum melabuhkan duduk di
hadapan gadis itu.
“Apasal pulak kau yang susah? Aku yang jatuh sendiri kan? Bukan kau tolak
aku.” jawab Fathiya terkawal. Risau perbualan mereka mengejutkan isi rumah yang
sedang lena.
“Memanglah… Tapi
kau marah sebab aku.. Kalau bukan sebab aku hantar lambat, kau tak naik tangga
semalam, kau takkan jatuh, aku takkan tinggalkan kau semalam..” balas Shah
mengendur. Jus oren yang dikeluarkan dari peti sejuk tadi, diteguk perlahan.
Fathiyah
melepaskan keluhan panjang. Perasaan bersalah kembali menyelubungi.
“Lepas ni, aku
yang hantar dan jemput kau pergi balik kelas sampai kaki kau tu sembuh.” Shah
membuat keputusan. Dia terasa bertanggungjawab dengan apa yang berlaku.
“Tak payah! Aku
boleh..”
Shah berdecit
menyebabkan Fathiyah tidak jadi meneruskan kata. “Kau boleh tak, ikut aje apa
yang aku cakap?” Dia mula bertegas.
“Kau kan ada
kelas? Bila masa kau nak jemput hantar aku?”
“Tu kau tak
payah risau. Bukan masalah kau. Nanti pandai-pandai akulah.” Senang Shah
membalas.
“Senang aje
kau cakap kan? Yang sakit aku. Ini masalah aku, bukan masalah kau?”
Shah pula
melepaskan nafas berat. “Tiya..” serunya lembut dan lebih kepada merayu. Mahu
gadis itu menurut sahaja apa yang dirancangkan.
Fathiyah
mengangkat wajah.
“Please..”
“Kenapa kau
buat semua ni Shah?” Perlahan Fathiyah bertanya diiringi keluhan.
“Aku tak boleh
tengok orang yang aku sayang, sakit macam ni..” keluh Shah hingga tidak
kedengaran.
“Kenapa dua
tahun lepas kau tak macam ni Shah? Kenapa baru hari ni, kau risau aku sakit ke
tak..” Ada sebak mula bertandang apabila peristiwa dua tahun lalu datang
menjengah.
Shah meraup
wajahnya sekali bersama hembusan berat. Sukar mahu menerangkan keadaan dirinya
yang sebenar. Malu menyelubungi apabila terpaksa menelan akan hakikat yang satu
itu. Dia anak tak sah taraf selain tidak diketahui akan asal-usul keturunannya.
“Sampai hari
ni, aku tak boleh terima alasan kau batalkan majlis pertunangan kita Shah. Apa
salah aku?” sambung Fathiyah sedikit lirih.
“Tiya..”
“Mungkin betul
apa yang kau kata dulu. Kita muda lagi. Kau pun tak habis study. Cuba kau bayangkan, kalau kita jadi bertunang dua tahun
lepas. Agaknya hari ni kita dah..” Fathiyah mengukir senyum hambar. Tidak mampu
meneruskan kata. Angan yang tidak kesampaian itu hanya mampu dikunci di lubuk
hati yang paling dalam.
“Tapi semua tu
tak jadi Tiya..” sambung Shah yang tunak merenung wajah keruh di hadapannya
itu. “Dan aku akan pastikan, semua tu takkan jadi pada kita Tiya..” lanjutnya
kemudian. Kata-kata yang menghiris lumat hatinya sendiri.
Fathiyah terkedu.
Hujung matanya mulai sarat. Sungguh, bukan itu yang mahu didengari daripada
bibir lelaki yang begitu disayangi. Bukan… Wajah dipalingkan ke sisi dengan
hati yang cukup luluh. Mungkin sudah tiba masanya dia membuang sisa-sisa kasih
dan cinta yang tidak pernah luput daripada hatinya mulai hari itu. Harus membuang
terus angan yang pernah dipasang sebelum ini. Perlu disingkirkan semua rasa
yang ada agar dia mampu memberi ruang kepada orang lain, yang benar-benar sudi
menerima kasih dan cintanya yang tidak berbelah bahagi.
“Tiya..” Shah
menarik tangan Fathiyah di atas meja namun gadis itu terus menepis.
“Aku rasa, aku
dah silap buat keputusan Shah. Tak sepatutnya kita rapat macam dulu. Aku tak
boleh Shah. Bila kau rapat dengan aku, baik dengan aku, kau bagi aku harapan
Shah. Tapi sebenarnya..” Fathiyah menyeka butir jernih yang mulai jatuh.
“Aku rasa,
kita patut hidup macam sebelum ni. Aku dengan hidup aku, kau dengan hidup kau.
Cukup-cukuplah Shah, apa yang kau dah buat selama ni. Aku risau, nanti aku tak
mampu nak bagi peluang pada orang lain, bila aku rasa kau sentiasa ada untuk
aku. Cukuplah Shah… Tak sepatutnya kita macam ni. Kita patut cari kehidupan
sendiri..”
“Kau kan dah
janji, kita jadi kawan macam dulu? Kau boleh rapat dengan mana-mana lelaki pun.
Aku tak kisah. Tapi please Tiya.. Aku
nak kita jadi macam dulu selagi kau belum jadi milik siapa-siapa..” Shah mula
tidak senang duduk dengan apa yang terluah di bibir gadis itu.
“Tak semudah
tu Shah.. Hati aku tak kuat macam hati kau.. Aku tak boleh nak teruskan.. Sorry..” Fathiyah nekad. Dia seka lagi
air jernih yang merembes sebelum dia perlahan-lahan bangun.
“Tiya..” Shah
turut bingkas dan berniat untuk membantu. Namun gadis itu lebih awal menolak.
“Aku boleh
jalan sendiri. Thanks.” Fathiyah
perlahan-lahan berjalan dengan berpaut tepi kabinet untuk masuk semula ke dalam
bilik.
“Tiya..” Shah
sudah mendahului di hadapan bilik. Sepasang mata yang memerah itu meniti ruang
matanya.
“Ada apa-apa
lagi yang kau nak cakap ke?” Setenang mungkin Fathiyah mengawal suaranya. Cuba
menganggap tiada apa-apa yang berlaku di antara mereka.
“Tiya please… jangan buat aku macam ni..” Shah
mula menahan sebak. Selepas ini, dia benar-benar akan kehilangan gadis itu buat
selama-lamanya.
Fathiyah
mengangkat wajah. Wajah keruh di hadapannya itu ditatap bersama air jernih yang
kembali menitis.
“Kalau kau
sayang aku, kau tak buat aku rasa macam ni Shah..” Dia terus menunduk. Air
matanya diseka. Sepasang mata yang mula memerah di hadapannya itu sarat dengan
rasa yang tidak pernah sejak dahulu lagi. Cuma, dia tidak faham apa yang
menghalang hingga menyebabkan lelaki itu tega memusnahkan angan yang mereka
sama-sama pasang dulu.
“Tiya.. Aku
sebenarnya..”
“Kenapa ni?”
Ada suara lain yang mencelah menyebabkan Shah tidak jadi meneruskan kata. Muncul
Haji Ridhuan dari atas tangga.
Fathiyah saat
itu pula segera menyeka air mata yang bersisa. Tidak mahu Haji Ridhuan
berprasangka yang bukan-bukan.
“Shah buat apa
dekat sini lewat-lewat macam ni? Tiya?” Ada kecurigaan dalam nada suara Haji Ridhuan sambil
memandang ke wajah pasangan di hadapannya itu bersilih ganti.
“Er.. Tiya minum
air tadi.” Fathiyah memandang sekilas wajah Shah di sisi. Mohon lelaki itu bekerjasama.
Namun hampa apabila Shah terus menerus mendiamkan diri.
“Er.., Tiya
masuk dulu.. Assalamualaikum.” Fathiya terus sahaja menolak pintu bilik. Itu
sahaja yang mampu dilakukan daripada terus menerus menjadi jamahan mata tajam
Haji Ridhuan. Dia terpaksa membiarkan Shah sendirian di situ demi kebaikan
mereka bersama. Itu yang terbaik dari dia terpaksa berbohong semata-mata
menyembunyikan apa yang berlaku di antara mereka.
13 comments:
Bosan la.. Asek gaduh je
Pulakkk..
serius sedih.
Assalamualaikum,
saya adalah salah seorang pembaca novel di blog ini. Berminat tak untuk menerbitkan sendiri novel dalam bentuk ebook, untuk dijual terus kepada pembaca?
Jika berminat sila hubungi penulis@appnovella.com untuk penjelasan lanjut
sabar ye....tu komen jujur kot dari hati
sambung lg.....
Hahaha....sha semangat ler....cepat2 sambung bagi Gula2 biar manis....:)
kakna >
thanks kakna. nak buat macam mana kalau orang tak suka kakna. saya redo je la..
Dewi>
erk? nampak tak bersemangat eh dewi? memang pun. Ni pun bertatih-tatih pujuk semangat ni. huuu
sis, sedih sgt cter ni. hahaha... kena bg kitaorg senyum cepat2 ni.
Abaikan kata negatif tue....bosan xyah baca. Biar kami yg berminat nie nak baca. Apew lg arsha dah ada yg offer nak terbitkan.grab cepattttt. Lgpuwn karya arsha x pernah mengecewakan.gud luck.....hani
Abaikan saja. Kalau dan tak suka jgn baca.
Arsha teruskan menulis.
Kmas
Teruskan menulis Arsha. Anggap aje sebagai cabaran.
Kmas
Hani>
Thanks atas sokongan. InsyaAllah. Moga Allah reda kita semua. :')
Kakmas!
Thanks kak mas. InsyaAllah. :')
Arsha kenapa sedih sangat...
betul apa yg tiya cakap kalau shah terus selalu bersama Tiya takut hati x boleh melepaskan...
Post a Comment