Apr 17, 2012

Kau! yang Menghantui Aku!_bab 3 edited

“Abang, nak ke mana dah malam-malam ni?” tegur Athirah apabila melihat Firdaus sudah menukar kain sarungnya tadi dengan seluar track bottom hitam. Awra yang sedang berbaring di hadapan tv turut sama memandang ke arah Firdaus.

“Perasan bujanglah tu kak…” celah Awra pula sengaja mengusik. Faham benar dengan perangai abangnya yang gemar keluar malam sejak bujang lagi.

“Sibuklah kau dik…” balas Firdaus sambil melemparkan kusyen kecil kepada Awra. Tepat mengenai wajah adiknya itu.

“Abang nak pergi tengok bola dekat kedai mamaklah.” Lanjut Firdaus sambil tangan kanannya menyisir rambut agar sedikit kemas.

“He’eleh… habis tu, yang beli channel sukan buat apa? Membazir aja… Nak jugak pergi kedai mamak… Tv kedai mamak jugak yang laku…” kata Awra yang mengambil tempat di sebelah kakak iparnya.

“Kau mana tau dik. Kalau tengok ramai-ramai barulah feel… Semangat nak tengok pun ada. Kalau tengok sorang-sorang dekat rumah ni, langsung takda feel. Nanti bukan aku tengok bola. Bola yang tengok aku...” jawab Firdaus. Jika sebelum berkahwin dahulu, agak kerap dia keluar malam semata-mata ingin menonton perlawanan bola dengan rakan-rakannya.

“Eleh… Apa yang best sangat kak? Akak pernah ikut abang kan…” soal Awra kepada Athirah.

“Pernah. Sekali aja akak ikut. Lepas tu, memang taklah. Bosan aja akak rasa.” Akui Athirah. Sudah fitrahnya seorang wanita yang tidak gemarkan sukan bola sepak. Jika ada pun, hanya segelintir sahaja yang betul-betul minat akan sukan itu.

“Sebab sayang tak minat bola. Cuba sayang minat bola. Mesti selalu nak ikut abang.” Balas Firdaus yang tersengih.

“Aku nak ikut boleh tak bang?” ujar Awra dengan mata yang terkelip-kelip memandang Firdaus.

“Ahh… jangan nak mengadalah. Kau teman ajalah Kak Ati dekat rumah.” Larang Firdaus.

“Ala… sekali aja bang… Abang jugak yang kata ada feel tengok ramai-ramai kan… Nak try jugak macam mana feel yang abang cakap tu… Please…” Awra sudah mengeluarkan ayat kesiannya untuk memujuk Firdaus.

“Bawak ajalah bang…” sokong Athirah pula.

“Ala… dia bukan minat bola pun…” Firdaus beralasan lagi masih tidak mahu Awra mengikutnya.

“Ee,… kedekut betul abang ni kan…” rungut Awra yang sudah masam mencuka wajahnya. Sengaja buat-buat merajuk.

“Bukan kedekut. Kau tu kan perempuan. Dah malam-malam macam ni… Nanti orang kata apa pulak. Lagipun dekat kedai tu mesti ramai lelaki… Tak selesa kau nanti dik.. Kalau ayah tahu kau ikut aku, lagi sia-sia aja. Elok-elok ayah bagi kau datang rumah aku, terus ayah keluarkan surat larangan.” ujar Firdaus lagi sebab dia tidak bersetuju Awra menyertainya. Tambahan pula ayahnya sudah mengamanahkan supaya menjaga Awra sebaiknya.

“Ala… kan aku duduk dengan kau bang.. Bukan dengan lelaki lain… Kalau ayah tahu pun, takda mulut lain yang bagitahu… except mulut terlebih insurance abang tu.” kata Awra masih berdegil. Tidak mahu mengalah dengan abangnya.

“Kalau macam tu, Ati ikut sekalilah bang. Ada jugak partner bosan nanti...” Sampuk Athirah dengan senyuman yang tidak sampai hati melihat wajah penuh mengharap adik iparnya itu. Dia tahu Awra bukanlah jenis gadis yang suka keluar pada waktu malam. Hanya ada sebab tertentu sahaja baru gadis itu akan keluar. Itupun dengan orang yang hanya dikenali oleh ahli keluarga.

Cayalah kak… jom kita pergi.” Cepat benar suara Awra berubah ceria. Dia tahu kakak iparnya itu sengaja membantunya. Secepat itu juga Awra masuk ke dalam bilik untuk menukar pakaian.

“Hmm… nampaknya, dah takda genglah abang lepas ni…” usik Firdaus dengan suara yang sengaja dilirihkan. Athirah kini lebih banyak berpihak kepada adiknya berbanding dirinya. Athirah yang merupakan anak tunggal, memang rapat dengan adiknya itu. Tidak hairanlah jika Awra bermalam di rumahnya, Athirah akan sentiasa menyebelahi adiknya itu.

“Alah…bukan selalu…” balas Athirah manja. Sempat dicuit hujung hidung suaminya sebelum masuk ke bilik untuk menukar pakaian.

……………….

“Bang, kau sokong team mana ni? Game sekarang Liverpool dengan Manchester United. Aku tengok baju Arsenal yang abang pakai malam ni kenapa pulak.” Tanya Awra apabila melihat suasana kedai mamak itu dipenuhi dengan kaum Adam. Gamat dengan soarakan mereka. Pelbagai rupa dan cara dalam menyokong pasukan kegemaran masing-masing. Mujur mereka tiba awal tadi. Jika tidak pasti mereka tidak mendapat tempat duduk. Dengan sekelip mata restoren 24jam itu dipenuhi dengan peminat bola sepak. Dia perasan juga ada beberapa orang kaum Hawa yang turut sama menonton.

“Aku kan memang penyokong setia Arsenal. Saja aja nak tengok game malam ni.” Jawab Firdaus dengan mata melekat ke skrin besar di hadapan mereka.  Air teh tarik menjadi pilihan Firdaus dan Athirah malam itu. Tetapi tidak pada Awra. Gadis itu memilih untuk minum air teh krisentimum. Sejak dulu lagi Awra memang peminat teh bunga itu. Ke mana sahajalah dia pergi, pasti air itu yang dicari.

“Apalah kau ni bang. Baik tak payah datang…” ejek Awra melihat mata abangnya sedikit pun tidak bergerak dari skrin besar itu.

“Diamlah kau dik.” Balas Firdaus sedikit pun tidak terkesan dengan kata-kata adiknya.

Athirah pula hanya tersenyum melihat kedua beradik itu.

“Awra, kalau nak makan apa-apa, order ajalah. Malam ni akak belanja.” Ujar Athirah apabila dia perasan mata adik iparnya itu liar memandang ke sekeliling. Matanya sedikit pun tidak fokus pada skrin besar itu.

“La… kenapa tak cakap dari tadi. Penat Fir tunggu akak offer. Hihi…” jawab Awra sambil tersengih.

“Kan kita dekat kedai makan sis. Dah nama pun kedai makan kan… Makan ajalah Awra.” Balas Athira seraya menggelengkan kepala. Tahu benar perangai Awra yang suka sangat bergurau.

“Kak Ati, Fir gurau ajalah… bukan nak makan sangat pun. Tapi disebabkan akak dah offer kan… apalah salahnya.” Jawab Awra dengan kening yang terangkat. Sebaik tiba di restoren 24 jam itu, dia teringin merasai mi rojak di situ. Tetapi, abangnya yang melarang kerana mereka baru sahaja lepas sebelum mereka ke situ tadi.

“Ada-ada ajalah Awra ni… Awra order ajalah nak makan apa pun… akak bayar. Jangan risau…” balas Athirah senang. Sedikit pun tidak keberatan untuk membayar harga makanan yang dipesan oleh Awra.

“Terbaiklah kak…” ucap Awra ceria. Tangannya sudah dinaikkan sedikit untuk menggamit pelayan restoren.

“Eh, kau nak tambah air lagi ke dik?” soal Firdaus yang perasan apabila Awra mengangkat tangan.

“Taklah. Nak order makanan.” Jawab Awra selamba.

Seorang pelayan restoren menghampiri meja mereka dengan membawa menu.

“Bang, saya nak mi rojak satu, roti canai satu.” Kata Awra kepada pelayan lelaki yang datang itu.
“Lagi?” soal pelayan lelaki itu kepadanya pula.

“Abang nak order apa-apa ke?” soal Awra kepada Firdaus.

“Tak naklah. Kau ajalah yang makan.” Jawab Firdaus dengan mata tertumpu semula ke skrin besar.

“Okaylah. Tu aja.” Ujar Awra sambil menghadiahkan senyuman sebelum pelayan itu berlalu.

“Awra memang betul lapar atau sengaja nak rasa makanan dekat sini?” soal Athirah yang sedikit terkejut dengan makanan yang dipesan oleh Awra.

“Nak makanlah kak…” balas Awra sambil tersengih. Entah kenapa tekaknya ingin merasai makanan di restoren 24 jam itu. Kebanyakan pelanggan yang datang ketika itu tidak pun memesan makanan. Sebaliknya memesan bergelas-gelas air teh tarik. Berlonggok-longgok gelas di atas satu meja.

“Jangan membazir sudah. Akak tak boleh jawab kalau Awra jadi kekasih Encik Syai malam ni sebab tak habis makan.” Usik Athirah.

“InshaAllah tak… Fir tengah bersemangat nak makan ni kak.” Jawab Awra seraya tersenyum lebar. Dia berdoa agar makanan di restoren itu menepati piawaian tekaknya.

“Kalau tak habis… siap kau dik…” celah Firdaus pula sebelum menghirup perlahan air teh yang sudah pun suam.

“Bilanya nak gol ni? Lambat sangat.” Omelnya sendiri apabila melihat penyokong-penyokong pasukan yang bermain begitu khusyuk menonton. Tidak sabar untuk melihat aksi mereka apabila pasukan yang diminati menjaringkan gol.

Daripada pemerhatiannya, kebanyakan pelanggan yang datang menonton perlawanan ketika itu adalah penyokong kuat Liverpool. Sebuah meja berhampiran dengan meja yang mereka duduki juga merupakan penyokong Liverpool. Dia perasan tiga orang lelaki di meja itu lebih awal tiba dari mereka. Cuma wajah mereka tidak dapat dilihat kerana duduk mengadap skrin. Sesekali dia terdengar ketiga-tiga lelaki itu memberi komen terhadap perlawanan yang sedang berlangsung. Di mana dilihat permainan lebih dikuasai oleh pasukan Manchester United.

Seketika kemudian, seorang pelayan mengahampiri mereka untuk menghantar makanan yang dipesan oleh Awra. Bersinar-sinar matanya melihat mi rojak dan roti canai yang tersedia. Seperti biasa dia dengan gaya pengkritik makanannya meneliti makanan yang terhidang. Tangan mencapai sudu dan garfu yang siap dilap dengan sehelai tisu. Satu tabiat Awra sebelum makan. Dia akan memastikan sudu dan garfu yang akan digunakan bersih dari sebarang kekotoran. Matanya cukup tajam jika melihat ada sebarang kekotoran pada sudu dan garfu yang digunakan.

“Kak Ati, tak nak rasa ke?” soal Awra selepas suapan pertama mi rojak masuk ke dalam mulut.

“Kalau Kak Ati nak, Kak Ati mintak. Akak kenyang lagi ni.” Jawab Athirah menolak.

“Bang, kau nak tak?” soal Awra kepada abangnya pula.

“Kau makan ajalah.” Jawab Firdaus dengan mata masih tertumpu kepada skrin besar itu.

Awra hanya menggelengkan kepala. Pelik benar dengan peminat-peminat fanatik sukan bola sepak. Sanggup duduk berjam-jam semata-mata kerana bola sepak. Dia yang baru sepuluh minit perlawanan bermula sudah buat muka bosan. Inikan pula ingin duduk lebih dari satu jam. Memang tidurlah jawabnya.

“Gol!!!!!!” sorak abangnya dan segelintir penonton lain apabila pasukan Manchester United berjaya menjaringkan gol.

Awra yang sedang leka mengunyah mi rojak yang kena dengan tekaknya, tersedak dengan tiba-tiba. Terkejut dengan sorakan kuat abangnya beserta beberapa lagi penyokong Manchester United.

“Apa benda abang ni! Tadi kata penyokong setia Arsenal. Apahal pulak dia yang paling excited!” marah Awra yang terbatuk-batuk. Terasa perit tekaknya dek kerana kuah kacang yang pedas. Athirah pula sudah ketawa kecil melihatnya.

“Awra minum dulu…” Athirah menghulurkan air mineral seraya mengusap perlahan belakang tubuh adik iparnya.

Awra menyambut huluran Athirah dan meneguk perlahan air mineral untuk melegakan tekaknya. Belum lagi dia meletakkan botol air mineral tadi, sekali lagi dia tersedak apabila kali ini pasukan Liverpool berjaya menyamakan kedudukan. Sorakan kuat yang bergema membuatkannya terkejut sekali lagi. Agak bingit telinganya apabila hampir keseluruhan mereka yang menonton adalah penyokong pasukan Liverpool bersorak gembira. Dia perasan sebuah meja di hadapannya itu. Merekalah yang paling kuat sorakannya. Tak terkecuali, abangnya sendiri bersorak gembira.

“Abang, kau ni sokong mana? ManU gol kau sorak, Liverpool gol pun kau sorak.” Ujar Awra dengan hidung yang mula berair kerana termasuk air. Mujur air yang diminum tadi tidak terhambur ke wajah pasangan di hadapannya itu. Hanya Mi rojaknya yang menjadi mangsa.

“Aku sokong dua-dua…” balas Firdaus selamba sambil tersengih. “Yang kau pulak dik, apa pasal sampai tersedak-sedak ni? Mesti kau gelojoh makan kan…” tebak Firdaus apabila melihat adiknya yang masih berair mata selepas tersedak tadi. Perasan hujung hidung adiknya itu mula memerah.

“Tolong sikit eh… Kalau dah semua tiba-tiba menjerit macam orang gila apa hal. Sebab bola sebiji sorak macam orang sewel. Macamlah sorak tu dapat duit. Dah la sokong kelab luar. Kelab sendiri tak nak pulak sokong.” Komen Awra tidak mengalah. Mujur suasana restoren itu sedikit bising selepas gol tadi. Cuma dia perasan tiga orang lelaki yang duduk di hadapan meja mereka menoleh sedikit kepadanya. Mungkin terdengar apa yang diucapkan tadi. Ah! Lantaklah! Siapa suruh jerit kuat-kuat sampai aku terperanjat. Sempat hatinya membebel sendirian. Dia berbuat muka selamba. Sedikit pun tidak memandang ke wajah ke tiga-tiga lelaki di hadapannya itu. Perit tekaknya masih terasa kerana tersedak tadi.

“Tu la feel namanya.” Balas Firdaus dengan mata terhala pada skrin besar itu semula. Perlawanan masih lagi berlangsung. Sedikit pun tidak peduli dengan adiknya yang membebel.

Awra menjuihkan bibirnya. Pelik dengan orang-orang fanatik ni!

“Awra, tukarlah mi rojak ni. Dah masuk air yang Awra tersedak tadi.” Ujar Athirah apabila melihat pinggan mi rojak tadi di penuhi air.

“Takpalah kak. Dah takda selera nak makan.” Balas Awra yang sesekali batuk. Air tehnya tadi disedut perlahan.

“Ada pulak macam tu. Kan Awra baru makan sikit. Akak order lain ya..?” Athirah sudah mengangkat tangan untuk menggamit pelayan restoren.  Serentak dengan itu, seorang lelaki dari meja hadapan mereka menghampiri.

“Bang! Tak perasan abang duduk sini. Selalu lepak dekat sini jugak ke?” Ramah lelaki itu menegur sambil duduk di kerusi kosong hadapan Awra. Tangan dihulur untuk bersalaman dengan Firdaus. Senyuman dilempar pula kepada Athirah.

Awra sedikit pun tidak memandang ke wajah lelaki yang duduk di hadapannya. Dia leka pula memotong roti canai agar menjadi cebisan-cebisan kecil. Suara lelaki itu seperti dikenali. Tetapi dia buat tidak endah. Pasti rakan-rakan abangnya yang duduk di kawasan berhampiran. Dia meneka sendirian.

“La… Kau ke.. Ingat siapalah yang dapat duduk seat depan tu tadi.” Balas Firdaus mesra sambil tersengih apabila lelaki yang menghampiri meja mereka duduki itu Faiq.

“Faiq. Ingat pasukan sorak mana tadi.” Seloroh Athirah pula.

Sebaris nama yang meniti bibir kakak iparnya membuatkan tangannya terhenti dari membuat cebisan kecil roti canai. Wajah ditegakkan untuk melihat ke arah suara yang menegur tadi agar tidak tersalah orang. Awra kertap bibir saat mata mereka bertemu. Namun, cepat dilarikan. Darah menyerbu ke muka tiba-tiba apabila melihat lelaki itu tersenyum kepadanya.

“Hai. Awak ni yang jatuh tergolek dekat kedai saya hari tu kan?” soal Faiq dengan sengaja menekan sedikit suaranya.

Awra diam membatu. Cuba mengawal perasaan saat itu. Rasa geram dan malu bergabung menjadi satu. Dia perasan dua lagi rakan semeja Faiq turut menoleh kepadanya. Begitu juga dengan penghuni meja-meja berhampiran dengan meja yang dia duduki. Suara Faiq mampu didengari di situ kerana keadaan yang sudah sedikit tenang selepas lima minit gol penyamaan.

Sempat matanya singgah ke wajah abang dan kakak iparnya yang sudah ketawa kecil yang memandangnya. Kurang asam! Sepakat gelakkan aku!

“Kak, saya nak pergi toilet kejap.” Kata Awra pantas seraya bangun. Sakit hatinya melihat senyuman mengejek di bibir Faiq Faisal.

“Cik Adik, nanti keluar toilet tu pandang-pandang sikit. Takut terjatuh lagi.” Terdengar suara itu berpesan selepas beberapa langkah menjauhi meja.

Awra kertap bibir geram. Terdengar tawa halus dari meja-meja lain. Berkilo-kilo malam ni dia malukan aku!
Tiba di tandas, lama dia berdiri di hadapan cermin besar itu. Jelas kedua pipinya merah menahan rasa malu kerana mulut celupar Faiq. Terasa berbahang wajahnya saat itu. Ingin sahaja dia menjerit sekuat hati melepaskan rasa geram dan marah kerana dimalukan di khalayak ramai. Gila punya lelaki! Sempat hatinya mengutuk. Cepat dia membasahkan wajahnya dengan harapan agar merah di kedua belah pipinya tidak kelihatan. Ada kari, ada rempah Babas. Ada hari, siaplah kau, aku balas! Katanya dalam hati sebelum menapak keluar.

Dari jauh, dilihat lelaki itu tidak lagi menempel di mejanya tadi. Entah ke mana hilangnya. Pandangan mata dibuang ke sekitar restoren namun tidak kelihatan. Dalam tidak sedar dia mengukir senyum. Lapang hatinya apabila bayang lelaki itu hilang dari pandangan.

“Hai!” tegur satu suara rapat di telinga menyebabkan telefon bimbit yang dipegang terlepas. Habis terburai isi perut telefon bimbit kesayangannya itu.

“Lain kali jalan tu jangan berangan.” Kata suara itu lagi membuatkan Awra menjeling tajam. Dia ni lagi! Dengan rasa geram dia mengutip semula isi perut telefon yang terburai tadi.

“Ada lagi rupanya orang pakai handphone macam ni.. Ketinggalan zaman betul…” komen lelaki itu yang turut sama mengutip komponen yang tercabut. Pada perkiraannya, model telefon itu sudah pun tidak ada di pasaran lagi. Dia sembunyi senyum. Tetapi dalam hati sudah berdekah-dekah tawanya apabila melihat wajah yang masam mencuka itu dengan mulut yang terkumat-kamit. Entah apa yang dibebelkan gadis itu.

“Bagi sini bateri saya tu!” kata Awra dengan sedikit keras apabila Faiq mendahului capai bateri telefonnya yang tercampak di kaki lelaki itu tadi. Dia sudah berdiri di hadapan lelaki itu dengan perasaan berbuku marah dalam dada.

“Erm...Saya rasa dah tiba masanya awak tukar handphone buruk awak tu. Dah teruk sangat saya tengok. Keypad pun sampai dah tercabut. Ni kalau jadi tukun pun, ikan tak sudi.” Tambah lelaki itu tanpa mempedulikan wajah Awra yang merah padam merenung tajam kepadanya. Dia masih membelek bateri telefon Awra yang berada di tapak tangannya.

“Hey! Suka hati sayalah nak pakai handphone buruk ke apa. Awak paduli apa saya pakai handphone apa pun! Bagi sini bateri saya tu!” balas Awra geram. Suka hati dia aja nak kutuk handphone aku! Aku tahulah kau kaya! Tak payahlah nak kutuk orang! Mujur kedudukan tandas itu sedikit jauh dari tempat duduknya tadi. Jika tidak, pasti mereka menjadi perhatian.

“Memanglah… Saya peduli apa awak pakai handphone apa pun kan. Kalau betulkan iphone saya yang rosak hari tu, harganya lagi mahal dari harga handphone awak ni tau. Erm.. Tapi rasanya handphone awak ni mesti dah rosak kan… Tengok ni, skrin pun dah retak. Mesti dah tak boleh guna lagi. Bateri ni pun mesti dah takda function lagi kan. Biar saya tolong buangkan ajalah.” Balas lelaki itu selamba sambil menghampiri tong sampah berhampiran dan membuang bateri telefon yang dipegang tadi.

Hampir terlopong mulutnya apabila melihat tindakan selamba Faiq Faisal membuang bateri telefon bimbitnya. Tidak sempat Awra menghalang, lelaki itu terus sahaja berlalu ke meja semula. Membulat matanya melihat tindakan Faiq yang tidak rasa bersalah. Dia kertap bibir geram. Diakui telefon bimbitnya itu sudah pun uzur benar dilihatnya. Tetapi masih lagi boleh digunakan sebelum terhempas kerana terkejut dengan lelaki itu tadi. Menggunung tinggi rasa marah di dalam dada pada lelaki yang baru tiga kali dia temui itu. Gila punya lelaki! Jeritnya dalam hati.

Dengan perasaan marah dia kembali ke mejanya tadi. Ketika dia tiba, sekali lagi sorakan bergema di dalam restoren itu. Tetapi hanya penyokong Manchester United sahaja yang bersorak termasuk abangnya yang menjadi penyokong lalang malam itu. Paling jelas kekecewaan yang boleh dilihat adalah di meja hadapannya. Meja lelaki yang sudah membuang telefon bateri telefon bimbitnya tadi.

“Padan muka kalah!” kutuknya geram dengan pandangan tajam memanah ke arah belakang tubuh lelaki yang duduk membelakanginya itu.

“Abang, jomlah balik. Confirm Liverpool kalah. Dah tak payah nak sokong-sokong lagi.” Ujar Awra sedikit kuat sengaja ingin Faiq mendengarnya. Hatinya yang geram dengan tindakan lelaki itu tadi masih belum reda.

“Awra kenapa ni?” soal Athirah yang melihat wajah merah padam adik iparnya itu.

“Penatlah kak tengok team kalah main… macam tak reti nak main bola..” jawab Awra dengan mata tidak lepas memandang ke arah meja di hadapannya. Dia perasan dua orang lagi teman Faiq sudah tertoleh-toleh kepadanya. Hanya lelaki itu sahaja masih duduk membatu di situ.

Athirah yang masih tidak memahami terus mendiamkan diri. Tidak sesuai pula untuk bersoal jawab di situ memandangkan perkawanan yang sedang berlangsung masih lagi belum tamat. Suaminya sendiri masih tekun menonton. Sedikit pun tidak terusik dengan kata-kata Awra.

Awra sudah berpeluk tubuh dengan wajah yang masam mencuka. Roti canai yang sudah dipotong kecil tadi pun tidak lagi disentuh. Terus mati seleranya setelah apa yang berlaku di antara dirinya dan Faiq di hadapan tandas tadi. Panas membahang dirasakan wajahnya saat itu menahan marah. Tindakan selamba lelaki itu benar-benar menyakitkan hatinya. Dia masih tidak faham kenapa lelaki itu boleh bertindak seberani begitu kepadanya. Padahal, dirasakan dia tidak pernah pun menyakitkan hati lelaki itu. Bertemu pun baharu tiga kali. Dia yang berkali-kali dimalukan adalah. Sempat lagi hatinya membebel itu ini tentang Faiq.

Awra tetap sabar menanti di situ walaupun perlawanan bola itu langsung tidak menarik minatnya. Matanya tetap sahaja singgah ke belakang tubuh Faiq yang tidak langsung menoleh ke arahnya. Sebaik sahaja mendengar pengadil permainan meniup wisel penamat, Awra terus berdiri untuk mengatur langkah ke tempat letak kereta. Tidak betah lagi berlamaan di situ untuk bersua muka dengan lelaki yang telah menyakitkan hatinya tadi. Menyampah teramat!

“Dik.. Lajunya.. relax la..” terdengar suara abangnya menegur membuatkan langkah Awra mati. Dia menoleh ke wajah abang dan kakaknya yang masih duduk. Serta-merta matanya membulat apabila melihat seraut wajah yang tersenyum sinis kepadanya. Dia yang tiada hati untuk kembali ke meja kertap bibir kuat sebelum menyambung semula langkahnya. Berbakul perasaan marah di hatinya saat itu.

4 comments:

Anonymous said...

sweetnya ai awra.....

mizz acu said...

Erks.. Apa masalah faisal ni?? Sian awra

Anonymous said...

HEHE..bibit cinta dah nak bermula..
tak sabar nak tunggu next episod..

MaY_LiN said...

faiq faisal ni memang nak kena ni..
cian la c awra ni..