Apr 5, 2012

Kau! yang Menghantui Aku!_bab 1 - edited



“Amacam… best tak beb lauk tadi?” soal Norain selepas menutup semula pintu kereta.

“Kau tadi nampak tak aku makan macam mana? Habis semua lauk yang ada dalam pinggan aku tadi kan?” Jawab Awra Firdaus seraya melabuhkan duduk di bangku batu tepi rumah.

Norain ketawa kecil. Bukan dia tidak perasan ketika makan tadi. Awra begitu teliti memilih makanan dan merasai setiap lauk yang diambil. Faham benar dengan perangai Awra. Gadis itu cukup teliti tentang makanan. Malah cukup arif dalam merasa makanan. Sehinggakan sahabat yang mengenali dirinya, suka membawa Awra untuk mencuba suatu menu baru. Masing-masing percaya pada pendapat yang akan diberi oleh Awra tentang suatu jenis makanan yang dicuba.

“Tu la pasal. Bukan main sedap lagi aku tengok kau makan. Makan bukan main banyak lagi. Tapi badan kau, macam ni jugak aku tengok. Naik tidak, turun pun tidak. Maintain aja.” Kata Norain tentang tubuh sahabatnya itu yang masih tidak banyak berubah.

Tidak seperti dirinya yang sedikit berisi semenjak bekerja. Betullah orang kata yang kebanyakan pekerja di pejabat, berat badan mudah bertambah jika cara pemakanan tidak dijaga. Tetapi jika dilihat dari tubuh Awra, hanya satu yang dia percaya dalam konsep sains. Berat badan seseorang bergantung juga kepada tindakan metabolisme tubuh. Semakin tinggi tindakan metabolisme badan, semakin cepat makanan diproses. Maka, makanan tidak berkumpul sahaja di dalam badan. Cepat dicernakan.

“Sedap, aku makanlah. Tak sedap, alamat jadi sahabat ‘Encik Syai’ lah aku malam ni. Kalau dapat tahu Mejar Bersara Abdul Shukor, memang aku kena makan dengan pinggan-pinggan sekali…” Jawab Awra sambil membuka kerongsang pada tudung. Ayat yang terakhir itu disebut dalam nada paling perlahan. Risau didengari oleh ayahnya.

Dia faham benar dengan konsep ayahnya itu yang tidak gemar ada di antara ahli keluarga mereka yang suka membazir. Terutamanya makanan. Ketegasan ayahnya itu membuatkan mereka sekeluarga sentiasa belajar agar tidak membazir dalam apa jua perkara sekalipun.

Norain sudah mengekek ketawa. Lucu melihat sahabatnya itu seperti berbisik dengannya. Bukan dia tidak tahu Awra dan adik-beradiknya yang lain. Sejak kecil sudah diasuh dengan ketegasan dan disiplin yang tinggi kerana ayahnya seorang tentera. Semua takut dengan bekas tentera itu. Hanya Awra sahaja yang begitu berani untuk membantah segala perintah. Dan dia jugalah yang paling rapat dengan Mejar Shukor.

“Aku tahu kau tu. Kalau tak sedap, muka kau pun mulalah kerut berjuta. Nasib baik tadi makanan dia memang terbaiklah. Mak aku cakap, dia orang guna catering dari KL. Siap dengan waiter lagi tadi.” Kata Sabrina seperti teringat-ingat lauk kenduri yang dimakan tadi di tekaknya.

“Iya ke? Hmm… tapi memang best beb. Aku paling suka acar rampai tu. Macam orang-orang dulu buat. Sekarang ni dah jarang majlis kahwin nak buat acar tu. Dah lama rasanya aku tak makan yang sedap macam tu beb. Aku rasa dia orang punya team masak orang-orang lamalah. Tu yang semua makanannya sedap-sedap. Kau tahu ajalah catering sekarang macam mana. Kadang-kadang mahal aja. Rasa makanan, tak boleh harap langsung. Hampeh!” Komen Awra yang cukup cerewet kalau bab makanan.

“Betul jugak beb. Tapi tadi aku rasa mesti mahal jugak beb. Clean aja aku tengok barang-barang dia orang. Waiter pun cute-cute. Chef aja aku tak pasti. Tapi ada sorang mamat yang aku nampak selalu tengok dekat bahagian lauk. Muka boleh tahan jugak. Badan dia… macam teddy bear. Hihihi…” tambah Norain lagi bila teringat wajah seorang lelaki yang dilihat di majlis Hani dan Hafizi tadi. Berbadan agak tegap. Tetapi mempunyai raut wajah yang cukup menarik bila tersenyum. Siapa yang memandang pasti mudah tertarik.

“Amboi kau Ain! Sempat lagi nak telek orang. Entah mamat mana yang kau tengok tadi. Aku rasa ada sorang aja kot yang aku tengok macam mandur dekat bahagian buffet tadi. Muka poyo semacam. Tadi aku ingat baru nak tambah air lagi. Tiba-tiba dia dah suruh budak-budak cute dia tu angkat aku punya cawan. Bengang aja aku tengok.” Bebel Awra tentang lelaki yang dilihat di majlis tadi. Mungkin orang yang sama disebut oleh Norain tadi. Cuma pandangan mereka sahaja yang berbeza.

“Mamat poyo tu, mamat macam teddy bear yang aku cakaplah tu. Dia aja yang ada dekat bahagian buffet tadi. Cute kan…” puji Norain pula.

Cute la sangat!” Awra menjulingkan biji matanya ke atas. Tanda tidak setuju dengan kata-kata sahabatnya.

Cute la tu… entah-entah dia tu tukang masaknya. Mana kita tahu. Engkau tadi yang makan macam tak hengat dunia aku tengok, entah-entah air tangan lelaki tu…” kata Norain yang tersengih.

“Kalau dialah tukang masak tu, aku sanggup nak pergi belajar masak dengan dialah beb. Serius! Aku memang sukalah semua lauk-lauk yang ada tadi.” Balas Awra cukup yakin. Dia memang minat untuk belajar memasak. Itulah juga yang sering dilakukan sepanjang menjadi penganggur. Pelbagai ilmu masakan yang dipelajari dari ibu. Selain itu juga, dia gemar untuk mencuba sesuatu resepi baru serta yang belum pernah dimasaknya.

“Oi anak dara! Jangan nak berborak depan pintu. Nanti orang nak pinang tak jadi.” Terdengar suara Firdaus Aflah, abang sulung Awra mengusik.

Norain terusan ketawa apabila melihat Awra sudah mencebikkan bibirnya.

“Karut!” bidas Awra geram. Abangnya selalu mengusiknya sebagai anak dara tak laku.

“Dah lewat ni beb. Aku rasa aku nak balik dululah. Pagi-pagi esok aku dah kena gerak balik Shah Alam.” Ujar Norain seraya mencapai kunci kereta yang diletak di atas meja batu.

“Alah… kau dah la jarang balik sini, baru jumpa aku sekejap dah nak balik.” Balas Awra sambil menyambar tangan sahabat baiknya dari sekolah tadika lagi. Sabrina bertugas sebagai kerani kewangan di salah sebuah syarikat swasta di Shah Alam walaupun memiliki ijazah dalam bidang bioteknologi. Jauh menyimpang dari kerja yang dilakukan sekarang.

“Oi… aku kena pergi kerja la esok. Lainlah kalau aku cuti. Aku balik ni semata-mata nak pergi majlis dia orang aja tadi.” Jawab Norain yang duduk semula di bangku batu. Tidak sampai hati pula melihat wajah keruh sahabatnya yang tidak bernasib baik itu. Miliki ijazah dalam bidang sains. Namun, peluang kerja masih belum menyebelahinya. Pelbagai temuduga telah dihadiri. Sehinggalah serendah jawatan pembantu am pejabat, rezeki masih belum menyebelahinya. Sudah setahun bergraduat, namun dia masih juga tetap duduk di kampung. Ramai teman-teman yang lain sudah berhijrah ke bandar. Malah, sudah ada yang berjaya dan berumahtangga pun.

“Yalah…yalah…” Awra akhirnya mengalah. Jika tidak mereka dijemput oleh rakan sekolah mereka dahulu, Hani dan Hafizi tentu mereka tidak berjumpa. Sudah hampir lima bulan tidak bertemu. Hanya telefon yang menghubungkan mereka.

“Nanti kalau aku cuti, aku inform kau eh. Boleh kita keluar sama. Dah lama kita tak lepak sama kan.” Kata Norain cuba memujuk hati sahabatnya itu.

“Hmm… takpalah beb. Aku tahu. Kau bukan senang nak dapat cuti. Aku tak kisah pun.” Balas Awra berbaur rajuk. Semenjak menjadi penganggur terhormat, jiwanya terlalu sensitif. Pantang jika ada orang bertanya tentang kerja, mudah sahaja melentingnya.

"Sorry ya beb… Aku balik dulu ya. Kau take care. Apa-apa hal, kau SMS ajalah aku.” Kata Norain sebelum bangun dari duduknya. Tidak boleh tidak, dia harus pulang ke rumah lebih awal walaupun jarak rumah mereka tidaklah jauh. Risau andai terlewat bangun esok.

“InshaAllah. Kau pun take care beb. Drive elok-elok.” Pesan Awra sebelum membalas pelukan sahabatnya. Terasa sebak pula hatinya apabila ingin berpisah dengan sahabat yang jarang ditemui itu. Hanya ada majlis-majlis tertentu sahaja baru mereka akan bertemu.

“InshaAllah… Kau pergilah masuk tu. Bising pulak Mejar kesayangan kau tu nanti.” Usik Norain sebelum meloloskan diri ke dalam kereta Kancil merah miliknya. Awra mencebikkan bibirnya ke arah Norain. Dia menanti sehingga kelibat kereka Kancil merah itu hilang dalam kegelapan malam baru dia melangkah masuk ke dalam rumah.

“Dik, esok aku ada food testing untuk dinner office aku. Kau nak ikut tak?” tegur Firdaus yang duduk di ruang tamu bersama isterinya, Athirah katika Awra melangkah masuk. Dilihat hanya pasangan itu sahaja yang ada. Pasti ayah dan ibunya sudah masuk ke bilik memandangkan jam sudah pun pukul dua belas malam.

“Pucuk dicita, ulam mendatang… Kalau dah ajak, rugi tak datang…” jawab Awra dengan senyuman lebar. Itulah saat yang dinanti selalu pada setiap hujung tahun. Firdaus sentiasa akan membawanya untuk mencuba menu yang akan dipilih untuk majlis makan malam syarikatnya. Firdaus juga biasanya menjadi orang yang akan dipertanggungjawabkan dalam urusan makanan.

“Eleh… aku tahu kau takkan tolak punya. Makan free punya pasal kan…” usik Firdaus hingga mencetus tawa kecil isterinya.

“Kau yang ajak adik kan... Kalau tak nak bawak pun takpa… Adik tak paksa pun…” balas Awra yang ingin terus berlalu ke dalam bilik. Malas mahu melayan abangnya itu. Ada sahaja idea untuk mengenakannya. Tetapi dia tahu, abangnya itu akan memerlukan khidmatnya juga. Ini kerana, abangnya juga percaya dengan keupayaannya dalam memilih makanan yang sesuai untuk suatu majlis. Seperti tahun sudah, dia yang membantu Firdaus dalam menentukan menu yang sesuai buat majlis syarikatnya.

“Alah… buruk benar budak umur 26 tahun merajuk…” giat Firdaus lagi dalam tawanya. Faham benar dengan perangai adiknya yang seorang itu.

“Awra… duduklah sini dulu. Jangan dengar cakap Abang Daus ni.” Celah Athirah yang dari tadi hanya mendengar perbualan kerdua beradik itu.

“Malaslah kak, layan orang tak berapa nak betul tu. Dah ajak orang, lepas tu nak perli orang pulak.” Balas Awra dengan wajah cemberut sebelum berlalu.

“Abang ni… Dah merajuk budak tu.” Kata Athirah kepada suaminya.

“Eleh… merajuklah sangat… takda maknanya. Esok eloklah tu. Bukan dia tak biasa kena usik dengan abang…” Balas Firdaus yang cukup memahami Awra. Gadis itu susah untuk merajuk kecuali pada perkara yang benar-benar akan mengguris hati dan perasaan.

*******

“Faiq, pukul berapa kau balik malam tadi. Sampai aku tak sedar kau balik pukul berapa.” Tegur Naqib yang duduk santai di hadapan tv dengan secawan milo panas dan dua keping roti canai bersiram kuah kari.

“Dekat pukul 3 baru aku sampai rumah.” Jawab Faiq Faisal yang menutup mulut kerana menguap. Jika tidak kerana ada temu janji tengah hari itu, jangan haraplah dia akan bangun. Dekat azan zohor nanti baru dia celik mata.

“Majlis lambat habis ke?” soal Naqib lagi sebelum mengunyah masuk cebisan roti canai berkuah kari tadi. Awal pagi lagi dia telah keluar ke kedai untuk mencari sarapan.

“Ha’ah… Ramai guest yang datang lambat. Tu yang lambat habis. Nasib baik majlis malam tadi aja.” Beritahu Faiq tentang majlis malam tadi.

“Amir mana?” tanya Faiq pula tercari-cari kelibat teman serumah yang seorang lagi.

“Hari minggu macam ni, kau faham-faham ajalah dia tu. Kalau tak balik rumah mak ayah dia, mesti jumpa tunang dia la tu.” Jawab Naqib dengan mulut yang penuh.

“Hmm… Bukan main bahagia lagi aku tengok dia tu. Tiap-tiap minggu pergi dating.” Balas Faiq tentang teman serumah yang seorang itu.

Naqib hanya tersenyum mendengar komen sahabat yang hampir empat tahun dikenali. Hampir empat tahun itu jugalah mereka menjadi teman serumah.

“Ni roti canai mana kau beli ni?” tanya Faqi apabila melihat sahabatnya itu makan dengan penuh berselera. Sekeping roti canai sudah selamat masuk ke dalam perut. Kini keping roti canai yang kedua pula.

“Kedai mana lagi. Kedai depan tu la. Tu yang paling dekat. Jimat masa, jimat tenaga.” Jawab Naqib sambil tersengih. Dia tidak berkira soal makan. Dia akan makan semua jenis makanan tanpa banyak soal jawab. Apa yang penting adalah halal.

“Kau ni aci boleh makan aja…” kata Faiq sambil menggelengkan kepala.

“Habis tu, kau tak nak masak untuk aku. Nama aja chef. Tapi malas nak masak.” Usik Naqib pula.

“Bosan aku nak masak aja bro. Pergi kerja dah tentulah aku kena masuk dapur jugak. Walaupun bukan aku yang masak. Takkan balik rumah pun aku nak masak bro. Jemu sangat dah aku nak masak.” Jawab Faiq yang baru dinaikkan pangkat menjadi eksekutif chef di salah sebuah hotel di ibu negara. Pada masa yang sama dia turut baru mengusahakan perniagaan makanan. Iaitu sebuah restoren yang diusahakan bersama-sama seorang sahabat lama. Selain itu, kedai mereka juga menawarkan khidmat catering untuk apa jua majlis.

“Ala… semenjak kau dah naik pangkat ni, susah betul nak rasa masakan kau la bro.” kata Naqib sebelum menghabiskan cebisan yang terakhir.

“Kau nak makan, datang ajalah kedai aku tu… sama jugak…” balas Faiq yang sudah berbaring di sofa hitam di ruang tamu itu.

“Tu pekerja kau yang masak. Bukan kau.” Jawab Naqib sebelum bangun untuk membawa pinggan kotor ke dapur.

“Alah… sama la tu…” laung Faiq dari depan tv.

“Kau ada apa-apa plan ke hari ni? Awal bangun.” Soal Naqib yang sudah kembali ke ruang tamu. Duduk di sofa yang berhampiran. Tangannya pula sudah mengeluarkan sebatang rokok dan sedia untuk dinyalakan.

“Tengah hari ni ada orang nak test menu. Tu yang aku bangun jugak. Kalau tak, jangan haraplah aku nak bangun awal macam ni. Penat malam tadi pun tak hilang lagi beb.” Balas Faiq yang mula memejam mata. Terasa ingin tidur semula. Ketika solat subuh pagi tadi juga dia hampir tertidur.

“Tengok… masyuk lagi kau… Aku rasa elok kau berhenti ajalah kerja dekat hotel tu. Fokus dengan bussines kedai dengan catering tu aja.” Ujar Naqib selepas menghembus keluar kepulan asap yang tidak sihat dari mulutnya.

“Aku pun ada plan macam tu jugak. Tapi tengoklah dulu. Belum lagi sampai setahun aku kerja dekat hotel tu. Baru sangatlah pulak kalau aku nak berhenti.” Jawab Faiq dengan mata terpejam. Ada juga dia terfikir perkara yang diujarkan oleh sahabatnya itu sebelum ini.

“Tapi aku rasa, elok kau cari calon isteri dulu. Lepas tu baru resign.” Cadang Naqib pula berkisar tentang teman hidup. Dia tahu sahabatnya itu sudah serik bercinta. Semua perempuan yang mendekati sahabatnya itu semata-mata kerana kesenangan yang dimiliki. Bukan dia tidak tahu sahabatnya itu berjaya hingga ke hari ini adalah atas usaha sendiri yang tidak pernah putus.

“Malaslah aku nak fikir pasal perempuan ni. Buat kusut kepala aja.” Bidas Faiq geram. Jika disebut tentang teman hidup sahaja, dia pasti akan teringat kembali kisah lama dengan perempuan-perempuan yang pernah mendampinginya dahulu. Semuanya mata duitan! Terus hilang kantuknya apabila teringat akan hal itu. Wanita terakhir yang menjadi teman pula meninggalkannya kerana bermain kayu tiga. Paling yang menyakitkan hatinya adalah apabila melibatkan seorang yang begitu rapat dalam hidupnya. Perkara tersebut menjadi perkara yang paling teruk pernah berlaku dalam hidupnya.

“Kau jangan macam tu Faiq. Umur kita ni bukan makin sikit beb. Masuk tahun ni aja dah  30. Aku pun kalau ada rezeki, tahun ni jugak aku nak kahwin. Family aku dah bising sebab aku ni asyik tangguh aja. Tunang aku lagi la bising…” luah Naqib perihal dirinya.

“Ada jodoh tak ke mana Qib.” Balas Faiq selamba. Dalam hatinya memang dia terlalu inginkan seseorang yang dapat memahami diri dan menerima diri seadanya. Bukan kerana kesenangan yang dimiliki.

“Ikut suka kaulah Faiq. Erm… tapi semalam kan majlis yang kau handle tu dekat kampung kan? Takkan takda yang berkenan dengan awek-awek kampung tu…” gurau Naqib sambil menyedut lagi batang rokok yang berbaki separuh.

“Ahh… takda masa aku nak jeling-jeling.” Jawab Faiq malas. Dia tidak ada hati untuk mencari teman wanita buat masa ini. Apa yang pasti, dia kini mencari seorang wanita yang ingin dijadikan isteri. Padanya tiada lagi istilah bercinta pada umur begitu. Tempoh bercinta mungkin lebih berkualiti selepas bergelar suami isteri.

“Rugilah kau Faiq. Datang tempat orang, lain kali jeling-jeling sekali. Manalah tahu ada jodoh depan mata ke… Sambil menyelam, minum air bro..” balas Naqib sambil membuang habuk rokok ke dalam kotak rokok yang telah pun kosong.

“Tapi kan bro… kau kan nak cari perempuan yang pandai masak kan? Orang kampung, mestilah pandai masak beb…” sambung Naqib lagi.

“Siapa kata? Aku rasa semua perempuan sama aja sekarang. Belajar aja tinggi-tinggi. Ilmu masak yang tak payah nak ada sijil tu pun tak boleh buat.” Selamba Faiq memperkecilkan keupayaan seorang wanita. Kerana baginya, kebanyakan wanita hari ini lebih mementingkan kerjaya daripada tanggungjawab asas yang sejak azali harus diketahui oleh seorang wanita. Tambahan pula, kerjayanya kini lebih ramai dimonopoli oleh kaum lelaki. Ianya menguatkan lagi hujahnya.

“Amboi mulut kau beb. Kau jangan cakap besar. Silap hari bulan, esok-esok calon wife kau tu paling hebat masak dari kau.” Balas Naqib yang kurang setuju dengan kata-kata Faiq.

Faiq pula hanya terus diam tidak membalas. Malas mahu bersoal jawab tentang perkara yang tiada kepentingan baginya.

“Weh, kau nak pergi pukul berapa? Aku kejap lagi pun nak keluar ni.” Tutur Naqib selepas masing-masing hanya mendiamkan diri.

“Orang tu janji pukul 12. Awal lagi kalau aku pergi sekarang.” Jawab Faiq malas. Dia seperti ingin melayan kantuknya semula.

“Awal lagi apa. Sekarang dah pukul 10 bro… Kau nak sampai pukul berapa pulak nanti. Dengan jalan jem hari minggu ni lagi…” balas Naqib yang sudah menghabiskan rokoknya tadi.

“Pukul 10? Kau ni biar betul. Tu kan baru pukul 9.” Kata Faiq sambil menunjuk ke arah jam bulat melekat di dinding hadapannya.

“Cuba kau tengok betul-betul jam tu hidup ke tak…” arah Naqib yang sudah ketawa kecil.

“Hampeh betul! Jam mati! Patutlah aku rasa dari tadi macam pukul 9 tak bergerak-gerak. Mati aku. Lela dengan Zaki dah la balik kampung hari ni.” Kata Faiq seraya bingkas bangun. Terkocoh-kocoh dia ke bilik mandi.

Naqib pula sudah terkekeh mentertawakan Faiq yang kelam-kabut.






......................
saja try cerita baru :)


5 comments:

Anonymous said...

Wahh.. Interesting!! Ala2 gado manja ni ai sukaaaaa..
Jgn lupa pos papa ngn mama iman lak tauu.. ;)
~mizz acu~

ciknie said...

bez r..mst jdoh faiq ngn awra nti mmg ssuai la..sorg msk sorg rasa..bleh awra blja msk dgn faiq nti

Ehem said...

thanks ain :)

thanks mizz acu :)

Anonymous said...

nice intro arsha....keep on

MaY_LiN said...

wawawawa..
menarik..