****
AWRA 8
“Ehem ehem.” Sengaja Faiq
berdaham sedikit kuat apabila melihat Awra leka di bawah meja kerja. Entah apa
yang dilakukan gadis itu pun dia tidak pasti hingga tidak sedar akan salam yang
diberi tadi.
“Kejap-kejap.” Balas gadis itu
yang masih di bawah meja.
Faiq menarik senyum sebelum terus
melabuhkan duduk. Rasanya sudah terlalu lama dia tidak masuk ke pusat tuisyen
adiknya itu. Banyak perubahan telah berlaku sejak dibuka dua tahun lalu.
“Encik..Sorr..” Mati ayatnya di situ apabila wajah majikannya meniti ruang
mata. Terus keningnya hampir bertaut sebelum dia kembali duduk di kerusi
kerjanya. “Bukan ke..” Dia cuba mengingati tarikh pada hari itu. Setahunya
majikannya akan kembali pada Isnin minggu hadapan.
“Macam mana kerja? Okey?” Soal
Faiq lagak seperti majikan sebenar gadis itu.
“Er.. Okey.. Macam biasa aje.”
Awra pura-pura tidak memandang wajah Faiq kerana dia masih pelik dengan
kehadiran lelaki itu.
Faiq mengulum senyum lagi. Begitu
lama dia tidak melihat wajah Awra sejak majlis makan malam pejabat Firdaus
beberapa bulan lalu.
“Er.. Encik Faisal, bukan Encik
Faisal balik minggu depan ke?” Serba salah Awra bertanya.
“Kenapa? Awak suka ya kalau saya
tak datang?” Balas Faiq yang cuba menjadi adik kembarnya. Bukan dia tidak tahu
Faidh masih di Melaka.
“Er.. Bukan macam tu..” Serba
tidak kena Awra menjawab. Wajahnya juga hanya sesekali sahaja diangkat.
Pura-pura sibuk mengemaskini rekod pelajar.
“Erm.. Saya saja nak tengok macam
mana awak buat kerja. Sebab sebelum ni Khairi selalu ada temankan awakkan?”
Sengaja Faiq menduga.
Awra menarik senyum tawar. Terasa
tersindir dengan kata-kata lelaki di hadapannya itu. Memang selama ini Khairi
ada membantunya di situ. Tetapi sejak beberapa hari lalu tidak lagi. Dia
keseorangan di situ. Tiada lagi teman untuk berbual dan bergurau.
“Awra..” Senyuman di bibirnya
sudah pun mati apabila melihat wajah gadis di hadapannya itu mula berubah riak.
Awra mengangkat wajah. Bertaut
seketika pandangan mata mereka sebelum dia membuang pandang ke arah fail rekod
pelajar yang terbuka. “Encik Faisal ada apa-apa nak bagi tahu saya ke?” Soalnya
lambat. Kurang selesa apabila lelaki itu tidak lepas memandangnya sejak tadi.
Ada perasaan pelik mula menular di hati.
Faiq menghela nafas panjang. Dia
sedar Awra masih tidak mampu menerima kehadirannya. Pandangan mata gadis itu
masih lagi dingin seperti kali pertama mereka bertemu di restorannya.
“Awra.. Saya nak mintak maaf fasal..”
“Takpa.. Dah lama pun hal tu..
Saya pun dah kerja dengan Encik Faisal..” Pintas Awra cepat. Hal beberapa bulan
lalu tidak mahu diungkit semula kerana ia sudah pun dilupakan. Sedar dia kini
bekerja dengan lelaki itu. Jika tidak kerana peluang yang diberi kepadanya,
mungkin kini dia masih bergelar penganggur.
“Tapi saya rasa, saya dah..”
“Takpa Encik Faisal. Saya dah
lupa pun hal tu.. Handphone saya tu pun memang handphone lama kan.. Memang
patut pun kena buang.” Sekali lagi Awra memintas dengan senyuman kelat. Dia
terpaksa melupakan hal itu semata-mata terasa terhutang budi dengan lelaki itu.
Apa yang dimiliki hari ini lebih bermakna berbanding peristiwa di restoran
lelaki itu.
“Betul ni?” Ujar Faiq seperti
tidak percaya.
“Betul.” Awra cuba memaniskan
senyum.
“Erm.. Kalau macam tu, bolehlah
kita jadi kawankan?” Jawab Faiq yang turut mengoyak senyum. Ada perasaan lega
di hatinya. Cuma dia perasan Awra tetap kurang selesa dengan kehadirannya di
situ.
Awra mengerutkan wajahnya.
Sedikit pelik dengan permintaan lelaki itu.
“Kalau awak dengan Khairi boleh
jadi kawan, mesti dengan saya pun bolehkan?” Lanjut Faiq lagi yang masih setia
dengan senyumnya.
“Er.. Khairi tu..”
“Saya tahu awak suka dia..” Celah
Faiq sengaja menduga.
Awra memandang pelik. “Memanglah
saya suka dia.” Jawabnya selamba. Sepanjang bekerja di situ dia memang cukup
menyenangi Khairi. Lelaki itu selalu mengambil berat akan dirinya.
“Erm.. Patutlah awak macam tak
suka bila awak kena kerja dengan saya..” Balas Faiq berserta keluhan. Tidak
menyangka telahannya benar seperti mana yang diperkatakan oleh Firdaus.
“Macam takda kena mengena aje..”
Balas Awra dengan kerutan di wajahnya. Pelik benar dengan kata-kata majikannya.
“Memanglah takda kena mengena
dengan saya..”
“Kejap-kejap.” Awra menegakkan
tapak tangannya di hadapan wajah Faiq. “Saya tak faham sekarang ni. Encik
Faisal sebenarnya cakap fasal apa eh?” Soalnya yang mula keliru.
“Fasal awak dengan Khery la..
Awak kata awak suka dia kan?” Jawab Faiq senang.
“Memanglah saya suka dia. Tapi
kenapa tiba-tiba nak cakap fasal hal tu eh?” Balas Awra dengan kerutan yang
masih tidak hilang di dahinya.
Faiq mula telan liur. Termalu
sendiri. “Erm.. Entah.” Jawabnya sambil membuang pandang ke arah lain. Punggung
diangkat. Terus dia melangkah ke papan kenyataan yang tersangkut di dinding.
Cuba meneliti apa sahaja yang tertulis di situ demi menyembunyikan perasaannya
yang sebenar. Sedar yang dia sudah terlepas kata. Tidak sewajarnya dia mempersoalkan
hal peribadi gadis itu walaupun hal itulah yang menyebabkan dia ke situ.
Awra menahan tawa. Lucu melihat Faiq
yang serba tidak kena. “Encik Faisal, sebenarnya ada hal penting ke Encik
Faisal nak bagi tahu saya?” Ujarnya yang sudah sembunyi senyum.
“Er.. Takda apa.. Erm, saya balik
dululah.” Putus Faiq sebelum melangkah ke pintu. Dia tidak lagi menoleh. Risau
Awra sedar perubahan warna kulit wajahnya saat itu. Laju dia mengatur langkah.
‘Kau dah kenapa Faiq!’ Kutuk hatinya sendiri sambil menggaru kepalanya yang
tidak gatal.
…………
“Encik Faisal.” Sapa suara di
belakang membuatkan dia sedikit tersentak. Senyuman kelat dilemparkan.
“Buat apa dekat sini? Ingat dah
balik tadi.” Lanjut Awra sambil menyembunyikan senyum. Tidak menyangka akan
bertemu lagi dengan majikannya di situ.
“Er.. Saya ada hal sikit tadi.”
Bohong Faiq. Padahal Firdaus yang memintanya menghantar Awra pulang hari itu.
Firdaus terpaksa menghantar Athirah yang pengsan ke hospital.
“Oh..” Itu sahaja yang terluah di
bibir Awra sambil tangannya mendail nombor telefon Firdaus. Abangnya tidak
pernah tiba selewat itu. Biasanya Firdaus sedia menanti terlebih dahulu.
“Er.. Semua dah tutup?” Sengaja
Faiq berbasa-basi. Cuba melupakan apa yang berlaku di antara mereka sebentar
tadi.
“Dah..” Jawab Awra ringkas. Sudah
menjadi tanggungjawabnya untuk memastikan semua suis bertutup sebelum turun
tadi.
“Awra..” Faiq cuba menjelaskan
keadaan yang sebenar. Cuma dia ragu-ragu untuk menuturkannya memandangkan Awra
bukanlah seperti gadis lain.
“Hm..” Itu sahaja yang kedengaran
sambil jemarinya sudah berkali-kali mendail nombor Firdaus namun langsung tidak
bersambung. “Mana abang ni?” Soalnya lebih kepada diri sendiri.
“Awra..” Panggil Faiq lagi
apabila Awra tetap juga cuba menghubungi Firdaus.
“Kenapa tak dapat ni? Abang ni
lupa ke apa..” Bebel Awra lagi tanpa menghiraukan panggilan Faiq.
Faiq menarik senyum nipis. Lucu
melihat wajah cemberut gadis itu. “Jomlah saya hantar awak balik.” Pelawanya
kemudian. Tidak sampai hati melihat Awra berterusan begitu.
“Eh, takpalah.” Awra menolak.
Mana mungkin dia pulang dengan lelaki itu kerana belum pernah dia berdua-duaan
dengan seorang lelaki bukan mahram dalam sebuah kereta melainkan abang dan
abahnya.
“Jomlah.. Abang awak yang suruh
saya hantar awak balik. Kakak ipar awak pengsan dekat rumah tadi. Dia sekarang
dekat hospital.” Jelas Faiq akhirnya.
“Hah! Biar betul Encik Faisal ni.
Kenapa abang tak call saya pun..”
Balas Awra sedikit terkejut.
Faiq angkat kedua-dua bahunya
tanda tidak tahu. Saat Firdaus menghubunginya tadi dia hampir sahaja bertolak
pulang memandangkan kedatangannya di situ memang dimaklumkan kepada lelaki itu.
“Habis tu, macam mana saya nak
balik ni..” Rungut Awra sendiri.
“La.. Kan saya ada. Saya nak
hantar awak baliklah ni.. Jom..” Balas Faiq seraya berlalu ke arah keretanya
yang terpakir di hadapannya.
Awra mula mengerutkan wajah. Agak
ragu-ragu dengan kata-kata Faiq sebentar tadi.
“Encik Faisal, awak cakaplah
betul-betul. Betul ke abang saya yang suruh awak hantar ni? Entah-entah awak
saja aje nak kenakan saya..” Ujarnya seraya mendapatkan Faiq yang sudah berdiri
di sisi kereta.
“La.. Buat apa saya nak tipu
awak. Tadi lepas saya jumpa awak, saya dah nak balik tau. Tiba-tiba abang awak call suruh saya hantar awak balik.”
Jawab Faiq cuba meyakinkan.
“Tapi kenapa dia tak call saya dulu? Kenapa dia call awak?” Awra masih tidak berpuas
hati.
“Manalah saya tahu Cik Awra
sayang.. Lagipun dia memang tahu saya datang sini hari ni. Dah alang-alang saya
ada dekat sini, takkan dia nak biar awak balik sorang naik teksi malam-malam macam ni.” Balas Faiq lag sambil
menggelengkan kepala melihat wajah tidak puas hati gadis di hadapannya itu.
“Jomlah saya hantar awak balik. Semua orang dah tengok kita tu. Nanti dia orang
ingat laki bini bergaduh pulak.”
Lanjutnya sebelum meloloskan diri dalam kereta. Bibir sembunyi senyum.
Awra ketap bibir geram. Tidak
punya pilihan. Dia sendiri tidak berani pulang sendirian memandangkan dia belum
pernah lagi pulang ke rumah menaiki teksi lewat malam begitu. Dalam tidak mahu,
terpaksa juga dia masuk ke dalam kereta Faiq. “Kejap!” Sempat dia menghalang
saat Faiq mahu menghidupkan enjin kereta.
“Kenapa?” Faiq berpaling.
“Macam mana saya nak tahu awak terus
hantar saya balik rumah?” Soal Awra penuh rasa curiga.
“Cik Awra sayang.. Ada ke muka
penjenayah handsome macam saya ni?”
Balas Faiq dalam sengihan sebelum terus menghidupkan enjin kereta.
“Kejaplah!” Sekali lagi Awra
menghalang hingga tidak sedar tangannya terlekap di lengan lelaki itu.
Faiq menahan tawa. Bola matanya
terarah pada jemari halus yang melekap di lengannya.
“Sorry..” Laju Awra menarik tangannya semula apabila melihat
senyuman nipis yang terukir di bibir Faiq. “Er.. Awak janganlah gerak dulu.
Tunggu sampai saya dapat call abang
saya kejap.” Ujarnya serba tidak kena sambil jemarinya sibuk menekan papan
kekunci telefon bimbit. Wajahnya dipalingkan ke luar tingkap saat gajet itu
dilekapkan ke telinga. Tidak mampu menatap wajah Faiq yang sedang tersenyum. “Abang
ni.. Takkan tak dengar!” Omelnya sendiri apabila panggilannya langsung tidak
berjawab.
“Handphone dia tertinggal dalam kereta agaknya. Tadi masa dia call
saya, dia dah on the way pergi hospital.” Ujar Faiq lebih tenang.
Awra melepaskan keluhan berat.
Hatinya berbelah bahagi. Tidak tahu apa yang harus dilakukan.
“Macam ni la.. Awak call abah
awak. Saya hantar awak balik rumah family awaklah. Esok pun hari Sabtu, awak
tak kerja kan? Risau abang awak balik lambat nanti. Bahaya awak tinggal
sorang-sorang dekat rumah.” Tambah Faiq ikhlas.
“Awak ni biar betul? Saya lagi
sanggup duduk sorang-sorang dekat rumah dari duduk berdua dengan awak dekat
tiga jam tau. Rumah saya jauh kut dari sini..” Balas Awra dengan kerutan yang
kian bertambah di wajahnya.
“So sekarang ni, awak sebenarnya nak balik ke tak? Ke.. Awak nak
kita sama-sama tidur dekat sini?” Duga Faiq dengan lirikan nakal. Sengaja mahu
mengusik.
“Awak buat macam tu, lagi saya susah
nak percaya awak tahu tak?” Bentak Awra sedikit geram.
“Okey-okey sorry. Saya gurau ajelah. Erm.. Sekarang ni awak decide. Awak nak balik ke tak? Saya
tengah murah hati nak hantar awak balik ni. Bukan senang-senang saya nak bagi
perempuan naik kereta saya ni tau.” Jawab Faiq cuba melakukan provokasi. Dia tidak
mahu berlamaan lagi di situ memandangkan
Firdaus sudah menyerahkan amanah untuk menghantar si gadis itu pulang.
Awra menjuihkan bibir. “Hish!
Time-time macam ni la kau nak habis bateri.” Bebelnya sendirian apabila gajet
yang dipegang sudah terpadam.
“Biar saya call abah awaklah kalau tak percaya.” Ujar Faiq sambil mengeluarkan
telefon bimbitnya.
Awra berkerut dahi. “Macam mana
awak ada nombor abah saya?” Soalnya seperti tidak percaya melihat lelaki di
sisinya itu sedang menghubungi abahnya.
Faiq menjungkitkan keningnya dua
kali berserta segaris senyuman. “Nah.” Dia terus menghulurkan telefon
bimbitnya.
Awra yang masih tidak percaya,
teragak-agak untuk menyambut. Gajet itu dilekapkan ke telinga.
“Awra.” Suara abahnya menyapa.
“Er.. Abah..” Balasnya sambil
memandang pelik ke wajah Faiq yang sedang tersengih.
“Ala.. Abah percaya ke pada dia
ni?” Keluhnya apabila abahnya sendiri suruh dia pulang bersama Faiq kerana
Firdaus terpaksa bermalam di hospital.
“Iyalah iyalah..” Jawabnya berat
dengan wajah yang memuncung. Wajah Faiq di sisi dijeling sekilas sebelum talian
diputuskan. Gajet itu diserahkan semula kepada Faiq.
“Apa abah awak cakap?” Soal Faiq
walaupun sudah dapat meneka apa yang diucapkan oleh ayah gadis itu.
“Macam mana abah saya boleh
percayakan awak ni? Senang-senang aje suruh anak dara dia balik dengan orang
dia tak kenal.” Gerutu Awra yang tidak punya pilihan. Abahnya sendiri
menyuruhnya pulang bersama Faiq. Berlegar-legar pelbagai persoalan di dalam
kepalanya saat itu namun tidak mampu diluahkan.
Faiq melebarkan senyum. Dia tidak
mahu menjawab soalan yang ditanya. Belum tiba masanya lagi dia menerangkan
semuanya selepas apa yang diberitahu Firdaus tempoh hari. “So, boleh kita bertolak sekarang?” Soalnya senang tanpa
menghiraukan jelingan gadis itu lagi.
Awra tidak pun menjawab.
Sebaliknya pandangan mata dibuang ke luar tingkap. Sedar yang dia langsung
tidak punya pilihan. Terpaksa berserah majikannya itu yang akan menghantarnya
terus pulang ke rumah ibu bapanya. Selama hampir tiga jam juga mereka akan
bersama membuatkan dia tidak senang duduk.
Faiq menghela nafas panjang
apabila tiada balasan daripada gadis itu. Tanpa menunggu lama lagi di situ dia
mula memandu. Faham akan kedinginan yang ditunjukkan oleh Awra.
*****
“Firdaus kata kamu nak jumpa
pakcik. Ada apa Faiq? Awra ada buat apa-apa salah ke?” Soal Shukor sebaik Faiq
meletakkan makanan yang dipesan tadi.
“Haah Faiq. Apa Awra dah buat?”
Celah Faridah pula.
“Mak, mesti Angah ada buat
apa-apa tu.” Alya menyampuk.
“Eh, takdalah.. Awra takda buat
apa-apa pun.” Faiq segera menjawab kerana tidak mahu ada salah faham di situ.
Sebenarnya dia mahu berterus
terang dengan keluarga di hadapannya itu kerana tidak mahu ada perselisihan di
kemudian hari nanti memandangkan dia mahu mendekati Awra. Tidak mahu hubungan
yang sedia dingin bertambah keruh. Tambahan pula Firdaus sudah mengingatkannya
semalam membuatkan dia memberanikan diri untuk bertemu dengan keluarga itu
sendiri.
“Habis tu? Ni sampai nak belanja
makcik dengan pakcik makan. Mesti ada apa-apa ni..” Sahut Faridah dalam senyuman.
Yakin ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh anak muda di hadapannya itu
mengenai anak keduanya.
“Er.. Sebenarnya memang fasal
Awra makcik..” Balas Faiq dengan senyuman payau. Serba tidak kena dia mahu
berterus terang akan hasrat hati. Belum pernah dia meminta izin pada mana-mana
keluarga gadis yang mahu didekatinya sebelum ini. Cuma kali ini, ada suatu
perasaan yang tidak mampu digambarkan setiap kali bertemu dengan gadis itu.
“Jaja dah agak dah.. Mesti Angah
ada buat hal ni..” Tebak Afza pula yang selalu sependapat dengan kembarnya.
“Awra dah buat apa dekat tempat
tuisyen kamu tu Faiq?” Shukor terus sahaja menambah seraya menyambut pinggan
yang sudah berisi nasi daripada isterinya.
Faiq mengoyak senyum nipis.
Terasa bersalah kerana tidak berterus terang dengan keluarga itu sebelum ini.
“Pakcik.. Makcik.. Sebenarnya macam ni. Selama ni Awra bukan kerja dengan
saya..” Tuturnya sehabis tenang.
“Habis tu? Kerja dengan siapa?”
Laju Faridah bertanya dengan kerutan di wajah. Perasaan risau mula mengganggu
hati tuanya.
“Sabar Faridah. Bagi budak Faiq ni
habis cakap dulu.” Tenang Shukor mencelah.
Pasangan kembar yang mula
menjamah makanan sudah berpandangan sesama sendiri.
“Macam ni.. Saya ni kembar
makcik.. Awra kerja dengan adik saya. Faidh. Nama dia Faidh Faisal.” Jelas Faiq
jujur. Serentak itu juga pasangan kembar di hadapannya terserdak.
“Ya Allah.. Dah kenapa kamu
berdua ni..” Tegur Shukor sambil menggelengkan kepala melihat si kembarnya.
“Abang Faiq ni abah. Siapa suruh
dia buat lawak.” Jawab Afza sambil menghulurkan tisu kepada kembarnya di sisi.
“Entah abang ni.” Sokong Alya
pula.
“Betul kamu kembar Faiq?” Soal
Shukor berwajah serius.
“Er.. Betul pakcik. Erm.. Saya mintak maaf banyak-banyak dengan pakcik,
makcik sebab tak bagi tahu awal-awal hal ni..” Jawab Faiq serba tidak kena
memandang pasangan di hadapannya itu.
“Awra tahu hal ni Faiq?” Soal
Faridah pula.
“Erm.. Belum lagi makcik.” Faiq
semakin tidak senang duduk di situ apabila melihat wajah Shukor yang tidak
beriak. Lelaki itu sudah meletakkan sudu dan garfu yang dipegang tadi. Berhenti
dari makan sambil memandang tajam ke wajahnya.
“Kamu adik-beradik saja nak
mainkan anak pakcik ke Faiq?” Soal Shukor tidak bernada. Ada perasaan kurang
senang hadir di hati tuanya.
“Er.. Bukan macam tu pakcik.
Sebenarnya saya tak tahu pun yang Awra akan kerja dengan adik saya. Saya pun
tak tahu ofis Athirah dekat dengan tempat tuisyen adik saya tu. Bila Awra dah interview
baru adik saya bagi tahu.” Faiq cuba menjelaskan keadaan yang sebenar. “Erm..
Lagi satu, saya ingat dia cam saya dengan adik saya tu. Masa pakcik satu family
datang makan dekat sini, adik saya ada sekali. Dia orang ada terlanggar depan
toilet. Tapi Awra ingat tu saya.” Tambahnya lagi.
Faridah memandang wajah suaminya.
Shukor menghela nafas panjang
sebelum dia kembali menyambung makan. Agak berpuas hati dengan penjelasan yang
diberi oleh Faiq.
“Er.. Pakcik, saya mintak maaf fasal hari tu.. Saya tak
sengaja nak tipu pakcik sekeluarga.” Lanjut Faiq dengan perasaan bersalahnya.
“Takpalah Faiq.. Benda dah jadi.
Kamu pun dah mengaku.” Sahut Faridah sambil melemparkan senyuman nipis. Yakin yang
anak muda itu tidak berniat untuk menipu mereka sekeluarga. Semuanya kerana
sedikit salah faham.
“Kembar kamu tahu yang Awra tak
tahu semua ni?” Ujar Shukor ingin tahu.
“Tahu pakcik..” Akui Faiq
ringkas. “Erm.. Sebenarnya saya ada hal lain nak bincang dengan pakcik, dengan
makcik.” Dia memberanikan diri untuk menyampaikan hasrat hatinya pula.
“Fasal Angah lagi ke bang?” Celah
Afza sambil menjungkitkan keningnya. Manakala Alya sudah melepaskan tawa.
Faiq mengukir senyum pahit.
“Ada apa lagi ni Faiq?” Shukor
kembali menajamkan pandangan matanya ke wajah anak muda itu.
“Er.. Macam ni pakcik..” Faiq
cuba menenangkan diri. Peluh yang mula merenik di dahinya diseka perlahan.
Nafas ditarik dalam-dalam.
“Cakap ajelah Faiq apa kamu nak
cakap.” Sahut Faridah menenangkan. Dia perasan riak resah di wajah lelaki itu.
“Er.. Saya nak mintak izin pakcik dengan makcik. Er..
Saya nak kawan dengan Awra.” Luahnya sedikit tergagap-gagap.
Alya dan Afza sekali lagi
berpandangan sesama sendiri sebelum kedua-duanya melepaskan tawa kecil.
“Abang ni memang kelakarlah. Nak
kawan dengan Angah pun nak bagi tahu abah. Kawan ajelah.” Ujar Alya dalam sisa
tawa.
Faridah mengoyak senyum. Begitu
juga dengan suaminya.
“Belum pernah ada mana-mana
lelaki yang berani datang jumpa pakcik kamu ni semata-mata nak kawan dengan
anak makcik tu Faiq.” Ujar Faridah sambil mengerling ke wajah suaminya yang
masih tersenyum.
Sekali lagi Faiq mengukir senyum
kelat. Tangan menggaru kepala yang tidak gatal. Malu dengan apa yang baru
sahaja diucapkan.
“Kamu nak kawan biasa aje ke atau
nak kawan yang luar biasa ni?” Soal Shukor tenang sebelum menghirup perlahan
air limau suam. Terukir senyum penuh makna di bibirnya.
Faiq telah liur. Dia tidak punya
jawapan dari soalan yang diajukan.
“Abang suka Angah eh?” Selamba
Alya menyoal dengan sengihan.
Faiq terasa wajahnya mula
membahang. Tidak terpandang akan wajah kedua-dua orang tua Awra. Dia tidak
menyangka akan menerima soalan-soalan yang tidak mampu dijawab.
“Suka cakap suka ajelah bang..”
Sambung Afza pula yang turut melemparkan sengihan mengusik.
“Kamu berdua ni.. Ada aje nak
menyibuk.” Tegur Faridah sambil menjeling sepasang kembarnya itu.
“Sudah tu..” Sahut Shukor sambil
memandang dua gadis itu apabila kedua-duanya berterusan mentertawakan Faiq.
“Erm.. Faiq, kamu jangan dengar sangat cakap budak berdua ni. Pakcik percaya
kamu budak baik. Tak salah nak kawan dengan mana-mana anak pakcik pun. Cuma
Awra tu lain sikitlah. Kamu boleh tanya Firdaus macam mana perangai Awra tu
kalau kamu betul-betul nak kawan dengan dia.” Lanjutnya cuba membuang rasa
tidak selesa Faiq. Dia perasan wajah kacak itu mula memerah apabila diusik anak
kembarnya.
“Er.. Terima kasih pakcik..”
Jawab Faiq dengan sedikit perasaan lega di hatinya. “Erm.. Pakcik makanlah
dulu. Kalau ada apa-apa boleh panggil saya..” Sambungnya sebelum bingkas. Tidak
mampu berlamaan di situ menjadi usikan pasangan kembar di hadapannya itu. Bukan
dia tidak perasan akan lirikan nakal dari kedua-duanya sejak tadi.
5 comments:
handphone~italic kan
Balas Faiq lag~Balas Faiq lagi
terlekap di lengan ke terlekap pada lengan ya??
time-time kena italic kan ke?
terserdak~tersedak
ayat xpaham.."..dekat sini, ada saya ada sekali..."
hr ni banyak kali c awra tu dapat panggilan sayang eh..
c kember dua tu pun pandai je nak sakat c faiq ya..
amboi Faiq siap bersayang bagai... takut sangat si Khery sambar Awra ... Bagus juga si Faiq ni kan... nak kawan minta izin dgn abah dan abang serta keluarga Awra takut org lain potong Q ke??? ... hehehe...
lepas ni nak kena ambil hati dan berterus terang dgn Awra pulak.... semoga berjaya...
Ada saya ada sekali tu maksud, adik saya ada sekali ke Arsha. Hehe, thank u dah bagi kitorang n3 baru. Hari2 jenguk berbaloi tunggu, hehe. Tapi macam sikit sangat, apepon, best.
Ayat yang sikit sangat tu macam nak kena penyepak, ngeh ngeh ngeh
susah nk dpat laki macam nie nk kwan knal2 jumpa fmily trus snang
Post a Comment