“Woi! Sudah-sudah la tu nak berdiri
depan cermin. Dah elok semua yang dekat muka kau tu. Hidung kau tu pun ada
lagi. Cepatlah turun. Mummy dengan paksu kau dah bising dekat bawah tu..” kata
Ihsan yang terjegul di muka pintu bilik hotel Aflah. Semua yang mengikuti rombongan
pernikahan sahabatnya itu sudah tiba semalam. Lebih mudah jika mereka bertolak
dari hotel itu untuk ke rumah pengantin perempuan. Tidaklah perlu tergesa-gesa bertolak dari Kuala Lumpur memandangkan majlis nikah berlangsung sebelum Zohor.
“Amacam wei? Hensem tak?” soal
Aflah dengan sengihan yang melebar. Berdebar-debar hatinya saat itu untuk
melalui majlis pernikahan yang bakal berlangsung. Tadi sempat dia menghubungi
tunangnya. Namun, gadis itu dirasakan amat tenang. Langsung tiada nada gentar
dengan majlis yang bakal berlangsung dalam masa 2 jam lagi.
“Alah. Kalau aku cakap tak hensem
pun, kau sibuk jugak kata kau hensem.” Balas Ihsan malas. Dia sebenarnya
sedikit kegum dengan penampilan Aflah saat itu. Walaupun cukup ringkas dengan
baju melayu putih bersamping songket hitam, begitu terserlah penampilannya.
Memang lelaki itu sudah dilahirkan dengan indah paras rupa. Tapi wajah itu
cukup berseri-seri. Kata orang, sering pengantin. Jelas terpancar di wajah itu
menggambarkan rasa bahagia di hati.
“Memanglah…” jawab Aflah sengaja
mengusik.
“Wei, kau rasa nanti kau berapa take?” soal Ihsan sengaja berseloroh
mengenai majlis pernikahan yang akan berlangsung.
“Hello bro. Kalau kau one take,
takkanlah aku nak two take pulak.”
Jawab Aflah sedikit tercabar dengan kata-kata sahabatnya.
“Jangan confident sangat sahabat.” Balas Ihsan seraya menepuk bahu
sahabatnya itu. Mereka sudah beriringan untuk masuk ke perut lif.
“Alah. Kau dengki la tu kan..
saja aja tak nak aku one take.” Jawab
Aflah menjeling wajah sahabatnya yang sudah ketawa.
“Memanglah…” jawab Ihsan selamba
sengaja ingin mengusik. “Bukan apa.. aku takut kau pengsan aja depan tok kadi
tu nanti. Tak pasal-pasal two take
pulak..” sambung Ihsan yang sudah mengekek ketawa. Teringat kembali apa yang
berlaku sewaktu majlis pertunangan lalu.
“Ahh.. diamlah kau. Buat aku nervous aja..” bentak Aflah yang geram
dengan sahabatnya itu. Ihsan suka benar mengusiknya tentang peristiwa majlis
pertunangan lalu.
“Relaxlah bro. Kata power. Takkan aku baru usik sikit dah nervous..” giat Ihsan lagi seraya
masing-masing melangkah keluar dari perut lif.
“Sudahlah kau.” Balas Aflah
geram. Mereka sudah mendapatkan kaum keluarga yang menunggu di lobi hotel.
“Bro, kau drive kereta aku.” Ujar Aflah apabila masing-masing sudah bersedia
ingin bertolak ke rumah pengantin perempuan.
“Amboi! Habis anak bini aku nak
letak mana oi..” jawab Ihsan pula.
“Takpun macam ni. Kereta kau bagi
cousin aku drive. Kau dengan wife and si kembar naik sekali kereta aku.
Nanti balik cousin aku boleh naik
dengan family dia.” Cadang Aflah
pula. Dia tidak akan bermalam di rumah Sara Madiha selepas majlis nanti. Habis
majlis itu nanti dia akan terus pulang ke Kuala Lumpur. Dia mahu memberi
peluang kepada bakal isterinya menghabiskan masa bersama keluarga sebelum
berpindah tinggal bersamanya selepas majlis di sebelah keluarganya minggu hadapan.
“Erm.. Alright la kalau macam tu.” Jawab Ihsan bersetuju.
“Kalau macam tu, jomlah. Semua
dah siapkan? Hantaran pun semua dah letak dalam kereta. Eloklah kita gerak
sekarang. Takdalah pengantin perempuan pulak yang tunggu kamu tu nanti.” Celah
Zahim pula yang sama-sama ada di ruang menunggu itu.
“Yalah paksu.” Jawab Aflah pendek.
Pada masa yang sama dia menoleh ke wajah mummynya yang hanya mendiamkan diri
sejak semalam. Tidak banyak perkataan yang keluar dari bibir itu.
“Mummy.. Kenapa senyap aja ni?”
soal Aflah seraya menyangkutkan lengannya ke bahu Puan Azlina.
“Erm.. takda apa… Cuma mummy tak
sangka yang anak mummy ni dah nak kahwin…” balas Puan Zalina yang sudah
bergenang airmata sejak melihat kelibat anaknya yang sudah berpakaian baju
melayu serba putih itu.
Aflah tersenyum nipis mendengar
kata-kata mummynya.
“Kan mummy yang tak sabar-sabar
nak dapat cucu… Kalau Aqil tak kahwin, macam mana nak dapat cucu..” Aflah cuba
menceriakan suasana. Tidak mahu mummynya kelihatan murung begitu.
Puan Azlina mengukir senyum
kecil. Terpujuk dengan kata-kata anak tunggalnya itu.
“Taknaklah sedih-sedih macam ni
mummy. Mummy doakan majlis nikah Aqil nanti berjalan dengan baik ya?” lanjut
Aflah seraya memeluk erat tubuh mummynya. Terasa sebak pula hatinya melihat
mummynya begitu. Kalaulah arwah papanya masih ada untuk berkongsi hari bahagianya,
pasti mummynya tidak semurung begitu.
“Sudahlah tu… kita dah lambat
ni..” Celah Zahim yang sudah pun membuka pintu kereta buat kakaknya.
“Okay paksu.. Mummy, kita jumpa
dekat sana nanti. Mummy jangan sedih-sedih macam ni lagi.” Ujar Aflah lalu mengucup
lembut kedua pipi mummynya sebelum bergerak ke keretanya. Perjalanan mereka
mengambil masa hingga satu jam.
……………………..
“Muhammad Aqil Aflah bin Muhammad
Afzan?” kata lelaki bersongkok di hadapan Aqil.
“Saya.” Jawab Aqil tenang.
“Aku nikah akan dikau Sara Madiha
binti Sulaiman berwali wakilkan aku dengan mas kahwinnya lima belas ribu
ringgit tunai.” Lafaz lelaki di hadapan Aqil tenang.
“Aku terima nikah Sara Madiha
binti Sulaiman dengan mas kahwinnya lima belas ribu ringgit tunai.” Lafaz Aqil
jelas dan lancar.
Saat itu juga Aqil memandang
tepat ke dalam mata lelaki di hadapannya sebelum terdengar suara-suara di
sekeliling menyatakan perkataan sah. Saat itu jugalah dia mula mengukir senyum
apabila lelaki di hadapannya itu mengucap Alhamdulillah. Dan dia terus meraup
perlahan wajahnya sekali serta menarik nafas lega. Tepukan perlahan di bahu kanan
daripada bapa saudaranya yang turut sama mengukir senyum. Sempat juga matanya
mengerling ke sebelah kiri di mana sahabatnya duduk. Lelaki itu turut mengukir
senyum buatnya.
Dan kemudiannya dia menadah
tangan untuk bacaan doa. Tenang hatinya saat itu walaupun dapat merasakan
sesuatu yang lain. Namun tidak dapat dipastikan. Apa yang pasti,
rasa tenang dan sejuk hatinya saat itu tidak pernah dirasakan selama ini. Usai
bacaan doa, dia terus memeluk erat tubuh bapa saudaranya dengan ucapan terima
kasih yang tidak terhingga. Begitu juga kepada sahabatnya yang selama ini
memberi sokongan. Kemudian beralih pula kepada mummynya yang sudah berairmata.
Tersentuh hatinya saat itu melihat wajah mummynya yang keruh. Dipeluk erat
tubuh itu sebelum dileraikan untuk menunaikan solat syukur di atas kurniaanNya.
Selesai sahaja bersolat, upacara
pembatalan wuduk dilakukan. Dia mengambil tempat di hadapan seorang gadis yang
duduk bersimpuh dan hanya menunduk dari tadi. Selepas sah menjadi suami, dia
sempat mengerling sekilas ke wajah isterinya itu. Amat tenang sekali.
“Aqil..” Puan Azlina menghulurkan
set barang kemas kemas kepada anak tunggalnya itu.
Madiha yang melihat huluran itu
telan liur. Seperti tidak percaya apa yang dilihat. Dua kali dia terkejut hari
itu. Pertama kalinya apabila melihat tiga puluh dulang hantaran yang dibawa
oleh pihak suaminya itu. Yang kedua apabila mendengar jumlah mas kahwin yang
dilafaz oleh suaminya. Tidak menyangka sebanyak itu pemberian Aqil kepadanya.
Tidak seperti yang dirancangkan sebelum ini. Dan kini satu set barang kemas
yang tidak pernah dibayangkan seumur hidupnya. Dua minggu lalu dia hanya dibawa
untuk membeli cincin yang akan digunakan untuk upacara membatalkan wuduk. Tidak
pula lelaki itu menyatakan ada set barang kemas yang tersedia.
Tangan yang sudah terasa sejuk
sejak tadi, dihulur perlahan kepada suaminya untuk menyarungkan cincin
sekaligus gelang tangan. Selesai itu, kini dipakaikan pula kalung di leher.
Memerah wajahnya saat itu apabila mendengar bisikan lembut rapat di telinganya.
“I love you so much sayang…” itu yang diucap si suami membuatkan
semakin kebas wajahnya. Tidak berani untuk menegakkan wajah langsung. Bergetar
hatinya saat itu. Belum pernah dia mendengar ucapan tulus itu dari mana-mana lelaki
pun. Hanya dari bibir lelaki itu. Aqil Aflah suaminya.
“Sara… Aqil hulur tangan tu..”
tegur ibunya di sisi membuatkan Sara Madiha sedikit tersentak. Kalut saat itu.
Dengan tangan sedikit terketar dia menyambut huluran tangan suaminya. Dan
dikucup lembut tanda hormat dan selayaknya sebagai seorang suami.
Aflah tersenyum lebar saat gadis
yang sudah halal baginya itu mengucup lembut tangannya. Dan dia pula tanpa
menunggu lama cepat sahaja menghadiahkan kucupan hangat di dahi isterinya itu.
Dengan perasaan indah yang membelit hati, tangan cepat sahaja merangkul tubuh
itu ke dalam pelukan.
“Mummy, Aqil dah dapat peluk
Diha…!” kata Aflah membuatkan kaum keluarga di kedua-dua belah pihak hampir
sahaja bersorak. Tetapi masih dalam kawalan memandangkan mereka di dalam
masjid.
Puan Azlina pula terus sahaja
menepuk bahu anak tunggalnya itu kerana beraksi berani terhadap gadis yang baru
dinikahi. Sempat matanya singgah ke wajah manantunya yang merah padam setelah
Aflah meleraikan pelukan.
“Bro, agak-agaklah..” tegur satu
suara di belakangnya juga. Dia tahu itu suara mengusik dari sahabatnya sendiri.
Ihsan.
“Sudahlah tu. Nanti makin lama
dekat sini, macam-macam pulak yang kamu buat pada bini kamu tu.. Bawak bersabar
sikit Aqil.” celah Zahim pula. Turut sama mengusik.
Bahagia dia melihat pasangan di hadapannya
itu. Sama cantik, sama padan. Wajah gadis di sisi anak saudaranya itu dilihat
hanya menunduk sejak tadi. Mungkin malu dengan keadaannya yang masih menjadi
tumpuan lensa kamera dan baru sahaja dipeluk oleh Aflah di hadapan semua mata
ahli keluarga.
Aflah pula tidak menjawab
sebaliknya hanya mampu menayang barisan giginya yang tersusun cantik. Kembang
mekar di hatinya melihat wajah mulus di hatinya kini sudah menjadi hak miliknya
yang sah. Apa sahaja perbuatannya terhadap tubuh itu tidak lagi dikira dosa.
Malah, mendapat pahala pada setiap sentuhan yang dilakukan. Jika dahulu dia
mengucap cinta pada orang salah. Tapi kini dia lebih yakin menutur kata cinta
itu kepada yang selayaknya.
*************
“Ehem…” Sara Madiha memberanikan
diri menegur. Dalam rasa gentar di hati dia melangkah juga masuk ke dalam
bilik. Baru malam itu mereka akan bermalam bersama selepas majlis pernikahan
seminggu lalu. Suaminya itu sendiri yang memintanya begitu biar majlis
kedua-duanya selesai kemudian mereka akan terus tinggal bersama. Dan siang tadi
majlis di rumah keluarga Aflah. Menitis airmatanya saat ibu dan adik-adiknya
ingin pulang ke kampung semula petang tadi.
Kebenaran untuk bekerja demi
membantu keluarga selepas berkahwin telah pun ditarik semula oleh suaminya
beberapa hari lepas. Katanya tidak mahu mereka tinggal berasingan. Suaminya itu
ingin dia menyambung semula pengajian yang tertangguh. Mahu atau tidak, dia
wajib menurut segala arahan suaminya itu tanpa ada bantahan. Memang itu juga
harapannya selama ini dapat menghabiskan pengajiannya yang tertangguh. Cuma dia
sedikit berasa tidak selesa apabila suaminya yang akan menanggung semua
perbelanjaan termasuk wang perbelanjaan keluarganya.
Satu persatu kebaikan lelaki itu
terserlah di matanya. Dia memang tidak mampu menolak dan membalas segala
kebaikan lelaki itu. Hanya satu yang dapat dilakukan. Dia perlu menjadi isteri
yang terbaik buat Aqil Aflah. Dia akan cuba yang terdaya untuk membahagiakan
suaminya itu walaupun mereka baru sahaja berkenalan. Dan alasan baru berkenalan
itu bukanlah sebab utama untuk dia tidak menjadi isteri yang terbaik buat Aqil
Aflah.
Seminggu mereka berhubungan, dia
mula dapat memahami satu persatu perangai suaminya. Sikap manja begitu jelas
pada diri suaminya itu. Ketika lelaki itu ingin pulang ke Kuala Lumpur selepas
majlis pernikahan mereka minggu lalu, pelbagai yang diminta hingga wajahnya
merah padam menahan malu melayan segala permintaan Aqil Aflah. Minta dia
memeluk erat tubuh itu, dia turutkan. Minta dikucup setiap inci wajah itu juga
dilakukan dengan rela hati walaupun wajahnya saat itu sudah dirasakan tebal
berinci-inci. Dia tidak mampu membantah segala permintaan lelaki itu
setelah dia diberi peluang untuk tinggal lagi bersama keluarga selama seminggu
walaupun mereka sudah sah menjadi suami isteri. Dia amat menghargai atas
kesudian Aqil Aflah memahami dirinya yang terlalu berat hati ingin meninggalkan
ibu dan adik-adik. Sebak hatinya apabila teringat wajah sugul ibu ketika ingin
bertolak balik tadi. Tanpa sedar juga ada air jernih yang mula bertakung di
hujung mata.
“Sayang…” panggil Aflah
berkali-kali seraya menghampiri Sara Madiha yang hanya menunduk bersandar di
pintu bilik. Dia tahu fikiran isterinya itu jauh melayang entah ke mana. Baru
malam itu mereka akan bermalam bersama. Hari selepas pernikahannya minggu lalu,
dia sendiri yang sengaja meninggalkan isterinya itu tinggal bersama keluarga
sebelum mereka tinggal bersama. Sepanjang itu juga dia sering memberi ingatan
kepada isterinya itu agar bersedia untuk tinggal bersamanya.
Aqil Aflah menyentuh perlahan
bahu isterinya.
“Err… Maaf..” kata Sara Madiha
dengan suara sedikit bergetar. Terkejut menerima sentuhan suaminya. Matanya
menatap wajah Aflah yang begitu hampir di hadapan wajahnya itu. Tidak sampai
sepuluh saat dia sudah melarikan matanya semula. Debar di hati terasa semakin
menggoncang dada. Nafas hangat Aqil Aflah yang menyapa wajahnya saat itu
menambah kekalutan di hati. Untuk bergerak menjauh, dia tidak mampu. Dia
betul-betul sudah tersandar rapat di daun pintu. Entah bagaimana dia boleh
tidak sedar suaminya yang tadi duduk berteleku di sejadah, kini sudah berdiri
di hadapannya.
“Kenapa ni?” soal Aqil Aflah lembut
yang tidak senang melihat mata isterinya yang sudah berkaca-kaca. Hujung dagu
Sara Madiha disentuh agar wanita itu memandang ke wajahnya. Ibu jarinya pula
sudah menyeka lembut airmata yang ingin menuruni pipi. Risau seandainya
isterinya itu takut akan malam yang akan dilalui bersama buat pertama kalinya.
Dia sendiri terasa sedikit gentar apabila berduaan begitu. Kali pertama juga
bagi dirinya akan bermalam bersama seorang wanita yang kini sudah halal menjadi
miliknya. Dan dia berhak melakukan apa sahaja semahunya. Tetapi,
tanggungjawabnya yang satu itu bukanlah menjadi keutamaan. Dia tidak mahu hanya
akan ada usaha dari pihaknya sahaja. Dia mahu kerjasama itu dari pihak isterinya
juga agar segalanya dapat berlangsung dibawah restu dan perlindungan yang Maha
Esa. Dia tidak akan sesekali memaksa.
Sara Madiha menggelengkan kepala
perlahan. Mata terus sahaja menatap wajah suaminya yang bersih dan manis
tersenyum. Tangan kasar yang melekap di wajahnya saat itu terasa sejuk. Mungkin
kerana suhu penghawa dingin di dalam bilik itu yang agak sejuk atau juga lelaki
itu sama-sama dapat merasakan apa yang tersirat di hatinya. Mungkin
tanggungjawabnya sebagai isteri telah pun tiba. Dan dia mahu mengikhlaskan apa
juga yang akan dilakukan oleh Aqil Aflah ke atas dirinya. Selayaknya layanan
yang terbaik harus diberikan kepada insan bernama suami daripada seorang
isteri.
“Sayang janganlah takut.. Abang
tak makan orang..” bisik Aqil Aflah cuba berseloroh. Tidak mahu isterinya itu terusan
dalam keadaan begitu.
Sara Madiha menggeleng kepala
perlahan seraya cuba memaniskan wajah. Pandangan redup di hadapannya itu memang
membuatkan detak jantungnya tidak lagi mengikut tempo. Dia memberanikan diri
menyentuh tangan suaminya yang melekap di wajah. Ditarik lembut tangan itu
sebelum dikucup sekilas. Lalu tanpa dipaksa pula dia terus memeluk tubuh tinggi
lampai itu seeratnya. Biarlah dia yang memulakan langkah agar suaminya itu
yakin yang dia redha menerima segala ketentuan dariNya.
Aqil Aflah yang sedikit terkejut
dengan tindakan isterinya itu hanya kaku berdiri. Tidak tahu apa yang harus
dilakukan.
“Assalamualaikum…” terdengar
bisikan halus dari bibir isterinya yang melekap di dada.
Dengan debar di dada itu jugalah
dia baru membalas pelukan. Bertambah erat. Dia pula yang terasa sedikit kalut
apabila dalam keadaan begitu. Otaknya gagal memikirkan apa-apa saat itu selain
hanya tertumpu pada tubuh si isteri yang sudah tenggelam dalam pelukannya. Ubun-ubun
si isteri dikucup sekilas sebelum berpindah ke bahu. Dapat dirasakan detak di
dadanya seakan-akan bersatu dengan isterinya. Dia tidak dapat menolak keinginannya
yang satu itu apabila berduaan begitu. Walaupun Sara Madiha tidak menyatakan
sebarang perkataan persetujuan, namun dia tahu yang isterinya itu sudah
bersedia untuk melakukannya. Tangan yang masih erat melingkar di pinggangnya
itu sudah cukup menunjukkan yang mereka saling memerlukan. Tiada lagi kata yang
mampu terungkap andai itulah fitrah yang sudah ditetapkan dalam sesebuah
perhubungan suami isteri.
‘Restuilah kami ya Allah..’
ucapnya dalam hati sebelum masing-masing redha dengan keinginan sendiri.
*************
“Sayang… lambat lagi ke?” tanya
Aqil Aflah lemah. Hampir tiga jam dia menanti isterinya itu menyiapkan tugasan.
Semenjak isterinya itu menyambung pengajian, hanya sekali mereka baru dapat
bertemu dalam seminggu. Itupun jika dia tidak bekerja di luar kawasan. Disebabkan
kampus si isteri di utara tanah air, mereka tidak dapat untuk tinggal bersama.
Terpaksa berpisah dalam masa dua tahun itu.
“Sikit lagi… kejap aja..” jawab
Sara Madiha yang masih tekun mengadap komputer riba di meja kerja suaminya.
Aqil Aflah saat itu dari tadi setia duduk di sisinya.
“Alah… dari tadi sikit-skit. Tapi
tak siap pun…” rungut Aqil Aflah yang semakin tidak senang duduk menanti. Sudah
tiga minggu tidak bertemu dengan isterinya itu memang menyeksakan hati. Dia terlalu
rindu untuk bermesra dengan isterinya itu.
“Yalah… macam mana nak siap.
Abang dari tadi pegang sana, pegang sini.. cium sana, cium sini.. Cuba abang
duduk diam-diam. Cepatlah Diha siapkan assignment
Diha ni..” balas Sara Madiha sambil mengerling sekilas ke wajah cemberut
suaminya. Memang sejak awal lagi suaminya itu tidak reti duduk diam. Ada sahaja
bahagian tubuhnya yang ingin disentuh hingga dia tidak senang duduk. Pipinya
itu sahaja sudah berkali-kali menjadi sasaran bibir suaminya dari tadi. Dia tahu
akan keinginan suaminya itu sejak dia tiba malam semalam. Peluang dapat pulang
bercuti seminggu itu memang dia ingin manfaatkan sebaiknya. Namun, oleh kerana
tuntutan tugasan yang masih berbaki, dia terpaksa menolak tepi hasrat hatinya
juga. Dia mahu sepanjang bersama suaminya nanti tidak perlu dia memikirkan hal
tugasan. Maka segala tugasan harus disiapkan terlebih awal.
“Alah.. dari siang tadi sayang dah
buat. Tak siap lagi ke? Ni tengok sekarang dah pukul berapa. Penat abang tunggu
tau..” rungut Aqil Aflah lagi sengaja ingin bermanja. Melihat wajah isterinya
itu sahaja sudah mampu menjentik naluri lelakinya. Apatah lagi setelah tiga
minggu tidak berjumpa. Dia tidak menyangka yang isterinya itu akan sesibuk
begitu jika melanjutkan pelajaran. Begitu banyak tugasan yang harus disiapkan
saban minggu.
“Abang kalau mengantuk, pergilah
tidur dulu… Kejap lagi dah siap, Diha tidur okay..” pujuk Sara Madiha lembut.
Dia memang sengaja ingin mengusik. Bukan dia tidak faham apa yang dinanti oleh
suaminya itu. Tugasannya pun sudah lebih satu jam siap. Dia sengaja ingin
menguji kesabaran suaminya itu.
“Hm.. sampai hati sayang seksa
abang sampai macam ni kan.. Dah la tiga minggu tak jumpa. Bila dah jumpa sayang
buat tak tahu aja dengan abang..” jawab Aqil Aflah berbaur rajuk. “Sayang
bercintalah dengan assignment sayang
tu.. abang nak tidur dululah..” lanjut Aqil Aflah seraya bangun dan berjalan ke
katil. Malas mahu memaksa isterinya yang masih sibuk dengan tugasan. Mujur
isterinya bercuti seminggu. Dia masih mampu lagi bersabar untuk melepas rindu.
Sara Madiha ketawa kecil apabila
melihat suaminya yang sudah bebaring di katil. Comforter ditarik hingga
menutupi seluruh tubuh. Suaminya itu memang manja. Sengaja minta dipujuk dan
dimanja jika mereka bersama. Dia terus menutup komputer riba dan mendapatkan
suaminya di katil. Tidak sampai hati pula melihat suaminya itu tidur dalam
keadaan berjauh hati begitu.
“Ala.. Diha usik sikit pun tak
boleh..” kata Sara Madiha sambil menarik comforter yang menutupi wajah
suaminya.
“Kan assignment Diha tak siap
lagi. Pergilah siapkan.. Abang tak kisah..” jawab Aqil Aflah masih dalam nada
yang sama. Sengaja ingin membuat isterinya berasa serba salah. Mata sedikit pun
tidak memandang ke wajah isterinya.
“Dah lama siap dah..” jawab Sara
Madiha seraya merebahkan tubuhnya di sisi Aqil Aflah. Senyuman manis terhias di
bibirnya melihat rajuk si suami masih belum terpujuk.
Aqil Aflah yang mendengar
kata-kata isterinya serentak menukar posisi tubuh. Terus mendakap tubuh Sara
Madiha yang sudah berbaring di sisinya.
“Sayang tipu abang dari tadi ya?
Habis tu buat apa lama-lama depan laptop tu?” soal Aqil Aflah yang sudah
tersenyum penuh makna kepada isterinya.
“Abang jangan nak senyum macam tu
boleh tak? Takut Diha tengok..” balas Sara Madiha dengan suara yang hampir
berbisik. Tidak mahu mempersoalkan lagi hal tadi. Fokusnya kini hanya pada Aqil
Aflah. Dia sendiri menanggung rindu terhadap suaminya itu. Tapi, masih lagi
mampu dikawal agar tidak terlihat begitu ketara.
“Ni hukuman sebab sayang tipu
abang hari ni…” ujar Aqil Aflah separa berbisik seraya mendaratkan bibirnya ke
tempat sasaran. Sungguh keinginan hatinya tidak mampu lagi ditanggung.
***********
“Sayang.. kenapa menangis ni?”
tanya Aqil Aflah apabila melihat wajah keruh Sara Madiha yang duduk di birai
katil. Sudah seminggu isterinya menamatkan pengajian. Dia yang sedang membuka
butang baju kemejanya berasa tidak senang hati sebaik tiba dari pejabat tadi.
Mummynya juga ada menyatakan yang isterinya itu kurang sihat hari ini.
Aqil Aflah terus mendapatkan Sara
Madiha yang hanya duduk menunduk dari tadi. Hanya esakan halus yang didengari
dari bibir wanita itu.
“Sayang… cuba cakap dengan abang.
Kenapa sayang menangis ni?” soal Aqil Aflah lembut seraya menarik hujung dagu
isterinya itu agar mereka bertatapan. “Kenapa sayang abang menangis sampai
macam ni sekali?” lanjutnya lagi lalu menyapu lembut airmata yang sudah
memabasahi wajah si isteri.
“Abang…” Sara Madiha lantas
memeluk tubuh suaminya erat.
“Kenapa ni sayang…” soal Aqil
Aflah yang semakin tidak senang melihat isterinya begitu.
“Abang.. Diha tak boleh kerja..”
tutur Sara Madiha dalam esak tangis.
Aqil Aflah yang mendengar jawapan
dari bibir itu terus mengerutkan dahi. Setahunya dia tidak melarang untuk
isterinya itu bekerja setelah tamat belajar. Malas dia sendiri ada menawarkan
kerja di syarikatnya namun ditolak pula oleh Sara Madiha dengan alasan dia mahu
berdikari sendiri.
“Kan abang izinkan sayang kerja…”
ujar Aqil Aflah seraya mengusap lembut rambut isterinya untuk memujuk.
“Er..Diha..Diha..” tergagap pula
Sara Madiha untuk menuturkannya.
Aqil Aflah meleraikan pelukan.
“Tell me why sayang..” kata Aqil
Aflah lambut. Sekali lagi wajah yang berairmata itu disapu lembut.
“Diha…” Sara Madiha gigit bibir.
Malu pula untuk menuturkan satu berita yang membuatkannya bersedih hati tidak
dapat melaksanakan janji untuk membantu keluarganya. Aqil Aflah sudah menjadi
keutamaannya kini. Dia tidak mampu membantah.
Aqil Aflah mengukir senyum. Sabar
menanti butiran selanjutnya.
“Ni semua sebab abang…!” hambur
Sara Madiha tiba-tiba beserta airmata.
Mati senyum di bibir Aqil Aflah.
“Sebab abang? Apa yang abang dah
buat?” tanya Aqil Aflah sengan kerutan di dahi.
“Ni… perut Diha ni.. dah gemuk..”
jawab Sara Madiha dengan linangan airmata.
Aqil Aflah tersenyum kembali. Dia
akui yang tubuh isterinya itu semakin berisi sejak akhir-akhir ini.
“Biarlah sayang gemuk. Abang suka
kalau sayang berisi sikit. Sedap peluk..” jawab Aqil Aflah seraya memeluk erat
tubuh isterinya itu.
“Tapi kalau perut Diha dah jadi
macam ni? Sedap ke nak peluk?” soal Sara Madiha seraya meleraikan pelukan
seraya menunjukkan keadaan perutnya yang besar.
“Wait! Wait! What are you talking
a about sayang?” tanya Aqil Aflah seraya memegang kedua bahu isterinya. Dia
cuba mencari kebenaran yang bermain di benaknya di wajah isterinya itu. Masakan
badan gemuk akan lebih jelas kelihatan di bahagian perut sahaja melainkan
isterinya itu…?
“Sayang tak bergurau kan??”
Sara Madiha hanya diam menunduk.
Malu pula saat itu untuk menerangkan duduk perkara yang sebenar. Rasa sedihnya
tadi dirasakan tidak berasas.
Aqil Aflah yang mula rasa teruja
terus sahaja melekapkan tapak tangannya ke perut yang sudah membukit kecil itu.
Fahamlah kini kenapa tubuh isterinya itu semakin berisi sejak akhir-akhir ini.
Rupa-rupanya ada benih yang sedang membesar di dalam rahim. Kehadiran yang amat
dinantikan sepanjang dua tahun selepas bergelar suami.
“Syukur Alhamdulillah.. lama
abang tunggu saat macam ni..” ujar Aqil Aflah seraya mengucup lembut perut
isterinya sebelum memeluk erat tubuh yang diam membisu itu.
“Ab..abang…” seru Sara Madiha
perlahan. Aqil Aflah pula sudah meleraikan pelukan. Fahamlah kini kenapa
isterinya itu berairmata. Mereka pernah mengikat janji andai isterinya itu
hamil, dia tidak akan membenarkan isterinya itu bekerja.
“Sayang menangis sebab tak dapat
pergi kerja dengan baby kita ya?” ujar Aqil Aflah dengan senyuman bahagianya.
Sara Madiha hanya menganggukkan
kepala perlahan. Bukan dia tidak gembira dengan kehadiran zuriat itu. Tetapi
dia terpaksa menangguhkan hasratnya untuk membantu keluarganya di kampung
dengan hasil titik peluhnya sendiri walaupun setiap bulan Aqil Aflah akan
mengirimkan wang perbelanjaan.
Aqil Aflah terus memeluk erat
tubuh isterinya itu erat. Sara Madiha merupakan anugerah paling istimewa yang
diterima daripada yang Maha Pencipta dalam dia memaknakan kehidupan. Dia tahu
isterinya itu sedikit kecewa kerana tidak dapat membantu ibu dan adik-adik
dengan hasil titik peluhnya sendiri. Dia tahu isterinya itu tidak mahu membebankannya
untuk menampung perbelanjaan keluarganya selama ini. Dia sendiri tidak pernah
rasa terbeban dengan apa yang dilakukan. Sudah menjadi tanggungjawabnya untuk
memastikan hidup isteri dan keluarga mertuanya lebih terjamin. Dia rela hati melakukan
semua itu dengan kemampuan yang dia miliki.
“Lepas aja sayang bersalin, abang
izinkan sayang bekerja. Hal mak dengan adik-adik dekat kampung, sayang jangan
risau okay. Abang akan tanggung semuanya. Sayang tak payah susah-susah lagi.
Cuma… Abang nak mintak maaf sebab sayang kena susah-susah lepas ni jaga baby
kita baik-baik..” ucap Aqil Aflah tulus.
Sara Madiha pula sudah
mengalirkan airmata semula. Sebak dengan ucapan tulus suaminya. Memang selama
ini suaminya itu tidak pernah mengeluh akan segala perbelanjaan yang
dikeluarkan buat ibu dan adiknya di kampung. Malah, keadaan keluarganya semua
bertambah baik. Tidak lagi sesukar sebelum dia bernikah dengan lelaki itu.
“Terima kasih abang… terima kasih
atas semuanya yang abang buat untuk Diha.. Diha tidak terdaya nak balas
abang..” ucapnya pula dalam esak tangis.
“Ni… sayang dah bagi abang ni…”
balas Aqil Aflah seraya meleraikan pelukan dan menyentuh perut isterinya.
“Ni lebih dari cukup yang sayang dah
balas pada abang..” lanjutnya lagi seraya mengucup lembut dahi Sara Madiha
sebelum tubuh itu dibawa lagi dalam pelukannya.
“Semoga Allah berkati hidup hingga
akhir hayat kita sayang…” ucapnya lagi yang turut berkongsi rasa yang sama saat
itu.
Semoga bahagia sentiasa
menyelimuti kehidupan mereka hingga ke akhirnya dibawah keizinanNya.
**************
~macam ada yang tak kena, tapi buat tak nampak eh.. hee :P
12 comments:
arsha, ok je,apa yg tak kena lak? nice ending dear
Chumell betoii 2 orang ni.. Aflah is sooooo sweettt ;)
Alhamdulillah.. Very2 nice ending!
P/s : pasni nak zarif + papamama iman tauu ;)
Hadeke patot sara takut gemok . hewwheww.. ngade :P
Aqil romantika sngt2.. >_<
BESTTTT
hepy ending,,
sweet..
Tp nk tdk gak
saya malu la pulak lpas baca ni... x sangka cik arsha kita yg chomel ni, boleh buat crita comel sweet2 manja mcm ni... aiii like... thanxs awak
ahaha. saya lagi malu tau. rasa menyesal pulak dah menulis gini gayanya.. malu sangat2. ~_~"
arsha..
suka ya..
hikhikhik..
maylin>
eheh. suka apanya maylin. haru biru kot. ahah. patutlah rasa macam ada yang tak kena. ahaha
aqil ni mmg overdos sweet hehe..
suka sangat dgn pasangan ni..
dia bukan sja boleh terima sara seadanya..tapi dia juga
x lupakan tggungjawap untuk keluarga sara..
yg palin comel dia ni terlebih manja hehe..s
cute..
mcm nak jadi sara pula hehe..
perfect!!! memang best dan touching ;)
best sangat2.. sweet gila hehe
Post a Comment