Apr 13, 2011

BAJP bab_4


Belum sempat lagi Rafaal bertanya lanjut, Afeef sudah berdiri di hadapan mereka. “Assalamualaikum.” Sapa Afeef sambil menghulurkan tangan kepada Rafaal. Rafaal yang ketika itu terkejut dengan kehadiran Afeef. Dalam kepalanya tertanya-tanya siapakah gerangan lelaki ini di sisi Iffat. Ingin sekali dia mengetahui status hubungan mereka berdua tetapi tidak tahu ingin memulakan dari mana. Tak sangka pula lelaki yang dilihat bersama Iffat beberapa malam yang lepas, muncul lagi pada petang Sabtu ini.

“Err…Rafaal, ini Afeef abang Afia.” Terang Iffat kepada Rafaal.

“Afeef, ini Rafaal kawan sekuliah aku.” Perkenal Iffat pula kepada Afeef. Jelas kelihatan wajah Afeef yang sedikit tegang itu.

“Saya Afeef Adwan bakal suami Iffat Hamani” jelas Afeef dan sengaja dia menekan sikit perkataan bakal isteri kepada Rafaal. Jelas terpancar riak terkejut Rafaal mendengar pengakuan Afeef. Iffat pula membulatkan matanya memandang Afeef apabila dia membuat pengakuan berani akan status mereka. Afia hanya melihat tanpa kata babak yang berlaku dihadapannya. Tidak mahu masuk campur apa jua masalah yang sedang menular antara Iffat dan abangnya.

‘Aku lagi nak sorok, dia lagi sewenang-wenangnya bocor rahsia. Cisss! Nanti kau Afeef!’ Marah Iffat di dalam hati.

“Oh. Saya Rafaal Haziq kawan sekelas Iffat.” Ringkas balas Rafaal. Tapi dalam hati, hanya Allah sahaja yang tahu. Dia senyum paksa memandang Iffat yang senyap memerhati. Rafaal tanpa membuang masa lagi dia meminta diri kerana berasa tidak selesa dengan keadaan yang dialami kini. Lebih-lebih lagi apabila melihat wajah Afeef yang kelat tu. Dia tahu lelaki itu sedang menahan marah. Kini sudah terlerailah persoalan yang sentiasa berlegar-legar di kepalanya sejak beberapa malam lalu. Dia tidak menyangka gadis yang telah diminati sejak semester pertama di kampus itu bakal menjadi isteri orang. Belum sempat dia memulakan langkah, kini terpaksa berundur pula. Apa lagi yang boleh dia lakukan selain redha dengan ketentuan Allah. Memang bukan jodohnya.

“Takpalah Rafaal Haziq. Bunga bukan sekuntum. Bukan jodoh kau.” Katanya kepada diri sendiri sekadar untuk menenangkan hatinya yang kecewa dengan kebenaran yang baru diketahui.

Sementara di meja tadi, Iffat hanya mendiamkan diri dan hanya memandang sekitar café yang sedikit lengang itu daripada melihat wajah Afeef yang duduk berhadapan dengannya. Sakit hatinya dengan pengakuan Afeef tadi.

“Fat, kenapa kau diam aja ni?” tanya Afeef memulakan bicara apabila melihat adiknya sibuk membelek telefon bimbitnya. ‘Entah dengan siapa dia berbalas mesej budak seorang ni. Yang seorang lagi ni pulak, tak nampak ke aku tercongok depan dia ni.’ Desisnya di dalam hati.

“Hmm?” balas Iffat ringkas sebab terkejut dengan teguran Afeef Adwan tu.

“Kau ni kenapa? Kan kita jumpa ni nak bincang masalah kita. Kau diam je kenapa? Kan aku dah ada depan mata kau ni. Takkanlah kau teringat mamat tadi tu. Siapa namanya tadi? Raff.. Rafaal.” Ejek Afeef kerana geram dengan Iffat yang hanya mendiamkan diri dari tadi.

“Kau ni kalau cakap tak menyakitkan hati aku tak boleh ke? Masalah kita belum selesai, kau tak payahlah nak tambah pulak dengan masalah baru!” marah Iffat kerana dituduh perkara yang bukan-bukan. Afia yang dari tadi khusyuk berbalas mesej, terkejut dengan kata-kata Iffat yang sedikit keras terhadap abangnya. ‘Padan muka abang. Hehe..kan dah kena marah dengan Kak Hamani.’ Katanya di dalam hati kerana masalah ini memang berpunca daripada abangnya sejak awal lagi.

“Relax Fat. Aku gurau ajalah. Manalah tahu kalau betul. Kau ada apa-apa ke dengan Rafaal? Lain macam aja aku tengok cara dia pandang kau tadi. Dia suka kau eh?”. Provok Afeef kerana dia lebih senang melihat Iffat berkata-kata daripada jadi patung cendana yang diam membisu dihadapannya. Iffat menjeling apabila mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut si bakal suami itu.

“Haa.. Tak baik jeling-jeling bakal suami macam tu Fat. Berdosa.” Giat Afeef sambil menghadiahkan senyuman tampannya kepada Iffat. Afia yang dari tadi jadi pemerhati, tergelak melihat gelagat kedua makhluk di hadapannya kini.

Iffat memandangnya geram. ‘Sah adik-beradik’. Kata Iffat sendirian apabila dilihat Afeef mula ketawa bersama Afia. ‘tadi bukan main marah lagi nampak aku dengan Rafaal. Ni gelak pulak’. Marahnya lagi di dalam hati.

“Dah dah. Jangan nak gelak aja. Ada hal apa sebenarnya kau datang nak jumpa aku ni. Jawapan aku dah kasi. Apa lagi nak cakap. Sukalah kau kan?” Tegas Iffat tak sabar menhamburkan rasa tidak puas hatinya kepada Afeef. Afia yang tergelak tadi cepat mematikan tawanya apabila mendengar suara Iffat yang tegas itu. Cepat-cepat dia mencelah.

“Abang, Kak Hamani, Pia balik hostel dululah. Macam ada perbincangan serius aja abang dengan kakak. Pia gerak dululah eh.” Terus dia bangun dan menyalami keduanya. Sempat lagi dia mengusap belakang badan Iffat agar bersabar. Iffat hanya tersenyum dengan perilaku Afia. Sungguh dia amat menyayangi gadis manja itu kerana dia sendiri tidak mempunyai adik-beradik perempuan yang lain.

Sebelum Afia melangkah, abangnya sempat berpesan. “Pia, kalau ada apa-apa hal jangan lupa telefon abang. Tak pun cari aja Cik Iffat Hamani ku sayang ni.” Afeef tersengeh selepas memberi pesan kepada adiknya itu. Membulat mata Iffat memandang Afeef geram apabila mendengar pesanan tersebut.

‘Geram betul aku dengan mamat seorang ni. Kalau dah nikah nanti, entah apa pulak dia buat nak kenakan aku’. Gerutunya di dalam hati. ‘Hish! Aku ni. Asyik nak mengumpat dia dalam hati aja.’ “Astaghfirullah…” Iffat beristighfar perlahan kerana menyesali apa yang dilakukan.

“Haa. Ni kenapa tiba-tiba berisghfar pulak ni. Mengumpat aku dalam hatilah tu. Hehe…” teka Afeef tepat terkena batang hidung Iffat yang sedang menahan marahnya.

“Afeef, kita serius boleh tak?” Kata Iffat tidak setegas tadi.

“Haa. Macam tu lah kalau bercakap dengan suami.” Gurau Afeef lagi.

‘Ada yang tercekik gelas pulak ni nanti’. Marahnya lagi sendiri kerana semakin geram dengan perilaku Afeef. 

“Kau jangan nak main-main boleh tak. Aku balik bilik nanti.” Ugut Iffat kerana semakin bosan dengan lawak Afeef yang sedikit pun tidak mencuit hatinya.

“Okey okey. Aku serius ni. Aku sebenarnya nak bincang tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan pernikahan kita.” Terang Afeef yang mula serius.

“Hmm.” Balas Iffat pendek tanda dia memahami.

“Kalau pasal majlis, kau jangan risau. Memandangkan lagi dua bulan kau dah nak habis ni, semua hal aku yang uruskan. Sebab lepas aja kau habis nanti, dua minggu lepas tu aku dah kena flight.” Terang Afeef.

“Cepatnya?” spontan Iffat bertanya.

“Haah. Tu pasal aku sanggup datang sejauh ni untuk dapatkan persetujuan kau secepat mungkin supaya semuanya nanti dapat dirancang awal. Takdalah kelam-kabut nanti. Lagi satu, majlis kita nanti kita buat sekali je. Maksud aku kita buat kat dewan aja. Takda majlis kat rumah kau, dan takda majlis kat rumah aku. Kita buat sekali aja. Jimat masa, jimat belanja.” Terang Afeef dan Iffat hanya mengangguk faham.

Iffat merasakan, tiada gunanya majlis besar-besaran pun sebab dia sendiri tidak merasai kebahagiaannya tidak seperti pasangan lain yang berkahwin. Tapi, kenapa aku tengok muka dia ni excited lain macam? Oh, yela. Mana tak excited. Cita-citanya hampir tecapai. Aku aja yang jadi mangsa. Bisiknya di dalam hati.

“Fat, macam yang aku dah beritahu hari tu, aku nak kita hidup macam pasangan suami isteri lain. Kau jalankan tanggungjawab kau dan aku jalankan tanggungjawab aku sebelum aku berangkat. Kau faham kan? Mama dan ayah aku tahu keadaan kita ni. Begitu juga dengan mak dan abah kau. Aku dah baritahu perkara sebenar dengan orang tua kita dan mereka dapat terima. Cuma sekarang ni, terpulang kepada kita nak jalankan tanggungjawab masing-masing. Soal cinta, mungkin kemudian nanti kita sama-sama pupuk perlahan-lahan.” Kata Afeef panjang. Iffat hanya khusyuk mendengar dan sesekali dia menganggukkan kepalanya.

“Satu hal lagi. Aku tahu, mesti kau tertanya-tanya kenapa aku pilih kau dan kenapa tidak perempuan lain untuk jadi wife aku kan?” tanya Afeef.

Iffat hanya tersenyum memandang. ‘Macam tahu-tahu aja apa yang berlegar dalam kepala aku ni.’ Kata Iffat sendiri.

“Ermm.. sebenarnya aku lebih percaya dengan kau buat masa ni. Lagi pulak, kau dah kenal dengan family aku kan. Mama aku pun bukan suka dengan pilihan yang aku ada sebelum ni. Katanya tak macam kau. Dia nak yang macam kau. Tu yang aku rasa, kaulah calon yang terbaik walaupun aku langsung tak cintakan kau.” Terang Afeef lagi.

Iffat sedikit terusik dengan ayat yang terakhir tu. “Walaupun aku langsung tak cintakan kau”. Sedikit terasa hatinya walaupun awalnya tadi dia rasa sangat terharu dengan mama Afeef yang amat menyanjungnya sehingga inginkan menantu juga persis Iffat. ‘Barangkali mama sukakan aku kerana layanan aku kepada keluarganya. Nak kata aku pandai masak, rasanya belum pernah aku masak makanan hantar ke rumah Afeef. Hmm.. Apalah agaknya yang buatkan Puan Zubaidah begitu sekali inginkan menantu macam aku ya? Hmm..’ Iffat bermonolog lagi di dalam hatinya. Dirasakan ada air jenih di hujung matanya apabila mendengar setiap pengakuan Afeef.

“Hal-hal lain yang berkaitan dengan hati dan perasaan kita, mungkin kita boleh bincang lepas aku habis study nanti. Maafkan aku Fat kerana melibatkan kau dalam hal aku ni. Aku tahu aku takda hak untuk tentukan hala tuju hidup kau. Tapi, kali ni memang aku amat memerlukan bantuan kau. Harap kau faham.” Sambung Afeef lagi.

“Hmm. Aku tak tahulah nak cakap macam mana Feef. Keputusan semua dah dibuat tanpa pengetahuan aku kan. Apa lagi yang aku boleh kata. Semuanya dah dirancangkan. Aku ikut aja lah. Itu aja yang mampu aku buat. Cuma sekarang ni, apa yang meragukan aku…pasal masa depan aku nanti lepas kita nikah. Kau kat sana, aku kat sini. Dalam tempoh kau kat sana, aku macam mana kat sini.?” Balas Iffat lemah kerana dia tahu, dia sememangnya tiada pilihan lain lagi selain menuruti semua yang telah dirancang oleh lelaki yang bernama Muhammad Afeef Adwan ni.

“Macam yang aku kata tadi, hal yang libatkan hati dan perasaan kita, kau tunggu aku balik dari sana then kita discuss semula. Bunyi macam kejamkan aku ni? Ikat kau tanpa sebab. Hmm..” keluh Afeef kerana terasa bersalah dengan apa yang dirancangkannya ini.

“Tu aku tahu. Maksud aku, macam mana kehidupan aku kat sini nanti? Aku nak tinggal kat mana? Macam mana batas-batas aku sebagai seorang isteri nanti?” jelas Iffat.

“Okey macam ni. Aku sebenarnya dah bincang jugak hal ni dengan mama dan family kau. Mama cadangkan kau duduk aja kat rumah family aku sementara aku kat sana. Tapi kalau kau rasa tak selesa, kau boleh duduk kat rumah family kau sementara rumah kita diubahsuai.” Terang Afeef.

“Rumah kita?” tanya Iffat.

“Yup. Rumah kita. Ayah aku ada rumah sewa kat Shah Alam. Sebab rumah tu memang dah lama kosong, ayah hadiahkan rumah tu pada aku selepas aku nikah nanti. Rumah biasa je la. Takdalah besar sangat. Tapi kalau setakat nak duduk sepuluh orang, muat lagi rasanya. Takdalah jauh dari rumah family aku. Apa-apa hal nanti, senanglah.” Kata Afeef sambil tersenyum. Semudah itu Afeef sudah merencana masa depan mereka.

“Kalau pasal batas-batas kau sebagai isteri, sepanjang aku tiada di sini, aku takkan sekat ke mana sahaja kau nak pergi. Aku izinkan. Kau bebas nak lakukan apa sahaja janji kau tahu macam mana nak jaga nama aku dan family kita nanti. Kau faham kan?” Pesan Afeef. Iffat hanya menganggukkan kepalanya tanda setuju.

“Hmm..Fat, ada apa-apa lagi kau nak tanya aku, kau tanya la. Aku tak nak lepas ni ada lagi benda-benda yang kau tak puas hati dengan aku.” Tanya Afeef.

“Hmm.. ikutkan hati aku ni, aku memang tak setuju langsung dengan apa yang kau buat ni. Sebab… kau buat aku macam orang takda perasaan aja kan. Aku bukan salahkan takdir Allah, cuma aku belum dapat terima semua ni berlaku dengan aku. Biasanya dalam cerita novel aja yang jadi perkara-perkara macam ni. Rupanya berlaku pulak dalam hidup aku.” Sayu suara Iffat meluahkan rasa hatinya.

“Aku takut apa yang kita buat ni sebenarnya akan menyusahkan diri masing-masing pada masa kelak Feef. Kita mana tahu apa yang akan terjadi 3 tahun lagi. Aku risau kalau…kita nikah, then.. lepas kau balik nanti aku terus dapat status baru. Macam mana tu Feef? Kau lelaki, orang tak kisah sangat, tapi aku? Macam mana dengan aku Feef.?” Lemah suara Iffat menerangkannya. Iffat mengalih pandangannya dari menentang wajah Afeef. Dia rela melihat gelagat penghuni kampus lain di café itu daripada menatap wajah bakal suaminya.

“Fat, kau jangan ingat aku pun suka buat rancangan gila ni. Aku terpaksalah Fat. Aku dah takda cara lain lagi dah. Kau aja yang dapat bantu aku.” Balas Afeef.

“Hmm.. memang soal hati dan perasaan aku dah tolak tepi sebab aku rasa dah tak penting lagi. Tapi, sampai bila aku dapat bertahan Feef. Aku bukan kuat sangat Feef nak lalui semua ni.” Semakin lemah suara Iffat.

“Maafkan aku Fat. Dalam hal ni, memang aku macam pentingkan diri sendiri. Tapi, aku takda pilihan Fat. Maafkan aku. Aku tahu cinta tu penting dalam memupuk kasih sayang antara suami dan isteri. Kalau hal itu yang merisaukan kau, aku janji, aku sendiri akan belajar untuk menerima kau dan aku pun nak kau belajar untuk terima aku andai memang kita ditakdirkan bersama. Cuma buat masa ni, kau fahamlah situasi aku Fat.” Pinta Afeef.

‘Aku jela yang kena faham perasaan kau. Yang kau tak payah nak faham aku, perasaan aku, masa depan aku! Inilah lelaki, mudah sangat menabur janji yang tak pasti.’ Marah Iffat dalam hati. Dia melihat wajah tenang dihadapannya itu untuk mencari sedikit garis keihlasan. Namun, tidak diketemuinya. Hampa. Apa sebenarnya tujuan Afeef ni.

“Tak perlulah kau nak mintak maaf dengan aku Feef. Aku pun dah setuju. Takda apa lagi yang boleh diubah kan? Kita proceed je kalau itu yang membahagiakan kau.” Balas Iffat malas.

“Thanks Fat. Thanks a lot. Aku takkan lupa pengorbanan yang kau dah buat untuk aku ni.” Tutur Afeef seraya menghadiahkan senyuman manis kepada Iffat.

Iffat redha dengan apa yang telah dirancangkan untuknya. Ya, baru dia teringat. Afeef ada menyebut tentang CINTA tadi. Akan cuba mencintai aku? Boleh percaya ke? Aku? Aku cinta dia? Ya, memang dari mula kenal dengan Afeef lagi memang dia meminati jejaka itu tetapi hanya dipendam sahaja perasaan itu kerana mengetahui akan setiap kegemaran dan ciri-ciri wanita yang diminati oleh lelaki bernama Afeef Adwan ni. Iffat sedih apabila memikirkan perkara yang tidak mungkin terjadi itu. Tambahan pula, dia tahu Afeef bercinta dengan Damia Hani selama ni. Gadis yang menjadi kegilaan ramai di sekolah dulu. Tak sangka pulak Afeef ni yang dapat. Cuma beberapa malam lalu, bila Afeef katakan yang dia tidak lagi bersama Damia, Iffat sedikit terkejut tetapi tidak pula ditanya apa sebenarnya yang berlaku antara pasangan itu. Dia malas ingin mengambil tahu perihal cinta mereka. ‘Suka hati kaulah Afeef’. Katanya sendiri.

“Fat, kenapa kau diam aja ni? Kau dah takda apa-apa lagi nak cakap ke? Maksud aku, kau ada nak buat apa-apa request ke? Yela, manalah tahu kalau kau tiba-tiba nak naik kereta kuda ke sebelum kita nikah. Hehe..” sempat lagi Afeef melawak.

“Haha. Sengaja Iffat gelak dibuat-buat. Lawak peringkat kampus kau tak kelakarlah Afeef. Benda macam ni kau ambik mudah aja kan. Oh..memanglah, sebab aku jadi mangsa dan kau bahagia sebab dapat apa yang kau nak kan?” serang Iffat mematikan gelak Afeef.

“Fat, kau dari tadi sindir aku. Kau sebenarnya setuju ke tak ni?” Sengaja Afeef uji walhal dia tahu Iffat kalau dah buat keputusan, sukar menarik balik apa yang sudah diputuskan.

“Kau ni nak aku cakap bahasa apa eh? Tamil ke? Hmm..” Iffat mengeluh lagi. Afeef tersenyum senang. “Aku ada satu benda nak kau janji dengan aku.” Pinta Iffat.

“Apa dia?” balas Afeef menunggu.

“Aku nak kau jujur dengan setiap apa yang kau buat dengan aku sepanjang kita hidup sebagai suami isteri boleh? And, no istilah tipu sunat! Full stop! Mak abah aku tak pernah ajar aku menipu.” Jelas Iffat.

“Hmm.. itu aja ke?” tanya Afeef kembali.

“Yela. Kau nak aku letak syarat banyak-banyak ke? Nanti tak tertunai pulak. Tak pasal-pasal kau tak terjawab soal dalam kubur nanti. Aku tak boleh nak tolong.” Pedas balas Iffat.

“Hmm..yela yela. Aku tahu tu. Fat, dah nak maghrib ni. Aku rasa eloklah aku balik dulu. Bas aku pukul 10 malam ni. Anyway, thanks Fat sebab setuju dengan semua ni. Kaulah satu-satunya kawan dunia akhirat aku.” Tambah Afeef.

“Hmm.. kau take care balik nanti. Jangan lupa mesej aku kalau dah sampai.” Balas Iffat.

“Wah! Sayang jugak kau kat aku eh. Hehe..” Afeef senyum.

“Eleh perasan! Aku taknaklah nikah dengan orang sakit esok-esok.” Sekali lagi Iffat mengenakan Afeef. Padahal hanya tuhan aja yang tahu apa dia rasa. Memang dia sentiasa mengambil tahu akan perihal Afeef. Walaupun selsema sekalipun, Afeef selalu mengadu kepadanya. Inikan pula perjalanan jauh yang dia tak tahu apa yang akan terjadi di perjalanan nanti. Dah la dia bakal suaminya. Sekasar-kasar dia, hatinya tetap seorang perempuan yang dijadikan Allah makhluk yang lembut dan penyayang.

“Okeylah Fat. Aku gerak dulu. Dah sampai nanti aku mesej kau. Kau pun jaga diri. Tengok-tengokkan jugak Pia untuk aku eh. Assalamualaikum.” Kata Afeef sambil memulakan langkah ke tempat parking motorsikal yang dipinjam daripada rakannya yang tinggal di sini.

“Waalaikumussalam.” Iffat memerhati sehingga kelibat Afeef hilang daripada pandangan.

1 comment:

Yong said...

huh mmg kejam gler la afeef ni ya. ni mmg cter typical malay society lah. hehe pompuan yg setia n menurut, n perangai lelaki yg memerintah.kesian kat pompuan..