Apr 5, 2011

Sinopsis Biar Aku Jadi Penuggu (BAJP)



"Beb, kau kahwin je la dengan aku nak tak?" 

Iffat Hamani dan Muhammad Afeef Adwan. Bersahabat sejak dibangku sekolah lagi dan bersetuju untuk berkahwin atas kepentingan masing-masing selain berani memperjudikan masa depan sendiri demi kebahagiaan orang tersayang.
Iffat Hamani menaruh harapan yang tinggi agar ada sinar kebahagiaan selepas perkahwinan dan cita-cita mereka tercapai. Percaya akan janji yang ditaburkan oleh Afeef Adwan kerana yakin akan tiket persahabatan yang terjalin. Tetap setia menunggu walau seringkali hati dilukai.

Afeef Adwan bahagia dengan apa yang dimiliki kerana hajatnya telah tercapai. Terlalu leka dengan apa yang dimilikinya sehingga lupa akan seseorang yang menunggu janjinya dahulu walaupun tidak pernah dituntut. Seringkali janji itu juga yang mencekik nafas bahagianya bersama insan yang dicintai.

Perlukah janji itu ditunaikan demi seorang sahabat yang telah banyak berkorban? Bagaimana pula perasaan si dia jika tahu agendanya yang sebenar? Bolehkah dimaafkan? Ada jaminankah kebahagian pada mada hadapan atas nama janji yang telah dipersetujui?

6 comments:

fyda said...

baru jmpe blog ni..
best sangat..
ble nak wat next n3??

arsha wangi said...

eheh. thanks fyda.

insyaAllah. tengah usaha ni. sorry lambat sikit. tak sihat ni segalanya slow. uhuu. btw, thanks sebab follow citer ni :)

Anonymous said...

Hehehh pertama kali aku baca,aku dah jatoh hati beb.nasib tak da butang ''LIKE''eheheh..

arsha wangi said...

ahaha. kau jangan gelak beb kalau dah bace. :D

agak2 kenal dengan mana2 watak, buat2 tak nampak je. ahaha

Anonymous said...

Hehheh,pertama kali dah ku kenal watak ni..cayalah..sampai ke novel nama dia ya..hik3..

arsha wangi said...

oit! jangan nak buat hal oi. diam2 sudaa..