Apr 5, 2011

BAJP bab_1

 “Beb, kau kahwin je la dengan aku nak tak?” 
“What? Kau betul ke tak ni Afeef?” Iffat membulatkan matanya memandang Afeef sebelum tersedak dengan air tembikai laici kesukaannya itu. “Wait, wait, is it khitbah? Kau mengkhitbah aku?” Afeef buat muka pelik.
“Ye la khitbah. Kau khitbah aku. Maksud aku, kau lamar aku.” jelas Iffat memandangkan Afeef buat muka seposennya.

“oh..” balas Afeef.

“Oh je? Sekejap, kau sebenarnya ok ke tak ni? Kau ni kalau bergurau pun agak-agak lah. Takkanlah benda penting macam ni kau nak buat gurau.” Iffat ketawa kecil sambil mengalihkan pandangannya melihat gelagat penghuni kampus yang lain sedang rancak berbual di café yang bising itu.

Afeef menjeling ke arah yang dilihat oleh Iffat. “Kau tengok muka aku macam orang buat kelakar ke?” terang Afeef serius. Sekali lagi Iffat tersedak.

“haha..tak kelakar la Afeef.” Iffat cuba menyembunyikan rasa getar di hatinya walhal dia tahu Afeef memang serius menuturkannya tadi.

“Aku cakap betul-betul ni Fat. Kau kahwin je dengan aku eh? Lagipun kau tak pernah couple dengan sesiapa lagi kan? Dan aku pun tengah solo sekarang ni. Apa kata kita proceed je kahwin lepas kau habis study ni. Macam mana?” Bersungguh Afeef berkata.

“Oi, no istilah couple dalam kamus hidup aku ok! Aku tak cari boyfriend but future husband!” tegas Iffat. Afeef senyum sinis mendengar kata-kata Iffat. Bukan dia tak tahu fiil Iffat ni. Dia memang anti lelaki dan bukan semua lelaki boleh berkawan rapat dengannya melainkan kawan sekolah macam Afeef dan rakan-rakannya yang lain.

“Kenapa kau tiba-tiba ajak aku kahwin segala ni? Aku tak suka la beb kau pakai terjah je macam ni.” Mendatar suara Iffat tak setegas tadi.

“Aku..aku.. sebenarnya..hmm..” Afeef menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Apa aku yang aku..aku.. kau ni? Bukan aku tak tahu kau ni. Bukan ke kau suka perempuan yang cantik, putih gebu, kurus kering, putih melepak? Ni tiba-tiba ajak aku kahwin apa cerita pulak? Aku mana ada semua tu dan aku sedar aku siapa. Ingat kita ni main kahwin-kahwin macam budak sekolah tadika ke?” terjah Iffat. Iffat Hamani. Seorang yang bersederhana dalam segala hal, sentiasa menjaga batas-batas pergaulan walaupun perwatakannya sedikit kasar. Mempunyai warna kulit yang tidak seputih Tiz Zaqiyah. Tak putih sangat, tak gelap sangat, warna kulit orang Malaysia walaupun Puan Hasmidah putih melepak. Iffat lebih mengikut warna kulit abahnya, Encik Abdul Rahim.

“Fat, sebenarnya aku ada sebab. Aku dah tak heran dengan semua tu Fat. Ok macam ni. Sebenarnya aku nak sambung belajar kat UK. Tapi, mama aku letak syarat. Aku…” belum sempat Afeef menerangkan tujuan sebanrnya, Iffat menyampuk.

“Ok, maknanya, kau ajak aku kahwin semata-mata sebab syarat mama kau dan untuk kepentingan kau semata-mata! Lepas tu aku nak jadi apa? Kain buruk? Yang dah lepas kau guna, lepas tu kau buang macam tu aja? Macam tu ke? Murah sangat maruah aku pada kau Afeef. Patutlah kau beriya-iya ajak aku kahwin.” Lirih ayat yang dituturkan Iffat selepas mengetahui tujuan sebanar Afeef mengajaknya kahwin. Afeef bungkam apabila mendengar sendu suara Iffat keluar dari dua ulas bibir yang comel tu. Ya, itulah satu-satunya tarikan yang ada pada Iffat. Dia mempunyai bibir yang cantik terbentuk.

“Bukan. Bukan macam tu. Kau dengarlah dulu apa yang aku nak cakap. Aku tak habis lagi cakap kau dah menyampuk.” Bidas Afeef. Dia tahu, agak sukar untuk menerangkan duduk perkara yang sebenar. Lebih-lebih lagi melibatkan masa depan dan perasaan mereka berdua. “Ok. Macam ni. Sekarang ni kau pun takda siapa-siapa kan? Dan aku pun dah takda apa-apa hubungan dengan Damia. Aku tahu yang family kau pun tengah sibuk cari calon suami untuk kau kan?” segaris senyum yang menakutkan dihadiahkan kepada Iffat.

“Mana kau tahu semua ni” Iffat terkejut dengan penjelasan Afeef memandangkan hanya ahli keluarganya sahaja yang tahu akan perkara tersebut.

“aku tahu la” jawab Afeef bangga.

Iffat memandang geram. Kepalanya berdenyut-denyut memikirkan siapa yang membocorkan rahsia tersebut kepada si mulut laser depan dia ni. Tekaannya hanya abah kerana lelaki yang bernama Muhammad Afeef Adwan ni rapat dengan abah. Sampai hati abah. Sedih hatinya semakin menggunung apabila Afeef sekaligus mengambil peluang itu untuk kepentingan dirinya juga. Iffat hanya diam.

Melihat Iffat yang diam, Afeef meneruskan kata-katanya. “ok ok. Back to the topic. Sekarang ni kita fair kan? Aku ada agenda aku, dan kau pun dapat faedahnya sekali kan. Aku tolong kau, kau tolong aku.” Iffat mengalihkan pandangannya dari merenung muka Afeef yang dia rasakan semakin memualkan hatinya. Sampai hati kau Afeef buat aku macam ni!

“Lagi satu hal. Aku sebenarnya lebih percaya dengan kau beb dari aku kahwin dengan orang lain. At least, family aku dah kenal dengan kau dan family kau pun dah kenal dengan aku. Benda ni pun aku dah bincangkan dengan mama aku dan dia dah setuju. Kita nikah sebelum aku berangkat dan masa tu pun kau dah habis belajar.” Jelas Afeef tenang walaupun dia dapat rasakan sedikit getaran halus dihatinya apabila melihat wajah keruh gadis dihadapannya. Dia sendiri sebenarnya kesal akan syarat yang diberi oleh Hjh. Zubaidah apabila dia perlu berkahwin sebelum melanjutkan pelajarannya kerana mamanya tahu itu memang yang dicita-citakan oleh Afeef sejak dahulu lagi.

“Aku sebenarnya kecewa dengan kau Afeef. Jauh macam ni kau sanggup datang semata-mata cakap hal ni. Kau melamar aku dalam keadaan macam ni. Kau tak rasa ke yang rancangan kau ni buat hati orang lain terluka. Kau ingat aku perempuan apa. Senang-senang je kau buat macam ni. Kau ingat aku takda perasaan ke. Ini soal masa depan kita. Kau sedar tak semua tu? Aku nak tanya kau, apa tujuan sebenar perkahwinan? Kau nak aku terangkan ke apa itu sebenarnya maksud perkahwinan. Kalau tak tahu, sia-sia je la kita pergi kursus pra-perkahwinan dulu.” Iffat mengingati Afeef akan hal perkahwinan memandangkan mereka pernah bersama-sama menghadiri Kursus pra-perkahwinan bersama sahabat baik mereka Luqman dan Hayati yang tidak lama lagi akan melangsungkan perkahwinan. Afeef tunduk tanpa kata mendengarkan kata-kata Iffat mengakui ada benar setiap yang diperkatakan. Tetapi Afeef tetap dengan pediriannya. Kerana cita-cita dia sanggup lakukan apa sahaja. Itu tekadnya.

“Aku pun macam perempuan lain jugak Afeef. Aku nakkan yang terbaik dalam perkahwinan sebab itu untuk masa depan aku. Aku nak juga seorang suami yang berkahwin dengan aku kerana cintanya pada aku dan dia terima aku seadanya. Bukan dengan tergesa-gesa macam ni Afeef. Kau tak rasa ke semua ni salah? Kau,..” Iffat mati kata-kata kerana terlalu kesal dengan apa yang dilakukan oleh Afeef.

“Fat, aku rasa dengan cara ni sahaja yang boleh aku buat untuk sambung belajar. Aku dah takda calon lain lagi yang boleh tolong aku selain kau. Kau aja yang ada sekarang ni. Kalau aku ada calon lain, aku takda cari kau sejauh ni Fat. Cuma sekarang ni, problem kau pun boleh selesai pada masa yang sama kan?” Afeef cuba meyakinkan Iffat. Maklumlah, bakal peguam memang pandai bermain dengan kata-kata. Itu kelebihan memang kelebihan Afeef sejak di bangku sekolah lagi yang cukup terkenal dengan pemidato terbaik. Iffat hanya memandang sepi gelas air tembikai laicinya yang telah kosong. Hanya tinggal terkontang-kanting tiga biji laici di dalamnya.

“Fat, aku dah fikir masak-masak semua ni. Dan aku rasa keputusan aku ni tepat. Aku janji, lepas habis je study, aku balik, kita bincangkan semula benda ni. Kalau memang takdir kita untuk hidup sebagai suami isteri panjang, kita teruskan. Kalau tidak, kita serah sahaja kepada takdir. Tapi sebelum aku berangkat, aku nak kita hidup macam pasangan lain juga. Aku jalankan tanggungjawab aku, dan kau dengan tanggungjawab kau sebagai seorang isteri. Aku janji Fat. Aku masih tahu lagi hukum hakam agama Fat. Aku masih tahu lagi dosa pahala. Bab nafkah batin, kalau kau belum bersedia, aku pun tak kisah. Cuma, buat masa ni, aku memang perlukan pernikahan ni. Lagi satu, aku taknak family aku dan family kau syak yang kita kahwin bukan atas sebab cinta. Bolehkan kau tolong aku Fat? Please Fat..” Panjang lebar Afeef cuba meyakinkan Fat agar rancangannya bejaya.

Iffat memandang lesu Afeef. “Nanti aku bincang dengan mak dan abah aku dulu.”

“Fat, aku dah bincang semua ni dengan mak dan abah kau sebelum aku datang sini.” Jelas sedikit keyakinan di wajah Afeef apabila Iffat mula yakin dengan hujahnya. “Mereka dah bersetuju.” Segaris senyuman dibibir Afeef.

Iffat membalas senyuman Afeef, tetapi Afeef tahu. Senyuman itu amat menakutkannya. “Terbaik rancangan kau kan.” Iffat senyum lagi. Dia terus berdiri untuk meninggalkan Afeef kerana berasakan dia tidak betah lagi berada di situ melihat Afeef yang semakin menjengkelkan hatinya. Sebelum kesabarannya meletus dan mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, baiklah dia pergi. Dia takut apabila dia masih di situ, ada pula yang makan penampar sulungnya pulak. Affat terus berlalu untuk pulang ke hostelnya dengan rasa hati yang bercampur-baur ditambah pula dengan kepalanya yang semakin berdenyut-denyut.

Afeef hanya tenang melihat Iffat berlalu kerana dia tahu Iffat sedang marah kerana melihat wajah Iffat yang mencuka dia sudah cukup faham. Tambah lagi perangai Iffat yang akan memintal-mintal hujung tudungnya apabila menahan marah. Afeef tersenyum lagi apabila memikirkan perangai Iffat yang satu itu. Comel dirasakan. Afeef dapat rasakan, rancangannya semakin berjaya.

‘takpa Afeef. Sabarlah. Ada banyak masa lagi.’ Monolognya di dalam hati.

………………………………..
Feel free to comment. Cubaan pertama. Harap boleh diterima. Jika tidak, ianya berhenti setakat ini sahaja. Terima kasih kepada yang sudi membaca.

2 comments:

Yong said...

baca kat penulisan2u, dah bab 23.hehe pastu tgk ada link,so start baca semula. cter ni best lah.hehe n happy sebab dah 81bab dah ada, xpelu tunggu. blh wat marathon e-novel ni.hehe thanks ya.

Tiara aka Nurul Fairuz said...

suka-suka.....