BMJM 9
“Siti, ummi
takda apa-apa kan?” Tanya Suzila sebaik sahabatnya itu habis bercakap dengan
Wan Nabila di telefon. Sudah menjadi kemestian, dia suka berlamaan di bilik
hostel gadis itu walaupun tiada perbincangan kumpulan dilakukan. Dia senang
menghabiskan masa bersama Siti Shafura.
“Ummi demam lagi.” jawab Siti
Shafura perlahan sambil menyambung melipat kain yang baru diangkat.
“Habis tu, macam mana? Awak nak
pergi tengok ummi ke?” Tanya Suzila lagi prihatin.
Siti Shafura menggeleng
perlahan. “Kak Wan dah bagi ubat. Insya-Allah ummi takda apa-apa.” jawabnya
lambat bersama senyuman tawar. Baru Ahad lepas dia melawat ummi bersama Izza
Farhana dan bapa saudaranya sebelum dia pulang ke hostel.
Suzila menghela nafas. Simpati dengan apa yang menimpa sahabatnya
itu. “Erm.., Siti, hujung minggu ni mama ajak awak balik rumah. Mama nak tengok
ummi.” ujarnya kemudian apabila teringat akan pesanan mamanya semalam.
“Insya-Allah…” Siti Shafura
membuat janji dalam hati yang berbelah bahagi. Dia risau pula akan dituduh cuba
mengambil kesempatan terhadap keluarga angkatnya itu. Namun, untuk pulang ke
rumah ibu saudaranya, dia agak keberatan sejak ketiadaan Izzat Fakhri. “Er..,
Suzy, Abang Kimi balik rumah minggu ni?” Soalnya kemudian apabila teringat akan
pesanan lelaki itu ketika menghantarnya pulang Jumaat lepas.
“Ala.., awak tak payahlah fikir pasal
Abang Kimi tu Siti. Dia tu balik tak tentu masa. Mama dah bising, barulah
nampak muka dia. Lagipun, tak silap dia belum habis engagement audit dia dari minggu lepas.” jawab Suzila sambil
membelek telefon bimbitnya yang berbunyi. Dia menunjukkan isyarat untuk
menjawab sebelum bingkas keluar dari bilik hostel sahabatnya itu.
Siti Shafura hanya memerhati bersama helaan nafas. Urusannya bersama
Eshaq Hakimi masih menjadi rahsia.
“Siti.” Suzila kembali masuk dengan wajah yang ceria.
“Siapa yang call?”
“Ikmal. Dia ajak keluar makan.” Suzila tersengih-sengih.
Siti Shafura menggeleng. Faham benar dengan kebahagiaan di hati
sahabatnya itu.
“Siti, saya nak balik bilik mandi. Saya tinggalkan handphone. Kalau ada sesiapa call, awak angkat aje okey? Lepas mandi,
saya datang balik.” Suzila meletakkan telefon bimbit bersama sebuah buku yang
dibawa bersama tadi sebelum terus beredar.
********
“Shaq, aku rasa
ada baiknya kau settle problem kau
dengan Si Jasmeen tu.” Suara Ikmal memeceah kesunyian sebaik kereta yang
dipandu oleh Eshaq Hakimi meluncur laju meninggalkan kawasan kondo. “Nasib aku
dah bagi tahu Uncle Ghan pasal dia
semalam. Kalau tak, aku rasa dia dah jadi guard
depan rumah kita.” sambungnya.
Disebabkan ternampak kelibat Jasmeen di tempat parkir tadi, mereka
yang sama-sama tiba, terus tidak jadi naik ke rumah. Sebaik memarkirkan kereta
sedikit jauh dari kebiasaannya, dia terus mendapatkan Eshaq Hakimi yang sedia
menanti.
“Problem aku dah lama settle dengan dia Mal. Otak dia tu yang
aku rasa ada problem agaknya.
Perempuan gila perasan cantik! Dia ingat aku hard up sangat dengan dia!” Kutuk Eshaq Hakimi selamba. Dia baru
berangan ingin tidur sepuas-puasnya sebaik tiba tadi setelah berhari-hari
bersekang mata menghadap segala jenis fail akaun klien. Ditambah pula dengan
panggilan Julia yang tidak habis-habis mengganggu. Semuanya menambah tekanan
yang sedia ada.
“Kau dah break dengan dia
ke?” Ikmal tidak faham apa sebenarnya yang telah berlaku.
“Aku rasa tak ada lelaki yang tahan dengan perangai perempuan macam
tu bro.” Eshaq Hakimi berkias.
“Kenapa? Bukan ke dah dekat tiga tahun kau orang couple? Kenapa baru sekarang kau tak
tahan?”
“Couple, tak bermakna aku
wajib kahwin dengan dia kan?” Jawab Eshaq Hakimi sinis sambil memicit belakang
tengkuk yang terasa tegang. Jelas benar garis keletihan di wajahnya.
Ikmal berkerut. Semakin tidak faham dengan perangai sahabatnya itu. “Habis
tu, yang kau couple dengan dia selama
ni tu apa? Bukan ke tujuan orang bercouple
ni untuk kahwin?” Kening sebelah dijongketkan sambil menoleh. Bukan dia tidak
tahu apa yang pernah berlaku dalam hidup Eshaq Hakimi selama ini. Kerana
kecurangan seorang wanita, sahabatnya bertindak di luar kawalan. Menjadikan
perepuan curang sebagai sasaran untuk mendapatkan pendapatan lebih walaupun
kehidupan lelaki itu sememangnya sedia mewah.
“Kau silap bro. Tak ada
istilah kahwin langsung antara aku dengan Jasmeen. Si Jasmeen tu aje yang perasan
aku nak kahwin dengan dia. Perempuan macam tu nak jadi wife aku? Memang tak la bro.
Jangan haraplah.” Eshaq Hakimi menarik senyum. Cukup sinis.
Ikmal pula menggelengkan kepala tanda kurang bersetuju dengan apa
yang dilakukan oleh bakal abang iparnya itu. “Aku pelik dengan kau ni Shaq.
Kalau kau tak nak kahwin dengan dia, buat apa kau sibuk-sibuk couple dengan dia? Sekarang dia nak
tuntut janji kau. And.., aku dengan confidentnya, jamin, dia takkan mudah
nak lepaskan kau macam tu aje..” balasnya sekadar mengingatkan.
“Pergi jahanamlah perempuan tu! Aku tak peduli dah Mal. Biarlah dia
nak buat apa pun. Serabut kepala aku nak fikir pasal dia aje kau tahu. Problem
aku dengan Si Julia tu pun tak habis lagi. Sekarang nak tambah problem dia pulak. Belum lagi tambah mama bising suruh aku balik vila selalu.” tingkah
Eshaq Hakimi geram. Terasa membahang hatinya apabila memikirkan masalah-masalah
yang membelenggu hidupnya kini. Semua kerana perempuan!
Ikmal menarik nafas panjang. Begitulah Eshaq Hakimi yang dikenali. Setakat
ini, masih belum ada mana-mana wanita yang mampu menjinakkan hati yang sudah
lama tertutup itu. Wanita yang didampingi oleh Eshaq Hakimi kini hanyalah
semata-mata kerana duit. Sahabatnya itu lebih cintakan duit dari wanita-wanita
yang cuba merebutkan hatinya.
“Erm.., pasal mama tu, aku
tak boleh nak tolonglah beb. Memang
patut pun kau kena selalu balik vila. Nak kata rumah kita jauh dengan vila, aku
rasa tak sampai satu jam pun kau boleh sampai. Aku tengok papa kau tu tak
berapa sihat sekarang ni.” balasnya lambat mengubah topik. Dia teringat pesan
Tan Sri Kamil kepadanya supaya memujuk lelaki itu agar turut sama membantu
syarikat. Tambahan pula syarikat baru sahaja menambah beberapa lagi stesyen
minyak selain menjadi pembekal minyak utama kepada sebuah syarikat penerbangan.
“Aku tahu papa nak aku ganti tempat dia Mal. Sebab tu aku malas nak
balik vila. Aku tak sedia lagi nak buat tu semua Mal. Aku selesa dengan apa yang
aku buat sekarang ni. Lagipun, kau tahukan apa yang aku buat sekarang ni? Kalau
aku masuk company papa, mesti aku jumpa
ramai orang. Aku risau aku jumpa balik datin-datin yang pernah aku escort dulu. Takpun, entah-entah one of them kawan papa. Memang aku cari
penyakitlah kalau aku cepat-cepat ganti tempat papa.” luah Eshaq Hakimi sedikit
tenang berbanding tadi.
“Habis tu, bila lagi kau nak ganti tempat papa kau? Aku rasa masa ni
yang paling sesuai kau ganti tempat papa kau Shaq. Kesian aku tengok dia.”
Ikmal cuba menyusun ayat yang sesuai untuk memujuk lelaki itu dalam diam.
“Kau kan ada. Apa masalahnya?” balas Eshaq Hakimi mudah. Belum lagi
terlintas di fikirannya untuk menjadi peneraju utama syarikat papanya. Dia
gembira dengan kerja yang dilakukan kini walaupun ia sering mengundang tekanan.
“Hoi! Aku ni siapa? Kau ni agak-agaklah Shaq. Aku tolong setakat
mana yang mampu ajelah. Nak tolong beria-ia sangat, nanti orang kata aku kipas tak
mati bakal bapak mentua pulak.” jawab Ikmal bersama sengihan.
Eshaq Hakimi turut tersengih. “Nantilah Mal.. Aku tak sedia lagilah…
Buat masa ni, kau ajelah yang boleh aku harapkan untuk tolong papa. Erm.., lagipun
aku dah janji dengan papa kalau aku kahwin, baru aku masuk. Tapi disebabkan
sekarang aku dah single, nampaknya
kena tunggu lagilah..” balasnya dengan senyuman penuh makna. Dia masih lagi
mampu mencipta alasan untuk tidak masuk ke syarikat papanya buat sementara
waktu.
“Ahh! Kalau nak tunggu kau kahwin, entah bila. Agaknya sampai aku dah
kahwin, ada anak dengan Suzy, kau tak kahwin lagi.” tingkah Ikmal yang cukup
faham dengan perangai Eshaq Hakimi. Selagi boleh akan cuba mencari alasan untuk
mengelakkan diri dari mengambil alih syarikat.
“Kahwinlah Mal. Aku tak kisah pun.” Selamba Eshaq Hakimi membalas.
Hatinya sedikit pun tidak tercuit andai Suzila terlebih dahulu berumah tangga.
“Nanti kau jangan nak salahkan aku pulak kalau Suzila langkah bendul.” usik Ikmal diringi senyuman
lebar.
“Bendul ke.., tunggul ke.., sikit pun aku tak kisahlah Mal.” Eshaq
Hakimi tersenyum hambar. Memang buat masa itu dia langsung tiada perancangan
untuk berkahwin.
“Ikut suka kaulah bro.” Ikmal
terpaksa mengalah. Rancangan untuk memujuk Eshaq Hakimi agar menerajui syarikat
memang tidak akan menemui kejayaan jika lelaki itu sudah meletakkan syarat. “Erm..,
contract kau dengan Si Julia tu
sampai bila?” sambungnya perihal Julia pula.
“Hujung tahun ni.” jawab Eshaq Hakimi ringkas.
“Erm.., Julia ni last contract
kan?” Ikmal menoleh lagi ke sisi. Sebagai sahabat, dia tidak mahu melihat Eshaq
Hakimi terus hanyut dalam dunianya sendiri yang sudah jauh menyimpang. Risau
dia akan menerima tempias yang sama memandangkan mereka sebumbung dan segala
yang melibatkan Eshaq Hakimi memang tersemat kemas disimpan selama ini. Dia
tidak mahu segala yang disimpan akan sampai ke pengetahuan keluarga bakal mentuanya.
Mungkin dia akan dituduh bersubahat serta melakukan perkara yang sama.
“Kenapa kau tanya macam tu?” Eshaq Hakimi memulangkan soalan seraya
menoleh sekilas. Perhatiannya masih pada pemanduan yang tiada hala tuju hanya
kerana mengelak dari Jasmeen tadi.
“Aku pegang janji kau Shaq. Kau pernah kata dengan aku, yang kau nak
tinggalkan semua kerja-kerja ni sebelum kau terima Julia dulu. Kau tak ingat?” Ikmal
begitu berharap agar Eshaq Hakimi benar-benar berubah. Dia tidak sanggup lagi
bersubahat dengan apa yang dilakukan oleh sahabatnya itu.
Eshaq Hakimi menghela nafas berat. Mengakui dalam diam. Memang dia
ingat akan janjinya hampir tiga tahu lalu sebelum bersetuju untuk terikat
dengan Julia. Dia sendiri mula tidak senang hati apabila berasakan segala
gerak-gerinya seperti sedang diperhatikan. Mahu atau tidak dia perlu menghentikan
semua sebelum ibu bapanya mengetahui kegiatannya yang sebenar. Dia tidak mahu melukakan
hati orang yang disayangi apabila mendapat tahu apa yang dilakukan selama ini
jauh menyimpang dari landasan yang sebenar. Sedar apa yang dilakukan selama ini
juga telah menyebabkan dia semakin jauh dari tuntutan agama. Tikar sembahyang
sudah lama ditinggalkan. Dia sendiri kurang pasti sama ada dia masih mampu atau
tidak menunaikan tanggungjawab yang satu itu.
“Shaq.., aku harap kau dapat tunaikan janji kau tu. Aku harap sangat,
kau tinggalkan semua yang kau buat selama ni Shaq.” tambah Ikmal perlahan lebih
menenangkan.
Keluhan berat terzahir lagi di bibir Eshaq Hakimi sebaik mendengar
kata-kata pengharapan daripada seorang sahabat baiknya. Lelaki itu sudah
terlalu banyak membantunya selama ini. Segala rahsianya dijaga rapi.
“Shaq, kita singgah mana-mana solat dulu. Dah masuk waktu ni.” lanjut
Ikmal lagi apabila terdengar sayup-sayup suara azan maghrib berkumandang.
Eshaq Hakimi mengilas jam di pergelangan. “Erm.., kau kata nak
keluar makan dengan Suzy kan? Kau call
dia, bagi tahu kita on the way. Kita
jemput dia dulu. Lepas tu, kita terus pergi makan dekat kedai Faiq. Solat dekat
sana.” balasnya lambat diiringi helaan berat.
Agak terusik hatinya apabila Ikmal menyebut tentang solat. Kecewa
dengan diri sendiri kerana tidak mampu untuk melaksanakan tanggungjawab yang
satu itu disebabkan tidak yakin sama ada dapat mengingati setiap bacaan dalam
solat lagi atau pun tidak. Namun jauh di sudut hati, teringin benar dia berteleku
di tikar sejadah seperti mana yang pernah dilakukan dahulu.
Mata mengerling ke arah Ikmal yang sedang melekapkan telefon di tepi
telinga. Sebentar kemudian, Ikmal mula bercakap. Dan saat nama Siti Shafura
meniti bibir sahabatnya itu, laju dia menoleh. “Bagi aku cakap kejap.” ujarnya
tanpa berfikir panjang dan Ikmal yang sedikit terpinga-pinga terus menyerahkan
telefon tersebut.
“Kau siap sekali. Kita orang dah nak sampai.” ucap Eshaq Hakimi
tegas sebelum talian diputuskan.
Ikmal memandang pelik. “Kenapa nak ajak budak tu sekali?” Soalnya
bersama kerutan.
Eshaq Hakimi tidak membalas. Sebaliknya hanya senyuman tepi
dibiaskan. Dia tidak punya alasan yang pasti. Namun, dia senang melihat wajah
lembut Siti Shafura. Terasa tenang hatinya.
................
Suzila menyentuh
tangan Siti Shafura yang terasa dingin di sisinya. Dipandang wajah tenang itu
apabila sentuhannya berbalas. Dia terasa bersalah kerana meninggalkan telefon
di bilik gadis itu tadi. Jika tidak, Siti Shafura tidak perlu terpaksa
menyertai makan malam mereka. Dia tidak menyangka temu janjinya bersama Ikmal
akan disertai oleh abangnya. Dan apabila Eshaq Hakimi bersuara, memang dia
tidak mampu lagi untuk membantah.
“Siti, awak okey ke?” bisiknya tidak mahu didengari Eshaq Hakimi
yang memandu.
Siti Shafura memaniskan senyum bersama anggukan.
“Tak payahlah nak mengumpat.” Suara Eshaq Hakimi memecah kesunyian
menyebabkan Suzila dan Siti Shafura berpandangan seketika.
“Bila masa pulak
mengumpat.” jawab Suzila sedikit geram. Sempat dia menghadiahkan jelingan
apabila mata bertemu dengan mata abangnya di cermin pandang belakang.
Ikmal pula hanya mampu menggeleng melihat dua beradik itu.
“Aku nak belanja makan pun susah. Kalau guard hostel kau tak bagi masuk lambat nanti, biar aku yang jumpa
dia.” Kata Eshaq Hakimi lagi yang sengaja dituju khas buat Siti Shafura apabila
adiknya merungut-rungut apabila dia memaksa Siti Shafura menyertai mereka.
“Abang ni kan..” Siti Shafura segera memberi isyarat kepada Suzila
agar sahabatnya itu tidak meneruskan kata. Tidak mahu ada perbalahan walaupun
sedar kata-kata berbaur sindiran itu dituju khas buatnya. Mata dihalakan
seketika ke cermin pandang belakang apabila perasan mata Eshaq Hakimi sedang
merenungnya. Namun, cepat-cepat dia membuang pandang ke sisi. Getar jantung
yang tidak lagi seirama sejak terpandang akan wajah lelaki itu tadi, sedaya
upaya dikawal sebaiknya. Tidak mahu lelaki itu mengesannya.
“Sempat kita sampai sebelum pukul dua belas. Janganlah risau.” Ikmal
bersuara demi meredakan ketegangan yang ada.
“Entah! Menggelabah!” Tambah Eshaq Hakimi selamba menyebabkan Suzila
tahan hati. Bibir diketap rapat. Manakala Siti Shafura lebih tenang. Sedar akan
hutang yang masih belum berbayar menyebabkan dia terpaksa akur dengan
permintaan lelaki itu.
………………….
“Adik sayang tak
nak keluar ke?” ujar Eshaq Hakimi apabila Ikmal dan Suzila sudah pun keluar
dari kereta. Hanya gadis itu masih seperti teragak-agak untuk keluar.
Siti Shafura menahan kalut
hingga teraba-raba tangannya untuk membuka pintu kereta. Namun Eshaq Hakimi yang
sedia menanti di luar, terus sahaja menarik pintu.
“Abang, apa lagi tu?” Suzila kembali mendapatkan kereta. Dia
menyangka Siti Shafura sudah turut sama menurutinya tadi.
“Adik sayang ni, tak tahu nak bukak
pintu kereta. Abang tolong bukakanlah.” jawab Eshaq Hakimi selamba selepas
menutup semula pintu kereta dan terus mendapatkan Ikmal yang sedia menanti.
Suzila menjeling geram wajah selamba abangnya. “Siti, saya ingat
awak dah keluar tadi. Awak okey ke? Abang saya buat apa tadi?” ujarnya kemudian
sambil menarik lengan sahabatnya untuk beriringan masuk ke restoran sahabat
Ikmal dan abangnya itu.
Siti Shafura melemparkan senyum pahit. “Err.., awak janganlah risau.
Abang tak buat apa pun. Dia tolong bukakan pintu aje.” balasnya serba tidak
kena. Berkali-kali dia beristighfar agar Allah menyabarkan hatinya lagi untuk
menghadapi kerenah Eshaq Hakimi yang sukar dijangka.
“Hey, masing-masing bawak calon isteri ke?” Sapa seorang
lelaki yang sama tinggi dengan Eshaq Hakimi dan Ikmal di kaunter hadapan
bersebelahan dengan pintu gerbang berukir kayu sebaik mereka tiba.
Ikmal dengan Eshaq Hakimi hanya tergelak-gelak. Manakala Suzila
sudah mencebik dan Siti Shafura pula seperti langsung tidak terkesan dengan apa
yang diucapkan oleh lelaki itu. Dekorasi restoran yang mesra alam itu lebih
menarik perhatiannya.
“Banyaklah kau punya calon isteri. Ni ‘adik sayang’ baru aku la..” jawab
Eshaq Hakimi sambil melirik ke wajah tenang Siti Shafura yang langsung tidak
mengambil perhatian dari apa yang diperkatakan oleh mereka. Gadis itu seperti
dalam dunianya sendiri.
“So cute bro.” usik lelaki
itu lagi sambil menepuk bahu Eshaq Hakimi yang hanya tersengih.
“Come, semua dah sedia.
Tinggal makan, lepas tu bayar aje..” sambung lelaki itu lagi mengusik sambil
menunjuk ke arah satu sudut restoren yang memang sudah ditempah oleh Ikmal
seperti mana yang diminta oleh Eshaq Hakimi ketika dalam perjalanan tadi.
Suzila hanya menuruti langkah tiga lelaki di hadapannya itu sambil
menarik lengan Siti Shafura memandangkan dia sendiri sudah mengenali sahabat
abangnya itu. Faiq Faisal merupakan seorang chef muda yang sudah mempunyai
restoren sendiri. Pada waktu siang pula bekerja sebagai ketua chef di salah
sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
“Duduk dulu. Nanti aku suruh budak-budak aku sediakan semua.” kata
Faiq lagi sebelum meninggalkan dua pasangan di hadapannya itu.
“Jom, solat Shaq. Dah dekat pukul lapan ni.” ujar Ikmal sebaik
kelibat Faiq menjauh.
“Kau pergi dulu, aku nak pergi toilet
kejap.” balas Eshaq Hakimi beralasan. Itu sahaja yang mampu difikirkan untuk
menolak pelawaan Ikmal.
“Aku solat dululah.” putus Ikmal terus sebelum berlalu. Dia sedia
faham akan keadaan sahabatnya itu.
“Kau nak mengelat eyh
bang? Kalau papa tahu..” Suzila yang sudah melabuhkan duduk sengaja menduga.
“Kalau papa tahu, kaulah yang cakap.” tingkah Eshaq Hakimi sebelum
beredar. Namun langkahnya terhenti di belakang Siti Shafura yang leka memerhati
ikan kecil berwarna warni di akuarium berhampiran. Datang idea nakalnya mahu
mengusik.
“Adik sayang, tak pernah tengok ikan ke?” Bisiknya sebelum terus
berlalu.
Siti Shafura tersentak. Laju dia menoleh namun hanya belakang tubuh
Eshaq Hakimi sahaja yang kelihatan sebelum menghilang. Hati yang tenang kembali
bergetar. Perasaan halus yang pernah hadir sebelum ini, kembali menyapa
menyebabkan dia segera beristighfar.
“Girls!” Faiq kembali
bersama hidangan yang sudah dipesan dan Siti Shafura hanya memerhati.
“Abang Faiq, ramai orang malam ni..” Suzila berbasa-basi.
“Alhamdulillah..” Faiq tersenyum. “Ikmal dengan Shaq mana?”
“Abang Ikmal solat. Abang Shaq, tu..” Suzila memuncungkan bibir ke
arah Eshaq Hakimi yang kembali.
“Faiq, nasi aku?” tanya Eshaq Hakimi yang terus melabuhkan duduk.
“Ada. Kejap lagi budak aku hantar. Erm.., kalau ada nak order apa-apa lagi, bagi tahu.” balas
Faiq sebelum beredar.
“Siti, awak tak kisah kan semua ni?” Soal Suzila sambil memandang ke
arah sahabatnya yang baru melabuhkan duduk di hadapan Eshaq Hakimi.
“Alhamdulillah..” Siti Shafura melemparkan senyum. Mujur dia
bukanlah seorang yang memilih. Apa sahaja jenis makanan, dia akan makan selagi
makanan itu memang halal untuk dimakan. Tidak akan merungut jika suatu makanan
itu tidak kena dengan seleranya. Ada pelbagai jenis lauk yang terhidang
termasuklah salah satu makanan kegemaran ‘abang angkatnya’ iaitu daging masak
kicap.
“Dah siap pun.” Ikmal tiba serentak bersama seorang gadis yang
membawa sepinggan nasi seperti mana yang diminta oleh Eshaq Hakimi tadi.
Ikmal terus mengangkat tangan untuk membaca doa sebelum
masing-masing mula makan. Namun tidak pada Siti Shafura. Ada persoalan yang
berlegar-legar dalam kepalanya pada permintaan Eshaq Hakimi tadi memadangkan
lelaki itu meminta nasi yang lain. Mata ralit memandang lelaki yang duduk di
hadapannya itu.
“Siti, awak makanlah. Jangan malu-malu.” ujar Suzila mempelawa Siti
Shafura yang masih leka memerhati. Dia tahu sahabatnya itu sedikit kekok dengan
abangnya yang beriak selamba.
“Jangan risau.., ni dari duit halal aku..” sahut Eshaq Hakimi tiba-tiba.
Wajah terkebil-kebil di hadapannya dipandang sekilas.
Siti Shafura sedikit tersentak. Bibir tersenyum kelat sebelum
menundukkan wajah. Perasaan bersalah menyapa dengan perbuatannya sendiri hingga
menyebabkan lelaki itu berkata sedemikian rupa. Perlahan-lahan dia menyuap nasi
ke mulut menggunakan tangan tidak seperti tiga yang lain.
“Sedap ke makan nasi kosong?” Tegur Eshaq Hakimi selamba menyebabkan
kunyahan Siti Shafura terhenti. Wajah ditegakkan seketika sebelum ditundukkan
semula. Kata-kata berbaur sindiran itu terpaksa ditelan kesat.
“Siti, awak janganlah malu-malu.” celah Suzila sambil menyudu masuk lauk
ayam masak merah ke dalam pinggan sahabatnya itu bersama jelingan dihadiahkan
buat abangnya.
“Terima kasih Suzy..” ucap
Siti Shafura perlahan.
“Siti, awak makan aje. Awak tak payah dengar apa yang abang cakap.” pesan
Suzila yang perasan mata abangnya begitu kerap singgah ke wajah gadis itu.
Eshaq Hakimi mencebik. “Eleh.., gurau sikit pun tak boleh.” sahutnya
selamba.
“Alah! Gurau abang sekarang, boleh buat semua orang tercekik tahu
tak?” Tingkah Suzila geram.
Ikmal yang diam sejak tadi hanya mampu menggeleng melihat dua
beradik itu.
“Eleh! Adik sayang abang ni tak kata apa pun..” balas Eshaq Hakimi
tidak mahu mengalah. Saat itu sempat matanya singgah ke wajah lembut Siti
Shafura yang langsung tidak beriak. Dilihat gadis itu sedang leka mengasingkan
biji cili yang terdapat dalam lauk ayam masak merah di dalam pinggan.
Suzila ketap bibir. Geram dengan kata-kata abangnya. “Siti, awak tak
payah layan abang ni. Awak makan aje!” Ujarnya lagi kepada Siti Shafura yang
leka dengan dunianya sendiri. Sedikit pun tidak menghiraukan apa yang mereka perkatakan.
“Siti, awak dengar tak apa saya cakap?” Lanjutnya sambil menyentuh lengan gadis
itu apabila katanya langsung tidak berbalas.
“Er.., awak cakap apa?” Siti Shafura bertanya menyebabkan Ikmal dan
Eshaq Hakimi terus menghamburkan tawa. Gadis itu sedikit terpinga-pinga.
“Siti, awak tak dengar ke apa
yang saya cakap dengan Abang Kimi tadi?” Soal Suzila dengan wajah yang mula
kelat. Malu ditertawakan oleh dua lelaki di hadapannya itu.
“Sorry Suzy…” Siti Shafura
serba salah.
Suzila membungkam. Malas lagi mahu membalas.
“Hai… Wujud lagi orang macam ‘adikku sayang’ ni kan?” ulas Eshaq
Hakimi bersama senyuman nakal terukir seraya memandang wajah di hadapannya yang
mula memerah.
Suzila sekali lagi ketap bibir geram. Selalu dia akan menjadi mangsa
usikan abangnya dan Ikmal. Tetapi kali ini, sahabatnya lebih teruk diusik. ‘Kenapalah
awak baik sangat Siti!’ bebelnya dalam hati. Siti Shafura seperti langsung
tidak terkesan.
“Sudahlah Shaq. Kau ni, tak habis-habis dari tadi nak usik Siti.” sampuk
Ikmal pula yang perasan perubahan riak wajah dua gadis di hadapannya itu. Siti
Shafura lebih-lebih lagi.
Siti Shafura tetap mendiamkan diri. Mata hanya menekur nasi di
pinggan. Tidak berani lagi untuk diangkat. Zikrullah jugalah menjadi peneman
dan menenteramkan hati.
Meja makan sepi dari suara Suzila dan Siti Shafura. Masing-masing
leka menikmati makanan yang terhidang. Cuma Eshaq Hakimi dan Ikmal sahaja yang
berbual entah apa tanpa dua gadis itu fahami.
“Suzy, tolong…” ujar Eshaq Hakimi tiba-tiba sambil menghulurkan
beberapa ekor udang yang masih berkulit. Memang sudah menjadi rutin Suzila akan
membuangkan kulit udang buatnya apabila makan di luar. Tambahan pula masakan
yang berunsurkan udang merupakan salah satu makanan kegemaran adiknya.
“Malas! Buat sendiri!” Jawab Suzila selamba. Sengaja tunjuk protes.
“Ala… Abang dah belanja, tolonglah.., please..” pujuk Eshaq Hakimi yang memang malas mahu membuang kulit
udang itu sendiri. Kebiasaannya, lauk itu hanya akan dipesan jika Suzila ada
makan bersamanya.
“Bro, buanglah sendiri.
Macam takda tangan pulak kau.” celah
Ikmal yang cukup faham dengan tabiat sahabatnya yang satu itu. Kadang-kadang
dia sendiri menjadi mangsa jika lelaki itu teringin makan udang.
“Aku malaslah nak pegang..” Eshaq Hakimi sengaja beralasan sambil
mata terhala ke wajah Siti Shafura yang dari tadi hanya menunduk. Datang idea
nakal mahu mengusik gadis itu. “Erm… Adik sayang, apa kata malam ni adik sayang
yang buatkan untuk abang sayang hm?” tuturnya lalu meletakkan beberapa ekor
udang ke dalam pinggan Siti Shafura yang hampir kosong.
Siti Shafura sedikit tersentak. Sepasang mata bundarnya beradu dengan
mata Eshaq Hakimi yang sedang tersengih sebelum dihalakan ke arah Suzila.
“Mengada betul abang ni! Macamlah tak boleh buat sendiri.” gerutu
Suzila geram kerana sahabatnya itu pula yang menjadi mangsa.
“Habis tu, dah takda orang nak tolong… Adik sayang ni aje yang ada.”
jawab Eshaq Hakimi tanpa rasa bersalah.
“Biarlah Suzy buat.” Suzila terpaksa mengalah. Dia tidak mahu
sahabatnya itu dibuli oleh Eshaq Hakimi sesuka hati.
“Er.., Suzy, takpa.. Saya boleh buat. Saya pun dah habis makan..” celah
Siti Shafura cepat. Dia yakin itu salah satu ‘ganti rugi’ yang harus dibayar
kepada Eshaq Hakimi.
“Okey, good! Macam ni la
nak jadi adik sayang abang..” sahut Eshaq Hakimi dengan sengihan yang semakin
melebar. Dia yakin gadis di hadapannya itu faham akan makna renungannya tadi.
Ikmal sudah menggelengkan kepala beberapa kali melihat perangai Eshaq
Hakimi yang selalunya memang pelik.
“Awak okey ke Siti?” Tanya Suzila serba salah.
“Okey, bukan susah pun.” jawab Siti Shafura ikhlas dengan senyuman
manis terukir. Dia tidak mahu ada perbalahan pula di situ hanya kerana udang.
Tanpa menunggu lama dia terus melakukan seperti yang dikehendaki.
Eshaq Hakimi yang setia menanti dengan pandangan mata tidak lepas
dari wajah Siti Shafura, sedikit terusik apabila melihat senyuman yang terukir
di bibir gadis itu tadi.
“Er.., abang..” panggil Siti Shafura perlahan apabila beberapa ekor
udang yang diletakkan di dalam pinggannya tadi sudah pun dibuang kulit.
“Bro! Kau tak dengar ke
apa?” Tegur Ikmal sambil menyiku lengan Eshaq Hakimi yang tidak berkelip memandang
Siti Shafura.
“Err.., apa?” Eshaq Hakimi sedikit kalut. Mata dialihkan ke wajah
Ikmal.
Suzila sembunyi senyum. Dia perasan apa yang dilakukan oleh abangnya
tadi.
“Abang, dah siap.” Siti Shafura menolak pinggannya tanpa memandang
wajah Eshaq Hakimi. Terasa meremang bulu roma apabila menerima renungan lelaki
itu tadi hingga tidak tentu hala irama jantungnya.
“Terima kasih, adikku sayang.” Eshaq Hakimi sedaya upaya beriak selamba
bagi menyembunyikan ketidakseimbangan hati yang mula berbisik entah apa-apa. Ada
debar halus yang mula menyapa dada. ‘Shaq, henti-hentikanlah…’ Satu suara
bergema dalam hatinya sendiri.
Siti Shafura hanya membalas dengan senyuman nipis. Serba tidak kena
jadinya apabila berhadapan dengan Eshaq Hakimi begitu.
Suzila pula sudah melemparkan senyuman mengejek. Begitu mudah dia
mengesan riak serba tidak kena pada wajah abangnya itu.
4 comments:
Yes arsha suka watak mereka berempat rasa harnoni aje.usik2 bawa bahagia
Hd : wahhhh ada Faiq .... Awra x de ... hihihihi
suka sesangat bila shaq asyik usik siti....more n3 please....
Yippi ada juga hari ini cepat2lah sambung SUka mereka ber4 sewit gitu
Post a Comment