Nov 3, 2013

Dambaan bahagia_ bab 5

Assalamualaikum :) ~ sumbangan bernas akan tajuk2 yang sesuai daripada anda sekalian amat digalakkan. terima kasih !

.........
No tajuk 5

“Puas hati kau sekarang ni? Tunggu apa lagi? Jomlah kita nikah. Aku tak sabar sangat nak nikah dengan kau!” Lancang Fathiyah menyindir sebaik Amirudin menghampirinya di buaian tepi rumah.

Sengaja dia mengasingkan diri dari ahli keluarga yang lain sejak tadi. Tidak mampu melihat wajah-wajah kecewa orang yang disayangi dengan apa yang telah berlaku. Ibunya lebih-lebih lagi.

“Tiya.. Aku..”

Fathiyah merengus. “Apa sebenarnya tujuan kau Shah? Apa lagi yang kau tak puas hati dengan aku?” Tajam matanya menikam ke wajah Amirudin yang jelas kusut.

“Tiya, kau ingat aku mintak ke semua ni jadi? Aku tak sangka ada jiran-jiran yang nampak aku masuk rumah.” Amirudin cuba menjelaskan keadaan yang sebenar.

“Masalahnya sekarang ni, bukan salah jiran-jiran tu. Kau tu yang bermasalah! Apasal kau datang? Kau tahukan Angah takda? Kau tu yang cari penyakit! Kau kalau terdesak sangat, pergilah cari perempuan lain! Bukan aku!” Lantang Fathiyah menghamburkan kemarahannya.

Amirudin melepaskan keluhan amat berat. Hati yang terguris mendengar tuduhan yang dilemparkan terpaksa ditahan. Sedar apa yang berlaku berpunca darinya. “Tiya.. Aku mintak maaf..” Itu sahaja yang mampu diluahkan saat itu kerana yakin segala penjelasannya tidak akan diterima.

Fathiyah menarik senyum sinis. “Mintak maaf.. Tu ajelah yang kau tahu. Kau ingat dengan mintak maaf kau, boleh betulkan balik apa yang jadi ni ke? Memang taklah! Tak laku kata maaf kau tu..” Sekali lagi dia menyindir.

Kemarahan yang begitu membuak di hatinya cuba ditahan memandangkan keluarga lelaki itu masih bersama keluarganya di dalam rumah. Mujur ada Ridhuan. Lelaki yang sudah dianggap seperti ayahnya sendiri itu telah membantu untuk menguruskan segala-galanya tadi.

“Tiya.. Kalau aku ada kuasa ubah semua benda ni, dah lama aku buat Tiya..” Perlahan Amirudin menuturkannya seperti seorang pesalah.

Sekali lagi Fathiyah mengoyak senyum sinis. “Patutlah kau selalu kena repeat paper. Benda baik dengan benda buruk pun kau tak pandai nak beza. Kesian!”

“Tiya!” Amirudin terasa setiap patah kata yang meniti bibir gadis itu sedang menghiris halus hatinya. Sakit!

“Kenapa? Tak betul apa aku cakap? Kau sedar tak apa yang kau buat ni dah menyusahkan semua orang? Paling aku geram sebab kau dah susahkan aku dengan keluarga aku! Kau memang suka tengok ibu dengan ummi menangis sebab kita kan? Tu yang kau nak? Hah Shah?!” Luah Fathiyah yang kini cuba tahan air matanya dari gugur. Entah kenapa baru saat itu air matanya mahu menunjukkan diri. Tidak di saat dia ditangkap berkhalwat malam tadi.

“Berapa kali aku nak cakap dengan kau? Aku tak mintak semua ni jadilah Tiya!” Tingkah Amirudin dalam nada yang mula meninggi. Dadanya sedikit berombak menahan marah yang mula berputik. Kata-kata gadis itu begitu mencabar kesabarannya.

Hey Shah! Benda ni semua takkan jadi kalau kau boleh bezakan mana baik mana buruklah! Kau letak dekat mana otak kau?! Ha?! Kau masuk bilik aku! Apa semua tu?!” Fathiyah mula tidak mampu mengawal kemarahan yang terbuku. Mengalir juga air matanya yang sejak tadi ditahan.

Amirudin terdiam. Hanya bibirnya sahaja yang mampu diketap rapat. Cuba menahan rasa hati saat itu.

“Agaknya kau memang ada niat buruk dengan aku kan.. Entah apa yang kau dah tengok masa aku tengah tidur.. Agaknya kalau orang pejabat agama tak datang, mesti kau dah..”

“Tiya!” Laju Amirudin mencelah. Tidak sanggup mendengar tuduhan yang tidak pernah terdetik di hatinya. Dia masih waras. Kedatangannya malam tadi hanya mahu memastikan gadis itu dalam keadaan baik. Tidak lebih dari itu.

“Aku benci dengan kau Shah.. Sampai bila-bila aku benci kau..” Lirih Fathiyah menuturkannya dengan air mata yang semakin laju menuruni pipi. Hatinya benar-benar sakit dengan apa yang berlaku.

“Tiya.. Aku..” Amirudin cuba menyentuh bahu gadis yang sedang menangis itu.

“Jangan peganglah! Kau nak kita kena tuduh lagi ke!” Jerkah Fathiyah meninggi. Terus sahaja dia bingkas dari buaian itu untuk masuk ke dalam rumah.

“Kenapa lagi ni?” Muncul Ridhuan di muka pintu membuatkan langkah Fathiyah terhenti. Wajah lelaki yang cukup dihormati itu dipandang sayu.

“Abah.. Abah tolonglah cakap dengan anak abah ni.. Tiya tak boleh lagi tengok muka dia.. Hati Tiya sakit sangat bah..” Luah Fathiyah tanpa segan. Tidak mampu dia sembunyikan apa yang disimpan selama ini.

“Shah.. Apa lagi yang dah kamu buat ni..” Lembut Ridhuan menuturkannya. Wajah kusut anak kesayangannya dipandang.

Amirudin menghela nafas panjang. Wajahnya diraup beberapa kali untuk menenteramkan hati sendiri. Tidak mampu dia menjawab.

“Abah dengan abang-abang kamu dah setuju nak kamu berdua selesaikan kes ni di luar mahkamah. Tak payah turun naik mahkamah banyak kali.” Ujar Ridhuan akan tujuannya ke situ tadi. Kata sepakat sudah dicapai. Hanya dengan cara itu sahaja segala-galanya dapat diselesaikan dengan lebih cepat.

Fathiyah tergamam, Amirudin terpempan.

“Er.. Apa abah cakap ni? Abah nak Tiya mengaku berkhalwat?” Bergetar bibir Fathiyah mengucapkannya.

“Tiya.. Abah tahu Tiya dengan Shah tak buat apa-apa. Tapi ni semua untuk kebaikan Tiya, masa depan Shah, maruah keluarga kita.. Abah tak nak, dari orang tak tahu, jadi tahu bila kes ni jadi panjang..” Tenang Ridhuan menerangkan. “Pasal duit denda tu, nanti abah uruskan semua.” Lanjutnya lagi.

“Apa ni bah?” Fathiyah tidak menyangka keputusan itu yang diambil oleh semua ahli keluarganya.

“Along rasa tu yang terbaik. Ibu pun dah setuju.” Muncul pula Amri di situ. Berdiri di sebelah Ridhuan.

“Along..” Fathiyah terasa tidak mampu lagu membendung air matanya yang semakin laju menuruni pipi. Kecewa dengan apa yang diucapkan oleh abang sulungnya. Dia menoleh ke arah Amirudin yang mendiamkan diri. Bibir diketap rapat sebelum dia menghampiri lelaki itu.

“Puas hati kau sekarang kan..” Cukup perlahan dia menuturkannya buat pendengaran Amirudin yang menunduk. “Sampai mati aku benci kau Shah..” Lanjutnya sebelum terus berlalu. Dirempuh tubuh Amri yang menghalang laluan di muka pintu.

“Tiya!” Amri memanggil.

“Sudahlah tu Am.. Biar dia cool down dulu..” Ridhuan menyentuh bahu anak muda di sisinya itu. “Shah..” Wajah ditalakan ke wajah satu-satunya anak lelaki yang dia ada pula.

“Shah ni memang suka menyusahkan semua orang kan bah..” Tutur Amirudin dengan senyuman tawar. Terasa kebodohan diri dengan apa yang telah dilakukan.

Hampir serentak Ridhuan dan Amri pula melepaskan keluhan panjang. Tidak tahu apa yang harus diucapkan lagi untuk meredakan keadaan yang sememangnya tegang itu.

******
“Tiya nak pergi mana dengan beg banyak ni?” Soal Amir apabila melihat gadis itu menolak dua buah beg besar keluar dari bilik.

“Tiya tak nak duduk dengan Angah lagi. Tiya nak duduk hostel. Hostel pun dah bayar. Membazir aje kalau tak duduk..” Jawab gadis itu tidak bernada.

“Kenapa pulak?” Amir tidak senang dengan keputusan yang dibuat oleh adik bongsunya itu.

Tanpa menjawab, Fathiyah kembali semula ke dalam bilik. Masih banyak lagi barang yang ingin dibawa.

“Kan lagi baik Tiya duduk dengan Angah..” Zainab pula mencelah sebaik gadis itu kembali muncul.

“Tiya serik duduk dengan Angah. Nanti entah siapa lagi yang masuk rumah. Tak pasal-pasal Tiya kena mengaku berkhalwat lagi.” Penuh makna Fathiyah menjawab sebaik dia kembali dengan sebuah beg pakaian lain. Teringat akan seraut wajah itu membuatkan dia mahu menangis.

Zainab dan Amir sudah berpandangan antara satu sama lain. Tahu yang gadis itu sedang berjauh hati dengan mereka sekeluarga kerana keputusan yang telah dibuat. Selepas keluarga Amirudin pulang, baru bayang gadis itu kelihatan semula. Jika tidak, hanya berkurung di dalam bilik.

“Siapa pulak yang nak pindah ni?” Muncul Amri dari dalam bilik. Dia memandang wajah Amir dan ibunya yang duduk di ruang tamu.

“Tu..” Amir menunjuk ke arah Fathiyah yang sudah berulang-alik ke bilik untuk mengeluarkan segala jenis barang yang ingin dibawa ke hostel.

“Tiya..” Amri cuba menegur. Dia tahu Fathiyah kini merajuk dengannya. Gadis itu tidak bersetuju dengan keputusan yang telah dibuat.

Fathiyah mendiamkan diri. Sengaja dia buat tidak endah akan kewujudan abang sulungnya itu. Hati yang terluka masih lagi tidak terubat. Selamba sahaja dia beredar ke dalam bilik semula untuk mengambil barang lain pula.

“Sudahlah bang.. Dia tengah marah tu..” Ujar Amir lebih tenang.

“Ibu..” Amri melabuhkan duduk di sisi Zainab yang berwajah muram sejak siang tadi.

“Banyaknya barang yang Tiya nak bawak.. Macam dia tak balik sini lagi..” Luah Zainab perlahan akan kerunsingan hatinya apabila melihat barang-barang yang sudah berlonggok di tepi pintu utama.

Amir dan Amri memandang ke arah yang sama. Masing-masing berpandangan seketika.

“Takdalah bu.. Hari tu dekat rumah Angah, dia bawak sikit aje barang dia.” Amir cuba menenangkan walaupun sebenarnya dia perasan akan hal tersebut. Terlalu banyak barang yang ingin dibawa oleh adik bongsunya itu.

“Tiya, kita balik esoklah. Abang penatlah drive hari ni.” Dia cuba mencipta alasan walaupun sememangnya keletihan masih terasa kerana terpaksa bergegas pulang dari Ipoh siang tadi selepas dimaklumkan apa yang berlaku.

“Siapa kata Tiya nak balik dengan Angah. Tiya nak bawak kereta ayah.” Selamba Fathiyah menjawab sambil meletakkan sangkar Gojes yang ingin dibawa bersama. Selama dia tinggal di rumah Amir, haiwan peliharaannya langsung tidak berjaga.

“Jangan nak mengada-adalah Tiya. Along tak izinkan. Nanti entah ke mana-mana Tiya pergi. Bukan boleh percaya sangat Tiya tu.” Sahut Amri sedikit tegas.

Fathiyah yang sedang memasukkan sebungkus habuk kayu ke dalam sebuah beg kertas terus terhenti. Wajah abang sulungnya dipandang tajam. Bibir mengoyak senyum sinis. “Dari dulu Along memang tak pernah percayakan Tiya kan..” Tuturnya dengan sebak yang mula mengusik hati.

“Memang pun.. Kau ingat aku tak tahu apa yang kau buat dekat luar tu.” Sahut Amri tidak mahu mengalah.

“Am..” Zainab terpaksa mencelah tidak mahu ada pertelingkahan yang berlaku di antara anak-anaknya.

Fathiyah ketap bibir. Terguris lagi hatinya. “Tak bagi takpa. Tapi Tiya nak balik malam ni jugak.” Dia juga bertegas sambil memandang ke wajah Amir.

“Ala.. Kita balik esok eh? Pagi-pagi esok kita balik. Kelas Tiya pun petang kan?” Amir cuba memujuk. Dia cukup faham akan makna pandangan mata adiknya itu.

“Kalau abang nak balik esok, abang balik sendiri. Tiya balik dengan kawan Tiya.” Putus Fathiyah geram. Laju dia melangkah ke dalam bilik untuk menghubungi rakan-rakan yang mempunyai kereta.

“Tiya! Okey-okey kita balik malam ni.” Ujar Amir cepat terpaksa mengalah. Dia tidak mahu menambah ketegangan yang ada.

Zainab hanya mampu melepaskan nafas berat melihat kedegilan anak bongsunya.

*******
“Shah..” Aznah menyentuh lembut bahu anak lelakinya itu.

Sejak pulang dari rumah sahabat lamanya, anaknya itu lebih banyak mengasingkan diri. Sememangnya apa yang berlaku telah memberi kesan yang cukup mendalam. Bukan sahaja maruah keluarganya tercalar, masa depan anaknya itu juga turut terjejas. Baru sebentar tadi pihak pengurusan pasukan hoki anaknya itu pulang. Entah apa yang dibualkan, tidak dapat dipastikan.

“Ummi..” Amirudin memberi ruang agar umminya melabuhkan duduk di kerusi panjang tepi kolam itu. Senyum nipis dilemparkan.

“Surat apa tu?” Soal Aznah apabila terpandang akan surat yang dipegang.

“Surat cuti ummi..” Cukup tenang Amirudin menjawab. Pandangan matanya dilemparkan ke arah kolam ikan yang dihiasi air terjun buatan rekaan abahnya sendiri.

“Shah..” Aznah menyentuh lembut jemari Amirudin sebelum dibawa ke ribanya.

Amirudin menoleh. “Lepas ni bolehlah Shah fokus dengan study..” Ujarnya cukup tenang. Cuba menyembunyikan kesedihan hatinya yang sebenar. Dia baru sahaja menerima surat daripada pihak pengurusan pasukan hokinya dan dia diarahkan berehat buat beberapa ketika dari menyertai sebarang perlawanan dalam tempoh terdekat itu.

“Shah tak kisah kalau tak main hoki?” Aznah sengaja menduga.

Amirudin senyum lagi. “Takpalah ummi.. Takda rezeki Shah nak main buat sementara waktu ni.. Allah dah tetapkan yang terbaik untuk Shah.. Mesti ada hikmahnya kan? And now, Shah bolehlah attend kelas selalu. Shah tak nak repeat lagi.” Dia tetap juga cuba menceriakan hati.

Aznah tarik senyum tawar. Terasa hangat pelupuk matanya saat itu.

“Ummi.. Janganlah nangis.. Shah takda apa-apalah.. Memang semua salah Shah.. Shah akan tanggung semuanya ummi..” Amirudin meraih bahu umminya. Tidak sanggup dia melihat ada air mata menghiasi wajah wanita yang cukup disayangi itu.

Aznah menyeka air matanya yang mula menuruni pipi. Tidak mampu dia menahan sebak yang terasa.

“Ummi.. Shah mintak maaf ya ummi.. Shah dah malukan keluarga kita. Malukan abah.. Shah ni selalu susahkan ummi dengan abah.. Susahkan semua orang..” Sedikit bergetar suaranya menuturkan. Sedar kesalahan yang dilakukan bukannya kecil. Dan kali ini hingga melibatkan ramai pihak. Salah percaturan, masa depannya mungkin sahaja gelap. Mujur sahaja dia tidak dikenakan tindakan berat kerana adanya Anuar bersama. Cukup dia sahaja yang dikenakan tindakan tanpa melibatkan sahabatnya itu.

“Jangan cakap macam tu Shah.. Ummi dengan abah tak pernah salahkan Shah.. Shah pun tak mintak semua ni jadi kan? Ummi faham Shah cuma nak pastikan Tiya selamat. Cuma nasib Shah tak berapa baik semalam. Ummi tahu Shah takkan buat benda-benda yang akan memalukan keluarga kita.” Tutur Aznah memberi keyakinan.

“Tapi Tiya..” Amirudin terasa air matanya mahu gugur menyebut sebaris nama itu. Sedar hati gadis yang dicintai itu kian terluka dengan perbuatannya. Ibarat dia menabur garam pada luka yang masih berdarah.

Pasal Tiya, ummi nak Shah banyak bersabar. Mana-mana perempuan pun akan marah dengan apa yang jadi sekarang ni.. Nanti ummi cuba pujuk dia.” Aznah memberi harapan.

Amirudin tarik senyum tepi. “Tiya sekarang bukan macam Tiya yang dulu ummi.. Tiya takkan maafkan Shah sampai bila-bila. Dah banyak kali Shah sakitkan hati dia. Bukan kesalahan kecik yang Shah dah buat.. Mana-mana perempuan pun takkan maafkan Shah..” Balas Amirudin sambil menyeka air jernih yang mula menuruni pipinya.

“Siapa kata?”

Muncul Aqilah bersama Azrina datang menghampiri. Cepat-cepat Amirudin menyapu wajahnya.

Relaxlah bro.. Kita orang tak marah pun.. Kita orang pun perempuan apa..” Ujar Azrina yang sudah berdiri di belakang Amirudin sambil mengurut-urut bahu adiknya itu.

“Betul.. Along tak marah pun apa yang Shah buat. Shah tak buat apa-apa pun dengan Tiya kan? Lainlah kalau Shah ada buat apa-apa dengan dia. Kalau Shah buat, memang akak benam Shah dalam kolam ikan ni. Kan ummi..” Sambung Aqilah pula yang mengambil tempat di sisi kiri lelaki itu.

Aznah menarik senyum nipis. Begitu juga dengan Amirudin. Terharu akan sokongan yang diberi oleh kedua-dua orang kakaknya itu.

“Angah tahu.. Kalau adik Angah ni bijak sikit lagi, Angah rasa benda ni tak jadi. Harapan Tiya jadi adik ipar Angah mungkin lagi besar..” Azrina sengaja mengusik.

“Mana ada perempuan nak lelaki tak tahu asal usul keturunan macam Shah ni.. Bukan dari keturunan yang baik-baik..” Amirudin merendah diri apabila teringat akan status dirinya selama ini.

“Shah ni kan!” Aqilah sudah menepuk peha adik ketiganya itu.

“Angah dengar Shah cakap lagi macam tu depan ummi, Angah sendiri yang benam Shah dalam kolam tu.” Tambah Azrina pula sedikit geram sambil menggosok rambut Amirudin hingga kusut.

“Shah..” Sedikit lirih nada suara Aznah. Hatinya terasa sakit setiap kali ayat itu meniti bibir anak lelakinya.

“Tapi memang betul pun macam tu kan ummi..” Amirudin masih mahu melanjutkan bicara. Rasa sakit, rasa kecewa yang ada dalam hatinya hampir selama dua tahun itu terpaksa dipendam. Dia perlu bersyukur dengan apa yang dimiliki hari ini. Dia perlu menghargai orang-orang yang telah banyak berkorban demi hidupnya selama ini.

Aznah menggeleng perlahan dengan genangan air mata.

“Shah.. Please lah! Elok-elok Angah dengan Along tak marah, sekarang terus nak marah tahu tak!” Azrina menepuk beberapa kali bahu adik lelakinya itu.

“Ummi.. Jomlah kita masuk! Tinggalkan dia sorang dekat sini mi! Penatlah cakap dengan orang yang tak faham ni.” Aqilah bersuara tegas sebelum bingkas. Tangan umminya terus ditarik agar bingkas sama.

“Shah memang dah tak sayang ummi ke? Tak cukup ke Shah, apa yang ummi dengan abah buat untuk Shah selama ni? Kenapa mesti Shah cakap lagi hal tu..” Tutur Aznah bernada kecewa.

“Tapi Shah kena terima semua tu ummi..” Lemah Amirudin menjawab.

Aznah menggeleng lagi. “Apa yang Shah cakap ni, lagi buat ummi sedih dari apa yang Shah buat semalam..” Lanjutnya sebelum bingkas. Sungguh hati tuanya tersentuh dengan apa yang diungkitkan.

“Jomlah ummi kita masuk.. Jiwa dia tengah kacau tu, memang suka cakap benda yang merepek.” Tambah Aqilah sambil memimpin Aznah masuk ke dalam rumah. Meninggalkan Azrina dan Amirudin di situ.

Azrina pula terus mengambil tempat umminya tadi. Wajah adik lelakinya itu dipandang tajam. “Kenapa Shah jadi macam ni? Kenapa Shah ungkit lagi hal yang dah lepas? Berapa kali lagi ummi, Kaklong dengan Angah nak ulang? Bahagian mana lagi yang Shah tak faham? Cuba Shah cakap dengan Angah.” Dia bersuara tegas sebaik kelibat ummi dan kakaknya hilang.

“Shah ni dah banyak susahkan semua orang Angah..” Jawab Amirudin bersama keluhan.

So what? Shah nak pergi cari mak Shah yang entah hidup entah mati tu? Kalau Shah jumpa Shah nak buat apa? Shah nak duduk dengan dia? Shah nak tinggalkan keluarga kita? Tu yang Shah nak?” Lantang dia menghamburkan rasa tidak puas hatinya.

“Angah tak faham apa yang Shah rasa..” Lambat Amirudin membalas. Hatinya terusik dengan setiap patah kata kakak keduanya itu. Antara Azrina dan Aqilah, memang kakak keduanya itu lebih tegas berbanding kakak sulungnya.

“Memang Angah tak faham! Tapi boleh tak Shah tak payah lagi fikir pasal tu? Sekarang ni takda siapa pun tahu siapa mak ayah Shah tahu tak? Dah lamalah Shah.. Shah pun dah jadi anak ibu dengan abah. Apa lagi? Apa lagi yang Shah nak cari? Tak cukup dengan apa yang Shah ada sekarang ni?” Hambur Azrina lagi.

Amirudin meraup wajahnya beberapa kali diiringi helaan panjang. Wajah tegang Azrina dipandang sekilas sebelum pandangan matanya dibuang ke arah ikan hiasan yang bebas berenang. Air hangat yang kembali bertakung di hujung mata diseka perlahan. “Shah ni anak terbuang Angah.. Bukan aje terbuang, mak ayah Shah buat Shah ni tak layak hidup dekat dunia ni.. Shah susah nak terima tu semua Angah..” Lirih dia meluahkan rasa yang dipendam sendiri sebelum ini. “Tapi Shah sedar.. Allah lagi sayangkan Shah.. Sebab tu dia hantar ummi untuk Shah.. Bukan aje ummi.. Shah ada abah, Kaklong, Angah.. Awin.. Semua orang sayang Shah..” Amirudin menyentuh tangan adik-beradik susuannya itu.

Azrina mula menahan sebak. Genggaman tangan adiknya itu dibalas. “Habis tu, kenapa Shah sebut lagi hal ni.. Shah kesiankanlah ummi dengan abah.. Please Shah.. Angah rayu sangat dengan Shah.. Tolong lupakan hal ni.. Angah tak nak dengar lagi..” Sayu dia menuturkannya.

“Angah..” Amirudin terus meraih tubuh kurus Azrina dalam pelukan. “Thank you so much Angah..” Bergetar suara Amirudin meluahkan.

Promise?” Azrina meleraikan pelukan. Air mata yang mengalir di wajah lelaki itu diseka lembut.

Amirudin mengangguk peralahan. Cuba berpegang pada janjinya.

“Kalau Angah dengar lagi Shah sebut hal ni, Angah tak nak lagi cakap dengan Shah. Jangan haraplah Angah nak back up Shah lagi lepas ni kalau ada apa-apa jadi.” Azrina cuba mengugut pula dengan harapan Amirudin tidak lagi mengungkit akan hal itu. Seluruh ahli keluarganya akan menahan pilu setiap kali membincangkan hal tersebut.

Amirudin hanya mampu menarik senyum demi tidak mahu menghampakan. Apa yang pasti, ada desakan hati yang terpaksa dipendam demi menjaga hati-hati orang tersayang.



16 comments:

kak na said...

suka citer ni tp tak tau nk bg tajuk

Ehem said...

Thanks kakna :)

MaY_LiN said...

sad.. :(
kisah kau & aku

Ehem said...

Alaa... Maylin tajuk tu dah ada org guna... Huu..

Btw thanks sbb sudi sumbang tajuk :)

MaY_LiN said...

sumbang seh

Ehem said...

Hahaha MENYUMBANGKAN tajuk :P

MaY_LiN said...

sumbang mambang

Unknown said...

Rahsia Luka Semalam...heee Dewi pon terikut plak sumbang tajuk....best ler cite ni....

Ehem said...

Heeee thanks dewi. Nnt sye msukkan tjuk tu dlm list saya.. :)

Anonymous said...

Kisah Kasih Kita pun ok kak arsha

>><<

Kak Sue said...

Shah cublah berterus terang dengan Tiya apa yang berlaku dalam tempoh 2 tahun yang lalu kenapa pertalian itu terpaksa di putuskan... Insahallah Tiya akan faham ... dari shah pendam seorang....
sedih sangatttt... sambunggg

Ehem said...

Thanks anonymous :)

Kaksue> thanks kak sue :)

Anonymous said...

macam mane kalau dgn fobia dgn kamu atau fobia cintamu.. Fobia cinta..
Mastura marof

Ehem said...

Fobia cinta dah ada org google. Anw thanks mastura sebab sudi bagi tajuk. Nanti sye masukkan dalam senarai n sye plih. :)

ayu salina said...

Dalam sedih ada cerianya, namun hati shah masih x tenang ngan apa yg baru berlaku. Harap shah bersabar ngan segala dugaan, in shaa Allah kebahagiaan dan kegembiraan menjadi miliknya jua. Huhuhu

Tengkubutang said...

Haiiiii..Cakkk!!
done follow sini no.317
sudilah kiranya follow me back yea..
he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

http://tengkubutang.blogspot.com/

dan my 2nd blog
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/