Siapa-siapa yang sudi menyuarakan tajuk, silakan... :)
Hope boleh hadam.. :)
.......
bab 1
“Tiya!” Kuat Zainab menjerit
memanggil anak bongsunya dari ruang dapur.
“Bu, pagi-pagi lagi dah test vokal.” Muncul Amir di ruang itu.
“Kamu tengok tu? Siapa punya
kerja tu? Nasib ibu kamu ni takde sakit jantung. Kalau tak, dah lama agaknya..”
Jawab Zainab sambil mengurut dadanya yang sedikit berombak.
Amir melepaskan tawa kecil selepas
memandang ke arah yang dimaksudkan oleh ibunya itu.
“Kamu pergi kejutkan dia. Suruh
dia turunkan Gina tu. Siapa punya kerja kalau tak dia..” Arah Zainab sebelum menuang
air suam ke dalam gelas.
“Alah ibu ni. Macamlah tak kenal
Gina. Gina bukan usik ibu pun. Mesti Gina tidur tu.” Balas Amir senang seraya
melabuhkan duduk di kerusi meja makan. Aroma nasi lemak menerobos ke rongga
hidung sebaik penutup makanan dibuka.
“Kalau
Si Gina tu jatuh dalam kuali ibu ni tadi macam mana? Kamu nak makan dia?” Lawan
Zainab yang masih tidak hilang lagi rasa geram di hatinya. “Tiya!” Laungnya
lagi tanpa mempedulikan anak nombor duanya yang mula makan itu. “Budak ni
memang suka buat darah ibu naik tau!” Omel Zainab sebelum keluar dari ruang
dapur. Langkah terus diatur ke kamar anak bongsunya. Daun pintu yang bertutup
rapat diketuk sekuat hati.
“Tiya!
Bangun Tiya!” Pekiknya berselang-seli dengan ketukan di pintu. “Pukul berapa
dia balik malam tadi Angah?” Lanjutnya dari depan pintu bilik Fathiyah.
“Entah.
Angah tidur awal malam tadi bu.” Jawab Amir yang hanya menggelengkan kepala
melihat ibunya tidak henti mengetuk pintu bilik adik bongsunya. Bukan dia tidak
tahu adiknya itu memang sukar dikejutkan jika sudah tidur lewat.
“Budak
ni kan.. Tiya! Bangun! Kalau Tiya tak bangun, ibu masak Gina tu buat sup hari
ni!” Panggil Zainab lagi tidak henti.
Amir
yang sedang makan, mengekek gelak mendengar ugutan ibunya.
“Ish!
Siap. Tiya ni memang nak mandi atas katil ni.” Gerutu Zainab sebelum kembali
semula ke ruang dapur. Tangannya terus mencapai mangkuk plastik selebar tapak
tangan dan diisikan dengan air paip.
“Tiya!
Baik kau bangun! Kejap lagi mandilah kau atas katil tu..” Amir pula melaung
dari meja makan memandangkan bilik adiknya yang paling hampir dengan ruang
dapur itu. Dia cukup faham dengan apa yang akan dilakukan oleh ibunya sebentar
nanti.
“Tiya..
Ibu kira sampai tiga. Kalau Tiya tak bangun, ibu bukak kunci ni nanti, Tiya mandi atas katil.” Ugut Zainab yang
sudah bersedia dengan segugus kunci di tangan.
“Satu..
Dua.. Ti..” Pintu bilik terbuka. Wajah kusut Fathiyah muncul di muka pintu.
“Ibu
ni.. Sikit-sikit nak ugut. Kenapa kejutkan Tiya pagi-pagi ni..” Rungut gadis
genit itu sambil menekup mulut. Cuba menahan kuap. Kelopak matanya terasa berat
benar untuk diangkat menyebabkan bayang ibunya hanya samar-samar.
“Sini..
Pergi turunkan Gina tu. Kalau tak, ibu masakkan Tiya sup Gina tengah hari ni.” Zainab
terus menarik tangan anak bongsunya hingga ke ruang dapur. “Turunkan sekarang!”
Arahnya tegas sambil menunjuk ke penjuru petak siling yang terbuka.
“Alah ibu
ni.. Gina bukan usik ibu pun. Tu mesti dia tengah tidur. Tak payahlah kacau
dia.. Nanti dia bangun, tahulah dia tarik balik ekor dia tu..” Selamba Fathiyah
menjawab sambil menggonyoh matanya yang terasa pedih apabila cahaya matahari
yang menerobos masuk dari pintu dapur yang terbuka.
“Takda-takda.
Ibu tak kira. Turunkan dia sekarang!” Zainab tetap bertegas.
“Alah..
Tengah hari nantilah.. Bagi Tiya tidur kejap dulu..” Jawab Fathiyah malas sebelum
kembali mengorak langkah. Berkira-kira mahu meninggalkan ruang dapur itu untuk
menyambung semula tidurnya yang terganggu.
“Jangan
nak mengada-ngada. Turunkan Si Gina tu dulu!” Halang Zainab sambil menarik
lengan anak gadisnya yang seorang itu dari kembali semula ke bilik.
“Ibu,
biarlah Tiya tidur. Lepas makan ni nanti Angah turunkan Gina tu.” Sahut Amir
yang tidak sampai hati melihat adik bongsunya yang benar-benar mengantuk.
“Cayaalah Angah. Ni sayang Angah lebih
ni. Nanti Tiya mandikan Toby Angah tu sebulan. Okey bye!” Sahut Fathiyah laju seraya menghadiahkan kucupan sekilas ke
pipi abang keduanya itu. Kemudian cepat-cepat dia mengatur langkah ke bilik tidurnya
semula.
“Ee…
Ada air liur basi, kiss orang.”
Gerutu Amir sambil mengelap pipinya cepat.
Toby
yang dimaksudkan adalah kura-kura kecil warna jingga dari spesies Indian Star
yang sudah dipelihara sejak dua tahun lalu.
Zainab
saat itu pula sudah bercekak pinggang. Kelibat anak bongsunya yang menghilang
ke dalam bilik dipandang geram. “Sorang
Toby, sorang Gina. Belum lagi dengan
Si Mary dengan Si Alex tu.” Gerutu Zainab sebelum kembali menyambung kerjanya
yang tergendala.
Hampir
gugur jantungnya tadi apabila sedang leka dia mengupas kulit bawang, terjuntai
ekor ular sawa milik anak bongsunya itu dengan tiba-tiba.
Amir
yang masih berada di ruang makan itu kembali mengekek gelak mendengar bebelan
ibunya. “Boleh jadi zoo rumah kita kan bu.” Ujarnya kemudian sengaja mahu
mengusik.
“Banyaklah
kamu punya zoo.” Balas Zainab sambil menjeling sekilas ke wajah anak keduanya
itu. “Erm.. Kamu jadi cuti Isnin ni?” Lanjutnya sebelum mencuci tangan. Anak
keduanya itu hanya pulang ke rumah pada hujung minggu sahaja.
“Jadi
bu. Kan Angah dah janji nak uruskan pasal
Tiya tu.” Jawab Amir yang kembali menyambung makan.
“Selagi
dia tak sambung belajar, tak senang hati ibu ni tau. Ke sana ke mari sesuka
hati dia aje. Balik lewat-lewat malam. Risau hati ibu ni.” Luah Zainab akan
perasaan risau yang dirasai sejak anak bongsunya tamat pengajian di peringkat
ijazah dua tahun lalu.
“Jangan
risau sangat bu. Nanti dia dah sambung belajar, Angah boleh tengokkan dia.”
Balas Amir menenangkan. Sejak ayahnya meninggal dunia, tanggungjawab menjaga
dan memastikan keselamatan adiknya tergalas di bahunya dan abang sulungnya.
“Macam
mana ibu tak risau Angah. Kamu tengoklah dia. Marah sikit nanti, merajuk
panjanglah dia. Tapi bukan nak dengar kata. Tambah-tambah susah hati ibu ni.”
Tambah Zainab lagi.
“Dia
tengah ligat bu.. Nanti dah lepas sambung belajar, tahulah dia macam mana.
Nanti Angah tengok-tengokkan dia. Ibu janganlah risau. Lagipun nanti, ada orang
yang dah sedia nak tengokkan dia masa dalam kampus nanti.” Jawab Amir berserta
senyuman penuh makna terukir di bibirnya.
“Siapa?”
Zainab mula berkerut dahi.
Amir
angkat dua kali kedua-dua keningnya bersama senyuman yang semakin dilebarkan.
“Ada
cerita best ke?” Muncul Amri di ruang
makan itu sebelum terus melabuhkan duduk di kepala meja.
“Ni ibu
tengah bincang pasal adik bertuah
kamu tu la..” Sahut Zainab sambil menyendukkan nasi lemak ke dalam pinggan
kosong sebelum dihulurkan kepada anak sulungnya itu.
“Oh..
Erm.. Tak silap Along dia balik malam tadi dah dekat pukul tiga bu.. Sebab time tu Along baru habis tengok bola.”
Balas Amri sebelum meneguk perlahan air teh yang dituangkan oleh adiknya.
“Hish!
Sebab tu la ibu tak bagi dia bawak
kereta arwah ayah tu. Panjang langkahnya. Entah ke mana dia malam tadi.” Sahut
Zainab yang turut melabuhkan duduk di situ.
“Alah..
Biasalah dia bu.. Sibuk aje dengan kawan-kawan dia. Tak pun sibuk berkampung dekat
kedai si Alan tu ha..” Balas Amri sambil menjongketkan sebelah keningnya kepada
Amir. Mereka cukup faham akan perangai Fathiyah. Lebih suka menghabiskan masa
di luar berbanding di rumah.
“Tu
lagi satu yang ibu tak suka. Suka sangat dia duduk dekat kedai budak Alan tu.
Ibu kahwinkan terus baru tahu.” Bebel Zainab lagi sedikit geram.
“Sudahlah
tu bu.. Bukan dia ke mana pun. Alan tu pun kawan kita orang. Ibu pun kenal Alan
tu kan.. Takda apalah..” Ujar Amri menenangkan.
“Selagi
dia tak sambung belajar, selagi tu la hati ibu ni tak senang.. Entah
siapa-siapa kawannya, bukan ibu tahu. Kalau jadi apa-apa macam mana?” Jawab
Zainab yang masih tetap dengan perasaan risaunya.
“Bu,
biarlah dia sebulan ni.. Bulan depan, senanglah hati ibu.” Sambung Amir pula.
Zainab
menghela nafas panjang. Tidak tahu apa yang dirasakan saat itu. Kelegaan pun
tidak, ketenangan apatah lagi. “Nanti dah sambung belajar kamu tengokkan dia
betul-betul Angah.” Ujarnya lambat berserta keluhan.
“Iya
bu.. Ibu janganlah risau. Kan Angah kata tadi nanti dalam kampus ada orang
tolong tengok-tengokkan dia.” Balas Amir lagi yang sudah pun menghabiskan
sepinggan nasi lemaknya.
“Siapa?”
Hampir serentak Amri dan Zainab menyoal.
“Suhana
kan ada..” Balas Amir sebelum bingkas.
“Tunang
kau tu tak busy ke wei..” Sahut Amri mengusik. Tahu yang
tunangan adiknya itu seorang pensyarah di kampus yang dimaksudkan.
“Kalau
Suhana busy, Amirudin Zulkarnain Shah
ada.” Jawab Amir diiringi sengihan lebar.
Amri
terus menghamburkan tawa sebaik sebaris nama yang cukup dikenali itu disebut
adiknya. Namun tidak pada Zainab. Bertambah kerutan di wajah tuanya.
“Kamu
jangan main-main Angah. Bukan ke budak tu dah habis belajar tahun lepas?” Ujar
Zainab dengan riak kerisauan bertambah.
“Dia
kena repeat lagi satu paper bu.” Jawab Amir senang tentang sebaris nama yang
disebut sebentar tadi.
“Subjek
apa? TITAS lagi? Lama lagilah budak tu berkampung dekat situ.” Sahut Amri seraya
menyambung tawa. Setahunya sudah dua kali Amirudin mengulangi subjek yang sama
dua semester lepas menyebabkan lelaki itu masih juga tidak berjaya menamatkan
pengajiannya.
“Ha’ah.
Mana tak repeat. Orang masuk kelas,
dia sibuk dengan kayu hoki. Training
la, game la. Entah apa lagi entah..”
Jelas Amir yang berhubung rapat dengan Amirudin sejak mereka kecil lagi kerana
keluarga mereka bersahabat.
Zainab sudah
melepaskan keluhan berat. Sungguh hati tuanya tidak senang saat itu apabila
memikirkan tentang lelaki yang dimaksudkan.
“Bu..
Janganlah risau sangat. Inshaa Allah dia orang tu okey nanti..” Tambah Amir
apabila melihat wajah Zainab yang sedikit keruh. Dia faham apa yang dirasai
oleh ibunya itu. Menjaga Nur Fathiyah merupakan satu tanggungjawab besar bagi
keluarga mereka selepas ketiadaan ayah. Tambahan pula selepas apa yang berlaku
dalam hidup gadis itu hampir dua tahun lalu.
******
“Hoi!
Pagi-pagi dah termenung. Bersemangatlah sikit bro..” Tegur Anuar yang menepuk
bahunya membuatkan lamunannya hilang bertaburan. Keluhan terlepas apabila
memandang wajah ceria sahabatnya itu. “Kau ni kenapa pagi-pagi lagi muka macam bini
lari dari rumah?” Sambung sahabatnya itu lagi menyebabkan senyuman nipis
terbentuk di bibir.
“Kalau
aku terus aje berhenti belajar okey tak bro?” Amirudin menjawab dengan soalan
juga.
“Kau ni
biar betul? Tinggal satu sem aje kan? Kalau kau berhenti, kau nak jadi apa bro?
Takkan kita nak main hoki sampai ke tua.” Balas Anuar kurang setuju dengan apa
yang disampaikan oleh sahabatnya itu.
Amirudin
melepaskan keluhan. Entah kenapa dirasakan dia tidak mampu untuk berjaya
seperti orang lain. Kerap benar dia gagal dalam pelajaran sejak terlibat dalam
sukan hoki. Padahal kawan-kawan yang lain semua berjaya walaupun sama-sama sibuk
dengan latihan dan perlawanan yang perlu dihadiri. Disebabkan itu juga dia
terpaksa mengulang satu semester lagi sebelum dapat menggenggam segulung ijazah
dalam bidang sains sukan. Rakan-rakan yang sebaya dengannya sudah pun berjaya
menggenggam ijazah tersebut setahun yang lalu.
“Kau
masuk belajar balik lagi seminggu kan?” Soal Anuar lagi yang siap sedia masuk
ke tengah padang untuk memanaskan badan selepas siap memakai kasut.
“Ha’ah.”
Balas Amirudin malas.
“Bro,
apa kata kau stop main sekejap. Kau fokus dengan study kau dulu. Tu lagi bagus
dari kau kena repeat tiap-tiap sem.” Usul Anuar yang tidak mahu sahabatnya itu
membuat keputusan terburu-buru.
“Aku
dah malaslah Nuar. Buat habis duit aje kalau aku sambung. Aku dah banyak
susahkan mak ayah aku. Aku rasa, baik aku fokus aje dengan apa yang aku buat
sekarang ni.” Balas Amirudin tidak bersemangat. Sememangnya sudah lama hal itu
difikirkan selepas mendapat keputusan peperiksaan yang agak mengecewakan beberapa
bulan lepas.
“Kau
jangan macam tu Din.. Kesian mak ayah kau. Dia orang nak sangat tengok kau
berjaya. Kalau tak, family kau takda
susah-susah nak bayar yuran study kau
selama ni. Dulu kau dah dapat offer
pergi US. Buat doktor lagi. Kau tolak. Sekarang ni, family kau ikutkan aje kata
kau nak buat sports science. Takkan
kau sanggup nak kecewakan dia orang buat kali kedua kut.. Opss.. Mungkin kali
ketiga.” Kata Anuar diiringi sengihan mengusik.
Amirudin
tetap dengan wajah tidak berperasaannya walaupun sedar akan maksud kata
sahabatnya itu.
“Tinggal
satu sem aje lagi Din. Habiskan
ajelah..” Anuar tidak henti menasihati. Amirudin yang dikenali bukanlah seorang
yang cepat berputus asa. Malah sahabatnya itu seorang yang kuat berusaha dan
bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu. Jika tidak, mana mungkin Amirudin
kini menjadi salah seorang atlet harapan kebangsaan dalam sukan hoki.
“Kau
tak faham Nuar apa yang aku rasa..” Balas Amirudin mengendur. Pandangan matanya
ditalakan ke tengah padang. Rakan-rakan yang lebih awal tiba sudah pun ligat
memanaskan badan.
Anuar
yang sedang meregangkan tubuh terus terhenti. Wajah Amirudin yang sedikit keruh
dipandang. “Come on Din.. Kau jangan
macam ni.. Amirudin Zulkarnain Shah yang aku kenal bukan macam ni.. Wake up bro! Semua yang jadi atas
perancangan Dia. Takda yang sempurna dalam dunia ni bro. Takdir hidup kita
dalam dunia ni tak sama Din. Kau kena tahu tu.” Nasihat Anuar memberi semangat
dan peringatan. Dia sedia maklum akan keadaan diri lelaki itu.
Amirudin
masih sama seperti anak muda yang sebaya dengannya. Cuma permulaan hidup lelaki
itu tidak seperti orang lain. Dia insan paling istimewa menjadi penyeri hidup
buat pasangan Sulaiman dan Aida. Hakikat itu yang dia tahu dan tidak hairanlah jika
Amirudin terkenal dengan jolokan anak manja sejak mereka berteman di sekolah
rendah lagi.
“Nuar..
Aku..” Keluhan berat kedengaran lagi dari bibir Amirudin membuatkan Anuar
menggelengkan kepala beberapa kali.
“Sudahlah
tu sahabat. I love u so much tau. Dah
tu. Kau jangan nak macam-macam lagi. Pagi ni aku belum bersedia nak dengar
luahan hati kau yang tak pernah habis tu. Malam-malam sikit kalau kau nak luah
pun. Nanti aku siap boleh bagi ceramah free
dekat kau sampai ada sinetron air
mata. Bangun-bangun!” Anuar terus sahaja menarik tangan Amirudin agar lelaki
itu bingkas. Mereka perlu segera berlatih sebelum jurulatih tiba. Sudah menjadi
kebiasaan apabila disiplin menjadi keutamaan mereka.
Amirudin
tersenyum kecil mendengar kata-kata Anuar yang selalu sahaja kedengaran tulus.
Itulah sahabat dia berkongsi suka dan dukanya selama ini. Sahabat paling
bermakna yang pernah dia ada. Dia terlalu bersyukur akan nikmat yang
dikurniakan Allah di sepanjang hidupnya. Cuma kadangkala, tergelincir juga
hatinya hingga terlupa akan janji Allah kepada setiap hamba-Nya.
******
“Apa ni
Ngah.. Ala…” Fathiyah sudah mempamerkan wajah menolak. Dia tidak setuju akan
pilihan yang telah dibuat oleh Amir.
“Eh,
hari tu siapa yang kata tak kisah?” Balas Amir selamba sambil menyusun atur
akan segala keperluan untuk pendaftaran esok.
“Memanglah
tak kisah. Tapi kenapa dekat situ yang Angah pilih? Punyalah banyak U dekat
dalam Malaysia ni, kenapa dekat situ jugak
Angah pilih?” Bentak Fathiyah
menghamburkan rasa tidak puas hatinya.
“Kan
senang kalau Tiya dekat situ. Sama jugak
dekat mana-mana pun..”
“Tak
sama!”
“Belajar
jugak..”
“Tapi
tetap tak sama Ngah!”
“Apa
masalah Tiya sebenarnya ni? Cuba cakap dengan Angah apa yang tak eloknya U yang
Angah pilih tu?” Ujar Amir sengaja mahu menduga walaupun dia sudah dapat mengenal
pasti akan sebab musababnya.
“Tiya
tak sukalah dekat situ! Macam dah takda U lain..” Rungut Fathiyah dengan bibir
yang memuncung. Mary si kucing kembang dalam pelukannya sejak tadi dilepaskan.
Kini tangannya sibuk membelai lembut pula bulu Alex si kucing kembang warna
oren yang datang menghampiri.
“Hari
tu Tiya kata kalau dapat yang lagi dekat lagi baguskan? Yang paling dekatlah ni
Angah pilih. Kak Ana pun ada boleh tengokkan Tiya nanti.” Jawab Amir cuba
meyakinkan. Lagi pun dia tahu Fathiyah rapat dengan tunangnya itu.
“Angah
tipu! Angah saja nak Tiya jumpa budak gila tu kan?!” Tingkah Fathiyah lagi.
Geram. Teringat akan seraut wajah itu hatinya panas.
Amir
tergelak. “Tiya kata dah tak nak tahu langsung pasal dia. Ni, mana Tiya tahu
yang dia ada lagi dekat situ?” Usik Amir menduga.
Fathiyah
menjuihkan bibir. Wajah abangnya itu dijeling geram. “Budak sengal macam dia,
memang takkan lulus punya. Repeatlah
sampai ke tua!” Hamburnya sakit hati.
Amir
tergelak lagi. “Tak baik Tiya doakan orang macam tu. Kan dia bakal suami Tiya
tu.” Balas Amir dalam sisa tawanya.
Bukk!
Bantal kecil di sisinya dilemparkan tepat mengenai muka Amir.
“Padan
muka! Angah cakap lagi macam tu, jangan harap Tiya pergi esok!” Bentak Fathiya
geram sebelum terus mencapai kunci kereta atas meja kopi dan dia terus berlalu.
“Tiya!
Nak ke mana tu?” Muncul Zainab dari ruang dapur apabila ternampak kelibat anak
bongsunya berlalu keluar dengan wajah ketat.
“Biarkanlah
dia bu.. Tak ke mananya dia tu..” Sahut Amir masih dalam sisa tawanya.
Zainab
sudah memandang geram ke wajah anak keduanya. Sedia maklum Fathiyah pasti merajuk
kerana diusik.
14 comments:
Permulaan yg agak baik....bagi la sinopsis so blh kita cadangkan tajuk....hehehe
akak, ada dekat bar atas tu. :)
tapi pendek ajelah. :)
minah zoo vs mat kayu.amacam boleh tak?
haha.
terima kasih kerana sudi drop tajuk tu.
:)
Letak tjuk...ZOO+HOKI=CINTA
Okey x..??
cute je.
thanks yep. :)
mungkin terlalu awal. nanti sya up bab lain. then kita decide. :)
arsha..
gloria xde ke..?
kurang team madagascar nnti..
huhuhu
repeat(italic)
paper(italic)
study(italic)
Hahaha
Gloria nanti2 dulu.. blum kuar lagi. Ehehe
Tajuk: Tiya & Amiruddin... Sempoi girl vs mamat hoki. ;D
I love your writing..jatuh cinta..haha -quya-
IVORY> lama tak nampak kat sini. Thanks eh for the tajuk. :)
QUYA> haha Alhamdulillah. Thanks quya!
No problemm..anonymus jela profile kter..haha but xsbr nk tngu papa iman..lame jgk tngu nyer..i hope dpt pluk bukunyer..gler ske..-quya-
Arsha belum dapat bayangan TAJUK yang sesuai lah...
x puas baca lagi sebenarnya... tunggu panjang sikit INSYAALLAH...
tapi memang bestttt... teringat masa sek dulu dpt wakil JOHOR kak sue main HOKI... memang bestttt...
Quya> thank you ya. Ada rezeki InshaaAllah kluar hujung tahun ni. InshaaAllah doakan!
Kaksu> memang pun kaksue. Xpe. Nnt sye up lagi.
Pasni boleh ar tnye kaksu pasal hoki. Eheee
Post a Comment