Ada yang pernah baca, terbaca kisah ni? :D
Insya-Allah atas izin-Nya dalam versi cetak. Insya-Allah.
..............
“Alah! Motor aku!” Dia buntu. Tangan
garu kepala yang tidak gatal. Cuba memikirkan baik buruk meninggalkan motosikal
kesayangannya di tempat gelap begitu. Wajah yang sudah memejamkan mata itu
dipandang silih ganti.
“Allah tolong jagakan.. awak jangan
risau. Insya-Allah..” Lembut suara itu menyapa menyebabkan dia terpempan
seketika.
“Ah! Lantaklah! Kalau ada rezeki, aku
jumpa kau lagi sayang!” Dia membuat keputusan. Motor kesayangan ditolak ke tepi
jalan. Dikucup sekilas Ducati Diavel itu sebelum mendapatkan wanita itu
kembali.
“Er.. maafkan saya..” Tanpa menunggu
balasan, tubuh wanita itu dicempung dan diletakkan ke sebelah.
“Terima kasih..”
Dia menoleh sekilas sebelum mula
memandu. “It’s okay..” Ringkas.
“Er.. kita nak pergi hospital mana ya?”
Dia cuba memikirkan hospital yang paling dekat dengan laluan mereka saat itu.
“HKL boleh?” Merasakan itu hospital terdekat.
Dia menoleh untuk mendengar jawapan
wanita itu. Tetapi, hanya gelengan sahaja yang diterima.
“Saya dah booked Insaniah Hospital..” Cukup perlahan seperti hampir tidak
kedengaran.
“What?
Jauhnya.. awak sedar tak kita sekarang dekat mana? Tak sempat ni..” Umar agak
terkejut dengan jawapan yang diberi. Poliklinik dan Pusat Bersalin Insaniah
hampir dengan kawasan rumahnya.
“Insya-Allah..”
Dia menoleh apabila mendengar sepatah
perkataan itu. Entah kenapa dia terasa wanita itu lebih tenang darinya walaupun
sesekali dia ternampak akan kerutan yang terbentuk.
“Awak jangan salahkan saya kalau ada
apa-apa jadi pada awak dengan baby..”
Sekadar mengingatkan walaupun sebenarnya dia cukup risau andai benda buruk
menimpa wanita itu.
Dia menoleh. Ingin melihat reaksi wanita
tersebut. Namun apabila dia ternampak ada garisan manis yang terbentuk, hati
dilambung debar tidak menentu. Segera dia menenangkan diri kembali dan memberi
fokus pada pemanduannya.
“Awak..”
“Awak jangan cakap apa-apa. Saya cuba
sampai secepat mungkin.” pintasnya. Tidak mahu wanita itu banyak bercakap
kerana setiap patah perkataan yang terluah, memberi impak yang cukup besar pada
hatinya. Tambahan pula dengan aroma yang sejak tadi tidak
lagi hilang. Kini seperti sudah melekat pada deria baunya.
15 comments:
Sy ingt cerita nie! Hehe..best..tp dah x ingt tajuk dia.. Dah keluar novel ke k.arsya? :-)
Bukan. Kompilasi cerpen. Hihi InsyaAllah. Versi cerpen tkde la pjg mcm dulu. Huu
Den x ingat...
Arsha akak ingat citer ni...tp x sanggup baca lagi...sedih yg amat....blh x ubah sikit part ending tu....Klu takut bengkak mata lagi nnt....
Hahah.. ala.. tlambatla kak eijan. Kihkih..
Alorhh akak ni.. umar n Maryam huda hikhik
aaaaa.....ingat jugak sikit2...tp dia sad ending....nanti tukar version lak yer ...biar bahagia sokmo....suka sesangat....
Hahaha
Dah baca. Sedih bla maryam meninggal.
sy mesti pilih!!!!!
yg hapi saje ye mummy acha
sgt sedih bca ni dlu. nangis saya. umar kan nama dia n baby tu. xingt sgt tp tau dia kawin n perempuan tu n bla bersalin wife dia mninggal. sedih jgk ke ending nnt?
cerita ni memang sedih...huhuhu
latar blog awak ni susah saya nak baca. huhu
anyway tahniah ya sahabat! semoga terus gigih menulis!
eh eh awak. hahahah. dah boleh baca. tadi dia keluar garis2, ni dah keluar background putih. hahahaa. ok bai
Haha awak memang kelaka. Haha thank you sebab sudi ke mari. Hikhik
Post a Comment