Last bab here. Dan bab terakhir akan disambung di group. Sekian. :D
Pada yang sudi nak join, drop komen tinggalkan nama fb. Insyaallah saya add. Tq.
.........
Mengharap kasih_cont 2
Wajah Ramzan berkerut apabila
melihat ibunya mengeluarkan sejumlah wang.
“Ibu nak beli apa pagi-pagi ni?
Nak pergi pasar?” Soalnya sebaik melabuhkan duduk di kerusi. Bersedia untuk
bersarapan sebelum ke pejabat.
“Memang nak pergi pasar. Barang
dapur banyak dah habis. Malam lusa kita dah kena bangun sahur. Tapi duit ni,
bukan duit nak pergi pasar.” balas Ramlah seraya menolak beberapa not lima
puluh ringgit ke hadapan anak bongsunya itu.
“Habis tu? Nak buat apa pulak dengan duit ni?” Bertambah kerutan
di wajah Ramzan.
“Azan ingat tak kuih sarang semut
yang Azan bawak balik tahun sudah?” Ramlah pulangkan soalan juga.
Kian bertambah garisan di wajah
Ramzan cuba mengingati bentuk kuih yang dimaksudkan.
“Kuih sarang semut mana pulak pagi-pagi ni bu? Semut apa? Merah?
Hitam?” Soalan juga yang diluahkan.
“Haish! Merah hitam pulak dia. Takkan dah lupa. Tahun lepas,
Azan ada bawak balik dua balang kuih.
Satu Almond London, satu sarang semut tu.”
“Oh.. kenapa dengan kuih tu?”
Ramzan tarik mangkuk sambal ikan bilis di hadapannya sebaik pinggannya berisi
nasi lemak.
“Tahun ni, ibu nak Azan beli
banyak-banyak boleh? Kawan-kawan ibu semua suka kuih tu. Susah nak jumpa orang
buat kuih tu sendiri sekarang ni. Azan pergi tempah kuih tu awal-awal ya? Kalau
tak cukup duit ni, nanti ibu tambah lagi. Dapat dalam sepuluh balang ke. Sebab
ibu ada nak bagi kawan ibu nanti.” jelas Ramlah teruja. Kuih sarang semut
merupakan kuih kegemarannya sejak dahulu lagi.
“Ha? Awal lagi ni bu. Puasa pun
belum. Mana ada orang buat kuih awal-awal ni.” Ramzan sudah tarik senyum penuh
makna. Harapan beraya berempat tahun depan dirasakan mula menampakkan sinar.
“Tak apalah. Ni ibu bagi dulu.
Tempah awal-awal. Takut lambat nanti, kempunan ibu nak makan kuih tu. Tahun
lepas yang Azan bawak tu, sedap
sangat. Kawan-kawan ibu pun suka kuih tu. Azan cakaplah dengan kawan Azan tu
ya? Tempah awal-awal.” balas Ramlah penuh mengharap.
Ramzan senyum lagi. Tanpa mahu
mengulas lanjut, nasi lemak yang masih belum bercuit, mula disuap dengan senang
hati.
*******
“Awak janganlah main-main Azan..”
ujar Azila serius. Wajah Ramzan yang tersenyum senang sejak mereka bertemu tadi,
dipandang geram. Seperti tidak percaya dengan apa yang baru sahaja diberitahu
oleh lelaki itu.
“Betul. Buat apa saya nak tipu.
Duit pun dia dah bagi. Awak cuma tinggal buatkan aje. Awak cakap aje berapa.”
balas Ramzan senang sambil menolak troli yang masih kosong. Dia sabar menuruti
langkah wanita itu mencari barang keperluan untuk membuat kuih.
Azila menghadiahkan jelingan sekilas.
Hati tetap kurang yakin dengan apa yang diperkatakan.
“Awak sebenarnya saja nak ambil
hati saya kan? Saya tahulah kuih yang saya buat tu tak sedap mana..” Sengaja
dia menduga.
“Sayang oi.. kalau tak sedap, tak
adalah orang tu dapat tempahan sampai berpuluh-puluh balang kan?” usik Ramzan
pula.
Azila berdecit kecil. Sempat
tangannya menampar bahu lelaki itu sekali sebelum melajukan langkah ke petak
yang menempatkan pelbagai jenis tepung.
“Kali ni, awak terima sampai
berapa balang pulak hm? Kalau nak pakai
assistant, saya free setiap malam dengan weekend.”
Ramzan jongket kening beberapa kali sebaik dia berdiri di sisi Azila.
“Erm.., regular customer punya dah tujuh puluh balang. Tak campur yang order dekat tempat kerja. Saya ingat
jangan lebih seratus la. Saya buat sorang-sorang.
Risau tak sempat siap nanti.” balas Azila seraya mencapai beberapa kampit
tepung gandum dan dimasukkan ke dalam troli.
“Kan saya kata, saya free sebelah malam dengan weekend. Tak perlu pun bayar gaji. Free aje saya tolong awak hm?” Ramzan
masih mahu mengusik menyebabkan sekali lagi jelingan yang diterima.
“Amboi.. Kalau sebelah malam tu,
awak nak tidur dekat mana?”
“Tidur rumah awaklah!” Ramzan
tersengih-sengih.
Azila mencebik.
“Baiknya hati ayah saya izinkan
awak tidur dekat rumah.” Tekannya sinis. Dia sedia maklum akan perangai ayahnya
sejak dahulu lagi. Walaupun seorang terbuka dan tidak pernah menghalang dia
berkawan dengan sesiapa pun, masih ada batas yang perlu dijaga.
“Manalah tahu.. kalau ayah awak
bermurah hati pulak dengan bakal
menantu dia ni.” Meleret senyum Ramzan yang sudah membayangkan dia hidup
bahagia dengan wanita itu.
“Jangan nak perasan sangat!” Ejek
Azila sebelum langkah dibawa ke petak yang menempatkan susunan gula pasir.
“Awak, saya harap tahun ni, tahun
terakhir kita macam ni. Tahun depan, saya nak kita beraya berempat. Atau
mungkin berlima.” ujar Ramzan penuh pengharapan.
Azila menoleh sekilas sebelum
keluhan panjang dilepaskan. Tidak tahu apa yang harus diucapkan.
“Awak..”
“Insya-Allah kalau Dia izinkan,
ibu awak izinkan kita bersatu..” Itu sahaja yang mampu diluahkan oleh Azila.
Bukan niatnya mahu menghampakan harapan lelaki itu. Tetapi, dia lebih risau
andai Ramzan akan lebih teruk kecewa jika apa yang diharapkan tidak menjadi
kenyataan.
“Zila..”
Azila menoleh lagi.
“I really love you..” ucap Ramzan perlahan.
Senyum tawar sahaja yang mampu
dilemparkan sebagai balasan walaupun hati cukup tercuit dengan ungkapan cinta
itu.
*******
“Adikkkk!!!”
Separuh menjerit Azila sebaik
masuk ke ruang dapur apabila melihat dulang pembakar yang berisi kuih sarang
semut yang sudah pun sejuk, hampir separuh kosong. Hanya mangkuk kertas kecil
sahaja yang bergelimpangan.
Danish tersengih-sengih.
“Apa yang Danish buat ni..” keluh
Azila sambil mengutip mangkuk kertas kecil yang kosong. Tidak pun sampai
sepuluh minit dia meninggalkan ruang itu tadi untuk bersolat asar.
“Sedaplah kuih umi ni. Adik rasa
aje.” jawab Danish sambil menjilat jari jemarinya yang dipenuhi sisa kuih.
“Kan semalam adik dah makan
banyak. Ni semua orang punya tau. Bila nak siap kalau adik aje yang makan..”
Lembut Azila menasihati. Cuba disabarkan hati dari berkeras dengan si kecil
itu.
“Adik suka la umi.”
Azila mengeluh berat sambil
mengemaskan meja yang sedikit bersepah dengan sisa-sisa kuih yang bertaburan.
“Umi, tadi Along dah marah. Adik
tak nak dengar umi. Dah la tak puasa.” Celah Aniq yang baru melangkah masuk ke
ruang itu.
Danish menjeling abangnya.
“Adik memang tak sayang umi. Adik
suka tengok umi tak tidur, penat-penat, buat semua kuih ni sorang-sorang kan..” Sengaja Azila melirihkan suara. Mengharap
sedikit pengertian daripada anak bongsunya itu.
Membuat kuih sarang semut
merupakan proses yang agak memakan masa walaupun bahan-bahan yang diperlukan
tidak pun banyak dan susah untuk dicari. Membuat kuih itu benar-benar perlukan
kesabaran. Jika dulu, arwah suaminya ringan tulang untuk membantu hingga lewat
subuh.
“Kesian umi.. adik tak sayang umi
ke?” tambah Aniq pula.
Wajah Danish kala itu sudah
berubah. Sepasang mata bulat itu mula berkaca-kaca.
Azila dan Aniq berpandangan
seketika sebelum dia mendekati anak bongsunya.
“Umi.. Adik sayang umi.” sayu si
kecil itu mengucapkannya sebelum tubuh Azila didakap erat dan terus menangis.
“Adik tak makan lagi kuih umi. Adik kesian tengok umi penat. Adik tak nak makan
lagi kuih umi..” ucap si kecil itu dalam esakan halus yang mula kedengaran.
Azila menahan sebak. Terasa
bersalah pula kerana telah menyebabkan anak bongsunya itu menangis.
“Umi bukan marah adik makan..
tapi adik tahukan, kuih tu ada orang punya? Adik tahukan umi buat kuih ni sebab
nak dapat duit beli baju adik, beli baju along, beli mainan adik..” Dia cuba
memujuk.
“Adik tak ada makan lagi umi..
adik tak makan kuih umi..”
Azila memeluk erat tubuh si kecil
itu bagi meredakan esakan yang kedengaran. Diusap wajah mungil yang sudah basah
itu. “Adik baik kan? Lain kali adik dengarlah cakap umi. Umi sayang adik. Umi
bukan marah adik makan..”
“Adik sayang umi..” kembali
didakap tubuh Azila seerat mungkin.
“Umi.. Along pun sayang umi..”
celah Aniq perlahan yang sejak tadi menjadi pemerhati.
“Ia.. umi sayang along, sayang
adik. Umi sayang anak-anak umi..” Azila terus raih kedua-duanya ke dalam
pelukan. Ada air jernih yang terbit di tubir mata. Sungguh, dua harta yang
tidak ternilai itu, begitu bermakna baginya melebihi dari segala-galanya.
“Hah.. dah kenapa pulak ni?” Muncul Hamid di ruang dapur
itu.
“Tak ada apalah yah..” Azila seka
hujung matanya sebelum meleraikan pelukan.
“Hm.. tu, Cik Zan dah sampai
dekat depan tu.” ujar Hamid akan tujuannya ke situ.
Azila terus sapu wajah Danish
yang lembap. Dia tidak mahu Ramzan perasan yang anak bongsunya itu menangis.
Yakin dia akan dimarahi kerana Ramzan tidak suka melihat wajah muram
anak-anaknya. Terutama sekali Danish.
“Adik, along, jumpa Cik Zan,
jangan cakap apa-apa okey?” Sempat dia berpesan sambil memegang wajah Danish
dan si bongsu itu hanya mengangguk.
“Along dengan adik, pergi jumpa
Cik Zan dulu. Umi nak kemas meja ni. Kejap lagi umi keluar.” sambungnya
mendorong tubuh kedua-duanya dan mereka hanya akur.
“Zila..” Hamid masih di situ.
Azila menoleh.
“Apa kamu buat dengan Danish?
Kamu pukul dia?” Soal Hamid ingin tahu. Sememangnya, si kecil Danish amat rapat
dengannya memandangkan si kecil itu tidak sempat kenal kasih sayang seorang
ayah sejak kecil lagi.
“Zila tak pukul pun ayah.. Cuma
Zila tegur sikit sebab makan kuih yang dah siap ni.” jelas Azila jujur sambil
menyusun baki kuih yang ada ke dalam balang.
Hamid menghela nafas. “Sudah tu.
Habis kemas, cepat siap. Nanti lama si Ramzan tunggu. Orang tak ramai lagi dekat
bazaar ni. Nanti dah ramai, lewat kamu sampai rumah.” ujar Hamid kemudian sebelum
beredar ke hadapan semula.
“Ialah..” itu yang dibalas oleh
Azila seraya cepat-cepat mengemaskan segala barang yang ada. Namun dalam pada
itu, tetap ada kerisauan menjelma dalam hati kerana yakin Ramzan akan menyedari
apa yang berlaku.
…………….
Cermin pandang belakang dipandang
lagi buat ke sekian kali. Wajah kedua-dua anak kecil yang berada di tempat
duduk penumpang, tidak seceria mana. Lebih-lebih lagi Danish. Aniq sejak tadi
leka dengan tablet di tangan. Angry bird menjadi pilihan. Kebiasaannya, jika Aniq
bermain game, pasti Danish akan
merengek mahu main bersama. Tidak pun, mulut Danish tidak akan berhenti
bertanya itu dan ini kepadanya.
Kemudian mata dihalakan pula ke
sisi. Wanita di sisinya itu pun lebih banyak diam sejak mereka bertolak tadi.
“Awak..”
Azila menoleh. Beradu seketika
renungan mereka.
“Ada apa-apa yang tak kena ke?”
Ramzan kurang senang dengan keadaan yang sunyi sepi di dalam kereta. Selalunya,
jika mereka keluar berempat, celoteh dua beradik itu memeriahkan suasana. Dan
dia sendiri senang begitu.
Azila cuba memaniskan senyum
walaupun terasa sedikit sukar. Wajah anak-anak di belakang, dipandang sekilas
sebelum matanya kembali ke wajah Ramzan. Di mata Ramzan, dia memang tidak mampu
berbohong. Tajam sahaja penglihatan lelaki itu mengesan suatu yang tidak kena.
“Er.. okey aje.” Dia cuba
menyembunyikan hal yang sebenar.
“No. He’s not okay.” tingkah Ramzan yakin.
Senyum di bibir Azila mengendur.
Seperti yang dijangka.
“Tadi saya tegur adik makan kuih
yang orang tempah tu.” jelasnya perlahan.
“Berapa banyak yang dia dah
makan? Biar saya ganti balik. Patutlah mata dia berair tadi.” balas Ramzan
serius.
“Awak..” Helaan berat Azila
lepaskan.
“Dia budak lagi Azila.. apa yang
dia faham..
“Tapi, saya tak marah pun..”
“Habis tu?”
Azila diam. Malas menjawab kerana
yakin dia tetap di pihak yang salah.
Ramzan jeling sekilas. Disabarkan
hatinya demi tidak mahu ada perbalahan pula di antara mereka.
“Adik..” Dia cuba menarik perhatian
Danish yang mendiamkan diri sejak tadi.
“Ya.” Danish menoleh.
“Adik nak berbuka apa hari ni?
Cik Zan belanja.” Ramzan cuba menceriakan suasana kerana dia rindu akan detik
itu. Setelah hampir tiga minggu berpuasa, baru hari itu mereka berpeluang untuk
bertemu kerana dia agak sibuk dengan kerja-kerjanya.
“Adik tak puasa la Cik Zan.”
polos si kecil itu menjawab.
“Tak apa. Tapi hari ni Cik Zan
nak belanja. Adik cakap aje nak makan apa, Cik Zan beli.”
“Erm.. Umi kata, orang tak puasa
tak boleh makan berbuka la Cik Zan. Along aje boleh. Along puasa.”
Ramzan menoleh ke sisi bersama
helaan panjang. Tersentuh hati dia mendengar jawapan Danish. Begitu mudah si
kecil itu mendengar kata Azila.
“Cik Zan..” Danish mendekat.
Berdiri di antara Azila dan Ramzan. Lengannya selamba didaratkan ke bahu
Ramzan.
“Ada apa sayang..” senang Ramzan
membalas.
“Cik Zan, mana motor Cik Zan?
Kenapa Cik Zan tak naik moto? Adik nak naik motor Cik Zan.” kata Danish yang
mula banyak mulut seperti selalu.
Ramzan senyum.
“Hari ni kan hujan. Macam mana
Cik Zan nak bawak motor. Habislah Cik
Zan basah. Nanti, Cik Zan datang lagi, Cik Zan bawak motor. Nanti Cik Zan bawak
adik jalan-jalan.” jawabnya demi memuaskan hati si kecil.
“Adik, Cik Zan kan ada kerja..
Tak boleh suka-suka datang jumpa adik..” Azila mencelah. Tidak senang Ramzan
menabur janji. Risau tidak tertunai menyebabkan anaknya ternanti-nanti pula.
“Okey.” sahut si kecil itu
sebelum kembali duduk di sisi Aniq.
Ramzan menoleh sekilas ke sisi. Dalam
diam, dia tidak senang dengan kata-kata wanita itu. Seperti tidak suka dia
bertemu dengan si kecil.
……………
Dua puluh balang kuih sarang
semut yang ditempah oleh rakan-rakan pejabatnya, dimasukkan ke dalam kereta
sebaik dihulurkan oleh Azila. Songkok yang tersarung, ditanggalkan dan diletakkan
juga ke dalam kereta kerana bila-bila masa sahaja dia akan pulang selepas
bersolat tarawih serta berbuka bersama keluarga wanita itu tadi.
“Erm.. Azan..”
“Hmm..”
“Betul ke, minggu depan awak nak
berbuka dekat sini lagi?” Soal Azila serba salah. Soalannya seolah-olah tidak
membenarkan lelaki itu datang ke rumahnya.
“Kenapa tanya? Awak tak suka saya
datang?” Sengaja Ramzan menduga.
“Er.. bukan macam tu..” keluh
Azila seraya memalingkan wajah.
Ramzan hela nafas panjang. Lengan
baju Melayu yang dipakai, dilipat hingga ke siku.
“Zila..”
Azila kembali menoleh.
“Dekat tiga minggu kita tak
jumpa. Awak macam tak kisah pun. Awak memang dah tak suka ke, saya datang jumpa
awak, jumpa anak-anak?” Ramzan duga lagi. Mahu melihat reaksi wanita itu.
Azila geleng.
“Habis tu? Amin ganggu awak lagi?
Awak dah jatuh suka pada dia?” Ramzan menggiat.
“Apa awak cakap ni Ramzan? Awak
tak percayakan saya?” Tingkah Azila. Sedikit terusik akan kata-kata yang
berbaur tuduhan itu.
“Bukan tak percaya. Hati manusia
Zila.. bila-bila masa boleh berubah.” keluh Ramzan perlahan seraya menyandarkan
tubuhnya ke kereta.
Azila menggeleng perlahan. Senyum
tepi terhias di bibirnya. Cuba tahan hati.
“Kalau pun dia ganggu saya, awak
tetap tak ada hak atas saya, Azan.. saya masih bebas nak berkawan dengan
sesiapa pun.” jawabnya berani. Dia pula ingin menduga hati lelaki itu.
Ramzan senyum nipis.
“Saya tahu, awak tak yakin apa
yang saya buat selama ni, Zila.. tak ada apa yang saya boleh buat selain terus
pujuk ibu saya, dan berdoa. Tapi, kalau tu yang awak kata, apa saya boleh buat.
Saya memang tak ada hak apa-apa pun pada awak. Awak bebas nak berkawan dengan
siapa pun termasuklah Amin.. Cuma saya nak awak tahu, demi Allah awak masih
jadi pilihan hati saya walaupun kita susah nak jumpa sekarang ni.” ucapnya
setulus hati.
“Azan..” Azila kemam bibirnya
perlahan. Menahan sebak yang mula bertandang.
“Kirim salam pada anak-anak.
Insya-Allah kalau saya tak sibuk, saya datang minggu depan. Nak bawak budak-budak tu shopping baju raya. Itu pun, kalau awak
izinkan. Kalau awak tak nak ikut pun, tak apa. Saya faham. Saya cuma nak mintak izin awak, nak bawak budak-budak tu. Boleh kan?” Terus
sahaja Ramzan menukar topik kerana risau mungkin hal tersebut akan menjadi
perbalahan pula.
Azila angguk perlahan. Tidak
sampai hati untuk menolak memandangkan betapa terujanya anak-anaknya tadi
apabila Ramzan memberitahu mahu membeli persiapan menyambut lebaran.
“Erm.. kalau tak ada apa-apa
lagi, saya balik dulu. Awak pergilah masuk. Dah lewat ni. Jiran nampak, tak
manis pula.” lanjut Ramzan sebelum membuka pintu kereta di tempat pemandu.
Enjin dihidupkan.
“Er.. Azan.. saya..” Azila kelu
lidah untuk membalas. Perasaan bersalah mula menjentik hati. Daripada kata yang
terluah, dia yakin Ramzan sudah terasa hati.
Ramzan menanti. Sepi.
“Kalau awak tak ada apa-apa nak
cakap, saya balik dulu. Dah lewat ni. Esok saya kerja, awak pun kerja. Nak
bangun sahur lagi nanti kan?” Dia kembali bersuara apabila tiada tanda-tanda
wanita itu mahu membuka mulut.
Azila hela nafas panjang.
“Awak, hati-hati. Sampai nanti call saya.” ucapnya serba tidak kena.
Ramzan senyum segaris.
“Assalamualaikum..” itu yang
dibalas sebelum dia masuk ke dalam kereta. Pintu ditarik.
Azila tidak terkata. Hanya mampu
memerhati dengan rasa berat hati. Pada mulanya dia yang terasa hati dengan
kata-kata lelaki itu. Tetapi kini, lain pula yang jadi.
********
+ Assalamulaikum awak. Sibuk? Sorry ganggu. Pukul berapa sampai
semalam? Lama saya tunggu awak call. Awak, saya mintak maaf kalau apa yang saya
kata semalam, buat awak terasa. Sorry sangat.
+ Assalamualaikum awak. Awak, saya mintak maaf. Janganlah diam macam
ni.
+ Assalamualaikum. Awak sihat?
+ Saya tahu awak sibuk. Tapi, bolehkan awak balas mesej saya. Sekali
pun cukuplah. Jangan diam macam ni.
+ Awak..
+ Along, adik, miss you.
+ Awak, angkatlah phone..
+ Azan, sorry ganggu. Saya cuma nak tahu, awak jadi ke datang minggu
ni?
+ Awak, saya dah penat awak diam macam ni. Kenapa yang susah sangat
ni..
+ Azan, besar sangat ke salah saya sampai awak buat saya macam ni? Awak
jangan ingat, awak sorang yang ada perasaan. Awak memang suka tengok saya yang
terhegeh-hegeh macam ni kan? Puas hati awak sekarang? Kalau macam ni la
perangai awak Azan, saya rasa, cukuplah.. memang patut saya bagi peluang pada
Amin. Sekurang-kurangnya, dia tak buat macam ni.. arwah suami saya dulu pun tak
pernah buat saya macam ni, Azan.. Saya tak pernah paksa hati awak untuk terima
saya. Tapi kalau awak rasa, saya dengan anak-anak macam beban pada awak selama
ni, saya mintak maaf.. mungkin saya belum cukup faham awak.. awak jaga diri.
Assalamualaikum.
Keluhan berat dilepaskan. Gadget selebar tapak tangan diletakkan
di atas timbunan fail yang penuh di atas mejanya. Tubuh disandarkan ke kerusi
empuknya sambil melonggarkan tali leher yang tadinya terikat kemas. Terasa
sesak pula saluran nafasnya sebaik habis membaca mesej yang terakhir, yang diterima
lewat malam tadi.
Selepas pulang dari rumah Azila
hujung minggu lepas, memang sekali pun dia tidak membalas mahupun mengangkat
setiap panggilan wanita itu semata-mata mahu melihat sejauh mana kesungguhan
Azila. Namun, ternyata dia silap percaturan. Baru terasa tindakannya kurang
matang pula. Membawa rajuk hati yang tak ke mana, bukanlan satu tindakan yang
betul buat wanita seperti Azila. Sewajarnya dia lebih awal mengalah
memandangkan wanita itu bukan seperti wanita lain. Azila sudah punya dua anak
dan sudah melalui pelbagai ujian yang tidak terduga. Tetapi dia, langsung tidak
bertindak seperti yang sepatutnya. Tindakannya hanya menambah kedukaan di hati
wanita itu lagi.
Note 3 yang diletakkan tadi,
dicapai semula. Jemari kembali bermain di atas skrin. Sebaris nama sudah
terpampang. Tetapi dia, berat hati untuk menghubungi. Mata masih tidak lepas
memandang sebaris perkataan ‘Sayang’ yang tercatat. Hampir seminit begitu
sebelum dia meletakkan kembali gadget tersebut ke atas meja. Tidak betah dia
menyambung kerja dengan perasaan yang resah tidak bertepi. Meja dikemaskan
seadanya sebelum dia terus mencapai barang peribadi dan keluar dari bilik
berhawa dingin itu.
72 comments:
sambungan cerita ini dalam fb ke??
Insyaallah.. final bab kat group.
group fb kan...
Apa nama group fb.....
Arsha.....apa nama grp fb.....
Nk tahu group dkt fb bole x??ari tu cari x dpt..
Search xkan jmp sbb secret. Please add me ats nama DONTBE SAD. Gambar profile boleh rujuk entry PENGUMUMAN. tq.
Boleh rujuk entry PENGUMUMAN. Sbb mmg xkan dpt search. Takpun, tgalkan nama fb saya add nanti. :)
Dik Asha..akak mak join group tp akak tak ingat apa fb akak..akak sekali jadi pengunjung tp utk komen sekali sekala jer..
Please add saya. Fb saya Norhartini Tini
Add saya kt fb..fiza sabirin
Cepat2 ler sambung....xsabaf x sabar dah ni....:)
Berlinang vs sebak baca arsha terasa ke hati ialah akak faham perasaan tg arsha sampaikan .kak edah ibu tunggal ank lelaki 1 org usia 15 thn.best keep it up sayang arsha muah
Arsha tlg add fb saya...smlm saya nak join fb u x dpt la...fb saya suleem rizan..tq
Done!
Thanks kak edah :)
Sorry sye xdpt cari nama SULEEM RIZAN
Sabaq nooo :P
Alahaii.. huu
uuuuwwwwwwaaaaa
achaaaa
nk lg
Akak kita dah add.nama kita nona rogaya
Sila add Ija AS. Tqvm Arsya
Sis sye try aff fb sis x dpt pun.. Fb sye irdina amani.
cik penulis add mummy dlm group nak join sama . Mummy silent reader. fb mummy zainabmohamedshah. tq.
Please add me ..afieyzarime ..tq
arsha add group.FB Noor Azah
Please add me..Nor Shakirah Shaari
Kak Arsha, saya nak masuk group fb akak. Nama fb saya Nurul Ezzah Shah. Terima kasih kak :-)
Done
Done
Done mummy
Done
Done
xleh nk add group tp teman dh request sis...teman siti rohida
Nak jugakk~ fb saya Alynn Bahar
Assalamualaikum w.r.t. add saya ya umikalsom abd zabri
fb sy yana azif... :)
Assalamualaikum..blh add sya..?? fb Akmal Hassan
Done
Done
Done
Boleh. Akmal pkai profile picture apa ya? Byk pulak nma akmal hassan
kak arsha add ateh..nie nme fb ateh ain..
Salam sis arsha..tlg add fb saya Syahirah Surani. tq
Tolong add sy skali ye Kak Arsha.... Syarifah Alyaa. Tqvm
Done
Done
Maaf. Guna profile picture apa eh. Kompiuss. Huu. Try add Dontbe Sad and profile picture boleh check di entry PENGUMUMAN
Nak juga. Tolong add saya fb: norazura mohammad
Sis, profile pic apa ya. Sbb ada nama sama. Xtau mne satu. Cuba add Dontbe Sad. Profile pic rujuk kat entry pengumuman ya. Sorry
Assalammualaikum, boleh add saya Nor Isnaini Mohd Sanusi...tqvm
Pls add sy..fb fara dila. ...tq
Done
Sory fara dila. Byk nama. Add saya. Dontbe Sad. Cek smula entry pengumuman. Sorry.
Wan fatonah rahim
please add me....gee yusoff
Done
Gee yusoff. Please add me. Dontbe Sad. Profile picture.boleh rujuk entry pengumuman. Sebab ada byk nama awak. X tau mne satu. Sorry ya
Please add me. Anisah Malek
Sory anisah. Terlalu byk nama. Saya xboleh nak add. Xknal yg mne satu. Please add me first.
Nak jugak! Fadhliyana abd ghaffar
Assalamualaikum wrt
add saya pls!
Widad Ibtisam
tq
saya pn nk join jugak.
emel : red_suemin@yahoo.com
fb : https://www.facebook.com/sue.nur.12
saya pn nk add jugak
https://www.facebook.com/sue.nur.12
Add sy, Siti Aishah Suad Maji
sy pn nak juga ..add sy yer
Nora Umairah
Maaf. Banyak nama nora umairah. Please add me first. Check semula entry pengumuman again. Tq.
salam..saya nak sambung baca lagi..boleh add fb Ermyelida Gazali..thanks..
add sy Shila Mohd
add sy Shila Mohd
Sis, sye xboleh nak add sbb xde button add.
Nak jugaaa. Fb = athirah nabilah
Post a Comment