Dec 10, 2013

Dambaan bahagia_ bab 9

Assalamualaikum.

Sebentar nanti saya akan menyenaraikan sekalian tajuk yang dihantar bersama nama pengirim sekaligus mengumumkan 2 calon bertuah memiliki novel TIRAI DOSA KELMARIN secara percuma.

.........

No tajuk 9

“Kau kenapa dari semalam lagi macam nak tak nak aje cakap dengan aku?” Tanya Fathiyah sebaik Amirudin memberhentikan kereta di tepi pagar hostelnya.

Sejak pertengkaran kecil tentang ularnya di kedai  Azlan, lelaki itu langsung menjadi seorang yang pendiam. Seperti sudah hilang modal untuk bercakap dengannya dan dia perasan lelaki itu seperti sengaja mahu mengelakkan diri.

“Takda apa-apalah.” Balas Amirudin acuh tidak acuh tanpa menoleh. Masih berbekas lagi apa yang diperkatakan oleh gadis itu semalam dan juga yang diucapkan oleh Azlan.

“Kau tak payahlah nak tipu aku dengan muka macam tu. Kau ingat, aku baru kenal kau semalam ke?” Jawab Fathiyah tidak puas hati. Jelas lagi nyata lelaki itu cuba mengelak dari menjawab pertanyaannya.

“Aku penatlah Tiya..” Amirudin mencipta alasan lain hanya kerana tiada hati meluahkan apa yang terbuku kala itu. Risau akan ada pertengkaran pula yang berlaku.

“Penat? Apa yang kau buat semalam? Malam tadi pun kau dengan Abang Amir balik lambat. Kau pergi mana?” Tanya Fathiyah lagi masih belum puas hati.

Amirudin melepaskan keluhan berat. Dia menoleh. “Tiya.. Please.. Aku penatlah. Aku nak terus balik rumah ni. Esok aku ada kelas pagi.” Dia mula tahan hati. Terasa rimas pula kerana terpaksa menjawab soalan demi soalan yang ditanyakan oleh gadis itu.

Fathiyah senyum tepi. Wajah Amirudin dipandang dengan rasa tidak puas hati. “Apa-apa ajelah Shah. Sorry kalau aku dah susahkan kau. Lain kali, aku boleh balik rumah sendiri. Lain kali kau tak payah nak ikut aku.” Ucapnya sebelum menolak pintu kereta.

Amirudin menghela nafas berat lagi sebelum dia turut sama keluar. Tidak senang hatinya melihat wajah kelat gadis itu. “Tiya..” Dia memanggil perlahan menyebabkan langkah gadis itu terhenti.

“Kau pergilah balik. Esok kau ada kelas pagi kan? Kau kan penat.” Laju Fathiyah menjawab sebelum dia kembali melangkah. Meninggalkan Amirudin yang masih setia berdiri di tepi kereta.

Melihat Amirudin begitu, dia sendiri tiada hati mahu melanjutkan bicara. Itu yang terbaik. Risau akan ada perselisihan lain pula yang boleh menyebabkan perhubungan yang baru sahaja pulih itu kembali keruh.

Amirudin melurut rambutnya sekali bersama helaan panjang. Matanya tidak lepas memandang tubuh Fathiyah yang kian menjauh hingga hilang di sebalik bangunan lima tingkat di hadapannya itu, sebelum dia kembali masuk ke dalam kereta. Dia tidak terus memandu, sebaliknya mengeluarkan telefon bimbitnya. Jemarinya laju menaip di atas skrin.

+ Sorry Tiya.

Dia menanti. Yakin gadis itu akan membalas

+ Kau ada buat salah dengan aku ke?

Dia senyum tawar membaca sebaris ayat berbaur sindiran itu sebelum jemarinya kembali bermain di atas skrin untuk membalas.

+ Siapa yang patut merajuk ni. Aku ke, kau sebenarnya my dear?

+ Entah! Mana aku tahu. Kau tu yang sentap dari semalam.

Amirudin sengih sendiri.

+ Mana aku tak sentap. Semalam kau samakan aku dengan Gina.

+ Erk? Ada ke?

+ Tu la.. Cakap tak fikir perasaan aku. Ikut sedap mulut kau aje.

+ Ala.. Aku tengah marah kut. Mana perasan apa yang aku cakap.

Amirudin menggeleng pula membaca balasan gadis itu. Sedar yang dia kini mengalah lagi. Itu sahaja yang mampu dilakukan demi menjaga perhubungan mereka.

+ Iyalah Tiya.. Apa-apa ajelah. Janji kau tak buat muka ketat tadi tu. Aku tak suka la. Susah aku nak tidur malam nanti.

Dia reka ayat manis demi memulihkan suasana yang sedikit dingin tadi. Selebihnya untuk memujuk hatinya sendiri. Terpaksa melupakan sahaja rajuknya tadi.

+ Tak payah nak buat ayat tahap madu sangat. Aku tak suka madu okey! Kau tu buat muka sentap, takpa pulak?

Amirudin senyum. Namun, belum pun sempat dia membalas, SMS Fathiyah masuk lagi.

+ Pergilah balik. Tadi sibuk kata penat, ada kelas pagi. SANGAT drama ayat kau tadi.

Dia terus tergelak sendiri. Lucu apabila teringat akan jawapan yang diberi kepada gadis itu tadi.

+ Kita sekarang hidup pun dalam pentas dunia kan? Kitakan pelakon. Memang kena drama lah. Cuma aku tahu drama kau semalam tak berapa nak jadi. Scene cari Gina dalam hutan tak berjaya sebab hari hujan. Ha ha ha… :P

Balasnya sengaja mahu mengusik.

+ Grr…

Lepas tawanya melihat tiga huruf itu menghiasi skrin nipis yang dipegang. Tanpa menanti lama, nombor gadis itu terus didail. Tidak betah lagi dia berbalas SMS kerana hari semakin lewat petang. Dia perlu tiba di rumah sebelum maghrib.

“Ala.. Baru usik sikit dah sentap. Relaxlah dear. Bukan selalu kan?” Ujarnya sebaik talian bersambung.

“Eh, buang masa aku nak sentap. Tu geram aje. Nasib kau takda depan aku. Kalau tak..”

“Kalau tak apa?” Laju dia memintas.

“Perut kau dengan percuma dapat ‘urutan’ ekstra kasih sayanglah.” Jawab gadis itu diiringi tawa halus yang kedengaran.

“Urutan ekstra kasih sayang? Kalau macam tu, aku naik sekarang ya?” Balasnya nakal sengaja mahu mengusik menyebabkan hujung talian sunyi sepi. “Tiya! Hello?” Cuba memanggil. “Tiya, kau dengar tak aku cakap ni? Kau ada lagi ke tak?” Dia melihat beberapa kali skrin telefonnya. Yakin yang gadis itu masih di hujung talian.

“Kau pergilah balik. Nanti lambat kau sampai. Kirim salam dengan ummi. Bye!” Talian terputus. Amirudin kerut dahi. Pelik.
…………

Weh.” Emma yang tiba-tiba masuk membuatkan Fathiyah sedikit tersentak. Pura-pura mengemaskan meja belajarnya yang sedia kemas.

“Ala.. Tak payahlah nak berlakon sangat beb. Macamlah aku tak nampak apa yang kau buat. Terintai-intai tepi tingkap. Kau ingat aku tak tahu siapa hantar kau tadi?” Ujar Emma sambil meletakkan beg galas serta beberapa buah buku yang dibawa, ke atas meja sebelum dia merebahkan tubuhnya di katil.

“Siapa?” Soal Fathiyah tanpa menoleh. Tidak mahu sahabatnya itu perasan akan wajahnya yang memerah gara-gara kata-katanya yang menjerat diri tadi. Sudahnya, Amirudin galak mengusik.

“Kekasih awal akhir kau tu la. Macamlah aku tak nampak kereta dia dekat bawah tu tadi.” Balas Emma sebelum menegakkan tubuh semula apabila terdengar bunyi dari dalam beg galasnya.

Fathiyah pula tersengih kelat. “Erm.. Kau dari mana ni?” Soalnya pula terus menukar topik.

Library.” Jawab Emma pendek dengan matanya terhala ke arah skrin nipis selebar tapak tangannya.

“Hari Ahad ni pergi library? Dengan siapa?” Fathiyah sedikit pelik. Setahunya gadis itu hanya akan ke perpustakaan pada hari biasa. Dan sepanjang mereka kenal, sahabatnya itu cukup tidak suka ke perpustakaan melainkan terpaksa.

“Siapa lagi. Aminuddin Zahril la.” Jawab Emma malas sambil merebahkan tubuhnya kembali. Terasa letih benar tubuhnya kerana satu hari itu terpaksa mengikut Amin ke perpustakaan untuk mencari bahan rujukan bagi menyiapkan tugasan mereka. “Beb, lepas maghrib ni dia ajak makan sama. Dia suruh ajak kau sekali.” Lanjutnya menyampaikan pesanan yang diterima daripada Amin sebentar tadi.

“Ala.. Aku malaslah nak keluar lagi.” Fathiyah menolak. Cuba mengelakkan diri dari bertemu dengan lelaki itu.

Beb, dia ada dalam kampus ni aje tau. Dan dia memang sengaja tak balik sebab nak ajak kita dinner sama.” Balas Emma yang sudah berjanji.

“Kita? Kita ke aku?” Sengaja Fathiyah menekan setiap patah perkataan yang meniti bibirnya. Mudah dia membaca rancangan Amin apabila mereka keluar bersama. Perhatian lelaki itu sudah pasti lebih kepadanya.

Whateverlah. Yang penting aku dah lapar sangat sebenarnya ni. Si Amin tu pergi beli dua biji karipap aje masa lunch tadi. Gila betul!” Jawab Emma sebelum bingkas. Tuala yang tersangkut di belakang pintu dicapai.

“Ala.. Kau ajelah pergi. Sebab tadi pun aku dah makanlah dekat rumah..” Fathiyah tetap juga cuba mencipta alasan.

“Ah! Aku dah cakap okey aje kau nak keluar malam.” Balas Emma dengan sengihan tanpa rasa bersalah. Cepat-cepat dia melangkah keluar kerana tahu yang teman sebiliknya itu akan membebel sebentar nanti.
Fathiyah ketap bibir. Tidak mampu menolak.
…………..

“Amin, kau takda tempat lagi jauh ke nak bawak kita orang pergi makan?” Selamba Emma menyindir sebaik keluar dari kereta. Lebih setengah jam mereka dalam kereta semata-mata mahu ke tempat itu. Matanya sempat menjeling ke arah Fathiyah yang pura-pura mengoyak senyum lebar. Dia tahu sahabatnya itu tidak suka apa yang sedang berlaku kini.

“Tiya tak bising pun.” Jawab Amin selamba yang jalan beriringan dengan gadis itu.

Fathiyah senyum kelat. Sempat juga dia menghadiahkan jelingan ke arah Emma. “Erm.. Amin, ni kedai siapa?” Soalnya apabila melihat suasana restoran yang begitu meriah dengan kehadiran pelanggan yang ramai. Dan kebanyakannya adalah lelaki.

“Tiya ingat tak hari tu Amin ada cakap pasal kedai Uncle Izzy? Ni la kedai yang Amin cakap tu.” Jelas Amin dalam senyuman. Tenang sahaja hatinya apabila gadis itu ada di hadapan mata.

“Oh.. Yang arwah wife dia dulu atlet renang ke?” Fathiyah cuba mengingati semula.

“Yup!” Amin tersenyum lebar.

“Min, ramainya lelaki? Ni memang kedai makan untuk lelaki ke apa?” Emma mencelah saat kaki terhenti di muka pintu gerbang restoran yang memilih konsep kampung sebagai tema.

Amin tersengih. “Takdalah. Jom masuk.” Dia mendahului dua gadis itu.

Fathiyah memegang lengan Emma. Agak tidak selesa saat berjalan masuk apabila perasan banyak pasang mata yang tertumpu pada mereka menyebabkan dia tidak berani menoleh ke kiri mahupun ke kanan. Fokusnya hanya buat Amin yang berjalan di hadapan. Menurut sahaja ke mana langkah kaki lelaki itu.

Tiba di sebuah meja paling belakang, baru dia menarik nafas lega. Dari situ, baru dia perasan yang sememangnya hanya ada seorang dua sahaja pelanggan wanita dan selebihnya adalah lelaki. Dia menggeleng. Penangan dua skrin besar yang sedang menayangkan perlawanan bola sepak. Tidak hairanlah kaum Adam akan memenuhi restoran itu.

Korang nak makan apa?” Tanya Amin yang masih berdiri.

“Amin, saya nak air tembikai ajelah. Makan tak nak. Saya kenyang lagi makan dekat rumah tadi.” Sahut Fathiyah dengan senyuman nipis.

“Aku apa-apa ajelah. Tapi nak nasi. Air macam biasa.” Tambah Emma pula.

“Okey.” Amin terus berlalu ke kaunter berhampiran.

Beb, aku rasa macam tak pakai baju dekat sini.” Luah Emma perlahan sambil menarik sweater yang dipakai.

“Hm.. Mata lelaki beb. Tahu ajelah. Sekali pandang rezeki kan? Dua kali pandang, rezeki jugak.” Jawab Fathiyah selamba walaupun sebenarnya dia turut merasai perkara yang sama. Padahal, masing-masing mengenakan baju-t lengan panjang dan jeans yang longgar. Cuma hanya mereka tidak menutupi aurat di hujung kepala yang mendedahkan pemandangan di bahagian dada.

“Assalamualaikum.” Sapa satu suara garau yang menghampiri meja mereka tiba-tiba.

Fathiyah sudah melemparkan senyum manis sebaik menjawab salam. Emma pula berkerut dahi.

“Macam pernah tengoklah Uncle ni..” Ujar Fathiyah kepada lelaki yang melabuhkan duduk di hadapan mereka.

Emma tidak lepas memandang wajah lelaki yang sudah berusia tetapi masih segak itu.

“Fathiyah kan? Yang ni Emma.” Syed Azizi melemparkan senyum kepada kedua-dua gadis itu.

“Ni ke Uncle Izzy?” Balas Emma ragu-ragu. Dia hanya kenal pada nama. Namun dia sendiri belum pernah bertemu dengan lelaki itu seperti mana yang diceritakan oleh Amin sebelum ini.

Syed Azizi angguk sekali. Tidak lekang dengan senyuman di bibirnya.

Fathiyah yang memerhati, terus mematikan senyum saat melihat senyuman yang terukir di bibir lelak itu. ‘Macam kenal senyum tu..’ Desis hatinya. “Uncle, kita pernah jumpa ke?” Ringan mulutnya bertanya.

Syed Azizi senyum lagi. “Nur Fathiyah Abdullah. Girlfriend Amirudin Zulkarnain Shah. Siapa tak kenal.” Balasnya dengan senyum penuh makna sebelum dia memandang ke arah sekumpulan lelaki yang sedang leka menonton perlawanan bola sepak Liga Piala Inggeris.

Mata Emma membulat memandang ke wajah teman sebiliknya itu. “Kau kenal Uncle Izzy?” Soalnya separa terkejut.

Fathiyah senyum kelat. Cuba mengingati seraut wajah di hadapannya itu. Pelik bagaimana lelaki itu tahu dia berkawan dengan Amirudin.

“Tiya, Uncle Izzy ni coach pasukan hoki ex-boyfriend awak tu.” Celah Amin yang kembali bersama tiga gelas air berperisa di dalam dulang yang dibawa.

“Oh.. Patutlah macam kenal.” Fathiyah terus mengoyak senyum lebar.

Dia baru teringat akan seraut wajah itu. Dahulu dia sering mengikuti Amirudin ke padang jika lelaki itu mempunyai latihan mahupun perlawanan penting. Cuma, dia belum pernah melihat seraut wajah lelaki yang berumur lewat 40-an itu dengan lebih dekat. Dan pastinya, dia hanya perasan wajah garang dan tegas Syed Azizi ketika mengendalikan pasukan hoki di padang. Susah benar melihat wajah lelaki itu tersenyum seperti di hadapannya kini. Cuma, senyuman itu persis seseorang yang cukup dekat di hatinya..

“Uncle dah lama tak nampak Fathiyah datang masa Amirudin training sebelum ni. Tu yang nampak Tiya masuk tadi, Uncle rasa macam kenal.” Balas Syed Azizi senang.

“Nama Uncle Syed Azizi, tapi kenapa nama kau takda Syed Min?” Ujar Emma tiba-tiba. Baru perasan akan perbezaan itu walaupun sebelum ini Amin ada memberitahu akan nama sebenar Uncle Izzy.

“Memanglah takda. Uncle Azizi ni kahwin dengan Aunty aku. Kan Aunty aku dah takda. Sekarang ni, Uncle Izzy aku ni la, Uncle paling hot yang aku ada tahu tak?” Jawab Amin sambil menepuk beberapa kali bahu suami arwah ibu saudaranya itu.

“Ada-ada ajelah kamu Min. Makanan dah siap ke belum dekat belakang tu? Kamu pergi tengok.” Balas Syed Azizi pula. Segan dipuji begitu oleh Amin yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri memandangkan dia tidak punya zuriat sepanjang bernikah selama hampir dua puluh tahun lalu bersama bekas isterinya.

“Uncle, kedai uncle ni memang kedai lelaki ke?” Emma berbasa-basi apabila perasan semua pekerja yang ada adalah lelaki.

Syed Azizi tergelak. “Ha’ah. Memang sengaja Uncle pilih lelaki. Senang nak handle.” Senang dia menjawab.

“Iya ke senang handle Uncle? Macam susah aje Emma tengok.” Balas Emma bersama kerutan. Gerun juga tadi dia mahu masuk ke restoran itu.

Syed Azizi hanya senyum. “Okeylah. Enjoy your dinner okey? Makanan dah siap tu.” Ujarnya apabila kelibat anak saudaranya sudah kembali bersama seorang pekerjanya sambil membawa makanan yang dipesan. “Nanti kalau ada apa-apa, panggil aje Uncle dekat tu dengan budak-budak tu..” Sambungnya sebelum bingkas. Dia mahu mendapatkan anak-anak didik pasukan hokinya yang turut sama ada di situ.

“Okey Uncle!” Mesra Emma menjawab manakala Fathiyah hanya melemparkan senyum sambil menghantar langkah Syed Azizi mendapatkan sekumpulan lelaki yang mengenakan baju-t hampir sama di meja panjang di hadapan skrin besar. Dia cuba memerhati satu persatu wajah lelaki di situ hinggalah matanya terhenti ke seraut wajah yang dikenali sebelum terhenti lama ke seraut wajah yang satu lagi. Liur ditelan kesat. Bibir mengoyak senyum payau.

“Kau senyum dengan siapa beb?” Emma menyiku perlahan lengannya membuatkan dia segera berpaling.

“Er.. Shah..” Jawabnya perlahan tidak mahu didengari Amin yang sudah mengambil tempat Syed Azizi tadi.

Emma yang sedang menyedut jus oren dari gelasnya hampir tersedak. Kepalanya segera diangkat untuk mencari seraut wajah yang dimaksudkan.

Korang pandang apa?” Amin yang perasan akan reaksi kedua-dua gadis di hadapannya itu turut memandang ke arah yang sama. Helaan halus terlepas di bibirnya.
………..

“Kau cakap nak balik cepat tadi sebab ada kelas pagi esok. Sekarang kenapa kau ada dekat sini?” Fathiyah menyoal kembali apabila Amirudin mempersoalkan kenapa dia berada di restoran itu.

“Kau lupa rumah aku dekat mana? Rumah aku dekat perumahan belakang ni aje. Yang kau tu, datang jauh-jauh macam ni kenapa? Bukan dekat rumah tadi kau dah makan ke?” Balas Amirudin yang cukup tidak senang saat melihat gadis itu melangkah masuk ke restoran tadi. Tambahan pula bersama seorang lelaki yang pernah ditemui sebelum ini.

“Ala.. Manalah aku tahu Amin nak bawak aku ke sini. Aku cuma temankan roommate aku aje. Aku tak makan pun la.” Balas Fathiyah dengan wajah yang mencuka. Tidak suka melihat ketegangan di wajah lelaki di hadapannya itu.

“Kau ada apa-apa ke dengan mamat tu?” Selamba Amirudin bertanya demi meredakan api cemburu yang menghangatkan hati.

Fathiyah kerut dahi. “Soalan apa tu?” Dia memulangkan soalan juga. Yakin yang mungkin sahaja Amirudin lupa akan perjanjian mereka. Dia berhak untuk mengenali sesiapa pun sebelum dia benar-benar bertemu dengan jodohnya.

Amirudin ketap bibir. Wajah gadis di hadapannya itu dipandang geram. ‘Lepas sorang, sorang datang pada dia ni.. huh!’ Merungut-rungut hatinya apabila ada dua orang lelaki yang cuba mendekati gadis itu. Bukan dia sukar tafsir cara lelaki bernama Amin memandang bekas kekasihnya tadi.

“Tiya.. Jom..” Ada suara garau mencelah tiba-tiba membuatkan kedua-duanya berpaling. Amin kian menghampiri mereka di tempat letak kereta itu.

Fathiyah serba salah. “Er.. Aku balik dululah. Kirim salam pada Nuar.” Ujarnya serba tidak kena sebelum bergerak meninggalkan Amirudin di situ. Terus sahaja dia mendapatkan Amin dan teman sebiliknya sudah sedia menanti di kereta selang beberapa buah kereta dari tempat mereka berdiri.

Amirudin tidak membalas. Sebaliknya pandangan matanya tajam menghantar langkah si kekasih hati yang kian menjauh. Telefon dari saku seluar dikeluarkan. Jemarinya ligat di atas Samsung Galaxy S4 yang dipegang.

+ Beb, kau sampai bagi tahu aku. Terus balik! Kau jangan nak merayau ke tempat lain pulak.

Mesej berbaur amaran dihantar. Langsung tiada keyakinan di hatinya apabila membiarkan Fathiyah keluar malam bersama kawan lelaki walaupun masih ada kawan yang lain turut serta. Bukan dia tidak tahu yang sejak dulu lagi Fathiyah mudah sahaja berkawan dengan lelaki.

Telefon yang dipegang bergetar beberapa saat kemudian saat matanya melihat kereta yang dipandu oleh Amin mula bergerak meninggalkan petak parkir itu. SMS dibaca.

+ Kalau aku merayau kenapa? Kau nak ikut ke? :P

Sekali lagi Amirudin ketap bibir rapat hingga menampakkan rahangnya. Fathiyah memang suka mencabar tahap kesabarannya yang tidak setebal mana.


11 comments:

MaY_LiN said...

memang nk kn gegetla c tiya ni

Unknown said...

Amboi maylin nak geget tang mana tu kat c-tiya kita ni...ahahaha

kak na said...

(⊙o⊙)

Unknown said...

Pandainyer akak wat mata besaq2 awat hidung xwat panjang lak kak na...hihihi

Ehem said...

Maylin>

ahaha.


Kakna> jangan lupa pm saya. mahukah TDK? takmo sye nak sedekah kat orang lain. :D

kak na said...

nak ler

kak na said...

♡♬♬♬♡

ada said...

Best..kan bgus klau shah gan tiya brbaek btul2..xmo laa gduh2 trus..

Kak Sue said...

Shah tu masih sayang Tiya tapi ego x mahu cerita masalah sebenarnya dgn Tiya... InsyaAllah boleh terima ja... sebab Tiya pun masih sayang dgn Shah...

ayu salina said...

Alahai......mencabar perasaan Shah yer

neyney :) said...

sis,,,,smbung sis,,,, x sabar nak tau sterusnya,, :)