.............
No tajuk 8
“Tiya…” Meleret Amirudin
memanggil nama gadis di sisinya itu.
“Kau boleh tak jangan nak panggil
aku macam tu. Kau saja nak test aku
kan?” Fatiyah menjeling geram.
Amirudin tergelak. “Habis tu,
yang kau diam aje dari tadi kenapa? Macam aku drive sorang-sorang. Mengantuk tahu tak?” Balasnya dengan sengihan
lebar. Berjaya membuatkan gadis itu bersuara.
Fathiyah menjuihkan bibir. Faham
benar dengan perangai Amirudin yang tidak akan senang jika dia hanya berdiam
diri. “Habis tu, sebelum ni kau drive sorang-sorang
tu okey pulak?” Sindirnya selamba.
“Time tu memang dah takda siapa nak teman aku. Sekarang ni, ada
teman. Orang ada teman, buat macam orang ada temanlah.” Selamba Amirudin
menjawab.
“Mengadalah! Aku mengantuk tahu
tak. Sibuk ajak balik pagi-pagi kenapa? Macamlah nak balik rumah dia.” Rungut
Fathiyah yang tidak puas hati kerana lelaki itu seawal tujuh pagi sudah terpacak
di pintu pagar hostelnya.
Amirudin tersengih lagi. “Aku
terjaga awal. Dah tak tahu nak buat apa, aku terus ajelah siap.” Jawabnya sama
seperti tadi. Bukan main senang lagi hatinya saat itu.
“Kau sedaplah bangun-bangun aje breakfast dah siap atas meja. Dah la
malam tadi aku tak makan. Ni pagi-pagi dah suruh aku siap cepat.” Kelat wajah
Fathiyah menghamburkan rasa tidak puas hatinya. Tambahan pula perutnya memang
minta diisi sejak tadi.
“Alololo… Siannya dia..” Sengaja Amirudin mengusik sebelum perutnya
terasa senak apabila Fathiyah sudah melayangkan tangan ke perutnya. “Hish! Kau
ni kan.. Tangan kau tu memang tak reti duduk diam eyh..” Amirudin menggosok perutnya perlahan.
“Padan muka!” Ejek Fathiyah puas
hati.
“Alah.. Nak gurau sikit pun tak
boleh. Tu ha… Ummi siap tapaukan sandwich telur dekat belakang tu untuk kau.”
Ujar sambil menunjuk ke arah beg kertas yang dibawa dari rumah tadi.
Mata Fathiyah terus membulat.
Senyuman di bibirnya mekar. Tanpa menunggu lama beg kertas di tempat duduk
belakang dicapai. “Ni yang aku sayang sangat dengan ummi ni.” Ucapnya dengan
wajah teruja. Penutup bekas terus sahaja dibuka sambil menjeling ke arah
Amirudin di sisi. “Ummi sayang aku lebihlah. Jangan jealous!” Katanya sengaja mengusik.
Amirudin menjuihkan bibir. “Aku
cakap aje nak keluar pagi, ummilah yang paling sibuk pasal kau tahu? Sebab dia tahu kau mesti takkan sempat nak breakfast punya.” Beritahunya perihal
umminya.
“Waa.. Ummi ni suka buat aku touching tau. Siap sekali dengan Neslo.”
Kata Fathiyah tanpa menghiraukan kata-kata Amirudin.
“See? Memang betullah dia sayang kau. Pantang aku sebut nama kau,
mesti dia yang paling sibuklah.” Tambah Amirudin lagi. Hatinya senang melihat
gadis di sisinya itu begitu ceria melihat sandwich telur yang dibawa.
“Haruslah! Sebab kau kan anak
angkat ummi aje. Ha ha ha..” Selamba Fathiyah menjawab sebelum mula menyuap
sandwich ke mulutnya.
Amirudin tersengih kelat. Terusik
hatinya namun ia tidak akan menggugat sedikit pun rasa bahagia yang sementara
itu. Dia tahu Fathiyah sekadar bergurau. “Orang sebelum makan baca bismillah.
Kau makan dengan syaitannirhojimm Tiya.” Balasnya tidak mahu mengalah
menyebabkan gadis itu terus tersedak-sedak. Dan serentak itu juga dia
memberhentikan keretanya ke tepi. “Kau ni lain kali boleh tak makan tu jangan gelojoh
sangat.” Dia segera mencapai botol air mineral yang turut sedia dibawa.
Tangannya tanpa disuruh terus menggosok lembut belakang tubuh Fathiyah.
“Shah…” Dalam terbatuk-batuk
Fathiyah cuba menolak tangan Amirudin. Tidak selesa lelaki itu menyentuhnya begitu.
“Er.. Sorry.” Amirudin serba salah. “Kau tu lain kali makanlah
elok-elok.” Dia risau melihat wajah Fathiyah yang merah padam.
“Kaulah.. Syaitannirhojimm
bagai.” Fathiyah menyerahkan kembali botol air mineral tadi. Tisu dari tangan
lelaki itu pula dicapai.
Amirudin tergelak kecil. “Tu..
Lap dashboard aku sakali tu.” Arahnya
sebelum kembali memandu.
Fathiyah sempat menghadiahkan
jelingan sambil mengelap mulutnya yang sedikit comot kemudian berpindah ke arah
dashboard kereta yang dimaksudkan. “Shah, nanti sampai rumah, kalau ibu tanya
pasal kita, kau pandai-pandailah jawab. Aku tak nak jawab.” Ujar Fathiyah
sebaik mengelap mulutnya.
“Eh, aku sorang kena jawab?”
“Hello dear! Siapa yang nak sangat kita baik? Kau ke aku?” Fathiyah
menjungkitkan keningnya sebelah.
Amirudin menarik senyum tepi.
Terusik lagi hatinya. Sedar yang hubungan mereka kini hanyalah sementara. Dan
dia tahu gadis itu rasa terpaksa untuk berbaik dengannya. “Iyalah.. Nanti aku explain dengan ibu. Jangan risau.”
Jawabnya lambat seraya mengerling sekilas. “Beb,
tepi bibir kau.” Ringan sahaja tangannya ingin mengelap tepi bibir Fathiyah
namun gadis itu segera menolak.
“Shah.. Lepas ni, boleh tak kau
jangan suka-suka nak pegang-pegang aku. Rugilah husband aku nanti.” Fathiyah cepat-cepat mengelap tepi bibirnya
yang comot.
“Eh, yang kau pukul aku tadi
takpa? Kau ingat wife aku tak rugi?” Balas
Amirudin yang sengaja mempersoalkan peringatan gadis itu.
Fathiyah menjuihkan bibir. Bukan
meluat dengan apa dipersoalkan. Tetapi lebih kepada ayat terakhir yang
diucapkan oleh lelaki itu. Tanpa mahu melanjutkan bicara, dia leka menikmati
sandwich telur yang masih berbaki.
…………………
“Ibu!!” Agak kuat dia menjerit
apabila melihat sangkar besi di belakang rumahnya itu kosong. Penghuninya
tiada.
“Kenapa ni Tiya?” Sahut Faridah
dari muka pintu dapur.
“Gina mana? Along keluarkan ke?”
Soal Fathiyah masih tidak berganjak di hadapan sangkar itu.
“Ha’ah...” Ringkas Zainab
menjawab dengan perasaan serba salah.
Fathiyah terus mendapatkan ibunya
di muka pintu itu. “Ada atas siling? Bila Along keluarkan?” Dia terus
memanjangkan leher ke salah satu sudut siling dapur. Petak siling yang
kebiasaannya terbuka jika ular sawa kesayangannya dilepaskan, bertutup.
Wajahnya berkerut. “Kenapa Along tak bukak siling tu?” Soalnya sedikit pelik.
Wajah ibunya itu dipandang.
“Along dah lepaskan Gina minggu
lepas…” Perlahan Zainab menjelaskan keadaan yang sebenar.
Fathiyah tergamam. Wajah ibunya
itu dipandang tanpa berkelip. “Along buang Gina ke bu…” Ada getaran dalam nada
suaranya.
Zainab melepaskan keluhan.
“Tiya…” Dia cuba meraih bahu anak bongsunya itu namun tangannya ditolak.
“Bila Along buang Gina?” Soalan
pula meniti bibir Fathiyah.
“Kelmarin…” Zainab terpaksa
mengakui.
Dua hari lepas, dia sudah
melarang Amri dari melepaskan ular sawa kesayangan anak bongsunya. Namun anak
sulungnya itu tetap berdegil atas alasan perikemanusiaan. Ular sawa betina itu
berhak hidup bebas.
“Kenapa ibu tak bagi tahu Tiya
Along nak buang Gina…” Lemah Fathiyah bersuara dengan mata yang mula
berkaca-kaca. Kecewa benar hatinya saat itu kerana haiwan kesayangan yang sudah
hampir sepuluh tahun membesar bersamanya dibuang tanpa pengetahuannya.
“Ibu dah cakap dengan Along
tunggu Tiya balik… Tapi…”
“Along memang dah tak sayangkan
Tiya… Sampai hati Along buang Gina…” Fathiyah sudah mengalirkan air mata. Dua
ekor ayam yang dibeli khas buat haiwan eksotiknya itu terus diserahkan kepada
ibunya sebelum dia terus berlalu masuk ke dalam bilik.
“Tiya…” Zainab tidak tahu apa
yang harus diucapkan. Hubungan dingin yang baru sahaja beransur pulih, kini
keruh kembali.
“Bu… Kenapa tu?” Muncul Amirudin
di ruang dapur itu. Tubuhnya tanpa sengaja dilanggar oleh Fathiyah saat mereka
berselisih tadi.
“Hm… Dua hari lepas Amri lepaskan
Gina dekat belakang tu ha…” Jawab Zainab bersama keluhan. Dua ekor ayam tadi
terus sahaja dimasukkan ke dalam peti sejuk.
“Oh… Iya ke…” Amirudin berdiri di
muka sambil melihat kawasan belakang rumah itu. Ada ladang kelapa sawit di
belakang perumahan tanah persendirian itu. “Bu… Boleh ke lepaskan Gina dalam
ladang tu? Tak bahaya ke?” Ujarnya lanjut.
“Bukan dalam ladang tu. Amri
buang dekat belukar kecil sebelah ladang tu.” Jelas Zainab yang turut sama
berdiri di sisi anak muda itu.
Dia yang sebenarnya masih
terkejut dengan kepulangan kedua-duanya tadi, memandang ke wajah Amirudin
dengan penuh tanda tanya.
“Bu…” Amirudin kerut dahi saat
matanya berlaga dengan mata Zainab. Ada sedikit kelainan pada riak wajah
sahabat umminya itu. “Er… Ada apa-apa ke dekat muka Shah?” Tangan mula
meraba-raba mukanya sendiri.
Zainab senyum segaris. “Taklah…
Erm… Boleh ibu tanya sikit?” Tuturnya lembut. Dia sudah sedia maklum akan apa
yang sedang berlaku. Namun, ada sesuatu yang dia ingin tahu dari mulut lelaki
muda itu sendiri.
“Ibu ni… Nak mintak izin pulak. Tanya
ajelah apa yang ibu nak tanya. Apa yang Shah boleh jawab, Shah jawab.” Balas
Amirudin senang bersama senyuman.
“Shah memang langsung tak boleh
terima Tiya lagi ke?”
Senyum di bibir Amirudin terus
mengendur. Tersentak dengan soalan yang diajukan. Nafas berat terhela dari
mulutnya. “Ibu.., ibu tahukan siapa Shah? Keluarga ibu ni keluarga baik-baik
bu… Ada ramai lagi lelaki baik untuk Tiya. Shah ni cuma boleh jadi abang dia
aje bu…” Jawabnya lambat bersama keluhan panjang.
“Shah…”
“Bu, Tiya nak jumpa Alan kejap.”
Muncul Fathiyah di situ, belum pun sempat Zainab menyambung kata. Tangannya
dicapai sekilas sebelum gadis itu terus berlalu.
“Bu, Shah ikut dialah. Shah pergi
dulu bu. Ibu jangan risau pasal Tiya
tu okey?” Amirudin pula tergesa-gesa mencapai tangan tua Zainab sebelum dia
laju menuruti langkah Fathiyah laju ke muka pintu. Tidak senang hatinya saat
nama lelaki lain meniti bibir gadis itu.
Zainab hanya mampu memandang
kelibat kedua-duanya hilang daripada pandangan.
………………
“Korang ni ada apa-apa ke?” Soal Azlan sebaik meletakkan segelas
Neslo kegemaran Fathiyah dan jus oren seperti yang dipesan oleh Amirudin
sebentar tadi.
Fathiyah menghadiahkan jelingan ke
sisinya apabila melihat Amirudin tersengih-sengih tanpa rasa bersalah kerana
menurutinya ke situ. “Kau rasa?” Sengaja dia mengajukan soalan juga kepada
lelaki berwajah manis di hadapannya itu.
Azlan tergelak. “Entah. Tapi aku
harap, aku ada peluang lagi la.” Balasnya penuh makna. Sempat keningnya
dijungkitkan kepada Amirudin. Bukan dia tidak nampak api cemburu yang sedang
menyala di mata lelaki itu.
Amirudin pula ketap bibir.
Terpaksa tahan hati.
“Tiya, kenapa ni? Kau okey ke?”
Azlan memberi tumpuan kembali ke arah gadis yang pernah menjadi pilihan hatinya
sebelum ini.
“Aku takda mood la Alan..” Jawab Fathiyah malas. Disedut perlahan Neslo ais di
hadapannya.
“Alah… Janganlah macam tu. Kau
dah lama tak datang kedai aku ni. Tiba-tiba datang, kau takda mood. Story la dengan aku kalau ada apa-apa. Macam tak biasa.” Balas
Azlan prihatin. Sememangnya walaupun mereka sudah jarang bertemu, agak kerap
juga gadis itu menghubunginya semata-mata mahu meluahkan perasaan. Dan dia
sendiri maklum akan apa yang sedang berlaku di antara Amirudin dengan gadis
itu.
“Erm… Makde mana? Tak nampak
pun?” Fathiyah terus mengajukan soalan lain tanpa menjawab soalan Azlan tadi.
Tiada kepentingan ingin dikongsikan tentang haiwan kesayangannya yang telah
dibuang.
“Mak aku pergi cari barang kejap.
Tu yang aku ada dekat kedai ni.” Balas Azlan bersama kerutan di wajah. Matanya
sempat mengerling ke arah Amiruddin. Mahu lelaki itu bersuara dan memberitahu
apa sebenarnya yang sedang berlaku.
“Abang Am dah buang Gina.”
Amirudin bersuara malas. Walaupun hubungannya bersama Azlan tidak begitu baik,
tetapi mereka sudah kenal sejak di bangku sekolah lagi.
“Oh.. Sebab tu la muka kau kelat
semacam ni?” Lanjut Azlan dengan sengihan. Lucu melihat wajah Fathiyah
memuncung begitu.
“Tu la.. Along aku la ni. Suka
hati aje dia buang Gina. Dah la abah aku yang bagi dulu.” Balas Fathiyah
bersama keluhan. “Erm.. Alan, jom temankan aku cari Gina nak?” Sambungnya penuh
mengharap.
“Nak buat apa?!” Serentak pula
Amirudin dan Azlan menjawab.
Fathiyah memandang kedua-dua
lelaki itu bersilih ganti. “Sudahlah korang.
Bukan aku tak tahu korang takut ular.
Nama aje lelaki! Dah tak payah! Biar aku aje yang cari!” Bentak Fathiyah
sebelum bingkas.
Azlan sudah menggaru kepalanya
yang tidak gatal. Manakala Amirudin pula terkocoh-kocoh bangun sambil mengeluarkan
not sepuluh sebelum dia terus mengejar Fathiyah yang melangkah laju.
“Tiya!” Amirudin cuba menyaingi
langkah Fathiyah yang kian menghampiri kereta. “Tiya! Kau boleh tak relax dulu?!” Dia sudah memintas gadis
itu.
“Dah la Shah. Kalau aku lambat cari
Gina, lagi jauh dia dah pergi.” Ujar Fathiyah seraya cuba menolak tubuh Amirudin
yang menghalang pintu kereta.
“Tiya Tiya Tiya! Kau ni kenapa?
Ular aje pun!” Amirudin masih mahu menghalang.
“Memanglah ular aje pun! Tapi
sebab dia ularlah aku nak cari dia balik! Sebab Gina tak pernah pun tahu nak
sakitkan hati aku! Apatah lagi nak tinggalkan aku melainkan dia mati!” Fathiyah
membalas geram. Sakit hati kerana Amirudin langsung tidak peka dengan
perasaannya. Bukan tidak tahu begitu lama dia membela dan menyayangi haiwan
eksotiknya itu.
Amirudin terkedu.
“Tepilah kau!” Fathiyah terus
sahaja menolak tubuh Amirudin yang tegak berdiri di hadapannya. Terus sahaja
dia meloloskan diri ke tempat pemandu. Tanpa menghiraukan Amirudin yang masih
tidak bergerak di situ, terus sahaja dia memandu.
“Shah.” Azlan datang menghampiri.
“Sampai mati pun Lan dia takkan
lupa apa yang pernah aku buat.” Luah Amirudin perlahan.
Azlan menepuk beberapa kali bahu
lelaki itu. “Jom kita duduk borak dulu. Kau pun dah lama sangat tak lepak dekat
kedai aku. Lepas mak aku sampai nanti, aku hantar kau balik. Jom.” Mesra dia
mengajak.
Amirudin pula tidak menolak.
Hanya menuruti langkah Azlan masuk ke kedai semula.
“Apa sebenarnya tujuan kau baik
dengan dia balik Shah?” Azlan bertanya sebaik mereka melabuhkan duduk di kerusi
tadi. Dia ingin tahu sendiri penjelasan dari bibir Amirudin walaupun dia sedia
tahu dari pihak Fathiyah.
Amirudin menghela nafas panjang
sebelum matanya terhala ke arah lelaki di hadapannya itu. “Kenapa kau nak
tahu?” Ada keraguan dengan soalan yang diajukan kepadanya.
Azlan senyum segaris. “Kau tak
rasa ke, kau sebenarnya akan sakitkan hati dia lagi?” Dia berkias.
“Dah dua tahun Lan dia langsung
tak nak jumpa aku, tak bercakap dengan aku. Kau ingat, aku boleh senang hati ke
hidup dalam kemarahan dengan kebencian orang? Lagi-lagi Tiya.” Luah Amirudin
jujur.
“Dah tahu macam tu, yang hari tu
kau pergi cancelkan majlis tunang kau
kenapa? Siapa yang salah sekarang ni? Kau tahu tak Tiya sayang kau gila-gila
sampai dia tak pandang pun aku yang kurang kacak sikit aje dari kau. Dah la kau
yang beriya-iya ajak dia bertunang bagai. Lepas tu, kau boleh cancel macam tu aje.” Balas Azlan tidak
puas hati akan tindakan yang dilakukan oleh lelaki itu dua tahun lalu.
Amirudin melepaskan nafas berat.
Sama berat apa yang disimpan kemas di dalam hatinya. “Kau ingat aku suka-suka
buat keputusan tu ke? Aku, kalau boleh sekarang jugak nak nikah dengan dia.” Jawabnya perlahan.
“Habis tu, apasal kau tak buat?” Selamba Azlan menyoal.
“Sebab aku tak bolehlah, aku tak
buat. Kalau tak, dari dulu lagi aku buat Lan.” Tingkah Amirudin mula sakit hati
dengan setiap pertanyaan lelaki di hadapannya itu.
Azlan melemparkan senyum sinis.
“Aku tak fahamlah kau ni Shah. Suka, tapi kau tak nak dia. Apa tu? Kau ni ada
masalah apa sebenarnya? Ada masalah hati ke, masalah otak? Aku kesian dengan
Tiya tu tahu tak? Dah la comel, cute,
caring. Cuma dia tak tahu masak dengan
childish sikit aje. Tapi lepas korang break, aku dah tak nampak manja
dia tu. Jadi degil semacam. Hati kering. Tu yang aku pelik sekarang ni, macam
mana dia boleh terima kau balik? Kalau tak, aku sebut nama kau aje, tangan dia
cepat aje nak melayang.” Panjang dia membebel.
Amirudin mengeluh lagi. Tidak
mungkin dia akan menerangkan keadaannya yang sebenar. Cukup hanya dia bersama
ahli keluarga terdekat sahaja yang tahu.
“Bro, kalau kau tak nak dia, lepaskan dia. Bagi peluang pada orang
lain yang boleh jaga dia.” Kata Azlan lagi sekadar menasihati walaupun dia
yakin lelaki itu masih menaruh perasaan terhadap Fathiyah.
Keluhan lagi terlepas di bibir
Amirudin. Berat benar kenyataan Azlan untuk diterima walaupun dia sedar akan
hakikat yang satu itu. Dia langsung tidak punya hak ke atas diri Fathiyah. “Kau
ada hati dengan dia lagi?” Soalan itu yang terpacul di bibirnya.
“Kenapa kau tanya?” Azlan
mengajukan soalan juga dengan senyuman penuh makna tergaris di bibirnya.
“Aku cuma nak make sure yang dia tak tersalah pilih.
Tu aje.” Amirudin cuba menenangkan dirinya sendiri.
Azlan melebarkan senyuman seraya
menepuk beberapa kali bahu Amirudin sebelum bingkas. “Jomlah aku hantar kau
balik. Mak aku dah sampai tu.” Sengaja dibiarkan pertanyaan Amirudin tidak
berjawab. Dia mahu lelaki itu menilai sendiri dengan pancaindera yang
dikurniakan tuhan.
........
thanks for reading sahabat!
maaf ni macam serabut! huu
11 comments:
best...
Thanks mio! :)
Alah pendeknyer...xpuas bace ler sha....hehehe
Tajuk : Takdir indah untuk kita
Nur Eyta
sakali~sekali
kena smbg lg tau..
Amra
Bmjm
Tdk
Ku tunggu.....kalian d pasaran
Nur Eyta
Thanks eyta. Noted!
Dewi & maylin
Haha. Maaf. Kelam kalibut. Ngee
Ayu Salina
Allah.. doakan klau ada rezeki. InshaaAllah..
arsha..
kelam kalibut~kelam kelibut
:)
Arsha....nak awra ler...malam ni erk...:)
MESTI AMIR DAN TIYA COMEL KAN MASA DULU.... SEBAB CARA PERBULAN MEREKA SELAMBA JA...
Namamu bertakta dihatiku
Kau tetap dihati
Pahit namun ada manisnya
K.mas
Post a Comment