...........
“Tiya..”
Langkah Fathiyah terhenti. Dia
menoleh dengan wajah tidak berperasaan.
“Minggu ni balik rumah?” Tanya
Zainab yang cuba mencorakkan senyum manis buat anak bongsunya itu.
“Tak tahu lagi bu. Minggu depan
Tiya dah nak exam.” Jawab Fathiyah
sambil memandang ke arah keluarga Amirudin yang beransur pulang sebaik sebutan
semula kes mereka selesai tadi.
“Tiya dah lama tak balik rumah..”
Kedengaran sedikit kecewa suara Zainab menuturkannya.
Sejak peristiwa sebulan lalu,
anak bongsunya itu tidak lagi pulang ke rumah. Lebih banyak menghabiskan masa
di kampus. Puas dia memujuk, namun pelbagai alasan yang diberi.
“Tiya sibuk sekarang bu..” Dia
masih lagi mencipta alasan. Mengelak untuk pulang ke rumah dan bertemu dengan
abang-abangnya. Hatinya benar-benar merajuk dengan apa yang berlaku.
“Hm.. Takpalah.. Nanti
senang-senang Tiya bagi tahu Angah. Nanti dia boleh datang ambik Tiya.” Sambung Zinab mengalah. Dia tidak mahu lagi memaksa.
“Iyalah bu..” Hendak tak hendak
sahaja dia menjawab.
“Buat apa bu ajak orang tak
sudi..”
Muncul Amir bersama lelaki yang
amat dibencinya. Wajah terus dipalingkan ke arah lain. Dia tercari-cari sebuah
kereta yang menghantarnya ke mahkamah syariah itu awal pagi tadi.
“Tak payahlah nak sindir-sindir
orang.” Jelingan tajam dihadiahkan.
“Sudahlah tu.. Jomlah kita
balik.” Zainab mencelah kerana tidak mahu ada pertengkaran di situ. “Angah
dengan ibu hantar Tiya ya?” Sambungnya apabila perasan ketiadaan kereta yang
menghantar anaknya ke situ tadi.
“Takpalah bu.. Tiya tunggu kawan
Tiya. Tadi dia dah janji nak ambik
Tiya.” Balas Fathiyah sambil mengeluarkan telefon bimbitnya. Amirudin yang turut
sama ada di situ langsung tidak dihiraukan.
“Hm.. Ikut Tiyalah.. Ibu dah nak
balik ni.. Tiya jaga diri baik-baik.”
Fathiyah terus menghulurkan tangan
dan memeluk erat tubuh ibunya. Sungguh sebenarnya dia begitu merindui wanita
itu. Namun hanya kerana dia masih berjauh hati akan keputusan yang terpaksa
dituruti, rasa rindunya hanya mampu dipendam. “Ibu jaga diri baik-baik. Tiya
sayang ibu.” Dikucup wajah yang mula keruh itu penuh kasih.
Zainab cuba memaniskan wajah
sebelum dia turut menghadiahkan kucupan yang sama buat anak kesayangannya itu.
“Angah?” Amir sudah menghulurkan
pipinya. Cuba bergurau.
“Jangan nak mengadalah!” Dingin
Fathiyah menjawab. Tangan lelaki itu juga disambut dingin. Tidak seperti
selalu.
“Iyalah.. Sebelum ni elok aje
cium Angah.. Tak suruh pun dia cium..” Amir pura-pura berjauh hati walaupun
sebenarnya dia tahu adiknya itu masih merajuk dengannya.
Fathiyah menjuihkan bibir.
“Sudahlah tu..” Zainab menarik
lengan anak keduanya agar beredar. Tidak mahu lagi berlamaan di situ.
“Shah, kau pun nak balik kampus
kan?” Amir memandang ke wajah sahabatnya yang sejak tadi hanya diam memerhati.
“Haah.” Pendek Amirudin menjawab
diiringi senyuman tawar.
“Tiya kalau kawan Tiya tu tak ambik, tumpang aje Shah.” Arah Amir saat
mereka beriringan ke tempat kereta.
Fathiyah berkerut. “Angah nak
Tiya kena tangkap basah lagi ke?” Dia bersuara tidak puas hati akan arahan yang
diberi.
“Ish! Takdanya siang-siang hari
orang nak tangkap.” Sahut Zainab sedikit kurang senang. Bukan dia tidak perasan
akan perubahan pada wajah Amirudin.
“Entah kau ni..” Tambah Amir
menyebabkan Fathiyah menjeling tajam.
“Malang tak berbau. Sampaikan
orang yang tak bersalah pun dipaksa mengaku salah.” Selamba dia menyindir.
“Hm.. Sudahlah tu.. Jom kita
balik Amir.” Zainab menyampuk. Mahu menamatkan sahaja perbualan yang bakal
mencetuskan perbalahan.
Amirudin dan Amir saat itu hanya
mampu tahan hati. Sedar akan sindiran
yang meniti bibir Fathiyah.
“Tiya jaga diri baik-baik.”
Sempat Zainab berpesan sebelum dia masuk ke dalam kereta.
“Inshaa Allah bu selagi Tiya tak
jumpa dengan orang yang salah.” Kata-katanya tetap berbaur sindiran.
Zainab menggeleng perlahan.
Amir bersalaman dengan Amirudin
sebelum dia juga turut masuk ke dalam kereta. “Sabar ajelah bro. Budak tengah hot.” Ucapnya penuh makna.
Amirudin hanya mampu melemparkan
senyuman tawar. “Er.. Lama lagi ke kawan awak sampai?” Soalnya sebaik kelibat
kereta Amirudin hilang dari pandangan.
Fathiyah tidak menjawab.
Sebaliknya dia terus beredar dari tempat parkir itu. Mahu menanti di tepi pintu
pagar.
“Tiya!”
“Lepaslah!” Fathiyah menepis
kasar tangan Amirudin yang cuba menarik lengannya. “Kau nak apa lagi?!”
Marahnya tidak tertahan. Wajah tenang lelaki itu ditenung tajam.
Amirudin menarik tangannya
semula.
Fathiyah merengus. Wajah
dipalingkan.
“Sementara tunggu kawan kau,
boleh tak kita cakap sekejap?”
“Kau nak cakap apa lagi? Kes kita
dah nak settle. Tunggu ajelah.” Balas
Fathiyah dingin.
“Tiya.. Aku tak nak kita terus macam
ni..” Ucap Amirudin penuh mengharap.
“Kau memang tak nak, tapi aku
nak.” Selamba Fathiyah menjawab.
“Tiya.. Please..” Tanpa segan Amirudin mengucapkannya.
“Kau nak cakap apa lagi?” Tidak
sedingin tadi. Mahu atau tidak dia terpaksa juga berhadapan dengan lelaki itu
memandangkan sahabat yang menghantarnya ke situ tadi masih belum kelihatan.
“Tiya.. Aku tahu aku dah banyak
buat salah dengan kau. Dengan family
kau.. Aku mintak maaf banyak-banyak
Tiya..” Penuh perasaan Amirudin mengucapkannya.
Fathiyah tarik senyum sinis.
Tiada hati mahu menambah.
“Kalau boleh.. Aku nak kita terus
kawan.. Kawan macam dulu. Sebelum kita..”
“Kawan macam dulu kau kata? Kau
ingat tak macam mana kita kawan dulu?” Laju Fathiyah memintas.
Amirudin mengangguk perlahan.
Betapa bahagia dan senang hatinya dahulu saat bersahabat dengan gadis itu.
Hari-hari yang mendatang begitu indah.
“Kau tak rasa apa yang aku rasa
Shah.. Kau tak duduk dekat tempat aku.. Orang yang aku sayang tiba-tiba nak
batalkan pertunangan atas alasan tak sedia. Alasan tak sedia tahu tak Shah? Tak
sedia?” Sengaja dia menyebut lambat-lambat dua perkataan yang terakhir. “Lagi
seminggu kita orang nak bertunang, tiba-tiba datang jumpa aku dia cakap tak
sedia? Kau tak rasa pelik ke Shah sebab dia yang beriya-iya sangat nak kita
orang bertunang, lepas tu dia jugak
yang batalkan. Kau rasa Shah, patut ke aku setia dengan orang yang tak tetap
pendirian macam tu? Patut ke aku baik-baik dengan dia lagi?” Sambung Fathiyah
penuh makna. Air mata yang mula bertakung cuba ditahan dari tumpah.
“Tiya.. Aku tahu kau boleh dapat
lelaki yang lagi baik dari aku Tiya.. Cuma aku..” Amirudin mematikan ayatnya
apabila Fathiyah menggawangkan tapak tangan di hadapan wajahnya agar dia
berhenti.
“Kau sendiri cakap yang aku boleh
dapat lelaki yang lagi baik kan?” Fathiyah merenung tajam wajah keruh di
hadapannya itu. “Habis tu, buat apa lagi kau nak kita berkawan? Sebab senang
kau nak sakitkan hati aku lagi? Tak cukup ke apa yang kau dah buat sekarang ni
Shah.. Maruah aku, maruah family aku
macam tak bermakna langsung pada kau kan.. Aku kena paksa mengaku benda yang
aku tak buat.. Kau ingat aku perempuan apa? Perempuan murahan? Macam tu ke
Shah..” Lirih dia meluahkan dengan dada yang sedikit berombak. Menahan pelbagai
rasa yang bergumpal dalam hati.
“Tiya.. I’m really sorry sayang..” Amirudin meraih jemari halus gadis itu.
Fathiyah menggeleng beberapa kali
seraya menarik semula jemarinya. Tidak sudi disentuh begitu. “Kalau kau sayang
aku, kenapa kau buat aku macam ni.. Sampai hati kau Shah..” Tidak mampu lagi
menahan, air matanya sudah laju menuruni pipi.
“Tiya.. Aku tak mintak semua ni jadi pada kita Tiya..
Sumpah aku cintakan kau.. Tapi keadaan tak mengizinkan kita bersama Tiya.. Aku
tak layak untuk kau.. Ada lelaki lain yang lagi sesuai, lagi baik, yang boleh
cintakan kau lebih dari aku. Cuma aku.. Aku tak sanggup kau pergi jauh dari aku
selagi kau belum jadi milik orang lain.. Kalau boleh.. Aku nak pastikan kau jumpa
dengan orang yang betul-betul boleh jaga, boleh sayang kau lebih dari aku
sayang kau selama ni.. Please Tiya..”
Sepenuh hati Amirudin merayu walaupun sebenarnya kata-kata itu memakan dirinya
sendiri.
Fathiyah menggeleng lagi. Air
mata yang mengalir diseka kasar. “Aku tak faham Shah.. Aku tak faham apa yang
kau cakap. Kau sayang aku tapi kau tak boleh sama dengan aku.. Kau suruh aku
cari lelaki lain tapi kau still nak baik
dengan aku.. Apa semua ni Shah..” Dia cukup keliru apa yang diucapkan oleh
lelaki itu.
“Kau tak perlu faham Tiya.. Cukup
kau faham yang aku tak nak kau jauh dari aku selagi kau belum lagi jadi hak
milik orang lain.” Dia bertegas.
Fathiyah tarik senyum tepi. “Aku
tak perlu faham.. Baik.. Selagi aku belum jadi hak milik orang lain, selagi tu
kau akan ada dalam hidup aku kan? Takpa.. Aku akan pastikan kau jauh dari hidup
aku secepat mungkin Shah..” Air mata yang masih bersisa tidak lagi diendahkan.
Hati mula menanam tekad.
“Fathiyah..”
Muncul seorang lelaki muda dari
salam sebuah kereta yang berhenti tidak jauh dari mereka.
“Tiya..” Amirudin cuba menghalang
apabila Fathiya mula melangkah untuk mendapatkan lelaki yang sedia menanti itu.
“Aku boleh jadi kawan kau macam
dulu Shah.. Aku akan layan kau macam mana aku layan kau dulu sampai aku jumpa
orang betul-betul boleh sayangkan aku. Tapi sekarang ni kau tolong lepaskan
tangan aku. Aku nak balik. Kejap lagi aku ada kelas.” Ujar Fathiyah dengan
suara tertahan. Tidak lagi berkasar dan sedingin tadi. Itu buat permulaan
ikatan ‘persahabatan’ yang akan terjalin semula.
“Thanks sebab sudi nak jadi kawan aku macam dulu lagi..” Balas
Amirudin walaupun terasa payah. Keputusan yang sudah dibuat kini terasa mula
memakan dirinya sendiri. Adakah dia mampu melihat orang yang disayangi bahagia
dengan orang lain sedangkan hatinya hancur berkecai.
Tanpa menanti lama, Fathiyah
terus berlalu membawa hati yang cukup pilu. Keputusan yang dibuat demi
memuaskan hati yang terluka. Biar lukanya kian parah agar tidak terubat lagi.
*****
“Tadi macam mana? Okey?” Soal
Anuar sebaik menyambut tuala yang dihulurkan. Wajah tidak ceria sahabatnya itu
dipandang.
“Okey aje.” Ringkas dan tidak
bersemangat Amirudin menjawab. Wajah ditalakan ke arah sahabat-sahabatnya yang
sedang giat berlatih di tengah padang. Sudah lama dia tidak menyertai mereka
walaupun tempoh rehat yang diberi hampir tiba ke penghujung. Buat sementara
waktu, dia tekad untuk berhenti dan akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada
pelajaran.
“Kau kalau ada apa-apa nak aku
tolong, kau bagi tahu aje. Jangan simpan sendiri bro. Inshaa Allah, apa yang aku boleh tolong, aku cuba tolong.”
Ujar Anuar serba salah. Sewajarnya dia menemani sahabatnya itu ke mahkamah pagi
tadi. Namun, lelaki itu yang melarangnya.
“Takda apalah. Semua dah nak settle.” Masih dalam nada yang sama
namun kali ini ada keluhan berat yang terlepas dari bibir Amirudin.
“Kalau dah nak settle, yang muka kau macam orang kena
paksa nikah kenapa? Kau kena paksa nikah dengan Tiya ke?” Anuar cuba berseloroh.
Tidak mahu sahabatnya itu berterusan murung begitu.
Amirudin tersengih. Namun hanya
seketika apabila wajah sendu gadis yang disayangi terbayang di ruang mata. “Dia
dah boleh terima aku.” Ayat itu yang meluncur di bibirnya.
Anuar yang sedang meneguk air
terus tersedak. Terbatuk-batuk dia menahan perit apabila air yang diminum
keluar dari rongga hidung. “Kau kalau nak buat lawak, tunggulah aku habis
minum.” Marahnya sambil terbatuk-batuk.
Amirudin tersengih lagi sambil
menggosok perlahan belakang tubuh Anuar yang masih terbatuk-batuk. “Sorrylah bro. Punch line aku
kelakar sangat eyh..” Terlepas tawa
kecil di bibirnya.
“Hotak kau punch line! Tu mintak penampar namanya.” Anuar geram
kerana Amirudin masih mahu bergurau.
“Alah kau ni.. Nak gurau sikit pun
tak boleh.. Kata rindu nak jumpa aku tadi..” Amirudin memujuk.
Anuar menjuihkan bibir. Tuala
yang digunakan untuk mengelap peluhnya tadi dibaling ke wajah sahabatnya itu.
“Tak payah nak rindu sangatlah!” Dia menyangkal. “Bro, sekarang serius. Tadi kau saja cakap macam tu sebab kau nak
usik aku kan?” Soalnya bersama sengihan paksa.
Amirudin menggeleng. Senyum paksa
juga dilemparkan.
Wajah Anuar berkerut. “Kau dah
baik dengan Tiya? Biar betul? Bukan kau dengan dia..”
“Dia dah janji nak jadi kawan aku
selagi dia belum jadi hak milik orang lain.” Sambung Amirudin bersama helaan
nafas panjang.
Mata Anuar membulat. “Kau jangan
cakap dengan aku, kau yang mintak dia
buat macam tu?” Tebaknya dengan rasa tidak percaya.
“Aku yang mintak.” Tenang Amirudin menjawab.
Bertambah kerutan di wajah Anuar
menyebabkan dua keningnya hampir bertaut. “Kau ni ada hati ke tak bro? Kau lagi sanggup sakitkan hati
sendiri sebab dia kan?” Dia merengus. Kurang setuju dengan apa yang dilakukan
oleh sahabatnya itu.
“Tu aje cara yang terbaik dari
dia langsung tak nak cakap, tak nak jumpa dengan aku. At least, kalau Suhana dengan Amir takda, dia selamat dengan aku.
Takdalah aku susah-susah macam hari tu.” Jawab Amirudin selamba.
“Weh. Kau sedar tak apa yang kau buat sekarang ni?” Anuar tetap mahu
mempersoalkan keputusan lelaki itu.
Amirudin diam.
“Kau cuma tambah sakit hati dia bro. Kau ingat, dia setuju nak baik
semula dengan kau, hati dia pun sama baik la? At the same time kau suruh pulak
dia cari orang lain yang boleh jaga dia. Apa yang kau fikir ni Din? Aku rasa
dia makin benci kau ada la..” Anuar cuba mengingatkan.
“Dia nak benci aku, tu hak dia.
Aku tak boleh nak buat apa Nuar.” Masih dalam nada yang sama Amirudin menjawab.
“Kau memang nak lepaskan diri kau
aje kan? Aku tak tahulah apa yang kau fikir sekarang ni. Dan, aku tak faham apa
sebenarnya tujuan kau buat macam tu. Hish! Aku tak boleh bayangkanlah apa yang
akan jadi dengan korang nanti. Korang kena buat-buat baik lepas apa
yang dah jadi sebelum ni bukan satu keputusan yang bijak bro. Sorry to say la. Aku
rasa kau dah macam orang bodoh. Semata-mata sebab kau sayang dia, kau tak nak
dia jauh dari kau, kau buat macam ni. Apa yang kau dapat? Lepas dia jumpa
dengan lelaki yang lagi bagus, lagi bijak dari kau, kau tetap kena jauh dari
dia kan? Apa bezanya dengan sekarang ni? Sama aje aku rasa. Hati sakit jugak. Tapi kalau korang buat macam tu.. Huh! Hancur lebur aku rasa hati korang..” Hambur Anuar panjang lebar.
Geram dengan tindakan yang akan dilakukan oleh sahabatnya itu.
“Habis tu kau nak aku buat apa?
Kau lagi suka tengok aku dengan dia terus macam ni? Tak bertegur, tak bercakap?
Nak tengok muka aku pun dia tak sudi. Macam tu kau rasa lagi bagus ke? Hati aku
lagi sakit tahu tak?” Tingkah Amirudin masih mempertahankan keputusan yang
dibuat walaupun sedar yang dia sebenarnya menambah luka di hati gadis yang amat
disayanginya itu.
Anuar menggelengkan kepala
bersama keluhan berat. “Ikut suka kaulah Din.. Aku tak tahu nak cakap macam
mana. Cuma yang aku tahu, korang akan
tambah sakit hati lagi lepas ni.” Balasnya sebelum bingkas. Ada nada kecewa
dalam nada suaranya.
“Nuar..”
“Ikut suka kaulah kau nak buat
apa pun. Aku takda hak nak campur masalah korang
berdua. Sendiri buat, sendiri tanggung ya tak? As a friend, aku dah ingatkan apa yang patut. Aku sayang kau Din.”
Ujar Anuar sebelum kembali ke tengah padang menyertai rakan-rakan yang lain.
Putus asa untuk mengubah pendirian sahabatnya itu.
Amirudin terdiam. Terkesan apa
yang diucapkan oleh sahabatnya itu hingga mengundang air jernih di hujung mata.
Sedar akan tindakan yang diambil kini akan menambah kekeruhan yang ada. Dia
tahu itu. Cuma, keinginan hatinya tidak mampu ditolak. Dia mahu berbaik semula
dengan gadis itu seperti dahulu walaupun mereka tidak ditakdirkan bersama. Itu
lebih baik dari dia terus makan hati dengan layanan dingin Fathiyah seumur
hidupnya. Sekurang-kurangnya kini dia masih diberi peluang untuk melalui
hari-hari ceria seperti dulu dengan kehadiran Fathiyah yang sering menghiburkan
hati.
******
“Beb, kau dah habis kelaskan? Jom keluar. Esok pun kau takda kelas
kan?” Emma yang baru sahaja mandi, masuk ke dalam bilik yang dikongsi bersama
sejak sebulan lalu.
“Malas beb.. Aku takda mood la.”
Jawab Fathiyah malas. Rambutnya yang agak kusut dilurut perlahan sebelum diikat
satu.
“Alah.. Janganlah macam tu.
Jomlah. Selalunya pantang aku ajak keluar, laju aje kau. Jomlah beb..” Emma masih memujuk.
Fathiyah tidak membalas. Hanya
nafas berat sahaja yang kedengaran.
“Tiya..”
“Kau rasa, betul ke apa yang aku
buat ni?” Pintas Fathiyah meluahkan apa yang terbuku di hatinya sejak siang
tadi.
“Buat apa? Kau nak baik semula
dengan ex-boyfriend kau tu?” Emma
memulangkan soalan juga sambil mengeringkan rambutnya. Wajah sahabatnya itu dipandang
dari pantulan cermin di hadapannya.
Fathiyah mengangguk perlahan.
Matanya ralit memandang Emma yang berdiri di hadapan cermin besar. Walaupun
mereka bukan dalam bidang yang sama, sikap Emma yang lebih terbuka dan cukup memahami
memang menyenangkannya. Tidak salah dia membuat keputusan untuk tinggal di
hostel sebulan yang lalu.
“Tiya.. Aku tak tahu nak cakap
macam mana Tiya. Sekarang ni terpulang dekat hati kau.. Kalau kau rasa kuat nak
layan dia macam mana yang pernah kau layan dia dulu, why not. Lagipun, tak elok kita berdendam lama-lama kan? Kita tak
dapat apa pun.” Emma meluahkan pendapatnya.
Fathiyah diam. Memang sejak dia
dan Amirudin tidak jadi bertunang, perasaan benci dalam hatinya bukan sedikit.
Malah seperti sudah sebati dalam dirinya. Kemudian ditambah pula dengan
kejadian sebulan lalu. Itu sudah cukup menambah kelukaan yang sedia ada.
“Sudah la tu Tiya. Siaplah. Tadi
aku dah janji dengan Amin kau nak join
sekali.” Ujar Emma yang mahu menamatkan sahaja perbualan mereka.
“Eh, aku tak kata pun nak ikut.
Kau selamba aje janji dengan dia eyh..”
Fathiyah sempat melemparkan bantal kecil ke arah Emma yang sudah
tersengih-sengih.
“Hello Cik. Kau lupa siapa yang hantar, siapa yang ambik kau tadi?” Emma mengingatkan.
Sahabatnya, Aminuddin Zahril mula menaruh perasaan terhadap teman sebiliknya
itu.
“Alah.. Kau sebenarnya yang suruh
dia hantar aku pagi tadi kan? Kau ingat aku tak tahu. Kau bukannya ada kelas
pagi tadi. Saja kau nak kenakan aku dengan dia kan?” Balas Fathiyah sedikit
geram. Lelaki yang menjemputnya di mahkamah tadi cukup baik budi pekertinya.
Senang dia berkawan dengan lelaki itu.
Emma tersengih-sengih. “Kau ikut eyh? Please..”
Pujuknya lagi dengan wajah minta simpati. Dia tahu Fathiyah tidak akan
menghampakannya.
“Iyalah!” Fathiyah terpaksa
mengalah. Jelingan dilemparkan kepada sahabatnya itu sebelum dia bingkas dari
katil.
...........
saya masih menerima kepada sesiapa yang berkeinginan untuk menyumbang tajuk :)
sukacita saya ingin memaklumkan tajuk yang terpilih akan dihadiahi novel TDK (yang bakal keluar inshaa Allah kalau tak keluar, saya standby hadiah lainlah. eheh)
*OH.. MAAF. hampir terlupa. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN. tidak boleh menggunakan perkataan CINTA dan KASIH. maaf maaf. :)
*OH.. MAAF. hampir terlupa. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN. tidak boleh menggunakan perkataan CINTA dan KASIH. maaf maaf. :)
35 comments:
Nk hadiah tdk..
Hehehe..
Tp dh xde cdgn dh.. Cdgn ditutup bley?
CikN
dik,bila nak sambung kisah awra ? macam dah lama benar tak update cite ni.
Kalau tajuk dia 'bila harus memilih' ok tak?macam kne je jln citer dgn lirik lagu siti tu..ke saya salah jalan citer..hehe klau xkne, ampun2! :)
wa ofer best ni
' ku masih menanti'... ,buleh dak?
kannnn ....dah lma tnggu x klua2...,hmmm
memang khilafku...
>>k<<
Penantian Cinta....hehe mesti lebih semangat ni mencari tajuk dapat hadiah plak tu....:)
cik N>
eh, awak yg tutup cadangan? eheh
ANONYMOUS>
macam ni, sye ingat AWRA takda siapa suka, sebab tu sye stop kan jap then buat crita baru ni. huu tak sngka plak ada yg follow gak. ngee
CIK ECAH>
tajuk sis antara yang menarik yang saya jumpa. thanks. boleh cuba tajuk lain kalau berminat. :)
KAKNA>
hehe. kakna pun nak try. takyah la. haha. but thanks a lot kakna sbb slama ni byk mnyokong sya. hukhuk :')
ANONYMOUS>
erk.. nanti2 sye fikir eh.. ada yg bab strusnya sye spruh jalan taip. nanti sye try smbung. hee..
K>
Thanks K sebab mencuba. listed! :)
DEWI>
disqualified sebab ada pekataan CINTA di situ. ahah.. cuba lagi. :P
But thanks s lot sbb sudi layan peraduan tak seberapa ni. huu
Penantian Rindu yang terpendam....haha termiss plak tak tengok syarat2 tu....huuu...
sye rse sye kena tambah syarat la.
no perkataan RINDU KASIH CINTA.
~haha sje takmo bagi dewi menang. kehkeh
TDK... best tawanan tu.:D
*hati yang terluka
*layakkah aku utkmu sayang
*delima hati ini
*suratan hidupku...
1. JIKA KAU RASA GETARNYA
2. ANDAI KU TAHU
3. ANDAI KAU TAHU
Thanks khairol n suhana.
Wahh. Sye dh nmpk stu lg tjuk yg mnarik dkat sini. :)
Listed!
Tooo bad.. tjuk yg sye suka dah dimiliki orang lain... Hmmm...
SETIA KU DISINI...
SETIA DI HATI...
KERANA HATI MILIKMU...
Arsha sambunglah cerita AWRA... rindu sangat ni...
Kak Sue Follow....
Kak su,sye try smbung Awra ni haa. Hee
Thanks bg tajuk! :D
Sayang Arsha... hehehe
Malu saya... Huu ~_____~
Selamanya di hati..
Penghuni hati..
Tercipta untukku..
Kisah hati kita...
siapa aku dihatimu...
jangan pernah kecewa..
arsha sambung cepat ea
' keliru '
takper cadangan saya je,sila abaikan
Kak na....arsha xnak kite menang lol dah reject awal2 tu....
Dewi pon sahaja wat gempak jer....heee
Apa pon xsabo tunggu nak pelok zarif ngan iman kuasa dua disember ni...:)
mana aciiiiiiii
just teringin mencuba
" kisah cerita kita "
" sungguh aku masih sayangkanmu "
" penganti diriku "
#hope dapat membantu . :) but saya suka tajuk ni MEMORI CINTA LUKA tp takley bubuh tajuk cinta pulak .. hehehe
Lama dah tak komen...
Mengenai citer x bertajuk ni....akak konfius...nama pemain hoki yg xboy tiya ni namanya Amirudin@ shah@ Din....
Nama Angah tiya tu Amir
Nama kawan roomate tiya yg menaruh hati kat tiya tu Pulak Aminudin Zahril....
Sebanyak2 nama, Kenapa nama ketiga2 ni semua hampir sama...boleh x tukar nama lain....konfius akak tau.
Hahaha klakar akak ni. Mmg sngja kak. Eheh.
Tp nme amirudin zulkarnain shah. Pnggilan dia din n shah je. Hihi
Nur farine
Thanks bg tajuk. :)
Boleh hantar seberapa byk tjuk lgi. Msih dterima.
Cadangan tajuk utk novel ni....
1. Siapa aku di hati mu?
2. Masih ada kamu di hatiku....
Setakat ni yg terfikir dulu
ehemmmm ' dambaan bahagia'
masuk list eh
Amboi kak na....siap panggil masuk list plak...paksa ker ni....hahaha
Haha kakna memang.. ugut2 I dewi.. hikhik
ADA >
Sory xprsn ada tadi. Thanks yep tjuk tu. Listed!
saje nk mencuba.sori kalu x ok
1.kerana kau untukku
2.suratan kita
3.rasa ini yang tertinggal
4.penghujung dosa
5.kau segalanya
Q
Setulus keikhlasanku.....
Seme dok bz reka tajuk yer....
Dik sha......tdk dan bmjm bila mau kuar.....windu
Post a Comment