“Ibu!!!”
“Dah kenapa agaknya budak ni..
Suka sangat terjerit-jerit.” Omel Zainab saat terdengar jeritan anak bongsunya
yang tiba-tiba itu. Getah paip yang digunakan untuk menyiram pokok-pokok
bunganya segera diletakkan ke tempatnya kembali. Laju dia melangkah masuk ke
dalam rumah.
“Tiya ni kenapa jerit-jerit? Tak
malu ke jiran-jiran dengar?” Marahnya sambil bercekak pinggang melihat Fathiyah
sedang meniarap hingga setengah badan di bawah katil. “Tiya cari apa ni?”
Soalnya sambil melihat keadaan bilik yang sudah bersepah. Baru semalam dia
mengemaskan bilik itu kerana tahu anak
bongsunya akan pulang cuti hujung minggu.
“Bu.. Gojes hilang..” Jawab gadis
itu dari bawah katil.
“Macam mana pulak boleh hilang?” Soal Zainab lanjut sambil mengutip bantal yang
terdampar di atas lantai.
“Manalah Tiya tahu bu.. Tadi Tiya
nak ganti serbuk kayu dia tu. Tiya letak dia kejap dekat dalam kotak kasut tu.”
Jelas Fathiyah yang masih tercari-cari di bawah katil.
“Kamu tu yang cuai. Dah tahu Si
Gojes tu pantang dapat keluar yang kamu tak kurung dia betul-betul kenapa..”
Kini Zainab turut sama mencari hamster kesayangan anak bongsunya itu pula. “Ada
ke tidak tu?” Soalnya apabila anaknya itu masih lagi tidak keluar.
“Ala.. Bu… Takdalah bu bawah
katil..” Balas Fathiyah sambil membuang sawang-sawang yang melekat di rambutnya
sebaik keluar.
“Baik Tiya pergi cari dekat luar
tu. Nanti kalau jumpa Si Mary dengan Si Alex tu nanti.. Jangan haraplah kamu
dapat Si Gojes tu balik. Tiya tak ingat dulu telinga Si Gojes tu dekat terkoyak
dikerjakan ‘budak’ berdua tu..” Jawab Zainab yang kini sibuk mengemaskan
baju-baju masih belum berbasuh yang berlonggok di belakang pintu. Itulah
‘kerja’ Fathiyah jika setiap kali pulang ke rumah sejak bersekolah asrama lagi.
Pasti banyak baju kotor yang akan dibawa pulang.
“Alah…” Panjang Fathiyah mengeluh
sebelum terus bingkas. Laju dia mengatur langkah untuk mencari kelibat dua ekor
kucing kesayangan abang sulungnya.
“Alex! Mary!” Terjerit dia
memanggil kedua-duanya dengan mata meliar ke sekeliling jika ternampak akan
kelibat tikus berbulu gebu kesayangannya.
“Cuba Tiya cari dekat belakang.
Tadi ibu bagi Si Mary dengan Si Alex tu makan.” Laung ibunya dari dalam bilik.
Fathiyah tanpa menunggu lama
terus ke arah yang dimaksudkan. “Alex.. Mary..” Tidak henti dia memanggil
kedua-duanya. “Alah.. Time aku
panggil tak nak pulak datang. Time aku tak panggil, sibuk korang nak datang dekat dengan aku
kan..” Bebelnya sendiri apabila kelibat kedua-duanya masih tidak kelihatan.
Saat tiba di muka pintu stor,
kakinya terhenti. “Alah.. Ni yang aku malas ni..” Dia bebel lagi. Tiada hati
mahu menjejakkan kaki ke situ kerana terlalu banyak sejarah yang telah
disumbatkan ke dalam bilik tersebut. “Ibu!” Jeritnya dari depan pintu bilik
stor yang tidak bertutup rapat. Telinganya mula dapat menangkap bunyi dari
dalam bilik tersebut.
“Dah jumpa ke?” Muncul Zainab di
situ bersama sebuah bakul yang dipenuhi baju kotor dari dalam bilik anak
bongsunya tadi.
“Bu.. Ibu masuklah.. Tu Tiya
dengar macam ada bunyi tu. Entah-entah Si Alex dengan Si Mary ada dekat dalam
tu.” Ujarnya tanpa mahu menolak sedikit pun pintu bilik stor. Sebaliknya dia
berundur beberapa tapak ke belakang untuk memberi laluan kepada ibunya.
“Habis tu, pergilah masuk tengok.
Entah-entah dia orang tengah main dengan Si Gojes kamu tu.” Balas Zainab yang
sudah meletakkan bakul baju yang dibawa ke tepi mesin basuh berhampiran.
“Ibu, ibu lupa ke bilik puaka ni dah
kena sumpah dengan Tiya. Jangan haraplah Tiya nak masuk.” Jawab Fathiyah
selamba. Memang sudah ditekadkan hatinya tidak mahu lagi masuk ke bilik itu
kerana terlalu banyak kenangan yang menyakitkan tersimpan di dalamnya dua tahun
lalu.
“Eleh.. Bilik puaka apa bendanya.
Habis tu, kalau ibu tak nak masuk jugak
macam mana? Kamu sanggup nak biar Si Gojes kamu tu kena baham dengan Si Mary,
dengan Si Alex dalam tu?” Sengaja Zainab menduga.
“Alah.. Bu.. Janganlah main
ugut-ugut macam tu bu..” Fathiyah mula merengek. Risau andai ibunya serius
dengan apa yang diucapkan.
“Ee.. Macam-macamlah kamu ni.”
Gerutu Zainab sebelum menolak daun pintu.
Fathiyah terus memalingkan wajah.
Dia tidak mahu memandang segala isi bilik stor itu. Jika terpandang akan segala
barang yang terdapat di situ, pasti ia akan mengundang rasa sedih di hati dan
membuatkannya terkenang kembali sejarah paling pahit dalam hidupnya.
“Tiya, tengok Gojes kamu ni..”
Zainab memanggil apabila melihat hamster kepunyaan anaknya itu menyorok di
dalam salah satu kotak kasut yang terjatuh dari rak yang ada.
“Ambik ajelah bu..” Balas Fathiyah masih tidak mahu berpaling.
“Alah… Tiya, Gojes Tiya lari la..
Tiya masuklah sini.. Dia tak nak dengan ibu.” Kata Zainab yang cuba mendapatkan
hamster gebu itu. Namun baru sahaja dia cuba menangkap, Gojes terus berlari
masuk ke bawah almari pula. Dengan timbunan barang yang begitu banyak, agak
sukar untuk dia mengeluarkan Gojes.
“Alah… Gojes ni kan… Macam dah
takda tempat lain nak masuk!” Rungut Fathiyah dengan keluhan panjang.
“Tiya masuk, ibu tolong jagakan
Mary dengan Si Alex ni. Nanti kalau ‘budak’ berdua ni dapat tangkap Si Gojes
tu, lagi susah.” Ujar Zainab lagi yang terus mengangkat dua ekor kucing berbulu
tebal warna putih dan oren itu sebelum dibawa keluar.
“Haih! Gojes ni kan..” Dengan
wajah yang masam mencuka terpaksa juga dia melangkah masuk ke dalam stor
tersebut. “Gojes!” Keras dia memanggil dengan wajah yang kelat. Kotak kasut yang
masih terdampar di atas lantai disepak kasar. Mendadak sakit hatinya melihat
kotak kasut berjenama terkenal itu.
“Kasut tak bersalah tu yang kamu
sepak kenapa?” Tegur Zainab yang berdiri muka pintu.
“Siapa suruh dia dekat situ.”
Jawab Fathiyah selamba. “Gojes ni kenapa? Takda tempat lain nak masuk ke?”
Bebelnya lagi saat kelibat hamster kesayangannya mula kelihatan.
Terbongkok-bongkok dia mengintai di bawah almari lama itu untuk mencapai Gojes
yang mendiamkan diri di hujung sudut. Tanpa menunggu lama dia terus mencapai
Gojes dan dibawa keluar.
Zainab menggeleng. Kasut tumit
tinggi yang terpelanting ke tepi dinding dikutip. “Sayang beli kasut
mahal-mahal tak pakai.” Ujarnya sambil meletakkan kembali kasut tersebut ke
tempatnya semula.
“Siapa yang nak pakai kasut dari
budak senget tu! Baik bakar je lagi bagus. Menyusahkan orang aje!” Bentak
Fathiyah geram sebelum terus berlalu ke biliknya. Perasaan marah, benci dan
sedih bergumpal-gumpal dalam hati hingga mengundang air jernih di tubir
matanya. Sebaik dia memasukkan semula Gojes ke dalam sangkar, tidak semena-mena
air matanya merembes. Dan akhirnya dia tersedu-sedan menangis sendirian.
******
Dua tahun lalu…
“Kenapa kau buat aku macam ni!
Apa salah aku!” Fathiyah menolak sekuat hati dada Amirudin yang berdiri kaku
tidak berperasaan di hadapannya. Air mata yang menuruni pipinya saat itu tidak
lagi diendahkan.
Amirudin tetap kaku walaupun
hatinya terasa disiat-siat saat melihat air mata yang menuruni pipi gadis di
hadapannya itu.
“Kenapa Shah.. Apa salah aku
Shah.. Kalau kau dah ada orang lain, kenapa kau beriya-iya sangat suruh aku
buat semua persiapan untuk kita bertunang. Buat apa tu semua kalau ni yang aku
dapat! Apa tujuan kau sebenarnya Shah.. Kau memang saja nak sakitkan hati aku
atau kau memang sengaja nak tengok aku macam orang bodoh macam ni!” Turun naik
nada Fathiyah menghamburkan rasa amarahnya. Sakit benar hatinya saat itu
apabila terasa cinta dan kasihnya selama ini seperti tidak bernilai.
“Aku mintak maaf Tiya.. Aku rasa
kita dah buat keputusan yang salah.. Kita muda lagi Fathiyah.. Lagipun aku
belum habis study lagi.. Aku rasa.. Belum tiba masanya lagi kita ikat hubungan
kita ni..” Tutur Amirudin cukup tenang.
Fathiyah yang sudah melabuhkan
duduk di kerusi batu itu mengangkat wajahnya. Wajah Amirudin direnung tajam.
Panas telinganya tiba-tiba apabila mendengar alasan yang meniti bibir si
kekasih hati. “Apa kau cakap? Kita? Kita yang buat keputusan salah?” Ulangnya
diiringi senyuman sinis. Air mata yang masih galak menuruni pipinya saat itu
diseka kasar. “Aku ke yang buat keputusan untuk kita bertunang Sabtu ni? Aku ke
Shah?” Ucapnya dengan suara yang cukup lirih.
Sebulan lalu Amirudin yang
beriya-iya mahu mengikat tali pertunangan dan dia sendiri bersetuju
memandangkan mereka sudah berteman sejak kecil lagi. Tambahan pula keluarga
mereka bersahabat baik dan merestui akan hubungan yang terjalin. Tetapi hari
ini..
“Sorry Tiya.. Bukan aku sengaja
buat kau macam ni.. Kau tahukan aku sayang kau sampai bila-bila..”
“Sayang kayu hoki kau! Macam ni
kau cakap sayang?! Aku kena rasa sakit macam ni kau baru kata nak sayang aku?!
Mana otak kau Shah! Kau dah tertelan bola hoki kau ke sampai kau boleh buat aku
macam ni!!” Fathiyah terus sahaja menghamburkan rasa sakit hatinya belum sempat
Amirudin menghabiskan kata. Berombak dadanya menahan jiwa yang terlukis kerana
diperlakukan sebegitu. Kasih dan sayangnya terasa dipermainkan.
Amirudin melepaskan keluhan lagi.
Terpaksa menelan kesat akan segala tuduhan yang dilemparkan. Tahu yang ucapan
kasih dan sayangnya tidak akan mampu memujuk hati yang sedang terluka itu. “Tiya,
aku bukan nak kita putuskan terus hubungan kita ni.. Aku cuma mintak kita
tangguhkan aje dulu. Tu aje Tiya..” Dia tetap cuba memujuk.
Fathiyah mengoyak senyum sinis
lagi. “Kau ingat.. Lepas apa yang kau buat ni, aku boleh maafkan macam tu aje?
Kau ingat aku senang-senang nak terima semua ni! Kau ingat aku apa Shah? Kau
bagi harapan, kau yang bersungguh suruh aku buat semuanya.. Tiba-tiba hari ni
kau datang, kau cakap nak tangguhkan pertunangan kita ni? Kau ingat aku apa?
Macam bola hoki kau yang boleh kau pukul jauh, lepas tu kau kutip balik? Macam
tu!” Keras suaranya menghamburkan rasa kecewa. “Aku bukan kayu Shah.. Takda
perasaan, takda hati..” Semakin laju air matanya merembes.
“Tiya.. Ada sebab aku buat semua
ni Tiya.. Aku tak nak kau rasa terikat lepas kita bertunang nanti.. Kau pun ada
cita-cita kau kan.. Aku pun ada cita-cita aku.. Perjalanan kita jauh lagi
Tiya.. Ada jodoh tak ke mana..” Amirudin tahan hati. Sedar akan kata-katanya
itu seumpama minyak panas yang hanya akan menambah api yang sedang marak
menyala.
“Tak payah tunggu cita-cita Shah. Cukup takat ni aje hubungan kita! Aku dah tak nak ada apa-apa
hubungan lagi dengan kau! Cukup sampai sini!” Putus Fathiyah sebelum dia
bingkas.
“Tiya!” Amirudin sempat menyambar
lengan Fathiyah dari terus berlalu.
“Lepaslah! Kau pergilah kejar sangat cita-cita kau tu!” Bentak Fathiyah sebelum terus berlalu masuk ke dalam rumah.
Meninggalkan Amirudin sendirian di situ.
******
“Shah..” Aqilah menyentuh lembut bahu
adik lelakinya yang jauh termenung duduk di tepi kolam ikan abahnya.
“Kak Long..” Amirudin memaniskan
senyum. Hilang bertaburan wajah sendu Fathiyah di ruang matanya tadi bersama
wajah-wajah orang yang disayangi.
“Menung apa tu?” Aqilah
berbasa-basi yang sudah mengambil tempat di sisi adiknya itu.
Amirudin tetap melemparkan
senyum. Namun senyuman kian bertukar payau. Tidak berperisa.
“Tak nak ke share dengan Kak
Long?” Aqilah cuba memancing. Dia seperti dapat meneka apa yang tersirat di
hati adiknya saat itu.
“Takda apa nak share kak..” Balas Amirudin dengan
helaan nafas panjang. Pandangannya jauh dilontarkan ke dada langit yang sedikit
gelap.
“Iya ke takda apa? Macam ada
apa-apa aje?” Aqilah tetap juga mencuba.
Amirudin tersengih pula. Wajah kakak
sulungnya itu dipandang sayang. “Akak ni macam tahu-tahu ajelah. Patutlah akak
jadi pakar psikologi.” Balasnya lambat.
“Well.. Now tell me..” Aqilah membetulkan letak duduknya. Terus
sahaja dia bersila menghadap Amirudin. Sedia untuk mendengar luahan hati adik
kesayangannya itu.
Amirudin senyum lagi. Wajah
kakaknya itu dipandang lagi sebelum sengihan di bibirnya mati. Nafas ditarik
dalam-dalam. “Shah jumpa Tiya dekat kampus.” Jawabnya dengan senyuman tawar.
Aqilah mengoyak senyum. “Sebab tu
aje?” Balasnya yang tidak terkejut pun mendengar apa yang diberitahu kerana dia
sedia maklum akan hal itu daripada Suhana. Sahabat baiknya sendiri.
“Ada hal lain lagi..” Jawab
Amirudin malas. Hal itu begitu menggamit hatinya sejak akhir-akhir itu.
“Apa dia?”
“Shah nak cari mak.” Tutur
Amirudin sambil memandang ke wajah ayu kakaknya.
Aqila mematikan senyum. Wajahnya
mula berkerut sebelum keluhan berat terlepas dari bibirnya. “Shah lupa ke apa
yang ummi cakap?” Soalnya mendatar sebelum memusingkan tubuh menghadap kolam
ikan di hadapannya.
“Shah ingat kak.. Tapi Shah..”
“Takda tapi-tapi lagi Shah. Shah
lupa apa yang ummi pesan dengan Shah hari tu? Takda siapa tahu, takda siapa
kenal pun mak Shah.” Aqilah memintas dan bersuara tegas.
“Tapi kak..”
“No! Stop it Shah. Akak tak suka Shah cakap benda ni lagi. Kalau
ummi dengar macam mana? Kecik hati
ummi. Lupakan aje niat Shah tu..” Sekali lagi Aqilah memintas dalam nada yang
sama.
“Akak.. Shah tak boleh terus
hidup macam ni kak..”
“Apa yang tak boleh? Cuba Shah
cakap dengan akak. Selama ni Shah lupa Shah duduk dengan siapa, siapa yang
besarkan, siapa yang sekolahkan Shah sampai berjaya sampai hari ni? Apa yang
tak bolehnya?” Tebak Aqilah yang cukup tidak suka hal itu ditimbulkan walaupun
sudah berkali-kali diingatkan.
“Akak tak faham apa yang Shah
rasa..” Mengendur suara Amirudin meluahkannya.
“Cukuplah Shah.. Akak tak nak
dengar lagi.. Buat apa Shah cari orang yang dah buang Shah. Bukan buang, tapi
yang cuba bunuh Shah. Buat apa?!” Aqilah mula beremosi.
“Akak..”
“Cukup Shah! Akak tak nak dengar
lagi!” Pintas Aqilah dengan wajah yang cukup keruh. “Shah dengar sini baik-baik
apa akak nak cakap.” Dia menarik tubuh Amirudin agar sama-sama menghadapnya.
Dua tapak tangannya dilekapkan ke wajah lelaki itu. “Kita orang semua sayang
Shah sangat-sangat. Ummi sayang Shah.. Abah sayang Shah.. Rina.. Awin.. Semua
sayang Shah.. Kita orang tak pernah pun anggap Shah macam orang luar. Ummi
sayang Shah lebih dari kita orang semua, akak dengan adik-adik yang lain tak
pernah pun ambik hati.. Itu pun tak
cukup lagi ke.. Tolonglah Shah.. Kesiankan ummi.. Kesiankan abah yang dah
susah-susah jaga Shah selama ni..” Pujuknya lirih dengan genangan air mata.
“Kak Long..” Amirudin terus
sahaja mendakap tubuh kecil Aqilah. Sebak yang bertandang tidak mampu lagi
ditahan. Merembes lagi air mata lelakinya apabila mengenang akan status diri
yang tidak mampu ditafsirkan.
Dalam pada itu, ada hati lain
yang turut menangis apabila melihat kedua-dua insan yang disayangi saling
berdakapan. Dia bangga kerana memiliki kedua-duanya.
..........
maaf. pendek je. uhuu
11 comments:
Oh. Sebab tu ke shah putuskan hubungan dgn tiya.
Masih banyak yang belum terungkai kisah ini...shah dengan problemnya tiya dengan rajuknya...makin menarik..arsha mood menulis kena up lagi ler semangat dear....:) nak kita jadi pompom girl plak ker....hahaha
Hahahhahaha
Boleh jugak dewi. Heeee
best...
Owh pasal nie upenye...
Best..
Thanks for reading guys!
arsha!!!arsha!!!arsha!!!
arrrh... nk lagi .
#fakta
hari2 sy buka blog akak untuk baca novel yg xdak tajuk ny .. hahaha hari2 oke ! ..
gud job akak !!
Maylin>
Anak dara takmo jerit2.. eheheh
Nurin>
Thanks nurin. Really appreciate.:)
Rasanya banyak rahsia Amir ni... tapi Amir yang x mahu berterus terang dengan Tiya...
sambunggg...
inshaa Allah.
ihihi
Post a Comment