“Ehem ehem.” Dahaman daripada seseorang
yang amat dikenali membuatkan telefon bimbitnya yang masih di tangan hampir
terlepas. Ada segera berpaling.
Mulutnya terbuka luas dengan mata yang
tidak berkelip melihat susuk tubuh yang berdiri di hadapannya itu.
Azam melemparkan senyuman manis sambil
membiarkan pembantu butik merapikan baju melayu berona putih yang tersarung
ditubuhnya. Lengkap dengan samping songket warna sama bertekad benang perak.
Songkok hitam elok terletak di atas kepalanya. Tubuhnya dipusingkan beberapa
kali di hadapan dinding yang berlatarkan cermin besar untuk melihat ke seluruh
tubuhnya sebelum matanya terhenti ke wajah Ada yang masih setia berdiri di
sisinya. Dia perasan mata gadis itu langsung tidak berkelip sejak dia keluar
dari bilik persalinan tadi.
Azam merapatkan tubuhnya ke sisi Ada yang
masih khayal dalam dunianya sendiri. Pantulan dari cermin di hadapannya
dipandang lama. Terasa bangga dengan panorama indah yang terhias di ruang mata.
Dia dan Ada bergandingan menghasilkan satu perasaan yang cukup luar biasa di
hatinya. Perlahan-lahan dia merapatkan bibirnya ke cuping telinga gadis itu.
“I
love you sayang..” Bisiknya lembut membuatkan Ada tersentak. Tersedar dari
lamunan. Cepat dia menjarakkan diri. Wajah Azam yang sedang tersengih-sengih
tidak lagi dipandang. Berdegup laju jantungnya saat itu tidak lagi mampu
dikawal.
“Macam mana? Okey?” Muncul seorang lelaki
yang bertanggungjawab menyediakan persalinan yang tersarung di tubuh mereka
berdua.
“Cun dah ni.. I rasa tak perlu nak ubah
apa-apa.” Jawab Azam sambil mengerling ke arah Ada yang sudah menundukkan
wajah.
“Baju pengantin perempuan macam mana?” Soal
lelaki yang sama sambil memandang ke arah Ada yang memalingkan wajah. Serba
tidak kena gadis itu.
“Ada, kan Bad tanya tu. Okey ke tak baju
yang awak pakai tu?” Soal Azam lembut sambil menarik lengan Ada. Tawa yang
hampir terhambur terpaksa ditahan saat matanya dapat menangkap kedua-dua belah
pipi Ada yang memerah. Terlalu comel gadis itu dalam persalinan kebaya moden
senada warnanya dengan baju melayu yang dipakai.
Ada mengangguk laju sebelum kaki terus
mengatur langkah ke bilik persalinan.
Lelaki yang bernama Badli itu hanya
memandang pelik ke arah Ada. Begitu juga dengan seorang pembantu butik tadi.
Tanpa sebarang kata, pembantu itu turut mengekori langkah Ada.
“Kenapa tu?” Soal Badli yang memandang
pelik ke arah Ada tadi.
“Period
kut..” Jawab Azam selamba diiringi tawa.
Badli hanya tersengih mendengar jawapan
Azam.
“Hoi.. Datang pun kau. Aku ingat tak
datang.” Ujar Azam sebaik ternampak kelibat Shahimi masuk ke dalam butik.
“Sorrylah
bro. Ni pun aku lari dari meeting
tadi. Kalau tak, memang takdanya aku nak datang sini. Nasib baik kau ada. Aku
pun sekejap aje ni. Kejap lagi aku nak kena ambik
Shima dekat airport pulak.” Jawab Shahimi sambil matanya
meneliti baju yang tersarung di tubuh Azam.
“Kau yang nak kahwin, aku pulak yang kena test baju kau ni apa hal? Kau tak kisah ke aku rasmikan dulu baju
kau ni?” Balas Azam dengan keningnya yang terjungkit memandang ke wajah
Shahimi. Dia sendiri terasa bangga dapat menyarung baju yang masih belum
digunakan untuk majlis besar Shahimi yang bakal berlangsung dalam masa dua minggu
lagi itu.
“Tak kisahlah Zam. Aku saja nak bagi peluang
kau merasa pakai baju nikah.” Balas Shahimi dengan tawa yang meletus.
“Sudahlah kau. Macamlah aku tak nak
kahwin.” Jawab Azam yang sudah menjuihkan bibir sebelum terus berlalu ke bilik
persalinan.
Dalam hati ada sedikit rasa tercabar dengan
kata-kata sahabatnya tadi.
Sementara Ada yang berada di bilik
persalinan termenung sendirian. Kedua-dua belah pipinya dipegang. Terasa
hangat. Pipinya ditampar perlahan untuk mengurangkan kehangatan yang terasa.
‘Wake
up Ada! Wake up!’ Desisnya
sendiri yang masih membayangkan wajah Azam yang segak dalam persalinan baju
melayu warna putih mutiara tadi.
Sejak mereka berbaik, pelbagai perasaan
yang mula muncul di hatinya. Apa sahaja yang dilakukan oleh Azam mampu mengusik
hati wanitanya. Malah sejak akhir-akhir itu, dilihat Azam semakin berani
bermain kata-kata dan dirasakan lelaki itu seperti sengaja cuba memancing
perasaannya. Sama seperti tadi. Sebaris ayat itu begitu jelas di pendengarannya
membuatkan dia tersentak. Belum pernah Azam menuturkan ucapan sayang sebegitu.
“Ada sayang, awak dah siap ke belum? Lamanya
dekat dalam tu.” Terdengar suara Azam memanggil dari luar bilik persalinan
membuatkan dia ketap bibir geram. Azam memang suka memanggilnya dengan
perkataan sayang sejak kebelakangan itu membuatkan hatinya sering terpancing.
“Kejaplah! Saya tengah siap la ni..”
Balasnya geram dengan wajah yang masam mencuka. Sepantas itu dia menukar
pakaian nikah milik bakal kakak iparnya yang masih berada di Sarawak.
Sebaik dia merapikan rambut yang disanggul
tinggi oleh pembantu butik tadi, dia terus melangkah keluar. Baju tadi terus
diserahkan kepada pembantu butik yang sedia menanti di luar pintu. Mata meliar
ke sekeliling mencari kelibat Azam. Dilihat lelaki itu sedang berbual dengan
abangnya di meja bulat bersama pereka fesyen baju yang dipakai tadi.
Terasa berat kaki untuk melangkah
mendapatkan dua lelaki tersebut apabila Shahimi menggamitnya.
“Habislah kau Ada.. Kena bahanlah kau kejap
lagi dengan dua umat tu..’ Desis hatinya sendiri sebelum menghela nafas berat.
Kedua-dua kakinya diseret juga menghampiri Azam dan Shahimi.
“Dik, baju kau dah siap.” Ujar Shahimi
dengan senyuman penuh makna tersungging di bibirnya.
Ada kerut dahi. Pandangan matanya dihalakan
ke arah Azam pelik.
Seorang pembantu butik datang menghampiri
mereka dengan sehelai baju kebaya moden warna putih susu.
“Cuba awak try pakai baju ni..” Kata Azam sambil menyambut huluran sepasang
baju itu kemudiannya diserahkan kepada Ada.
“Bila masa saya tempah baju?” Balas Ada
masih tidak menyambut huluran Azam. Bola matanya ralit meneliti perincian pada
baju yang sedang dipegang oleh lelaki itu. Begitu menarik hati dan menepati cita
rasanya.
“Saya yang tempah untuk awak.. Senang kalau
tiba-tiba kita nak nikah sekali nanti..” Jawab Azam selamba.
Shahimi saat itu pula sudah bergerak
menjauhi kedua-duanya. Ingin memberi ruang pada Azam dan Ada. Dia sedia maklum
akan rancangan Azam untuk menyunting adiknya. Cuma hal itu masih belum
dibincangkan secara serius dengan kedua-dua belah pihak.
“Awak jangan nak bergurau boleh tak?”
Bentak Ada dengan suara yang tertahan. Dia tahu Azam suka benar memancing
perasaannya sejak akhir-akhir itu. Kini dia diduga pula dengan sehelai baju
yang sesuai untuk majlis pernikahan.
“Betu la..” Balas Azam dalam nada yang
sama.
“Awak jangan nak merepeklah! Bila masa saya
cakap saya nak nikah dengan awak!” Gerutunya geram. Kedua-dua lengannya sudah
disilangkan ke dada. Sengaja mahu menyembunyikan debar yang tidak menentu di
dalam dadanya.
“Sekarang memanglah tak.. Kan saya kata
‘kalau’ tadi..” Jawab Azam tenang. Lengan Ada ditarik agar gadis itu dapat
melabuhkan duduk di hadapannya. Hampir sahaja tawanya terburai melihat wajah
cemberut Ada saat itu tetapi cuba ditahan.
Ada ketap bibir geram. Ringan sahaja
tangannya mahu menghadiahkan cubitan di lengan lelaki itu biar puas hatinya.
“Habis tu yang awak pandai-pandai tempah
buat apa?” Balasnya masih tidak berpuas hati.
“Macam saya cakap tadi. Manalah tahu kalau
tiba-tiba kita..”
“Ahh! Awak jangan merepeklah!” Pintas Ada
tidak mahu mendengar perkataan nikah lagi dari mulut Azam. Hilang rentak
jantungnya apabila mendengar perkataan itu.
Azam terus menghamburkan tawa. Tidak mampu
lagi menahan.
Ada menjeling tajam ke arah Azam yang
terkekeh mentertawakannya.
“Zam..” Shahimi muncul kembali sambil
menepuk bahu sahabatnya yang sedang ketawa.
“Kau dah nak pergi airport ke?” Tanya Azam dalam sisa tawanya. Wajah Ada yang masam
mencuka sempat dikerling sekilas.
“Ha’ah.. Shima dah sampai. Erm.. Bro, nanti
tolong bawak sekali budak ni balik
macam mana kau ambik tadi. Kalau ikut
aku nanti, bosan pulak..” Balas
Shahimi sambil mengangkat sebelah keningnya kepada Azam. Senyuman yang terukir
di bibir pula penuh makna.
Ada menjeling pula ke arah abangnya.
“Takda hal la..” Balas Azam senang sambil
mengerdipkan matanya kepada Ada.
Selepas sahaja dia keluar dari hospital
bulan lalu, dia mula perasan sedikit kelainan apabila Ada memandangnya. Dia
sendiri terasa kekok apabila hubungan mereka tidak sedingin dahulu. Cuma dengan
melancarkan usikan dan gurauan sahaja yang boleh membuang rasa kekok yang ada.
Disebabkan itu juga Ada sering sahaja bermasam muka dengannya.
“Abang tadi janji nak bawak Ada sekali..” Gerutu Ada geram. Tidak sanggup rasanya dia
berdua-duaan dengan Azam. Risau andai ada perkara lain yang akan dilakukan oleh
lelaki itu hingga mampu membuatkan jantungnya hampir gugur seperti tadi.
Tingkah laku lelaki itu memang sukar dijangka sejak akhir-akhir ini.
“Tak payahlah kau ikut.. Kau ikut Azam
balik.. Lagi pun dia macam banyak benda nak cakap dengan adik.. kan Zam?” Jawab
Shahimi sambil menepuk beberapa kali bahu Azam.
Azam hanya tersengih tidak bersalah.
Sememangnya ada perkara penting yang ingin diungkapkan kepada gadis cemberut di
hadapannya itu.
Ada merengus halus. Geram melihat kedua-dua
makhluk Allah di hadapannya saat itu.
“Okeylah. Aku pergi dulu. Thanks sebab tolong aku tadi Zam..”
Sambung Shahimi seraya menghulur tangan untuk bersalaman.
“Hal kecik
aje..” Jawab Azam senang sebelum salam disambut.
Ada turut menyambut huluran tangan abangnya
dan dikucup sekilas mahupun ada lagi rasa geram di hati.
Shahimi terus sahaja berlalu meninggalkan
pasangan itu selepas mengucap salam. Saat itu sempat juga dia memberi isyarat
mata kepada pembantu butik dan Badli membuatkan kedua-duanya mengangguk faham.
“Ada, awak marah ke? Saya gurau ajelah..
Saya tahu, takkan awak nak nikah dengan jiran sendiri kan..” Sengaja Azam
menguji. Dia yakin apa yang dirasakan di hatinya saat itu.
“Tahu pun..” Jawab Ada selamba dalam getar
suara.
“Encik Azam, ni baju yang Encik tempah hari
tu..” Muncul pembantu butik tadi dengan membawa sepasang baju melayu warna yang
sama dengan baju kebaya moden yang diletakkan oleh Azam di atas meja bulat di
hadapan mereka.
Ada sudah membulatkan mata saat sepasang
baju melayu itu meniti ruang mata. Pelbagai persoalan mula muncul di benaknya.
“Er.. Awak nak buat apa baju melayu ni?”
Soalnya dengan getar hati yang semakin hilang punca.
“Baju nikah saya la.” Jawab Azam selamba
sambil mengacukan baju itu ke tubuhnya di hadapan cermin besar di hadapan
mereka.
“Nikah? Awak nak nikah dengan siapa? Bila
awak nikah?” Meluncur laju soalan-soalan dari bibir Ada sebelum dia memalingkan
wajah. Terasa malu sendiri dengan soalan yang ditanya. Sedar yang dia tiada hak
untuk mengetahui hal peribadi lelaki itu.
Azam menalakan pandangan matanya ke arah
Ada yang semakin memucat dari biasan cermin di hadapannya. Bibir sembunyi
senyum.
“Nikah dengan oranglah.. Baju depan awak
tu, baju bakal isteri saya la tu..” Jawab Azam cukup tenang.
Ada semakin tidak senang duduk dengan
jawapan yang diberi. Entah kenapa hatinya tidak lagi mampu bertenang walaupun
berkali-kali dia beristighfar.
“Er.. Saya nak balik.” Ujarnya tiba-tiba
dalam getar suara. Tidak mampu lagi dia melihat wajah Azam yang cukup berseri.
Azam segera berpaling apabila melihat Ada
mula mengorak langkah meninggalkan ruangan itu. Laju kakinya mengejar.
“Ada.. Kejaplah.. Saya belum lagi test baju
tu.” Ujarnya lembut seraya memaut lengan gadis itu dari terus berlalu.
Ada turut sama terhenti. Terpusing tubuhnya
menghadap Azam.
“Awak pergi ajelah test baju tu. Saya boleh
balik sendiri.” Balas Ada lemah seraya menarik lengannya semula. Tidak rela dia
terus menatap wajah Azam yang sedang bahagia itu.
“Saya nak dengar pendapat awak. Please..” Pujuk Azam tidak berputus asa.
Ada kerut dahi.
“Apa kes awak nak dengar pendapat saya?
Bukan saya yang nak kahwin dengan awak. Awak tanyalah bakal isteri awak. Kenapa
nak tanya saya pulak.” Tiba-tiba dia
membentak tidak berpuas hati.
Azam sembunyi senyum. ‘Sayang kata sayang..
Jangan sombong sangat Ada..’ Desis hatinya nakal.
“Selalunya pendapat perempuan kan sama.. Cantik
kata awak, cantiklah kata dia.. Please Ada..” Rayu Azam lagi.
Ada menjeling tajam mendengar kata-kata
rayuan daripada Azam itu. Tidak sampai pula hatinya untuk menghampakan. Namun, keadaan
hatinya sendiri bagaimana pula?
“Cepatlah!” Katanya kemudian dengan wajah
yang masa mencuka. Cuba disabarkan hatinya saat itu. Mahu atau tidak, terpaksa
dia melihat keceriaan yang terlukis di wajah Azam.
“Thanks sayang!” Ucap Azam senang seraya
dengan selamba menarik tangan Ada untuk kembali semula ke ruang tengah butik
tadi.
“Ee.. Jangan nak jadi kasanova sangatlah!” Gerutunya
geram seraya menarik semula tangannya. Tidak selesa disentuh oleh Azam sesuka
hati. Tambahan pula lelaki itu bakal menjadi suami orang.
Azam hanya tersengih sambil menghulurkan
sepasang baju kurung moden yang ditunjukkan tadi kepada Ada.
“Kenapa pulak
ni?” Soal Ada pelik.
“Awak trylah.. Saya nak tengok.” Jawab Azam
dengan sengihan lebar.
“Hah? Awak ni gila ke apa?” Balas Ada
seperti tidak percaya. Takkan pula dia mahu memakai baju perempuan yang bakal
dinikahi Azam. Sudahlah tadi dia menjadi model untuk baju bakal kakak iparnya.
“Apa yang gila pulak.. Betul la ni. Kalau awak tak pakai, macam mana nak nampak
cantik.” Jawab Azam selamba.
“Tak naklah!” Tolak Ada seraya melabuhkan
duduk di kerusi yang didudukinya tadi.
“Ada, apa kata you try dulu. Nanti
senanglah kalau ada yang tak kena, I boleh betulkan.” Muncul Badli bersama
pembantunya tadi.
“Bukan I yang nak kahwin dengan dia. Kenapa
pulak I yang kena try.” Jawabnya tegas. Dia tetap dengan
pendiriannya. Tidak mungkin dia akan mengenakan baju itu sedangkan Azam
membayangkan perempuan lain. Dia tak sudi sekadar jadi model pada sepasang baju
indah yang tidak tahu siapa pemiliknya yang sebenar.
“Bad!” Azam memberi isyarat tangan kepada
Badli apabila lelaki itu mahu melanjutkan kata.
Badli mengangkat kedua-dua bahunya sebelum
beredar dari ruangan itu. Pembantunya tadi juga turut beredar. Ingin memberi
ruang kepada Azam dan Ada.
Ada merengus kasar apabila Azam melabuhkan
duduk di sisinya.
“Kenapa marah-marah ni..” Lembut bicara
Azam ingin memujuk.
Ada menjeling tajam.
“Dah tahu lagi mahu tanya!” Bentaknya
geram.
Azam mengukir senyum paling manis. Tahu
yang gadis cuba menyembunyikan rahsia hati yang sebenar.
“Tadi awak okey aje try baju Shima. Sekarang
kenapa tak nak try baju ni?” Sengaja dia bertanya soalan yang jelas tiada
perkaitan.
“Saya kata tak nak, tak naklah Azam.” Balas
Ada tidak sedingin tadi. Entah kenapa nada suara Azam membuatkannya tidak mampu
meninggi suara seperti tadi. Kini ada debaran lain pula yang memuncak di
hatinya.
“Ada.. Please.. Untuk kali ni aje. Lepas ni
kita tak mungkin datang sini lagi.. Please Ada..” Lembut Azam menuturkannya
dengan harapan Ada akan memenuhi permintaannya itu.
“Tapi kenapa saya? Mana bakal isteri awak
tu?” Balas Ada yang masih cuba mempertahankan pendiriannya yang mula terhakis
gara-gara suara Azam yang begitu lembut memujuknya. Ah! Untung siapa yang jadi isteri
kau Azam! Desisnya dalam hati. Entah kenapa ada rasa kecewa mula menular di
hatinya kala itu saat menyebut perkataan isteri.
“Ala… Awak janganlah tanya fasal dia..
Sekarang ni, awak yang ada dekat sini dengan saya kan? So, awaklah yang tolong
try baju tu.. Please sayang..” Pujuk Azam lagi yang bermulut manis.
Sekali lagi Ada menjeling tajam ke arah
Azam. Cukup terusik hatinya dengan perkataan sayang yang meniti bibir lelaki
itu.
“Jangan nak sayang sangatlah! Kalau tahu
sayang awak tu yang saya pergi try baju dia macam mana? Tak fasal-fasal dia
kejar saya dengan parang nanti.” Jawab Ada yang masih belum mahu memenuhi
permintaan lelaki di hadapannya itu.
Azam tergelak kecil.
“Fasal tu awak jangan risau. Pandailah saya
cover nanti okey? Sekarang ni awak pergi try baju ni dulu. Please..” Azam
kembali menghulurkan baju itu ke tangan Ada.
“Ee..Awak ni!” Ada tidak punya pilihan. Entah
kenapa mudah benar dia terpengaruh dengan kata-kata lelaki itu.
“Macam tu la sayang.. Now pergi tukar. Nanti
saya panggil Bad. Biar assistant dia tolong awak nanti.” Ujar Azam dengan senyuman
lebar. Misi memujuk Ada berjaya.
Dengan wajah yang masam mencuka, Ada
mengatur langkah juga ke bilik persalinan seperti yang diminta.
“Ni last! Lepas ni jangan harap saya nak
tolong awak!” Katanya kemudian sebelum masuk ke bilik persalinan.
“Okey sayang! Jangan risau! I promise ni
last.” Balas Azam dengan sengihan lebar. Riang hatinya saat itu. Dan tanpa
menunggu lama, dia memanggil Badli dan beberapa pembantu butik tadi sebelum dia
juga turut masuk ke bilik persalinan.
Hampir satu jam berlalu..
“Azam!” Ada yang baharu keluar dari bilik
persalinan terus sahaja mencari kelibat Azam.
“Gorgeous dear!” Puji Azam dengan mata
sedikit pun tidak lepas memandang Ada dalam persalinan pengantin.
“Gorgeous apa ke bendanya!” Bentak Ada
marah. Wajahnya turut disolek oleh juru mekap khas di butik itu.
“You look so beautiful sayang..” Puji Azam
lagi tanpa menghiraukan wajah cemberut Ada.
“Dah dah.. Saya nak tukar!” Bentak Ada
geram sebelum melangkah semula ke ruangan persalinan. “Bad!” Sempat dia
memanggil nama Badli apabila kelibat lelaki itu tidak kelihatan. Bayang gadis
yang membantunya tadi juga hilang entah ke mana.
“Ada!” Sempat Azam menyambar lengan Ada
dari terus melangkah.
“Tadi awak kata nak saya try baju aje kan? Takda
makeup-makeup pun!” Ada bertegas. Terasa dirinya dipermainkan apabila juru
mekap tadi begitu beriya-iya merapikan wajahnya dengan solekan ringkas. Katanya
biar kena dengan baju yang dipakai. Tapi untuk apa? Itu yang dia tidak faham.
“Ada..Ada.. Please..” Azam terus meraih
jemari halus Ada.
“Azam.” Ada bertegas seraya menarik semula
jemari halusnya semula.
“Sorry..” Azam akui keterlanjuran dirinya.
Entah kenapa sukar benar dia mengawal dirinya jika berhadapan dengan gadis itu.
“Apa lagi ni Azam. Sekarang ni baju yang
saya pakai cantikkan? So, dah takda apa lagi yang saya kena buat. Saya nak
tukar baju sekarang.” Ujar Ada lemah. Entah kenapa ada nada penyelasan dalam
kata-katanya sendiri. Terasa menyesal kerana menuruti kata-kata lelaki itu
tadi.
“Please jangan tukar dulu.” Ujar Azam serba
salah.
Ada menayangkan wajah cemberutnya juga.
Tidak faham apa lagi yang diinginkan oleh Azam.
“Apa lagi ni..” Ujarnya malas. Dia mula
rimas dengan baju yang dipakai walaupun persalinan itu cukup memikat hati.
Rimas kerana baju itu bakal menjadi milik wanita lain. Yang peliknya, baju itu
cukup padan dengan tubuhnya. Langsung tiada kekurangan.
Azam yang segak dalam persalinan baju Melayu
itu terus mengeluarkan sebentuk cincin yang dipegang sejak tadi.
Mata Ada membulat saat kilauan cincin emas
putih itu meniti ruang mata. Wajahnya mula berkerut-kerut.
“Er.. Apa ni Azam..” Tuturnya seperti
tersekat-sekat. Ada debaran menggila sedang memenuhi ruang dadanya.
“Cincin?
Sejak bila tak kenal cincin ni?” Balas Azam masih mahu berseloroh walaupun
dalam hatinya saat itu hanya tuhan sahaja yang tahu. Gugup bukan sedikit.
Ada ketap bibir rapat-rapat. ‘Dia ni kan..
aku tahulah cincin!’ gerutunya dalam hati. Geram kerana Azam masih mahu
bergurau dengannya.
“Suka hati awaklah!” Ada ingin mengorak
langkah semula. Malas mahu melayan Azam jika lelaki itu memang sengaja mahu
menyakitinya dengan menunjukkan cincin pernikahan pula. Dan tidak mungkin Azam
mahu dia mencuba cincin itu juga.
“Ada Syuhada.” Nama penuhnya disebut
membuatkan langkahnya mati. Namun dia tidak berpaling. Sudahlah hatinya
berdebar bagai nak gila melihat sebentuk cincin bertatahkan berlian di hadapan
matanya tadi. Tidak sanggup lagi rasanya dia mengikut rentak Azam yang banyak
menduga perasaannya sepanjang hari itu.
Azam menarik nafasnya dalam-dalam. Dia amat
berharap apa yang dilakukan saat itu dapat berlangsung seperti mana yang
dirancangkan.
“Ada..” Panggilnya lembut seraya menarik
lengan yang berlapik itu agar berhadapan dengannya.
“Awak nak cakap, cakap ajelah. Tak payahlah
tangan pun sibuk nak bercakap.” Marah Ada tertahan dengan matanya mencerun ke
arah lain. Tidak berani menentang lama pandangan redup Azam yang cukup
berlainan saat itu.
Azam menarik nafas panjang. Sedaya upaya cuba
meredakan apa yang dirasai saat itu.
“Ada..”
Ada mengangkat wajahnya. Renungan lembut
Azam yang berlaga dengan matanya menggetarkan semua urat sarafnya. Hilang
rentak nada yang bergema di dada.
“Jadi yang pertama dan yang terakhir dalam
hidup saya..” Lancar sebaris ayat itu meniti bibir Azam. Sebentuk cincin tadi
dihulurkan kepada gadis itu.
“Er..Awak…” Mata Ada membulat sebelum pandangannya
tiba-tiba berbalam-balam dan akhirnya menjadi gelap-gelita.
............
maaf klau mcm kelam kabut! huu
15 comments:
argh.. dah lama tggu cite ni... :D
eh ada 2 pengsan ke..?? hahhahahaha...
Emmm dah lama x ada update, tetiba ada....best....azzam ni sentiasa buat Ada ni x keruan aje tau....
Ada pengsan ke?
ala cian,kena lamar terus pingsan
Lame dh tggu,ada jgk akhirnye.hmm...azam dh Jd romeo mlyu la plk.cm xcaye je ni.ada pn malu tp mau.sweet la dorg bedua ni..
Yeay akhirnya ada n azam muncul gak lama tunggu...so sweet ler azam ada kena lamar terus pengsan ker...terkejut tu yang pengsan tuh...ahahaha..
Thanks arsha comey... :)
Yeay akhirnya ada n azam muncul gak lama tunggu...so sweet ler azam ada kena lamar terus pengsan ker...terkejut tu yang pengsan tuh...ahahaha..
Thanks arsha comey best... :) dewi
Laaa.. Xface to face lgg depa ni.. Dokk men aci sembunyi lg. Hehehehehe
Nakk lg arsha dear..
P/s: deheman yer darlin not dahaman ;)
Acu~
Lmnya bru ada muncul kembali...
Mujur x hilang ingatan lg ttg ada&azam ni..
Adoiii pengsan ye kena lamar...hihi
hahaha..pengsan..Ada...Ada...
yayo
Ada mula-mula bukan main tabah lagi... bila Azam dah melamar boleh pengsan pulak.... tu lah Azam kalau cakap terus kan senang ... ni banyak sangat selingan nak menduga...hehehe... ni Ada dah pengsan siap yang TERDUGA ni.... so sweet...
nak melamar pun nak kena pakai baju pengantin ke Azam.... hahaha...
wah eah k0 Azam..dan dan je eh nak mlmar dlm persalinan pengantin.demand eh. sampai pengsan kawan tu
>>k<<
terimakasih...wlw sudah lama tenggelam di tutupi dgn BBJM...
hahahahahhahahahahhaha....Ada oh Ada...Tadi merajuk...La ni kena lamar pun boleh pengsan????....hahhahahhahahahahahha...Thanks arsha...
adui adaaaa
nape pengsan??
debo sangat eh..
arsha mucuk..
dahaman~deheman or dehaman??
hahahaha..Ada nie time nie la nk pgsan mmang tkejut sngat la...
Post a Comment