Saya mintak maaf banyak banyak banyak sangat. huu..
BMJM saya akan post last bab kemudian nanti sebelum saya teruskan untuk buat ebook. Tu pun kalau ramai yang berkenan nak beli on9. Kalau tak, maybe saya nak try hantar ke publisher. :D
Kepada yang bertanya tentang BAJP. Novel tu ada rezeki Allah bagi izin nak kuar maybe dalam bulan 6 tahun hadapan. insyaAllah. :) doakan mahupun kisah tu seberapa nak ado. huu
Sekian.. apa-apa nak tanya boleh tanya terus ke email saya :) arshanew@yahoo.com
***************
Jangan tak mungkin_part 5
“Apa mimpi kau datang office aku ni? Bukan ke kau bukan main
susah lagi kalau aku ajak datang sini?” ujar Shahimi mengusik sebaik
terserempak dengan Azam yang sedang menanti di ruang lobi pejabatnya. Ketika
itu dia baharu pulang dari bermesyuarat di luar.
Azam hanya tersengih. Ada hal penting
dia datang ke situ untuk bertemu dengan Shahimi. Mereka sama-sama melangkah
masuk ke perut lif yang baharu terbuka.
“Dah dekat sebulan aku rasa tak
jumpa kau? Kau ke mana bro? Kau selalu outstation
ke?” tanya Shahimi memandangkan hanya mereka berdua sahaja di dalam perut lif.
“Takdalah. Tapi ada jugaklah.”j
Azam acuh tak acuh. Ada perkara yang lebih penting dari hal kerjanya ingin
diperkatakan kepada Shahimi. Hanya lelaki itu sahajalah yang dapat membantunya.
Tiada sesiapa lagi yang lebih sesuai melainkan Shahimi seorang. Teman
sepermainan sejak kecil lagi.
“Aku tahulah kau ada darah
keturunan campur. Tapi tak payahlah nak cakap pun main campur-campur bahasa
bro.” balas Shahimi yang kurang faham dengan jawapan yang diberi oleh
sahabatnya itu.
Azam tersengih lagi. Memang sejak
akhir-akhir itu dia agak sibuk. Selalu benar dia naik turun pejabat klien.
Tetapi hidupnya dalam hampir sebulan itu bertambah sibuk apabila kepalanya
sering memikirkan seorang gadis yang sedang melancarkan perang dengannya. Wajah
comel itu seperti sentiasa mengekorinya ke mana sahaja. Dan yang membuatkan
kepalanya bertambah kusut apabila setiap hari dia terpaksa makan mi segera jika
pulang ke rumah. Itu sahaja yang disediakan oleh abahnya walaupun dia tahu
ianya merupakan salah satu tanda protes yang turut dilancarkan oleh abah dan
adiknya.
“Kita dinner sama-sama hari ni nak tak? Lama sangat aku rasa tak lepak
dengan kau.” kata Shahimi sebaik pintu lif terbuka. Mereka sudah pun tiba di
tingkat enam bangunan pejabat.
“Bagus jugak tu. Aku naik muntah
hijau dah hari-hari makan instant food
dekat rumah tu. Kepala aku ni pun aku rasa tak lama lagi dekat botak asyik
bedal perasa yang bukan-bukan.” balas Azam sekaligus meluahkan rasa hatinya.
Shahimi terus menghamburkan tawa
sebaik Azam habis menutur kata. Dia tahu akan segala punca yang menyebabkan
sahabatnya jadi begitu.
Azam menjeling geram memandang
Shahimi yang sedang enak mentertawakannya. Kaki terus dihayun masuk ke ruang
pejabat Shahimi dan menuruti langkah lelaki itu masuk ke dalam bilik.
“Hai Kak Sham.” dengan sebelah
tangannya melambai mesra beserta secebis senyuman manis dihadiahkan sebaik tiba
di hadapan meja berhampiran bilik Shahimi. Shamsiah pembantu Shahimi.
Namun sebaik tangan mencapai
tombol pintu bilik Shahimi yang sudah kembali tertutup kerana Shahimi yang
mendahuluinya, dia menoleh sekilas ke arah meja tadi. Matanya cuba digosok
beberapa kali beserta gelengan di kepala. Seperti tidak percaya dengan apa yang
dilihat membuatkan dia menampar pula kedua-dua belah pipinya sebelum terus
berlalu masuk ke dalam bilik Shahimi.
Sementara Ada yang duduk di meja
itu tadi hanya terkelip-kelip memandang Azam seperti kebingungan.
“Ada orang suka tampar diri
sendiri ke?” katanya menyoal sendiri. Pelik dengan kelakuan Azam yang
memandangnya tadi.
Hampir sebulan dia bekerja di
situ, baharu hari itu dia melihat Azam datang ke pejabat abangnya. Wajah kacak
lelaki itu juga sudah lama tidak dilihat. Kali terakhir sewaktu dia menghamburkan
perasaan marahnya di atas apa yang berlaku.
“Malang betul siapa jadi isteri kau Tuan Azam
oi..” omelnya lagi sambil menggelengkan kepala. Dia kembali menatap fail akaun
yang dibuka sejak tadi.
Sementara Azam yang sudah
menghenyakkan tubuh ke sofa panjang di sudut bilik Shahimi masih dalam keadaan
yang sama. Kepalanya masih digelengkan beberapa kali dengan bibir
terkumat-kamit menyatakan tak mungkin.
“Hoi! Engkau dah kenapa Zam
tergeleng-geleng dekat situ. Sewel?” tegur Shahimi yang perasan akan
tingkahlaku sahabatnya itu sebaik melangkah masuk ke biliknya.
Azam tidak menyahut. Masih
melakukan perkara yang sama.
“Leher kau dah terkehel langgar
pintu dekat depan tu ke? Tergeleng-geleng dari tadi aku tengok.” tambah Shahimi
yang ketawa kecil melihat tingkah laku Azam. Dia yang sedang mencari fail untuk
disemak sebelum keluar tadi terus tidak jadi apabila melihat Azam begitu.
“Aku rasa aku macam dah kena badi
adik kaulah Shah. Dekat mana-mana pun aku nampak muka dia. Sampai muka Kak Sham
pun boleh tukar jadi muka adik kau.” luah Azam dengan wajah yang berkerut
memikirkan masalah yang dihadapi.
Manakala Shahimi pula sudah
menghamburkan tawanya bertambah besar. Lucu dengan penyataan yang dikeluarkan Azam.
‘Bukan badi, tapi kau tu yang dah
angau dengan adik aku tu!’ kutuknya dalam hati.
“Siapa yang sewel sekarang ni?
Kau ke aku?” soal Azam dengan wajah yang semakin berkerut dan kelat apabila
Shahimi tidak henti mentertawakannya dari tadi.
“Sis, teh O dua please.” kata Shahimi dalam sisa tawanya
pada intercom sebelum memandang ke wajah sahabatnya yang masam mencuka.
“Okey okey.. Sorry bro..” lanjutnya sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya.
Azam menyandarkan tubuh ke sofa
dengan mata terpejam. Malas mahu melayan Shahimi yang memang suka menyakatnya
jika ada peluang.
“Sekarang ni cuba kau cerita dengan
aku apa sebenarnya tujuan utama kau datang office
aku ni?” kata Shahimi yang mula menukar tempo suaranya agar menjadi lebih
serius. Tetapi bibirnya tetap juga sembunyi senyum kerana sudah mula dapat
meneka apa sebenarnya tujuan lelaki itu datang ke pejabatnya.
“Aku nak mintak phone number adik kau.” jawab Azam
jujur.
“Tu aja?”
“Aku nak mintak tolong, kau
tolong pujukkan Ada. Abah dengan adik aku tengah boikot aku sekarang bro selagi
aku tak dapat pujuk Ada untuk masak untuk kita orang macam sebelum ni.” jelas
Azam akan perkara yang sememangnya menambah kekusutan hati dan kepalanya.
“Erm.. phone number aku boleh bagi, bab pujuk aku tak boleh nak tolong.”
Jawab Shahimi dengan sengihan lebar menghampiri Azam di sudut bilik.
“Alah kau ni.. Apasal pulak tak
boleh? Takkan member sendiri pun nak
berkira..” kata Azam dengan suara yang mengendur. Dalam masa yang sama
terdengar daun pintu diketuk.
“Masuk.” Segera Shahimi memberi
kebenaran. Kali ini dia mahu melihat apa pula reaksi Azam dengan kehadiran Kak
Sham yang menyerupai adiknya tadi.
Azam pula menoleh ke arah
gerangan yang masuk dan kemudiannya segera melarikan pandangan mata ke arah
lain.
“Kak Sham, cepatlah keluar Kak
Sham. Comel sangatlah Kak Sham hari ni.” kata Azam dengan wajah yang dipalingkan.
Sekali lagi dia melihat Shamsiah berubah wajah menjadi wajah Ada. Gadis yang
mengantuinya ke mana sahaja dia pergi kini.
Ada yang melihat Azam serba tidak
kena sudah mengerutkan dahi sebelum meletakkan dua cawan air teh seperti yang
diminta oleh abangnya tadi.
“Awak ni kenapa Tuan Azam. Gila
ke apa? Ke mata awak tu dah rabun.” lancar sahaja Ada membuat serangan.
Azam yang mendengar suara Ada
seperti terngiang-ngiang di telinganya terus menekup dengan kedua-dua belah tapak
tangan. Kepalanya sudah digelengkan lagi dengan bibir menyatakan tak mungkin.
“Apa dah jadi dengan aku Shah?
Tolonglah aku Shah. Aku dah tak tahan dah jadi macam ni. Suara Kak Sham pun dah
macam Ada. Boleh sewel betul-betul aku macam ni.” kata Azam sambil memandang ke
wajah Shahimi yang sudah mengekek gelak.
“Hm.. Tak payah sewel
betul-betul. Awak memang dah sewel pun!” sahut Ada selamba yang masih tidak
faham apa sebenarnya yang berlaku kepada Azam. Lelaki itu sejak tadi kelihatan
pelik sebaik melihat wajahnya.
“Alah Shah… tengok, aku macam
terdengar-dengar aja dia kutuk-kutuk aku ni.. Adik kau ada bela saka ke apa
sampai teruk macam ni aku kena. Dekat mana-mana aku asyik dengar suara dia aja.
Saka dia dah melekat dekat aku ke apa bro..” kata Azam lagi sambil memejam mata
pula.
‘Saka? Dia boleh kata aku bela
saka.. dia ni buta ke apa sampai tak nampak aku dekat sini. Selamba dia aja nak
kutuk-kutuk aku!’ desis Ada sendiri dengan bibir dikertap rapat. Geram dengan
apa yang didengarinya.
Dengan dulang plastik yang masih
ada ditangan, cepat sahaja dihentakkan ke meja kopi hadapan dua lelaki itu.
Mujur meja kayu! Tersentak Azam yang sedang menutup telinga dan matanya. Saat
itu jugalah mata mereka bersabung.
“Tuan Azam Ashraff! Awak cakap
saya apa? Saya bela saka? Saka apa saya bela? Saka awak?! Memang patut pun la
awak sewel! Biar saka saya sewel-sewelkan awak lagi!” bentaknya geram sebelum
laju meninggalkan bilik abangnya itu.
Shahimi yang turut terhenti gelak
dek kerana hentakan dulang plastik yang dibawa adiknya tadi menyambung tawa
semula.
Azam pula kali ini terkulat-kulat
sendiri. Hanya pandangan matanya sahaja menghantar kelibat Ada hilang disebalik
pintu yang kembali tertutup rapat.
“Nasib baik dulang ni tak singgah
atas kepala kau. Kalau singgah tadi, memang sah sewel kawan aku sorang.” kata
Shahimi dalam sisa tawanya.
Azam tidak pun menjawab. Dia
masih dalam keadaan yang sama tidak lepas memandang daun pintu yang kaku tidak
bergerak.
“Hoi! Kau dengar tak apa aku
cakap?” Shahimi menepuk kuat bahu Azam apabila lelaki itu masih tidak lepas
memandang ke arah pintu.
“Aku rasa..mm.. Aku asa macam
nampak adik kaulah bro. Dia marah aku.” tutur Azam bernada pelik. Terkelip-kelip
matanya memandang ke wajah Shahimi.
“Astaghfirullahal’azim… Zam.. Kau
ni tak sihat ke?” kata Shahimi sambil meletakkan tapak tangannya ke dahi Azam.
Dirasakan kronik benar masalah Azam dan adiknya.
“Adik kaulah yang buat aku tak
sihat macam ni. Kusut dah kepala aku ni.” balas Azam yang kembali menyandarkan
tubuhnya. Seperti masih terngiang-ngiang lagi suara Ada memarahinya tadi.
Shahimi sudah menggelengkan
kepala dengan senyuman penuh makna di bibirnya.
“Bro, kau terus terang ajalah
dengan aku. Kau sebenarnya suka adik aku kan?” terus sahaja Shahimi bertanya
tanpa perlu berselindung lagi.
Azam menalakan pandangan matanya
ke wajah Shahimi sekilas. Bibir menarik senyum tepi sebelum menjawab pertanyaan
sahabatnya itu.
“Kenapa kau tanya macam tu? Kau
nak ke aku jadi adik ipar kau?” sengaja Azam bermain dengan kata-katanya
sendiri sedangkan tidak pernah pun dia fikir sejauh itu. Masalah besarnya kini
ingin meminta maaf apa yang telah berlaku antara dia dan Ada.
“Apa salahnya kalau kau sudi
bro.” balas Shahimi dengan keningnya terjungkit. Sengaja menjawab begitu kerana
mahu melihat reaksi lelaki di hadapannya itu.
Azam tersengih. Tidak pernah dia
membayangkan perkara seperti akan berlaku dalam hidupnya. Dan sebelum ini dia
sendiri pernah menyatakan kepada abahnya yang dia tidak mungkin akan berkahwin
dengan salah seorang anak jirannya. Tambahan pula hubungannya dengan Ada kini
terlalu dingin. Tetapi tidak dinafikan yang hatinya akan bergetar tiap kali
wajah comel itu memenuhi ruang mata.
“Kenapa kau tersengih? Kau ingat
aku main-main ke?” lanjut Shahimi yang perasan dengan reaksi Azam.
“Kau jangan bro. Nanti masin
mulut kau tu, kau jangan menyesal pulak aku panggil kau brother in-law.” seloroh Azam pula.
“Why not? Kalau kau sudi, aku boleh tolong settlekan problem kau
dengan Ada.” Shahimi menawarkan bantuan jika benar Azam punya hati terhadap
adiknya. Dia sendiri senang andai Azam menjadi suami kepada Ada kerana tahu
hati budi Azam sejak kecil lagi. Lelaki itu belum pernah kenal rapat dengan
mana-mana perempuan selama ini. Bukan dia tidak tahu kriteria wanita yang
dicari oleh Azam untuk dijadikan sebagai isteri. Dirasakan adiknya punya
ciri-ciri yang diinginkan. Bezanya perwatakan Ada lebih tegas walaupun
kelembutannya terserlah.
“Ah! Sudahlah kau. Tadi kau kata
tak boleh, sekarang boleh pulak.” balas Azam yang yakin Shahimi sengaja
mengusiknya.
“Tak nak sudah.” jawab Shahimi
dengan sengihan meleret.
Azam menjuihkan bibir.
“Sudahlah kau. Erm..Tadi kau kata
nak bagi phone number Ada? Bagi sini
cepat. Makin lama aku dekat sini, boleh sewel terus ni.” katanya sambil
menghulurkan telefon bimbitnya kepada Shahimi.
Shahimi yang tidak keberatan,
terus sahaja menaip nombor-nombor di atas skrin nipis itu.
“Aku nak balik officelah Shah. Nanti kita jumpa dekat
tempat biasa.” ujar Azam sebelum bangun.
“Bro.. relax la dulu. Ni adik aku penat-penat buat air, kau tak minum pun
lagi.” halang Shahimi sambil menunjuk ke arah cawan yang tersedia.
“Banyaklah kau punya adik.” balas
Azam yang kembali duduk.
Shahimi ketawa lagi.
“Kau ni.. kau ingat aku cakap
main-main ke? Nasib baik adik aku tak hempuk kepala kau dengan dulang ni tadi
bila kau cakap dia bela saka.” Shahimi cuba menerangkan apa yang berlaku tadi.
Azam kerut dahi.
“Apa kena mengena dengan adik kau
pulak ni?” jawab Azam tidak faham sebelum membawa cawan ke bibirnya.
“Parah dah aku rasa kau ni Zam.
Yang bawak air ni tadi memang adik akulah bro. Dia gantikan Kak Sham. Dah dekat
sebulan dia kerja dekat sini. Kau sendiri dengar dia marah kau pasal saka tadi
kan? Adik akulah tu. Bukannya bayang-bayang adik aku.” jelas Shahimi.
Azam terus meletakkan semula
cawan yang dipegang. Kening hampir bercantum memikirkan kata-kata Shahimi.
“Kau ni agak-agaklah nak bergurau
pun Shah. Tahulah aku ni dah kena tulah adik kau sebab aku tinggalkan dia dalam
hujan hari tu.” balas Azam yang mula berasa tidak senang di hatinya. Melihat
dari riak wajah Shahimi yang serius, tidak mungkin sahabatnya itu bergurau.
Tetapi tadi dia memang dengar dengan jelas suara Ada memarahinya.
Shahimi tersenyum.
“Kau tak percaya. Kau tunggu
kejap aku panggil dia.” kata Shahimi sebelum berlalu ke pintu untuk memanggil
Ada.
Tidak sampai seminit, wajah masam
mencuka Ada terjegul di muka pintu.
“Apa abang nak ni?” soalnya tiada
hati untuk masuk ke bilik itu kerana kehadiran Azam di situ.
“Masuklah kejap.” kata Shahimi
seraya menarik tangan Ada agar masuk ke dalam biliknya.
Azam yang melihat dari tadi sudah
membulat mata. Seperti tidak percaya dengan apa yang dilihat. Bayang Ada yang
dilihatnya tadi sama dengan apa yang terbias di mata. Liur yang ditelan mula
terasa kesat. Tahu yang dia sudah terlepas cakap dan mungkin menambah kebencian
gadis itu kepadanya.
‘Habislah kau Zam. Dah ada
penyakit, kau tambah lagi penyakit.’ desis satu suara dalam hatinya.
“Er..Ada.. Sor..”
“Orang sewel tahu mintak maaf ke?
Huh!” rengus Ada sebelum terus berpusing kembali ke luar bilik. Sakit hatinya
dengan Azam tidak pernah surut pun walau sedikit dengan apa yang telah berlaku
di antara mereka.
Shahimi hanya angkat kedua-dua
bahunya tanda tidak tahu.
Azam pula sudah melepaskan
keluhan panjang. Semakin sukarlah untuk dia memujuk gadis itu agar dapat
memasak semula buat keluarganya.
“Sorrylah bro. Kes kau dah berat sangat dah ni. Susah sikit aku nak
tolong ni.” kata Shahimi yang sudah kembali ke sofa semula.
Hanya keluhan demi keluhan sahaja
yang keluar dari bibir Azam.
“Kau nak tahu kenapa adik aku
marah sangat dekat kau pasal kau tinggalkan dia tu?” Shahimi ingin menjelaskan
apa sebenarnya yang membuatkan Ada membenci lelaki itu.
“Kenapa?” soal Azam lurus.
Sememangnya dia ingin tahu apa sebenarnya yang sudah berlaku selepas peristiwa
itu kerana abah dan adiknya langsung tidak mahu membuka mulut.
“Adik aku demam hari tu dekat dua
minggu. Tiga hari masuk wad sebab panas sangat.” jelas Shahimi tenang.
Pada mulanya dia sendiri tidak
suka dengan apa yang dilakukan oleh Azam. Tetapi apabila memikirkan yang Ada
dan Azam punya persamaan iaitu sikap ego dan degil dalam diri masing-masing, dia
tahu buku sudah bertemu dengan ruasnya.
“Takkan teruk sampai macam tu?”
tanya Azam lagi dengan perasaan bersalahnya terus memuncak di dalam hati.
“Yang buatkan dia teruk sebab
rasa fobia dia bro. Dulu masa arwah atuk aku ada, dia nampak sendiri dengan
mata kepala dia atuk aku kena panah petir masa nak ambik dia balik dari
sekolah.” sambung Shahimi dengan suara yang mengendur.
Dia sendiri tidak dapat
membayangkan bagaimana perasaan yang dialami oleh adiknya apabila orang yang
disayangi pergi di hadapan mata. Sememangnya Ada rapat dengan arwah atuk dan
neneknya kerana sejak kecil lagi dia dibesarkan di kampung. Kerana itu juga
membuatkan Ada seorang gadis yang mampu melakukan semua kerja-kerja rumah
dengan baik. Semuanya hasil dari tunjuk ajar dan asuhan arwah neneknya.
Azam terdiam. Tidak mampu berkata
apa. Tidak tertanggung rasa bersalahnya kepada gadis itu.
“Tu pasal aku kata tadi, susah
sikit aku nak tolong kau. Kau kena usaha sendiri nak pujuk dia balik.” lanjut
Shahimi lagi.
Azam melepaskan nafas berat.
“Thanks bro sebab cerita dengan aku. Kalau tak, sampai bila-bila pun
aku tak tahu.” kata Azam dengan perasaan bersalah yang memenuhi ruang dada.
“Takda hal la. Aku cuma nak
tolong kau aja. Kan kau nak jadi adik ipar aku.” Shahimi cuba berseloroh
walaupun dia maksudkan apa yang terucap di bibirnya. Dia yakin Azam cukup
sesuai buat adiknya itu.
Azam tersenyum kelat. Tidak
terusik hatinya dengan gurauan Azam. Hatinya lebih terusik dengan apa yang
diceritakan oleh lelaki itu tadi mengenai Ada.
“Erm.. Shah, aku balik office dululah. Kita jumpa nanti.” ujar
Azam sebelum bangun. Kerja di pejabat sedang menantinya.
“Okey.” Shahimi mengiringi
sahabatnya itu hingga ke muka pintu.
Tiba sahaja di muka pintu, Azam
sempat mengerling ke arah tempat duduk Ada. Gadis itu hanya menunduk sedang
meneliti sebuah fail. Langsung tidak menegakkan wajah memandang ke arahnya.
Terasa kakinya ingin dihalakan ke situ untuk bercakap dengan gadis itu. Namun
apabila memikirkan keadaan tempat dan masa yang tidak sesuai, dimatikan
niatnya. Dia akan cuba mencari ruang dan waktu yang sesuai nanti. Kedua-dua
kakinya terus dihayun melangkah ke pintu utama meninggalkan ruang pejabat.
************
+ Assalamualaikum awak. Kenapa
tak angkat telafon? Banyak kali saya call. Satu pun awak tak angkat.
Ada kerut dahi menerima SMS dari
nombor yang tidak dikenali. Memang sudah menjadi kebiasaan baginya yang dia
tidak akan mengangkat mahupun melayan sebarang nombor asing yang muncul di
skrin telefon bimbitnya.
+ Siapa awak? Apa awak nak?
Mana awak dapat nombor saya ni?
Balasnya terus mengajukan
soalan-soalan yang dirasakan begitu penting.
+ Saya Azamuddin Ashraf. Saya
nak cakap dengan awak (tapi kalau dapat jumpa lagi bagus :P). Abang yang amat awak
kasihi yang bagi phone number awak ni. J
Ada kertap bibir geram membaca
SMS yang diterima. Melihat sebaris nama itu sahaja membuatkan darah panasnya menyerbu
naik ke kepala.
+ Apa awak nak dari saya? Saya
takda hutang apa-apa dengan awak!
Taipnya segera sebelum menekan
butang hantar.
+ Ada. Awak ada hutang saya.
Awak hutang maaf dengan saya. Saya dah banyak kali kata maaf pada awak, tapi
awak tak balas lagi :D
Ada menjuihkan bibir membaca SMS
yang diterima.
+ eh, SAKA saya belum maafkan
awak ke? Kan SAKA saya ke hulu ke hilir ikut awak. Takkanlah SAKA saya tu tak
cakap apa-apa dengan awak.
Kali ini Ada dengan sengihan
lebar menekan butang hantar. Padan muka!
+ SAKA awak tu mestilah ikut
cakap awak. Sebab tu SAKA awak tak maafkan saya pun. Kalau dah maafkan, tak
payah saya susah-susah SMS dengan TUAN SAKA. Sebab tu saya kena cakap dengan
TUAN SAKA sendiri. :D
Ada mengecilkan matanya. Geram
melihat perkataan yang ditaip dengan huruf besar oleh Azam.
+ Memang patut pun SAKA sayang
tak maafkan awak Tuan Azamuddin Ashraf yang gila!
Dengan hati yang berbahang Ada
menaip dan terus menekan butang hantar.
+ SAKA sayang? Awak SAYANG SAYA
ke, awak SAYANG SAKA awak? :P
Sekali lagi darah menyerbu naik
ke kepala. Dan kali ini wajahnya sekali terasa berbahang.
“Saka Sayang? Bila masa pulak aku
bersayang-sayang ni?” bebelnya sendirian sambil jemari halusnya bermain di atas
skrin nipis itu untuk melihat kembali SMS yang dihantar tadi. Kemudian serentak
itu tangannya menepuk dahi sendiri.
“Macam mana boleh terlajak taip
ni Ada? Buat malu aja!” kutuknya pula. Secepat itu dia menaip untuk membalas
SMS tadi.
+ Typo error hokey! Awak jangan
nak perasan sangat Tuan Azamuddin Ashraf. Perempuan gila aja yang sayangkan
lelaki cerewet gila, kejam gila (sebab tinggalkan awek comel macam saya dalam
hujan sorang-sorang), perasan hensem gila macam awak! Huh! Bluwerk! (muntah hijau!)
Kali ini dia memastikan segala
patah perkataan yang ditaip tiada kesilapan, baharu dia menekan butang hantar.
Sementara Azam yang membaca SMS
balasan daripada Ada sudah mengekek gelak di atas katil. Dia tahu Ada begitu
memarahinya kerana peristiwa lalu. Namun dalam kemarahan yang dihamburkan
memang mencuit hatinya. Lebih senang begitu daripada gadis itu langsung tidak
mahu membalas SMS daripadanya.
Sebaik tawanya reda, baharulah
dia membalas SMS yang diterima.
+ Okey okey.. Saya mintak maaf
pasal hari tu Cik Ada Syuhada Adlia binti Mohd Shukri (panjangnya nama dia ni.
Boleh tergeliat lidah depan tok kadi. Agak-agak cukup ke senafas nak sebut ni
eh? :P). Saya tak tahu awak fobia. Tapi awak yang cabar saya suruh berhenti kan?
Saya berhentilah. Tapi saya tak sangka pulak awak betul-betul turun.
Azam balas apa yang dirasakan
betul. Pada pendapatnya Ada tidak boleh menyalahkan dia sahaja sedangkan dia
sendiri tidak tahu yang gadis itu fobia berada dalam hujan. Malah gadis itu
sendiri yang mencabarnya untuk memberhentikan kereta.
+ Awak tu yang jahat sebenarnya
saja nak kenakan saya kan kan?! Memang malang betul siapa yang kahwin dengan
lelaki macam awak ni Tuan Azamuddin Ashraf yang gila! Jangan harap saya maafkan
awak! Huh!
Azam kertap bibir. Rasa tercabar
lagi egonya dengan kekerasan dan ketegasan Ada. Mahu atau tidak, dia tetap
mahukan kemaafan gadis itu agar abah dan adiknya tidak melancarkan boikot
terhadapnya lagi. Dan dia sendiri tidak perlu makan mi segera setiap malam.
+ Okey okey. Saya mintak maaf.
Saya tahu saya salah sebab tinggalkan awak. I’m really sorry Ada. Please
forgive me. I’m begging you. Please.. Abah dengan adik saya boikot saya
sekarang ni sebab awak tak masakkan lagi lauk-lauk untuk kita orang macam
sebelum ni. Please Ada. Saya pun dah tak lalu nak makan instant mee hari-hari.
Botaklah kepala saya ni kalau selalu makan banyak MSG everyday okey! Hilang
pulak rasa PERASAN HENSEM GILA saya kalau dah takda rambut. Please Ada… (mata terkelip-kelip
yang berkaca-kaca :’()
Azam tersenyum sendiri selepas
membaca SMS yang ditaip agak panjang sebelum dihantar kepada Ada. Dia terpaksa
merendahkan sedikit egonya semata-mata kerana abah dan adiknya. Sebenarnya dia
sendiri tidak mahu abahnya membeli makanan di luar yang belum tentu terjamin
kebersihannya. Dengan tahap kesihatan abahnya yang kadang-kadang terganggu, dia
mahu segala makanan yang dimakan bersih dan lebih berkhasiat.
Sudah lebih lima minit berlalu,
SMS yang dihantar tadi masih tidak berbalas. Berkali-kali dia melihat skrin
telefon bimbitnya. Namun tetap juga tiada. Azam menegakkan tubuh dan duduk
bersila di tengah katil. Berkira-kira mahu menghubungi terus Ada kerana resah
dia menanti SMS yang tidak berbalas. Matanya saat itu sempat mengerling ke arah
jam. Hampir sebelas malam. Disebabkan esok merupakan hari Ahad, dia yakin Ada
tidak mungkin sudah terlena.
Sudah seminggu dia memiliki
nombor telefon itu, baharu malam itu dia punya keberanian untuk menghubungi dan
menghantar SMS. Disebabkan panggilannya langsung tidak bersambung membuatkan
kini dia hanya mampu berbalas SMS dengan gadis itu sedangkan banyak perkara
yang ingin diperkatakan. Dia mahu Ada memaafkannya dalam kata yang sebenar
kerana dia tidak begitu senang melalui hari-harinya kerana kesalahannya kepada
gadis itu sentiasa mengganggunya.
Dia kembali menatap skrin nipis
di tapak tangannya. Membatalkan niat untuk menghubungi gadis itu kerana yakin
yang Ada tidak akan menjawab panggilannya. Jemari kasarnya menari lagi di atas
skrin untuk menyusun ayat.
+ Kenapa awak tak reply SMS
saya? Erm.. Ada, kita jumpa sekarang boleh? Sekejap aja. Kalau awak takut Aunty
dengan Uncle marah, biar saya jumpa mama dengan ayah awak. Please…
Ada yang leka memikirkan ayat
yang harus dibalas kepada Azam sedikit terkejut apabila telefon bimbitnya
berbunyi lagi tanda SMS diterima. Matanya membulat apabila membaca SMS yang
diterima.
“Gila ke apa dia ni?” omelnya
sendiri apabila dirasakan permintaan Azam tidak masuk akal. Dia yakin yang mama
dan ayahnya tidak akan membenarkan dia keluar lewat malam begitu. Tambahan pula
untuk berjumpa dengan lelaki yang bukan mahramnya. Dia sendiri tidak rasa mahu
keluar bertemu dengan Azam kerana sudah dapat meneka apa yang ingin
diperkatakan. Serentak itu jemarinya menaip patah perkataan untuk membalas.
+ Awak ni, belajar aja
tinggi-tinggi kan? Saya kata gila nanti awak bangga sangat! Dekat rumah awak
takda jam eh? Awak ingat mama and ayah saya nak bagi ke saya keluar lewat-lewat
macam ni? Jangan merepeklah.
+ Habis tu, kenapa tak balas
SMS saya?
Ada kertap bibir. Tiada jawapan
daripada pertanyaan Azam. Sebenarnya dia masih berkira-kira mahu memaafkan
lelaki itu. Tetapi apabila Azam melibatkan nama Uncle Zakuan, dia menjadi tidak
senang. Sebenarnya dia tidak sampai hati melihat lelaki yang sudah dianggap
seperti ayahnya sendiri terpaksa bergantung dengan makanan yang dimasak di
kedai setiap hari. Bukan dia tidak tahu akan tahap kesihatan Uncle Zakuan yang
terganggu sejak akhir-akhir ini. Baharu semalam dia bertemu dengan Uncle Zakuan
ketika sedang menyiram pokok bunganya. Lelaki itu sendiri ada mengadu dengannya
sering sempit dada.
Telefon bimbit yang masih di
tangan hanya dipandang sepi. Tidak tahu jawapan apa yang harus diberikan. Jika
teringat kembali apa yang pernah dilakukan oleh Azam terhadapnya, memang tidak
mampu dilupakan.
+ Awak nak saya masak untuk
family awak macam before ni kan? Itu yang awak nak saya buat sebenarnya kan?
Okey. Saya boleh masak. But only for them! Not for you! Saya masak semata-mata
sebab Uncle. Jangan ganggu saya lagi lepas ni. Saya nak tidur. Sekian!
Itu sahaja yang terlintas di
fikirannya. Dia amat berharap yang selepas ini Azam tidak akan mengganggu
hidupnya. Cukup dengan apa yang berlaku di antara mereka sebelum ini. Itu sudah
cukup membuatkan dia mengenali siapa Azamuddin Ashraf Zakuan.
Gajet nipis yang masih dipegang
terus dipadamkan walaupun yakin yang Azam pasti akan membalas SMSnya. Tidak
dinafikan separuh hatinya sudah pun memaafkan lelaki itu. SMS Azam tadi seperti
ikhlas mahu memohon maaf darinya atas apa yang berlaku. Akui yang dia sendiri
tidak boleh menyalahkan lelaki itu sepenuhnya. Semuanya kerana ego yang ada
dalam diri masing-masing. Tiada yang mahu mengalah di antara mereka menyebabkan
hal itu berlaku.
Bibir melepaskan nafas berat
tiba-tiba. Kini dia berperang dengan perasaannya sendiri.
_______________
semoga jumpa lagi dengan izinNya :)
19 comments:
Arsya..
Terima kasih, comel aja dia orang gaduh-gaduh; yg. paling kelakar boleh pula keluar Saka daripada mulut Si Azam Egoist tu..
Memang teruja menanti n3 baru daripada Arya... rindu pula dgn. Pureen.. :)
BMJM jgn la x de ending kat sini..saya blm mmpu nk beli nvel...ksian kat sya sket
>>k<<
K> oh iya ke. takpa nanti kita boleh runding k. :) tak confirm lagi akak nak jadikan ebook ke tak. just cdangan. :) umur berapa k?
rindu arsha,cepat la arsha wt ebook tu
miss u too kakna. dah ler chatbox tu wat hal hari ni. haish!
arsha takde akak dok blog chenta klasik..acu pun ada gak kekadang
si azam vs ada ni panjang lg ke?
mcm anjing dgn kucing
nak BMJM...
Seronok baca SMS Ada dan Azam.... marah-marah sayangggg....
Azam kalau dapat abang ipar sama kepala besttt.... hehehe....
nak BMJM kalau ebook cepat sikitttt....
kalau nak dibukukan takut lama tunggu...
apa-apa pun Kak Sue Follow.....
salam arsha ..... apa2 pun akak sokong...ebook atau novel....
klu confirm buat ebook war2kan lah ye... x sabar nak membaca kesudahan cerita ..
Nak BMJM
Sangat COMEL...Ada ke nak minta maaf ngan orang pastu kata org tu bela SAKA?....Azam..oh Azam...
owh parah dah tuan azam ni!! kikikiki..
kalo nak ikut kan.. dedua ada salah.. ye x?
tp pape pon.. hrp segera berakhir ngan baik..
arsha dear ~ ai xkesah ebook ke versi cetak ke.. ai okay saja.. nti ade versi ebook tu dont forget 2 mention me yaa..
Semua citer arsha best....so kalau buat enovel @ cetak kekal semua akak akan sokong. Klu dpt buat enovel pun bagus juga rasa lebih cepat kami tau mcmana shaq & pureen bercinta sbb kalau tunggu cetak kekal tu mungkin ambil masa ikut turn kat publisher....
Untuk citer baru ni...pun best juga nak tgk buku bertemu ruas antara Azzam dan Ada ni....
Arsha laling xsabo ler tunggu BMJM wat ebook...huhuhu
Azam ngan ada bertemu buku ngan ruas....lepas ni part gula2 plak yer laling...kihkihkih
¤dewi¤
slm.. lar nk buat ebook k utk BMJM.. tp, susahlar bg student seperti saye.. coz saye mane reti buat bayar online nie.. saye baru abis exam pmr.. hehe... akak abiskn kt blog pun ok gak.. lau nk tunggu versi cetak pun, saye bleh jer tunggu.. pape pun tpulang lar pd akk..nie juat pendapat saya jer..
(ana)
smua cte arsha best2....klu jd nvel sye msti bli...
da siap bgtau ya
pandai ada ngaku cumil
uish memang la ada ni..
j azam acuh~jawab azam acuh
dekat botak~boleh botak
Aku asa~Aku rasa
angkat telafon~angkat telefon
alahai gaduh2 tu kekadang bawa bahgia,tapi akak rase ne dah kes sawan sampai azam tak leh nak beza kan reality ngan fantasi hehe lawak tul lah azam ne!!!Ada jangan lah layan sangat saka tu.....azam ne memang cari nahas sampai saka sume kuar,pandai2 lah ngayat azam ati perempuan akan cair gak kalu kena gaya nye.....hehe suke sesangat dek best ur story.
salam....bila ebook nak klua....lg cepat lg bgus...
Post a Comment