Jul 10, 2014

Tirai Dosa Kelmarin_SEpuasa

Assalamualaikum kalian.

maaf.  dah terlewat nak ucap selamat berpuasa. huu..

ok. mula2 nak bagitahu, siapa-siapa yang ada menerima email MEREPEK dari email saya, sila abaikan ya. Tu bukan saya. Adalah hackers yang berkenan dengan email saya tu ha.

yg kedua, siapa-siapa yang belum dapatkan novel TIRAI DOSA KELMARIN, bolehlah dapatkannya ya.. selagi stok masih ada terutamanya melalui online. Sila ke laman web www.lovenovel.com.my untuk order. Sekian.

thanks kepada yang telah pun sudi mendapatkannya! :D

selamat membaca!

..................

Tirai Dosa Kelmarin_puasa

Bibir menguntum senyum melihat aksi si kecilnya yang seorang itu. Agak lasak tidurnya hingga bantal tercampak ke bawah. Tidak seperti yang si sulung. Agak tertib dan lebih terjaga.

Perlahan-lahan dia melabuhkan duduk di birai katil bujang si kakak sebaik mengutip bantal yang terdampar ke lantai. Hari itu, hari pertama mereka akan berpuasa. Dan seperti tahun-tahun sudah, anak keduanya itulah yang paling liat bangun berbanding si abang. Walaupun baru berumur 7 tahun, sejak tahun lepas lagi dia sudah melatih anak-anaknya itu untuk berpuasa. Untuk si abang, memang tiada masalah. Tetapi untuk yang seorang itu, pelbagai ragamnya.

“Kakak..” Diusap lembut bahu anak dara yang seorang itu lembut. “Kakak, bangunlah. Kan kita mula puasa hari ni. Malam tadi, kakak kata nak puasa kan?” ucapnya lembut.

Humairah mula bergerak walaupun matanya masih belum terbuka. Imanina tersenyum. Bersabar melayan kerenah yang seorang itu sebelum melayan kerenah papa budak pula sebentar lagi. Sama liatnya setiap kali bangun sahur. Bukan liat sebenarnya. Tetapi lebih ingin bermanja-manja kerana mahu dia memujuk rayu. Jika musim bola, tidak pula perlu dia memujuk rayu segala.

“Sayang..” Imanina cuba lagi.

“Mama.. lima minitlah mama..” Terpisat-pisat Humairah membuka mata. Pejam celik, pejam celik matanya menajamkan pandangan sebelum matanya kembali tertutup.

“Bangun sayang.. cuci muka. Abang pun dah bangun.” ucapnya lagi memujuk.

Seperti tahun sudah, anaknya yang sulung akan lebih peka. Jam loceng akan dikunci sebelum tidur bagi memudahkan untuk bangun. Dan dia sendiri jarang mengejutkan si sulung itu setiap kali sahur. Tidak seperti si daranya ini.

“Mama.. tak bangun, tak boleh ke?” Rengek si kecil itu lalu melabuhkan kepala ke ribanya.

“Tak bolehlah sayang. Kan Kakak nak puasa esok. Kenalah makan. Tak makan nanti, lapar..”

“Mama, Kakak tak nak puasa boleh tak mama..” Dengan mata terpejam si kecil itu berkata-kata.

“Janganlah macam tu sayang.. Kan Kakak dah janji nak puasa penuh tahun ni..”

“Lamalah mama.. petang barulah makan..” rengek si kecil itu lagi.

“Kakak cubalah dulu hari ni okey? Kalau dah tak tahan sangat nanti, Kakak berbukalah. Tapi Kakak tahukan, orang yang dah boleh solat, maknanya dia mesti boleh puasa juga. Kalau abang boleh puasa penuh, takkan kakak tak boleh? Kakak mesti boleh!” Dia cuba memujuk.

“Ialah, ialah.. Kakak puasalah..” Humairah terus bangun. Mata memandang wajah mamanya dengan rasa tidak puas hati.

“Okey. Good girl! Pergi cuci muka dulu. Lepas tu, turun ya. Tok pa, Nek Wan dengan Abang dah tunggu dekat bawah tu.” ujarnya lagi sebelum bingkas.

“Okey ma..” Humairah terus turun dari katil dengan malas dan berlalu ke bilik air.

Imanina pula terus berlalu ke biliknya. Encik Suami masih lena diulit mimpi bersama si kecil Zairil.

“Abang.. Dah pukul lima ni.. bangunlah..” Lembut dibisikkan ke telinga Iman Faliq. Itu sahaja cara mahu mengejutkan suaminya. “Abang..” panggilnya lagi sambil menggoncang lembut bahu lelaki itu.

“Kejap sayang.. lima minit..” Dalam serak Iman Faliq membalas. Mata masih terpejam.

Imanina menggeleng. Sebijik seperti si daranya tadi. Like father, like daughter.

“Abang, bangunlah.. Nanti Zairil terjaga lagi susah Iman nak makan.. Bangunlah abang..” Dielus lengan lelaki itu.

Iman Faliq baru mengangkat kelopak matanya yang terasa amat berat. Terpisat-pisat dia bangun sambil memandang wajah lembut si isteri yang sedang tersenyum.

Give me my favourite place first sayang..” Kedua-dua tangannya didepangkan.

Imanina menggeleng. Tanpa mahu bersoal jawab, diturutkan kemahuan lelaki itu. Dia tenggelam dalam pelukan lelaki itu dengan senang hati.

“Dah dapat favourite place kan.. jom turun. Anak-anak semua dah turun. Semua tunggu abang..” Imanina meleraikan pelukan. Ditolak lembut wajah Iman Faliq yang mahu mendekatinya dan dia sedia maklum keinginan yang satu itu.

“Sayang, sekali aje. Siang nanti dah puasa, tak boleh buat apa..” Iman Faliq membuat wajah kesiannya minta simpati.

“Lepas makan nantilah.. Sekarang abang bangun, cuci muka dulu please.. Cepatlah abang..” balas Imanina seraya menarik lengan lelaki itu agar turun dari katil.

“Ialah..” Iman Faliq akur. Dengan berat dia turun dari katil dan berlalu ke bilik air manakala Imanina pula terus turun ke bawah untuk melihat anak-anaknya pula.

“Mama, Kakak tak makan lagi mama.” Suara anak sulungnya menyapa sebaik dia tiba di ruang makan. Mata terus terhala ke arah anak keduanya yang melentokkan kepala ke atas meja dengan mata terpejam.

“Mengantuk sangat tu ha..” Celah bapa mentuanya bersama senyuman sebelum bingkas. Lelaki itu baru sahaja selesai makan.

“Tu la.. Siapa suruh tidur lambat kan Tok Pa?” Tambah Zarif pula yang turut turun dari kerusi makan lalu membawa pinggan yang sudah kosong ke dapur.

Imanina hanya menggeleng. Bersabar lagi melayan kerenah yang seorang itu.

“Abang, dah lepas Abang minum susu, Abang terus naik atas ya? Temankan adik Zairil tidur tu sementara mama dengan papa makan boleh?” Ujarnya sebaik anak sulungnya itu kembali ke ruang makan.

“Boleh mama. Tapi Abang nak pinjam ipad mama sekejap boleh?” balas si kecil itu sebelum meneguk segelas susu yang tersedia.

“Boleh. Tapi sekejap aje. Abang ambil atas meja kerja papa.” balas Imanina senang dan si kecil itu hanya menangguk sebelum beredar selepas menghabiskan susunya.

“Kakak..” Imanina mengusap lembut kepala anak keduanya yang langsung tidak bergerak.

“Hm..” Itu sahaja yang kedengaran.

“Kakak, cepatlah makan. Habis waktu nanti, dah tak boleh makan..” Lembut dia memujuk sambil menyendukkan nasi ke dalam pinggan kosong buat suaminya yang baru sahaja tiba.

“Kakak..” Iman Faliq pula bersuara.

“Pukul berapa tidurnya tu Iman?” Celah Datin Farah yang muncul dari ruang dapur sambil membawa segelas susu buat Datuk Hamzah yang sudah berlalu ke ruang hadapan.

“Pukul 1 ma..” jawab Iman Faliq.

“Patutlah mengantuk benar rupanya..” Datin Farah terus berlalu ke hadapan.

Humairah terpisat-pisat mengangkat kepala.

“Kakak, makan.. Lambat nanti..” Sabar Imanina memujuk.

“Mama.. tangan kakak tak boleh angkatlah mama..” Rengek si kecil itu dengan kelopak mata yang seperti tidak terangkat. Kecil sahaja terbuka.

Iman Faliq dan Imanina sudah berpandangan sebelum terbit senyuman di bibir masing-masing.

“Okey, okey mama suap. Tapi Kakak kena makan tau.” Imanina akur asalkan si kecil itu mahu berpuasa.

Iman Faliq yang menjadi pemerhati, tersentuh hati. Betapa sabar isterinya melayan kerenah anak-anak pelbagai ragam apabila tiba bulan ramadhan. Bukan dia tidak tahu tugas isterinya akan bermula seawal empat pagi. Daripada menyediakan hidangan sahur, kemudian bertugas di taska pula. Pulang ke rumah, menyediakan keperluan anak-anak lagi. Itu tidak termasuk lagi tugas melayan kerenahnya pula yang sering dahagakan perhatian. Dia sedar perhatian wanita itu kini sudah terbahagi. Namun, dia sedikit pun tidak rasa terabai. Dan kini, kasih itu akan terpaksa dibahagi lagi kepada zuriat ke empat yang bakal lahir jika diizinkan Allah.

“Kakak, makan sendirilah. Kesian mama nak makan tu. Baby pun belum makan lagi tu.” ujarnya apabila perasan belum sebutir nasi pun mencecah mulut isterinya itu.

“Tak apalah. Nanti mesti dia tak makan.” Sambut Imanina senang.

Baby belum makan?” Tercelik besar mata Humairah.

“Ialah.. Mama asyik suap Kakak makan aje. Macam mana mama nak makan untuk baby?” kata Iman Faliq lagi.

Humairah menyentuh perut Imanina yang masih belum kelihatan. Baru tiga bulan usia kandungannya.

“Erm.. Kakak suap sendirilah mama. Kesian baby..” kata si kecil itu kemudian.

Good girl! Kakak makan elok-elok.” balas Iman Faliq sambil memandang isterinya.

Imanina tersenyum. Bekas cuci tangan ditarik untuk mencuci tangan si kecil itu.

…………..
“Mama.. lambat lagi ke..” Rengek Humairah yang sudah melepek di meja makan. Tidak sabar menanti waktu berbuka lagi 30 minit.

“Belumlah sayang.. Humairah pergi duduk depan sana dengan Tok Pa..” Jawab Imanina sebaik meletakkan semangkuk mi laksa atas permintaan si kecil itu awal pagi tadi.

“Alah mama.. Pukul berapa nak berbuka ni. Kakak dah tak boleh jalan ni mama..” rengek si kecil itu lagi.

“Kakak, tak baik macam tu la kakak.” Datang Zarif sambil membawa sepinggan buah tembikai yang siap di potong dan diletakkan di atas meja. Si kecil itu memang rajin membantu di dapur.

Humairah memuncung manakala Imanina pula sudah menggeleng.

“Abang, abang pergi tengok papa dekat atas. Tengok papa dah mandi ke belum.” Arahnya kemudian apabila teringat akan si suami yang baru tiba tadi. Risau lelaki itu akan tertidur pula.

“Okey mama!” Tanpa banyak soal si kecil itu terus memanjat tangga.

“Kakak..” Datin Farah pula muncul di ruang makan itu sambil membawa gelas yang siap diatur di dalam dulang.

“Nek Wan..” Si keci merengek pula kepada neneknya.

“Kakak pergilah duduk dengan Tok Pa dekat depan tu. Cuba tengok Top Pa main apa dengan adik.” Datin Farah pula cuba memujuk.

“Penatlah Nek Wan.. Kaki kakak dah tak kuat nak jalan..” jawab si kecil itu mengundang tawa kecil dan Imanina dan Datin Farah.

“Ada-ada ajelah kakak ni..” Imanina menggeleng.

“Mama! Papa kata five minutes mama.” Suara Zarif mencelah dari atas tangga.

“Ha.. tu sorang lagi..” Sambut Datin Farah sambil memandang menantunya.

“Nak kena papa ni.” Getus Imanina sebelum dia beredar memanjat tangga. Cukup faham apa yang dimaksudkan dengan five minutes tersebut.

Datin Farah yang memerhati hanya menggeleng. Satu persatu aksi cucu, anak dan menantunya yang mencuit hati.

Tiba di bilik, Imanina memandang geram ke arah Iman Faliq yang lena di tengah katil yang masih belum menukar pakaian kerja.

“Abang..” Panggilnya lembut sebaik melabuhkan duduk di sisi lelaki itu. “Abang..” panggilnya lagi apabila tiada reaksi yang diterima.

“Abang, bangunlah.. Dah pukul berapa ni. Dah nak berbuka ni..” Disentuh pula bahu lelaki itu.

“Kejaplah sayang.. penat ni..” gumam Iman Faliq tenggelam timbul dengan mata terpejam.

“Tahulah penat. Iman pun penat hari ni.. Tapi elok aje. Abangkan duduk dalam ofis. Tak pergi mana-mana pun kan?” Sabar dia membalas sambil membuka butang baju kemeja lelaki itu.

“Kejaplah..”

“Mana boleh kejap. Abang nak mandi lagi. Dah la mandi lama.” bebel Imanina tidak henti.

“Mama..” Datang si kecil Zairil dari pintu bilik yang renggang. Imanina terus memeluk si kecil itu erat. Ubun-ubun Zairil dicium dalam-dalam.

“Mama, papa sleep.” Dalam pelat si kecil itu berkata-kata sambil memandang wajah papanya begitu culas di atas katil.

“Aril kejut papa bangun sayang.” arah Imanina bersama senyuman penuh makna. Mahu melihat sejauh mana suaminya itu dapat menyambung lena jika si kecilnya itu yang mengejutkan.

Tanpa banyak soal, si kecil itu terus panjat katil lalu duduk di tepi bahu Iman Faliq.

Kiss..” Arah Imanina perlahan, mengajar si bongsu itu.

Si kecil Zairil senyum comel lalu mendaratkan bibir mungilnya ke dahi Iman Faliq seperti mana isyarat yang ditunjukkan oleh Imanina. Kemudian Imanina tunjuk pula isyarat pada mata.

“Sayang.. dua minit..” Lena Iman Faliq sedikit terganggu tanpa menyedari akan perbuatan anak bongsunya.

Imanina mula menahan tawa. Tersenyum-senyum bersama si kecil Zairil yang turut tersengih.

Here sayang.” arahnya tertahan sambil menunjuk pula ke arah mata kanan dan si kecil Zairil tetap juga menurut.

“Sayang.. janganlah.. ada yang batal puasa nanti, jangan salahkan abang..” gumam Iman Faliq dengan mata terpejam.

Imanina tekup mulut menahan tawa yang hampir terhambur. Dan si kecil Zairil juga meniru perbuatan mamanya.

“Sayang.. nose..” arahnya lagi sambil menunjuk ke arah pipi pula dan sekali lagi si kecil itu menurut. Sekilas ciuman dihadiahkan di hidung lelaki itu pula. Namun tiada reaksi pada Iman Faliq. Lelaki itu kembali menyambung lena.

“Sini..” Imanina tunjuk pula kedua-dua belah pipi. “Deep kiss sayang..” sambungnya bersama dengan sengihan.

“Mmmuahh..” Dua kali Zairil berbuat demikian. Namun, Iman Faliq tetap begitu menyebabkan Imaina mula menahan geram. Dia kerah otaknya mencari helah lain. Dia memandang si kecil Zairil yang terkelip-kelip menanti arahan seterusnya.

“Tak nak bangun ya..” Desisnya geram sebelum mendekati tubuh suaminya itu. Diusap lembut wajah yang lena itu penuh kasih sebelum wajah didekatkan. Bibir didaratkan sekilas ke dahi licin lelaki itu sebelum berpindah ke tepi pelipis.

“Assalamualaikum abang..” Lembut bisiknya di cuping telinga.

“Sampai sini ajelah yang Iman rasa Iman boleh buat untuk abang. Abang tidurlah dengan tenang. Iman takkan ganggu lagi. Iman harap, lepas ni Iman jagalah anak-anak kita baik-baik. Iman tahu, Iman bukan yang terbaik untuk abang.. Semoga kita dipertemukan lagi di syurga-Nya.. Selamat..”

Belum habis Imanina menuturkan kata, spontan tubuh Iman Faliq bingkas. Wajah diraup beberapa kali diiringi istighfar sebelum menyedari kehadiran isteri dan anaknya di situ.

“Sayang..” Terus sahaja didakap tubuh wanita itu tanpa pesan.

Imanina menahan tawa walaupun terasa pelik dengan tindakan suaminya itu.

“Abang kenapa ni?” Dia berpura-pura bertanya.

“Sayang, jangan tinggalkan abang please..” Bisik Iman Faliq sebak seraya memperkemas pelukan.

“Siapa cakap Iman nak tinggalkan abang?” Balas Imanina seraya meleraikan pelukan. Wajah Iman Faliq yang merenik peluh, diseka dengan tapa tangannya.

“Abang mimpi sayang nak pergi jauh dari abang..” Balas Iman Faliq dengan wajah yang keruh.

Imanina melemparkan senyum manis. “Mimpi aje kan?”

“Tapi macam betul-betul. Sayang cium dahi, cium mata, cium hidung, cium pipi abang, cium dahi abang balik, lepas tu sayang bisik nak pergi..” jelas Iman Faliq seperti anak kecil pula tanpa mahu melepaskan jemari halus isterinya itu.

Imanina tahan tawa. “Tu la.. siapa suruh abang tidur lepas asar. Ni dah dekat maghrib ni. Dah nak berbuka dah. Dengan stoking tak buka, belum mandi. Terus aje tidur. Iman kejut, abang tak nak bangun. Kan Zairil? Papa ni degil tak nak bangun.”

“Papa sleep..” balas si kecil sebelum memeluk lengan tegap papanya.

Iman Faliq pula terus membawa si kecil itu dalam pelukan.

“Sudah la tu bang. Bangun, cuci muka. Kita berbuka dulu. Tak sempat ni abang nak mandi. Nanti nak pergi masjid, baru abang mandi hm? Jangan fikir sangat hal tadi. Iman sayang abang. Kalau Iman pergi, siapa nak tolong Iman jaga yang dalam ni.” kata Imanina lembut menenangkan lelaki itu kembali.

Iman Faliq senyum segaris. Namun mimpi tadi masih belum mampu dilupakan. Sungguh dia takut andai hal itu benar-benar terjadi.

“Sayang.. janji dengan abang..”

“Ia.. Insya-Allah selagi abang perlukan Iman, Iman sentiasa ada dengan abang.” balas Imanina serba salah. Dibawa jemari kasar lelaki itu sekilas ke bibir. Terasa bersalah pula dengan tindakan yang dilakukannya tadi.

Iman Faliq tidak lepas memandang wajah ayu di hadapannya itu dengan sebak yang bertandang. Ditarik tubuh Imanina mendekat lalu dihadiahkan kucupan hangatnya ke dahi wanita itu.

“Abang jangan fikir sangat fasal mimpi tu lagi okey? Jom kita turun berbuka.” Imanina mengusap pipi lelaki itu lembut sebelum dia bingkas. Si kecil Zairil yang enak dalam pelukan lelaki itu diturunkan sama.

“Abang cuci muka..” Ditarik pula tangan Iman Faliq agar turun dari katil dan lelaki itu hanya menurut tanpa lepas memandang wajah si isteri.

“Iman tunggu dekat bawah dengan anak-anak. Jumpa dekat bawah.” ucapnya lembut seraya mendaratkan bibirnya sekilas ke pipi lelaki itu sebelum beredar.

Iman Faliq kaku di hadapan pintu bilik air. Tidak lepas memandang hingga bayang isteri dan anak bongsunya hilang dari pandangan. Sejak tadi, hati tidak henti berdoa agar rumah tangganya sentiasa dilindungi dan dipelihara dari segala kemungkaran. Sungguh dia amat sayang dengan apa yang dimilikinya kini walaupun masih dihantui dosa-dosa lalu. 





9 comments:

Dewi Mus said...

Best...best. .. nak lagi part depa raya plak yer achaaa.....:)

sal miza said...

Aktif betul both Iman ni buat anak kak. Tiap kali akak update new entry mesti Iman pregnant. Best tu. Hahahaha...

Selamat berpuasa juga untuk akak. Moga Ramadhan kali ini penuh keberkatan, inshAllah.

Anonymous said...

TDS mmg terbaik..but i loike BMJM more..

>>k<<

norihan mohd yusof said...

alahai..sweet nyer...dlm diam2 dh nk masuk empat org permata hati imanina dn iman...best dik...tq

Siti Klinkner said...

I dah ada, dah khatam pun had it delivered begining of this year but without your signature sebab beli dlm kedai
Walaubagaimanapun Congrats for job well done!!! keep up the good work.

Siti Klinkner said...

Yippie, Alhamdulillah I`m the 1st to read this while waiting for Isyak

Kak Sue said...

Biasalah anak lelaki lembut dan rajin ja ikut mama dia... yang perempuan terlebih jin papa dia yg terlebih manja... macam anak kak sue yg kecil juga umur 6th bila sahur umi dia kena suapkan.. kalau nak tunggu berbuka macam si kakak juga kenapa lama sangat dah x larat ni... tu yg senyum ja bila baca...
boleh sambung lagi utk hari raya pulak.... hehehe

Bella Daud said...

nama anak kedua 2 macam nama anak kedua akak...humaira....sooo sweettt....tp akak ada 3 org anak jer....1 lelaki jer..dah tutup kedai hahaha...seronok kalau jadi cam iman dapat anak lagi...huhuhu....yg kecil auni 6 tahun sejak puasa ni asyik nak makan bersuap w/pon tak puasa...boring gamak nyer makan sorang2...layan jer ler....

arsha said...

Kak su

Alahai kaksu.. so sweet... InsyaAllah kaksu. Doakan punya kesempatan.

Kak Bella

Alahai.. 3 je kak.. hihi