Sila jangan keciwa :D
-------
“Dah cantik tudung yang kau pakai
tu..” Tegur Eshaq Hakimi yang perasan wajah isterinya serba tidak kena berdiri
di hadapan cermin. Lama gadis itu diperhatikan sejak dia keluar dari bilik air
tadi.
Siti Shafura membalas pandangan
mata suaminya yang sedang mengenakan baju dari pantulan cermin. Senyum manis
cuba diukir namun kelihatan canggung.
“Ada apa-apa yang kau nak cakap
dengan aku ke?” Ujar Eshaq Hakimi selanjutnya.
“Betul ke kita nak balik vila
hari ni?” Siti Shafura membalas dengan soalan juga. Bukan dia tidak tahu yang
suaminya itu sudah lama tidak pulang ke vila.
Eshaq Hakimi menarik senyum.
Seperti yang dijangka. Perubahan Siti Shafura gara-gara rancangannya pada pagi
hari minggu itu. Sudah dibulatkan tekadnya untuk berterus terang pada kedua-dua
ibu bapanya tentang apa yang dirahsiakan selama ini. Biarlah hari itu menjadi
penentu segala-galanya.
“Bukan ke ini yang sepatutnya aku
buat dari awal lagi?” Dia turut mengajukan soalan.
“Siti Shafura mula mengerutkan
wajahnya sebelum memusingkan tubuh menghadap Eshaq Hakimi yang sudah
bersama-sama berdiri di hadapan cermin besar yang menghias dinding bilik
mereka.
“Abang dah betul-betul bersedia
nak terima semua kesannya nanti?” Tanya Siti Shafura lagi inginkan kepastian.
Dia tidak mahu ada perkara buruk yang berlaku sebaik suaminya itu berterus
terang nanti.
“I’m ready sayang..” Jawab Eshaq
Hakimi lembut dengan senyuman manis dilemparkan. Dirasakan itulah keputusan
yang terbaik harus dilakukan demi kebaikan dirinya sendiri mahupun orang di
sekeliling. Terutamanya kedua-dua orang tuanya dan gadis yang sedia mendapat
tempat di dalam hatinya itu. Dan dia memilih keberkatan hari itu untuk
menyelesaikan segala-galanya.
“Abang..” Siti Shafura merapatkan
dirinya lalu mencapai tangan lelaki itu. Digenggam kemas sebelum dibawa ke
bibir sekilas.
Eshaq Hakimi hanya mendiamkan
diri. Dia sedia menanti butir bicara gadis itu selanjutnya. Terasa tenang
hatinya apabila menatap wajah mulus itu.
“Boleh abang janji satu benda
dengan Siti?” Ujar Siti Shafura perlahan.
“InshaAllah dengan izinnya..”
Balas Eshaq Hakimi senang seraya tangannya terus meraih tubuh itu supaya lebih
hampir.
Siti Shafura tidak pula menolak.
Sebaliknya terasa diri disayangi dan dilindungi.
“Apa pun yang jadi selepas ni,
Siti harap abang tabah. Sabar dengan semuanya nanti. Siti nak abang tahu Siti
akan sentiasa ada di sisi abang selagi Dia izinkan. Walau apa pun yang jadi,
inshaAllah Siti tetap dengan abang.” Tutur Siti Shafura tanpa sekalipun
mengalihkan pandangan matanya dari wajah suaminya.
“Iya ke? Boleh percaya ke janji
kau ni? Kalau lepas ni kau yang tinggalkan aku macam mana?” Sengaja Eshaq
Hakimi mahu mengusik.
“Siti cuma akan tinggalkan abang
bila Dia yang nak Siti buat macam tu..” Jawab Siti Shafura senang dengan
senyuman manis dihadiahkan.
Dia yakin akan takdir Allah.
Semuanya sudah tertulis. Siapalah dia untuk menghalang. Dia hanya perlu reda
semaksimum mungkin.
Eshaq Hakimi saat itu pula sudah
sembunyi senyum. Lagu indah mula membisik ke dalam hatinya dengan perlakuan
bersahaja Siti Shafura yang melekapkan dua tapak tangan ke dadanya. Belum
pernah mereka semesra begitu sebelum ini. Tambahan pula setelah sebulan mereka
tidak bertemu. Fikirannya mula membayangkan kemesraan yang lebih jauh lagi.
“Aku tak tahu apa yang akan jadi
dengan aku kalau kau takda Siti..” Tuturnya lambat. Fikirannya yang sedikit
menerawang ke arah lain kembali fokus akan perkara yang sedang mereka
perkatakan.
“Kalau Siti takda, abang boleh
cari ganti. Ramai lagi perempuan cantik tunggu abang dekat luar tu..” Ikhlas Siti
Shafura menuturkannya. Sesungguhnya lelaki itu berhak untuk mengahwini wanita
lain.
“Memanglah ramai perempuan cantik
dekat luar tu. Tapi takda perempuan cantik yang secantik isteri aku ni.. Yang
sanggup jaga aku masa aku sakit. Yang sanggup cuci najis aku.. Mandikan aku..
Sanggup bersabar dengan perangai buruk aku selama ni..” Balas Eshaq Hakimi
sambil mengelus lembut wajah gadis di hadapannya itu. Tidak akan dilupakan saat
sukar yang pernah dialami sebelum ini. Gadis itu sanggup bersusah-payah menjaganya
hingga dia mampu untuk menguruskan dirinya kembali.
Siti Shafura menguntum senyum.
Sedikit terharu apa yang terucap di bibir suaminya.
“Aku nak kau tahu Sti.. Walaupun
kau bukan yang pertama pernah duduk dalam ni.. Tapi, kaulah yang akan jadi
orang terakhir pernah ada dalam ni. Takkan ada lagi perempuan lain..” Tambah
Eshaq Hakimi setulus hati. Siti Shafura sudah diletakkan di tempat yang paling
istimewa dalam hatinya.
“Abang..” Suara Siti Shafura mula
bergetar. Pelupuk matanya juga mula terasa hangat.
“Ha.. Nak menangislah tu.. Baru
cakap sikit dah touching.. Belum aku cakap ayat bunga-bunga lagi..” Potong
Eshaq Hakimi lalu menyapu wajah keruh Siti Shafura dengan tapak tangannya. Dia
tidak mahu ada air mata yang menghiasi saat bahagia yang sedang memekar di
hatinya.
“Abanglah.. Siapa yang suruh buat
ayat touching-touching pagi-pagi ni..” Jawab Siti Shafura yang sempat menampar
perut Eshaq Hakimi sebagai balasan.
“Aku saja nak test.” Balas Eshaq
Hakimi yang sudah tersengih-sengih.
“Sudahlah abang. Tadi kata nak
suruh Siti buat breakfast dekat kondo. Jomlah. Nanti kita lambat sampai vila.”
Siti Shafura terus menukar topik seraya meloloskan diri dari pelukan Eshaq
Hakimi. Yakin yang dia akan terus menjadi bahan usikan.
“Eh, kejap-kejap.” Eshaq Hakimi
sempat menghalang dengan terus menarik kembali Siti Shafura dalam pelukannya.
“Apa lagi ni?” Siti Shafura
berusaha meleraikan pelukan apabila dirasakan wajah Eshaq Hakimi terlalu
hampir. Namun, tidaklah mampu dia melawan kudrat seorang lelaki seperti Eshaq
Hakimi.
“Masa aku sakit, kau selalu buat
satu benda ni pada aku. Tapi sekarang, semenjak aku dah sihat, aku rasa kau dah
tak pernah buat lagi benda tu pada aku..” Ujar Eshaq Hakimi dengan senyuman
penuh makna bergayutan di bibirnya. Serentak dengan itu sengaja dia
memperkemaskan pelukan.
Siti Shafura mengangkat wajahnya.
Dahinya membentuk garisan. Kurang pasti apa yang dimaksudkan oleh Eshaq Hakimi.
“Siti buat apa?” Siti Shafura
menyoal lurus.
“Cuba kau ingat balik apa yang
kau pernah buat sebelum ni. Kalau dah ingat nanti, kau bagitahu aku. Cuma
sekarang ni aku, aku rasa kita dah lambat. Aku ada janji dengan orang kejap
lagi sebelum kita balik vila. Tapi sebelum tu, aku nak bagi klu sikit.” Kata
Eshaq Hakimi dengan kening sebelahnya terjungkit. Wajahnya sengaja semakin
dirapatkan.
“Klu apa?” Tanpa sempat Siti
Shafura menyudahkan kata, bibir Eshaq Hakimi sudah pun singgah ke pipinya.
Pelukan terus terlerai. Wajah Eshaq Hakimi yang sedang tersengih lebar
dipandang tanpa kelip.
“Senangnya tambah pahalakan?”
Ujar Eshaq Hakimi dalam senyuman penuh makna sebelum gadis itu ditinggalkan
sendirian.
Siti Shafura gigit bibirnya
sendiri. Wajahnya terasa hangat.
*******
“Kenapa pandang macam tu ma?”
Tegur Suzila apabila melihat Puan Sri Amna memandang pelik ke arah abang dan
kakak iparnya yang baharu tiba serentak dengan kereta masing-masing.
“Dua-dua tu macam berjanji pulak nak balik.” Jawab Puan Sri Amna
tanpa lepas memandang ke arah kedua-duanya. Sarung tangan yang dipakai untuk
membelek bunga-bunganya tadi ditanggalkan. Sejak awal pagi tadi dia
menghabiskan masa di situ selepas suaminya dan Ikmal ke pejabat kerana ada
urusan yang ingin diselesaikan pada hari minggu itu.
“Kebetulan aje tu ma.. Lagipun
abangkan dah lama tak balik. Siti pulak memang dah janji nak balik hari ni
kan..” Balas Suzila yang turut memandang ke arah kedua-duanya. Dia yakin Siti
Shafura bermalam di rumah abangnya malam tadi seperti yang diberitahu oleh
Ikmal.
“Baju warna yang sama pun
kebetulankan..” Tambah Puan Sri Amna penuh makna seraya membalas lambaian
tangan Siti Shafura dan anak sulungnya yang baharu keluar dari kereta.
Kedua-duanya mengenakan baju warna hijau. Eshaq Hakimi dengan baju-t berkolar
dan Siti Shafura pula dengan baju kurungnya.
“Ma..” Suzila membuang pandang
kea rah pintu pagar apabila ada sebuah lagi kereta yang masuk ke perkarangan
vila.
“Dah sampai pun.” Sahut Puan Sri
Amna yang turut memandang ke arah yang sama.
Suzila pula sudah mengerutkan
dahi.
Sementara Eshaq Hakimi dan Siti
Shafura sudah memandang antara satu sama lain sebelum turut menghalakan
pandangan mata ke arah yang sama.
“Mama jemput Kak Jue datang ke
hari ni?” Tanya Suzila inginkan kepastian.
“Ha’ah.. Mama dah lama tak jumpa
dia. Tak sangka semuanya ada dekat rumah hari ni. Tak sia-sialah mama dengan
Bibik beli barang dapur semalam.” Jawab Puan Sri Amna dalam senyuman sebelum
berlalu mendapatkan Datin Julia yang baharu keluar dari perut kereta.
“Biar betul mama ni..” Desis
Suzila sendirian sambil memandang ke arah Datin Julia dan mamanya yang
berpelukan. Jelas kemesraan di antara kedua-duanya. Tanpa menunggu lama, dia
terus melangkah mendapatkan abang dan kakak iparnya yang sedia menanti di pintu
utama.
“Dik, apa cerita ni? Apasal tak bagitahu perempuan tu nak datang sini? Suzy saja nak kenakan abang
ke?” Terjah Eshaq Hakimi terus saat Suzila berdiri di hadapannya.
“Abang cakap baik sikit. Suzy tak
kejam macam tu la. Abang ingat Suzy ni jahat sangat ke sampai nak panggil
perempuan tu datang sini semata-mata nak bocorkan rahsia abang.” Suzila
membalas geram. Sedikit terusik hatinya apabila dituduh sedemikian.
“Habis tu? Takkan abang pulak yang jemput dia datang sini? Suzy
yang selalu ugut abang nak bocorkan semua rahsia abang selama ni kan? So,
memang Suzy sengaja nak kenakan abang hari ni kan?” Jawab Eshaq Hakimi dengan
wajah yang mula menegang.
Suzila kertap bibir geram. Tidak
berpuas hati dengan Eshaq Hakimi yang masih menyalahkan dirinya.
“Abang memang jahat!” Marah
Suzila seraya menolak tubuh Eshaq Hakimi sebelum dia terus berlalu masuk ke
dalam rumah. Hatinya benar-benar terusik dituduh demikian.
“Abang..” Siti Shafura yang tidak
senang dengan ketegangan yang berlaku mula bersuara. Dia sendiri agak terkejut
dengan kehadiran Datin Julia hari itu.
Eshaq Hakimi merengus kasar.
Matanya dihalakan kembali ke arah Datin Julia yang sedang melemparkan senyuman
sinis kepadanya. Tanpa menunggu lama dia melangkah semula ke kereta. Langsung
tidak dihiraukan panggilan Siti Shafura.
Siti Shafura tidak mampu mengucap
kata. Eshaq Hakimi sudah pun selamat masuk ke dalam kereta. Kereta terus
dipandu keluar dari perkarangan vila.
“Nak ke mana lagi tu? Baru
sampai, tak sempat lagi salam mama dah terus keluar balik?” Ujar Puan Sri Amna
yang beriringan dengan Datin Julia datang menghampiri.
Siti Shafura hanya mampu
melemparkan senyuman manis saat menyalami tangan kedua-duanya tanpa menjawab
soalan yang diberi.
“Ni Siti kan?” Datin Julia
berbasa-basi sedangkan dia sudah mengetahui status diri Siti Shafura di samping
Eshaq Hakimi.
Siti Shafura menganggukkan
kepalanya sedikit beserta senyuman dimaniskan.
“Ni la yang Aunty selalu cerita
dengan Jue tu..” Sahut Puan Sri Amna pula sambil meraih bahu Siti Shafura.
“Cantik. Sama cantik dengan
namanya.” Puji Datin Julia penuh makna.
Siti Shafura hanya mampu
tersenyum. ‘Segala puji hanya bagiMu..’ Desisnya dalam hati. Dia cukup takut
mendengar pujian yang diberi oleh Datin Julia.
“Alhamdulillah.. Betapa
bertuahnya Aunty dapat anak macam Siti ni Jue..” Tambah Puan Sri Amna dengan
rasa syukur di hatinya. Dia menyayangi Siti Shafura sama seperti kasihnya kepada
anak-anaknya sendiri.
Datin Julia hanya mampu
melemparkan senyuman lebar walaupun dalam hatinya saat itu bergolak hebat
melihat kemesraan di antara kedua-duanya.
‘Takpa.. Hari ni memang bertuah..
Esok belum tentu lagi..’ Bisik hatinya geram.
“Er.. Ma, kita masuklah dulu.
Boleh sambung berbual dekat dalam. Kesian biar tetamu berdiri dekat luar aje
dari tadi.” Siti Shafura baharu bersuara. Sebenarnya dia tidak senang dengan
pandangan mata Datin Julia yang cukup tajam itu.
“Iyalah.. Lupa pulak mama.. Jom kita masuk Jue..” Balas
Puan Sri Amna mesra mempelawa Datin Julia masuk.
“Sila Kak Jue..” Mesra Siti
Shafura pula yang mempelawa.
Datin Julia mengoyak senyum nipis
lalu menuruti langkah Puan Sri Amna yang mendahului mereka.
“Tak Shaq tu pengecut..” Sempat
Datin Julia berbisik kepada Siti Shafura tanpa disedari Puan Sri Amna.
Siti Shafura pula masih setia
dengan senyumannya. Dia tahu itu provokasi dari Datin Julia untuk menduga
keyakinan dirinya terhadap Eshaq Hakimi. Namun dalam masa yang sama, dia kurang
setuju dengan tindakan Eshaq Hakimi yang meninggalkan vila tanpa sebarang kata
dan pesan. Dia yakin suaminya itu tidak dapat menerima kehadiran Datin Julia di
saat mereka sudah bersedia untuk berterus-terang akan segala rahsia yang
disimpan.
“Engkau lindungilah dia ya
Allah..” Doanya dalam hati tidak pernah putus buat Eshaq Hakimi walau apa pun
yang terjadi di antara mereka kelak.
“Sementara tunggu lunch, Jue
cakaplah apa yang penting sangat nak bagitahu Aunty tu.” Ujar Puan Sri Amna
sebaik mereka melabuhkan duduk di sofa empuk di ruang tamu utama.
Siti Shafura pula terus berlalu
ke dapur namun telinganya masih sempat lagi menangkap kata-kata mamanya
membuatkan langkahnya mati. Pandangan mata ditalakan semula ke ruang tamu.
Terlihat akan senyuman penuh makna yang terhias di bibir Datin Julia saat mata
mereka berlaga.
‘Berilahku kekuatan untuk
menghadapi apa juga dugaan yang Kau beri ya Allah..’ Tidak henti dia memohon
bantuan di kala kesempitan itu. Sesungguhnya Dia yang Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui segala yang tersembunyi.
******
Pandangan mata ditalakan ke dada
langit yang berawan. Hembusan angin petang yang nyaman menambah ketenangan
hati. Terkambus segala perasaan marah yang menyala tadi.
“Abang.. Jauh menung.. Teringat
dekat siapa?” Tegur Azrina yang muncul entah dari mana. Terus sahaja dia
melabuhkan duduk di atas bangku kayu yang sama.
Eshaq Hakimi mengoyak senyum
nipis memandang wajah comel Azrina yang ke anak-anakkan. Gadis itu hampir sebaya
dengan Suzila dan sudah dianggap seperti adiknya sendiri.
“Az berapa lama cuti?” Ujarnya
kemudian memulakan kata.
“Tiga minggu aje..” Jawab gadis
itu pendek. Matanya tidak lepas memandang Eshaq Hakimi di sisinya. Sudah lama
dia tidak bertemu dengan lelaki itu.
“Erm.. Dah lama abang tak datang
sini..” Sambung Azrina apabila masing-masing hanya mendiamkan diri.
Eshaq Hakimi tersenyum tawar.
Sedar akan hakikat itu. Sudah terlalu lama dia tidak menjenguk keluarga
angkatnya itu.
“Bukan abang tak nak datang Az..
Abang sibuk dengan kerja. Kadang-kadang sampai takda masa nak balik rumah family abang sendiri.” Jelas Eshaq
Hakimi jujur.
“Erm.. Majlis tahlil malam ni
macam mana? Ada apa-apa lagi yang tak cukup?” Tambahnya kemudian apabila
teringat majlis tahlil yang akan dijalankan selepas maghrib nanti. Dia tidak
mungkin dapat menyertainya.
“Semua dah cukup Kimi..” Sahut
Puan Zainab yang baharu muncul di bawah pohon jambu itu.
Eshaq Hakimi melemparkan senyuman
pada wanita yang seusia dengan mamanya itu.
“Ibu, kalau ada apa-apa yang tak
cukup bagitahu Kimi. InshaAllah Kimi boleh tolong.” Balas Eshaq Hakimi seraya
memberi ruang agar wanita itu dapat sama-sama duduk.
“Tak payahlah Kimi. Duit yang
tiap-tiap bulan Kimi kirim tu terlebih cukup nak buat majlis tahlil malam ni.”
Jawab Puan Zainab sambil menyentuh bahu lelaki yang sudah dianggap seperti
anaknya sendiri itu.
Semenjak ketiadaan anak
sulungnya, Eshaq Hakimi yang banyak membantu meringankan beban keluarganya
selama ini. Segala makan pakai mereka dua beranak, terjaga dengan baik.
“Tu duit belanja hari-hari bu.
Nanti Kimi gantilah duit yang ibu guna untuk majlis malam ni. Sekarang ni Kimi
tak bawak cash banyak.” Balas Eshaq
Hakimi senang.
“Hish! Tak payah. Buat
susah-susah Kimia je. Duit pencen ayahnya pun kami tak guna habis Kimi. Dah
cukup tu. Kimi simpan aje duit tu kumpul buat belanja kahwin. Sampai bila ibu
nak bergantung dengan Kimi. Tak lama lagi pun, Az dah nak mula mengajar. Kimi
tak payahlah lagi hantar duit pada ibu. Simpan duit tu untuk keluarga Kimi
nanti.” Panjang lebar Puan Zainab membalas.
“Ha’ah bang. Tak payahlah lagi
hantar duit. InshaAllah cukup apa yang kami dah ada sekarang ni.” Sokong Azrina
pula.
Eshaq Hakimi memandang wajah
kedua-duanya sebelum pandangan mata dibuang ke tengah halaman yang hanya boleh
memuatkan sebuah kereta. Perkataan kahwin yang meniti bibir ibu tua itu begitu
menyentakkan hatinya. Namun cuba dikawal akan rasa yang kembali bergolak di
hatinya itu.
“Takpa bu. Kimi ada rezeki lebih.
Tu bahagian ibu dengan Az.” Jawab Eshaq Hakimi dalam senyuman pahit. Ada getar yang
mula bertandang di dalam dada.
Terasa bersalah dengan apa yang
dilakukan kini. Dia pergi meninggalkan vila begitu sahaja sebaik bertemu dengan
Datin Julia. Entah kenapa dia berbuat demikian sedangkan sudah ditekadkan
hatinya untuk berterus-terang di atas apa yang dilakukan selama ini. Tetapi,
lain pula yang terjadi menyebabkan kini dia muncul di rumah keluarga angkatnya
itu setelah hampir dua tahun dia tidak
ke situ. Hanya perbelanjaan buat keluarga itu sahaja yang masih tidak dilupakan
hingga kini.
Dia berasa bertanggungjawab atas
kematian sahabat baiknya, Afzan. Segala tanggungjawab lelaki itu digalas kini
kerana dia tahu Puan Zainab telah hilang tempat bergantung. Afzan yang menjadi
anak harapan keluarga dan tidak dapat melaksanakan tanggungjawab itu selepas
terlibat dalam kemalangan tiga tahu lalu. Segala kebahagiaan yang pernah ada di
rumah itu telah diragut pergi menyebabkan dia terpanggil untuk meneruskan
tanggungjawab yang Afzan tinggalkan. Puan Zainab yang merupakan ibu tunggal
tidak perlu lagi bekerja hanya kerana mahu menyara kehidupan keluarga. Walaupun
anak bongsu keluarga itu akan mula bekerja, dia tetap juga akan meneruskan
tanggungjawabnya sebagai seorang anak.
“Apa yang dimenungkan tu Kimi..”
Teguran Puan Zainab sambil menyentuh bahunya membuatkan dia sedikit tersentak.
Terlalu leka dia melayan perasaannya sendiri hingga terlupa kehadiran Puan
Zainab dan Azrina di sisinya.
“Abang teringatkan buah hati la
tu bu..” Sahut Azrina sengaja mengusik.
Eshaq Hakimi tersenyum kelat.
Serta merta wajah mulus isterinya terlayar di ruang mata. Apabila memikirkan
apa yang bakal berlaku ke atas diri Siti Shafura, dia spontan bingkas.
“Nak ke mana pulak tu?” Tanya
Puan Zainab yang memandang pelik ke arah Eshaq Hakimi.
“Nak ambik phone kejap bu.” Jawab
Eshaq Hakimi sebelum membuka daun pintu keretanya.
Dia baharu teringat akan
kewujudan gajet itu selepas tidak mengaktifkannya sebaik keluar dari vila
tengah hari tadi. Skrin nipis itu ditatap selepas diaktifkan semula.
Berpusu-pusu pesanan ringkas masuk menyebabkan cepat jemarinya berlari di atas
skrin itu. Hampir lima puluh panggilan tidak dijawab dan kebanyakannya daripada
Suzila dan Ikmal. Selebihnya pula dari Datin Julia dan beberapa nombor yang
tidak dikenali. Pesanan ringkas pula lebih daripada sepuluh dan hampir ke semuanya
juga daripada Ikmal dan Suzila. Ada satu daripada Datin Julia menyebabkan
hatinya berdetak hebat. Entah apa yang telah berlaku di vila sebaik
pemergiannya tadi.
Kaki dihayun kembali mendapatkan
Puan Zainab dan Azrina yang memerhatikannya sejak tadi.
“Bu, Kimi terpaksa dulu la. Tak
dapat datang majlis tahlil dekat masjid nanti. Ada hal sikit.” Ucapnya serba
salah seraya menyentuh tangan ibu tua itu.
“Takpa. Ibu tahu Kimi sibuk. Kimi
dah datang hari ni pun dah cukup. Lepas rindu ibu pada Kimi.” Jawab Puan Zainab
sedikit lirih. Terasa berat hati untuk melepaskan Eshaq Hakimi pergi.
“Awalnya abang nak balik.. Tak
puas lagi Az nak berbual dengan abang. Abang ada hal penting sangat ke?” Tambah
Azrina pula yang sedikit kecewa.
“Er.. Memang ada hal penting Az. Abang
kena cepat balik ni.” Jawab Eshaq Hakimi serba salah. Hal sebenar yang berlaku
tidak dapat diceritakan saat itu. Dia perlu cepat pulang ke vila untuk
menyelesaikan masalah yang dicetuskannya sendiri.
“Sudah tu Kimi. Pergi kamu balik
cepat. Dah petang ni. Nanti lambat pulak
kamu sampai.” Ujar Puan Zainab pula. Dia tidak mahu mengganggu anak angkatnya
itu jika sememangnya ada hal yang lebih penting ingin diuruskan.
“Er.. Iyalah bu.. Nanti ada masa
Kimi datang sini lagi. InshaAllah. Tapi nanti Kimi bukan datang sorang. Kimi
bawak teman. Bolehkan bu?” Ujar Eshaq Hakimi meminta izin. Dia mahu
memperkenalkan Siti Shafura kepada keluarga angkatnya itu.
“Siapa?” Cepat Azrina membalas.
Terusik hatinya mendengar perkataan teman yang dimaksudkan oleh Eshaq Hakimi.
“Adalah. Az kenalah tunggu.”
Jawab Eshaq Hakimi dalam senyuman yang sengaja dimaniskan. Getaran yang makin
hebat dalam hatinya cuba ditahan.
“Ada-ada ajelah kamu ni Kimi.
Bawak ajelah siapa-siapa yang kamu nak bawak. Manalah tahu yang anak ibu sorang
ni nanti bawak calon menantu untuk ibu.” Jawab Puan Zainab tanpa mengesyaki
apa-apa pun.
“InshaAllah bu. Doakan Kimi dapat
bawak calon menantu ibu ke sini.”
Balas Eshaq Hakimi dalam sengihan. Ada rasa bahagia pula yang mencelah dalam
kekusutan yang dirasai kini.
“Erm.. Okeylah bu. Kimi balik
dulu. InshaAllah nanti kita jumpa lagi. Kalau ada apa-apa hal, ibu telefon aje
Kimi.” Sambung Eshaq Hakimi yang tidak mahu berlengah lagi. Dia harus cepat
tiba di vila. Tangan ibu tua itu dicapai dan dikucup hormat.
“Hati-hati memandu tu Kimi.” Ucap
Puan Zainab dengan genangan airmata. Wajah Eshaq Hakimi diusap lembut.
“InshaAllah bu. Doakan Kimi.”
Balas Eshaq Hakimi dalam senyuman.
“Az, abang balik dulu.” Lanjutnya
kepada Azrina yang berwajah kelat. Dia tahu gadis itu tidak bersetuju dia
pulang awal. Dia yakin ada banyak perkara yang ingin dikongsikan oleh gadis itu
bersamanya.
“Abang janji abang akan datang
sini lagi okey? Az jaga diri baik-baik. Jaga ibu.” Dia berpesan kepada gadis
yang mula menundukkan wajah itu.
“InshaAllah.. Abang pun jaga diri
baik-baik.” Balas Azrina dengan pelbagai perasaan yang bercampur-campur di
dalam hatinya. Ada kehangatan di hujung mata. Tetapi cuba ditahan dari melimpah
keluar.
“Inshallah.. Abang balik dulu..
Ibu.. Kimi balik dulu. Assalamualaikum.” Ucapnya lembut sebelum berlalu
meninggalkan dua beranak itu.
“Abang! Selamat hari jadi!” Ucap
Azrina sebelum Eshaq Hakimi meloloskan diri dalam kereta.
Eshaq Hakimi saat itu pula terus
menoleh. Senyuman nipis dilemparkan kepada kedua-duanya sebelum terus masuk ke
dalam kereta dan tidak berpaling lagi kerana ada air jernih yang mula bertakung
di hujung matanya. Kereta terus dipandu meninggalkan kawasan rumah papan itu.
“Selamat hari jadi Eshaq
Hakimi..” Desisnya sendirian dalam linangan airmata.
Sudah terlalu lama dia tidak
mendengar ucapan hari lahir sejak pemergian Afzan. Sahabatnya itu pergi pada
hari lahirnya. Semenjak itu dia melarang sesiapa pun mengucapkan ucapan
ulangtahun kelahirannya termasuklah ahli keluarganya sendiri. Kebiasaannya pada
tarikh itu, hanya akan ada majlis tahlil yang dilakukan buat memperingati
sahabatnya yang sudah tiada. Dan sempena hari lahirnya itu jugalah dia memasang
tekad untuk berterus-terang. Namun apa yang dirancangkan, tidak seperti yang
diharapkan. Kemunculan Datin Julia pada waktu yang sama, membuatkan dia tidak
berani untuk berhadapan dengan semuanya. Dan kini, dia terpaksa berhadapan
dengan semuanya walau apa pun yang berlaku demi mempertahankan rumahtangganya.
“Kau bantulah aku ya Allah..
Lindungilah isteriku..” Doanya dalam hati tidak putus.
Dia menambah kelajuan keretanya
agar dapat segera tiba di vila. Dengan adanya lebuhraya dari Melaka ke Kuala
Lumpur, tidak menjadi masalah untuk dia tiba dengan cepat.
********
“Apa semuanya ni Pureen? Apa lagi
yang kau dah buat dekat belakang aku?! Apa lagi!” Hambur Datin Salina di
hadapan Siti Shafura yang menundukkan wajah.
Perasaan marah dan malu di dalam
hatinya bergabung menjadi satu menyebabkan dia tidak mampu menanggung perasaan
marah yang semakin membuak-buak. Apa yang diberitahu oleh rakan-rakannya tadi
membuatkan rasa benci yang semakin terpadam kini menyubur kembali.
“Sal, jangan nak tuduh melulu.
Dengar dulu penjelasan dia.” Datuk Zaid mencelah.
Dia tidak menyangka kepulangan
Siti Shafura kembali ke rumahnya lewat petang itu mengundang suatu yang buruk.
“Apa lagi yang dia nak cakap?
Saya malu dengan kawan-kawan saya! Saya malu dengan Puan Sri Amna sebab budak
ni. Kau tak malu ke berpeluk dengan anak teruna orang?! Kau sedar tak siapa
diri kau tu!” Marah Datin Salina tidak tertahan. Mencerlung tajam matanya
memandang ke arah Siti Shafura yang membisu sejak tadi.
Jika tidak kerana dia keluar bersama-sama
rakan-rakannya tadi, sampai ke sudah dia tidak apa yang telah berlaku. Dan yang
paling menyakitkan hati apabila ia melibatkan satu-satunya anak saudaranya itu.
“Awak kena dengar dulu cerita
yang sebenar. Awak tak boleh percaya bulat-bulat apa yang orang lain cakap!”
Bidas Datuk Zaid tetap cuba mempertahankan Siti Shafura.
“Cerita sebenar apa lagi? Budak
ni memang sama dengan mak dia! Memang tak tahu malu menggoda anak teruna
orang!”
Pang!
Spontan Datuk Zaid melayangkan
tapak tangannya ke pipi Datin Salina. Apa yang terucap di bibir isterinya itu
sudah melampaui batas. Cukup mencabar kesabarannya apabila melibatkan orang
yang sudah pun tiada.
Datin Salina terpempan. Pipi
kirinya terasa hangat. Terkejut menerima tamparan daripada suaminya sendiri.
“Paksu!” Siti Shafura sendiri
saat itu turut sama terkejut dengan apa yang berlaku di hadapan matanya.
Sedikit gerun dia melihat wajah Datuk Zaid yang menegang.
“Awak tampar saya semata-mata
sebab budak ni?” Datin Salina benar-benar kecewa dengan suaminya. Malu dia
diperlakukan begitu di hadapan anak saudaranya sendiri. Mujur anak-anaknya
ketika itu tiada di rumah.
“Sepatutnya dari dulu lagi saya
tampar muka awak tu. Selama ni saya diam, awak ingat saya setuju dengan apa
yang awak buat? Awak jangan ingat saya tak tahu apa yang awak buat dekat
belakang saya selama ni Sal. Awak jangan ingat saya tak tahu awak pernah nak
bayar Shaq tu untuk escort awak. Awak
jangan fikir awak punya malu aje. Awak ingat saya tak malu dengan kawan-kawan
saya? Saya malu dengan perangai awak tu tahu tak? Kalau awak fikir Saleha tu
perempuan tak baik, elok awak fikir diri awak tu dulu sebelum nak tuduh orang
lain!” Datuk Zaid menghamburkan apa yang tersimpan dalam hatinya selama ini. Tubuhnya
terus dipusingkan menghadap pintu utama yang terbuka luas. Sedikit berombak
dadanya saat itu kerana mengepung perasaan marah.
Dalam diam dia cukup kenal dengan
Eshaq Hakimi tanpa sesiapa pun sedari termasuk lelaki itu sendiri. Saat Siti
Shafura memaklumkan ingin bernikah dengan Eshaq Hakimi, terkejut bukan sedikit
yang ditanggung. Eshaq Hakimi anak seorang daripada orang cukup dikenali dalam
dunia perniagaan. Walaupun pada mulanya dia kurang yakin dengan keputusan Siti
Shafura, namun di terpaksa akur memandangkan keadaan Eshaq Hakimi yang tidak
mengizinkan ketika itu. Dan dia juga yakin, Siti Shafura mampu membimbing Eshaq
Hakimi ke arah yang lebih baik.
“Er.. Macam mana awak..” Dalam
getar suara Datin Salina bersuara. Wajah tegang suaminya dipandang. Belum
pernah dia melihat wajah Datuk Zaid setegang itu.
“Mana saya tahu? Kuala Lumpur ni
tak besar mana Sal. Kalau Allah nak tunjukkan, besar mana pun KL ni saya tetap
akan tahu.” Jelas Datuk Zaid tanpa berpaling. Ada getaran dalam nada suaranya.
“Apa lagi yang tak cukup Sal... Sampai awak
sanggup nak cari budak muda macam tu untuk teman awak. Kenapa sampai hati awak
buat saya macam ni?” Turut bergetar suara Datuk Zaid menuturkannya. Jelas
kekecewaan dengan apa yang dilakukan oleh Datin Salina selama ini. Apa yang
cuba disembunyikan selama ini sudah pun dilepaskan.
“Maksu…” Siti Shafura menghampiri
Datin Salina sudah berdiri di belakang Datuk Zaid. Diraih lengan ibu saudaranya
itu tetapi tangannya ditepis. Sedih hatinya melihat apa yang sedang berlaku
kini. Semua berpunca dari dirinya.
“Tapi.. Tapi saya tak buat awak.. Saya tak
buat. Sumpah saya tak buat..” Tutur Datin Salina yang mula mengalirkan airmata.
Perasaan takut mula menyelubungi diri.
“Awak tak buat sebab budak tu
tolak awak. Kalau dia terima awak, saya rasa mesti awak..” Datuk Zaid tidak
jadi meneruskan kata-katanya. Kata-kata yang mungkin akan menyakitkan hatinya
sendiri.
“Paksu.. Sudahlah paksu. Maksu
tak buat tu semua paksu.” Siti Shafura terpaksa mencelah. Dia risau dengan apa
yang berlaku kini. Dia tidak mahu keadaan menjadi lebih buruk.
“Paksu bertahan selama ni sebab
kamu Pureen. Sebab kamu. Wasiat walid kamu pada paksu supaya jaga kamu
baik-baik. Paksu kuat sampai ke hari ni pun sebab kamu. Kamu banyak tolong
ingatkan paksu dengan anak-anak paksu. Kalau bukan kerana kamu, paksu ingat
semua ahli keluarga paksu tak kenal tikar sejadah, tak kenal al-Quran.” Balas
Datuk Zaid sambil memandang ke wajah isterinya yang sedang menangis. Kehadiran
Siti Shafura di rumahnya telah mengubah segala-galanya. Hanya isterinya sahaja
masih tidak juga berubah.
“Paksu..” Siti Shafura mula
menahan sebak. Terharu dengan apa yang diucapkan oleh lelaki yang hampir sebaya
dengan arwah walidnya itu.
Datin Salina pula tidak lagi
mampu menahan perasaan. Lemah kakinya sebaik mendengar apa yang terucap di
bibir suaminya sendiri. Dia terus terduduk Kata-kata itu penuh sindiran buat
dirinya. Memang selama ini dia tidak pernah ambil tahu akan kepentingan suruhan
agama sebagai seorang muslim. Telah ditinggalkan semuanya sejak berpindah ke
Bandar.
“Awak.. Saya mintak maaf. Saya
tahu selama ni saya tak pernah ikut cakap awak.. Saya selalu bantah cakap
awak.. Tapi percayalah awak.. Saya tak buat benda tu semua..” Lirih Datin
Salina menuturkannya. Dia kini benar-benar takut jika Datuk Zaid membuat
keputusan yang tidak pernah dibayangkan selama ini.
Datuk Zaid hanya mendiamkan diri.
Dia perlukan untuk memikirkan hala tuju rumahtangganya walaupun masih ada rasa
sayang di hatinya buat Datin Salina. Dia terlalu sayangkan wanita itu sepenuh
hatinya selama ini dan tidak mungkin dengan begitu mudah untuk dia meninggalkan
isterinya begitu sahaja. Usia rumahtangganya yang hampir 30 tahun itu begitu bermakna
baginya.
“Maksu, bangun maksu.. Jangan
macam ni..” Pujuk Siti Shafura yang tidak sanggup melihat ibu saudaranya
berterusan begitu. Diraih tubuh wanita itu agar berdiri semula.
“Paksu.. Paksu maafkan maksu
kan..” Ujar Siti Shafura lembut cuba meredakan keadaan yang tegang itu.
“Pa.. Apa yang dah jadi ni?”
Muncul Izza Farhana diikuti Izzat Fakhri di muka pintu.
Tiga pasang mata itu terhala ke
arah Izza Farhana dan Izzat Fakhri yang baharu tiba.
*******
“Ma..”
“Sampai hati Hakimi buat mama
macam ni.. Kenapa Hakimi buat sampai macam ni sekali? Apa yang tak cukup
Hakimi? Duit gaji Kimi tak cukup? Kalau tak cukup Hakimi boleh kerja dengan
papa. Dari dulu lagi papa dah suruh kerja dengan dia kan? Kenapa Hakimi buat
mama macam ni..” Lirih suara Puan Sri Amna menuturkannya. Dia benar-benar
kecewa dengan apa yang berlaku.
“Maafkan Kimi ma.. Kimi tahu Kimi
salah. Kimi dah buat mama dengan papa kecewa dengan Kimi. Tapi Kimi dah tak
buat tu semua ma.. Kimi dah tak buat ma.. Mama percayalah..” Eshaq Hakimi cuba
memujuk mamanya yang sedang menangis. Nama penuhnya disebut sudah cukup
menunjukkan yang mamanya marah dengan apa yang dilakukan.
“Macam mana mama nak percaya
Hakimi. Mama tak boleh terima apa yang kamu dah buat. Tak cukup senang ke
keluarga kita sampai Hakimi nak buat kerja terkutuk tu? Berapa lama Hakimi dah
buat kerja tu? Berapa lama?!” Hambur Puan Sri Amna dengan juraian air mata.
“Sudah tu Na.. Benda dah jadi.
Dia pun dah tak buat semua tu lagi..” Tan Sri Kamil mencelah.
“Abang pun sama. Kenapa abang tak
cakap dengan Na fasal hal ni? Kenapa nak sorok dari Na? Na malu abang.. Na tak
sangka sampai macam ni sekali Hakimi buat kita. Hakimi tak kesiankan mama ke?
Tak kesiankan papa? Selama ni mama percayakan Hakimi. Pergi outstation mama
percaya.. Tapi sebenarnya pergi mana? Hakimi sanggup teman perempuan-perempuan
tu semua sebab duit! Tak cukup apa yang mama dengan papa bagi selama ni Hakimi?
Tak cukup lagi ke?” Balas Puan Sri Amna panjang lebar. Wajah Eshaq Hakimi yang
berlutut di tepi kakinya langsung tidak dipandang. Hancur hati seorang ibu
apabila anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan cukup segala-galanya
memusnahkan kepercayaan yang diberi. Apa yang dilakukan oleh Eshaq Hakimi sudah
cukup menunjukkan dia gagal menjadi seorang ibu yang baik.
“Ma..” Suzila yang sejak tadi
diam membisu di situ, datang menghampiri.
“Mama kecewa dengan anak-anak
mama..” Luah Puan Sri Amna lagi.
Suzila tidak mampu membalas.
Matanya dihalakan ke wajah Ikmal yang turut ada sama di situ. Lelaki itu juga
tidak mampu membantu.
Tan Sri Kamil yang lebih tenang
berhadapan dengan situasi itu hanya mampu melepaskan nafas berat. Dia sendiri
sebenarnya sudah bersedia menerima keadaan itu sekiranya apa yang dirahsiakan
selama ini sampai pada pengetahuan isterinya. Jika tidak Ikmal yang membuka
mulut tentang apa yang dilakukan oleh anak sulungnya beberapa bulan lalu,
sampai ke sudah dia tidak tahu. Segala urusan pembayaran semula wang Datin
Julia pun sudah diselesaikan sebentar tadi sebaik dia pulang.
“Ma.. Maafkan Kimi ma. Kimi dah
tak buat tu semua. Demi Allah. Kimi sanggup junjung Quran ma kalau mama tak
percaya Kimi dah berubah. Kimi dah tak buat kerja-kerja tu semua. Julia.. Julia
orang terakhir yang keluar dengan Kimi. Takda lagi ma.. Percayalah ma..” Rayu Eshaq Hakimi yang turut mengalirkan air mata. Sedih dengan apa yang dilalui
kini dan bertambah sedih apabila mamanya langsung tidak mahu memandang ke
wajahnya sejak dia tiba tadi.
“Macam mana mama nak percayakan
Hakimi lagi lepas apa yang Hakimi dah buat..” Lemah suara Puan Sri Amna
menuturkannya sebelum dia terus bingkas.
“Ma..” Eshaq Hakimi sempat
menyambar tangan mamanya dari terus berlalu.
“Jangan main-mainkan perasaan
perempuan Hakimi. Dan jangan sesekali kamu nak mainkan perasaan Siti. Mama tak
izinkan dan takkan pernah izinkan. Dia lebih layak dapat lelaki yang lebih baik
untuk jadi suami dia. Bukannya lelaki macam kamu!” Puan Sri Amna bersuara tegas
sebelum terus meninggalkan ruang tamu yang dingin itu.
Eshaq Hakimi kematian kata-kata.
Pesanan mamanya membuatkan hatinya cukup terusik. Sejak dia tiba tadi, bayang
kereta isterinya tidak kelihatan. Entah ke mana isterinya itu pergi tidak
sempat ditanyakan.
“Suzy, mana Siti?” Soalnya terus
kepada Suzila seraya menyapu wajahnya yang lencun dengan air mata.
“Dia dah balik rumah maksu dia
tadi.” Jawab Suzila mengendur. Dia tumpang simpati dengan apa yang berlaku ke
atas diri abangnya itu.
“Kenapa dia balik sana?” Tanya
Eshaq Hakimi lagi inginkan kepastian.
“Mama marah dia tadi Shaq..” Sahut
Ikmal yang baharu bersuara apabila Suzila hanya mendiamkan diri. Dia perasan bakal
isterinya itu kembali menangis.
“Kenapa? Apa salah yang dia dah
buat?” Soal Eshaq Hakimi tidak sabar. Matanya memandang ke wajah papanya yang
lebih banyak diam sejak tadi.
“Julia kata kamu dengan Siti dah
lama duduk sama. Dah lama buat maksiat.” Jawab Tan Sri Kamil tenang. Hal
pernikahan anak sulungnya bersama Siti Shafura sudah lebih awal dia ketahui.
Datuk Zaid yang menceritakan kepadanya segala-galanya.
“Astaghfirullahalaazim..” Ucap
Eshaq Hakimi perlahan dalam genangan air mata. Tidak menyangka isterinya juga
menerima tempias daripada apa yang berlaku.
“Suzy tak cakap ke dengan mama
siapa Siti pada abang?” tutur Eshaq Hakimi lirih.
“Suzy nak cakap, tapi Siti yang
tak bagi..” Jawab Suzila serba salah. Dia terpaksa akur dengan permintaan
sahabatnya sendiri.
“Ya Allah..” Keluhan berat lagi
terlepas dari bibir Eshaq Hakimi. Kedua-dua tangannya sudah meramas kuat rambut
yang sedia kusut. Sama kusut dengan apa yang ada dalam hatinya saat itu. Bibir
dikertap kuat saat wajah Datin Julia terlayar di ruang mata. Perasaan marah dan
benci membuak-buak dalam hatinya.
32 comments:
hmmmm....siannya ct n kimi....kalau kimi x melarikn diri msti c julia x brani nak buat crita....cpatla kimi btulkn keadaan ....semoga kbhgiaan milik mreka...
thanks for your comment! :D
arsha mcm nak lg je......
Sepatutnya shaq x lari...bila lati maknanya dia takut...dan beri peluang kpd DJ tu tumpaskan dia...yg jadi mangsa Siti....shaq kena cepat tunjuk bukti yg siti tu hak mutlak dia....cepat betulkan keadaan...
Suzila & Ikmal juga kena membantu....baguslah papa kimi dah tau perkara sebenar....dia blh bantu supaya mama shaq terima kenyataan....
Arsha komen akak, boleh x kurangkan ayat yg meleret utk sampai klimaks....x perlu cerita secara terperinci contoh lepas ni buat A, then buat B bla....bla sampai kemuncak cerita Z. Klu ayat tu sgt penting nak mencantikkan cerita itu ok....tp kalau sekadar ayat penyataan biasa....blh diabaikan....
Sorry ye akak komen pjg sikit ni....sbb akak mmg sgt suka novel ni....tu yg rajin bagi pendapat......
nak lagi boleh cik arsha..:D
-syafiqa-
kak arsha, seperti biasa saya suka.. moga kimi dan siti tabah hohoho..
~mood touching~
Wah...
Ubat rajin jenama apa tukang karang kita makan ni...hihi okayyy ayat bodek sbb sudah bg terubat stress menunggu..
Besar jasa pureen utk keluarga paksu...jarang n susah org nk mengaku jahil agama ni...pureen mmg baikhati la.
Kimi pun dah terima pureen..slow n steady la u bro.
Arsha..keep it up girl...i love the way your storyline..mungkin bg others cerita u agak slow n lama...tp bg i okay je..wpun i xde bakat mengarang..tp i faham..idea bukan datang dibawa angin...kan?
So..good job..good luck k.
Nyammpess ngn julia nii
Yg pn sri ni mrh siti pasaipa? Bkkn siti wt jahat pong.. Mrh r anak ddiaaa tu adehhh
Nak lagi arsha ;)
Acu
KHAS BUAT KAK EIJAN>
sorry la kak. sehabis baik dah ni. sye nak cut, tak tau tang mana yang ni di cut kannya.. huu.. cuba akak bagi contoh tang mana yang tak perlu? saya tak tahu nak kata mana yang perlu mana yang tak perlu dah ni. please.. huu
plis r ble mreka nk trima siti n kimi blik nie..sbuk btul la datin j nie kn bnci btul r..plis nk bhagia je nie..
Arsha....ini contohnya....
“Erm.. Okeylah bu. Kimi balik dulu. InshaAllah nanti kita jumpa lagi. Kalau ada apa-apa hal, ibu telefon aje Kimi.” Sambung Eshaq Hakimi yang tidak mahu berlengah lagi. Dia harus cepat tiba di vila. Tangan ibu tua itu dicapai dan dikucup hormat.
“Hati-hati memandu tu Kimi.” Ucap Puan Zainab dengan genangan airmata. Wajah Eshaq Hakimi diusap lembut.
“InshaAllah bu. Doakan Kimi.” Balas Eshaq Hakimi dalam senyuman.
“Az, abang balik dulu.” Lanjutnya kepada Azrina yang berwajah kelat. Dia tahu gadis itu tidak bersetuju dia pulang awal. Dia yakin ada banyak perkara yang ingin dikongsikan oleh gadis itu bersamanya.
“Abang janji abang akan datang sini lagi okey? Az jaga diri baik-baik. Jaga ibu.” Dia berpesan kepada gadis yang mula menundukkan wajah itu.
“InshaAllah.. Abang pun jaga diri baik-baik.” Balas Azrina dengan pelbagai perasaan yang bercampur-campur di dalam hatinya. Ada kehangatan di hujung mata. Tetapi cuba ditahan dari melimpah keluar.
“Inshallah.. Abang balik dulu.. Ibu.. Kimi balik dulu. Assalamualaikum.” Ucapnya lembut sebelum berlalu meninggalkan dua beranak itu.
Dari pengamatan akak ada yg berulang2...mungkin blh ringkaskan sikit....
Akak bukan penulis, just bagi pendapat shj....kalau rasa ayat2 tu perlu x kisah....Akak mmg sgt suka novel ni & jln ceritanya....akak doakan ia blh diterbitkan dlm versi cetak...semuapun enovel arsha akak suka dan follow sejak mula di penulisan2u lagi....
Jangan kecik hati ye....
Nk lgi...best sgt...
Terbaik! Berbalui keluar masuk ke sini hari-hari.
Untuk pulihkan keadaan, Kimi perlu berterus terang. Tak perlu bimbang untuk menghadapi segala dugaan. Tan Sri pun dah tahu, cuma dia mahukan Kimi yang jelaskan segalanya.
Bila segalanya terbongkar pasti DJ itu terduduk! DS pun tak tahu nak letakkan muka kat mana!
TQ Arsya,,,
EIJAN>
Eh?
Banyak tu..
inshaAllah kak. terima kasih atas teguran. :)
Tqvm...baca langkah2 sb gn tab..
Apa2 pn tahniah....
ari2 bkk blog akk..kot2 ada entri baru..
jahatnya datin julia ni..
hbs si puren yg kena...kimi x ptt lari.. :( sian puren kena mrh...
nsb baik papa kimi dah tau awl2...
kimi cepat2 pulihkan keadaan ok..
caiyok2... :)
x sbar nk tggu ending.. :)
good job akk.. :)
Huh..menci n nyampah ngan datin julia ni...cian siti xpasal2 kena marah ngan mak mentua die...
Akhirnya terlerai sudah kisah kimi ngan julia...dan bapa kimi dah taw kimi dah kahwin ngan siti...tinggal tunggu mama kimi plak...hope boleh clearkan segala masalah....
Arsha nak lagi...thanks cute girl...:)
Arsha ... Next n3 pls...dewi, atas tu dewi yg komen yer.. Lupa buh nama...ehehe... Tata cute girl...arsha best!!
Jahatnye Datin Julia ni!!!...Mmg la Si Eshaq ni naik angin nanti...Tq Aisha
sonok sonok sonok ad n3..skrg msa tuk Shaq berterus terang. x ksian kat pureen ke?
>>k<<
bab strusnya harap kimi bertrus terang,,,smbung cpt arsha ,,plssss,,,:)
Arsha sambung cepat nak tahu apa akan belaku seterusnya.
Biar padan dgn muka Datin Julia bila Tan Sri sebenarnya dah tahu perkara sebenar. Knplah Tan Sri tak beritahu Puan Sri perkara sebenar sebelum si Datin Julia beritahu.
Tak sangka pula Datin Salina juga berminat dgn Shark utk escort dia. Terbongkar segalanya baru dia sedar dan rasa takut.
Harap lepas ni Pureen dan Shark boleh bersama tanpa sembunyi lagi. Harap bahagia hendaknya mereka berdua.
Kmas
best.....
Salam arsha..xde syarikat penerbitan yg beminat nk terbitkn novel2 awk ke.syg la.cite2 arsha smue best2.akak mnt sgt.klu dpt wt koleksi algkah bgsnye.semoga sukses & terus berkarya.
WSalam lin ms. BAJP inshaAllah ada rezeki Jun ni kak. Kalau ada nanti sye inform. yg TDK sye tak bkesempatan nak edit. Dah siap gak. Tinggal nak hntar nilai. Cuma yg BMJM ni tak tau lagi nak hntar ke mana. Huu. Xdecide n tak janji apa2 pun sbb tak siap lagi. :-)
Thanks for your support kak ;)
salam arsha ..
alahai, kesiannya siti .. tapi mmg betul agaknya kata pujangga, lebih kuat & sabar sesorang itu, lebih banyak lagi dugaan yang datang kepadanya .. huhu .. sabar, sabar .. wahai cik hati ..
so far akak mmg suka dgn jalan cerita BMJM ni .. actually semua pun best2 je akak baca .. tiap2 hari buat spotcheck bila nak ada entry baru. bila lah agaknya kami nak baca full novel, ya arsha ?
Ada rezeki inshaAllah. Doa2 kan.. :)
sedihnya episod kali ni, no wonder la siti rasa semacam je kan masa mula-mula cerita..
harap Shaq lebih rasional lepas ni, nak buat sesuatu kena fikir perasaan orang lain jugak. jangan sampai siti kecewa haa baru terngadah...
writer, nak lagi... sambung :)
alhamdulilah..akhirnya dpt menatap dgn huruf yg besar2..baru puas membcanya...
moga kebahagian menjadi milik mereka stelah terungkai sgala rahsia...
Dh lama mengikuti kisah ini tp jarang memberi komen. Hihihi.....
Apapun x sabar menanti kisah seterusnya yg berlaku ant mrk
Kimi berterus teranglah dengan Mama .... biar mama x tahu tentang status Siti di sisi Kimi selama ni... kasihan Siti di rumah Mama kena halau ke rumah pak su kena marah dengan mak su.... Kimi tolonglah Siti... sedihhhh
Assalammualaikum, arsha what the great job. Cepat2 sambung =)
Post a Comment