Apr 11, 2013

BMJM_bab 43~half

"Dah cantik tudung yang kau pakai tu.." Tegur Eshaq Hakimi yang perasan wajah isterinya serba tidak kena berdiri di hadapan cermin. Lama gadis itu diperhatikan sejak dia keluar dari bilik air tadi.

Siti Shafura mmbalas pandangan mata suaminya yng sedang mengenakan baju dari pantulan cermin. Senyum manis cuba diukir namun kelihatan canggung.

"Ada apa-apa yang kau nak cakap dengan aku ke?" Ujar Eshaq Hakimi selanjutnya.

"Betul ke kita nk balik vila?" Siti Shafura membalas dengan soalan juga.

Eshaq Hakimi menarik senyum. Seperti yang dijangka. Perubahan Siti Shafura gara-gara rancangannya pada pagi hari minggu itu. Sudah dibulatkn tekadnya untuk berterus terang pada kedua-du ibubapanya tentang apa yng dirahsiakan selam ini.

"Bukan ke ini yang sepatutnya aku buat dari awal lagi?" Dia turut mengajukan soalan.

Siti Shafura mula megerutkan wajahnya sebelum memusingkan tubuh mngadap Eshaq Hakimi yang sudah bersama-sama berdiri di hadapan cermin besar yang menghias dinding bilik mereka.

"Abang dah betul-betul bersedia nak terima semua kesannya nanti?" Tanya Siti Shafura lagi inginkan kepastian. Dia tidak mahu ada perkara buruk yang berlaku sebaik suaminya itu berterus terang nanti.

"I'm ready sayang..." Jawab Eshaq Hakimi lembut dengan senyuman manis dilemparkan. Dirasakan itulah keputusan yang terbaik harus dilakukan demi kebaikan dirinya sendiri mahupun orang di sekeliling. Terutamanya kedua-dua orang tuanya dan gadis yang sedia mendapat tempat di dalam hatinya itu.

"Abang.." Siti Shafura merapatkan dirinya pada Eshaq Hakimi lalu mencapai tangan lelaki itu. Digenggam kemas sebelum dibawa ke bibir sekilas.

Eshaq Hakimi hanya mendiamkan diri. Dia sedia menanti butir bicara gadis itu selanjutnya. Terasa tenang hatinya apabila menatap wajah mulus itu.

"Boleh abang janji satu benda dengan Siti?" Ujar Siti Shafura perlahan.

"Insha Allah dengan izinNya.." balas Eshaq Hakimi senang seraya tangannya terus meraih tubuh itu supaya lebih hampir.

Siti Shafura tidak pula menolak. Sebaliknya terasa diri disayangi dan dilindungi.

"Apa pun yang jadi lepas ni, Siti harap abang tabah. Sabar dengan semuanya nanti. Siti nak abang tahu Siti akan sentiasa ada di sisi abang selagi Dia izinkan.. Walau apa pun yang jadi, inshaAllah Siti tetap dengan abng." Tutur Siti Shafura tanpa sekalipun mengalihkan pandangan matanya dari wajah suaminya.

"Iya ke? Boleh percaya ke janji kau ni? Kalau lepas ni kau yang tinggalkan aku macam mana?" Sengaja Eshaq Hakimi mahu mengusik.

"Siti cuma akan tinggalkan abang, bila Dia yang nak Siti buat macam tu.." Jawab Siti Shafura senang dengan senyuman manis dihadiahkan.

Dia yakin akan takdir Allah. Semuanya sudah tertulis. Siapalah dia untuk menghalang. Dia hanya perlu reda semaksimum mungkin.

Eshaq Hakimi saat itu pula sudah sembunyi senyum. Lagu indah mula membisik ke dalam hatinya dengan perlakuan bersahaja Siti Shafura yang melekapkan dua tapak tangan di dadanya. Belum pernah mereka semesra begitu sebelum ini. Tambahan pula setelah sebulan mereka tidak bertemu. Fikirannya mula membayangkan kemesraan yang lebih jauh lagi.

"Aku tak tahu apa yang akan jadi dengan aku kalau kau takda Siti.." tuturnya lambat. Fikirannya yang sedikit menerawang ke arah lain kembali fokus akan perkara yang sedang diperkatakan.

"Kalau Siti takda, abang boleh cari ganti. Ramai lagi perempuan cantik tunggu abang dekat luar tu.." Ikhlas Siti Shafura menuturkannya. Sesungguhnya lelaki itu berhak untuk mengahwini wanita lain.

"Memanglah ramai perempuan cantik dekat luar tu. Tapi takda perempuan cantik yang secantik isteri aku ni.. Yang sanggup jaga aku masa aku sakit. Yang sanggup cuci najis aku.. Mandikan aku.. Sanggup bersabar dengan perangai buruk aku.." Balas Eshaq Hakimi sambil mengelus lembut wajah gadis di hadapannya itu. Tidak akan dilupakan saat sukar yang pernah dialami sebelum ini. Gadis itu sanggup bersusah-payah menjaganya hingga dia mampu untuk menguruskan dirinya kembali.

Siti Shafura menguntum senyum. Sedikit terharu apa yang terucap di bibir suaminya.

"Aku nak kau tahu Siti.. Walaupun kau bukan yang pertama pernh duduk dalam ni.. Tapi.. Kaulah yang akan jadi orang terakhir pernah ada dalam ni.. Takkan ada lagi perempuan lain.." Tambah Eshaq Hakimi setulus hati. Siti Shafura sudah diletakkan di tempat yang paling istimewa dalam hatinya.

"Abang.." Suara Siti Shafura mula bergetar. Pelupuk matanya juga mula terasa hangat.

"Ha.. Nak menangislah tu.. Baru cakap sikit dah touching.. Belum aku cakap ayat bunga-bunga lagi.." Potong Eshaq Hakimi lalu menyapu wajah keruh Siti Shafura dengan tapak tangannya. Dia tidak mahu ada airmata yang menghiasi saat bahagia yang sedang memekar di hatinya.

"Abanglah.. siapa suruh buat ayat touching-touching pagi-pagi ni.." jawab Siti Shafura yang sempat menampar perut Eshaq Hakimi sebagai balasan.

"Aku saja nak test. " balas Eshaq Hakimi yang sudah tersengih-sengih.

"Sudahlah abang. Tadi kata nak suruh Siti buat breakfast dekat kondo. Jomlah. Nanti kita lambat sampai vila." Siti Shafura terus menukar topik seraya meloloskan diri dari pelukan Eshaq Hakimi. Yakin yang dia akan terus menjadi bahan usikan.

"Eh.. kejap-kejap.." Eshaq Hakimi sempat menghalang dengan terus menarik kembali Siti Shafura dalam pelukannya.

"Apa lagi ni?" Siti Shafura berusaha meleraikan pelukan apabila dirasakan wajah Eshaq Hakimi terlalu hampir. Namun, tidaklah mampu dia melawan kudrat seorang lelaki seperti Eshaq Hakimi.

"Masa aku sakit.. kau selalu buat satu benda ni pada aku. Tapi sekarang.. semenjak aku dah sihat, aku rasa kau dah tak pernah buat lagi benda tu pada aku.." Ujar Eshaq Hakimi dengan senyuman penuh makna. Serentak itu dengan sengaja dia memperkemas pelukan.

Siti Shafura mengangkat wajahnya. Dahinya membentuk garisan. Kurang pasti apa yang dimaksudkan oleh Eshaq Hakimi.

"Siti buat apa?" Siti Shafura menyoal lurus.

"Cuba kau ingat balik apa yang kau dah buat sebelum ni. Kalau dah ingt nanti, kau bagitahu aku.. cuma sekarang ni.. aku rasa kita dah lambat. Aku ada janji dengan orang kejap lagi sebelum kita balik vila.. Tapi sebelum tu, aku nak bagi klu sikit." Kata Eshaq Hakimi dengan kening sebelahnya terjungkit. Wajahnya sengaja semakin dirapatkan.

"Klu apa..." Tanpa sempat Siti Shafura menyudahkan kata, bibir Eshaq Hakimi sudah pun singgah ke pipinya. Pelukan terus terlerai. Wajah Eshaq Hakimi yang sedang tersengih lebar dipandang tanpa kelip.

"Senangnya tambah pahalakan? " Ujar Eshaq Hakimi dalam senyuman penuh makna sebelum gadis itu ditinggalkan sendirian.

Siti Shafura gigit bibirnya sendiri. Wajahnya terasa hangat.


---------------
Maaf kepada cik-cik di sana. Ini yang termampu. Ada rezeki saya sambung lagi.. :")





23 comments:

sentebale-hk said...

Alhamdulillah...ada penawar utk rindu kat siti aka pureen & aku aka abg kimi yg keras x romantik!! Hehe... sila buat senaman jari ye arsha....lps ni kena taip laju2 tau...haih seksanya menanggung rindu ;)

Anonymous said...

nak lagi..
xsmpt nk ilang kn rindu..
cik writer next n3 jgn la lma sgt ye..
-eil

Unknown said...

tq arsha. buat penawar rindu... insyaallah mak bapak kimi xde masalah nk terima siti. siti kan anak kesayangan mereka gak.... tp mesti ada something fishy kat datin julia ngan suhaila kan??? konflik x klimaks lagi ni....

bunga said...

wah... makin mendebarkan...

aduh.... tak sabar nak tau seterusnya...

tetapi ku nanti dengan kesabarakn...

syabas penulis...

Anonymous said...

Lorh.. nk lg.. update cepat skit yerk cik akak.... hehe.. dh keluar dh ayat munge2 si kimi nie..

keindahan said...

:-D....tq3x....trubt rindu kimi & siti

Anonymous said...

yeaygh...da ad smbungan wpun spruh..nak nangis ase sonok sgt.hikhikhik

>>k<<

hk said...

sweeetttt

intan abd wahab said...

terimakasih ats kesudian mnghiburkan akak...sntiasa sabar menanti...

Anonymous said...

Thanks laling...sweeeet ler terlepas rindu kat kimi dan pureen hope lancar yer pengakuan kimi kat parent die..jangan ler bagi konflik sampai berat2 yer sobs...sobs...cian pureen... Luv u arsha.. Dewi

MaY_LiN said...


weee..yeay yeay..
nnti smbg lg ya..
pandai flirt da abg kimi ngan pureen

nk balik~nak balik
dibulatkn~dibulatkan
kedua-du~kedua-dua
yng~yang
selam~selama
megerutkan~mengerutkan
mngadap~mengadap/menghadap??
abng~abang
pernh~pernah
ingt~ingat

Eijan said...

TQVM utk n3 ni...dah beberapa kali berkunjung tp tiada update.....terlepas sudah rindu pd pureen & Shaq...suka sgt bila Shaq nak confess dgn family dia....Hope semua berjalan lancar....jgn sampai DJ dulu pergi mengadu pada parents Shaq sudah.....

Semoga ada lagi part 2 bab 43 ni dlm masa terdekat....

muda_13 said...

yeeeee finally diorang ni muncul jugak, legaaa dah intip kisah diorang ni, Arsha pi mane? sebok ke?thanks sangat sebab sempatkan diri tulis n3 baru, hope Shaq dan Siti kekal bersama,

Eijan said...

Oh ye 1 lagi yg masih x puas hati dgn shaq ni, kenapa masih guna gantinama 'aku' 'kau' lagi dgn pureen...guna lah bahasa lebih elok....

Anonymous said...

akhirnyaa..tak sabar na tgu sambungan..

Kak Sue said...

Kimi dah pandai buat ayat jiwang pada Siti.... satu perkembangan yang baik... teruskan USAHA...
Terima Kasih Kimi sebab berani dan berusaha berterus terang tentang perkara yang baik ini.... biarlah mama dan papa tahu dahulu dari mulut Kimi dan Siti dari tahu dari mulut orang lain....
terubat rindu sikit di pagi Jumaat ni pada Siti dan Kimi... walaupun pendek TQ ARSH.... kak sue follow

Unknown said...

Eee...makin dup dap dup dap lak rase kat dlm nih bile kimi dh sedia nk terus terang ngan parent die...hope sume nyer beres,n menghepi kn hehe..tk sabar nk lg dek u up ur n3...

ciknie said...

ala..mkin sweet plak shaq da pndai tnjuk syang gitu..mmang tkejut la nantikan ttiba je dpat taw dah khwin

Anonymous said...

cuba jgn beraku engkau dgn isteri.nampak kasarlah.si siti dah bagus panggil abg tapi sang suami asyik aku engkau aje.ish..ish

Anonymous said...

Uuuwweeiiii..lps rindu kt dorg ni...huhu

-yayo

Atty Ismail said...

Adoi comelnye si Eshaq & Siti ni...Thanks Arsha

Unknown said...

Pertama kali baca cerita ni terus jatuh cinta...akan masuk satu lg my fav list enovel....harap ada next new entry...

Ehem said...

Terima kasih :) tegur kalau ada sebrang kesilapan.. -ARSHA