Apr 18, 2013

ajari aku

Ehem ehem. Assaamualaikum kepada kamu yang sedang membaca tulisan ini.

Untuk ke berapa kali pun saya tak tahu. Tapi suka untuk saya ingatkan kepada kalian. Agak-agak rasa nak hentam saya mahupun writer lain sila berhemah ok. Mari kita jaga aib bersama. Manusiakan pendosa dalam muka bumi ni.

Makanya, sila beringat sebelum mengeluarkan kata walaupun bahasa yang kalian guna cukup berhemah. Kasihani kami yang sering buat kesalahan. Dan takkan lari dari buat kesalahan. Kalau tak suka, sila hindarkan diri anda dari kami kalau apa yang ditulis tidak beri manfaat. ~sila baca pesanan-pesanan penaja ditepi ini -------------->

Teguran atau komentar kalian memang cukup bermakna bagi kami. Namun, ianya akan jadi molek jika komentar yang berbaur ketidakpuashatian itu diutarakan kepada writer yang menjadi sasaran itu secara peribadi. Kan lebih cantik begitu bukan?

Makanya kepada kalian yang sayang love dan kasihi, diharap faham. Laman soshial bukanlah medium terbaik. Banyak lagi cara lain yang terbaik.

Oleh itu sekian. Terima kasih meluangkan masa untuk baca bebelan ini. Heee..

--------------
Kata2 yang saya pinjam..

"SEORANG PENULIS, MENULIS BUKAN HANYA UNTUK SAHAM DUNIA SAHAJA. TAPI JUGA UNTUK SAHAM AKHIRAT"

14 comments:

Anonymous said...

Setuju dgn arsha....

Anonymous said...

Hargailah penat lelah orang yang sanggup memerah otak memberikan kita sesuatu sebagai santapan minda.thanks arsha. ..........teruskan berkarya

MaY_LiN said...

arsha..marah kite ke??
:(

Ehem said...

Maylin>

Saya tak marah awak la.. heheh jangan risau k. Saya amat hargai awak jadi editor saya selama ni. Thanks a lot. Silalah tegur spelling error yg byk tu.. eheh

kak na said...

may lin...rindu kamu

Anonymous said...

As Salam. Abaikan ajelah teguran yg tidak berfaedah tu dik. Teruskan bakat adik ye - Salam sayang Dari kak has

Anonymous said...

Cik writer usah melatah dengan teguran2 tak membina.. anggap jer sng asam garam hidup... Klo buat kerana ALLAH, insya ALLAH segalanya lapang.. tapi sekali sekala kita ingat mengingatkan, ia amalan mulia.. readers jgn emo tak menentu..kita semua kan hambaNYA.. pasti ada kekurangan..

ciknie said...

truskan maju dlm pnulisan.sy tetap sokong cik arsha..wt saspen je igt kan n3 bru

Kak Sue said...

Betul tu pada siapa yang x suka dan berkenanan dengan penulisan orang lain sila jangan tahu nak hentam saja. Kita sebagai pembaca sepatutnya memberi sokongan dan pandangan sahaja dan fahamilah bahawa kita sendiri x ada bakat menulis setakat membaca boleh lah.... hehehe...
Arsha jangan ambil hati ya... sambung ja cerita blog Arsha.... kak sue FOLLOW.... hehehe

ana said...

setuju ngan arsha. .....ingatkn isu mcm ni dah abis..dr thn lps x silap.....x slh nk kritik tp berpada le...klu dah sampai sakitkn hati org..aduh x psl2 berhutang kemaafan dr empunya diri....sudah2 le.....
sabar. arsha. ...betul kata kak.sue n shbt lain....trskn berkarya. anggap sbg satu cbrn utk trs berjaya. .....
yg penting DIA lbh tahu niat kita....sbr menanti karya arsha dibukukn. .....

muda_13 said...

ish ade lagi ke yg buat perkara ni, memang nak kena hempuk, hehe, tulisan macam yg arsha buat ni bukan semua orang boleh buat tau, susah nak reka cerita yang berkesinambungan antara alur dan pengajarannya yang sangat sesuai. dan dalam kisah arsha, hampir keseluruhan berisi pengajaran yang berharga, dan macam ni pun orang masih nak kutuk, ish, fans pun ikut geram sangat ni, jangan dengarkan diorang ye arsha, sebab pembaca yang benar2 bisa menilai akan memberi sokongan yang padu. chayo

Atty Ismail said...

Napa ni arsha...??...Sorry k kalu ada buat salah ngan arsha

Kak Nor said...

Arsha dear,

teruskan berkarya.. akak suka karya awak...!

lela said...

sapa yg suka bagi komen pelik2 ni???? kalu takat nak bagi komen2 negatif baik dok diam2 cam aku ni.... jadi silence reader je abis citer...