Sep 10, 2012

~EHEM EHEM

bila dah tajuk entry dah EHEM EHEM, maknanya ada bendalah nak cakap. :D ~takmo baca pun takpa. saja nak sembang2, dengar pendapat2 kalian yang sudi nak baca and tinggalkan komen pasal isu ni, :) 

-----------

assalamualaikum wahai sahabat yang kusayangi dan dihormati secara telus mahupun tidak. 

MAKLUMAN: sebelum tu, saya nak bagitahu. dalam this week, maybe. mungkin (kalau sempat) ada satu entry je BMJM. sebab this week ada hal sikit. Makanya tak boleh nak menulis. MAAF! huu

ok, kembali kepada tujuan saya menulis entry ni.

adalah suka setiap kali saya terbaca gosip terlebih hangat di status2 page2 fesebuk mahu pun di blog2 lain, saya akan bawa isu tu ke mari. sebab apa? sebagai peringatan.

ADA READER DIA TAKKAN KOMEN DI BLOG TUAN TANAH, SEBALIKNYA DOK POST DEKAT STATUS FB DEPA NAK LUAH RASA TAK PUAS HATI DAN SEBAGAINYA.

antara isu2nya masih juga tetap isu2 yang sama. sebagai contoh:

ISU WATAK HERO HEROIN meh sini saya nak bebel jap. - agak2 takmo baca, jangan baca orait! sila skip je.

Biasanya ada watak baik, ada watak tak berapa baik. Tak kiralah hero ke heroin. Market sekarang ni, dalam dunia penulisan novel dan bertambah pulak writer muda belia, (saya je tak belia, tapi baru dalam dunia ni), tema yang diambil tak lari jauh dari KAHWIN KONTRAK, KAHWIN PAKSA, KAHWIN ATAS SEBAB KELUARGA. Dan yang terbaru WATAK HEROIN DIROGOL (cam tdk saya la tu! cess!), MELAKUKAN ZINA. and end of the story dorang kahwin jugak akhirnya.

PROBLEMNYA DI SINI. - tak semua reader suka tema2 gitu. Ada yang amat suka. HATI MANUSIA LAIN2 KAN? (sape2 tak setuju, sila angkat kaki :P). Maka, saya kena terima jugalah kepada yang tak suka apa yang saya tulis.

si WRITER pulak. - Dia ni spesis tak mampu nak puaskan hati semua pihak. SEBAB. takda yang sempurna yang Dia jadikan dalam dunia ni. BILA DAH TAK SEMPURNA, BANYAKLAH CACAT CELANYA. Maka si reader pun, kena fahamlah hukum alam tu. FAIR BUKAN? 

WATAK HEROIN tak perlu saya nak sebut novel orang lain. (macam watak Siti Shafura @ Pureen) nampak sempurna bukan?? ke ada yang tak nampak. ~saya yakin dengan confidentnya ada reader yang tak menyenangi dengan watak2 yang saya bawa. sebab tak nak sakitkan hati, dorang takkan tinggalkan komen. (moh bersangka baik :D) 

SEBAB APA SAYA BAWAKKAN PUREEN SEMPURNA macam tu? 

banyak saya tulis berdasarkan pandangan mata kepala saya. Memang manusia takda yang sempurna. Cuma  ada yang CUBA MENYEMPURNAKAN DIRINYA buat orang lain. itu konsepnya. tetapi disebabkan cerita BMJM ni terlalu awal, anda tak nampak mana kelemahan pada wataknya lagi. Maka, nantilah saya sambung :D hihi

ISU PERLEKEHKAN AGAMA, ADAT, MARTABAT KAUM ADAM@HAWA

ada jugak?
ada. apa pulak takda.
siapa yang timbulkan?
reader la jugak. 
but for me, benda tu tak jadi masalah pun.
setiap reader yang baca sesebuah karya, dia ada mind set dia sendiri. (HATI MANUSIA BERBEZA)
dia ada pemahaman dia sendiri pasal karya tu.
dia ada terjemahan sendiri pasal karya tu.
kadang2 writer tak bermaksudkan pun. tapi reader dah salah faham. -pun ada jugak kes camni. tak boleh salahkan reader.
mana ada writer (islam) yang akan perlekeh2kan hukum alam Allah. 
berani ke nak buat macam tu? kaw nak kene sambar petir ke oi! jangan berani2 cuba membawa kelainan ok yang ganjil :D

MAKANYA, yang si WRITER, HARUS/WAJIB terima sebarang komen yang dikata. Dah dorang nak cakap macam tu, biar ajalah. Agak2 rasa nak ambik, and improve penulisan tu, lagi bagus. Jangan dok main serang balik reader. Kesian deme weh..

Bak kata mama Najwa Latif, yang saya rasa boleh jadi peringatan pada diri ini:

"Bukan senang nak buat orang suka pada kita. Tapi nak buat orang tak suka pada kita senang. Orang yang suka pada kita sebenarnya lagi sikit dari orang yang tak suka dari kita."

SEE? konsep mudah kan. SUKA TAK PERLU PAKSA, TAK SUKA JANGAN DIPAKSA.

okeylah. terlebih bebel pun orang tak suka. ~ahah. tak pasal2 kena bomb pulak blog saya ni. :P

p/s- rasa nak komen boleh, tak nak komen pun boleh. saya tak pernah paksa SAHABAT2 SAYA. nak email terus pun boleh :D  arshanew@yahoo.com


19 comments:

kiki said...

semua watak ciptaan penulis berdasarkan reality kan...
reader kena terima sbb2 yg berlaku di sekeliling kita samada suka atau pun tidak,itu la juga yg semua orang lalui...pusing2 kat situ jugak,cuma olahan sahaja yg berbeza

arsha wangi said...

terima kasih kiki :P

erm tu la dia. takkan lah writer nak describe sebijik2 mana dia dapat watak2 macam tu kan.

ada je. cuma kekadang, watak yang negatif je orang selalu nampak.

nasib baik watak IMANINA saya tak buat ikut2 jalan cerita betul. saya twist dia kena rogol dgn lelaki lain. kalau ikut jalan cerita betul, mahu saya kena sound awal dah..

ada ke tak reader boleh terima kalau watak heroin jadi mangsa sumang mahram? ada.

maybe ada. dan dah ada juga rupanya writer buat kisah macam tu. sekali kena hentam dengan reader. kesian sungguh. hmm

RinsyaRyc said...

bom jangka berdetik. tikkktokkk. Oh saya rasa isu nobel saya pulak nanti camni ---> bahasa yg digunakan oleh penulis ni mcm budak-budak, x berapa matang, susah nak hadam, plot pun terabur! ekekekeke... semua novel ada isu2 tersendiri jadi bersabarlah yeee.. :DD

sharifah muda said...

setakat yg saya baca bmjm sangat best.. dah nama penulis.. ikut suka penulis la nk garap karya masing2.. mmg dah nama manusia ni sentiasa x puas dengan apa yg ada... sabar je la..teruskan usaha anda buat karya yg terbaik..kami setia menyokong...chewahhh hehehe

sue said...

Kak Sue rasa bolg ni lain sikit ..... setiap Novel dan jalan ceritanya yang berbeza-beza ni buat orang x bosan sentiasa nak mengikuti cerita selanjutnya...
macam cerita BMJM tu Siti tu seorang yang terlalu baik dan hatinya kuat untuk memperbetulkan suaminya walaupun kahwin atas sebab-sebab tertentu tetapi Siti redha ketetapan Allah s.w.t....
Biar apa orang nak kata ... jadilah diri sendiri.... suka x suka tu belakang cerita....
KAK SUE FOLLOW......

Anonymous said...

Klo ada readers komen itu dan ini. senangkan ajer, ko buat la citer ko sendiri ikut apa yag ko mahu! Klo nak realistik baca la buku sejarah! Nama pun penulis novel. mana nak sama dgn realiti.. sipi2 tu ok la. bertentangan dgn adab dan agama?? Ko gi baca buku agama bukan novel.. for me byk novel2 menggarap nilai keagamaan dan nilai2 murni dan positif kepada pembaca.YANG PENTING PEMBACA KENA PANDAI CEDOK YNAG BAIK UNTUK DIRI.. ehhh,, ehhh nap aku lak yan emo ni!

mizz acu said...

Ai follow jer.. ;)

arsha wangi said...

RINSYA>

ahaha. kebabomm!

cik rin kan yang paling cool sekali. hehe. setakat kene hentam. apa ada hal ye tak?

isu penulisan kebudak2an?
buat derk je sudah. rin bukan paksa dorang baca pun kan kan. ada ke? tak kan. eheh

SHARIFAH MUDA

ahah., baik punya kipas ni. ahaha
alhamdulillah. terima kasih. :)

KAK SUE

terima kasih kak sue.
(makluman, kaksue cheer leader kita :P)
alhamdulillah. terima kasih kak sue. orang tak suka, nak buat macam mana kan. biaq pi la kan kaksue kan.

CIK ANONYMOUS

hihi

cool dear. kenapakah? adakah kamu juga dihentam sama. hehe

tu la tu. susah bagi orang puas hati kan. terima kasih sebab dah kasi SEBIJIK pada yang buat camtu. hee.

Anonymous said...

bmjm je ke kak??rindu jgk kat tdk..nk lagi boleh(sambil kenyit2 mate)he2...

arsha wangi said...

CIK ADIK ANONYMOUS.

heeh. tdk akak stop dulu sbb nak dinilai. tapi blum pun hantr nilai. tak hbis lagi edit. hee

Atty Ismail said...

Atty setuju ngan arsha...Masing2 ada pendapat sendiri so kalau rasa macam xle terima then xle nak wat apa...
Jgn peduli k coz at tetap suka karya2 arsha... :)

Ninja said...

Setuju!
Reader pon tak boleh nak salahkan writer. Sebabnya, pembaca sendiri ada hak nak jadikan novel apa atau bacaan apa untuk di baca.
Maka, rasanya tak patut la diorang bercerita tentang ketidakpuasan hati dorang dekat FB.
Sebab sedikit sebanyak akan menjadi faktor kejatuhan orang lain. Bila di ceritakan pada semua, walaupon tajuk buku di rahsiakan. Sure, mesti ada mana mana reader lain yg dapat tangkap novel apa sebenarnya yg dia cuba kata.

Hee, teruskan menulis!
Ehem, sye sukaaaa watak Pureen! :D

arsha wangi said...

ATTY ISMAIL

alhamdulillah. terima kasih.

tu la kan. redha je la apa orang nak kata.

NINJA

alhamdulillah. terima kasih NINJA :D

kadang2 masing tak perasan pun apa yang dia buat. FB jadi medan melepaskan apa yang diorang rasa. but the same time, diorang tak perasan sebenarnya apa yang diorang cakap tu akan mengaibkan orang lain. kan tak elok macam tu.

Allah boleh jaga aib kita, tapi kita senang2 bukak aib orang lain.

kadang2 ada je reader yang pada mula asalnya nak bagi komen membina. tapi ada pulak salah faham. dah melenting pulak si penulis.

sebenarnya masing2 kena aware b4 bercakap. pandang kiri kanan dulu kan. ~cewah pandai pulak bercakap. hihi

MaY_LiN said...

arsha.. :)
arsha.. :)
arsha.. :)
arsha.. :)
arsha.. :)
arsha.. :)
arsha.. :)
arsha.. :)
arsha.. :)
arsha.. :)
arsha.. :)
arsha.. :)
arsha.. :)
arsha.. :)

arsha wangi said...

uiy MAYLIN.

awatnya gitu :D

arsha wangi said...

MIZZ ACU

terima kasih naa. kamu la pemfollow tegaq saya. :D

Izz Alejandra said...

Oh..Saya suka entry ni.. :)) ~ pestime komen wlu pun dah sllu singgah baca e novel di sini..

G said...

so far saya baca ceiter awk semua best..keep up writing dear,hihi

Rohayu Jaafar said...

Layan kn jer..amik yg baik..buruk mintak jauh..may Allah bless..thanks arsha