“Senang aje kau cakap. Aku kena ambik risiko tinggi tahu tak? Takkan senang-senang aje aku nak
terima kau.”
Jangan pandang rendah pada keupayaan seorang wanita. Bukan kerana
berfikiran konservatif. Tetapi adalah kerana dia adalah wanita. Seorang wanita
haruslah menjadi seorang wanita yang sebenar. Tidak kiralah setinggi mana pun
kejayaan yang dimiliki. Diri itu tetap juga wanita.
Deria rasanya, memang bijak merasa. Dialah juara merasai sedap atau
tidak suatu masakan. Suruh memasak, mungkin dia masih kurang kemahiran. Namun
sekali bersilat di dapur, kekaguman pasti dirasai kepada mereka yang merasa.
Dalam kelebihan deria rasanya, dia tetap gagal merasai ‘rasa’ suatu perasaan
dalam perhubungan. Tidak tahu atau buat-buat tak tahu? Cukup andai diri
diterima seadanya, terasa diri sempurna.
“Eleh.. Mulut aje kata tak nak kan? Padahal hati, berparti
sakan kau suka aku kan?”
Seorang lelaki harus menjadi seorang lelaki yang sebenar.
Segala-galanya harus diterajui lelaki. Membuktikan kerjaya wanita juga lelaki mampu
terajui. Kerana minat, kenapa tidak direalisasikan seandainya ia mendatangkan
kebaikan. Malah menjamin masa depan.
Petua memasak, dialah juaranya dalam menentukan setiap menu dan
ramuannya. Perisa yang kurang, mana yang perlu ditambah, mana yang perlu
dikurangkan, mana yang perlu diubah. Maaf! Tapi dialah si gagal dalam perasaan.
Gagal menentukan perisa apa yang perlu ada dalam sebuah perhubungan. Disengajakan
atau tidak sengaja? Bukan inginkan kesempurnaan, namun cukup buat dia rasa
sempurna.
arshanew@yahoo.com
FREE JE.. SYARATNYA CUMA SERTAKAN NAMA. THANK YOU!
3 comments:
suke..bila nak start ni???
thanks sweety.
sbnrnya dah start menulis dah. saya je tak post lagi. hee
menarik dek...
Post a Comment